Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, June 6, 2015

Agungnya Kerajaan Allah ~ Dr. Hj. Zahazan Mohamed

Buku “AGUNGNYA KERAJAAN ALLAH ” ini merupakan tafsir surah al-Mulk yang ditulis oleh seorang tokoh tafsir tanah air yang tidak asing lagi, iaitu Dr. Zahazan Mohamed.

Buku ini berusaha memudahkan interaksi antara pembaca dengan al-Quran dalam memahami makna yang terkandung dalam surah yang sangat agung ini. Kombinasi antara kaedah al-Tafsir bi al-Ma’thur dan al- Tafsir bi al-Ra’yi al-Mahmud, serta berpandukan rujukan daripada ulama tafsir daripada kalangan salaf dan khalaf, pastinya akan membawa minda pembaca merasai kedekatan Allah dan menginsafi keagungan kerajaan-Nya.

“Buku yang ditulis oleh tokoh besar ini sangat penting dimiliki oleh semua pencinta al-Quran kerana tulisannya adalah hasil daripada gabungan ilmu dan pengalaman tokoh besar ini.” “Buku tafsir ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk menghayati kekuasaan Allah dengan pendekatan yang mudah dan berkesan.”

“Setelah saya membacanya, saya mendapati buku tafsir tulisan sahabat saya ini sangat sesuai untuk dimiliki oleh masyarakat awam bagi mendalami sedikit demi sedikit ilmu tafsir. Pembelian buku tafsir ini merupakan satu pelaburan akhirat yang sangat menguntungkan. Semoga usaha murni sahabat saya ini dapat diteruskan sehingga terhasilnya sebuah tafsiran al-Quran 30 juzuk versi Dr. Zahazan Mohamed sepertimana yang telah ditinggalkan oleh Pak Hamka. Wallahua’lam.”
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Tuesday, June 2, 2015

Kisah-kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula oleh Para Penceramah ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

ZAMAN ini kita dapat lihat di masjid-masjid dan di surau-surau dipenuhi dengan kelas pengajian agama. Alhamdulillah, satu perubahan terhadap sikap masyarakat kita terhadap kesedaran menuntut ilmu itu. Ceramah agama juga merupakan sebahagian daripada peringatan kepada umat Islam. Firman Allah SWT: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

Ramai penceramah yang hebat-hebat telah mewarnai masjid-masjid dengan ceramah yang berbagai bentuk. Salah satu daripada cara menyampaikan ceramah yang berkesan dan mendalam terhadap masyarakat ialah dengan cara mengemukakan kisah baik daripada al¬Quran, as-Sunnah, kisah para nabi, kisah para ulama dan kisah daripada apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat seharian. Kerana itu amat jarang penceramah agama yang tidak mengemukakan kisah-kisah berikut. Bahkan al-Quran sendiri juga menggunakan uslub pengkisahan dalam menarik manusia untuk menerima akidah yang benar dalam kehidupan mereka.

Tafsir Ayat-ayat Hukum: Jilid 2 ~ Muhammad Ali Al-Sabuni

Di antara cara dalam memelihara dan memudahkan pengajaran Al-Quran adalah usaha para ulama, sama ada yang klasik mahupun moden, dalam mentafsirkan Al-Quran dan menjelaskan makna-maknanya yang samar, menerangkan ayat-ayatnya yang muhkam dam mutasyabihat, menyingkapkan rahsia-rahsianya, mendedahkan keajaiban-keajaibannya dan menyimpulkan ayat-ayat hukumnya untuk mengetahui yang halal dan yang haram, memerhatikan perintah dan larangannya serta merangkumkan pelbagai hikmah pensyariatan hukum yang ada di dalamnya.

Ini adalah kitab tafsir Al-Quran yang khusus membahas ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum; yang kami beri judul dengan TAFSIR AYAT-AYAT HUKUM DALAM AL-QUR'AN AL-KARIM. Diterjemahkan daripada kitab Rawa'i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min Al-Quran, yang disusun oleh Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni, salah seorang pensyarah di jurusan Syariah dan Dirasat Islamiyah di Mekah.
*****
(SEM) RM70.00 > RM61.60
(S/S) RM73.00 > RM64.20

Tarikat Sufi: Antara Yang Berjuang Dengan Menjadi Dalang ~ Muhammad bin Abdullah Al-Maqdi

DALAM perjuangan untuk menyebarkan agama Islam, berdakwah dalam kalangan masyarakat dan berjuang bemati-matian untuk mempertahan dan memerdekakan negara Islam yang dijajah oleh pihak musuh, melibatkan berbagai-bagai golongan dalam kalangan umat Islam. Di antaranya ialah golongan ahli-ahli sufi, yang terlibat dengan berbagai-bagai tarikat. Ahli-ahli sufi yang terlibat dalam gerakan al-Sanusiyyah di Libya berjuang dengan gigih menentang penjajahan 'tali ke atas negara tersebut dalam tempoh belasan tahun.

Namun terdapat juga golongan ahli-ahli sufi yang melibatkan tarikat-tarikat tertentu seperti Tarikat Al-Tijaniyah di Afrika Utara terutama sekali di Maghribi yang telah menconteng arang di muka umat Islam, kerana bekerjasama dengan pihak penjajah Perancis bagi mengekang perjuangan untuk memerdekakan negara tersebut daripada penjajah, malah yang menyedihkan sanggup membekalkan anggota tentera kepada pasukan penjajah tersebut demi melihat keberterusan penjajahan kuasa tersebut ke atas Afrika Utara.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarikat sufi, di antara yang benar-benar berjuang untuk kepentingan Islam dengan yang menjadi dalang kepada musuh bagi memerangi umat Islam, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih mengetahui dan membezakan golongan sufi yang benar dan yang salah.
*****
(SEM) RM11.00 > RM9.70
(S/S) RM12.00 > RM10.60

Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Perbahasan Kitab Al-Umm Jilid 7 ~ Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm(Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid ketujuh buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan hukum-hukum fiqah berkaitan hukum-hukum serta persoalan-persoalan berkaitan muflis, syuf’ah, ihya’ul mawat, wakaf, luqatah, faraid, wasiat serta fai’ dan ghanimah. Bab-bab ini merupakan bab yang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci kerana ia merupakan bab-bab yang sangat berkait dengan proses kehidupan kita dalam seharian.Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.
*****
(SEM) RM70.00 > RM66.00

Tafsir Ayat-ayat Hukum: Jilid 1 ~ Muhammad Ali Al-Sabuni

Syeikh Muhammad All Al-Sabuni telah diisytiharkan sebagai Tokoh Muslim Dunia 2007 dan nama besar beliau begitu terkenal pada masa kini. Beliau merupakan seorang ulama dan ahli tafsir yang terkenal dengan keluasan dan kedalaman ilmu serta sifat waraknya. Nama penuh beliau adalah Muhammad All Ibn Ali Ibn Jamil Al-Sabuni. Beliau dilahirkan di Madinah Munawwarah pada tahun 1347 H/1928 M dan merupakan lepasan Al-Thanawiyah Al-Syari'ah. Syeikh Al-Sabuni dibesarkan di tengah-tengah keluarga yang terpelajar. Bapanya, Syeikh Jamil, merupakan salah seorang ulama senior di Aleppo, Syria. Beliau memperoleh pendidikan dasar dan formal mengenai bahasa Arab, ilmu waris, dan ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan langsung ayahandanya. Sejak usia kanak-kanak, beliau sudah memperlihatkan bakat dan kecerdasan dalam menyerap berbagai ilmu agama. Di usianya yang masih belia, Syeikh Al-Sabuni sudah menghafal Al-Quran. Maka tidak hairanlah apabila kemampuannya ini menjadikan ramai ulama di tempatnya belajar sangat menyukai keperibadian beliau.

Kitab Tafsir Ayat-Ayat Hukum (Tafsir Ayat al-Ahkam) yang dikarang oleh Al-Imam Muhammad All Al-Sabuni ini merupakan sebuah kitab tafsir Al-Quran berkaitan dengan Ayat-Ayat Hukum yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim yang bermula dengan Surah Al-Fatihah sebagai pembuka bicara kitab tafsir ini.

Siapakah Sebenarnya Muhammad Bin Abd Wahhab & Apakah Perjuangan Beliau? ~ Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili

SYEIKH Muhammad bin Abd Wahhab merupakan seorang ulama yang berjaya melakukan islah di Semenanjung Tanah Arab dalam bentuk membanteras segala kepercayaan syirik dan amalan yang tidak berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Beliau juga berjaya membuat perjanjian dengan pemerintah Dar' iyyah untuk menjaga sunnah Rasulullah SAW. Agak jarang ulama yang berjaya bekerjasama dengan seorang pemerintah pada zaman moden ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang berteraskan kepada al-Quran dan juga as-Sunnah.

Malah ada yang terkeliru sehingga ada yang menyamakan mereka dengan golongan Khawarij yang telah difatwakan oleh ulama pada masa itu sebagai sesat. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan Wahabiyyah. Ketakutan kepada golongan Wahabi ini kadang-kadang telah mendorong sesetengah ustaz dan golongan agama di negara kita melabelkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka dalam beberapa isu agama sebagai Wahabi.

Bagi mengenali dengan lebih mendalam siapakah sebenarnya Muhammad bin Abd Wahhab dan menyelami perjuangannya, buku ini tampil memberikan pendedahan secara terperinci dan mudah untuk difahami. Seinoga dengan mengkaji dengan mendalam, kita akan terhindar daripada fitnah dan tohmahan terhadap ulama' yang merupakan pewaris para Nabi.
*****
(SEM & S/S) RM9.00 > RM7.90

Pembersihan Jiwa: Antara Ahli Sunnah Dengan Ahli-ahli Sufi ~ Syeikh Ahmad Farid

IMPIAN setiap manusia adalah inginkan hati yang bersih daripada segala kekotoran. Ini adalah kerana. hati adalah merupakan ibu kepada segala amalan yang kita lakukan. Jika putih hati kita maka mudahlah kita untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Malangnya, jika hati seseorang itu gelap, maka segala kebaikan yang hadir kepadanya semuanya terhijab.

Pelbagai cara dapat kita lakukan bagi memperoleh diri yang bersih seperti banyak melakukan ibadat kepada Allah SWT, seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. la dikuatkan lagi dengan firman Allah SWT: "Apakah kaput tidak memerhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Allah SWT,sebenarnya membersihkan siapa yang dikehendakiNva dan mereka tidak dianiaya sedikitpun."

Namun, terdapat perbezaan di antara manhaj (cara) ahli sunnah dan ahli sufi dari sudut pelaksanaannya. Ahli sunnah ialah merealisasikan 'ubudiyah kepada Allah SWT. Sebaliknya ahli-ahli sufi membersihkan jiwa mereka dengan melakukan berbagai-bagai amalan bidaah, khurafat dan juga ibadah-ibadah yang memberatkan diri yang tidak pernah disyariatkan Allah SWT. Persoalannya, adakah golongan sufi ini keseluruhannya bercanggah dengan ajaran Islam?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan perbezaan manhaj mereka dalam membersihkan jiwa, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga jiwa kita akan menjadi bersih dan tenang sentiasa dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.
*****
(SEM & S/S) RM9.00 > RM7.90

Thursday, May 28, 2015

Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat ~ Ghazali Ibrahim

Miliki buku Ustaz Ghazali yang perlu dibeli untuk urus harta kita. Ia juga panduan berguna setiap kita yang pastinya mempunyai harta.

Berkecimpung dalam bidang faraid dan pusaka selama lebih 7 tahun. Beliau telah melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dan menyiapkan lebih 1500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka.

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak. Tetapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!"
(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Adakah kita benar-benar tahu dan mahir tentang ilmu faraid?

Miliki ilmu yang tertinggal untuk kita mengetahui hak setiap waris yang ditinggalkan. Jangan sampai kita terambil hak yang bukan kita punya. Merbahaya! Selesaikan hutang piutang si mati terlebih dahulu. Moga kita terhindar daripada fitnah harta serta selamat dunia dan akhirat.
*****
(SEM) RM30.00 > RM26.40
(S/S) RM33.00 > RM29.00

Friday, May 22, 2015

Batalkah Puasa Saya? ~ Dr. Hamidah Mat

Mengapa Buku Ini Mesti Dimiliki?
*Buku ini Merungkai persoalan-persoalan lazim berkaitan kes rawatan perubatan terhadap ibadah puasa.Perbincangan mencakupi hukum rawatan perubatan,rawatan pembedahan,ujian klinikal,rawatan pergigan dan lain-lain.Penulis membahaskan setiap inti pati dengan mengabungkan disiplin ilmu fiqah dan kaedah rawatan moden.

*Kajian ini diadaptasi daripada kajian tesis ijazah kedoktoran penulis yang telah dimudahkan bahasanya untuk tatapan umum.Sebahagian perbahasan dikekalkan sifat akademiknya untuk memberikan pendedahan bahawa hukum-hakam yang ada pada hari ini merupakan hasil perbahasan panjang dan mendalam oleh para ulama silam dan komtemporari.

*Buku ini sangat baik bagi pembaca yang menyukai perbahasan mendalam berkenaan hukum-hakam ibadah puasa dan kaitannya dalam perubatan moden dalam konteks hari ini.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...