Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, March 9, 2017

66 Ilmuwan Islam ~ Ustaz Muhammad Hatta Selamat

(SEM & S/S) RM52.00 > RM45.80

Buku 66 Ilmuwan Muslim Terkenal menghimpunkan tokoh Muslim di sepanjang zaman dalam pelbagai bidang. Antara mereka adalah: - 

  • ABDUL RAHMAN AL-SUFI (Penulis Buku Astronomi Bergambar Paling Awal) 
  • ABU MANSYUR AL-BAGHDADI (Raja Arimatik Dan Matematik)  
  • ABU MA'SHAR AL-BALKHI (Pakar dalam Astronomi, Sains Pertama yang Menafikan Aristotle) 
  • ULUGH BEG (Astronomi Terkenal dan Guru Matematik) 
  • TIMUR LENG (Pahlawan Perang Terbilang) 
  • QAYYUM NASIRI (Menguasai Ilmu Arimatik dan Beberapa Bahasa, Pencetus Kemodenan Negara "Beruang Merah")  
  • RAHMAN AL-FASI (Poligraf yang Serba Boleh, Mewariskan Ratusan Karya Astronomi dan Kedoktoran)

Kesempurnaan Muhammad Rasulullah s.a.w ~ Imam At-Tirmizi

(SEM & S/S) RM45.00 > RM39.60

Surah Al-Khafi & Yasin ~ Al-Hidayah

(SEM & S/S) RM3.90 > RM3.40

Tuesday, March 7, 2017

Projek Hafal Hadis ~ Mohd Solleh Ab. Razak

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Buku Projek Hafal Hadis ini bersesuaian dengan tajuknya iaitu untuk mengajak semua golongan baik kanak-kanak mahupun dewasa untuk menghafal dan menghayati hadis Rasulullah SAW. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian dengan setiap bahagian menerangkan tentang ilmu hadis secara tepat dan padat. Apabila kita sudah menguasai dan mengetahui tentang sesuatu hadis itu sudah tentu kita lebih yakin untuk menyampaikan ilmu atau berhujah bagi mengajak lebih ramai lagi golongan untuk meminati Islam, insya-Allah.

Di Sebalik Fiqah Forensik ~ Ahmad Syukran Baharuddin

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.00

Ilmu sains forensik merupakan salah satu cabang daripada teknologi kini yang jarang diberi perhatian dalam perbincangan melibatkan hukum Islam. Pelbagai persoalan timbul mengenai penggunaan sains forensik dari kaca mata Islam. Justeru, buku ini merupakan kompilasi soal jawab yang disusun daripada Kolum Soal Jawab Fiqah Forensik, majalah al-Ustaz. Buku ini juga mengupas mengenai forensik makanan, harta pusaka dan jenayah seperti mencuri, zina, liwat, arak, judi, dadah, sihir dan sebagainya. Hukum penggunaan sains forensik dalam Islam juga dijelaskan. Buku ini sangat bermanfaat untuk dimiliki kerana huraian kepada setiap persoalan yang dikemukakan adalah lengkap dan mudah difahami.

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' ~ Telaga Biru

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Mempunyai panduan Waqaf & Ibtida’ berwarna bagi yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf yang sedia ada. Menggunakan tanda waqaf mengikut mushaf Madinah terbaru dengan menggugurkan tanda waqaf lam. Mendapat pengiktirafan daripada ulama tajwid dan qiraat yang disegani di dunia iaitu Almarhum Syiekh Mahmud Amin Tantawi, mantan Ketua Lajnah Rujukan Mushaf Syarif di Mesir, mantan Wakil Ulama-Ulama Qiraat di Mesir dan mantan Naib Ketua Persatuan Ulama Qiraat dan Tajwid Dunia. Empat warna cover yang menarik dan sesuai untuk pembelajaran dan hafazan bagi semua lapisan masyarakat. Bersaiz 10 X 14 cm.

Warna: Kuning, Merah, Hijau, Ungu

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf Ibtida' Walimatulurus

(SEM & S/S) RM145.00 > RM127.60

Al-Quran ini dilengkapi panduan Waqaf dan Ibtida’. Disertakan 2 pilihan warna kotak perhiasan di samping set al-Quran. Dilengkapi dengan penunjuk muka surat sebelah bagi memudahkan hafazan serta menjadi rujukan muka surat. Rekaan yang menarik amat sesuai sebagai hadiah dan hantaran pengikat kasih sayang.

4 Warna: Coklat, Pink, Hijau, Biru

Wednesday, March 1, 2017

Allah Dekat Tiada Gawat ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Allah memberi ujian, Allah jua yang memberi jalan penyelesaiannya. Begitulah kasih sayang Allah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap kepedihan ada penawarnya. Justeru, mereka yang hidupnya sentiasa merujuk dan akrab dengan Allah, akan sentiasa mendapat bantuan, pemeliharaan dan pimpinan pada setiap kesusahan dan masalah yang melandanya. Buku ALLAH DEKAT TIADA GAWAT ini adalah usaha kecil untuk menunaikan amanah dakwah untuk diri dan masyarakat. Untuk mengingatkan tentang betapa perlunya Allah berada di dalam hati kita. Tanpa Allah di hati, hidup akan huru-hara apabila diuji. Justeru, ingatlah pesan yang satu ini: Allah dekat tiada gawat!

Berlari Ke Syurga: Tour De Jannah 2.0 ~ Ustaz Ahmad Dusuki

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Berlari Ke Syurga merupakan himpunan kata-kata dan kisah-kisah sirah dari Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

"Ketika kamu MEMBERI, kamu akan beroleh kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil.
ni semua adalah pemberian daripada ALLAH, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

ANTARA KANDUNGAN
1. Untuk Allah
2. Untuk Rasulullah ï·º
3. Zikir & Istighfar
4. Jangan Berhenti Berdoa
5. Keluarga
6. Ayyuhal Walad
7. Dosa
8. Al-Quran
9. Kehidupan
10. Ilmu itu Cahaya
11. Sedekah & Rezeki
12. Baik & Buruk
13. Syurga & Neraka

Anarkis: Bangkit ~ Khairul Nizam Khairani

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Sarjan Awai Anak Gamung yang dituduh membunuh peguamnya kini terasak apabila diburu oleh pihak berkuasa dan juga tentera upahan yang motifnya masih misteri. Hasratnya mahu melarikan diri pulang ke Sarawak terhalang apabila mengetahui anaknya, Desmond telah diculik kumpulan tentera upahan yang memburunya. Menyedari nyawa Desmond menjadi taruhan, Awai enggan lagi melarikan diri. Dia memilih untuk berjuang bukan sahaja demi maruahnya, namun juga demi nyawa anaknya. Darah pahlawan Iban yang mengalir di dalam tubuhnya tidak akan tumpah tanpa ada nyawa yang jadi galang gantinya. Dia sedar kini adalah masa untuk si ANARKIS BANGKIT!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...