Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, May 19, 2018

Menyimpang Seringgit Rugi Sejuta ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Kos makan di luar naik lebih dari 3 kali ganda dalam masa 20 tahun.

Jika tahu arah yang betul, kita membeli rumah lebih awal sebelum harga rumah naik, berkali ganda. Kita mampu memiliki harta dengan memandang harta dari arah yang betul. Banyak orang hanya tahu berkata tidak mampu, kerana mereka sudah tersilap langkah.

Kuasai peraturan 72 sebagai asas untuk menggandakan duit dan harta. Rancang arah kewangan supaya hasilnya menguntungkan diri sendiri.

Pandang dari perspektif yang tepat agar urusan kewangan kita menjadi mudah dan menguntungkan, Insyaa Allah
Pilih ilmu yang Betul, Bertindak Sekarang, Insyaa Allah duit kita bertambah berkali ganda sebelum sempat kita menyedarinya

Banja Manggala ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60
AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala. Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya. Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Wednesday, May 16, 2018

40 Hadis Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah ~ Muhammad Fahmi Mohamed Amin Al-Azhari, Muhammad Hosnee Zainal Abidin Al-Azhari

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

40 HADIS MUKHTASHAR IBNU ABI JAMRAH (Jilid Pertama) menghimpunkan 42 hadis pilihan daripada kitab Shahih al-Bukhari.

Antara hadis yang disebutkan dalam jilid ini:
Hadis mengenai Permulaan Turunnya Wahyu, Golongan yang Mendapat Kemanisan Iman, Perjanjian Taat Setia, Dua Muslim Yang Saling Berbunuhan, Mendirikan Malam Al-Qadr, Niat Berbelanja untuk Keluarga, Jalan Mudah ke Syurga, Nabi Dikurniakan Sebahagian Ilmu Ghaib, Manusia Paling Bahagia dengan Syafaat, Cara Ilmu Diangkat, Hisab yang Mudah, Air Mani Bukan Najis, Solat di Atas Kenderaan dan banyak lagi.

SIAPA IMAM IBNU ABI JAMRAH?

Abu Muhammad Abdullah bin Sa‘ad bin Abi Jamrah al-Azdi al-Andalusi, salasilahnya bersambung kepada sahabat Rasulullah SAW, Sa‘ad bin ‘Ubadah al-Anshari r.a. Al-Azdi merupakan nisbah kepada salah satu bangsa Arab. Al-Andalusi merupakan nisbah kepada negara kelahiran beliau iaitu al-Andalus. 

Ibrah: Kisah-kisah Hebat Dakwah Nabi Musa A.S. ~ Ustaz Syaari Abdul Rahman

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Mengapa kita perlu mengetahui kisah-kisah Nabi Musa a.s. dan Bani Israel? Bukankah itu semua kisah-kisah lalu yang sudah menjadi sejarah?

Tapi, adakah kita tahu bahawa satu pertiga kisah dalam al-Quran adalah kisah Nabi Musa a.s. dan umatnya, Israel? Bukankah ini suatu petanda jelas daripada Allah SWT kepada kita supaya mengenali dengan sebenar-benarnya siapa Bani Israel.

Apakah tabiat, ciri-ciri dan matlamat mereka? Buku ini merungkai sejarah Bani Israel yang pernah ditindas lalu diselamatkan dan diberi pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT. Namun mereka bukan sahaja tidak bersyukur, malah memusuhi nabi-nabi mereka dan Nabi Muhammad SAW serta umat Baginda.

Seminggu di Syurga ~ Ablah Ibtisam

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Travelog seorang guru dari Sudan yang tidak kenal erti penat untuk memastikan anak didik dan anak angkatnya yang berasal dari Malaysia, berjaya dalam pembelajaran dan pelajaran.

Menjadi orang asing di sebuah negara serba kekurangan, Amirul, remaja yang baru masuk usia belasan tahun tabah menghadapi cabaran. Ditinggalkan oleh keluarga di benua Afrika demi menimba ilmu. Namun, kehadiran Ablah Ibtisam sebagai penjaga yang juga merupakan ibu angkat dan guru bersama keluarganya, banyak membantu Amirul hidup di Sudan.

Biar sesukar mana pun cabaran yang datang, Ablah Ibtisam tidak pernah mengalah. Demi anak Amirul yang sudah dianggap seperti anak sendiri, Ablah Ibtisam terus berusaha mengatasi rintangan berjaya. Yang sukar sentiasa ada penyelesaian apabila Allah dijadikan tempat sandaran utama.

Segala penat lelah Ablah Ibtisam berbalas apabila Amirul akhirnya berjaya cemerlang. Kemuncak kegembiraan Ablah Ibtisam adalah apabila kedua-dua ibu bapa Amirul iaitu Prof Muhd Kamil dan Raudzah Roslan membawanya ke Malaysia untuk menghadiri pelancaran buku tulisan mereka.

Pertama kali menjejak kaki ke Malaysia, umpama syurga buat Ablah Ibtisam! Ia umpama rezeki yang tidak disangka-sangka datang bergolek, anugerah daripada Allah kepada insan yang ikhlas memberi khidmat.

Magna Sayap Hitam ~ Iwan Reaz

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.

Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya.

Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan...

Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?

Oh, My Students! ~ Liza Suhana Ramli

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Naskhah ini bukan saja perlu dimiliki oleh pelajar, pensyarah atau guru, ia juga sesuai dibaca oleh sesiapa saja yang sedang berusaha mahu memperbaiki diri.

Leteran jika dizahirkan dengan suara, kadang memekakkan telinga. Tapi coretan ini berjaya menukarkan leteran menjadi ‘sesuatu’ yang perlahan-lahan mampu meresap masuk ke dalam jiwa.

Sungguh ini bukan coretan kosong. Ada inti. Paksinya realiti yang menjentik hati.

Bahkan kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada para remaja dalam menghadapi situasi belajar dan cabaran berdikari di Institusi Pengajian Tinggi. Bagi yang bergelar siswa-siswi, semestinya pernah dan akan mengharungi salah satu atau beberapa situasi seperti dalam kisah-kisah yang diceritakan ini. Nilaikan pengajarannya dan buatlah keputusan mengikut pertimbangan yang wajar dalam menangani apa jua cabaran mendatang.

Manakala buat para pendidik, ini bukan hanya cerita saya. Ini cerita kita. Seharusnya kita tidak hanya melunaskan tanggungjawab menghabiskan silibus semata-mata tapi juga turut mendidik dengan jiwa.

Au Revoir ~ Mazliham Mohd Su'ud, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Kali terakhir menunggu pesawat di lapangan terbang sebelum berangkat pulang, perasaan sedih dan gembira bercampur baur. Tidak pernah termimpi saya akan sampai ke Peranchis. Saya Cuma anak kampung yang sudah berkali-kali gagal dalam permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh. Saya bukan pelejar cemerlang yang hebat dengan keputusan terbaik. Tidak mungkin mampu untuk kembali ke Peranchis lagi selepas tamat pengajian di sana. - Prof. Dato’ Dr Mazliham Mohd Su’ud

Perjalanan ini tertangguh lebih 10 tahun. Saya gagal di dua universiti: matrikulasi UKM dan UTM. Setelah digerakkan hati untuk berfikir seketika, merenung diri, dan akhirnya berjaya di Uitm. Bertemu isteri, Raudzah Roslan (Roza). Akhirnya, saya mendapat tawaran belajar di luar negara. Di Dundee, Scotland dan seterusnya di Bangor, Wales. Kedua-duanya di bumi ratu. Saya terkenangkan kisah lampau terutamanya perasaan kecewa ayah. Perjalanan ini seolah-olah membasuh segala dosa lampau. - Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Kita Tidak Berdosa ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Prof, boleh maklumkan tajuk kuliah yang ingin disampaikan?”

“Kita Tidak Berdosa.” Beberapa hari kemudian pihak penganjur berhubung sekali lagi.

“Prof, boleh kita tukar tajuk?”

“Mahu tukar kepada...?”

“Ya Allah, Ampunilah Kami.”

“Itu tajuk budak sekolah. Saya memilih tajuk Kita Tidak Berdosa atas beberapa sebab. Tiada paksaan untuk menjemput saya berceramah. Tuan (Puan) belum pun mendengar apa yang ingin saya tuturkan tetapi sudah mempunyai tanggapan tertentu. Saya tidak akan pergi jika tajuk ditukar.”

Dan, pada hari tersebut, saya masuk ke lokasi untuk menyampaikan kuliah, mata saya terpandang banner yang tergantung. Allah ya Allah, tajuknya telah ditukar!

Biar Berbekas ~ Roza Roslan

(SEM & SS) RM40.00 > RM35.20

“Duhai anakku, mama mohon maaf.

Barangkali awak membesar sendirian tanpa cukup bimbingan seorang ibu. Barangkali ada tangisan dalam diam. Air mata kering sendiri tanpa mama mendakap dan mengelapnya. Barangkali awak tergelincir, jatuh lalu terluka. Namun, mama tiada di sisi. Malah tangan yang terkapai mama tidak pernah sempat menyambutnya. Luka itu barangkali dalam, tetapi awak diamkan. Langsung tidak pernah mengadu, jadi mama tidak pernah tahu. Mungkinkah ia belum sembuh atau bekas lukanya masih berbekas hingga kini? Mama tidak pasti. Anakku, awak membesar tanpa mama sedar. Sedangkan ketika itu mama begitu sibuk mengejar seisi dunia. Mama mahu itu dan ini. Mama mahu semua.”

Semalam, saya terbayang ketika anak-anak sibuk mahukan ibunya, si ibu lebih menyibukkan diri. Majikan diutamakan dan didahulukan melebihi keluarga sendiri. Si ibu lebih takut kepada majikan daripada takut tidak menjalankan amanahnya terhadap Ilahi. Diam-diam, anak-anak berdikari tanpa si ibu di sisi. Astaghfirullahal-ʻAzhim!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...