Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, July 10, 2018

Kuasai Tajwid 6 Jam ~ Ustaz Zubair Malik

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Buku ini menghuraikan hukum hakam Tajwid dengan lengkap. Ia disampaikan dengan penyampaian yang penuh warna, lengkap dengan contoh, disertai carta dan rajah serta grafik bagi memudahkan pemahaman.

Sesuai dimilik oleh pelbagai peringkat usia yang ingin mempelajari ilmu Tajwid dan memperbaiki mutu bacaan al-Quran.

KANDUNGAN
Doa Membaca & Menghafaz Al-Quran
Nama-Nama Huruf Hijaaiyyah
1. Sejarah Ringkas Al-Quran
2. Pengenalan Huruf Hijaaiyyah
3. Pengenalan Ilmu Tajwid
4. Makhraj Huruf
5. Sifat Huruf
6. Hukum Mad
7. Hukum Mim Mati
8. Hukum Nun Mati & Tanwin
9. Hukum Idghåm
10. Hukum Qålqålah
11. Hukum Rå
12. Hukum Lam Alif
13. Hukum Bacaan Lain
14. Waqåf & Ibtida’

Cukuplah Allah Bagiku ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Buku CUKUPLAH ALLAH BAGIKU dikarang oleh empunya nama penathebingkisanhati adalah buku kedua beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Buku ini menyentuh mengenai kehidupan kita yang terlalu banyak cabang yang harus kita pilih. Kadang-kadang sengaja Allah biarkan kita dengan keputusan dan pilihan yang salah sehingga mengheret kita ke dalam masalah kerana itu adalah takdir Allah dan kerana itulah juga yang bernama ujian.

Maka apa saja pilihan yang telah kita buat, episod hidup yang telah kita jalani, peristiwa yang telah kita lalui, jangan pernah menyesal. Di sebalik episod kehidupan yang telah kita lalui, ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Agar hari yang mendatang, kita tak akan ulangi kesilapan yang sama.

Buku bertajuk Cukuplah Allah Bagiku merupakan coretan, monolog serta puisi yang tulus dari sanubari penulis. Beliau mengharapkan agar buku ini ada manfaat dan kebaikan yang akan diperoleh kerana kita semua sering rapuh apabila diuji juga kita semua sering terduduk saat diasak dengan duka dan gelora dunia.

Semoga ujian yang hadir bersama air mata itu bukan sebagai petanda kita lemah tetapi sebagai petanda kita sedang mengumpul kekuatan.

Mr. Gentleman Dambaan Wanita ~ Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Keluarga ialah gedung pahala. Banyak pahala yang datangnya daripada keluarga. Contohnya, suami yang mencari nafkah untuk isteri, isteri melayan suami, suami isteri yang menjaga anak dengan baik, semua itu dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Oleh kerana keluarga adalah gedung pahala, maka syaitan sangat tidak menyukainya. Justeru, keluarga merupakan antara institusi utama yang menjadi sasaran serangan syaitan untuk dimusnahkan. Bagi melindungi dan memelihara keluarga daripada serangan serta gangguan syaitan laknatullah itu, kita diajar prinsip kekeluargaan dan doa-doa tertentu yang berkaitan dengannya. 

Dalam hal ini, suami yang merupakan nakhoda rumah tangga berperanan membawa keluarganya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maka, penting bagi suami berwatak sebagai ‘rijal’ sebagaimana yang dikehendaki syariat Islam. Terdapat lapan perkara yang boleh dibahaskan tentang bagaimana caranya untuk menjadi seorang suami berperwatakan ‘rijal’ yang diketengahkan dalam buku ini. Semoga ia menjadi panduan dan inspirasi kepada seorang suami khususnya dalam mengemudikan rumah tangga agar bahagia dunia dan akhirat.

Friday, July 6, 2018

Koyak ~ Muhd Iqbal Samsudin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Ah, yang itu pun kau nak koyak?”

Insan yang koyak dipersalahkan terlebih dahulu berbanding apa yang menyebabkan dia terkoyak.

Kita tidak sama. Tahap kesakitan kita juga berbeza-beza.

Jangan kita anggap suatu kekecewaan itu kecil di sisi kita, kecil juga di sisi orang lain. Jangan kita sangka suatu sakit kecil di sisi kita, sakit kecil juga di sisi orang lain. Kita manusia ini berbeza-beza. Berlainan juga tahap ketahanan masing-masing.

To My Dearest Family ~ Amiza Khusyri Yusof

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

HIDUP INI BUKAN UNTUK GEMBIRA?
BUKAN UNTUK GEMBIRA SAJA.
TAPI UNTUK BAHAGIA. BAHAGIA DUNIA. BAHAGIA AKHIRAT.

Bahagia tidak mampu dicapai seorang diri. Ia datang daripada orang disekelilingmu. Orang yang paling rapat. Yang terlebih dahulu memegangmu sebelum kau tersungkur. Yang menyimpan tangismu dan yang memberi hati mereka kala kau belum menjadi menang.

Mereka, adalah keluargamu.
Siapa yang tidak mahu memiliki keluarga yang bahagia?

Untuk punya keluarga yang baik, seorang ibu mahupun ayah, berusaha member yang terbaik. Dan tiada yang lebih baik daripada untaian kata-kata yang disusun indah dan berhikmah, daripada pengalaman dan nostalgia lampau ibu dan ayah, yang anak-anak tidak miliki.

Buat pedoman yang berkekalan, walau beratus tahun.








Berpindahlah. Berhijrahlah. Usah berlama-lama menangisi pemergian sedangkan banyak lagi ruang dan peluang boleh diteroka.

Doktor Sakit ~ Dr. Atikah Razali

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

Keadaan bahagian trauma dan kecemasan hospital daerah itu sedikit kelam-kabut walaupun jam hamper menunjukkan pukul 3.00 pagi. Pesakit tidak putus-putus datang. Ada pula seorang pesakit yang mengadu mengalami kesukaran bernafas di rumah, tidak sedarkan diri pula di hospital akibat serangan jantung yang serius.

Di tengah kekalutan berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut (dengan izin Allah SWT), tiba-tia terdengar suara seseorang memarahi seorang staf,”Hoi boleh cepat tak buat kerja tu? Saya demam dah dua jam tunggu ni!”

Walaupun saat itu matanya boleh melihat jelas doctor, pembantu pegawai perubatan dan jururawat berlari-lari dalam kesibukan. Bagaimana jika ahli keluarga mereka pula di tempat pesakit yang sedang bertarung nyawa?

Cuba anda fikirkan kembali, ANDA RASA DOKTOR ADA MASA UNTUK SAKIT?

Orang Yang Lupa Takkan Ingat Perkara Esok ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Betul la, aku selalu lupa. Selalu buat macam tu. Tak boleh jadi, aku kena ubah lepas ni.”

Lupa ini jika dibiarkan akan mempengaruhi siapa dan kehidupan kita. Supaya tidak lupa, maka perlulah diulang-ulang peringatan.

“Eleh, benda sama saja yang diulang-ulang. Dah klise. Semua tu aku dah tahu la.”

Kerana berasa diri sudah tahu semua, kita akan jadi bodoh. Bodoh dalam hal yang kita tidak tahu. Bak kata Kiyai Mustofa Bisri:

“Kamu akan menjadi pandai apabila masih banyak yang perlu dipelajari, kamu akan jadi bodoh apabila berasa sudah cukup tahu.”

Peringatan diulang ada maknanya. Ia menjadikan kita lebih kuat pada masa depan.

Semoga perkara yang biasa kita lupa menjadi penting, sehingga kita benar-benar menjadikannya sebahagian daripada kehidupan. Hilangnya ia seperti tidak lengkap anggota badan.

Pematah Hati Yang Tak Dirindukan ~ Saifuddin Hamizan, Baha'uddin Hamizan

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

“Tidak pernah terlihat dua orang yang saling mencintai (yang lebih baik/indah) seperti pernikahan.”
(Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah)

Usah diratapi orang yang memilih untuk pergi, namun perbaikilah diri dan dekatilah Yang Maha Mengasihi. Ketika Dia menurunkan ujian, memang terlalu banyak persoalan timbul.

Soalan yang mungkin kerap kali diulang Tanya, “Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku?”

Berpindahlah. Berhijrahlah. Usah berlama-lama menangisi pemergian sedangkan banyak lagi ruang dan peluang boleh diteroka.

Banja Manggala ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala. Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya. Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Monday, July 2, 2018

Ensiklopedia Akhlak Rasulullah ~ Dr. Norhanisah Senin, Dr. Siti Fairuz Ramlan, Yusuf Hawasy, Faiz Muhamad

(SEM & SS) RM75.00 > RM66.00

Akhlak merupakan cerminan daripada pancaran keimanan yang telah meresapi dan menepati dalam hati seseorang. Oleh sebab itu, akhlak yang lahir daripada seseorang merupakan tindak balas automatik daripada minda bawah sedarnya tanpa boleh dibuat-buat. Jika baik imannya, maka baik akhlaknya. Begitulah sebaliknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...