Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, June 26, 2019

I'm A Backpacker: Thailand ~ Jann Azhari

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Selatan Thailand bermula dari wilayah Chumpon hingga ke wilayah Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia. Kawasan ini sangat terkenal dengan pantai dan pulau-pulau yang indah. Di sebelah barat menghadap Laut Andaman, manakala di sebelah timur terletak Teluk Thailand (Gulf of Thailand). Sebut sahaja Thailand, pasti akan teringatkan makanan yang sedap, shopping dengan harga murah dan keindahan pulau di Phuket dan Krabi. 

Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang anda belum teroka. Jika sudah tahu Thailand terkenal dengan syurga makanan, ke mana kita harus pergi mencuba masakan-masakan sedap ini? Jenis masakan apa yang wajib kita cuba? Tempat tinggal di Thailand bukan satu masalah, tetapi di mana yang paling sesuai? Buku ini akan menjawab persoalan itu. Sediakan wang dan tandakan cuti di kalendar sahaja.

Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah al -Ankabut (LABAH-LABAH)
Bertukar Fikiran dengan Sopan
Minta Tanda-tanda (Mukjizat)
Bumi Allah Lapang
Tempelak kepada Penduduk Makkah

SURAH AR-RUM (MASYARAKAT ROM)
Pendahuluan
Kalah dan Menang
Sifat-Sifat Kehidupan
Sesetengah dari Tanda-tanda Kebesaran-Nya
Kilat Sabung-Menyabung
Tegakkanlah Wajah kepada Agama
Kaya dan Miskin
Kembali Peringatan Kebesaran Ilahi

SURAH LUQMAN (LUQMAN)
Wasiat Luqman kepada Anaknya
Solat dan Masyarakat
Sikap Hidup

Surah As-Sajdah (SUJUD)
SURAH AL-AHZAB (GOLONGAN YANG BERSEKUTU)
Pendahuluan
Dua Peringatan
Perang Khandaq

Tafsir Surah At-Taubah dan Juzuk 10 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah al-Anfaal (harta rampasan)
Yang Paling Jahat
Iman, Hijrah, dan Jihad
Ansar
Beriman Tidak Berhijrah

Surah at-Taubah (permohonan ampun)
Pendahuluan
Tentang Haji Akbar
Keterangan tentang Bulan Haram
Minta Perlindungan
Pintu Taubat Selalu Terbuka
Memakmurkan Masjid
Dari Hal Jizyah
Anak-Anak Allah
Menuhankan Manusia
Mentuhankan Guru
Hendak Memadamkan Nur Allah dengan Mulut
Imperialisme Jiwa dan Kapitalisme

Amalan & Doa Daripada Al-Quran & Hadith Pelajar Cemerlang ~ Noor Ashikin Mohamad Yusuf

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.90

Pelajar cemerlang ialah pelajar yang taat dan patuh kepada agama dengan menuruti segala perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya. Buku ini menekankan amalan ibadah yang mantap dapat membentuk kecemerlangan dalam pelajaran bagi seorang pelajar. Ibadah yang tepat bukan sahaja diberikan ganjaran pahala, malah memperoleh dorongan dan semangat dalaman. Terdapat beberapa amalan yang difokuskan dalam bab ini mengenai perhubungan dengan Allah s.w.t. yang juga resipi kejayaan seorang pelajar.

Antara Kandungan:
BAB 1 : Sayangi Allah
• Amalan 1: Memantapkan Keimanan
Doa : Doa Mohon Ketetapan Iman
• Amalan 2: Membiasakan Diri untuk Solat Sunat
Doa : Doa Solat Sunat Tahajud
• Amalan 3: Mendirikan Solat Fardu dengan Penuh Khusyuk
Doa : Doa Fokus Ketika Belajar

BAB 2 : Pelihara Diri
• Amalan 6: Beristighfar Setiap Hari
Doa : Sayyidul Istighfar
• Amalan 7: Memelihara Waktu Solat
Doa : Doa Menjaga Solat
• Amalan 8: Melazimi Berdoa
Doa : Doa Lembut Hati

Ajaibnya Sedekah: Semakin Sedekah Semakin Kaya ~ Muhammad Muhyidin

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80

Salah satu ajaran agama kita adalah sedekah. Selama ini, kita sering memandang sedekah sebagai sesuatu yang biasa. Siapa yang mahu bersedekah, silakan. Siapa yang tidak mahu, tidak mengapa. Ramai daripada kita tidak memahami apa itu sedekah. Padahal, sekiranya kita menyelami dan mendalaminya dengan bersungguh- sungguh, hakikat sedekah mampu membuka dan mencerahkan hati dan fikiran kita. 

Sedekah mengandungi kekuatan ataupun keajaiban yang dahsyat, bukan hanya dalam konteks kehidupan di dunia, malah dalam konteks kehidupan di akhirat juga.

Monday, June 17, 2019

Fiqh Ta'Ayush Dalam Konteks Maqasid Syariah ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Fiqh ta'ayush ialah fikah dalam hubungan sosial dan interaksi antara masyarakat yang berbeza etnik dan agama. Ia memberi panduan kepada Muslim bagaimana mempamerkan keanjalan syariah Islam dalam segenap aspek kehidupan, selain panduan untuk bergaul dan berinteraksi bersama masyarakat pelbagai etnik dan agama sambil memelihara jati diri sebagai Muslim. Fiqh ta'ayush memberi gambaran kepada muslim dan bukan muslim bahawa islam membentuk kehidupan yang harmoni antara etnik dan agama.

Topik-topik yang difokuskan adalah:
1. Maqasid Syariah
2. Maqasid Syariah dalam Fiqh Ta'ayush
3. Antara Sikap Ekstrem dan Kesederhanaan
4. Insan Berbeza Etnik dan Agama
5. Aurat dan Pakaian
6. Majlis Keramaian
7. Makanan dan Minuman
8. Anjing
9. Kawan, Jiran, dan Keluarga
10. Isu Agama
11. Menghormati Institusi dalam Kerangka Negara

Praktik Solat Waktu Kritikal ~ Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Johan Ismail

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Panduan Solat di Luar Kebiasaan
Kaedah berwuduk dalam kenderaan
Kaedah menentukan arah kiblat
Solat jamak dan solat qasar
Kaedah solat semasa keuzuran
Kaedah solat dalam kenderaan
Kaedah solat dengan memakai kasut

Hukum Bermazhab & Persoalan-persoalan Berkaitan Kaedah Bermazhab ~ Dr. Maszlee Malik

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Isu bermazhab menjadi perdebatan hangat di Malaysia yang mengundang persepsi yang pelbagai daripada masyarakat.

Melalui buku ini, penulis akan mengupas persoalan tersebut dengan melihat terlebih dahulu konsep bermazhab itu sendiri, hukum dan cara bermazhab dengan harapan dapat membetulkan kekeliruan di kalangan umat Islam tentang persoalan bermazhab.

Perbincangan dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian pertama lebih berkisar tentang pendefinisian bermazhab untuk memberikan landskap yang jelas kepada para pembaca mengenai konsep bermazhab dan sejarah bagaimana timbulnya amalan bermazhab.

Bahagian kedua pula memberikan penumpuan kepada konsep serta kaedah pengamalan bermazhab dan bahagian-bahagiannya menurut pembahagian ulama usul al-fiqh.

Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan ~ Khairul Hakimin Muhammad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Anak kecil berlarian dengan baju lusuh dan seluar compang-camping. Apabila didekati, tiada tangan rupanya. Ada ibu berdiri di luar khemah, di dalamnya anak-anak sedang tidur kepenatan. Dia hanya berdiri kerana tidak tahu di mana hendak melepaskan lelah. Di tanah, panas. Rumput tiada, kerusi apatah lagi.

Kehidupan di celah runtuhan dan kerosakan umpama magis yang sukar untuk ditulis, dilukis atau digambarkan. Hanya pohon tin dan zaitun menjadi saksi. Melihat tanpa boleh membantu, memberi teduh tanpa menghilangkan haus.

Dari tahun 2011, lebih enam juta rakyat Syria menjadi pelarian dan keluar dari negara sendiri. Mereka mencari perlindungan dan lebih penting, menyambung nyawa anak-anak yang masih kecil.

Ya Tuhan, ini sangat menyakitkan.

Tuhan Beri Aku Masa ~ Mohd Akhirudin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Karya yang membimbing kita untuk kembali hijrah ‘mencari’ diri yang hilang. Ada kisah tentang manisnya dunia yang menipu. Ada cerita tentang akhirat yang hampir dilupakan. Malah, ada peristiwa tentang usia yang disia-siakan di sepanjang waktu yang diberi. Sungguh, karya ini amat mempengaruhi sebuah jiwa yang ingin kembali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...