Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, October 22, 2019

Kerana Dia Anak Syurga ~ Hamka Kereta Mayat

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Jika bersembang dengan ibu bapa yang ada anak autisme, mereka sedang menunggu-nunggu si anak dapat memanggil mereka “ibu” buat pertama kali sebab anak autisme lambat mengenal ibu bapa sendiri. Sedihkan? Ada yang anak sudah masuk darjah satu tapi belum dapat mengenali ibu bapanya, dan ada yang hingga dewasa pun tidak mampu berkata-kata padahal mereka bukan bisu!

Semua itu ujian, dan anak saya pula, alhamdulillah, sudah dapat memanggil ibu bapanya sewaktu berumur 4 tahun, namun sekarang masih tidak mampu membuat ayat, dan selalu menjawab dengan jawapan yang salah. Komunikasi hanya satu hala dan banyak diam dari bercakap, jika bercakap kita tidak faham bahasa mereka. Tak apa pelan-pelan kayuh.

Monday, October 21, 2019

40 Kemuliaan & Kehebatan Rasulullah ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Rasulullah SAW ialah manusia terbaik dan juga yang paling sempurna. Di mana sahaja posisi Baginda; baik sebagai suami, bapa, sahabat, pemimpin mahupun ketua negara, Baginda diakui sebagai yang terbaik dan terhebat.

Sebagai umat Baginda yang mengharapkan syafaatnya, wajiblah kita mengetahui setiap kemuliaan dan kehebatan Rasulullah SAW seperti yang terakam dalam al-Quran dan juga hadis.

Buku ini merupakan karya terjemahan daripada kitab berbahasa Arab yang berjudul Bidayatus Sul fi Tafdhil ar-Rasul yang ditulis oleh Imam ‘Izzuddin bin Abdus Salam. Ia menghimpunkan 40 kemuliaan dan kehebatan Baginda berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis, serta atsar para Sahabat.

Cikgu Multipurpose ~ Amla Mat Rawi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

CIKGU MULTIPURPOSE bermaksud seorang guru yang kerjanya bukan sahaja masuk kelas, buka buku dan mengajar akademik kepada anak-anak murid tetapi ada lebih seribu tugas lain daripada itu. Satu tugas hakiki bersama sejuta tugas lain yang menanti.

Cerita-cerita ini semuanya kisah benar yang diadun secara santai tapi sampai. Berlaku di sekeliling kita. Bukan kisah penulis seorang tapi ini kisah kita semua. Cerita-cerita di dalam buku ini bukan cerita kosong. Ada ibrah, pengajaran dan dakwah di dalamnya.

Cikgu Multipurpose mengajak pembaca menyelami suka duka guru dan anak-anak di sekolah rendah dengan segala kerenah ujian kehidupan. Ada yang positif boleh kita ikut jadikan tauladan, ada yang negatif, boleh kita buat sempadan. Ada yang kita tidak sangka – oh, macam itu pun ada!

Anak Gajet ~ Najmi Nawawi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Kita hidup di zaman berbeza, cara parenting dulu dan sekarang perlu diadaptasi mengikut kesesuaian dan kepentingan semasa. Tidak dinafikan bagaimana kita dididik dulu akan mempengaruhi cara didikan kita kepada generasi hari ini. Namun, itu tidak bermakna kita tidak mampu bawa perubahan.

Jika anda pernah dipukul kasar ibu bapa masa kecil dan masih ingat sampai hari ini, itu bukan kenangan manis, tetapi trauma yang diindahkan.

Diindahkan dengan kata-kata seperti pukul kerana sayang, pukul kerana aku degil sangat, pukul kerana itu cara terbaik, sebab kena pukullah aku jadi manusia hari ini, dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa ia hasil daripada trauma, cuma diindahkan oleh minda manusia yang kompleks yang cuba mengatasi trauma untuk meneruskan kehidupan.

Menyedari hakikat teknik parenting dulu lebih banyak memberi trauma kepada anak-anak berbanding kebaikan bukanlah bermaksud untuk kita berdendam. Tetapi ia lebih kepada mengakui hakikat kebenaran dan kita perlu sedar kitaran ini perlu dihentikan dan tidak berterusan pula untuk generasi akan datang. Semuanya perlu bermula dengan parenting yang dilengkapkan dengan ilmu.

Hidayatus Salikin (Edisi Jimat) ~ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin adalah kitab turats susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah Taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelosok Nusantara.

Kitab ini dikemas kini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah SWT.

Antara fokus utama dalam buku ini:
•Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
•Ibadah
•Adab
•Akhlak Muslim
•Penyucian Jiwa
•Zikir-zikir
•Nasihat ulama

40 Teknik: Mendidik Gaya Rasulullah ~ Dr. Shuhadak Mahmud

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan pendidik yang terpilih bagi menyampaikan setiap ajaran dan syariat Islam kepada umatnya. Tugas Baginda itu dilaksanakan dengan pelbagai uslub dan teknik sehingga Baginda berjaya mengubah masyarakat Arab jahiliah menjadi umat yang hebat dan berjaya dalam pelbagai bidang.

Buku ini memaparkan beberapa teknik yang diaplikasikan oleh Baginda dalam usaha mendidik umatnya dengan membawakan hadis-hadis yang merakamkan uslub dan teknik Baginda mendidik Sahabat-sahabatnya.

Sweet Sour Couple Muda ~ Syakirin Yuslan, Nabihah Abd Razak

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Menyandang gelaran pasangan muda, harus bersedia dengan tiga cabaran utama. Masalah wang, masalah risau apa kata orang, dan masalah mengawal emosi yang belum cukup matang.

Benar, ini sememangnya cabaran besar, namun sebenarnya, ia tidaklah terlalu sukar jika ego tidak terjunjung di atas kepala. Maksudnya, pasangan muda harus bersedia untuk terus belajar selok-belok rumah tangga dan berlapang dada menerima apa-apa pun takdir yang direzekikan Allah pada masa-masa tertentu.

Perlu terima hakikat bahawa ada masanya takdir itu indah, secocok dengan harapan kita. Namun ada masanya, hampa hingga berderaianlah air mata. Inilah yang dipanggil sweet sour!

Jalan Syurga ~ Ummu Nurin, Rohamiah Muda, Mahalamiah Mohamad

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Jalan Ke Syurga memaparkan kisah masyarakat yang dirakamkan oleh para penulisnya secara santai.
Kisah keluarga dan masyarakat yang memerlukan sifat sabar, tekun, takwa dan tawakal menjadi tema kepada kisah yang dipaparkan.

Moga kisah yang berlaku itu boleh dijadikan tauladan dan sempadan. Sesungguhnya, yang terbaik dalam kalangan kita adalah yang paling banyak jasanya kepada ummah.

Hidup penuh dengan perjuangan, seperti pelajar yang berada di dalam dewan peperiksaan. Seluruh bumi Allah inilah dewan peperiksaannya.

Manhaj Rasm Uthmani: Evolusi Penulisan Al-Quran Fakta dan Sejarah ~ Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Abd. Ghani

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Di samping itu, salah satu cabang ilmu al-Quran yang harus diberikan perhatian, iaitu berkaitan dengan penulisan al-Quran itu sendiri. Sebahagian besar daripada kita sedia maklum bahawa penulisan al-Quran yang digunakan secara rasmi di negara ini ialah Rasm Uthmani. 

Namun begitu, tidak ramai yang benar-benar mengetahui sejarahnya. Oleh itu, menjadi satu nilai tambah jika ilmu tentang sejarah penulisan al-Quran ini dapat dipelajari dan diketahui oleh masyarakat Muslim umumnya.


Tafsir Al-Jalalain: Juzuk 'Amma (Terjemahan & Huraian) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM50.00 > RM45.00

Ilmu tafsir Al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerana ia berkaitan dengan Kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir al-Jalalain, yang dikarang oleh dua iaitu Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahalli (791-864 Hijrah) dan muridnya, Jalaluddin as-Suyuthi (849-911 Hijrah), rahimahumallahuta’ala.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...