Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, December 17, 2019

Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Antara kandungan:
Surah al-Hijr (BATU BESAR)
Insan dan Iblis
Tetamu Ibrahim a.s.
Umat Nabi Luth a.s.
Penduduk Aikah dan Al-Hijr

Surah an-Nahl (lebah)
Kehendak Allah
Allah Penunjuk Jalan
Lautan
Perbandingan
Jawapan Musyrikin
Hijrah
Kembali Tentang Keindahan Alam

Malaikat Bertali Leher ~ Amirul Azmeer Asmadi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Tidak perlu tunggu jadi baik untuk membuat kebaikan, kerana siapa-siapa sahaja mampu berbuat baik. Usah ditunggu malaikat turun membawa kebaikan, kerana di dalam jiwa kita sudah ada malaikat yang terpendam.

Malaikat Bertali Leher menghimpunkan kisah-kisah benar, anekdot tentang orang biasa yang membuat kebaikan, yang tidak mengharapkan pembalasan. Manusia-manusia yang berlatar belakang biasa-biasa, yang ikhlas, yang membuatkan mereka menjadi luar biasa.

Super Imej ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Penampilan adalah jenama kita yang akan dinilai oleh orang lain. Sekiranya penampilan itu baik, maka baik lah nilai jenama kita di mata orang. Tapi… Bagaimana pula jika sebaliknya?

Semuanya ada disebut dalam buku ini. Kita bukan hanya ajak untuk mempunyai imej yang baik, malah mempunyai Super Imej dengan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola.

Tuesday, December 10, 2019

Hikmah Saintifik Mengapa Malam Untuk Tidur & Siang Untuk Bekerja ~ Robiatul Adawiyah Mohd, Ku Mastura Ku Mohd Noor

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Gabungan doktor falsafah bidang I’jaz Quran dan doktor falsafah bidang perubatan, membahaskan malam dan siang dalam Al-Quran and As-Sunnah. Ia mengandungi pelbagai petunjuk yang signifikan bagi meningkatkan kualiti kehidupan fizikal dan spiritual manusia dalam melalui aktiviti seharian. Rentak sirkadian pula adalah ilmu yang mengkaji hubungan kehidupan manusia dengan kitaran malam dan siang.

Friday, December 6, 2019

Time After Time ~ Sederhanaindah

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Buku ini berkenaan dengan motivasi, psikologi, self help tentang hati dan perasaan; bagaimana hendak move on, berubah menjadi lebih baik.

Disampaikan dalam bentuk artikel pendek, cerita pendek, khutbah dan ada banyak quotes Bahasa Melayu dan English.

Ditulis dengan rasa mahupun tujuan yang sederhana iaitu ingin membantu pembaca mencari kekuatan hati juga jiwa.

Secara umumnya buku ini sesuai untuk orang muda atau remaja yang masih young and wild yang selalu terjebak dengan masalah hati dan perasaan. But it's more than that. Jadi semua orang boleh membacanya kerana tiada istilah terlambat untuk berubah, jika kita mahu menikmati hidup yang lebih indah.

Bicara Ini Demi Perpaduan ~ Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Naskhah yang terdiri daripada himpuan tulisan yang berkaitan tema Islam memimpin perpaduan dengan mengemukakan prinsip dan dasar Islam dalam konteks negara masyarakat majmuk.

Antara kandungan menarik :
1) Jika Islam Mentadbir
2) Rahmatan Lil 'Alamin
3) Adil Syarat Wajib Seorang Pemimpin
4) Islam Dan Perpaduan Masyarakat Majmuk
5) Politik Islam Dan Perkauman
6) Halal Dan Haram Dalam Masyarakat Majmuk
7) Antara Kaum Dan Perkauman

Fajar Islam di Nusantara ~ Hafidzi Mohd Noor

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.30

Kerana sejarah bukanlah kisah penyerahan diri semata-mata. Sejarah adalah kisah melawan umat Islam terutama di Nusantara. Lebih-lebih lagi di Tanah Melayu ini sendiri.

Chai Yok! ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Dakwah bukan sekadar berlaku apabila kita berada di pentas popular yang ramai audiensnya. Komunikasi dakwah juga ada daripada khalayak kumpulan kecil sahaja.

Dalam lingkungan keluarga, di sekolah, bersama kawan rapat, bahkan juga saat berdiri tegak tanpa komunikasi di tengah-tengah masyarakat. Menerusi kisah-kisah kejayaan, kita ambil inspirasi dan teladan. Menerusi kisah-kisah kegagalan, kita bina sempadan!

Lain waktu, lain cabarannya. Lain orang, lain sukatan besar kecil ujian yang akan menimpanya! Namun yang pasti, naskhah CHAIYOK! ini membawakan kisah-kisah hebat dan sangat istimewa! Tidak semua orang berpeluang melaluinya, namun kini sebagai pembaca naskhah ini, semua orang boleh rasa pahit getirnya

CHAIYOK! adalah bahasa pasar masyarakat kita yang diinspirasikan daripada sebutan perkataan bahasa Cina dan Korea. Ia diertikan sebagai satu suntikan motivasi yang bermaksud BERUSAHALAH! atau BERSEMANGATLAH!

Relaks Lah! ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Ujian datang dan pergi. Setiap hari kita perlu hadap ujian-ujian kecil. Kadang selesema, kadang anak membentak, kadang pemandu kereta lain memotong cara berbahaya, kadang selipar hilang di masjid. Ya, semua itu ujian berbentuk musibah yang buat jiwa kita gundah dan resah gelisah. Ujian kecil-kecilan sahaja, tetapi setiap hari ada-ada saja halnya!

Kemudian, sesekali Allah hantarkan pula ujian besar. Ada yang rumahnya terbakar, ada yang kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa ahli keluarga, ada yang rugi besar dalam perniagaan hingga diisytiharkan muflis, bahkan ada sedang bergelut musibah besar, terpaksa bertarung pula dengan musibah yang lebih besar. Ini kes jatuh ditimpa tangga!

Mahu buat apa? Marah? Menggelabah? Melayankan resah dan gelisah? Jangan. Sedapat mungkin, kita kena cuba kawal perasaan. Jiwa kena kuat dan tak boleh dimanja-manjakan sangat. Banyakkan bertenang. Biar tampak matang dengan sebenar-benar matang!

Wednesday, December 4, 2019

Hartanah Barakah ~ Ahmad Husni Abd Rahman

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Imam Al-Ghazali menyebutkan kepentingan sebuah rumah dan hartanah kepada umat. Katanya umat boleh jadi rosak dan punah sistem kemasyarakatannya dan terdedah kepada bahaya sosial tanpa institusi rumah. Sultan Abdul Hamid II sewaktu pemerintahan terakhir kerajaan Uthmaniyyah menghalang keras penjualan hartanah bumi Palestin kepada tangan-tangan Yahudi atas dasar umat Islam perlu memiliki haratanah sendiri. Hilang tanah bermaksud hilang negara dan pertiwi! Justeru, perjuangan hartanah ini bukan sesuatu yang hanya bermatlamatkan materi, ia lebih suci dan murni jikalau diteliti. Dalam memiliki rumah dan hartanah, ada perjuangan yang suci dan murni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...