Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, August 2, 2021

How's Your Day So Far? ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Mengandungi 123 quotes oleh Adlil Rajiah.
Mempunyai 127 halaman berwarna-warni.

Sinopsis:
Kita stress bukan sebab hidup kita tak terurus,
tapi sebab kita lupa,
yang menguruskan hidup ini bukan kita,
tapi Tuhan.

Dan betapa kita pasti ada Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang.

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM50.00 > RM48.00

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.

Diari Hartanah 2: Strategi Pelaburan ~ Adlina MN

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Buku ini mengandungi nota-nota hartanah peribadi, pengalaman jatuh bangun dalam hartanah, strategi peribadi dalam pelaburan, sewaan, pemilihan kawasan & bidaan hartanah lelong. . Kesemua nota dan stragegi peribadi adalah dari pengalaman sendiri miliknya yang di catat dan dibukukan untuk manfaat semua pembaca.

Pengetahuan dan tafsiran umum sesetengah istilah dalam hartanah dan financing juga ada dimasukkan. Sesuai untuk yang baru nak berjinak jinak dalam pelaburan hartanah.

Buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama Adlina MN yang bertajuk ""Diari Hartanah #Ladybossproperty"".

Berbeza dengan buku pertama, buku ini mengandu - ngi nota-nota yang memfokuskan kepada strategi peribadi yang digunakan untuk mencapai tahap Financial Freedom melalui pelaburan hartanah. Bagaimana penulis mengatur percaturan yang pada akhirnya mempunyai beberapa hartanah yang sudah bebas hutang dan mampu mendirikan mahligai impian beliau. Buku ini juga membongkar

Rumah Lelong: A-Z ~ Adlina MN

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

"Perkenalan' dengan hartanah lelong bermula pada tahun 2007 apabila melihat ayah sendiri berjaya membida sebuah rumah lelong di Selangor.

Harga terlalu murah. Rumah rosak dan buruk, apabila dibaiki dan dicat baru, terus jadi cantik. Disewakan dengan cashflow yang sangat menarik. Hati teruja!

Tahun 2010, akhirnya aku berjaya membida sebuah rumah lelong. Tahun berikutnya, sebuah lagi rumah lelong berjaya dibida. Sehingga hari ini aku sudah memiliki berpuluh buah rumah lelong.

Pada tahun 2015, membuka lebaran baru sebagai ejen hartanah lelong sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Buku ini mengandungi perincian prosedur lelongan bermula dari semakan kelayakan pinjaman perumahan dan dokumen-dokumen berkaitan, pemilihan hartanah, proses semasa, sebelum dan selepas bidaan termasuk pengambilalihan rumah dari pemilik asal, baikpulih serta ubahsuai rumah lelong yang dimenangi."

Kapal Terakhir di Dunia: Episod 2 ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor turut lumpuh.

Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor laiin mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.

Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah.

Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa.

"Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."

Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.

Kapal Terakhir di Dunia: Episod 1 ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing - termasuklah Aria dan adiknya.

Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.

Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.

Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiannya.

"Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria."

Mukjizat Rasulullah s.a.w ~ Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Mukjizat merupakan kejadian luar biasa yang tidak mampu diterima oleh akal, yang terjadi pada diri nabi dan rasul sebagai bukti kerasulan mereka. Sebagai penutup para nabi, Nabi Muhammad ﷺ memiliki ribuan mukjizat anugerah daripada Allah Ta‘ala. Buku ini hadir bagi menyajikan sebahagian daripada kisah-kisah mukjizat tersebut.

Menariknya, penulis menyusun kisah-kisah hebat tersebut dalam lima tema utama. Ini merupakan satu kelainan yang dikemukakan oleh penulis. Supaya masyarakat dapat mengetahui mukjizat-mukjizat Rasulullah berdasarkan tema yang dipaparkan.

Kelima-lima tema itu antaranya ialah mukjizat berkaitan dengan alam, mukjizat berkaitan dengan binatang, mukjizat berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, mukjizat berkaitan dengan makanan, dan mukjizat berkaitan dengan perubatan.

Antara kisah-kisah menakjubkan Rasulullah ﷺ yang disusun di dalam karya tulis ini ialah:
- Gunung Uhud bergoncang saat Rasulullah ﷺ mendakinya
- Batu-batan memberi salam kepada Rasulullah ﷺ
- Kayu bakar berubah menjadi pedang

5 Surah Pilihan Al-Mathurat Beserta Terjemahan Surah Per Baris & Dalil Fadhilat Zikir ~ Ustazah Asma' Harun

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Selain memuatkan al-Ma’thurat yang mempunyai kelebihan yang besar, buku ini juga mengangkat lima surah pilihan yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam amalan harian. Lima surah tersebut ialah al-Kahf, Yasin, ar-Rahman, al-Waqi’ah, dan al-Mulk. Kelima-lima surah tersebut dilengkapi dengan terjemahannya dalam format per baris bagi memudahkan para pembaca untuk menghayati, memahami, dan mentadabbur setiap ayat yang dibaca.

Selain itu, buku istimewa ini juga telah disusun oleh Ustazah Asma’ Harun dengan disertakan kelebihan-kelebihan amalan membaca surah-surah tersebut. Natijahnya, apabila ia diamalkan, mudah-mudahan ia boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan keimanan, penyuntik motivasi dan inspirasi, serta menjadi benteng pelindung diri bagi para pembacanya. Dengan adanya hadis tentang fadhilat sesuatu surah tersebut, pembaca mempunyai dalil dan alasan yang kukuh apabila hendak mengamalkannya.

Manakala al-Ma’thurat merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, zikir-zikir, dan doa yang terpilih

Allah timing is perfect


Kita memang tak pernah tahu perancangan DIA. Tapi kita belajar untuk PERCAYA PADANYA 💞💞

Buku: Luqmmann. 2018. Metanoia. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

10 Kebaikan Tidur Sebentar Tengahari (Qailullah)


Tidur sekejap tengahari hingga jam 3 tu sunnah. Ia dipanggil Qailullah.

Tidur yang dalam 10-30 minit itu membantu sistem imun & kepekaan kita sepanjang hari. Ini antara kelebihan tidur sebentar yang dibuat kajian berkaitannya.

Buku: Mejar (B) Muhammad Qayyum Badaruddin. 2020. The Power Of Nap. Casamas. Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...