Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, June 27, 2022

Kumpulan Doa & Zikir Bulan Ramadhan ~ Al-hidayah

(SEM & SS) RM10.90 > RM10.50

Tidak dapat dinafikan, bulan Ramadan merupakan suatu bulan yang mengandungi banyak kelebihan dan keutamaan berbanding bulan-bulan lain sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim dan Hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kelebihan bulan ini tidak akan bermakna tanpa pengisian dan amal-amal soleh yang dilakukan bagi menghidupkannya.

Justeru, buku ini didatangkan bagi membantu umat Islam untuk beramal ibadah di dalam bulan yang mulia ini. Di dalam buku ini disusun doa-doa dan zikir-zikir yang patut dan sesuai diamalkan sepanjang bulan Ramadan. di dalam buku ini juga terkandung Zikir Pagi dan Petang yang sesuai diamalkan di bulan Ramadan mahupun selain bulan Ramadan.

Diharapkan buku ini akan memberi panduan yang berguna untuk kita beramal ibadah dalam bulan Ramadan khususnya dan bulan-bulan lain umumnya.

Tuesday, June 21, 2022

Ada Syurga di Rumahmu ~ Ustazah Asma' Harun

(SEM & SS) RM55.00 > RM53.00

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum 30: 21)

Buku yang ada di tangan para pembaca ini bukan sebuah buku kekeluargaan yang biasa. Ia didatangkan dengan isi kandungan yang istimewa di mana terdapat banyak panduan praktikal mengenai cara untuk mewujudkan sebuah syurga di dalam rumah tangga.

Apabila kita bercerita tentang sebuah rumah, di dalamnya terdapat beberapa komponen penting. Antaranya keluarga, ruang tamu, sudut ibadah, kamar tidur, bilik mandi dan dapur.

Ramai yang menyangka bahawa tempat untuk melakukan ibadah di dalam rumah hanyalah di ruang ibadah sahaja. Walhal, ruang tamu, dapur dan kamar tidur juga boleh dijadikan sebagai ruang untuk melakukan ibadah dan amal soleh.

Persoalannya, bagaimana cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan semua ruang itu untuk dijadikan sebagai ladang mendapatkan pahala dan lapangan untuk membina sebuah syurga rumah tangga?

Karya Terakhir ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Kehidupan di penghujung usia sangatlah bermakna yang mana tidak semua orang berkesempatan untuk menikmati tempoh tersebut.

Karya Terakhir ditulis berasaskan pengalaman dan kisah hidup penulis dalam mengharungi warna-warni kehidupan di penghujung usia beliau.

Manisnya ujian di penghujung usia tidak dapat disamakan dengan cabaran semasa di usia muda. Malah tempoh usia yang berbaki ini sangat berharga dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Begitulah sedikit sebanyak yang ingin dikongsikan oleh penulis di dalam buku ini.

Ujian yang menimpa seseorang hamba bukanlah untuk membebankannya tetapi Tuhan yang Maha Pengasih ingin menguatkan lagi hamba-Nya dan ingin hamba-Nya lebih dekat lagi kepada-Nya. Melalui ujianlah, Allah ingin melihat kesabaran dan rasa kebergantungan hamba-Nya. Itulah warna-warni kehidupan.

Rumah Tangga Bahagia ~ Syeikh Muhd Zainul Asri, Haji Mohd Romli

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Berkahwin dan berkeluarga adalah impian setiap manusia namun tidak ramai yang menyedari peranan dan tanggungjawab yang bakal menanti.

Sebagai Muslim, rumah tangga tidak hanya berkaitan nikmat dan bahagia di dunia bahkan ia berkait rapat dengan kehidupan yang bakal ditempuh di akhirat.

Fahami juga hakikat sebenar alam rumah tangga, persiapan untuk menghadapinya dan bagaimana untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan sahaja di dunia malah hingga ke syurga.

Naskhah ini juga akan membawa pembaca menyedari kepentingan ilmu dalam membina keluarga, keberkatan rezeki yang mencukupkan, cabaran yang menanti pasangan dan ibu bapa dalam mendidik ahli keluarga dan bagaimana memimpin keluarga untuk bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.

Rahsia Nama-Nama 114 Surah Al-Quran ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Naskhah ini hadir bagi mengetengahkan pesan-pesan utama di sebalik nama-nama surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Penting bagi umat Islam untuk mengetahui latar belakang dan rahsia di sebalik nama-nama surah tersebut. Kerana hanya dengan mengetahui dan memahaminya, umat Islam mampu mendapatkan gambaran umum tentang isi kandungan Al-Qur’an dengan lebih utuh dan lengkap.

Di samping itu, Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an ini turut dilengkapi dengan terjemahan kitab Manzhumah Al-Zamzami. Sebuah karya klasik yang ditulis oleh cendekiawan pelbagai disiplin ilmu, Syeikh Abdul Aziz al-Zamzami (900-976 Hijrah). Kandungan kitab ringkas ini adalah berdasarkan perbincangan dalam bab Ulum Al-Qur’an yang terkandung dalam kitab Al-Nuqayah karangan Imam Jalaluddin al-Suyuti. Manzhumah Al-Zamzami merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran asas di beberapa institusi pengajian Islam semenjak era kerajaan Utsmaniyyah. Hingga kini ia masih dijadikan rujukan di beberapa sekolah Islam sama ada di Timur Tengah mahupun Asia Tenggara.

Manzhumah Al-Zamzami merupakan salah satu rujukan asas dan lengkap bagi pembaca yang ingin mengintai luasnya cakerawala perbahasan ilmu Usul Tafsir. Semoga dengan adanya kombinasi antara pengenalan 114 surah dan asas ilmu Usul Tafsir ini, buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap bagi mempelajari kandungan Al-Qur’an.

40 Hadis Bacaan Ringan Besar Ganjaran ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

Beribadah dalam Islam tidak hanya terhad kepada ibadah yang berbentuk perbuatan atau memerlukan belanja. Malah dengan hanya menggerakkan bibir untuk berzikir sudah sangat disukai Allah Ta‘ala.

Meskipun ia dianggap mudah dan ringan namun pahala dan ganjaran yang dijanjikan berlipat kali ganda seperti tasbih yang dibaca 100 kali sehari akan menghapuskan segala dosa walau sebanyak mana pun.

Lebih 40 hadis dalam buku ini menerangkan pelbagai bacaan dan zikir serta ganjaran-ganjaran yang disediakan untuk mereka yang ikhlas dan konsisten mengamalkannya.

Mudah-mudahan dengan membaca hadis-hadis ini akan lebih memotivasikan kita untuk sentiasa membasahkan lidah dengan zikir dan mengingati Allah.

20 Solat Sunat Harian, Fadhilat & Kaifiat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Solat sunat yang dilaksanakan secara berterusan adalah amalan yang sangat disukai Allah Ta‘ala.

Pelbagai ganjaran disediakan untuk mereka yang melaziminya seperti rumah di dalam syurga, diampunkan dosa, dicukupkan rezeki dan lain-lain lagi.

Buku ini menerangkan fadhilat dan juga kaifiat atau cara melaksanakan 20 solat sunat yang terdiri daripada:
  •  Sunat Rawatib iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
  •  Nawafil seperti solat sunat Dhuha, Tahajjud, Tasbih dan lain-lain.
  •  Mutlak iaitu solat sunat Mutlak.
Turut disertakan wirid-wirid dan doa-doa yang diambil daripada sumber yang sahih

At-Tibyan: Adab Bersama Al-Quran (Imam An-Nawawi) ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM18.00 > RM17.00

Al-Quran merupakan Kitab Allah yang wajib diimani dan dipercayai. Kelebihan dan keistimewaan al-Quran dirakam kemas dalam banyak hadits.

Manakala pembaca dan penghafal al-Quran pula diangkat darjat dan dikurniakan pahala yang banyak. Justeru, Kitab suci ini mesti dimuliakan dan dihormati oleh setiap yang berinteraksi dengannya.

Buku ini menjelaskan beberapa adab berinteraksi dengan al-Quran dan sifat-sifat penghafal dan murid al-Quran.

Antara lainnya:
• Keutamaan pembaca dan penghafalnya
• Keutamaan Qiraat dan ahli Qiraat
• Keharusan memuliakan Ahli al-Quran
• Adab untuk pengajar, pelajar, dan huffaz al-Quran
• Adab membaca al-Quran
• Adab khatam al-Quran
• Anjuran membaca ayat dan surah pada waktu serta keadaan tertentu
• Adab menulis dan memuliakan mashaf

Semua orang berhak dapat peluang kedua


Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

"Buatlah kebaikan kerana kita tidak tahu dari pintu mana kita akan dimasukkan ke Syurga Allah."
- Imam Hassan Al-Banna -

Buku: Thebingkisanhati. Miiraimi. 2019. Terima Kasih Allah. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Jangan terlalu berharap


Kita semua bagaikan satu binaan atau jasad.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain."
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Buku: Anwar Wahab.2020. Sweet Dream. Mustread Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...