Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami

Friday, July 8, 2022
Ucapan yang baik adalah sedekah
Simple sangat gais.
Cakap yang baik-baik, bual perkara yang elok-elok. Semua orang suka, Allah & Rasul pun suka 😊😘
Syukur & Sabar perlu ada pada setiap masa
Syukur walau apapun nikmat & rezeki Allah beri.Sabarkan juga hati untuk ujian & dugaan yang Dia berikan.
Buku: Asma' Harun. 2020. Ya Allah, Aku Rindu KepadaMu. PTS Media Publishing. Selangor.
Thursday, July 7, 2022
Al-Mahdi The Last Savior: Penyelamat Umat Akhir Zaman ~ Siti Sujinah Sarnap
(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00Kita mengenal Imam Mahdi dan ciri-cirinya hanya melalui Rasulullah sallallahu "alaihi wasallam. Oleh itu sebaik-baik tempat untuk merujuk tentang perkara in adalah hadis-hadis baginda. Terdapat beberapa ramalan dan konspirasi mengenai keadaan akhir zaman yang penulis kongsikan untuk renungan bersama. la dikaitkan dengan hadis-hadis tentang Imam Mahdi dan situasi yang berlaku di dunia sekarang ini.
Kedatangan Imam Mahdi sangat dinantikan oleh umat Islam yang kini sedang tenat diserang dari pelbagai sudut. Negara-negara umat Islam dijajah, ditindas, akidah mereka diseleweng, diasak dengan pelbagai fahaman yang menyesatkan. Mush kita yang pasti adalah mereka yang bersekongkol dengan zionis seta hamba-hamba Dajal. Namun malangnya telah timbul sejenis virus amat berbahaya yang sedang menyerang umat Islam kini. Dan amat dibimbangi virus ini akan menjadikan mereka tidak fokus kepada kedatangan Imam Mahdi.
"Musuh akan mengerumuni kamu dari semua penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan." Ditanya,"Adakah kami waktu itu sedikit?" Baginda berkata, "Bahkan kamu ramai. Tetapi kamu bagai sampah yang dibawa air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati mush kamu dan akan menimpakan dalam hati kamu "Wahn'. Ditanya,"Apa itu 'wahn?" Baginda berkata, "Cinta dunia dan takut mati." Buku ini cuba mengupas tentang benarkah Imam Mahdi akan muncul, siapa dia, siapakah pula pengikutnya. Semoga ia memberi panduan kepada yang sedang tercari-cari kebenaran.
New World Order: Konspirasi Dunia Gelap ~ Jagad A. Purba
(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00Tujuh tahun sejak buku ini pertama kali diterbitkan, pemangkin konspirasi global The New World Order - One World Luciferian Government, Novus Ordo Seclorum, The New Order of the Ages, The Aquarian Age, The New Age Movement, Globalisation, From Many One- dalam kuasa One World Dictatorship Government semakin kukuh dan valid dari hari ke hari.
Kali ini, penulis cuba mengulas lanjut dalam bidang NWO. Rancangan purba ini merangkumi kuasa dan daya dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, ketenteraan, sosial, budaya, sejarah, pendidikan, sumber asli, depopulasi kedaulatan untuk mengawal tubuh, perilaku dan akal individu. Rancangan kuno NW ini diwujudkan dalam konspirasi global dengan pelbagai konspirator dan elit global yang berlindung dalam secret societies (masyarakat tersembunyi kuno dan moden) seperti Freemasonry dan The Bavarian Illuminati dengan pelbagai barisan
hadapan (frontlines) seperti The Bilderberger, Trilateral Commission, Council on Foreign Relation, Club of Rome, United Nation.
hadapan (frontlines) seperti The Bilderberger, Trilateral Commission, Council on Foreign Relation, Club of Rome, United Nation.
Buku in memberikan pemahaman asas tentang The New World Order, rangka kerja asas tentang bidang yang diusahakan oleh konspirator, namun terlebih dahulu pembaca diberi pengetahuan pra (pre-knowledge) sebagai modal pemahaman. Kerangka dalam buku ini dapat digunakan sebagai panduan untuk memetakan langkah-langkah konspirator global dalam melaksanakan matlamat NW seta sebagai rujukan bagi menjalankan penyelidikan mereka sendiri dengan lebih mendalam. Selain itu, buku ini menjadi peringatan (warning) bahawa kedaulatan setiap necara dan kebebasan individu semakin
dihancurkan. Jikalau tidak mampu menghentikan NWO, sekurang- kurangnya improvisasi individu dalam perjuangan mengekalkan akidah boleh melambatkan bencana besar akhir zaman ini.
dihancurkan. Jikalau tidak mampu menghentikan NWO, sekurang- kurangnya improvisasi individu dalam perjuangan mengekalkan akidah boleh melambatkan bencana besar akhir zaman ini.
Biografi Muhamamd Bin Abdullah: Rasul Agung Idola Sepanjang Zaman ~ Nor Aniza Mad Azeri
(SEM & SS) RM450.00 > RM430.00Set buku yang membawa pembaca menelusuri sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Set ini mengandungi lima jilid buku yang ditulis menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami serta gaya bercerita yang santai.
Setiap jilid mempunyai tema tersendiri, dilengkapi dengan infografik serta ilustrasi peristiwa dan peta yang menyorot titik perjuangan Baginda bersama kaum Muslimin.
Setiap jilid mempunyai tema tersendiri, dilengkapi dengan infografik serta ilustrasi peristiwa dan peta yang menyorot titik perjuangan Baginda bersama kaum Muslimin.
- Mendedahkan tokoh Islam sepanjang zaman terutamanya kepada kanak-kanak
- Memberi impak positif kepada perkembangan awal kanak-kanak untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola
- Mensasarkan penyampaian maklumat secara eksklusif dan santai
- Pendekatan yang lebih menarik seperti peta, gambar rajah, infografik, gambar tempat-tempat bersejarah, dan lain-lain
- Melampirkan ayat-ayat al-Quran dan hadis sahih bagi menyokong fakta yang disampaikan
50 Esei Hari Guru ~ Mohd Isnin Tawaf
(SEM & SS) RM39.00 > RM37.00Saban tahun, Hari Guru disambut dan diraikan dengan begitu meriah, sama ada di peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Pelbagai tema dilakar dan dirakamkan, menggambarkan betapa tinggi impian dan harapan negara yang diletakkan di pundak para guru. Bagi membentuk generasi akan datang yang cemerlang, guru adalah ejen yang terpenting dalam sistem pendidikan. Tanpa guru, maka pincanglah sistem pendidikan walau sehebat mana sistem itu dirangka mahupun dirancang.
Sejak pertama kali disambut pada 16 Mei 1972, Hari Guru tampil dengan tema yang bersilih ganti, sehinggalah genap tahun ke-50 negara kita meraikannmya iaitu pada tahun 2021. Buku ini menampilkan koleksi 50 buah esei yang mengupas tema Hari Guru yang disambut sepanjang 50 tahun ini, sambil membawa pembaca menelusuri perkembangan dunia pendidikan negara, dari zaman kapur tulis dan papan hijau, sehinggalah tiba pada zaman peranti di hujung jari.
Tidak dapat disangkal profession perguruan kian mencabar. Hakikat menjadi guru bukan semudah mengajar membaca dan mengira, tetapi menjadikan pendidikan sebagai landasam untuk membentuk tunjang akar budi seseorang manusia untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat.

Cikgu, Bawalah Saya ke Syurga ~ Ahmad safar arman, noor illyati mohd ruslly, nordin hashim, nordaliyana abdullah, zurhan baksr, nor fadhilah che azhar, izzatul husna rahaman
(SEM & SS) RM39.00 > RM37.00Kerjaya sebagai guru begitu mencabar, namun sangat indah dan berwarna-warni dengan pelbagai kisah dan cerita. Kami sendiri para guru, banyak belajar tentang kerenah manusia dan kehidupan. Kerenah dan pengalaman ini membuatkan kami lebih menyedari bahawa perjalanan kehidupan ini bukanlah tentang diri kita sahaja, tetapi juga tentang orang sekeliling. Terutama perihal murid-murid yang terdiri daripada pelbagaai latar belakang dan bermacam ragamnya.
Kepuasan sebenar seorang guru itu bukanlah pada tangga gaji dan cutinya, tetapi pada pencapaian dan peningkatan murid-muridnya dalam pembelajaran. Seorang guru sebenar, kami tidak meminta untuk disanjung tinggi, tetapi cukuplah untuk diingati dan dihormati. Kenangan ketika menjadi guru itulah sebenarnya paling manis dan mahal sekali.
Sebagai guru, kami hanya mahukan yang terbaikm untuk anak-anak murid kami. Mahu mereka menjadi manusia yang mampu berfungi dalam masyarakat, dengan menjadikan agama sebagai pedoman dalam kehidupan.

Ensiklopedia Keluarga Bahagia ~ Dr. Wan Nor Adibah Wan Ahmad, Dr. Norsaleha Mohd Salleh, Ustazah Asma' Harun
(SEM & SS) RM140.00 > RM135.00Tajuk ‘Ensiklopedia’ dipilih kerana buku ini adalah sebuah naskah panduan lengkap tentang bagaimana hendak melayari kehidupan berumahtangga yang bahagia, mengikut syariat Islam.
Setiap topik disusun mengikut semua fasa dalam kehidupan berumahtangga iaitu daripada alam sebelum berkahwin sehingga sudah berumahtangga, mempunyai anak, juga jika berlaku perpisahan (perceraian) diulas secara terperinci dan mendalam. Byline ‘Cinta Sampai Syurga’- Kerana matlamat sebuah keluarga seharusnya untuk mencapai kebahagiaan dan ahli keluarganya saling sayang menyayangi antara satu sama lain, dan dibentuk berlandaskan syariat Islam bagi menggapai reda Allah SWT yang seterusnya bersama-sama dapat mencapai syurga.

Perubatan Al-Quran Rawatan Penyakit Kronik ~ Haji Lokman Abdul Hamid
(SEM & SS) RM60.00 > RM57.00Siri buku Perubatan AL Quran membuktikan betapa mujarabnya ayat-ayat Al Quran dalam merawat penyakit. Jika siri pertama berkisarkan penyakit kanser, siri kedua pula tampil dengan isu berkenaan 16 penyakit kronik yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung koronari dan strok.
Punca simptom dan langkah pencegahan dirungkai satu per satu dengan garapan gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan umum. Isu buku ini padat dengan kupasan bagaimana Al-Quran memiliki kuasa penyembuh yang tidak mampu dinafikan meskipun proses rawatan tersebut tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Inilah anugerah bagi insan oleh Allah SWT. Selain kaedah perubatan Al_Quran, buku ini turut memaparkan kaedah perubatan moden dalam merawat penyakit kronik.
Percayalah, tiada yang mustahil dengan izin Allah SWT.
Siapa yang perlu memiliki buku ini.

- Mereka yang sedang menghidapi penyakit kronik.
- Mereka yang telah mencuba rawatan perubatan moden, namun tidak menemui kesembuhan.
- Mereka yang tidak kenal erti putus asa dalam ikhtiar untuk kembali sihat.
Barangsiapa yang beriman kepada Allah
Belajarlah buat baik sedikit demi sedikit dengan jiran, tetamu & bercakaplah perkara yang baik-baik.Kita mahu orang buat baik & hormat dengan kita, kita juga perlu lakukan perkara yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)