Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, October 18, 2022

Dalam Dakapan Al-Quran ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Buku Dalam Dakapan Al-Quran adalah buku edisi kemaskini buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan karya Hilal Asyraf, yang mengandungi tadabbur 25 ayat Al-Quran pilihan supaya dapat dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, agar masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling.

Buku ini bertujuan mengajak masyarakat memandang Al-Quran lebih dari sekadar bahan bacaan. Ada di antara kita yang membacanya setiap hari, ada juga yang membacanya semasa Ramadhan sahaja, atau mungkin ketika kemalangan dan bencana sahaja, mengikut situasi masing-masing. Buku ini adalah hasil inspirasi daripada seorang guru penulis, Dr. Muhammad Jamal, yang mengajarkan beberapa mata pelajaran berkaitan Al-Quran, di Yarmouk University. Beliau adalah anak murid kepada Almarhum Dr. Fadhl Hassan ‘Abbas, seorang ulama tafsir terkenal di Jordan yang sangat dihormati ramai.

Dr. Muhammad Jamal, antara kegemarannya ialah memberikan kerja kursus dalam bentuk tambahan maklumat. Beliau contohnya, akan memetik satu kalimah di dalam Al-Quran, kemudian menyuruh kami mencari pandangan ulama berkenaan kalimah tersebut, dan mencadangkan kepada kami beberapa buah buku untuk kami pilih sebagai rujukan. Pada satu hari, setelah kami menghantar kerja kursus

Motivate Like Muhammd: Teknik Menerapkan Nilai Positif Dalam Diri ~ Ainon Mohd, Ahmad Shukri Yusoff

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Nabi Muhammad adalah seorang ketua dan pemimpin yang mempunyai ramai anak buah dan pengikut. Dari masa ke masa anak-anak buahnya sentiasa bertambah.

Nabi Muhammad meninggalkan banyak teknik menerapkan nilai positif yang sangat mudah dipelajari dan dipraktikkan kepada diri kita. Dengan menggunakan teknik-teknik positif ini, ketua-ketua, guru-guru dan ibu bapa dapat membantu orang-orang bawahan, para pelajar dan anak-anak agar mengubah sikap dan tingkah laku mereka sendiri secara sukarela tanpa dipaksa, diugut, ataupun dikenakan hukuman.

Antara teknik yang mendorong penerapan nilai positif dalam buku ini adalah:Teknik Menyampaikan Ucapan yang Mempunyai Kuasa Pengaruh, Kuasa Motivasi dan Kuasa Inspirasi
Cakap Ketua yang Berfikiran Positif Lebih Berpengaruh ke Atas Anak Buah dan Orang Bawahannya
Contoh-Contoh Ayat Pujian yang Mampu Mencetuskan Motivasi dan Inspirasi kepada Orang Bawahan

Para Penentang Muhammad s.a.w Generasi Penentang Era Madinah ~ Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MADINAH

Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik.

Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Madinah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden.

Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini :Abi Afak (Penyair Politik Arab-Yahudi).
Amir Bin Al-Thufail (Pembantai Ahli Qurra’).
Zainab Binti Al-Harits (Pencetus Pembunuhan Nabi).
Ummu Qirfah (Kematian Kontroversi).
Sajah Binti Al-Harits (Nabi Wanita Dari Bani Taghlib).

Para Penentang Muhammad s.a.w Generasi Penentang Era Makkah ~ Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MAKKAH

Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik.

Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Makkah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden.

Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini :Amr Bin Hisyam (Firaun Moden).
Al-Nadhar Bin Al-Harits (Syaithan Quraisy).
Umayyah Bin Khalaf (Penyokong Anarkisme).
Munabbih Bin Al-Hajjaj (Orientalis Makkah).
Al-Walid Bin Al-Mughirah (Ejen Provokasi Wahyu).

Jika ada orang ajak berdebat or bertekak, elakkan membalas


Diam itu bukan bermakna kalah tetapi kita tidak mahu bergaduh.Ingin rumah di syurga? Ini pesan Nabi s.a.w.

Daripada Abu Umamah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurauan & aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik."
(Hadis riwayat Abu Daud)

BUKU: Bonda Nor. 2019. Stay Strong. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Siapa yang Allah kehendaki kebaikan, nescaya Allah mengujinya


Ujian Allah bersebab. Belajar untuk yakin pada Dia.
Diakui bahawa tak mudah untuk menerima tekanan. Tapi apa yang boleh dilakukan adalah berusaha, belajar, sangka baik & kita tahu kita ada Allah untuk letakkan harapan.

Al-Quran Al-Karim Amazing Eksklusif ~ Alaf21

(SEM & SS) RM250 > RM235.00

AL-QURAN AMAZING - TAGGING

Tags no: 210 tags
Saiz: A4
Format: Hardcover
Ukuran: A4
Halaman: 1264
Cetakan: Berwarna Penuh
Tali penanda: 2 Helai

​Warna: Pilihan warna adalah random mengikut stok semasa

5 Tema Berwarna : Doa, Kisah Nabi, Hukum, Motivasi, Ibadah

 


Kelahiran Teragung Junjungan Mulia Muhammad s.a.w ~ Ustaz Muhadir Hj. Joll

(SEM & SS) RM50.00 > RM46.00

“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.”

Sebuah buku berkaitan sirah hidup Rasulullah SAW:
Ia bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.

Buku ini terbahagi kepada dua bab utama.
• Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad.
• Bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur.

ISTIMEWA: Foto-foto eksklusif yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi SAW.

Buku ini bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.


Umat Bertanya Rasul Menjawab ~ Ustaz Hj. Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Bertanya merupakan salah satu kaedah utama bagi membuka pintu rahsia ilmu pengetahuan. Apatah lagi jika pertanyaan itu ditujukan kepada seorang utusan Allah ï·», Nabi Muhammad ï·º. Maka pasti jawapan yang disabdakan itu jauh lebih bernilai dan bermakna.

"Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang memiliki pengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl 16: 43)

Buku Umat Bertanya Rasul Menjawab hadir bagi mempersembahkan koleksi pertanyaan-pertanyaan yang pernah diajukan oleh para Sahabat kepada Rasulullah ï·º. Antara persoalan menarik yang dirakamkan dalam naskhah ini ialah:

* Adakah Rasulullah ï·º dapat melihat Allah ï·»?
* Siapakah orang yang paling dicintai oleh Rasulullah ï·º?
* Bagaimana Rasulullah ï·º mengenali umatnya pada hari kiamat?
* Apakah Rasulullah ï·º dapat memberi syafaat kepada bapa saudaranya, Abu Talib?
* Amalan apakah yang jika dikerjakan maka Allah ï·» dan seluruh manusia akan mencintainya?

Melalui buku ini, pembaca dapat mengutip mutiara-mutiara hikmah daripada jawapan Rasulullah ï·º terhadap persoalan-persoalan umat yang hidup pada kurun terbaik ketika itu


Al-Quran Tafsir & Tadabbur ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM98.00 > RM94.00

Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah ï·º yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur’an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur’an.

Di samping kandungan perbahasannya yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas terhadap istilah-istilah dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an dengan ulasan yang mudah difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.

Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:- Mengenal pelbagai jenis mukjizat yang terkandung di dalam Al-Qur’an.
- Memahami konsep asas tadabbur yang sebenar.
- Mengenal cabang-cabang ilmu asas dalam perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an.
- Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur’an.

Apa Kata Mereka?

"Subhanallah, buku ini hadir tepat pada masanya! Ketika umat Islam mula timbul kesedaran dan semangat untuk mentadabbur kandungan Al-Qur’an, kita perlukan pedoman yang sahih dan konkrit. Naskhah istimewa ini akan memandu anda saat meneroka luasnya mesej yang terkandung dalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...