(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00Buku Siri 40 Hadis karangan Syeikh Ahmad Fahmi al-Banjari asalnya bersaiz kompak dan menjadi bahan pengajaran di masjid dan surau serta bahan rujukan di sekolah dan universiti.
Kini, siri buku 40 hadis ini diberi wajah baharu dan dikompilasikan bagi memudahkan para pembaca memilikinya secara 5 dalam 1 dengan judul Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman.
Edisi ini memaparkan judul:
1. 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama
2. 40 Hadis Akhlak Mulia
3. 40 Hadis Penawar Hati
4. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
5. Bonus Kiamat Hampir Tiba
MENGENAI PENULIS
Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, berasal dari Amuntai, Banjamasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pernah berguru dengan Syeikh Abul Hassan al-Hasani an-Nadwi di India. Antara guru beliau ialah Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Maliki dan Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki, sehingga di anugerahkan gelaran keluarga 'Al-Maliki'.
Beliau adalah mantan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia. Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah. Selain memiliki Pondok Pesantren YASIN di Guntung Manggis, Banjarbaru, Kalimantan Selatan, beliau juga menabur bakti di Madrasah Tarbiah Islamiah derang, Pokok Sena, Kedah.
Antara buku-buku lain yang pernah dikumpul, disusun, diterjemah dan ditahqiq oleh beliau adalah Sairus Salikin, Hidayatus Salikin, Bidayatul Hidaya Ayyuhal Walad dan Bustanul Arifin.
Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami
Thursday, November 10, 2022
6 Surah Pilihan & Al-Mathurat ~ Ustazah Asma' Harun
(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00Naskhah istimewa ini menghimpunkan enam surah pilihan yang lazim dibaca setiap hari oleh umat Islam. Keenam-enam surah pilihan tersebut memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah ﷺ.
Kesemua surah tersebut dilengkapi dengan terjemahan per baris bagi memudahkan pembaca menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap ayat. Di samping turut disertakan dalil-dalil fadhilat di bahagian akhir setiap surah.
Buku ini juga memuatkan al-Ma’thurat, yang merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir terpilih susunan as-Syahid Imam Hasan al-Banna. Setiap zikir dan doa disertakan dalil daripada Al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah ﷺ. Ia bertujuan supaya pembaca dapat mengamalkan al-Ma'thurat dengan lebih yakin dan mengetahui sandaran nas.
Antara kelebihan mengamalkan al-Ma’thurat ialah:
- Dilindungi daripada gangguan syaitan
- Dijauhkan daripada kemudaratan
- Menghidupkan hati
- Menghilangkan rasa duka cita
- Memperoleh syafaat Rasulullah ﷺ pada hari Kiamat
- Dimudahkan urusan bagi melunaskan hutang

Muslimah Limited Edition ~ Izzati Elya, Ayu Amaliah, Ummu Kalsum
(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00“Perempuan itu kaum yang diciptakan Tuhan dengan memiliki jiwa yang halus dan lembut, memiliki persona kecantikan dan tarikan, memiliki kekuatan utuh tersendiri sehingga mampu menggoncangkan dunia. Perempuan juga akan dipandang tinggi apabila memiliki sifat-sifat yang mulia. Tergolong sebagai perempuan yang sempurna ini pasti dilimpahi keredhaan dan kasih sayang Allah.
Seakannya menjadi seorang perempuan yang diredhai Allah ini amat sukar. Tetapi ingatlah firman Allah, “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)
Semua persoalan ini tercatat dalam Muslimah Limited Edition yang membawa kisah-kisah inspiratif serta pelbagai pesanan buat kita demi menjadi perempuan yang mahal dan diredhai Allah. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.

Wednesday, October 26, 2022
Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Hadith ~ Maulana Muhamamd Asri Yusoff
(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00Antara ciri-ciri Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah meyakini hadith atau sunnah sebagai teras kepada ajaran Islam keseluruhannya dan merupakan sumber kedua yang utama dalam hukum-hakam, gerak kerja serta penilaian terhadap segala yang berlaku dalam kehidupan manusia di dunia. Sementara itu, wujud golongan yang mengaku Islam tetapi mereka menolak hadith sebagai sumber rujukan kerana beranggapan bahawa al-Quran sahaja yang perlu dirujuk sebagai sumber tunggal.
Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Haidth adalah nasihat, teguran dan kritikan Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan situasi yang perlu diperbaiki, diperbetul dan dielakkan demi menjamin akidah yang benar mengikut anjuran Quran dan Sunnah.
Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:
1. Sistem riwayah dan dirayah dalam pengajian hadith.
2. Meninjau al-Hadith daripada perspektif yang sempit.
3. Kedudukan hadith sebagai rujukan kedua dalam Islam.
4. Punca kekeliruan hadith.
Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, kefahaman kita mengenai hadith selari mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah ~ Maulana Muhamamd Asri Yusoff
(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00
Tidak syak lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Keperibadian serta cabaran liku perjalanan dakwah baginda selaku utusan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini bukan sahaja diiktiraf dan dimuliakan oleh orang Islam sahaja, bahkan seluruh makhluk yang ada di atas muka bumi ini. Sirah perjalanan hidup baginda, para sahabat serta para salafus soleh terdahulu menjadi contoh ikutan dan panduan oleh manusia sehingga akhir zaman.
Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah adalah nasihat, teguran dan pemurnian sejarah sirah oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan sejarah yang perlu diperbaiki dan diperbetul demi menjamin penyebaran fakta sirah yang benar berdasarkan sumber yang kuat dan berautoriti.
Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:
1. Sejarah sistem pengkhalifahan terawal oleh Islam.
2. Sejarah pemerintahan Khalifah Muawiyah.
3. Cerita fiksyen dalam sejarah Islam.
4. Saidina Hassan jaguh seks?
Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, fakta sirah dapat dipelihara dan tidak mudah diselewengkan oleh para penyeleweng.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah ~ Maulana Muhammad Asri Yusoff
(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00Akidah adalah perkara tunjang utama dalam kehidupan beragama bagi seluruh umat Islam. Akidah yang sahih adalah akidah yang bersih daripada segala perkara yang menyekutukan Allah s.w.t. Sebenarnya tiada manusia yang tidak berakidah walaupun pada zahirnya dia mengingkari Allah s.w.t. Ini kerana beragama dan berakidah adalah salah satu naluri semula jadi manusia. Yang membezakannya adalah sama ada akidah yang dianuti itu benar mahupun tidak.
Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah adalah nasihat, teguran dan kritikan Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan situasi yang perlu diperbaiki, diperbetul dan dielakkan demi menjamin akidah yang benar mengikut anjuran Quran dan Sunnah.
Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:
1. Menyingkap Rahsia di Sebalik Kejadian Nur Muhammad, adakah ia benar ataupun bercanggah dengan ajaran Islam?
2. Penyelewengan Akidah Syiah, Qadiani, Baha’i, Al-Alqam dan lain-lain.
3. Akidah Syiah dan ancamannya kepada akidah umat Islam di Nusantara.
4. Perkahwinan mut’ah dalam ajaran Syiah.
Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, akidah kita sebagai Muslim dapat dipelihara.

Hadiah paling simple
Berwangian adalah sunnah Nabi.Jika ada kawan, family, kenalan yang hadiah atau berikan minyak wangi, jangan menolak ya 😊
Wangian tidak pernah terasa berat gais. Kita akan rasa lebih fresh, happy & tenang.
Ingin rezeki yang tidak disangka-sangka & baik?
Pemberian yang digandakan oleh Allah adalah dari sumber yang halal.
Sedekahlah, kongsilah rezeki meskipun sedikit & itu yang kita termampu. Yakinlah pada Allah.
Membongkar Pembangunan Senjata Nuklear Israel ~ Zulfiqar Mohd Yusof
(SEM & SS) RM37.90 > RM36.00
Pembangunan senjata nuklear bukanlah suatu yang rahsia lagi walaupun rejim Zionis masih enggan mengakui Israel adalah kuasa nuklear tunggal di rantau Timur Tengah. Tidak dinafikan bahawa terdapat negara-negara di Timur Tengah seperti Iraq, Syria dan Iran yang turut membangunkan program nuklear. Namun sehingga kini negara-negara tersebut masih tidak memiliki senjata nuklear.
Bagi mengekalkan monopoli senjata nuklear di Timur Tengah, Israel telah terlibat dalam usaha menggagalkan program nuklear Iraq, Syria dan Iran. Israel telah melancarkan serangan udara, pembunuhan dan sabotaj demi mengekalkan dominasi senjata nuklear dan menggagalkan program nuklear negara lain di Timur Tengah.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Israel membangunkan senjata nuklear? Bagaimanakah Israel mampu membangunkan reaktor dan senjata nuklear? Adakah Israel telah menguji senjata nuklearnya? Berapakah pula jumlah senjata nuklear dalam simpanannya? Adakah cegah rintang nuklear Israel berkesan terhadap musuh-musuhnya? Adakah wujud perlumbaan senjata pemusnah besar-besaran di Timur Tengah? Semua persoalan tersebut akan dibongkarkan dalam buku ini.

Mat Kilau Pahlawan Terbilang Melayu Pahang ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim
(SEM & SS) RM39.90 > RM38.00
Sejarah telah mencatatkan bahawa Mat Kilau adalah seorang pahlawan dari negeri Pahang yang suatu ketika dulu bangun menentang penjajah yang bertapak di tanah air. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan pemikiran yang matang terutama dalam mengtur strategi menentang penjajah. Hakikat ini menjadikan beliau seorang yang amat disegani dan dihormati bukan saja oleh masyarakat setempat bahkan juga oleh penjajah. Lantaran itu penjajah amat membenci beliau dan menganggap beliau sebagai seorang pemberontak. Keberanian sebagai pahlawvan terbilang sentiasa diingati hingga ke hari ini.
Mat Kilau dikenali sebagai seorang pejuang yang tidak gentar menentang penjajah di Pahang. Beliau turut sama membantu pejuang-pejuang di Kelantan dan Terengganu dalam usaha membebaskan neger itu dari cengkaman penjajah. Tokoh perwira Melayu yang berasal dari Mukim Pulau Tawar, Jerantut, Pahang ini bangkit untuk menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 hinaga menjadi buruan kemudian menghilangkan diri dan muncul semula pada tahun 1970 ketika berusia sekitar 122 tahun.
Jiwa perjuangannya tidak pernah luntur terutama memikirkan bagaimana kuasa asing yang jauh bolch datang menguasai negeri. Ketika Perang Semantan meletus, beberapa orang pembesar Pahang telah ditangkap dan dihukum, walau bagaimanapun Mat Kilau terselamat bersama rakan-rakannya dan beruncur ke Hulu Kelantan untuk mendapatkan pelindungan. Kemudian, beliau ke Kuala Berang, Hulu

Subscribe to:
Posts (Atom)