Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, January 29, 2016

Kaedah Merawat Susuk ~ Dato' Dr. Haron Din, Tuan Hj. Mokhtar Kassan

Buku Kaedah Merawat Susuk ini berkenaan amalan orang zaman dahulu yang memakai susuk untuk tujuan tertentu.

Susuk adalah amalan kebiasaan orang kita semenjak dari dahulu lagi. Ia adalah ilmu yang diamalkan yang mempunyai unsur syirik dan mengandungi unsur makhluk halus. Buku ini diberi judul Kaedah Merawat Susuk. Ia dapat menjadi pedoman kepada pembaca supaya sedar dan dapat berfikir dengan waras dan elakkan daripada amalan syirik.

Kebiasaanya, Orang yang memakai susuk mengalami kesukaran ketika hendak meninggal dunia. Dalam Al-Quran ada menyatakan, “Tidak lambat sesaat, atau cepat sesaat.” Apabila sampai ajal, Allah s.w.t. memberi peringatan kepada orang yang sihat supaya mengambil iktibar tentang apa yang berlaku kepada pesakit yang meninggal dunia yang memakai susuk.

ANTARA ISI KANDUNGAN
BAB 1: PENGENALAN
Susuk dari segi bahasa
Susuk dari pandangan pengamal perubatan Islam
Susuk dan ilmu kebatinan lain
Hukum memakai susuk
Susuk dari penemuan perubatan moden

BAB 2: SUSUK
Tujuan memakai susuk
Jenis-jenis susuk
Pemilihan susuk
Lokasi pemakain susuk
Proses pemakaian susuk
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Thursday, January 21, 2016

Anak, Jika Tiada, Bersangka Baiklah Dengan Allah ~ Salilah Saidun, Auni Aslah Mat Daud

Kadangkala, soalan yang berdurasi satu saat ini cukup membuatkan suami isteri bersedih selama seminggu, sebulan, atau mungkin setahun. Mereka hanya mampu mempersoalkan, tetapi adakah mereka pernah berfikir tentang perasaan pasangan yang belum dikurniakan anak?

Bersabarlah wahai mereka yang belum dikurniakan anak, kerana mempunyai anak bukanlah segalanya dalam kehidupan, sebaliknya menjadi hamba Allah yang sejati adalah fokus utama dalam hidup.

Antara topik yang menarik:
Hadirnya mungkin nikmat, tiadanya bukan bererti musibah
Kisah Nabi Ibrahim AS
Jangan takut menjadi miskin kerana anak
Bersabar, redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT
Merancang masa depan andai tidak dikurniakan cahaya mata hingga usia tua
jangan bandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Equation ~ Mr. Apis

KITA PERLU LAKUKAN
TEGURAN,
KALAU NAK TUNGGU
ORANG SEMPURNA BAGI
TEGURAN,
MATI HIDUP BALIK PUN
TAK ADA. SILALAH
TUNGGU,
NANTI DAH ADA
BERITAHU YA.
****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Bahtera Penyelamat ~ Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku ini mempersembahkan huraian sebuah kitab ringkas berkenaan dasar-dasar asas ilmu fiqh berdasarkan panduan Mazhab Syafi'i. Seiring dengan kesedaran agama sosial semasa, buku ini begitu solid (padat) dan mudah, serta secara langsung membincangkan kesimpulan hukum fiqh tanpa menyertakan dalil dan dasar penetapan hukum dengan begitu panjang lebar dan memberatkan. Disebabkan itu, ia begitu sesuai untuk rujukan pantas dan segera para pelajar dan orang-orang yang baru ingin mengenali Islam. Buku ringkas ini mencakupi panduan lengkap dan kukuh, dimulai dengan bab dasar-dasar akidah, taharah (bersuci), diikuti pula pelbagai penerangan berkaitan solat, pengurusan jenazah, dan zakat.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Biografi Penulis
Bahagian 1: Akidah
Fasal 1: Rukun Islam
Fasal 2: Rukun Iman
Fasal 3: Makna Kalimah Tauhid

Bahagian 2: Taharah (Bersuci)
Fasal 4: Tanda-Tanda Baligh
Fasal 5: Syarat Membolehkan Penggunakan Batu ketika Istinjak
Fasal 6: Perkara Fardhu dalam Wuduk
Fasal 7: Niat dan Tertib ketika Wuduk
Fasal 8: Hukum-Hakam berkaitan Air
Fasal 9: Perkara yang Mewajibkan Mandi
Fasal 10: Perkara Fardhu Semasa Mandi Wajib
Fasal 11: 10 Syarat Wuduk
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Monday, January 18, 2016

Hitler: Der Fuhrer ~ Al-Ghazali

Ketika ini Hitler sudah memegang jawatang tertinggi dalam Parti Nazi. Dia juga akhirnya berada pada puncak kekuasaan di Jerman.

Pembangunan negara mula rancak. Kemiskinan mula dibenteras. Kemajuan Jerman mula diperkatakan dunia.

Namun tetap luka semalam, semasa Perang Dunia Pertama masih Hitler rasakan. Beliau mula merancang strategi bagi mendapatkan semula wilayah yang jatuh ke tangan musuh, mula memasang impian bagi mengharumkan kembali maruah bangsa Jerman ke seluruh dunia.
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Wanita Cantik Masuk Syurga ~ Maznah Daud, Dr. Anisah Ab. Ghani

Semuanya Tentang Kecantikan, Perhiasan, Aurat dan Pergaulan!

> Panduan yang sangat istimewa buat wanita.
> Berbentuk soal-jawab.
> Lengkap dengan dalil yang jelas dan mudah difahami.
> Ilustrasi yang cantik dan menarik.

✔ Hukum melihat dan menyentuh aurat antara suami isteri
✔ Melihat dan Menyentuh Bukan Mahram
✔ Bertelanjang Ketika Bersendirian
✔ Pergaulan lelaki - wanita, sejauh mana dibolehkan?
✔ Melihat dan Menyentuh Aurat Ketika Darurat
✔ Hukum pengantin bersolek
✔ Rawatan teknik rebonding
✔ Menggunting atau mencukur bulu kening
✔ Pakaian daripada kulit atau bulu binatang
✔ Patung atau gambar dijadikan perhiasan
✔ Mewarna atau menginai rambut dan banyak lagi.

Soalan-soalan ini, antara 111 persoalan tentang Aurat Wanita yang terkandung dalam buku ini.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

I'm A Backpacker: Europe ~ Khairul Abdullah

Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I'm A Backpacker: Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I'm A Backpacker: Europe.

Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.

Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin. Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.

Buku ini adalah umpama Lonely Planet, tetapi versi untuk rakyat Malaysia. Buku ini:
- sepenuhnya berwarna.
- dipenuhi dengan gambar-gambar daripada koleksi peribadi penulis.
- pembaca mampu sesuaikan panduan untuk keperluan seorang mahupun secara berkumpulan.
- pilihan tarikh, tempat, aktiviti, jenis pengangkutan, penginapan, tukaran wang, makanan, pakaian, dan banyak lagi.
- daripada penulis yang sudah pergi sendiri ke tempat-tempat ini dan pernah menetap di Eropah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bab 1: Tentang Benua Eropah
Schengen Area dan Pengecualian Visa
Musim, Cuaca, dan Suhu
Bahasa dan Budaya
Acara-Acara Besar dan Terkenal

Bab 2: MEMASANG ANGAN-ANGAN
Negara Mana yang Ingin Kita Kunjungi
Solo, Berkumpulan, ataupun Bersama Keluarga
Pilihan Jenis Pengangkutan
Pemilihan Tarikh yang Sesuai

Bab 3: PERANCANGAN
Senarai Tempat yang Ingin Dikunjungi
Kenal Pasti Lauan dan Jenis Pengangkutan
Berapa Jumlah Hari yang Diperlukan
Hotel, Hostel, ataupun Homestay
Membuat Anggaran Kos
Membuat Itinerari Lengkap
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Friday, January 15, 2016

25 Ayat Al-quran Pilihan: Muhasabah Jiwa & Minda ~ Hilal Asyraf

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertaKwa. Dalam Al-Quran, terdapat banyak pesanan dan panduan, untuk bekalan seorang hamba menyempurnakan kembaranya di dunia dengan baik.

Buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda, sebagaimana tajuknya, mengambil 25 ayat Al-Quran untuk dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, untuk masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling.

Apakah kita berada dalam batas panduan Al-Quran? Ataupun sebenarnya hidup kita sudah jauh tersasar?

Masa untuk kembali bermuhasabah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bab 1: Surah Al-Baqarah ayat 30: Menyelami Makna Khalifah
Komen Asy-Syahid Syed Qutb Berkenaan Ayat Ini
Khalifah Tidak Mesti Berjawatan
Siap Memikul Tanggungjawab

Bab 2: Surah Az-Zariyat ayat 56: Hakikat Kehambaan
Komen Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
Hakikat Kehidupan dan Kehambaan
Pengabdian Itu Bukan Ritual Sahaja
Allah Tidak Mahu Apa-Apa daripada Kita. Semua untuk Kita
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Biografi Agung Dr Yusuf Al-Qaradhawi ~ Prof Madya Dr. Mohamed Kamil Abdul Majid

Al-Qaradawi amat kritikal kepada mereka yang mendakwa diri mereka sebagai para sufi. Sedangkan mereka sebenarnya adalah aties dan zindiq. Ini dipersetujui oleh al-Sarraj al-Tusi (m. 378H) sejak abad keempat hijrah lagi. Mereka adalah pembohong dan penzalim yang seharusnya diberi perhatian.

Al-Qaradawi berfikiran objektif. Karya-karya beliau dalam bidang keislaman boleh dianggap sebuah ensiklopedia lengkap, seperti al-Ghazzali adalah tokoh ensiklopedia pada zamannya. Oleh sebab itulah, ada peminat dan murid-muridnya yang memberikan gelaran“al-Imam” pada Yusuf al-Qaradawi, dengan panggilan Imam Yusuf al-Qaradawi.

Kelahiran seorang tokoh besar seperti al-Qaradawi yang dianugerahkan Allah dengan ingatan yang kuat, akal yang pintar, hati yang bersih serta dibantu pula dengan senarai guru-guru yang hebat. Dialah Dr Yusuf al-Qaradawi sang murabbizaman yang sentiasa dinantikan pandangannya dalam semua aspek permasalahan.
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Abu Al-Hasan Ali Al-Nadwi ~ Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali

Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. Beliau menggambarkan Barat sebagai:

“Kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.”

Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...