Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, December 29, 2017

Koleksi 100 Solat-solat Sunat ~ Al-Fadhil Al-Ustaz Hj.Ahmad B.Hj.Ibrahim

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

(Kelebihan Amalan-amalan untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT ) Yang, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: "Barang siapa yang memusuhi wali (kekasih-Ku) maka Aku isytiharkan peperangan ke atasanya. Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan-amalan fardhu yang telah Aku wajibkan ke atasnya melainkan ianya adalah lebih Aku sukai dari yang selainnya, dan berterusanlah hamba-Ku mengerjakan amalan-amalan nawaafil (sunat) sehinggalah Aku menyintainya, maka sehinggala Aku menyintainya Aku akan menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar, penglihatannya yang, dengannya ia melihat, tangannya yang mendengannya ia mengenggam dan kakinya yang dengannya ia berjalan dan sekiranya ia meminta dari-Ku Aku akan menunaikan permintaannya itu dan sekiranya ia meminta perlindungan dari-Ku, Aku akan melindunginya."

Mukjizat Doa Para Nabi Dan Rasul ~ Drs. Hj. Hanafi Mohamed, Hjh. Siti Zaimah Ab. Rahman

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.40

Allah SWT telah memerintahkan setiap dari hamba-Nya untuk berdoa dan meminta hanya kepada-NYA, kerana tidak ada satu pun yang layak memberi selain Allah SWT. Doa adalah ibadah dan tali yang menghubungkan antara seorang hamba dengan Allah SWT. Dunia yang penuh dengan cabaran dan godaan, doa dijadikan sebagai senjata yang ampuh bagi setiap Mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan tidak kira tua atau muds, di kota atau di desa, ketika senang mahupun susah.

Justeru, buku ini memuatkan perbahasan mengenai konsep doa dan kepentingannya, etika dan tatacara berdoa, senarai doa-doa amalan para nabi dan rasul, serta para auliya’ dan solihin. Moga doa-doa yang diamalkan ini dapat membentuk peribadi Mukmin yang sejati serta bertambah keimanan kepada Allah SWT dalam melakukan amal ibadah seharian. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Jin & Syaitan dalam Kehidupan Manusia ~ Wahid Abdussalam Bali

(SEM & SS) RM48.00 > RM42.20

Salah satu asas akidah Islam adalah beriman (meyakini) adanya perkara-perkara ghaib. Malaikat, jin dan syaitan juga merupakan makhluk Allah yang dikategorikan dalam perkara-perkara ghaib. Perkara-perkara di sini bukan saja-saja direka cerita atau kisahnya. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dan perkara-perkara ghaib ini telah diberitahu oleh oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita.

Jin dan syaitan merupakan makhluk ghaib yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah seram. Sememangnya jin dan syaitan ini telah wujud sebelum diciptakan manusia lagi. Bangsa jin ini telah diciptakan daripada api, seperti yang dinyatakan di dalam Surah Al-Rahman ayat 15. Buku ini mengetengahkan kepada kita tentang jin dan syaitan dalam kehidupan manusia. Bab-bab penjelasan dibahagikan dengan tersusun agar kita dapat mengenali dan memahami siapakah dan apakah mereka ini. Dengan mengenali mereka juga kita akan mengetahui bagaimana menghadapi gangguan dan bisikan mereka.
Semoga dengan kehadiran buku yang cukup padat ini kita dapat menghindarkan perkara-perkara yang tidak elok terjadi kepada kita disebabkan gangguan makhluk ghaib ini insya Allah. Bersama-samalah kita memohon perlindungan dan penjagaan daripada Allah agar dihindarkan daripada penindasan dan khianat makhluk Allah sama ada daripada golongan jin, syaitan mahupun manusia.

Wahai Manusia... Neraka Kirim Salam ~ Nurul Mubin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Ini hanyalah rangkuman kecil daripada untaian malam-malam amat panjang dan mengerikan yang akan dilalui oleh para ahli neraka hingga ada pertolongan (maghfirah) daripada Allah SWT. Itu pun kalau ada. Tetapi bagaiman kalau benarlah kita diputuskan oleh-Nya sebagai penghuni abadi negeri penuh kepiluan dan penderitaan itu gara-gara kekejian, kemungkaran dan kebobrokan iman dan perilaku kita sendiri selama hidup di dunia yang singkat namun telah mengheret sebahagian besar kita ke lembah durjana!

Na`uzubillah min zalik...!

Janganlah neraka, penjara dan rumah yang dicipta oleh manusia pun tidak redha dari seksaan dan tindakan-tindakan yang bukan saja menyakitkan fizikal, malah ia mampu menekan jiwa, trauma dan ganguan mental serius.

Apatah lagi di dalam neraka yang memang disiapkan Allah SWT sebagai tempat seksaan bagi para penentang-Nya? Mampukah kita menghuni neraka walau hanya semalam saja..? Pastinya tidak! Tapi mengapa kita masih saja leka melanggar perintah-perintahnya dan seronok melakukan larangan-Nya...?

150 Kisah Teladan Abu Bakar As-Siddiq r.a. ~ Ahmad Abdul Aal Al-Tahtawi

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Beliau pun masuk ke dalam gua. Di dalam gua tersebut, beliau meraba-raba dan menemui tiga buah lubang di bahagian tepinya. Beliau mengoyakkan kain daripada pakaiannya untuk menyumbat lubang tersebut. Terturuplah salah satu daripada tiga lubang itu dan tinggal dua lubang lagi yang akhirnya beliau tutup dengan kakinya. Beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, masuklah." Baginda pun segera masuk. Baginda pun meletakkan kepalanya di atas pangkuan' Abu Bakar sehingga terridur.

Sementara itu, kaki Abu Bakar yang beliau gunakan untuk menutup lubang tersebut telah digigit binatang berbisa dari dalamnya. Walaupun terasa sakit, beliau tidak bergerak. Beliau tidak ingin mengerakkannya kerana ia akan membangunkan Rasulullah s.a.w yang sedang tidur. Namun air mata Abu Bakar yang menahan kesakitan telah menitis dan mengenai wajah Rasulullah sehingga baginda akhirnya terbangun.

"Apa yang berlaku, wahai Abu Bakar?

Thursday, December 28, 2017

Henshin Hero ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Haris Ikhwan, seorang anak muda yang membesar dengan fikrah perjuangan yang sangat kuat. Di saat rakan lain bergembira menyusur kehidupan seorang remaja, Haris pula memilih untuk menghabiskan usia mudanya dengan dakwah.

Bertemu jodoh dengan Hajar Asma' ibarat kisah cinta antara dua darjat. Haris datang dari keluarga besar seorang tentera biasa sementara Hajar pula anak orang ternama. Namun, semua halangan berjaya ditempuhi. Ilmu dan fikrah perjuangan tetap menyatukan hati mereka. Meskipun memiliki sarjana dari luar negara, Haris dan Hajar memilih untuk mewakafkan seluruh kehidupan mereka untuk kerja dakwah dan kemasyarakatan.

Sebagai anak sulung kepada sepuluh orang adik beradik, Haris memilih untuk tinggal bersama keluarganya.

20 tahun tinggal bersama keluarga mentuanya dalam serba serbi kekurangan telah mengasah ketabahan dan kematangan yang cukup bernilai buat Hajar Asma'.

Henshin 2 ~ Aiman Banna, Hani Nabila

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Syurga bukan percuma harganya ialah hijrah tinggalkan jahiliah lalu bertaqwa.

#Henshin : From Jahiliah to Jannah ~ Aiman Banna

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Ketika iman turun, ketika itulah semua jenis dan genre dosa maksiat kita nak pulun. Istilahnya kalau disenaraikan seluruh dosa yang wujud atas muka planet bumi, semuanya kita dah cuba. Dosa yang berjuta kita dah tackle. Hebat ke tak pemaksiat macam kita ini?

Ketika kita lupa Tuhan, ketika itulah kita rasa kita Tuhan. Kitalah yang menetapkan halal dan haram sesuatu itu ikut suka kita. Iya lah sebab kita sudah rasa kita Tuhan, jadi seluruh alam semesta ini kita punya. Jadi segalanya akan ikut suka kita. Yang kita benci tolak tepi, yang kita suka sentiasa bersama.

Hasilnya, kita dalam jahiliah. Kita bergembira dalam berjahiliah.

Yep. Buku ini sesuai untuk anak muda dalam menunjukkan cara nak keluar dari jahiliah kemudian menuju jannah. Ianya mengenai cara membuka sayap di belakang untuk terbang menuju Tuhan.

Friday, December 22, 2017

Menantu Hipster ~ Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Zaman telefon pintar ini, media sosial menjadi pilihan utama tempat longgokan luahan, kesedihan, kebimbangan dan kerisauan.

Tidak terkecuali mereka yang risau untuk berhadapan dengan mentuanya.

Adalah lumrah bagi seorang wanita yang akan berkahwin merasa bimbang untuk berhadapan dengan bakal ibu mentuanya itu. Seribu satu perasaan dan kebimbangan yang dirasakannya. Tidak dinafikan ada sesetengah mentua yang bersikap dingin dan ada juga yang cerewet, serba tidak kena dan banyak pantang-larangnya. Tetapi itu bukan halangan besar untuk si isteri menjaga hubungan dengan mentuanya.

Sebaliknya orang lelaki, sama ada tinggal di rumah keluarganya atau rumah mentuanya, dia kurang menghadapi masalah. Ini kerana minda lelaki kurang memikirkan hubungan peribadi dan hal ehwal emosi. Kebanyakan mereka hanya fokus kepada dirinya sendiri dan kerjayanya di luar rumah apabila telah menjadi suami.

Walau bagaimanapun, kunci kejayaan mengatasi cabaran-cabaran ini ialah kerjasama suami dan isteri pasangan muda yang bertindak sebagai satu pasukan menyantuni apa juga kehendak dan keperluan ibu dan bapa mentua masing-masing dengan hikmah dan bijaksana.

Sudah menjadi budaya Generasi Y untuk mendapat bimbingan dalam bentuk tip melalui media social. Maka, saya telah menulis tip-tip melayani mentua sebagai panduan untuk mereka di Facebook saya, Pak Utih’s Page dan Pakutih.com.

Allah Kan Ada ~ The Bingkisan Hati

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku ALLAH KAN ADA dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain coretan dan nukilan di dalamnya. Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan pembaca. 

Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan ada pelbagai kesenangan dan kesusahan yang datang silih berganti. Jika mahu dihurai satu demi satu episod kehidupan, ia terlalu banyak untuk dipersembahkan. Tentang takdir, tentang kematian, tentang kehilangan, tentang penghijrahan dan pelbagai lagi ujian dan peringatan yang Allah hantarkan. Bersama semua itu, Allah turut hantarkan hikmah agar kita tahu bahawa setiap sesuatu yang terjadi di dunia ini bukan sengaja Allah biarkan kita melaluinya. 

Penulis persembahkan buku ALLAH KAN ADA ini sebagai sebuah buku motivasi yang mampu mendidik pembaca untuk membuka mata dan menyingkap makna di sebalik kehadiran ujian dalam kehidupan kita. Selamat membaca buku ini. Moga ada ibrah dan kebaikan yang kalian temui di dalam buku ini dan semoga perkongsian di dalam buku ini mampu memberi manfaat kepada pembaca serta ladang pahala buat penulis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...