Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, May 29, 2018

Bayan Linas: Penjelasan Isu-isu Semasa ~ Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM150.00 > RM132.00

Dinukilkan di sini sebuah kisah daripada guru kami, Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti katanya, ” Di sebuah taman terdapat pelbaagai pohon kayu, ada yang kecil dan ada yang besar. Mereka hidup dalam keadaan yang bersuka ria. Tiba-tiba pada suatu hari jatuh sebilah mata kapak menyebabkan semua pohon kayu menangis dan berada dalam keadaan ketakutan. Ini kerena sudah pasti mereka semua akan ditebang.

Akhirnya, mereka bertemu dengan pohon kayu yang paling tua lalu mengadu perihal perkara tersebut. Lantas pohon tua yang mempunyai banyak pengalaman tersebut itu berkata, ” Jangan takut dan jangan menangis. Sesungguhnya mata kapak tidak boleh menebang kamu selama mana kamu tidak memberikan kepadanya dahan-dahan kamu untuk dijadikan hulu kapak.

Sirah Nabawiyyah ~ JAKIM

(SEM & SS) RM65.00 > RM57.20

Al Rahiq Al Makhtum : Sirah Nabawiyyah ini diibaratkan sebagai sebuah biografi Nabi Muhammad SAW yang komperehensif. Naskah ini memaparkan kisah perjalanan idup Rasul terakhir utusan Allah SWT serta tanggunjawab Baginda menyampaikan dakwah islamiah di mua bumi ini. 

Perjuangan Baginda penuh berliku, perjalanan hidup Baginda penuh dengan suka duka, kepayahan serta keperitan yang mungkin tidak tertanggung oleh manusia lain. Namun ajaran tauhid dan akida yang baginda sampaikan telah mencapai kejayaan yang gemilang seperti mana kehendak Allah SWT.

Monday, May 28, 2018

Lukisan Tarbiah 3: Air Mata Terakhir ~ Abeben

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Jujur.
Bilakah kali terakhir engkau menangis?
Dan jujur. Untuk siapakah tangisan terakhirmu itu?

Kekadang hati kita sudah terlalu gelap dan keras, tak mampu lagi mengalirkan air mata apabila memikirkan betapa banyaknya dosa yang masih belum kita insafi dan istighfari...

Kerna Syurga Bukan Percuma 3 ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Kerna syaitan tak pernah berputus asa mengajak kita ke Neraka."

Belum sempat Khai keluar dari tandas tersebut, tiba-tiba hidungnya dapat menangkap satu bau yang tersangatlah busuk dan aneh. Bau yang terus mematikan bau-bau hancing yang dia bau sedari awal tadi. Hampir termuntah Khai dibuatnya.

“Bau apakah?” bisik hati kecil Khai. Setelah Khai membuka pintu tandasnya untuk keluar, tiba-tiba..

“A…bang… Sayalah.. orang sebelah… sebelah ada.. sebelah.. hilang.. ha..ha..” Hampir pitam Khai dibuatnya apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Astaghfirullah.. apakah benda depan aku ni?

***

“Maafkan saya Humaira. Kita salah.” Khai menjelaskan secara terperinci hubungan mereka yang tidak diredhai Allah. Meskipun begitu, ianya sangat sukar untuk diterima masuk ke dalam kepala Humaira.

“Fine Khairul Rafeeq. Kau ingat satu je, sampai mati hidup kau takkan tenang!” ugut Humaira kemudiannya mencampakkan telefonnya ke dinding bilik asramanya. Kerana cinta zina, hidup seseorang manusia itu bakal hancur. Hancur dibunuh benih dengki, mati dipijak kaki dendam.

Mentaliti Masih Jamban ~ Khairul Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Kenapa masyarakat di dunia sebelah sana lebih baik daripada kita? Kenapa nilai-nilai yang dituntut oleh agama dipraktikkan oleh mereka dan bukannya kita"?

Misi Bebas Hutang ~ Mohd Zulkifli Shafie

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat. Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. 

Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya). Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah ansuran pinjaman membeli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan hutang membeli rumah kediaman ‘impian’ yang mana jika tiada pun kita masih boleh hidup. Ia tidak seperti kos keperluan asas untuk hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. 

Jadi sesiapa yang dapat bebas daripada hutang-hutang ini, kita terlepas daripada bebanan kewangan terbesar. Seterusnya kita bolehlah fokus mengumpul harta dan mengembangkan kekayaan.

Syarah Basmalah ~ Sofwan Harizan

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Buku ini mengandungi pencerahan yang menarik dan jarang diketahui tentang Basmalah. Bermula daripada makna Basmalah, faedah-faedahnya, hukumnya, dan keistimewaan-keistimewaannya. Disertakan juga pelbagai kisah menakjubkan tentang kelebihan Bismillahir Rahmanir Rahim.

Memburu Harta Kekayaan Akhirat ~ Dr. Mohd Puzhi Usop

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Hari Akhirat merupakan hari yang digambarkan sebagai kebangkitan semula setelah musnahnya seluruh alam. Akhirat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu الآخرة yang bermaksud pengakhiran atau penamat. Ia merupakan satu kepercayaan dalam semua agama samawi, seperti Islam, Yahudi dan Kristian.

Perjalanan yang panjang di dunia sentiasa memerlukan persediaan seperti wang, pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya, apatah lagi perjalanan manusia menuju hari akhirat. Ramai dalam kalangan Muslim pada hari ini terlalu leka dengan kesibukan duniawi sehingga terlupa untuk mengambil cakna tentang kepentingan membawa bekalan menuju alam akhirat.
Buku ini akan membicarakan perihal kekayaan akhirat yang perlu diambil berat oleh setiap orang sebagai persedian untuk menuju alam akhirat serta menjelaskan beberapa syarat yang perlu diikuti untuk mendapat rahsia bagaimana untuk menjadi jutawan akhirat.

Friday, May 25, 2018

Keajaiban 40 Selawat Pilihan ~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Antara selawat yang dikumpulkan dalam buku ini:

- Selawat Nariyah
- Selawat Adrikiyyah
- Selawat ‘Azhimiyyah
- Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
- Selawat Jawahirul Anwar
- Selawat Thabibi Qalbi
- Selawat Wisal dan banyak lagi.

Thursday, May 24, 2018

Impian Jalanan ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...