Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, May 31, 2019

Buku Rekod Mengaji: Untuk Anak-anak dan Dewasa ~ Nurkhadijah Ab. Gani

(SEM & SS) RM5.90 > RM5.30

Membaca al-Quran atau mengaji seharusnya menjadi rutin harian bagi seseorang muslim. Ia bukanlah perkara yang dilakukan ketika waktu lapang sebaliknya kita harus melapangkan masa untuk membacanya. 

Pentingnya bagi seorang Muslim tidak kira kanakkanak mahupun orang dewasa untuk menjadi mahir dan berusaha memperbaiki bacaan dengan tajwid yang tepat bersama seorang guru demi membaca Kitabullah ini.

Wednesday, May 29, 2019

Krisis Akidah Antara Golongan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah Yang Bermazhab Asya'irah Dengan Ahli Hadis ~ Prof. Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

(SEM & SS) RM16.00 > RM14.40

Buku ini membincangkan persoalan yang penting dan utama dalam kehidupan umat Islam; Akidah yang benar dalam Ahli Sunnah Wal Jammah, yang menggunakan kaedah Tahzib iaitu ringkasan berdasarkan gaya penulis sendiri di samping menjaga maklumat penting daripada buku pengarang asal.

Sedia maklum, nama Ahli Sunnah Wal Jamaah makruf diketahui zaman berzaman semenjak awal kemunculannya. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bahasa Arab bererti pengikut atau pendukung Sunnah Rasulullah. Manakala perkataan 'Jamaah' pula merujuk kepada jamaah Rasulullah S.A.W. bersama Sahabat, Tabi'in, Tab' Al-Tabi'in dan orang Islam yang mewarisi Islam menurut cara dan pendekatan mereka.

Antara maklumat pilihan yang dibincangkan adalah Latar Belakang Krisis Akidah dalam Mazhab Sunni, Fenomena Krisis Akidah di Peringkat Masyarakat, Fenomena Krisis Akidah dalam Kalangan Mazhab Fiqh dalam Ahli Sunnah dan juga Kesan-Kesan Krisis Akidah dalam Kalangan Mazhab Fiqh dalam Ahli Sunnah dan juga Kesan-Kesan Krisis Akidah, Punca-Punca dan Jalan Penyelesaian.

Tuesday, May 28, 2019

Qalbun Salim: Syarah Penawar Bagi Hati ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf.

Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah.

Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.

Cerita Abang Kadi ~ Imran Burhanuddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"Wahai pengantin lelaki, aku nikahkan dikau dengan pengantin perempuan yang berwakil walikan saudara lelaki seibu sebapaknya denganku, dengan mas kahwinnya sebanyak Ringgit Malaysia tiga belas ribu, tiga belas ratus, tiga belas sen," Saya lafaz sambil menghenjut kecil tangan pengantin lelaki.

"Aku terima nikahnya pengantin perempuan dengan mas kahwinnya sebanyak Ringgit Malaysia tiga belas ribu, tiga belas ratus, tiga belas sen.... Eh?"

"Eh? Kenapa ada eh? Saya pandang pengantin, pandang bapa pengantin, pandang saksi. Ada yang silap ke?

Tuesday, May 14, 2019

Hayya 'Alas Solah Hayya 'Alal Falah ~ Mukmin Fathi Al-Haddad

(SEM & SS) RM38.00 > RM34.20

Solat sepatutnya sebagai aktiviti yang menyenangkan bagi setiap muslim.

Ini memandangkan ia memiliki manfaat yang begitu besar dalam kehidupan kita.

Agar solat mampu memberi keberkesanan dalam kehidupan kita, buku ini cuba mendedahkan kepada kita bagaimanakah cara melaksanakan solat lima waktu dengan khusyuk dan dengan itu solat mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan lebih bermakna.

Kaedah-kaedah Syarak Berkaitan Isu-isu Perubatan ~ Walid bin Rasyid Al- Su'aidan

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.20

Seiring dengan kepesatan teknologi dan kemajuan sains, bidang perubatan juga berada sama tinggi dan sama maju oleh kepesatan dan kemajuan itu. Begitu juga penyakit, semakin canggih alatan perubatan dan semakin moden sistem dan prosedur perubatan semakin banyak penyakit yang dikategorikan berbahaya dan membawa maut. Kemunculan virus dan bakteria yang berbahaya juga semakin menambahkan kerisauan kepada ketamadunan sejagat.

Pelbagai kaedah rawatan, vaksin, ubat, melalui peralatan dan kajian perubatan berteknologi tinggi telah dijalankan dan berjaya dicipta. Pelbagai isu dan persoalan berhubung isu-isu perubatan seperti pendermaan organ, penentuan kehalalan sesuatu ubat dan vaksin, hukum berubat dengan sesuatu yang ditegah syarak ketika darurat, kaedah kuarantin daripada penyakit berjangkit dan memudaratkan dan sebagainya telah menjadi perbahasan dan perbincangan para ulama Islam masakini.

Thursday, May 9, 2019

Ingat Syaitan Pernah Ambil MC? ~ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80
Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang Allah ciptakan dalam diri. Namun, ada halangan-halangan yang membuatkan kita tidak menjumpai potensi dan keupayaan yang sebenar. Antaranya ialah gangguan dan godaan daripada syaitan yang tidak pernah cuti untuk menghasut manusia ke arah keburukan.

Naskhah ini merupakan soal jawab mengenai permasalahan-permasalahan yang berlaku kepada diri, keluarga dan masyarakat. Penulis mengajak kita untuk tidak terlalu memikirkan masalah, tetapi fokus kepada punca dan penyelesaiannya. Jika jati diri yang positif berjaya dibentuk, segala ujian dan bisikan jahat yang dihadapi boleh ditangani dengan baik.

Menarik tentang buku ini:
- Panduan membentuk jati diri yang sebenar
- Petua keluarga bahagia
- Cara menjaga hubungan sesama manusia

Pendidikan dan Psikologi Rasulullah s.a.w ~ Harun Arrasyid Haji Tuskan, Abu Azka Al-Madani

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Buku ini merungkai kehebatan Rasulullah s.a.w dalam mendidik, membimbing dan murabbi. Jika Rasulullah s.a.w merupakan tauladan bagi seluruh umat Islam sepanjang hayat, maka sudah sepatutnya kita mendidik mengikut acuan dan ramuan yang pernah Rasulullah s.a.w ajarkan.

Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak bermata Satu ~ Hj. Muzaffar

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Judul "Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu' ini cuba mengupas serta menghuraikan secara ringkas sejarah Bani Israel dari zaman nabi-nabi dahulukala, kemungkaran-kemungkaran kaum tersebut yang keji sehingga menjadi bangsa yang terlaknat, terusir dan berselerak, dominasi mereka yang amat mengcengkam, mengancam dan menyeluruh pada hari ini serta nasib yang bakal menimpa kaum Yahudi berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Hadeeth menjelang berlakunya peristiwa besar Akhir Zaman kelak.

Al-Hidayah Wan Nihayah ~ Al-Hafiz Ibnu Kathir

(SEM & SS) RM55.00 > RM49.50

Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

• Saidina Abu Bakar, 632-634M
• Saidina Umar al-Khattab, (Umar I) 634-644M
• Saidina Uthman Affan, 644-656M
• Saidina Ali Abi Talib, 656-661M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...