Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, September 17, 2019

Jeriji besi: Biar Aku Sengsara Di Sini ~ Zakir Husin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Zakri graduan muda baru bertugas di Majlis Daerah Kuang Selatan dengan menyandang jawatan penting di sana. Dia mengalami kejutan budaya yang parah. Sentiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Sering mahukan sanjungan dari kalangan kakitangan dan masyarakat setempat.

Setelah sedar akan dosa-dosanya, jiwanya mula bergelora hingga membuatkan beliau mengambil keputusan menghukum dirinya sendiri. Keputusan itu diteguhkan lagi selepas dia terlibat dengan kemalangan jalanraya yang hampir meragut nyawanya.

Akhirnya dia bertindak menyertai Jabatan Penjara untuk berguru dengan kesengsaraan yang ada di dalamnya supaya boleh memberikan keinsafan kepada dirinya. Berbagai pengalaman perit dan getir sepanjang berada bersama-sama banduan dan kakitangan penjara banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan yang hakiki.

Dengan penuh semangat, Zakri terus bercerita, "Sah kereta yang aku pandu telah terbalik. Aku sangka aku sudah mati lalu aku hanya mendiamkan diri sahaja. Rasa seolah-olah aku sedang menunggu sahaja Malaikat Maut datang untuk menjemput roh aku ketika itu." Muka surat 13

Gaji RM2500 Boleh Beli 6 Rumah ~ Anis Hafiza

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Ketika anak muda lain leka dengan telefon bimbit mahal, kereta di luar kemampuan dan tersekat dengan masalah kos hidup, Anis Hafiza dan suami berusaha untuk tidak mencipta alasan sebagai penghalang mereka membeli rumah lagi dan lagi.

Sebenarnya dengan berbekalkan ilmu, semua orang mampu membeli rumah. Dengan hanya bergaji RM2500, Anis dan suami berjaya enam buah rumah dan menjalankan perniagaan sewaan rumah secara sublet.

Buat Untung Dengan Sewa Rumah ~ Syahman Abu Hasan

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Sublet atau orang kata, sewa atas sewa adalah satu cara buat duit daripada rumah sewa.

Ya, anda tak salah baca. Anda memang boleh jana wang daripada rumah yang anda sewa. Tak perlu belipun unit tu.

Bayang, penuh sahaja dua rumah sewa ini, untuk kasar sudah cecah RM1000 sebulan. Siapa nak bagi pendapatan 'part-time' sebanyak ini, kan? Tunggu sahaja penyewa pindahkan wang mereka ke akaun kita dengan perasaan rela dan gembira.

Ini baru kisah dua unit rumah. Kalau dah cecah 5 buah rumah?

Travelog Hj Mr. Traveller ~ Meor Farid Asyradi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Travelog Haji (HJ) Mr. Traveller merupakan sebuah kisah benar seorang pemuda berusia 26 tahun yang berniat mahu berbackpack untuk menunaikan haji, namun segalanya berubah serta merta kerana hadiah visa hajinya sangat lambat diterima. Jika sebelum ini penulis telah berkongsi kisah pengembaraannya di lebih 35 buah negara, kali ini penulisannya lebih kepada pengembaraan spritual merangkumi fasa sebelum, ketika dan setelah musim haji. 

Penulisannya juga sarat dengan informatif terkini berkaitan isu-isu haji, sejarah dan suasana ketika melaksanakannya. Elemen throwback juga dimuatkan dalam penulisan ini yang akan membawa pembaca turut merasai situasi sebenar yang berlaku dan larut dalam kisah penceritaan beliau. Penuh emosi menuju seruan Ilahi. In Sya Allah. "Aku sambut seruan-Mu YA ALLAH!"

Travelog Maghribi ~ Hazamin Inteam

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Travelog Maghribi merupakan himpunan catatan dan pengalaman menarik penulis sepanjang perjalanan beliau bersama keluarga menuju ke bumi matahari terbenam; Maghribi untuk mengikuti kelas bahasa Arab Intensif selama sebulan setengah di sana.

Penulis yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Inteam telah menempuh beberapa buat negara seperti Mesir dan Sepanyol dalam perjalanan ke Maghribi, manakala dalam perjalanan pulang pula mereka telah melalui beberapa buah negara iaitu Itali, Switzerland, Perancis, United Kingdom dan transit di Abu Dhabi sebelum pulang ke tanahair.

Selain itu, penulis turut berkongsi beberapa panduan sepanjang kembara ini terutamanya untuk mereka yang merancang untuk ke Maghribi atau ke mana-mana negara yang telah dilalui penulis. Fes, Rabat, Casablanca, Marrakesh, Merzouga, Ifrane, Meknes adalah beberapa bandar dan daerah yang sempat diziarahi penulis sepanjang berada di Maghribi.

Backpack Bonceng Motor: Medan - Parapat - Beratagi ~ Normi Nas

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Bonceng motor di Indonesia?

Kalau di Malaysia ni…dah biasa. Ini Indonesia. Serius?

Travelog Umrah DIY ~ Zuera Abdul Ghani

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Rindu bertamu..Nekad untuk merungkai rindu berada di Baitullah dan Bumi Haramain, kurang setahun selepas umrah ziarah kali pertama, dengan izin Allah penulis berada di sini lagi. Tabarakallah.

Kali ini pergi menunaikan umrah secara DIY tanpa menggunakan agensi pelancongan. Berserah dan bertawakkal hanya pada-Nya.

Ikuti pengalaman penulis selama 14 hari dan tip-tip menunaikan umrah secara perancangan sendiri; dari tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan pengangkutan.

Dengan kos RM2000++ .

Thursday, September 12, 2019

Ablaasa ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Buku ni cerita pasal apa? Seolah-olah kamu sedang berbicara dengan Iblis dan syaitan dalam diam, bagaimana dia memasukkan jarum hasutan yang sangat halus sehinggakan seorang Pendosa terus menerus melakukan dosa.

Bahkan, orang yang berilmu tenggelam dalam ilmunya sehingga menjadi manusia yang terlaknat tanpa dia sedari, bagaimana Iblis berbicara denganmu, membelaimu dan berbisik lantas, kau terus mahu ikutinya walau sebenarnya bibirmu berkata sebaliknya.

Apa rahsia Iblis ini sehingga dia mampu merosakkanmu sedang kau tahu dia adalah musuh utamamu. Siapa temanmu, siapa sahabat mu, bagaimana nafsu mengeksploitasi hidupmu hingga ada yang sanggup bunuh diri kerna refleksi khayalan mainan semata.

"Aku ada denganmu dan janjiku dari saat mula ku dilaknat akan termetrai bersama-sama korbanku ke Neraka yang menyala" Sukarnya menempuh jalan ke Syurga bukan? Kenapa? Kerna aku ada denganmu...

Iblis dan bala tenteranya tidak akan pernah berputus asa, namun ada jalannya untuk mematahkan perisainya. Buku seolah kamu sedang berbicara dengan Iblis ini sebenarnya "agak seram" namun mampu mengingatkan kamu tentang bahayanya fitnahnya itu.

Lara Cinta Laila Majnun ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Syeikh Sufi Maulana Hakim Nizhami merupakan penulis sufi terkemuka pada abad pertengahan kerana dua roman cinta yang menyayat hati, iaitu Laila dan Majnun serta Syirin dan KHusrau. Kisah sedih Laila dan Majnun, di mana Majnun yang bermakna ‘tergila-gila akan cinta’. Kerana cintanya yang tidak sampai pada Laila, akhirnya membuatnya jadi gila.

Kisah cinta ini dibaca selama berabad, tatusan tahun jauh sebelum “Romeo and Juliet” karangan Wiliam Shakespeare sehingga kisah Laila dan Majnun terkenal sebagai kisah cinta Persia. Syeikh Sufi Maulana Hakim Nizhami adalah seorang Syeikh Sufi, dan yang dimaksudkan dengan ‘kekasih’ dalam berbagai kisahnya sesungguhnya adalah perwujudan Allah SWT.

Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Arab, Bahasa Arab - Bahasa Melayu ~ PROF. MADYA DR. ABD RAUF TAN SRI HAJI HASSAN, DR. ABDUL HALIM, KHAIRUL AMIN MOHD ZAIN, WAN NORAINAWATI HAMZAH

(SEM & SS) RM30.95 > RM27.90


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...