Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, November 29, 2019

Hiatus (Edisi Kemas Kini) ~ Mato

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Hidup ini perjalanan yang akhirnya
bukan pada mati.

Buku ini baris-baris tulisan pada kamu,
Tapi baris-baris ini ibarat luka-luka pada
lengan dan paha aku.

Buku ini mungkin sekadar cerita
menagih simpati pada hematmu.
Tapi buku ini luahan jiwa gersang yang
memerlukan cinta, pada aku.

Yang kamu pegang ini lebih daripada
sebuah buku.

Ini sebahagian daripada jiwa aku.
Ini luka aku.
Ini kecewa aku.
Ini ubat penenang aku.
Ini cinta aku.
Ini air mata aku.
Dan ini, realiti aku.

Surat Cinta Untuk Isteri ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Pesanan ini elok dibaca oleh wanita yang belum berkahwin, bakal atau sudah menjadi isteri untuk mengetahui pesanan yang baik agar diberi peringatan dan perhatian.

Yang lelaki, bakal suami atau suami juga boleh membaca untuk mendapatkan ilmu mengenai pesanan yang perlu diutamakan dalam mendidik isteri.

Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah az-zumar (BATU BESAR)
Disuruh Mempertimbangkan Baik-Baik
Perhambaan kepada Allah Secara Ikhlas
Taghut
Sebaik-baik Kata
Engkau Akan Mati
Kepercayaan Asli
Di antara Mati dan Tidur
Sikap Manusia
Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah!
Kembalilah kepada Allah!
Manusia Tidak Insaf Terhadap Allah

Surah ghafir (YANG MAHA PENGAMPUN)
Hubungan Malaikat dengan Orang yang Beriman
Kemurkaan-Ku dan Kemurkaanmu!
Menghadapi Hari Kiamat
Katak di Bawah Tempurung
Siapa Dapat Menolak Bencana Allah?
Pertengkaran Penghuni Neraka
Masalah Penciptaan!
Beberapa Sifat Kebesaran Allah
Mereka yang Mendustakan Al-Kitab

Tafsir Surah Ad-Dukhan dan Juzuk 25 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah fussilat (DIPERJELAS) 
Tentang Tibanya Sa’at

Surah asy-syura (MUSYAWARAH)
Kesatuan Agama
Kalau Sudah Percaya Jangan Banyak Bicara
Tanda-Tanda Kebesaran Allah Amat Banyak Sekali
Perkembangan Manusia
Turunnya Wahyu

Surah aZ-ZUKHRUF (HIASAN)
Al-Qur’an yang Berbahasa Arab
Kepercayaan yang Kacau
Tebalnya Kesesatan Manusia!
Kebahagiaan Nikmat Syurga

Surah aD-DUKHAAN (ASAP YANG TEBAL)
Malam yang Berkah
Kebenaran Tetap Menang
Kembali kepada Quraisy

Surah al-jathiyah (YANG BERLUTUT)
Bertuhankan Hawa Nafsu
Kaum Dahri 

Friday, November 22, 2019

Atlas Tajwid ~ Prof Madya Dr. Abd. Rauf Hassan Azahari

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Buku Atlas Tajwid ini sangat penting untuk dimiliki kerana ia menerangkan perkara-perkara asas ilmu yang wajib diketahui. Setiap perbahasan dengan huraian yang lebih jelas dan mudah difahami.

Kombinasi rujukan kitab-kitab tajwid muktabar yang terdahulu dan terkini, menjadikan nukilan meklumatnya diyakini dan menarik untuk dimiliki. Tambahan pula, keilmuan penulis dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bidang ini serta penulisan ilmiah sejak puluhan tahun, menjadikan buku ini lebih autentik.

50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini menerangkan amalan-amalan yang dilakukan selepas seseorang itu meninggal dan dikebumikan seperti adab dengan jenazah.

Turut disertakan perbincangan hukum-hakam seperti membaca al-Quran dan mentalkinkan mayat di kubur, juga hukum berkenaan wanita di tanah perkuburan. Setiap perbincangan dibawakan dengan dalil dan pendapat ulama.

Monday, November 18, 2019

Amru Rebellion ~ Hilal Asyraf, Aeril Zafrel

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Madrasah Taujih Ruhiyyah yang diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. Cinta juga berputih di dalam jiwanya dengan santri rupawan, Zaharah.

Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Raudhah yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribut mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk.

Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya.

Tanpa Amru sedari, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya!

Membunuh Muhammad ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus’ab juga tidak berdiam diri dan bersedia untuk kemungkinan yang terburuk.

Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi misi yang besar – Membunuh Muhammad!

Satu usaha drastik yang bermatlamatkan mengakhiri pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus’ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun.

Bagaimanakah pengakhiran siri HERO ini?

Samurai Melayu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Lebih sedekad Ryujin dihantar pulang ke Malaysia sebagai ‘senjata rahsia’ bagi Ryuken. Tetapi tidak sekali pun dia diaktifkan.

Sedekad berlalu dan suasana Malaysia telah berubah ke arah yang lebih baik. Malaysia kembali menjadi Harimau Asia, dan kini pembebas Masjid Al-Aqsa, juara bukan sahaja untuk ummat Islam tetapi juga insan sejagat, berdiri sama tinggi dengan negara-negara kuasa besar yang lain.

Ketika inilah, Ryujin diaktifkan semula.
Malangnya, bersama Malaysia, Ryujin telah berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Perubahannya tidak diterima baik oleh Ryuken, yang kemudian menghantar Syaitan Bertujuh untuk menamatkan nyawanya.
Ryujin bangkit menentang!

Ikuti novel terkini dalam Siri Alam HERO yang pastinya penuh debaran, konflik dan bersulam mesej tarbawi yang mendalam!

Encik Pembunuh ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Di dalam dunia pembunuh upahan, dia digelar 'Izrail Dunia Gelap' kerana telah membunuh lebih 900 orang.

Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kariernya itu. Pertemuan dengan Amirah secara kebetulan, membuatkan dirinya tambah nekad untuk berubah.

Langkah pertama? Melamar Amirah ketika itu juga!

Adakah Faisal akan berjaya keluar daripada dunia gelapnya?

Dapatkan sambungan Novel Pemburu ini yang pastinya disulami pelbagai pengajaran, aksi hebat dan konflik yang mencabar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...