Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, April 18, 2022

Siapa lebih Utama: Wanita Dunia ataupun Bidadari Syurga? ~ Muzayyanah Abdullah, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM38.00 > RM37.00

Syurga adalah dambaan semua manusia tidak kira orang beriman ataupun tidak. Oleh sebab syurga ini menjadi dambaan seluruh manusia, Allah s.w.t. banyak menceritakan mengenai nikmat-nikmat syurga yang tidak tercapai dek akal fikiran manusia.

Bidadari-bidadari syurga yang cantik menawan akan mendampingi orang yang beriman di syurga kelak.

Maka bagi isteri orang yang beriman, timbul persoalan, siapakah yang lebih utama, wanita dunia ataupun bidadari syurga yang akan mendampingi suami mereka di syurga kelak? Di dalam buku ini ada perbahasannya.

Buku ini bukan sekadar membincangkan topik ini, malah didatangkan juga sebanyak 52 topik yang berbentuk soalan unik yang sangat menarik untuk dibaca. Penyampaian yang santai namun ilmiah menjadikan ia bacaan yang menarik untuk dibaca. Topik-topik ini mungkin menjadi salah satu persoalan yang mungkin sudah lama bermain di fikiran kita, namun tiada jawapannya.

Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini:

• Siapa Lebih Utama, Wanita Dunia ataupun Bidadari Syurga?
• Adakah Ajal Boleh Ditangguhkan?
• Adakah Jasad Penghafal al-Quran Tidak akan Dimakan oleh Tanah?
• Adakah Dosa Dalam Ramadhan Digandakan?
• Adakah Wanita atau Lelaki yang Paling Ramai di Syurga?
• Dan banyak lagi.

Ucaplah Maaf. Ia melambangkan siapa kita


Fikir kembali! 

Kita ego atau tidak?Mudahkah ucapan maaf keluar dari mulut kita pada pasangan & keluarga jika memang kita memang bersalah.

Buku: Anwar Wahab. 2020. Sweet Dream. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Istiqamah & Jangan Berbangga Diri


 JANGAN BANGGA DIRI. SATU HARI NANTI KITA AKAN LALUI APA YANG KITA PERLEKEHKAN.

BUKU: Hafizzuddin Afif. 2018. Istiqamah. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Tuesday, April 12, 2022

Membongkar Mitos & Realiti Penghuni Bumi Sebelum & Selepas Adam AS & Hawa ~ Malek Muhamat Said

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Buku ini digarap daripada pelbagai sisi inspirasi dan stalistik (penyusunan ilham dan gaya penulisan ) sama ada genre fiksyen (fantasi) atau bukan fiksyen (faktual). Genre fiksyennya meliputi pelbagai naratif dongengan, cerita rakyat , penglipur lara, mitos, lagenda, roman, hikayat dan pelengkapnya kisah atau riwayat israiliyyat. Citra faktualnya diserlahkan dengan sokongan keterangan al-Quran dan hadis Nabi. Lazimnya, apabila sesuatu periwayatan melalui tempoh masa yang panjang maka pelbagai unsur Israiliyyat turut menyelinap masuk apatah lagi sumber kisah atau riwayatnya hanya berdasarkan tafsiran para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in yang tidak berakhir dengan Rasulullah. Sudah termaklum, intipati kisah atau riwayat Israiliyyat sekadar pengulangan apa yang pernah diulang-ulang sebelumnya sehingga berlakunya beberapa tokok tambah dan pengurangan. 

Terkadang kala, naratif sesuatu kisah atau riwayat Israiliyyat itu seperti sebuah sketsa yang menyampaikan sesuatu pada asalnya 'berita benar' yang berakhir dengan 'berita palsu'. Dari sudut tawasur Islam, segala ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat tentang segala sesuatu fenomena, kejadian atau peristiwa atau kisah-kisah yang pernah berlaku sewajarnya dijadikan iktibar, contoh teladan, pengajaran dan peringatan kepada umat manusia pada masa kini dan akan datang. Pelbagai maklumat tersebut adalah sebahagian daripada

Membongkar Rahsia Penyebaran Islam di Jawa: Lagenda Wali Songo 9 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM38.90 > RM38.00

Buku Legenda Wali Songo ini menjawab tohmahan dan pemalsuan sejarah oleh para orientalis Barat bahawa penyebaran Islam di seluruh dunia adalah melalui kekuasaan atau kekerasan. Bukti mereka ialah pada peperangan atau ekspedisi tentera pada zaman Rasulullah s.a.w dan selepasnya, dimana berlaku penyebaran Islam melaui mata pedang dan kekuatan senjata.
Tuduhan palsu dan dusta itu jauh bercanggah dengan fakta dan realiti sebenarnya, bahawa penyebaran Islam lebih banyak berlaku melalui usaha dakwah dan tarbiya, kecuali dalam keadaan terpaksa atau tidak dapat dielakkan. Dalam kes-kes terpencil seperti ini, biasanya peperangan hnaya berlaku selepas pihak musuh menolak seruan Islam ataupun enggan membayar jizyah jika ingin terus kekal dengan agama sendiri. Hanya setelah mereka menolak dua ultimatum itulah baru tercetusnya peperangan.

Bagaimanapun di kalangan orientalis itu masih ada yang jujur dalam kajian mereka. Dalam konteks ini, salah seorang di antar mereka yang paling terkenal yang menolak pandangan serong tersebut ialah Prof. Thomas W. Arnold. Melaui bukunya yang berjudul, The Preaching of Islam, yang terbit buat pertama kalinya pada tahun 1896, beliau membuktikan bahawa agama Islam tersebar ke seluruh dunia secara damai melalui dakwah, bukan melalui kekerasan atau paksaan dan mata pedang. Pada masa kini, antara sarjana Barat yang terkenal dengan kajian mereka yang objektif dan jujur tentang sejarah dan agama Islam ialah Prof. Annemarie Schimmel dan Karen Armstrong.

Khusus di Jawa, rahsi penyebaran Islam secara meluas melalui gerakan dakwah terbukti jelas pada tokoh-tokoh yang terkenal dengan gelaran Wali Songo. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap metode dakwah toleransi dan kompromi sebahagian tokoh-tokoh ini dengan budaya tempatan, namun kejayaan besar mereka mengislamkan seluruh pulau Jawa dan pulau-pulau sekitarnya tidak dapat dinafikan sama sekali.

Kegemilangan Kerajaan Islam Alam Melayu Perlak dan Demak ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM38.00

Kerajaan Perlak berdiri sekitar tahun 840-1292 Masehi. Kesultanan ini muncul pada abad ke-9 dan bertahan hingga akhir abad ke-13. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan eksistensi Kesultanan Perlak sebagai Kerajaan Islam pertama. Di antaranya adalah naskhah idhar al-Haq karya Abu Ishak Makarani, naskhah Tadzkirah Thabat Jumu Sulthan As-Salathin karya Syaikh Syamsul Bahri Abdullah Al-Asyi, dan naskhah Salasilah Raja-Raja Perlak dan Pasal karya Sayyid Abdullah ibn Sayyid Habib Saifuddin. Kemasukan Islam ke Nusantara sejak abad ketujuh Masehi akhirnya membuahkan hasil apabila daulah Islam yang pertama dapat didirikan di Perlak, utara Sumatera (dalam wilayah Aceh sekarang). 

Kerajaan Islam Perlak yang terletak di pantai timur Aceh, menghadapa Selat Melaka muncul ketika Empayar Sriwijaya yang berpusat di Palembang dan beragama Buddha menjadi kerajaan terbesar di Nusantara. Kerajaan Demak pula adalah kerajaan Islam pertama dan terbesar di pantai utara Jawa (Pasisir). Berdiri pada tahun 1478 Masehi, didasarkan atas jatuhnya kerajaan Majapahit yang diberi tanda Candra Sengkala : Sirna hilang Kertaning Bumi, yang bermakna tahun saka 1400 atau 1478 Masehi. 

Menurut tradisi Jawa, Demak sebelumnya merupakan kadipaten dari kerajaan Majapahit, kemudian munculnya sebagai kekuatan baru mewarisi legitimasi dari kebesaran Majapahit. Kerajaan ini tercatat menjadi pelopor penyebaran agama Islam di pulau Jawa dan Indonesia pada umumnya. Walau tidak berumur panjang dan segera mengalami kemunduran kerana terjadi perebutan kekuasaan di antara kerabat kerajaan. Pada tahun 1568, kekuasaan Demak beralih kepada Kerajaan Pajang yang didirikan oleh Jaka Tingkir, Salah satu peninggalan bersejarah Kerajaan Demak ialah Masjid Agung Demak, yang menurut tradisi didirikan oleh Walisongo.

 

Monday, April 11, 2022

Befriending The Quran ~ Ayiesha Syakira

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

In life, we always have that one friend whom we turn to in times of happy and sad, good or bad.
As Muslims, can that ‘friend’ be our Quran?
Can the Quran be the one that you turn to when you need to be uplifted, comforted and are in need of answers?

***
In this book, author Ayesha Syahira shares the journey she took when she decided to make the Quran the companion she loves and trusts.

Building a relationship with the Quran cannot happen in one day.
It will take years.
It will require patience, and persistence.

Each of us will have our own personal journey of connecting with the Quran and nurturing love towards the Quran. The steps and stories might vary from one person to another but the goal is the same —to always be close to your Quran.

Table of content
Quran and You
First Encounter With the Quran
Falling in Love With the Quran

Relationship with the Quran
How to Befriend the Quran
How to Treat Your Quran: The Adab

Time To Heal ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Hassan sat down next to his mom and dad as he stared vacantly at the grave. He felt numb. His other siblings were behind him, sobbing quietly. The imam began his sermon. Hassan’s mind started drifting off. He wondered if the body inside the grave will be okay. Will he be lonely? Will he be afraid? He wondered if the body can still hear them.

Hassan’s own tears rolled down his cheeks. He felt a lump in his throat. The tragedy has shreds the heart to pieces. Hassan never knew pain like he was experiencing at the moment. He took a deep breath to calm himself. As much as he wanted to scream and wail, he didn’t. He couldn’t.

He needed to be strong; for others.

Hassan learnt about death at a young age. It was death that made him decide to be in the medical field.

Will he be able to make peace with death or will he continue carrying the guilt of being alive.

Jadilah Rajin Bekerja, Rajin Bercakap


Jadilah manusia yang berguna kepada agama, bangsa, negara & keluarga. Jadilah hambaNya yang rajin & buat baik kerana Allah.

Belajar Perkara Baru, Bagus Untuk Minda


Nak emosi rasa gembira, tenang, seronok, tak stress, buat perkara yang kita suka & sesuatu yang baru.It will make us appreciate every tiny little things & learn something new 🍃🍂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...