Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, April 4, 2017

Mageddo: Petaka Ahzab ~ Web Sutera

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Buku PURIS ini, MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERAmerupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON.

Novel ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa. Perang dan petaka masa hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia. Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini.

Manusia dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di persada dari bumi anbiya, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama jihad atau mati syahid. Petaka yang tiada belas kasihan ini terhampar dari Palestin dan Al-Quds sehingga ke Nusantara, termasuk juga petaka Yakjuj dan Makjuj ke dunia ghaib.

Mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel. Tewaskah gerombolan syaitan dan tentera hibrid yang diketuai oleh Zionet? Berjayakah anak muda Mujahid Islam menggenggam kemenangan apabila perjuangan mereka dipandu oleh ulama sedunia?

Duo Ejen ~ Syarq Nasri, Da'i Azrin

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Jadilah seorang Mukmin yang kuat luar dan dalam, supaya segala urusan dapat dilaksanakan dengan mudah dan tersusun. Usia muda semestinya punyai kekuatan fizikal yang lebih, jadi gunakanlah ia untuk menyumbang ke jalan kebenaran.

DUO EJEN ini cuba membantu para pembaca di luar sana agar berada di landasan dakwah dan menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. EJEN yang dimaksudkan itu bukanlah ejen kepada mana-mana syarikat, sebaliknya menjadi ejen kepada-Nya untuk melaksanakan amanah sebagai pemimpin Islam di atas muka bumi ini. Tugas itu bukan tugas mereka berdua sahaja, tetapi tugas dakwah itu untuk semua selaku hamba-Nya.

Buku ini mengandungi dua bahagian yang istimewa, yang mana pada bahagian pertama, mereka membawa pembaca untuk menelusuri kisah bagaimana permulaan berdakwah dan saat terdetiknya rasa untuk masuk ke dunia dakwah ini. Manakala di bahagian yang kedua pula, mereka muatkan dengan semangat, inspirasi, panduan, kisah teladan untuk pembaca semua berjinak dalam dunia dakwah.

We're Not Naughy: Geng Mengaji 2 ~ Diq Danial

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Semasa membersihkan kelas, Amir menjumpai beberapa butir telur di dalam laci meja. Suasana kelas menjadi gamat hanya kerana kehadiran telur itu. Rentetan peristiwa itu, Ustazah Hasanah telah menceritakan kisah burung merpati yang pernah menunggu di depan pintu Gua Tsur semasa hijrah Rasulullah SAW.

Namun, Ustazah Hasanah sengaja membiarkan beberapa persoalan berkenaan burung tersebut berlegar di fikiran murid-muridnya.
Amir telah dilantik menjadi ketua dalam misi mengharumkan nama sekolah di Festival Burung Sandakan. Dia menerima kritikan tajam di atas perlantikan itu kerana sikapnya yang nakal.
· Apakah persoalan yang ditimbulkan Ustazah Hasanah itu?
· Apa rahsia burung merpati dan labah-labah yang berada di pintu gua?
· Apa pula kaitan pacat dan manusia?
· Mampukah Amir dan rakan-rakannya mengharumkan nama sekolah?

Ikuti bagaimana semua ini dirungkai di dalam We’re Not Naughty: Geng Mengaji 2

Mari Menjadi Hamba ~ Hilal Asyraf

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari yang betul-betul.

Buku PURIS Mari Menjadi Hamba oleh Hilal Asyraf ini telah diberi nafas baharu serta garapan mesej yang lebih terkini terdiri daripada pengumpulan artikel-artikel yang membawa kita terus pulang kepada Allah, tanpa melupakan praktisnya dalam kehidupan.

Mari Menjadi Hamba hendak membawa kita semua pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Seterusnya mengajak kepada disiplin hidup yang mapan dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Mari Menjadi Hamba kali ini diharap dapat memberikan anjakan dan gesaan agar kita melihat persoalan-persoalan itu dari satu sisi yang baharu. Bagi HILAL ASYRAF, dia menulis kerana mahu menyampaikan, sebagai peringatan buat diri sendiri sambil mahu mengajak orang lain agar sama-sama kembali menjadi hamba Ilahi. Menyumbangkan apa yang ada pada dirinya itu untuk pembangunan umat. Sesungguhnya umat yang mantap itu, dibina oleh isinya yang mantap juga.

Sunday, April 2, 2017

Dictionary For Backpackers And Business Travellers ~ Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Bagi anda yang sukakan melancong ke luar negara atau mempunyai perniagaan di sana, pastikan buku Dictionary For Backpackers And Business Travellers sudah anda miliki. Semestinya buku ini di susun bagi memudahkan komunikasi anda bersama masyarakat tempatan dan jabatan kerajaan di tempat asing. Contoh perbualan asas dan dokumen yang dilampirkan begitu membantu sesiapa sahaja yang selalu memikirkan kesukaran berkominukasi bersama mereka. Apabila perkara ini dikuasi, tiada lagi kerunsingan ketika berada di sana bahkan perjalanan anda menjadi lebih menyeronokkan!

Imam Mahdi Tidak Wujud? ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

KEDATANGAN IMAM MAHDI SUATU REKAAN? BIAR BETUL!

Kebanyakan kita pernah mendengar nama Imam Mahdi yang dikaitkan dengan tanda-tanda berlakunya peristiwa Kiamat. Kewujudannya diletakkan sebaris dengan kemunculan Dajjal dan turunnya Nabi Isa a.s. kelak. Namun, adakah kita ketahui bahawa ada ilmuwan Islam yang menolak kehadirannya pada akhir zaman?

Antara mereka ada yang mendakwa bahawa perawi hadith-hadith berkenaan Imam Mahdi tidak siqah (tidak terpercaya). Turut terdapat banyak kekeliruan dan pertentangan dalam riwayat-riwayat yang dikaitkan dengan kemunculannya.

Maka, naskhah ini akan membongkarkan jawapan atas segala persoalan tersebut agar kita dapat memahami perbahasan dan perselisihan mengenai kedatangan Imam Mahdi.

KANDUNGAN MENARIK
 Mempelajari Asas Ilmu Hadith
 Mengenali Tanda-tanda Hari Kiamat
 Sejarah Nabi Isa A.S. Dan Dajjal
 Hujah Menolak Kewujudan Imam Mahdi
 Hujah Balas Menerima Kedatangan Imam Mahdi

Kaedah Resam Uthmani Dalam Al-Quran ~ Ustaz Mahadi Dahlan, Ustaz Hj. Azahari Othman

(SEM & S/S) RM6.00 > RM5.30

Buku ini sebagai panduan asas untuk setiap individu Muslim mengetahui dan mempraktikkan pembacaan Al-Qur'an secara yang betul (iaitu menurut tajwid Al-Qur'an). Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaskud:
"...bacalah Al-Qur'an itu dengan tertibnya."
AI-Muzzamil:4

Oleh kerana is dituntut maka setiap individu sudah sewajarnya belajar dan mengetahui bagaimana kitab Al-Qur'an itu dibaca, dihafal dan dilagukan.
Di dalam buku ini hanya ditunjukkan cara sebutan dan hukum pembacaan Al-Qur'an setelah kita mahir dan dapat mengenalnya maka adalah lebih baik dibacakan dengan berlagu dan berusaha untuk menghafalnya. Kerana Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Yang paling mulia di antara umatku adalah mereka yang membaca Al-Qur'an."
H.R, Tirmidzi

Oleh itu untuk kita memulai pembacaan Al-Qur'an maka mengenal dan memahami kaedah-kaedah membacanya amatlah penting. Maka buku ini amatlah sesuai dengan tujuan itu, di samping buku ini ringkas dan mudah difahami. Insya Allah.

Nota Ajal Seorang Mukmin ~ Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian”.
Benar, sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Walau sehebat mana kehidupan dan pangkat kita di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya.

Tetapi bagaimana keadaan kita mati? Adakah mati kita itu dalam keadaan yang indah atau penuh dengan kekeliruan? Bagaimana kehidupan kita selepas kematian? Dan mengapa Rasulullah SAW menangis di akhirat kelak?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam buku "Nota Ajal Seorang Mukmin." Buku ini membicarakan mengenai hakikat kematian, kehidupan kita selepas kematian, keadaan roh, sifat malaikat maut, serta keadaan-keadaan di dalam kubur, fitnah kubur dan seksaannya.

Semua isu yang terkandung di dalam buku ini disampaikan dengan menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami. Paling penting ia bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih.

Mukjizat Surah Al-Kahfi ~ Muhammad Mokhtar

(SEM & S/S) RM9.90 > RM7.70

Adakah mengelakkan fitnah dajal itu penting?

Sudah pasti, ya.

Fitnah dajal itu adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik.

Namun, Tuhan itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah Al-Kahfi.

Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

Rahsia Ashabul Kahfi
Rahsia Zulkarnain
Rahsia pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir
Rahsia teguran Allah kepada Nabi Muhammad
Ternyata, ini adalah surah pendinding dajal. Ini adalah mesej daripada Tuhan kita.

Menu Campak-campak: Ayam ~ Chef Fendi

(SEM & S/S) RM6.50 > RM5.70

Siri Menu Campak-Campak menerbitkan Resipi Ayam untuk buku pertama dalam siri ini. Resipi-resipi di dalam buku ini menunjukkan 30 resipi ayam yang menggunakan bahan-bahan yang mudah dengan kos yang murah dan cara memasak yang singkat. 30 menu bajet yang sesuai untuk dimasak dan dimakan oleh pelbagai peringkat usia 'wajib' dicuba dan dirasa. Buku ini lengkap dengan gambar langkah demi langkah, serta info yang berguna untuk setiap jenis resipi. Gabungan masakan kampung, barat, dan fusion yang pasti tidak menghampakan semua.

Antara Kandungan:
1)Ayam Tiga Rasa
2)Ayam Bakar Barat
3)Ayam Masak Lengkuas
4)Ayam Goreng Berempah
5)Ayam Kicap Bujang
6)Ayam Masak Halia
7)Ayam Percik Ibu
8)Ayam Bakar Kicap
9)Ayam Goreng Rangup
10)Ayam Masak Merah Bujang
11)Ayam Bujang Senang
12)Ayam Black Pepper Kampung
13)Ayam Butter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...