Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, January 31, 2020

365 Tip Didik Anak Remaja Gaya Rasulullah ~ Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Seronok sangat apabila dapat geng dalam kalangan remaja.

Anak-anak kita apabila sudah menginjak ke usia remaja memang boleh diharap sangat kerana idea mereka sentiasa segar, berani mencuba, dan mereka menjadi harapan umat. Tetapi apabila tidak kena cara, boleh demam kita menguruskan anak remaja kita yang degil, bertindak sesuka hati, pentingkan kawan, dan selalu melawan!

Buku kompilasi 365 Tip Didik Anak Remaja Gaya Rasulullah
adalah hasil daripada pengalaman yang diadun dengan matlamat keremajaan dan disokong oleh dalil-dalil yang berkaitan.

Terdapat lapan bahagian dalam buku ini iaitu:
1)Mengenali Fitrah Remaja
2)Membentuk Keperibadian Anak-Anak
3)Pengurusan Akil Baligh dan Batasan Aurat
4)Komunikasi Berkesan antara Anak Remaja dan Ibu Bapa
5)Melakar Kecemerlangan Masa Hadapan
6)Mengurus Cinta Remaja
7)Membentuk Emosi Remaja
8)Bonus! 60 Tip Mengurus Penyakit Remaja

Tafsir Surah Al-A'raf dan Juzuk 8 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah Al-A’raf dan Juzuk 8 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Antara kandungan:
Surah al -An‘am (BINATANG TERNAK)
Pendirian yang Tegas
Peraturan Penyembelihan
Yang Mati Hidup Kembali
Halangan dari Penguasa
Kekalkah Neraka Itu?
Tingkatan-Tingkatan Amal
Pandir
Perbincangan Ulama Tentang Makanan
Makanan yang Haram Bagi Yahudi
Pedoman Hidup
Keluarga Berencana
Beberapa Pengalaman Akibat Pil Anti Hamil
Hukum Sepuluh
Memecah Belah Agama Pada Zaman Moden
Pendirian yang Tegas

Tafsir Surah Al-An'Am dan Juzuk 7 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah Al-An’am dan Juzuk 7 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Antara kandungan:
Surah al-Ma’idah (HIDANGAN)
Orang yang Kafir
Bersumpah
Haram Minuman Keras dan Judi
Setelah Undang-Undang Larangan Minuman Keras itu Ditanfizkan
Pokok Berfikir
Peraturan Berburu dan Ihram
Kemuliaan Ka’bah
Madinah pun Kota Suci

Surah al -An‘am (BINATANG TERNAK)
Dari Zat Apakah Malaikat Itu?
Mimpi
Sudahkah Sampai Seruan itu?
Satu Sikap yang Tegas
Orang-Orang yang Zalim

400 Adab Pengantin Kekal Bahagia: Misi Masuk Syurga ~ Najwa Mad Zelan, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

400 adab Pengantin Kekal Bahagia merungkai tips dan beberapa doa pilihan yang sesuai dijadikan amalan serta panduan untuk memelihara diri dan membina keluarga bahagia agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

Antara Kandungan:
MISI 1. Perkahwinan adalah Destinasi Cinta ke Jannah
MISI 2. Meminang, Episod Meniti Cinta
MISI 3. Biar Sederhana Asalkan Tidak Merana
MISI 4. Biar Bercinta kerana Allah
MISI 5. Taat Bukannya Memuja
MISI 6. Dia Juga Manusia Biasa
MISI 7. Laksanakan Tanggungjawab
MISI 8. Bertenang Dahulu
MISI 9. Ibuku, Ibumu Juga

Barang perlu ada ketika membaca


KHAS UNTUK PENCINTA BUKU.

MESTI ANDA PERLUKANNYA TANPA SEDAR BILA HENDAK MEMBACA BUKU.

IA TABIAT SEMULAJADI SEMUA ULAT BUKU, BOOKWORM, BOOK ADDICT ATAU KAKI NOVEL.

Thursday, January 30, 2020

40 Hadis Kelebihan Zikrullah ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Buku ini menghimpunkan 40 hadis yang menceritakan kelebihan, pahala dan ganjaran zikir.
Zikir adalah ibadah yang mudah dilakukan namun memiliki ganjaran yang besar baik zikir khusus yang terikat dengan masa seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda, atau zikir-zikir umum yang bebas dilakukan pada bila-bila masa.

Kelebihan dan manfaat zikirullah akan sangat terasa di alam barzakh dan hari kiamat. Namun, sebenarnya semasa kita masih hidup juga zikrullah memberi manfaat tanpa kita sedari. Begitulah yang diajarkan Rasulullah melalui hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini.

Ada Dia Di Hatiku ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Mereka tak mengerti bahawa untuk bangkit tak semudah melangkah.
Mereka tak fahami bahawa proses untuk bangun perlukan masa.
Bunga yang mekar juga perlukan sedikit waktu untuk tumbuh dan hidup.
Begitulah hati. Perlukan masa untuk ia kembali utuh.
Justeru, tatkala tiada lagi ruang kebahagiaan yang tinggal, pilihlah pengaduan kepada Tuhan bagi menyingkirkan sisa kesedihan.
Tatkala hilang dan lenyap rasa ketenangan, tunduklah dan sujud kepada Dia Yang Maha Mendengar. 

Hidup umpama roda. Kehidupan kita acapkali berputar. Yang lena tidak selamanya di pentas bahagia. Yang bersedih tidak selamanya di pentas air mata. Akan tiba waktu di mana posisi langkahmu akan bertukar.

Jadi, belajarlah untuk menerima dan mengikhlaskan tanpa mempersoalkan mengapa ‘luka’ itu terjadi. Belajarlah untuk patuh dan akur pada setiap inci rencana yang telah tertulis.

Tulisan ini insya-Allah mampu menemukanmu dengan cahaya kedamaian dan mampu memeluk hatimu dengan sebuah pujukan. Kehidupanmu barangkali tidak seindah bulan, tapi percayalah kamu tetap indah dan bersinar.

Jadi, senyumlah! Jalani hidup ini apa adanya.

Susun & Hias Buku Cara Profesional

Selamat Sejahtera Semua...

Rasanya, kita semua yang suka membaca dan ulat buku, pasti mempunyai rak buku sendiri atau nak lagi best, bilik bacaan sendiri. Dan pastinya, anda ada pelbagai cara penyusunan buku-buku peribadi.

Di sini, kami senaraikan beberapa tip cara menyusun & menghias rak buku berdasarkan pendapat profesional & ulat buku dalam & luar negara. Anda boleh gunakan beberapa tips yang diberi. Moga almari buku anda ceria, bersih & kemas. Sedap mata memandang.


1. Asingkan buku yang berkulit keras (hard cover) dengan yang berkulit nipis (soft cover). Ia akan lebih mudah dicapai dan kelihatan cantik di rak.

Koleksi Hard Cover

2. Susun buku mengikut kategori atau penulis. Pasti anda ada penulis feveret seperti JK Rowling, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Debbie Macomber, Pahrol Mohd Juoi, HAMKA atau lain-lain. Susun ikut koleksi penulisan mereka. Senang ketika mencari. Jika anda suka memasak, bertukang, kemas rumah, seni ataupun sastera, boleh kumpulkan koleksi tajuk tertentu dalam satu kumpulan.

Koleksi buku masakan


Thursday, January 23, 2020

Andai Kau Kenal Tuhanmu ~ Angah Sunan

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

“Susahnya hidup ini, besarnya ujian ini, aku tak mampu, aku lemah, aku penat…”

Selama kita berada di dunia ini, jangan hairan dan mengeluh akan terjadinya sesuatu yang menyulitkan kerana itu sudah sifatnya dunia. Bersifat sementara, sakitnya cuma sementara, namun bahagianya juga sementara. Dunia hanyalah sebuah filem berskripkan dugaan. Kita pula sebagai pelakonnya dan akhirat sebagai pentas anugerah. Di sana kita dinilai, di sana kita dihitung. Apakah semuanya baik-baik sahaja? Sudah cukupkah amalan di bahu kanan? Atau bahu kiri lebih mendahului?

Semuanya bergantung pada amalan kita di dunia…

Warung Western Tepi Kampung ~ Rafiuddin Rabu

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Dengar aku nak pesan ni! Nak menang dalam hidup bukan setakat kau ada duit berkoyan-koyan, harta bertimbun-timbun dan emas berkepuk-kepuk. Tapi definisi menang yang sebenar adalah apabila kau sentiasa berasa cukup dengan apa yang kau ada, hati sentiasa tenang tanpa gundah gulana dan hidup selalu bahagia seceria mentari pagi, cewahhh.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...