Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, September 30, 2016

Al-Quran Sebagai Petunjuk ~ Prof. Dato' Dr. Sidek Baba

Naskhah ‘AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK’ merupakan sebuah buku yang menjadikan kitab umat Islam ini sebagai sumber ilmu. Ilmu dalam pelbagai dimensi yang menepati maksud Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup.

Islam tidak hanya sebagai suatu Sistem Kepercayaan tetapi manifestasi daripadanya terlihat dalam watak dan amalan.

Al-Quran tidak sifatnya harfiah tetapi sifatnya merujuk kepada sumber rahmah dan nikmah yang dicipta oleh ALLAH dan hikmahnya amat bermakna kepada manusia. Jiwa tadabbur yang diungkapkan oleh Al-Quran member pedoman kepada manusia untuk membangun tradisi ilmu dan tamadun yang diredhai-Nya.

Justeru kandungan buku ini mengupas banyak aspek yang berkaitan dengan al- Quran supaya pembicaraan terhadap subjek berlandaskan fikrah Qurani yang menyantun faktor aqliah dan naqliah dan sifatnya sepadu serta seimbang.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Surah Yasin: Tahlil, Doa-doa Pilihan & Kaifiat Solat Jenazah ~ Telaga Biru

Naskah Surah Yasin ini dipersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan umat Islam mengamalkannya.

Terdapat doa-doa pilihan dan kaifiat solat jenazah untuk diamalkan.

Keluaran esklusif dengan adunan warna-warna dan reka bentuk yang menarik.

Reka bentuk saiz yang kecil mudah dibawa ke mana sahaja.

Sangat sesuai dihadiahkan buat permata hati, suami isteri, ibu ayah serta sahabat handai.
*****
(SEM & S/S) RM1.80 > RM1.60

Siput Yang Mengubah Sejarah ~ Syed Azharul Asriq

“Di sebalik helaian dan perenggan buku ini, saya dapat merasakan seolah-olah penyusunan semula ide-ide yang sering saya kongsikan bersama beliau lewat bicara santai kami di kafe Human Sciences dan juga siri ceramah saya di Youtube. Istimewanya, Syed dapat mengolahkannya dalam bentuk yang lebih menarik dengan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu yang beliau miliki.”
Dr. Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“ Penulis buku ini berjaya menjadikan sejarah sebagai subjek yang menarik perhatian hasil daripada penulisannya yang santai kritis.”
Ustaz Abdullah Bukhari, penulis buku Ceritera Haji Wartawan Al-Quran.

“Membaca buku ini seperti membaca pemikiran-pemikiran yang mengubah umat manusia, termasuklah kita.”
Saudara Hafizul Faiz, penulis novel Surat-surat Dari Maninjau.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Setengah Syukur Setengah Sabar ~ Abdillah F. Hasan

Allah s.w.t benar-benar Maha Adil. Jika hanya orang kaya yang mampu mengumpul sebanyak-banyak pahala sebagai bekalan menuju syurga-Nya dan banyak bersedekah, tentulah akan merana mereka yang miskin. Ini kerana mereka tidak punya harta untuk bersedekah, sehingga tidak mampu mengumpul sebanyak-banyak pahala sebagai bekalan menuju syurga-Nya.

Tetapi adalah tidak adil juga jika disebabkan kepapaan itu lalu orang miskin itu dipermudahkan begitu sahaja jalannya menuju syurga-Nya. Mereka tetap akan diuji oleh Allah dalam hal kesyukurannya. Maka sabar dan syukur adalah jambatan ujian yang akan memutuskan adakah si kaya atau si miskin patut masuk ke syurga-Nya atau tidak.Yang kaya dan yang miskin mempunyai peluang yang sama untuk terbang ke syurga-Nya dengan sayap kesabaran atau sayap kesyukuran.

Buku ini mempersembahkan hikmah-hikmah kearifan kehidupan Islam dengan untaian kisah-kisah yang unik, segar dan kreatif. Sebuah bacaan yang ringan dan mudah, menyelitkan hikmah-hikmah yang penuh inspirasi dan menyentuh jiwa.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Menyemaik Keyakinan Diri Untuk Berjaya ~ Abdul Aziz Ismail

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

30 Tip Penenang Hati ~ Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Ketenangan dan kebahagiaan adalah impian setiap insan. Pelbagai cara dan petua untuk mencapainya. Ada juga tersilap pilih cara, bukan tenang dan bahagia yang bertandang tetapi mimpi ngeri yang menghantui diri. Amat malang sekali jika cara yang salah ini memudaratkan diri sendiri atau orang lain.

Al-Quran diturunkan bukan hanya sebagai rujukan agama sahaja. adalah mukjizat yang paling besar dan khazanah yang paling berharga untuk seluruh umat Islam. Di dalamnya tersimpan amat banyak rahsia dan petua untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Nabi Muhammad telah menunjukkannya dalam kehidupan seharian beliau.
Berlandaskan Al-Quran buku ini disusun dan diolah memudahkan kita mengetahui tip-tip bagaimana memimpin hati kita agar kita dapat mencapai ketenangan dan kebahagiaan.
*****
(SEM & S/S) RM7.00 > RM6.20

Permata Yang Bernilai Dalam Membicarakan Ilmu Akidah ~ Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa

Kitab ini membicarakan ilmu Tauhid iaitu ilmu Usuliddin atas mazhab Imam Asy’ari yang terhimpun padanya beberapa banyak akidah dan beberapa banyak masalah karangan Ahmad Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al-Fathani. Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok dan ia merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi. Bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Walaupun kitab ini kecil dan ringkas tetapi isinya amat padat dan bermanfaat bagi pencinta ilmu.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ilmuan Islam nusantara dapat kita terns manfaatkan untuk kecemerlangan umat Islam khususnya di Malaysia ini.
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Tuesday, September 27, 2016

Kelahiran Teragung: Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

Buku ini bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.

Terbahagi kepada dua bab. Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad. Manakala bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur.

Disokong foto-foto eksklusif yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi SAW.

“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.”
*****
(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Wednesday, September 21, 2016

Untuk Kamu Berfikir ~ Dr. Idham Jaafar

Karya ini akan mengubah cara berfikir dan melihat setiap keagungan ciptaan Allah SWT sebagai anugerah yang tinggi nilainya. Secara tidak langsung ia membenarkan apa yang telah terkandung dalam al-Quran sejak ribuan tahun terdahulu. Manakah lagi kitab yang lebih benar daripada al-Quran? 

Bahkan dijamin akan terpelihara sehingga hari Kiamat. Ambillah sebanyak mungkin manfaat darinya. Ia sarat dengan input-input luar biasa yang semestinya perlu dikongsi bersama dalam menguatkan lagi keyakinan kita terhadap kebenaran kitab-Nya.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Friday, September 16, 2016

Q&A Muamalat ~ Dr. Asmadi Mohamed Naim

Buku ini menjelaskan pelbagai isu kewangan dan muamalat yang sering menjadi isu dalam masyarakat Muslim hari ini. Setiap persoalan dihuraikan dengan definisi, diperjelaskan dengan contoh dan dikukuhkan dengan dalil serta fakta yang sahih oleh penulis yang berpengalaman luas dalam muamalat dan kewangan Islam. Antara isu yang diberi pencerahan:

* Berniaga melalui internet
* Jual beli rumah melalui bank
* Riba tambahan bayaran
* Awas pelaburan emas
* Hukum-hakam ‘main’ saham
* Hukum ‘main kutu’
* Komisyen orang tengah
* Menang cabutan bertuah
* Kenaikan harga barang
* Kena bayar cukai, GST pula!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...