Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, April 25, 2013

Kibaran Panji-panji Al-Fateh ~ Web Sutera

Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Konstantinople sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.

Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.

Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.

*****

(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Menjernih Hidup Beragama ~ Mohd Al Adib Samuri

Menjernih Hidup Beragama ialah ajakan, nasihat, teguran dan penerangan yang jelas kepada masyarakat Islam khususnya dalam menjernihkan lagi beberapa aspek dalam kehidupan beragama seperti ibadah, akidah dan akhlak. Sarat dengan tarbiah serta ilmu. Ia mengajak pembaca berfikir dan berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik agar mendapat redha Allah SWT.

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Tuhan Lebih Saintifik ~ Dr. Farhan Hadi

Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Mudahnya Dapat A ~ Che Amran 'Raihan', Isyah Radhiah Idris

Buntu saat peperiksaan semakin hampir? Perasaan takut, cemas dan risau sentiasa membelenggu diri. Tidak tahu untuk menyelesaikannya? Mudahnya Dapat 'A' padat dengan tip yang berkesan dan mudah bagi membantu pembaca khususnya para pelajar untuk benar-benar bersedia dari segi mental , fizikal, emosi dan rohani, dalam menghadapi peperiksaan. Semoga hasilnya bukan sahaja cemerlang di atas kertas tetapi juga mendapat keberkatan ilmu sebagai bekal kehidupan.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Formula Evergreen Untuk Bahagia ~ Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin

Kita miliki harta yang lebih daripada cukup kuasa, pangkat dan nama yang hebat, namun hidup kita masih tidak tenang dan puas! Mengapa? Di manakah silapnya dan bagaimanakah mahu memulihkannya?

Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar cawangan Zaqziq, Mesir. Banyak berguru ketika dalam pengajian; antaranya dengan Sheikh as-Syarif Yusuf bin Muhyiddin al-Bakhour al-Hasani, Syeikh Dr Ali Jumu'ah dan Dr Sayyid Muhammad Mahmud Abu Hasyim. Telah menulis beberapa buah buku termasuk Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Erti Hidup Pada Memberi ~ Hasrizal Abdul Jamil

Erti Hidup Pada Memberi..himpunan ungkapan inspirasi terpilih daripada buku Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya. Menghubungkan serangkaian cinta yang sebenar-benar CINTA iaitu cinta kepada Ilahi.

"Sebuah perkahwinan bermula dengan ikatan janji setia yang terbina di atas beberapa teras. Antara yang utamanya adalah soal KEPERCAYAAN."

Untaian kata-kata pengubat jiwa. Bait-bait yang dituis memberi seribu pengertian tentang kehidupan. Elemen nasihat dalam kata-kata indah memberi ingatan berlapis tanda luhur budi dalam berbicara. Sarat dengan ingatan cinta suami dan isteri serta cinta Allah dan Rasul. Semua digarap dalam rangkap kata menggamit kalbu.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Seraut Kata Selaut Rasa ~ Pahrol Mohamad Juoi

Untaian kata-kata ada kalanya sangat mengugah jiwa. Jika tepat masa dan maknanya, ia adalah penawar yang sangat mujarab untuk hati yang lelah. Hati yang mengamuk terpujuk menjadi sejuk. Seraut Kata Selaut Rasa...satu tulisan kecil daripada penulis yang bercita-cita besar untuk membawa diri sendiri dan masyarakat agar lebih hampir kepada Allah - sumber segala ketenangan kebahagiaan dan kejayaan.

Pahrol Mohamad Juoi seorang penulis, kolumnis majalah, editor, pencipta lirik, penulis skrip, personaliti TV serta pengendali latihan dan motivasi. Berpengalaman sebagai wartwan, editor dan ketua editor beberapa majalah bercorak Islam. Kini menerajui Fitrah Perkasa Sdn Bhd di samping terlibat merangka modul latihan dan motivasi untuk lebih 150 badan kerajaan dan swasta.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Diari Seorang Amil: Zakat Mengubah Diri ~ Hamizul Abdul Hamid

AMIL, bukan calang-calang jawatan. Sebuah jawatan yang diberikan Allah SWT kepada golongan tertentu, yang tidak diberikan kepada semua orang. Bayangkan, sesungguhnya jawatan ini tidak pernah terlintas sedikit pun pada fikiran penulis, namun akhirnya menjadi kenyataan. Beliau sentiasa siaga menggalas tugas sebagai amil dan tetap setia kepada-Nya hingga ajal menjemput.

Ustaz Hamizul Bin Abdul Hamid dilahirkan di Lenggong, Perak, pada 10 September 1974. Berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Malaya dalam sijil pengajian Syariah dan Diploma Pengajian Syariah. Eksekutif Komunikasi Korporat di Lembaga Zakat Selangor ini seringkali dijemput menjadi imam dan khatib di seluruh masjid sekitar Selangor, serta panel dan penceramah khusus berkaitan zakat kepada kakitangan agensi kerajaan dan swasta. Beliau turut aktif bergiat dalam dunia penulisan khususnya berkaitan zakat.

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Inspirasi Hudhud ~ Dr Shukri Abdullah

Inpirasi Hudhud 1 memaparkan 101 kisah motivasi yang ringkas, padat dan sarat dengan pengajaran. Setiap kisah yang dimuatkan mampu meninggalkan impak yang besar kepada pembaca. Buku ini merupakan santapan rohani yang amat sesuai dijadikan bacaan santai di rumah atau di mana sahaja. Ya, luangkan hanya LIMA MINIT untuk menghadam setiap satu kisah!

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Ikan Di Laut Asam Di Darat ~ Chef Adu Amran

IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT ialah sebuah catatan perjalanan kulinari Chef Adu Amran. Ia terbahagi kepada 6 segmen :-

1- Sajian Nasi
2- Sajian Lauk-Pauk
3-Hidangan Sup, Snek, Sampingan dan Pembuka Selera
4- Pemanis Mulut
5- Hidangan Minuman
6- Resepi Bonus : Kaldu

Keseluruhannya mengandungi 61 resepi kreatif Chef Adu Amran. Tip dan ilmu masakan turut diberikan.

Sentuhan seni Chef Adu Amran bukan sahaja pada resepi dan hasil masakannya yang 'first class', tetapi juga pada penulisannya. Terkenal dalam menghasilkan masakan 'fusion', Chef Adu Amran amat menghargai nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Justeru selain resepi penulis turut mengadunkan seni pantun dan peribahasa indah di dalam IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT.

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Sahaja Aku Mencintai-MU ~ Ajwab Amal

Sebuah karya yang sarat dengan cerita-cerita menarik bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Semua kisah dan pengajaran itu berkisar pada perjalanan hidup yang ditempuh oleh penulis. Semestinya ia akan menambah kecintaan kita kepada Allah, meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi insan yang baik dan menambah kerinduan kita untuk mengejar syurga-Nya!

"Kalau Ameer boleh buat kamehameha, Ameer hendak tembak tangki air itu!" Sambil tangannya menuding ke arah sebuah tangki air yang tinggi di sebelah stesen minyak.

Saya memandangnya dan hanya tersenyum. Kali ini saya tidak berminat untuk berkata apa-apa. Sekadar tercuit hati dengan telatah Ameer. Teringat pula pada zaman kanak-kanak saya dulu. Zaman bermain yang paling menyeronokkan! Ameer yang sedang bersemangat menembak kamehame hanya ke arah tangki air, tiba-tiba menunduk dan kelihatan bersedih.

Saya hairan melihat perubahan riak wajahnya.

"Betullah. Apabila kita ada kuasa, rasa asyik hendak buat jahat sahaja," katanya.

Saya tersentak. Saya memandang Ameer dengan perasaan terkejut. Bagaimana ayat itu boleh keluar dari mulutnya? Hairan! Tidak disangka kisah ini ada sambungannya. Yang lebih mengujakan, pengajaran ini saya dapat daripada seorang budak darjah dua!

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Jejak-jejak Rasulullah ~ Tariq Ramadan

Pengalaman sejarah Nabi Muhammad adalah satu cara istimewa untuk memahami prinsip keabadian yang dikongsi oleh lebih daripada satu bilion orang Islam di dunia. Buku ini memberi pengenalan hidup mengenai Islam. Diterjemahkan, daripada judul asalnya, In the footsteps of Prophet: Lessons of a Life of Muhammad. Buku tulisan Tariq Ramadan (cucu kepada al-Syahid Hassan al-Banna) ini membariskan 16 bab yang memaparkan mengenai personaliti Nabi Muhammad seorang lelaki yang menukar dunia dalam cahaya wahyu dan inspirasi yang diterima daripada Tuhannya, Pendidik (ar-Rabb). Baginda adalah contoh dan pembimbing untuk umat Islam yang beriman. Buku ini bukannya fakta sejarah secara terperinci apatah lagi pencapaian cemerlang atau mengenai peperangan terkenal.

Matlamat buku ini lebih memfokuskan pada penceritaan kisah kehidupan baginda dan memaparkan ajaran dakwah baginda. Dari detik kelahiran dan kematian baginda, kehidupan baginda dipenuhi dengan kejadian, situasi dan kenyataan yang membawa kepada kerohanian yang paling dalam. Pematuhan baginda kepada agama; berdialog dengan Allah; memerhatikan alam; keraguan dalam diri; ketenangan dalaman; petunjuk dan dugaan serta yang lain-lain adalah tema yang relevan dan mengingati pembaca pada asasnya tiada apa yang berubah. Biografi Nabi Muhammad ini membawa kepada persoalan utama dan persoalan kewujudan abadi. Dalam erti kata ini, hidup baginda adalah permulaan.

Buku ini sesuai juga untuk pembaca bukan Islam kerana ia mengajak pembaca mengenali Nabi Muhammad dan belajar mengenai personaliti baginda atau kejadian yang berlaku dalam hidup baginda. Sama ada seseorang itu (bukan Islam) percaya atau tidak, bukanlah mustahil untuk cuba menghayati usaha dan kewujudan Nabi Muhammad dan menawan semula degupan – kerohanian – yang diterapkan dalam misinya dengan maksud. Kehidupan Nabi Muhammad sebagai cermin, dan secara kontras, penceritaannya berselang-seli dengan kisah untuk renungan dan meditasi yang mudah untuk difahami. Ini adalah usaha untuk menyampaikan dakwah Islam dan ajaran universal.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM39.00 - RM34.30

'Straight' / Senget? ~ Ina Rahim

Fariq, pelajar Kursus Fotografi merasa dirinya seorang jejaka yang songsang akibat cemburu sahabat karibnya, Azril sudah mempunyai gadis pujaan hati. Jiwa lelakinya memberontak keras apabila menyaksikan kemesraan antara Azril dan Danisha. Namun kehadiran Erza tepat pada waktunya. Erza telah membantu Fariq pada kekeliruan yang bermain dalam diri Fariq. Erza telah membantu Fariq mengungkai kekeliruan Fariq yang tidak dapat membezakan cinta terhadap kekasih dan kasih sayang terhadap seorang sahabat. Kehadiran Erza dalam hidup Fariq lama-kelamaan membuahkan rasa cinta dalam diri mereka. Namun mereka berdua menafikan perasaan itu.

Azril pula bakal dijodohkan dengan Zafira, anak kepada teman baik ayahnya sendiri, Encik Henry yang baru pulang dari Switzerland. Azril enggan menerima Zafira kerana dia sendiri sudah mempunyai teman wanita dan Zafira sendiri bukan seorang gadis yang berperangai sopan.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Helo Suami, Hai Isteri! ~ Q

Putri Shazlin tidak pernah bermimpi yang dia akan dinikahkan pada usia yang muda. Seawal umur 22 tahun dia sudah ‘dipaksa’ untuk berkahwin hanya kerana sikapnya yang terlalu manja. Pasangannya pula adalah seorang anak kepada sahabat ayahnya sendiri, Airil yang dikatakan dia seorang ‘otaku’. Hati mana yang rela jika diminta berkahwin segera? Kerana kedua-dua mereka tidak rela, mereka berdua berjumpa untuk berbincang secara baik bagi mencari penyelesaian. Lain yang dibincangkan, lain pula persetujuan yang dicapai, masing-masing bersetuju untuk memberi peluang untuk perkahwinan ini. Mungkin ini memang jodoh yang tertulis.

Setelah berkahwin pelbagai perkara terpaksa mereka tempuhi, Shazlin dengan rajuknya, Airil dengan sabarnya terpaksa beralah kepada ‘puteri’. Berkat kesabaran mereka, lama-kelamaan keserasian mula menjelma di hati, mereka lebih selesa dan intim walaupun hubungan mereka bak kawan baik sahaja.

Namun kemunculan dua insan yang mengaku kawan di sisi mereka mula membawa perubahan di dalam hubungan mereka. Kononnya hanya kawan biasa tetapi sebenarnya mereka memasang niat lain, sudah cukup kuatkah rumah tangga yang Airil dan Shazlin bina bagi melawan rintangan yang datang? Adalah cinta sahaja cukup untuk membahagiakan mereka? Bagaimana pula dengan kepercayaan?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Skandalous Ika: Cinta Berani Mati ~ Haswida Abu Bakar

Hati perempuan mana yang tak cair kalau ada lelaki muda, kacak, berpendidikan tinggi dan kaya raya mengucapkan cinta. Siap mahu melamar lagi. Boleh senaraikan hantaran-hantaran kahwin yang dia mahu. 'Unlimited' bajet!

Tapi... bagaimana kalau lelaki itu suami orang?

* * *

Seperti mengarah sesebuah drama TV atau filem, pada HASWIDA ABU BAKAR merangka dan mencipta sesebuah cerita untuk novel tanggungjawab yang sangat besar. Beliau gemar menonton filem khususnya filem 'propaganda dan politik' dan meminati bidang seni khususnya lukisan warna air.


*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Anthem ~ Hlovate

Silam:
Westernized.
Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India.

Selepas Silam:
Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga.
Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya.

Kini:
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak
untuk menjadi dirinya sendiri
tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.

*****

(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Si Mata Bundar ~ Amany

Hatinya pernah kehilangan insan kesayangan dalam hidupnya. Tanpa disedari, dia mengenali Si Mata Bundar.

“Awak okey?”
“Okey! Bak sini buku-buku tu.”
“Eh tak apa, saya bawakan.”
“Tak payah!”
“Awak nak bawak pergi kereta ke?”
“Taklah. Saya datang bawak lori. Nak ikut?”

Hidupnya berubah sesudah itu. Pertemuan kedua mereka membuat dia tertanya. Sinar mata itu sudah tiada!

“Cik?”
Diam. Tangannya masih lagi menekan-nekan alarm kereta.
“Cik?”
Tiba-tiba, lampu kereta itu menyala. Dia menarik nafas lega.
“Sebenarnya... ini kereta saya.”
“Hah?” Dia terkebil-kebil sebentar. Lambat sikit neuron otak ni nak mencerna kata-kata lelaki di depannya ini.
“Ini kereta saya.” Elok aje lelaki itu menuturkan tiga patah perkataan tersebut, mukanya terus memerah.
“Maaf, saya ingatkan kereta saya.”
Lelaki itu tersenyum. “Tak apa.”

Hidup bersama, tak semudah yang dijangka. Lebih-lebih lagi bukan kerana suka sama suka. Namun, masing-masing berusaha mencari ‘kimia’ antara mereka.

Kerana... jawapan itu sentiasa ada dalam ‘dua hati’

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Bukan Hanya Ada Kita ~ Nazurah Aishah

Hati ingin selalu bersama kerana dialah bahagia, tetapi dalam dunia ini... Bukan Hanya Ada Kita.

Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin, biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.

Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’.

Salahkah senyum ini pabila ada insan lain yang bersedih? Berdosakah bahagia ini apabila nanti ada insan lain yang menjeruk rasa?

Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.

Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Sandal Bunga-bunga ~ Faziela

I
Sep 2010
Tunggu saya. Itu yang dia suruh.
Dis 2010
Tunggu saya. Dia ulang lagi.
Feb 2011
Aku dah tak boleh tunggu lagi.

II
“Maafkan I.”
Dia diam.
“You tak nak cakap apa-apa ke?”
“Pergi.”
“Apa dia?”
“Tiada siaran ulangan.”
Masing-masing punya kenangan pahit sebelum mereka bertemu. Tapi, mereka cuba membuka lembaran baharu kehidupan dengan hidup bersama.

“Saya… bukan orang yang menarik. Saya ni kuat membebel, takut gelap, takut hujan, suka makan tapi tak pandai masak dan banyak lagi la benda yang tak okey fasal saya. Jadi, awak okey ke dengan tu semua?”
“Okey.” Zahran angguk.

Bermula dari situ, mereka mula mengenal setiap sisi masing-masing. Izza harus ke dunia Zahran yang tak pernah dia terfikir akan pergi.

“Sebelum kita terjun I nak you tahu yang I sayangkan semua orang dalam famili….” Izza terhenti seketika. “… dan I benci you!”

Namun, ada yang benci dengan kebahagiaan mereka. Mampukah mereka mengharungi gelombang dugaan hidup yang melanggar mereka?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Sunday, April 21, 2013

Anekdot Madinah ~ Muhd Kamil Ibrahim

Pukul 9.40 pagi, kenderaan membawa pesalah tiba. Kelihatan unit kesihatan memasuki kenderaan tersebut. Kemudian, anggota polis meletakkan beberapa keping kertas kotak di tengah-tengah kawasan. Masaya-Allah, hati saya sangat berdebar. Bagaimana dengan pesalah? Tentunya debaran beliau berganda lagi. Saya cuma menelah.

Dua hingga tiga minit sebelum jam 10, pesalah dibawa turun dan diletakkan di atas kertas kotak yang siap terhampar. Tangannya diikat ke belakang setelah beliau duduk dengan kedudukan duduk antara dua sujud. Dari kejauhan, saya dapat merasakan yang pesalah tersebut sangat tenang dan bersahaja. Ia dibaca melalui bahasa badan. Getaran hati beliau tiada siapa yang tahu. Allah... Allah... Allah, seseorang menghulurkan pedang yang disambut oleh petugas yang lain.

Szzzap! Kepala terpelanting ke sebelah kiri hadapan dengan darah memancut keluar. Allahu Akbar, kesannya menusuk nun jauh di hati.

***

Tampil dengan gaya bahasa yang mudah, namun pengisiannya amat mendalam.

Bertugas di Universiti Taibah sebagai Profesor Perakaunan, dan bermukim di bumi Madinah, Prof Kamil bijak mengadun latar Madinah dalam sisi hidupnya sebagai hamba Allah.

Seperti biasa, MKI menulis dari hati, maka setiap kisah yang dipaparkan pasti akan jatuh ke hati pembaca. Bumi Madinah sememangnya tidak asing bagi umat Islam, namun MKI memerikannya dari sudut yang berbeza dan wajar direnungi bersama!

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM47.00 - RM41.40

Sahaja Aku Mencintai-Mu ~ Ajwab Amal

Buku ini adalah sebuah karya yang sarat dengan cerita-cerita menarik bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Semua kisah dan pengajaran itu berkisar pada perjalanan hidup yang ditempuh oleh penulis. Semestinya ia akan menambah kecintaan kita kepada Allah, meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi insan yang baik dan menambah kerinduan kita untuk mengejar syurga-Nya!

"Kalau Ameer boleh buat kamehameha, Ameer hendak tembak tangki air itu!" Sambil tangannya menuding ke arah sebuah tangki air yang tinggi di sebelah stesen minyak.

Saya memandangnya dan hanya tersenyum. Kali ini saya tidak berminat untuk berkata apa-apa. Sekadar tercuit hati dengan telatah Ameer. Teringat pula pada zaman kanak-kanak saya dulu. Zaman bermain yang paling menyeronokkan! Ameer yang sedang bersemangat menembak kamehame hanya ke arah tangki air, tiba-tiba menunduk dan kelihatan bersedih.

Saya hairan melihat perubahan riak wajahnya.

"Betullah. Apabila kita ada kuasa, rasa asyik hendak buat jahat sahaja," katanya.

Saya tersentak. Saya memandang Ameer dengan perasaan terkejut. Bagaimana ayat itu boleh keluar dari mulutnya? Hairan! Tidak disangka kisah ini ada sambungannya. Yang lebih mengujakan, pengajaran ini saya dapat daripada seorang budak darjah dua!

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Relasi: Mencari Sahabat Sejati ~ Hilal Asyraf

Saifullah mencari-cari seseorang yang oleh digelar sahabat. Jalinan ukhuwah antara Saifullah dan senior yang amat rapat tiba-tiba terlerai. Insiden dengan 5 Paksi Kejahatan dan Senior memadamkan nama Senior sebagai sahabatnya. Konflik dalam memerangi anasir negatif 5 Paksi Kejahatan mencapai pada satu kemuncak yang tidak terjangga oleh akal.

Berjayakah Saifullah berhadapan dengan 5 Paksi Kejahatan tanpa Senior? Apakah hubungan Senior dengan Amiri, Abbas dan Atikah? Adakah dengan darah dapat menumbangkan 5 Paksi Kejahatan? dan siapakah sebenar-benarnya yang layak digelar 'sahabat'?

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Wednesday, April 17, 2013

Langit Ilahi (Edisi Istimewa) ~ Hilal Asyraf

Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia.

Kembara Hamba Mencari Cahaya ... menekankan persoalan dunia sebagai ladang akhirat dan menjawab persoalan bagaimana hendak bergerak membina kehidupan sebagai hamba.

Fanzuru: Maka Lihatlah ...satu perkongsian pengalaman, yang mengajak kepada disiplin hidup yang mapan, dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah, dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis bestseller Hilal Asyraf mengajak kita pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia.

*****

(SEM) RM65.00 - RM57.20
(S/S) RM67.00 - RM59.00

Aroma Antara Benua ~ Roza Roslan

Pada suatu ketika Heather mengunyah sesuatu dengan tertib sambil mengalirkan air mata. Kemudian beliau mencapai segelas air dan memintanya lagi. Kami bertanya apakah yang menyebabkan beliau begitu dan beliau menunjukkan bahannya.

"Puan makan cili kering rupa-rupanya. Maaf, saya terlupa menerangkan yang sesetengah bahan seperti cili kering, halia dan bawang besar di dalam ayam ini tidak perlu dimakan jika tidak suka. Lada ini semacam bom. Amat bahaya. Halia dan bawang besar ini memang enak sekali dimakan bersama ayam bergajus.

Allahu Akbar!

Kami memperlajari sesuatu tentang budi bahasa orang Inggeris. Mereka mahu menjaga air muka tuan rumah sehingga langsung tidak mencebik walaupun makanan yang disuap ke mulut tidak kena dengan selera mereka. Hatta kepedasan yang amat sangat mahu ditahannya.

***

Buku ini bukan hanya untuk wanita.Bacalah wahai kaum lelaki untuk menyelami rasa halus hati seorang wanita. Mungkin beliau orang yang paling hampir dalam hidup kita! – Prof. Dr. Saadiah Mohamad.

Buku ini bercerita tentang hati. Ia mempunyai makna mendalam. Menyediakan makanan untuk keluarga, tetamu atau sahabat handai bermula dari hati bersih. Ia bukan dengan kata semata-mata. Hati yang bersih menjadikan dapur sebagai ruang yang tidak bermasalah. – Prof. Dr. Abdul Khalil H. P. Shawkataly

Berasal dari Segamat, Johor, Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan merupakan bekas pensyarah di UiTM. Kini berhijrah ke Madinah al-Munawwarah mengikut suami, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, penulis buku best-seller yang sekarang memikul tugas di Universiti Taibah Madinah.

Aroma Antara Benua, adalah kesinambungan daripada buku Bukan Sekadar Resipiyang terbit pada tahun 2012. Karya terbaharu beliau Aroma Antara Benua ini sentiasa dinanti-nanti oleh para pembaca dan peminat beliau.

Sentuhan feminin Roza Roslan dalam setiap karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama.

*****

(SEM) RM48.00 - RM42.20
(S/S) RM50.00 - RM44.00

Biar Tahu Jangan Keliru ~ Mohamad Abdul Kadir

Kita suka bertanya. Bersangka-sangka pun apa kurangnya. Ini lumrah kita sebagai manusia. Akal yang dikurniakan kadangkala mereka perkara yang melampaui had sepatutnya. Hati pun sama. Adakala terjentik juga mengangkat ‘tangan’ menyokong si akal yang huru hara. Apa lagi, dosa dan pahala berlumba-lumba menjuarai takhta.

Bertanya itu anjuran agama. Prasangka pula angkara si durjana. Mana satu pilihan kita? Tempat abadi yang bahagia atau sengsara? Ingat… pilihan kita cuma dua. Penyelesaiannya mudah juga, akal dan hati mesti menjunjung padu, berteguh jiwa pada syaitan yang cuba menggoda.
Justeru, Biar Tahu Jangan Keliru dengan setiap perkara yang singgah di telinga kita. Tegur akal dan hati biar selari dengan perintah-NYA. Jangan sesekali menangkan si durjana kerana dia hanya pembawa bencana di sana. Kita tidak layak menjadi sahabatnya kerana kita ini sebaik-baik makhluk ciptaan-NYA.

Antara Kandungan Menarik:
  • Benarkah Bahasa Arab Bahasa Syurga?
  • Hukum Manusia Berkahwin Dengan Jin
  • Ujian DNA Untuk Pengesahan Status Anak
  • Benarkah Cerita Tentang Alamat Kematian?
  • Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid
  • Nikah Bagi Pasangan yang Baru Memeluk Islam
  • Keguguran di Bawah Tiga Bulan, Nifas Atau Tidak?
  • Memutuskan Pertunangan Kerana Bermimpi Buruk
*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Menjadi Tetamu Barzakh ~ Prof Madya Rasid Muhammad

Alam Barzakh
Dalam Islam, kematian bukanlah sebuah pengakhiran, malah ia merupakan permulaan siri perjalanan yang panjang dan abadi. Alam kubur merupakan perantaraan untuk menunggu hari kiamat iaitu hari pembalasan daripada Yang Maha Adil. Alam tersebut merupakan alam mencabar. Alam yang mungkin menjadi satu taman daripada taman-taman syurga atau mungkin menjadi satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Namun, alam kubur ini adalah satu hakikat yang akan ditempuhi oleh setiap insan. Dan ini jugalah yang ditempuhi oleh Anwar sekarang. Mudah-mudahan Anwar menghadapi hari-hari yang aman di sana...

Tetapi dalam mengukur diri ini, saya teringat akan senarai yang dikemukakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (2011), yang berkaitan dengan amalan seseorang yang membolehkan mendapat seksaan kubur. Mudah-mudahan perkara tersebut menjadikan kita lebih sedar dan berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan:

• Melaksanakan hukum yang tidak ditetapkan ALLAH SWT.
• Memberi fatwa bertentangan dengan apa yang disyariatkan ALLAH SWT.
• Membunuh jiwa yang diharamkan untuk membunuhnya.
• Menggugurkan dan mengingkari hak-hak asma’ ALLAH SWT dan sifat-sifat-NYA.
• Mendahului pendapat dan jalan fikiran sendiri daripada sunnah Rasulullah SAW.
• Meratap tangis yang keterlaluan jika salah seorang daripada anggota keluarga meninggal dunia.
• Mendendangkan lagu yang diharamkan oleh ALLAH SWT dan Rasul.
• Mendirikan masjid di atas kuburan dan menyalakan lampu-lampu di atasnya.
• Membuat curang dan tidak jujur dalam timbangan, melebihkan untuk dirinya dan mengurangkan untuk orang lain.
• Bertindak zalim dan sewenang-wenangnya dalam melakukan sesuatu.
• Sombong.
• Riak.
• Mengolok-olokkan orang lain.
• Mencela golongan salaf.
• Mendatangi dukun, peramal dan ahli nujum, untuk bertanya pelbagai perkara dan mempercayainya.
• Membantu orang zalim yang menjual akhiratnya dengan dunia.

Amalan yang Menyelamatkan
Al-Imam Jalaluddin as-Sayuti (2012:1740175), dalam tulisannya menyatakan bahawa, seksaan mereka yang membuat kejahatan akan dibebaskan dengan sepuluh sebab, iaitu:

1. Bertaubat kepada ALLAH.
2. Diberikan keampunan kepadanya dengan kehendak ALLAH.
3. Berbuat kebaikan sehingga kebaikan itu menghapuskan kejahatan sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran, “Sesungguhnya perbuatan baik itu akan menghapuskan dosa dan perbuatan jahat.”
4. Diuji dengan pelbagai musibah sehingga hal itu dapat menghapuskan dosa-dosa.
5. Di alam barzakh, akan dihimpit dan dengan himpitan itu akan menghapuskan dosa-dosanya.
6. Didoakan oleh saudara-saudaranya sekali gus bermohon kepada ALLAH agar diampunkan dosa.
7. Diberikan petunjuk melalui pahala amalan yang bermanfaat baginya.
8. Diuji pada hari kiamat dengan pelbagai hal yang menakutkan.
9. Mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.
10. Mendapat rahmat daripada ALLAH SWT.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM20.00 - RM17.60

100 Jejak Peribadi Rasulullah ~ Muhd Nasruddin Dasuki

Soalan: Pepatah ada mengatakan, “kerana mulut badan binasa.” Adakah pepatah ini ada kaitan dengan menjaga lidah? Benarkah dikatakan lidah itu punca segala kejahatan?

Jawapan: Orang yang sempurna imannya akan sentiasa maafkan dan berdiam diri daripada menyakiti hati orang lain. Apabila kita tidak menyakiti hati orang lain, maka orang lain juga akan bersikap sama seperti kita. Tetapi jika ada yang menyakiti hati kita, itu bererti hatinya bermasalah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh bukhari, “barang siapa yang beriman kepada allah, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”
Apabila memperkatakan mengenai melukai atau menyakiti hati orang lain, ia sebenarnya mempunyai hubungkait dengan peranan lidah. Kata orang, ketajaman lidah untuk menyakitkan hati itu lebih bisa daripada ketajaman mata pedang. Ketajaman lidah tidak perlu diasah tetapi ia bermula daripada hati yang kotor.

Ramai orang menerima kesan buruk kerana tidak mampu menjaga lidahnya, tetapi ramai juga yang menjadi mulia kerana hanya kerana lidah. Orang yang seumpama ini mampu mengawal imannya daripada dirosakkan oleh hati. Banyak akibat yang dapat kita lihat dalam kehidupan apabila tidak mampu mengawal lidah. Misalnya berlaku pertengkaran, pembunuhan, fitnah, penipuan dan seumpamanya sehingga dapat merosakkan hubungan persaudaraan yang terbina sekian lama. Itulah yang dikatakan bahaya lidah lebih bisa daripada mata pedang.

Mungkin ramai di antara kita tidak sedar apabila lidah menjadi punca ramai manusia terlepas peluang memasuki syurga. Kisah yang diceritakan ini sudah tentu menjadi iktibar untuk direnungkan.

Pada satu ketika sayidina Umar Al-Khatab mengunjungi rumah sayidina Abu Bakar. Ketika sayidina Umar sampai di rumah sayidina abu bakar, dia melihat Abu Bakar sedang menarik-narik lidahnya dengan tangan.

Sayidina Umar terkejut dan hairan lalu bertanya, “apakah yang sedang kamu lakukan wahai Abu Bakar. Semoga allah mengampuni kesalahanmu.”

Sayidina Abu Bakar segera menjawab, katanya, “inilah yang akan menjadi punca aku ke neraka.” Abu Bakar merujuk kepada lidahnya.

Sehubungan itulah Rasulullah saw selalu berpesan kepada umatnya supaya sentiasa menjaga perkataan (lidah) dengan tidak menuturkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Imam Bukhari merekodkan dalam satu hadis, katanya, "Barang siapa yang dapat menjamin untukku apa yang ada di antara dua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku menjamin syurga untuknya."

ALLAH mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian. Diberinya lidah supaya memberi manfaat kepada orang lain dengan bertutur perkara kebaikan. Namun, hari ini kita sering menyalahgunakannya dengan mengumpat, memfitnah, mengeji, menyakiti hati dan banyak lagi perbuatan yang mengundang dosa tanpa disedari. Percayalah... Perbuatan tersebut tidak akan mendatangkan apa-apa makna andai ia sudah sebati dengan jiwa. Nauzubillah!

Imam al-ghazali dalam buku ihya’ ulummidin menegaskan, bahaya kata-kata atau lisan menjadi racun pertama hati yang akan menyebabkan manusia semakin jauh daripada cahaya hidayah. Akibat tidak menjaga lidah, manusia akan berkata apa sahaja tanpa memikirkan apakah yang dituturkan itu bermanfaat kepada orang lain atau tidak.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Friday, April 12, 2013

Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser ~ Hj. Lokman Abdul Hamid

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 - RM46.60

Bahagian I: Apa itu Kanser?
Inilah sebuah buku yang membicarakan Kanser dari dimensi yang belum pernah and abaca atau lihat. Buku ini menyingkap kanser secara menyeluruh dalam bahasa umum. Anda tentu ingin mengetahui bentuk gaya hidup yang bakal mengundang kanser. Atau anda perlu tahu bagaimana kanser merebak dan tip makanan yang perlu dikurangkan. Satu perbandingan antara perubatan moden vs rawatan Al-Quran yang mengupas isu-isu pro dan kontra, terhadap kedua-duanya.

Bahagian II: Jurnal Pesakit
Pernahkah anda bayangkan bagaimana rasanya menjadi Pesakit kanser? Buku ini menghimpunkan kisah benar 12 Pesakit Kanser yang masih hidup. Ikutilah detik-detik cemas yang mereka lalui, keberanian yang dipaparkan, kecekalan yang ditempa, pengorbanan yang tidak sia-sia dan kesabaran menerima ujian dari Allah SWT. Coretan kehidupan mereka ini pasti menyuntik Inspirasi kepada Anda!

Siapa yang perlu memiliki buku ini
Mereka yang menghargai diri, keluarga dan orang tersayang. Cegah kanser, fahami penderitaan mereka. Ketahui cara-cara membantu dan menyokong mereka. Syukurilah Nikmat ‘’Sihat’.

Kandungan:
  1. Al-Quran Penawar Kanser Dari Tuhan
  2. Apa Itu Kanser?
  3. Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kanser?
  4. Jenis-jenis Kanser
  5. Statistik Kanser Mengikut Jantina
  6. Bagaimana Perubatan Moden Merawat Kanser
  7. Kemoterapi
  8. Radioterapi
  9. Persepsi Yang Salah
  10. CANCER RELAPSE - Luka Lama Berdarah Kembali
  11. Rawatan Kanser Melalui Kaedah Ayat-ayat Suci Al-Quran
  12. Apa Yang Anda Perlu Tahu 99 Hidup Sihat Tanpa Kanser
  13. Makanan Yang Perlu Dielakkan
  14. Bukti Cinta Insan Bergelar Suami
  15. Kanser Merubah Kehidupanku
  16. Bangkit Dari Ambang Maut
  17. Manusia Mencari Keuntungan Atas Musibah Diri
  18. Berpantang Maut Sebelum Ajal
  19. Hatiku Lebih Tenang Dengan Penawar Al-Quran
  20. Al-Quran: Positif dan Reda Senjata Pelemah Kanser
  21. Baruku Tahu Diriku Berharga 203 Rawatan Al-Quran Rawatan Daripada Tuhan
  22. Mukjizat Al-Quran Kanser Bagai Tidak Wujud
  23. Hidupku Untuk Tuhan, Sahabatku Adalah Al-Quran
  24. Kesempatan Dalam Kesakitan: Dilema Pesakit Kanser
  25. Penutup
  26. Biografi
  27. Rujukan

Mencari Iman Yang Hilang ~ Mohd Rizal Azman Rifin

Buku ini mengupas kepelbagaian isu berkenaan aspek yang menjurus kepada usaha pengukuhan kemantapan iman dan takwa. Iman adalah tiang seri kepada setiap jiwa mukmin dan seharusnya sentiasa disuburkan dengan kesegaran dan daya keutuhan ‘life style’ Islamik.

Terdapat kepelbagaian tema atau isu sebagai perlambangan kepada niat menzahirkan manusia yang hidup sebagai hamba Allah yang sentiasa diselubungi dengan seribu satu macam cabaran dan dugaan. Ia turut memaparkan kisah-kisah kehidupan manusia dan cuba mengajak setiap pembaca menghayati jalan yang sebenar sebagaimana dituntut olah agama.

Setiap tema dikupas dengan menerjah mata hati untuk mengaut keuntungan dunia tanpa lupa untuk meraih kebahagiaan akhirat. Kita harus bina visi yang luhur sesuci embun pagi untuk menerangi alam kehidupan dunia yang fana ini dan memercik satu pancaran warna indah memayungi segala gelora ujian Tuhan. Justeru, dengan penyerapan unsur internal diri yang unggul lagi bersepadu bersama suluhan agama, kita akan berupaya membina benteng peribadi diri dengan tunjang yang berakarkan tauhid yang kukuh. Insya-Allah.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Menjadi Hamba Allah ~ Rezza Khanafiah

Buku ‘Mari Menjadi Hamba Allah’ merupakan genre Motivasi Dakwah dan Ketuhanan. Mari Menjadi Hamba Allah adalah naskhah yang merakam tentang urna kehidupan manusia terutama dalam urusan ibadat, dan muamalat. Menyediakan ruang yang luas kepada para pembaca untuk menyaring daya taakulan terhadap konflik hidup sebagai seorang hamba Tuhan dan kaedah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Bukan sahaja sebagai satu pengisian rohani, malah mengajak para pembaca bertindak balas di setiap bab yang dibincangkan. Sebuah penulisan islamik, digarap santai dan sesekali diselitkan dialog cerita untuk memurnikan lagi idea yang dilontarkan.

Buku ini sesuai kepada semua peringkat usia. Pendekatan psikologi yang penuh hikmah di samping membawa para pembaca menyelami konsep kehidupan yang berlandaskan acuan Islam yang sebenar, syariatullah dan sunnatullah.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Buat Bakal Isteriku ~ Ibnu Rijal

Jika anda...
1. Bakal seorang suami, tetapi andai tidak tahu bagaimana ingin meluahkan apa yang bakal anda persembahkan untuk isteri pasca perkahwinan nanti...
2. Bakal seorang isteri, tetapi anda tidak tahu apa yang diimpi suami dan apa yang bakal dipenuhinya...
3. Tunangan orang dan sedang menanti saat bahagia...
4. Pelajar atau si bujang yang masih keliru tentang ‘Apa Itu Cinta...?’
5. Suami atau isteri yang bakal melihat adik-adik, saudara, rakan atau anak sendiri untuk bernikah, dan anda ingin memberi sedikit nasihat cinta kepada mereka...

MAKA, buku ini sesuai untuk anda!

Buku ini ibarat coretan rahsia hati seorang lelaki buat bakal isteri. Ia mengisahkan percintaan sebelum dan selepas nikah. Antaranya ialah apa yang sepatutnya ada di dalam sesuatu hubungan hinggalah kepada isu semasa berkaitan perkahwinan serta kekeluargaan yang dianjur Islam... Coretan ini turut disulami dengan kisah-kisah percintaan yang indah, puisi, analogi, madah, ungkapan hadis dan Quran, umpama nasihat seorang bakal suami BUAT BAKAL ISTERI...

Ini coretan hatiku, dan dedikasi ini ditujukan khas buat bakal isteriku...

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Cara Hidup Nabi Muhammad: The Way Prophet Muhammad Spent His Life ~ Muhammad Abdul Aziz Al-Khuly

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang bagaimanakah akhlak Nabi S.A.W. Aisyah menjawab, " Akhlak Nabi SAW adalah Al-Qur'an." ( Riwayat Muslim).

Kehidupan harian bermula dari bangun tidur sehingga tidur, begitu terperinci sekali contoh cara hidup yang ditunjukkan oleh seorang insan yang agung lagi dimuliakan iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah contoh atau model yang paling sempurna untuk disanjung, dicontohi dan diteladani. Bagaimana Baginda SAW menjalani kehidupan seharian, berhubungan dengan Sang Khalik, keluarga, sahabat, orang asing dan juga musuh. Semua ini telah ditunjukkan dengan penuh hikmah dan nilai akhlak yang mulia.

Maka kenapa perlu lagi bersusah-susah untuk mencari idola pujaan yang lain? Selayaknya dan sepatutnya Baginda SAW adalah idola atau contoh utama bagi setiap umat Islam. Inilah yang sepatutnya diterapkan ke dalam jiwa setiap Muslim di zaman yang penuh dugaan dan cabaran ini. Bagaimana cara Rasulullah membangunkan sebuah masyarakat yang begitu kukuh melalui pembinaan insan yang yang sistematik dan sempurna. Diteguhkan lagi dengan pembinaan institusi keluarga yang cemerlang. Sebuah masyarakat dan negara yang terbaik sehingga dikagumi oleh musuh-musuhnya. Malah dikagumi sehingga kini sama ada oleh umat Islam mahupun bukan Islam. Apa yang dihidangkan di dalam buku ini merupakan di antara cara hidup Nabi Muhammad SAW yang boleh kita ambil contoh teladan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80

Kitab Fadhail Amal ~ Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi alaih

Sheikh Maulana Zakariya merupakan seorang tokoh ulama hadis yang dikenali ramai berasal dari India, lebih-lebih lagi dalam kalangan ahli Jemaah Tabligh seluruh dunia. Usaha beliau dalam memartabatkan ilmu dan dakwah Islam begitu besar sekali signifikannya kepada perjuangan menyebar luaskan Islam dan sunnah Nabi S.A.W. Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan dan bacaan umat Islam seluruh dunia dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia.
Kitab Fadhail'Amal (Fadhilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya yang terkenal, la adalah himpunan hadis-hadis. Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu:
a. Kisah-Kisah Para Sahabat
b. Fadhilat Al-Qur'an
c. Fadhilat Solat
d. Fadhilat Zikir
e. Fadhilat Tabligh
f. Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya
g. Fadhilat Ramadhan
Kitab ini juga merupakan salah satu kitab bacaan dan rujukan yang digunakan oleh Jemaah Tabligh. Semoga dengan kehadiran kitab yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi Bahasa Melayu ini akan memberikan kita pencerahan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat.

*****

(SEM) RM49.00 - RM43.10
(S/S) RM52.00 - RM45.80

Fadhilat Amal ~ Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi alaih

Kitab Fadhail 'Amal (Fadhilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya yang terkenal, ia adalah himpunan hadis-hadis. Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu: a. Kisah-Kisah Para Sahabat
b. Fadhilat Al-Qur'an
c. Fadhilat Solat
d. Fadhilat Zikir
e. Fadhilat Tabligh
f. Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya
g. Fadhilat Ramadhan
Kitab ini juga merupakan salah satu kitab bacaan dan rujukan yang digunakan oleh Jemaah Tabligh. Semoga dengan kehadiran kitab yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi Bahasa Melayu ini akan memberikan kita pencerahan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Dengan ilmu yang diperolehi itu dalam kita amalkan dalam meraih keredhaan Allah dan meneguhkan lagi iman kita serta menyempurnakan amal ibadah seharian kita.

*****

(SEM) RM59.00 - RM51.90
(S/S) RM62.00 - RM54.60

Umrah Super A ~ Haji Zainal Haji Bujang

Sesuai untuk pembaca yang berhajat menunaikan umrah dan mahu menjadikan berkualiti. Buku ini mengetengahkan informasi tentang rukun, wajib dan sunat umrah dengan gaya penyampaian yang dinamik dan progresif. Membacanya memberikan kesan positif kepada akal (pemikiran), hati (kepercayaan) dan nafsu (ransangan). Turut dimuatkan sejarah tentang lokasi, tokoh dan peristiwa yang melatari ibadah umrah menyentuh hati dan memotivasikan pembaca untuk lebih yakin menunaikannya.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM20.00 - RM17.60

Dhuyufur-Rahman: Tetamu Allah ~ Mohamad Zaki Abdul Halim

Adakah ibadah haji yang telah dikerjakan meninggalkan kesan positif dalam diri selepas pulang dari Makkah? Bagi yang baru berazam untuk pergi, bagaimanakah persediaan untuk menjadi tetamu Allah SWT yang benar-benar diterima oleh-Nya? Sudah cukupkah ilmu berkenaan ibadah haji sebelum, semasa dan selepasnya?Dhuyufurrahman membantu pembaca membuat persiapan dalam segala aspek agar mampu mempersembahkan ibadah haji yang terbaik.

Ustaz Mohammad Zaki Abdul Halim berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sek Keb Sungai Bakap, SMKA al-Manshoor dan Madrasah Irshad Al-ASRAF, Maahad Tahfiz al-Quran, JAKIM dan Universiti al-Azhar, Mesir. Terlibat aktif sebagai Pembimbing Haji dan Umrah bertauliaH dan menjadi Guru Agama di Makkah di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji Malaysia dan TH Travel & Service Sdn Bhd.

*****

(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Mrs. Novelist ~ Dissa Azmin

Ibu, suri rumah tangga yang bercita-cita mahu menjadi novelis. Ibu tetapkan hati biarpun minatnya kurang mendapat sokongan Muiz, Lili dan Muaz. Nawaitu murni, kesungguhan dan kegigihan ibu membuka mata hati mereka. Demi mencapai impian ibu, mereka sanggup tempuhi segalanya. Hinggakan hasrat Muiz sendiri terlepas daripada gengaman. Sampai saat itu, ibu pula terduduk dan tidak berdaya lagi melalui halangan. Berjayakah Muiz, Lili dan Muaz dalam merealisasikan misi buku pertama ibu? Berkubur begitu sahajakah impian Muiz untuk bergelar bintang ragbi?

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Goodbye New York ~ Iwan Ghazali

Raqy (Raqiyah) merupakan anak tunggal kepada pasangan Encik Akmal dan Puan Hazirah. Dia dilahirkan dan dibesarkan di New York. Pernah sekali sahaja Raqy dibawa pulang ke Malaysia, itupun semasa umurnya 6 tahun. Walaupun fasih berbahasa Melayu, dia enggan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda itu.


Encik Akmal berhasrat mahu membina hidup baharu bersama keluarganya di Malaysia. Raqy terpaksa akur dengan keputusan tersebut biarpun keberatan. Setibanya di Malaysia, mereka menginap di rumah saudara mereka di kampung sementara menanti urusan berkenaan selesai, Raqy berkenalan dengan Fikri sepupunya yang gemar mengusiknya.

Raqy tidak betah dengan kehidupannya barunya di kampung. Banyak perkara yang tidak disukai. Sikap Raqy yang sering membandingkan corak hidup di Malaysia dengan New York menyebabkan ramai yang tidak mahu berkawan dengannya di sekolah. Malah ia juga menjadi musuh ketat kepada sebuah kumpulan yang digelar Trio Queen.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Monday, April 1, 2013

Bicara Ini Demi Ilahi ~ Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

ALLAH Maha Benar.
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa
merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita
mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.
Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.
Ya, bicara yang penuh berhemah.
Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.
Nasihat dikatakan tiada gunanya.

Maka biarkanlah diri ini berbicara
hanya demi DIA, Maha Pencipta.
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

Antara Pengisian Menarik:
• Izinkan Aku Berbicara
• Bicara Ini Demi DIA
• Bicara Ini Demi Umat
• Bicara Ini Demi Nurani
• Bicara Ini Demi Akhlak
• Bicara Ini Demi Anak Kita
• Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
• Andai Mampu Lagi Aku Bicara

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Allah Tidak Pernah Jauh ~ Suhana Amiril

Buku ini lebih kepada mengajak kita untuk bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang DIA hadirkan sebagai ujian, kadangkala kita menjadi lemah tidak berdaya lalu terasa tiada harapan lagi. Padahal sebenarnya, DIA tidak hadirkan sesuatu itu dengan sia-sia.

ALLAH Tidak Pernah Jauh ini mengajak kita merenung diri dan menyeru kepada kebaikan dalam mengharungi kehidupan. Harapannya agar kita tidak mudah terjatuh apabila DIA datangkan ujian. Agar kita lebih redha dan teguh dalam keyakinan terhadap-NYA apabila jiwa terusik dengan lambaian jahiliah akhir zaman.

Naskhah ini menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Gaya bahasanya yang santai sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Tingkat Amalan Tambah Pahala ~ Ezry Fahmy

Setiap amalan yang kita lakukan dianggap sebagai ibadat asalkan niat kita semata-mata kerana ALLAH SWT. Bukannya tertakluk kepada tuntutan wajib sahaja, tetapi juga perkara ‘biasa-biasa’ yang turut diganjari pahala selagi tidak melanggar syariat-NYA. Biarlah dunia tempat kita berpenat, asalkan di akhirat dapat beristirahat.

Tingkat Amalan Tambah Pahala menghimpunkan kebanyakan perbuatan dalam kehidupan harian kita. Pengisian yang merangkumi hal dakwah, tarbiah, ibadat, Ramadan dan Aidilfitri membolehkan kita menilai kembali keberhasilannya demi mencapai redha ILAHI. Bermuhasabahlah selalu agar kekhilafan dapat diinsafi, amal soleh bertambah meningkatkan lagi keimanan diri.

Antara kandungan menarik:
• Bolehkah Berdakwah Melalui Facebook?
• Kenduri Kahwin: Mahu Pergi AtauTidak?
• Memakai Tudung Labuh Atau Tiga Segi
• Facebook: Meraih Pahala Atau Menempah Dosa?
• Ubat Penyakit Cinta & Budaya Berpasangan
• Bagaimana Mahu Khusyuk Dalam Solat?
• Memperbaiki Wuduk & Solat
• Kemusykilan Kita Sepanjang Ramadan
• Sambutan Aidilfitri Cara Nabi
• Virus, Worm & Trojan Dalam Islam

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM20.00 - RM17.60

"Baitullah... Aku Datang" ~ Hisham Ahmad

Menunaikan fardu haji wajib bagi setiap umat Islam. Tanyalah ke¬pada mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Haram, pasti jawapannya mengujakan sehingga ada yang ingin kembali semula ke sana. Betapa hebatnya ‘aroma’ Kaabah hinggakan tiada kata yang terlafaz kecuali air mata pengganti bicara.

Haji mabrur, ganjarannya syurga nan abadi. Tetapi dapatkah di¬pastikan setiap rukun yang dilaksanakan itu menepati sunnah Rasulullah? Benarkah setiap pelaksanaan bertepatan dengan suruhan baginda? Jika demikian, mengapa masih ada yang mengabaikan pesan Nabi ketika berhaji? Bahkan ramai pula yang hanya ikut-ikutan tanpa ilmu yang benar dan pasti.

BAITULLAH... AKU DATANG menjadi pendorong buat semua bakal jemaah yang mengharapkan haji mabrur. Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi dapat menukarkan tradisi kepada sunnah, selain mengutip semula teladan Rasulullah yang tercicir ketika menziarahi rumah-NYA. Mencari yang terbaik itulah kebijaksanaan, merungkai yang benar adalah kemestian!

ANTARA YANG MENARIK:
• Wasiat Haji
• Solat di Udara
• Kebal Tanpa Syahwat
• Umrah Sahabat Peguam
• Sedekah 100 000 Ganjaran
• Adakah Afdal dan Aula itu Sunnah?
• Sifat Solat Nabi
• Sifat Haji Nabi SAW
• Solat dalam Kaabah?
• Akhlak Perindu Haji Mabrur
• Menuntut Ilmu Pengetahuan
• Panduan Mendekati Sunnah

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...