Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, January 31, 2015

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Siapakah Beliau? ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Notis Merah yang dikeluarkan oleh International Criminal Police Organization atau INTERPOL ke atas ulama besar moden, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah telah mengejutkan banyak pihak. Alasan penglibatan dengan aktiviti bersifat keganasan dan kacau-bilau seperti pembunuhan, pembakaran dan kecurian adalah tidak dapat diterima akal oleh sesiapa sahaja yang mengenali peribadi sebenar Syeikh al-Qaradhawi yang kini berusia 88 tahun. Adakah ini sebenarnya suatu perancangan jahat musuh Islam yang sengaja merancang sabotaj dan fitnah terhadap mujaddid Islam abad ini?

Atas persoalan penting itu, buku ini diterbitkan untuk menjelaskan kepada umum siapakah sebenarnya peribadi digelar Syeikhul Ummah, semenjak usia kanak-kanak hingga dewasa, dan sumbangan-sumbangan fundamental beliau dalam wacana kebangkitan Islam di abad ini.

Buku ini turut memuatkan pengalaman peribadi beliau ketika di penjara, pujian-pujian para ulama muktabar akan ketokohan dan kehebatan karya-karya beliau serta petunjuk kepada siapakah pula dalang di sebalik fitnah yang sedang berlaku.
Semoga buku ini dapat memberikan manfaat besar kepada para pembaca. InsyaAllah.

*****
(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Maulidur Rasul: Sejarah, Hukum & Adab-adabnya ~ Dr. Mohd Azhar Abdulah

(SEM & S/S) RM16.00 - RM14.00

Dalam Hati Ada Syurga ~ Umar Muhammad Noor

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Ingatlah, dalam jasad manusia terdapat seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh badan akan menjadi baik. Apabila daging itu tidak baik, maka seluruh badan akan rosak. Ingatlah, daging itu ialah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, demi menjaga, memelihara dan sentiasa memulihara hati kita, buku “Dalam Hati Ada Syurga” ini wajar dimiliki oleh pembaca kerana:
- Dakwah santai yang disampaikan mudah diserap dalam hati dan insya-Allah menjadi penggerak kepada transformasi diri dan gaya pemikiran;
- Disertakan dengan nasihat sebagai pedoman untuk melakukan perubahan diri;
- Boleh dijadikan motivasi kepada semua peringkat pembaca untuk sentiasa mencontohi keperibadian para ulama terdahulu.

Buku ini juga sesuai digunakan sebagai bahan bacaan tambahan buat semua peringkat pembaca, dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kelas serta ketika sesi usrah keluarga. Semoga buku ini mampu menjadi kesinambungan dakwah yang berterusan dalam usaha menggalakkan seluruh masyarakat mengamalkan budaya membaca. Kongsikanlah kebaikan buku ini kepada sesiapa sahaja agar usaha dakwah kita tidak berhenti pada satu tahap sahaja.

*****
(SEM & S/S) RM22.00 - RM19.40

Tuesday, January 27, 2015

Himpunan Doa Asy-Syifa' Penawar Penyakit ~ Drs. Hj. Hanafi Mohamed, Hjh. Siti Zaimah

Islam amat menekankan tentang kesihatan dan kehidupan yang sihat. Penekanan ini bukan sahaja berkisar tentang kesihatan luaran semata-mata, malah merangkumi kesihatan minda, emosi dan rohani.

Pada zaman yang sarat dengan kemajuan teknologi kini, pelbagai ubatubatan dan kaedah moden yang sangat membantu dalam rawatan dan pengubatan penyakit. Tidak dinafikan perkara ini sangat membantu manusia dalam proses rawatan. Namun, di sebalik semua kemajuan ini, ramai yang sudah terlupa dengan rawatan dan pengubatan secara Islam. Perasaan raguragu untuk menggunakan ayat al-Quran, wirid dan doa-doa asy-Syifa' dalam proses rawatan mula menular dalam kalangan kita. Tiada lagi iman dan keyakinan dalam aspek perubatan Islam, seolah-olah perubatan dipisahkan daripada Islam, sedangkan pada hakikatnya doa-doa syifa' ini bukan sahaja membantu penyembuhan penyakit fizikal, malah mampu melapangkan hati dan minda.

Alangkah indahnya jika proses rawatan dilakukan dengan mengamalkan doa-doa daripada ayat al-Quran disertai dengan ikhtiar melalui rawatan dan pengubatan moden. Justeru, buku ini mengumpulkan doa-doa asy-Syifa' yang boleh anda amalkan dalam proses rawatan. Sesungguhnya, dari Dia penyakit itu datang, dan kepada Dia kita mohon penawarnya.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM16.00 - RM12.30

Saturday, January 17, 2015

Asas Pengetahuan Agama Islam: Tauhid, Fiqh & Akhlak ~ Akhmal Hj. Mohd Zain

Islam itu datang dengan pakej yang lengkap. Secara ringkasnya, Islam itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Melalui tiga tunjang utama ini, Allah SWT memberi petunjuk, mengajar dan mendidik hamba-Nya tentang cara hidup yang sewajarnya dilalui oleh setiap Muslim.

Bermula dengan asas aqidah dan tauhid yang kukuh dalam mengimani rukun Islam dan iman, Islam terus memberikan panduan yang syumul mengenai hukum-hukum fiqah yang berkait rapat dengan ibadah, muamalat, jinayat, munakahat dan lain-lain. Akhirnya, Islam sempurnakan ajarannya dengan akhlak mulia dan sifat mahmudah yang mesti ada pada setiap Muslim.

Buku "Asas Pengetahuan Agama Islam" ini memuatkan perkara-perkara asas yang wajib diketahui, dihayati dan diamali oleh umat Islam. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Maknakan 'Islam' anda.

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Juz 'Amma 5 Dalam 1 ~ Al-Hidayah

Islam sangat menganjurkan umatnya untuk mengerjakan ibadah tanpa bermusim. Namun, ibadah yang membuta tuli dan tidak didasarkan dengan ilmu itu tidak digalakkan. Dalam solat, ada aturan dan syarat-syaratnya, begitu juga membaca al-Quran ada hukum tajwidnya serta berdoa ada adab-adabnya. Maka, bagi memudahkan umat Islam mengerjakan ibadah, penyusun telah menghimpunkan 5 komponen yang sangat baik untuk dijadikan panduan buat Muslim keseluruhannya. 
Antaranya:
• Juz 'Amma: Memuatkan surah-surah dari juzuk 30 berserta maknanya. Kebanyakan daripada surah-surah ini adalah surah pendek dan sangat mudah untuk dihafaz.
• Tajwid: Menerangkan secara terperinci dan mendalam tentang hukum-hukum tajwid, cara bacaan dan yang Iebih istimewa, is dilengkapkan dengan ejaan rumi mengikut sebutan.
• Solat: Menghuraikan kaedah-kaedah menunaikan solat, berserta bacaannya dengan lengkap.
• Doa: Menyelitkan doa-doa harian yang boleh diamalkan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
• Zikir: Menghimpunkan zikir-zikir ma'thur yang sangat sesuai dibaca untuk menenangkan jiwa yang resah.

*****
(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM20.00 - RM17.60

Buka Pintu Rezekimu Dengan Asmaul Husna ~ Nur Rokhim

Sebagai umat Islam, sudah tentu gegendang telinga kita asing dengan nama-nama Allah SWT yang paling indah atau biasa disebut dengan Asmaul Husna. Meskipun demikian, sangat jarang di antara kita mengetahui bahawa di sebalik Asmaul Husna, tersimpan kekuatan dahsyat dan manfaat yang sangat hebat bagi kehidupan di dunia dan akhirat. 

Oleh kerana itu, sesuai dengan judul buku ini "Buku Pintu Rezekimu Dengan Asmaul Husna" di mana buku yang disusun dengan gaya bahasa yang cukup mudah difahami akan membahaskan satu daripada sekian banyak manfaat dari Asmaul Husna iaitu berkenaan terbukanya pintu rezeki. Pasti sahabatsahabat pembaca tertanya-tanya, bagaimana pintu rezeki dapat dibuka?Adakah rezeki ada pintunya? Segalanya bakal terjawab melalui buku istimewa ini dan semoga kita bersama-sama mendapat manfaat serta meraih kekayaan di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

*****
(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Pemalsuan Atas Sejarah Islam ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Sejarah adalah hasil tulisan penulis pada sesuatu zaman berdasarkan kecenderungan masing-masing, ada penulis yang menulis sejarah para khalifah, para penguasa, para ilmuwan dan sebagainya. Ada penulis yang menulis tanpa mengambil kira jalur riwayat kisah-kisah yang ditulisnya.

Penulis buku ini seorang tokoh ulama kontemporari yang sangat dikenali di seluruh dunia, baik di dunia Islam, mahu pun di dunia Barat. Prof. Yusof Al Qardawi adalah Presiden Kesatuan Ulama Sedunia sejak puluhan tahun yang lalu. Beliau menjelaskan tentang pemalsuan atas sejarah Islam kerana di sana ada ahli sejarah yang kurang cermat dalam penulisannya. Adakalanya penulisan itu memporakperandakan ummah, dan tidak ilmiah, penuh kecurigaan. Al Qardhawi cuba menjelaskan bahawa perlunya penapisan dan pemurnian semula terhadap karya-karya sejarah baik sejarah silam mahu pun sejarah terkini agar ia sejajar dengan keindahan Islam dan tidak menjadi fitnah kepada Islam dan umatnya.

*****
(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Thursday, January 8, 2015

Lebih Baik Makan Ini, Bukan Itu ~ Dr. Zahara Abdul Manaf, Nur Nadia Zambri

Gaya hidup kini menyebabkan ramai yang memilih untuk makan di luar berbanding memasak sendiri di rumah. Setelah seharian bekerja, pastinya lebih mudah dan menjimatkan masa serta tenaga jika memilih untuk makan di luar. Hakikatnya, sangat mudah untuk memilih makan di luar kerana banyak gerai dan restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan kepada pelanggan. Kewujudan buku ini adalah untuk memberi maklumat dan panduan kepada pengguna supaya makan secara sihat ketika makan di luar. 

Buku Lebih Baik Makan Ini, Bukan Itu perlu dimiliki. Semoga usaha kecil ini akan memberi sebanyak mungkin manfaat kepada pengguna dalam usaha menjaga kesihatan. Sebarkanlah kebaikan daripada buku ini kepada setiap individu agar setiap daripada kita mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.

*****
(SEM & S/S) RM17.00 - RM15.00

Aku, Muslim & Britain ~ Aizuddin Hamid

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Menuntut ilmu di Negara orang apatah lagi di sebuah Negara yang begitu asing dari segi agama, budaya dan adat resam sungguh memberikan satu impak yang besar kepada kita. Situasi inilah yang dilalui oleh penulis yang sempat dinukilkan satu per satu untuk tatapan dan panduan kepada pembaca. Pengalaman belajar di luar negara lebih terbentang luas dan menjanjikan 1001 hikmah yang kadangkala sangat menguji dan mencabar. 

Justeru, beliau ingin mengajak para pembaca menelusuri tinta kehidupan seorang Muslim yang masih mampu mengembangkan dakwah walau di mana sahaja, apatah lagi di bumi yang di dalamnya wujud pertubuhan anti-Muslim seperti English Defence League (EDL). Namun, segala-galanya kuasa Allah SWT. Walaupun di negara bukan Islam yang majority penduduknya non-Muslim dan masih cetek pemikiran tentang kebenaran Islam, penulis masih mampu bergerak aktif menyampaikan dakwah secara langsung mahupun tidak langsung tanpa mendapat tentangan daripada mana-mana pihak.

*****
(SEM & S/S) RM22.00 - RM19.40

Monday, January 5, 2015

Katak: Penciptaan & Hukum-hukum ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Semua benda yang bersih, tidak memudaratkan, tidak menjijikkan dan tidak mencemarkan seperti bunga-bungaan, buah-buahan, bijirin, telur, keju dan sebagainya halal dimakan. Jika sebaliknya jika menjijikkan dan mencemarkan seperti hingus, mani dan sebagainya adalah haram dimakan

Semoga pencerahan daripada buku kecil yang bertajuk Katak : Penciptaan dan Hukum-hukum akan memberi kefahaman kepada pembaca untuk memahami apa jua hikmah di sebalik ciptaan Allah SWT.

*****
(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

Berdamai Dengan Ketentuan Ilahi ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

Buku ini berkisah tentang tentang takdir qadak dan Qadar Allah yang dikenakan ke atas manusia dan semua makhluk-NYA. Buku ini menekankan betapa kita perlu redha dan berusaha menghadapinya dengan ilmu serta amal. Ia juga mengandungi perbahasan perbandingan pendapat antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan kelompok Jabariyah dan Qadiriyah.

*****
(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Dakwah Biar Santai Tapi Sampai ~ Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat

Dakwah merupakan seruan mengajak manusia ke jalan ILAHI yang menjadi semulia-mulia tugas para rasul dan nabi. Setiap muslim adalah dai’e tanpa perlu perlantikan khas dalam meneruskan legasi dakwah demi menolong agama ALLAH SWT. Seiring dengan peredaran zaman, pelbagai medium teknologi boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti dakwah selagi ia menepati piawaian syarak.

Dakwah Biar Santai Tapi Sampai membawa mesej betapa seruan itu sangat mementingkan matlamat amar ma’ruf nahi mungkar agar tercapai. Namun, turut menitikberatkan kaedah yang efektif mengikut kesesuaian mad’uw (sasaran). Biarlah dakwah kita santai metodologinya, tetapi mesti sampai objektifnya!

Antara kandungan menarik:
Dai’e Selebriti
Etika Bicara Dai’e
Kualiti Dai’e Terunggul
Ibu-Guru vs Anak-Murid
Pendidikan Ala Rasulullah
e-Learning: Dakwah Online
Dakwah Dalam Persahabatan
Didik Anak Cara Imam Ghazali

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Israfil Alaihissalam & Peristiwa Kiamat ~ Mansur Abdul Hakim

Buku ini akan merungkaikan asal-usul Malaikat Israfil dan persoalan penting berkenaan dengan Hari Kiamat. Antaranya ialah siapa yang ditugaskan untuk menghancurkan bumi ini? Konsep kematian, kehancuran bumi, syafaat Nabi SAW, syurga dan neraka dan lain-lain.

*****
(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...