Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, September 28, 2017

Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta ~ Adnin Roslan

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

"Untuk mendapatkan cinta manusia, kau sanggup berkorban segalanya. Tetapi, untuk mendapat cinta Allah, kau hanya berkorban ala kadar..."

Kami dapat ribuan mesej, anak muda hari ni sikit-sikit bermasalah tentang cinta. Pelajar sekolah biasa terjebak, pelajar sekolah agama pun terjebak. Dari couple pegang-pegang tangan, sampailah couple acah-acah islamik. . Parah. Bermacam-macam bentuk soalan kami terima, yang membuatkan kami rasa sangat sedih dan sebak. . Dari isu couple sampai isu terlanjur, hingga isu anak luar nikah, hingga isu nak bunuh diri, senang cakap, terlalu banyak soalan yang kami dapat tentang masalah cinta ni!  

Korang pun tahu, kes anak luar nikah dari 2006 sampai 2016, cecah 500,000 kes yang di laporkan. Itu baru anak luar nikah yang di daftarkan. Belum yang tak di daftarkan. Belum yang buang bayi lagi. Belum yang berzina tapi tak dapat anak lagi. Belum cerita yang langgan pelacur lagi. Belum campur yang couple pegang-pegang tapi tak berzina. Belum cerita yang couple acah islamik. Belum cerita yang TAK couple, tapi ketagih video lucah. Belum cerita yang tak tengok video lucah, tapi ketagih drama yang di dalamnya banyak unsur yang bertentangan dengan syarak!  

Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha ~ Hamka Kereta Mayat

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Kata cikgu Isa selepas keretanya rosak, “Ada Dajjal di kampung kita”.

Mahdi Infradi seorang nelayan yang selalu alami tayar motosikal pancit, setuju dengan kata kata Cikgu Isa, lalu menyeru Pemandu Kereta mayat yang sedang dalam perjalanan membeli makanan yang bini sedang mengidam, untuk pergi bersama mereka menangkap Dajjal.

Dijalanan, tidak kami sedari, rupanya ada Yakjud Makjud sedang mara merobohkan masjid…

Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan Kiamat besar secara imbas ke masa hadapan (Flash Forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapi oleh semua orang sebelum kiamat besar, maka cerita nasihat tentang kiamat kecil dan persediaannya adalah amat penting bagi semua umat manusia, malahan, fitnah dajjal yang kecil, juga penting untuk umat manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang besar.

Lalu Cikgu Isa Kelisa, Mahdi Nelayan, dan Hamka Kereta mayat kelihatan bekerjasama memburu Dajjal seawal waktu Dhuha...

Penjara ~ Najmi Fetih

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

"Bebas mata melihat dunia. Sehingga tidak sedar kaki terperangkap dalam penjara dosa yang kau sendiri cipta."

Seperti biasa, setiap kali dia menapak masuk ke bilik tersebut, matanya akan tertangkap pada katil sebelah yang sekarangnya kosong tidak bercadar. Dia seolah-olah nampak empunya katil tersebut tersenyum manis ke arahnya seperti biasa. Dia meletakkan begnya di atas katil, mengambil frame yang sedang terpacak berdiri di atas meja belajarnya.

Ridwan melepaskan keluhan panjang. Kali ini dia mengaku, hati yang sering meminta maaf dan memaafkan itu adalah antara hati-hati yang sentiasa tenang. Meminta maaf, tidak semestinya setelah kita melakukan kesalahan. Memberi maaf pula, tidak semestinya setelah diri kita dipermainkan.

Kadang manusia lupa, skrip hidup yang ditulis olehNya itu adalah novel yang terhebat untuk kisah hidup kita. Nak redha, kadang makan masa. Tetapi jangan sampai tak redha, sehingga ia memakan diri kau sampai sakit seksa. Aku ingatkan, jangan selamanya kau terpenjara dalam sangkar dosa yang kau sendiri cipta.

Matanya bebas melihat dunia luar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. Pesan, jangan jadi macam aku. 

Kerna Syurga Bukan Percuma 2 ~ Najmi Fetih

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”

Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.

Tapi tak lama..

“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.
Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.

“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.

Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.

Ketika Cinta Menyentap ~ Adnin Roslan

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Hmm…
Aku selalu fikir. Kenapa, kenapa setiap kali bila aku nak buat baik, mesti ada orang kutuk. Setiap kali aku nak berubah, mesti akan ada orang pertikai dan ungkit kisah silam aku. Kenapa tiap kali aku nak ajak orang buat baik, aku akan di label dengan pelbagai labelan dan kutukan….

Aku rasa, siapa yang pernah tegur kawan dia, mesti pernah kena kutuk dengan ayat-ayat macam ni:

“Kau nak tegur, checkla diri kau dulu! Tak payah nak bajet baik. Kau tu poyo je lebih!”

“Babi sial kau ni… Pergi mati la. Apahal kau nak tegur aku? Kau sape?!!”

“Tegur hikmah la sikit bro….!”

Macam-macam ayat yang biasa di keluarkan oleh mulut-mulut orang yang bencikan kebaikan yang di lemparkan pada mereka-mereka yang nak mengajak mereka pada kebaikan.

Dan…….

“Weh, kau tak payah nak syadid sangat boleh tak? Kalau kau nak syadid, syadid sorang-sorang dah la….

” Huh.

Aku fikir, kenapa benda ni jadi? Tapi, bila aku muhasabah diri aku, dan aku soroti serta kembali baca sirah-sirah nabi dan sahabat, akhirnya aku akan dapat buat kesimpulan:

Kamus Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden ~ Mohamed Kassim Abdul Latiff, Rohaya Md. Zain

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Kamus Bahasa Melayu Klasik – Bahasa Melayu Moden ini amat sesuai digunakan oleh para pensyarah universiti dan maktab, mahasiswa mahasiswi, guru-guru sekolah dan khususnya para pelajar yang sedang menuntut dalam Tingkatan 1,2 dan 3 (PT3), Tingkatan 4 dan 5 (SPM) serta Tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas (STPM)

Arkitek Jalanan ~ Teme Abdullah

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap, “Belajarlah kerana Allah.” Setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...

Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.

Tapi sebenarnya kan…Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.

Pelukis Jalanan ~ Teme Abdullah

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”
[Teme Abdullah]

Friday, September 15, 2017

Rejuvenasi Hati ~ Aiman Banna

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Kenapa ada manusia dalam syurga dan kenapa ada dalam neraka? Kenapa tidak semua sahaja yang masuk syurga? Biarkan sahaja neraka itu kosong, tiada penghuni begitu sahaja.”

...mengapa Allah tidak jadikan semua manusia dalam syurga? Dan, tidak perlu ciptakan neraka. Biarlah semuanya ke syurga.

Sahabatku,

Di saat kita sedang khuatirkan diri kita di akhirat kelak; sama ada syurga ataupun neraka, ingin sekali saya bagi satu fakta yang akan menjadi halwa kepada jiwa. Penyejuk hati yang sedang gelisah tentang kedudukan diri di akhirat kelak.

...MANUSIA DICIPTA UNTUK SYURGA.

ya, bahkan tidak pernah pun ada istilah seorang manusia dicipta untuk neraka.

Janganlah kita fikir bahawa Allah sengaja cipta kita di dunia ini supaya kita masuk Neraka. Allah tidak pernah zalim dan selamanya Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak pernah menzalimi hambaNya. Wallahi, tidak!

Henshin: Budak Dari Neraka ~ Abdul Muiez Ruslee

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Orang yang kita rasakan suatu ketika dahulu tidak mempunyai harapan untuk berubah, akhirnya menemui turning point dengan cara yang menyakitkan. Kerana kepedihan itu akhirnya membawa dia ke mercu jaya. Budak Dari Neraka bukanlah satu istilah yang mampu menggugah akidah dan kepercayaan beragama. Tetapi Budak Dari Neraka adalah satu istilah atau lebih tepat disebut sebagai hukuman. Mampukah dia mencapai henshin nya?

Henshin Endeavor ~ Harsida Jasmin

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Henshin Endeavor banyak membincangkan ideologi Endeavor (usaha) dalam tinta perjalanan seorang insan yang ingin melakukan perubahan dalam setiap tindak tanduknya memperjuangkan isi dakwah untuk ummah. Mana ada insan yang diangkat dirinya sebagai mujahadah tanpa berusaha. Ujian? Tepis ia dengan Endeavor. Dugaan? Tingkatkan ia dengan Endeavor.

Thursday, September 14, 2017

Kutemu Hijrah di Eropah ~ Sabatini Dzue

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Siapa sangka, seorang gadis yang awalnya berseluar ketat, berambut karat, bahkan nakal... kini telah berubah 360 darjah kepada seorang gadis yang begitu luar biasa ketaatannya kepada Tuhan.

Hijrahnya bermula apabila seorang paderi, datang lalu menegur dan menceritakan perihal Jesus padanya. Dia pun tersentap... hingga dalam tak sedar, teguran itu sebenarnya perlahan-lahan telah membuka mata hatinya untuk melihat kebenaran yang selama ini terhijab oleh zulmat kejahilan. Dan ketika itu, cahaya hijrah jua tampil menyapa. Hatinya mula tersentuh.

Maka benarlah... hidayah itu milik mutlak Allah dan Dia berhak memberikan ia kepada sesiapa sahaja bahkan dengan apa cara sekalipun bertepatan dengan kehendak dan kemahuanNya meskipun dalam keadaan hambaNya masih belum bersedia sepenuhnya.

Dan sebenarnya, bukanlah perkara yang mudah baginya untuk berubah dalam keadaan keluarga yang muallaf. Hinggakan dia harus berdiri dalam nafasnya sendiri untuk mencari agama yang pernah hilang dalam hidupannya disaat dia terasing jauh dari keluarga.

Anugerah Teragung Dari Tuhan ~ Ainul Farihah

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Semua orang pernah rebel, paling tidak pun, semua orang ada sisi rebelious masing-masing. Ini kisah seorang Amrullah Khairi, bekas taiko gangster sekolah biasa-biasa, tiba-tiba kena campak masuk sekolah agama di ceruk kampung mana entah. Gila tak rebel? 

Gara-gara bergaduh dengan member baik sendiri, Imran, di sekolah lama sampai dia yang patah riuk lengan dan kaki, manakala Imran pula masuk juvana, ayah buat keputusan drastik untuk pindahkan dia ke sebuah sekolah agama. Dia jadi panas hati. Ayah tinggal dekat UK, main ‘campak’ je dia dekat sekolah macam ni. Bagi Amrullah Khairi, bertemu Anas Fattah dan kroni-kroninya merupakan satu rahmat Tuhan. Mereka dikira sangat rare untuk wujud di sekolah seperti ini. 

Dengan Muaz Muqri yang ada masalah ketagih rokok, Ammar As’ari dengan couplenya, Daniel Ridza yang punya attitud kemalasan tahap langit ketujuh, dan Anas Fattah sendiri merupakan abang long kawasan. . Sementara itu, Qa’id, seorang pelajar lama di sekolah tersebut melihat Amrullah Khairi dari sudut pandangan lain daripada apa yang orang lain lihat. Di kala ramai menghakimi Amrullah Khairi sebagai pelajar tiada harapan, Qa’id tetap optimis memandang Amrullah Khairi sebagai seseorang yang punya potensi yang hebat. Amrullah Khairi sendiri tak faham kenapa Qa’id beria-ria menyantuninya dengan baik. 

Semusim di Mahsyar: Ratap Dari Pembaringan Lahad ~ Hadi Fayadh

(SEM & S/S) RM29.90 > RM26.30

Karya tinta cerita yang diceduk dari relung prasasti hati, seorang anak gadis yang pernah di matikan Allah seketika, "Mati Suri". Dia dikebumikan selama 5 hari berturut-turut dengan satu jasad misteri. Kematiannya berpunca dari kegagalan proses pembedahan jantung berlubang yang dihidapinya. Doktor mengesahkan kematiannya, lalu jenazahnya melalui proses pengembumian seperti biasa. 

Naluri kuat hati seorang ayah, dititipkan Allah melalui mimpi aneh. Anak gadisnya dilihat berjalan pulang kerumah dengan balutan kain kapan yang dipenuhi darah, nanah dan tanah. Hanya satu perkataan yang disebutnya' " Ayah, iqlima tak mati lagi... selamatkan saya ayah". Dengan raut wajah yang sangat mengerikan dia mengulang ayat yang sama sehingga Ayahnya mulai gusar tentang mimpinya. Dengan kudrat sebagai lelaki yang lumpuh seluruh badan, dia mengesot berjalan beberapa kilometer untuk menyakinkan orang kampung tentang apa yang dialami oleh mimpinya. 

Apa yang terjadi kepada Ayahnya ? Mampukah mesej anaknya disampaikan? Benarkah anaknya masih hidup? Bagaimana anak gadis iqlima ini diselamatkan? Apa pula pengalaman yang dilaluinya selama 5 hari ditanam di dalam Kubur? Siapa pula mayat yang ditanam bersama-sama dengannya? Semusim Di Mahsyar sebuah rentetan sejarah peradaban. Dipaut Allah buat insan yang terpilih, merasai dan melalui kematian yang tidak lagi mampu digambarkan.

Ketika Azazil Berputus Asa ~ Hadi Fayyadh

(SEM & S/S) RM29.90 > RM26.30

KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA : Rungkai Misteri Dunia yang disembunyikan.

Kisahnya dibongkar di dalam kitab kuno lampau. Kebangkitannya disebut ribuan tahun lalu. Makhluk Purba yang hidup di dalam sangkar tahanan Tuhan.

Dia menggelarkan dirinya sebagai “Tuhan Abadi” lantas di dahinya terukir KA Fa Ra. Berita kemunculannya jadi amaran setiap Ummat. ‘The Power of God' bakal dinobat. Penakluk Jendela Timur dan Barat.

Tujuh Penjuru Pintu Dunia, bakal tertutup rapat. Dimensi MASA dan USIA terus berlari. Rotasinya berputar pantas, bagai bukan lagi sehari. Paksi, dan medan magnerik Bumi tidak selari. Matahari terbenam, terbit dari ufuk misteri.

Disana, ada cahaya dari Ufuk Timur. Sinarannya mencetus ledakkan pertembungan. Al-Mahadi dan Isa Ibn Maryam, pemusnah dogengan kehebatan. Di belakangnya gah tentera pembawa panji destini ketauhidan dan keamanan.

Misi dominasi empayar Iblis bakal dihancurkan. Kembara ini, menembusi era dan zaman, jawaban kepada umat penutup peradaban kehidupan.

Semusim di Barzakh ~ Hadi Fayyadh

(SEM & S/S) RM29.90 > RM26.30

Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah, dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.

Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..

Semusim Dalam Jahiliah ~ Nuridhzuan Al-Farikh

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Mengapa harus berasa jauh… Sedang cinta dan rahmat Allah itu sentiasa dekat?

Tuesday, September 5, 2017

Penawar Kehidupan ~ Fazimah Hayati, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Sifat manusia itu lemah. Sering kali tewas dek bisikan nafsu dan syaitan. Lalu mereka perlu mencari penawar agar hidup tidak tersasar dari jalan yang benar.

Penawar Kehidupan mengajak manusia berfikir sejenak. Ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Ada akal yang perlu digunakan.

Aku Berdosa: Pembunuh Umur 12 Tahun ~ Shasya Ali, Rashiela Nurain

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Assalamualaikum.
Apa khabar, Nek Mak? Saya doakan nenda tersayang sentiasa sihat.

Sebenarnya sejak kali pertama kita terpisah, fikiran sentiasa bercelaru. Tidak tahu mana yang benar, mana yang sebaliknya. Akibat terlalu mengikut perasaan, akhirnya saya terjerumus ke kancah durjana.

Kini tiada sesiapa percayakan saya, Nek Mak. Sedihnya rasa diri ini... berdosanya saya terlibat dalam jenayah membunuh yang menjerat diri!
Semoga Tuhan sudi ampunkan dosa saya... semoga masih ada peluang untuk saya perbaiki diri menjadi manusia berguna.

Yang berdosa,
Qodri

Ustazah Sentap #perangdakwah ~ Ain Maisarah, Nana Syazana

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Trend pakai tudung nampak leher, dada, anak rambut, cuping telinga, anak telinga, mak telinga dan pelbagai ini... semuanya datang dari mana? Tahulah sekarang tudung mahal sampai beribu ringgit, tetapi janganlah kedekut kain.

Jika mahu berfesyen pun, ikutlah syariat Islam. Tutuplah segala apa yang diwajibkan Tuhan. Tutuplah aurat demi mencari keredaan. Bukannya mendamba populariti, bukan kerana menjaga persepsi. Tidak juga kerana gambar OOTD yang diharap menerima banyak like di Instagram dan FB. Moga Allah beri kita kekuatan meninggalkan jahiliah moden yang semakin membarah dalam masyarakat. Janganlah tergolong dalam kumpulan perempuan berhijab, tetapi dibakar di neraka!

#ustazahsentap

Rahsia Dan Kelebihan Sedekah ~ Syahrin Jasah

(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Semua orang tahu bahawa sedekah adalah amalan yang baik. Orang yang suka bersedekah disukai Allah, disukai masyarakat dan membawa ke syurga. Namun tidak ramai yang tahu rupanya banyak lagi keutamaan atau kelebihan sedekah.
Di antara kelebihannya, sedekah memurahkan rezeki, sedekah dapat menyembuhkan penyakit, sedekah dapat memanjangkan umur, memadamkan murka Allah, mensucikan jiwa dan pendinding dari neraka. Sedekah juga dapat menutup 70 pintu keburukan, sedekah menyebabkan dikabulkan doa clan banyak lagi rahsia dan kelebihan sedekah yang dihuraikan dalam buku ini. Untuk lebih lengkapnya lihatlah kandungan buku ini.Keterangan Buku :

Semua orang tahu bahawa sedekah adalah amalan yang baik. Orang yang suka bersedekah disukai Allah, disukai masyarakat dan membawa ke syurga. Namun tidak ramai yang tahu rupanya banyak lagi keutamaan atau kelebihan sedekah.

Di antara kelebihannya, sedekah memurahkan rezeki, sedekah dapat menyembuhkan penyakit, sedekah dapat memanjangkan umur, memadamkan murka Allah, mensucikan jiwa dan pendinding dari neraka. Sedekah juga dapat menutup 70 pintu keburukan, sedekah menyebabkan dikabulkan doa dan banyak lagi rahsia dan kelebihan sedekah yang dihuraikan dalam buku ini. Untuk lebih lengkapnya lihatlah kandungan buku ini.

Kisah-kisah Keajaiban Bersedekah ~ Khalid Sulaiman Al-Rab'i

(SEM & S/S) RM6.00 > RM5.30

Harta kita tidak akan berkurangan atau habis kerana disedekah, malah ia akan dibalas dengan kebaikan atau digandakan lagi oleh Allah S.W.T. Tetapi di zaman yang memandang harta dan wang ringgit sebagai amat penting ini. sedikit sebanyak menyebabkan manusia menjadi semakin kedekut dan tidak mahu bersedekah. Apatah lagi menyumbangkan harta ke jalan Allah. ini disebabkan kerana mereka bertikiran bahawa dengan bersedekah ini akan menyebabkan mereka miskin atau bankrap. Kepapaan, kemiskinan atau kebankrapan adalah mimpi yang amat ngeri bagi mereka.

Tetapi seandainya setiap manusia mengetahui dan yakin akan fadilat, kelebihan dan keajaiban bersedekah ini maka setiap isi dunia ini akan menjadi sangat pemurah. Kasih sayangnya akan melata di mana-mana. Buku ini memaparkan beberapa kisah keajaiban orang yang bersedekah. Betapa beruntung dan istimewanya mereka ini kerana lebih mengutamakan ganjaran daripada Allah dan begitu teguh keyakinan mereka terhadap Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga secebis kisah yang dipaparkan di dalam buku ini akan menjentik jiwa kita agar meringankan seluruh anggota tubuh kita untuk bersedekah. Dan dengan keyakinan yang teguh kita percaya bahawa Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Budak Meja Belakang ~ Shah Ibrahim

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

"Catatan pengalaman penulis ini membawa kita mengimbau kembali zaman persekolahan yang pernah dilalui satu ketika dahulu. Mereka yang membesar dalam era 80-an dan 90-an pastinya akan sering kali tersenyum dan mengangguk sendirian sambil membaca buku ini. Ia bagai mesin masa yang menyelusuri kisah hidup seorang pelajar dari zaman hiruk-pikuk sekolah rendahnya hingga ke era kematangan di sekolah menengah."
- Ahmad Affzan Abdullah, penulis buku Mat Cleaner UK

"Naskhah ini adalah satu bentuk tulisan yang jujur dan tak dibuat-buat. Kisah pengalaman peribadi penulis digarap secantik boleh untuk mengajak para pembaca mengikuti bersama-sama pengalaman yang dia rasa, sedikit kritikan dan perbandingan sosiobudaya serta pendidikan antara dua negara, Malaysia & Scotland ditulis secara cynical dalam naskhah ini. Naskhah ini bukan untuk orang yang cepat terasa hati, buku budak meja belakang ini, ditulis khas untuk orang yang menang."
- Rafiuddin Rabu, Penulis Ujian/Masharakat, Februari dan Cerita Bangsa Gemok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...