Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, November 30, 2017

Hiatus ~ Budak Tomato, Amir Talhah

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Hidup ini perjalanan yang akhirnya bukan pada mati.

Buku ini baris-baris tulisan pada kamu, Tapi setiap baris-baris ini ibarat garis-garis luka torehan pada lengan dan peha aku.

Buku ini sekadar buku pada kamu. Tapi buku ini dipenuhi rahsia aku. Buku ini mungkin sekadar cerita menagih simpati pada hematmu. Tapi buku ini luahan jiwa gersang yang memerlukan cinta, pada aku.

Yang kamu pegang ini lebih daripada sebuah buku. Ini sebahagian daripada jiwa aku. Ini luka aku. Ini kecewa aku. Ini ubat penenang aku. Ini cinta aku. Ini air mata aku. Dan ini, realiti aku.

Ini mungkin, fiksyen kamu. Tapi bukan, pada aku.

Fail Rockefeller ~ Gary Allen

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Amerika Syarikat sememamgya memiliki sebuah keluarga yang luar biasa kekayaannya. kekayaan Biill Gates pun tidak akan tertanding dengan keluarga ini yang mampu menyara keturunannya selama beberapa generasi, keluarga itulah Rockefeller!

Gary Allen, penulis buku Rockefeller’s Files pernah berkata kekayaan dan kekuasaan mereka dapat menciptakan krisis kewangan global dalam waktu semalaman?

Jangan lupa, mungkin kali ini kita memahami ke manakah impian lain Rockefeller, Penaklukan Dunia dan New World Order.

Himpunan Kisah Pahlawan Islam ~ Sayyidah Nafisah

(SEM & SS) RM21.90 > RM19.30

Zaman perkembangan awal Islam menjadi saksi kepada kehandalan para pahlawan mempertahankan agama dan negara. Mereka sanggup bergadai nyawa, serta bermatian dalam berjihad menentang musuh kafir.

Perang Badar, Uhud, Yamamah dan peperangan lain membuktikan setiap Muslim ketika itu adalah pahlawan, tentera dan prajurit yang sedi melibas perang bila-bila masa.

Cita-cita mereka bukanlah ghanimah atau pangkat perang, tetapi semunya mengimpikan syahid yang mulia di sisi Allah SWT. Dalam buku ini disertakan hanya beberapa pahlawan sahaja daripada beribu syuhada lain.

Sejarah Gerakan Reformation Dunia ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM35.90 > RM 31.60

'Reformation' yang berlaku pada abad ke-16 di Jerman bukan perubahan atau pembaharuan biasa, tetapi sebuah gerakan besaryang mengubah agama Kristian secara besar-besaran di Eropah Barat. Gerakan ini dilihat unik dalam sejarah peradaban manusia, lantaran motivasinya telah membawa kesedaran untuk menentang penyelewengan gereja Katolik oleh Protestan. Walaupun gerakan yang bermula di Jerman ini telah memperluas ajaran Protestan, masih ada penganut yang tegar mempertahan Gereja Katolik, sehingga timbul pula Counter Reformation yang menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru. 

Kesan daripada gerakan ini, lahir pelbagai sistem. Bahkan Kristian terpisah kepada beberapa tahap dengan beberapa fahaman berbeza. Beberapa negara turut terpisah haluan dan para pemerintah turut hilang kekuasaan. Apakah gerakan Reformation dan Counter Reformation? Mengapakah gerakan ini begitu besar peranannya sehingga disenaraikan sebagai peristiwa terpenting dalam sejarah dunia?

Siapakah golongan Protestan? Siapakah Martin Luther? Semu perkaitan dengan peristiwa yang berlaku di tengah-tengah Renaissance ini akan terjawab dalam buku ini.

Dajjal Di Segitiga Bermuda ~ Muhamad Isa Dawud

(SEM & SS) RM25.90 > RM22.80

Segala-galanya bermula ketika penulis bertemu seorang individu berketurunan Yahudi yang mengaku telah membunuh Cherep Spiridovich, seorang gabenor berketurunan Skandinavia. Pembunuhan itu terjadi kerana Cherep telah menulis 2 buah buku terkenal berjudul The Hidden Hand dan The Secret World Government. Kedua-dua buku ini mengaitkan Dajjal (Messiah bagi orang Yahudi) dengan Segitiga Bermuda dan Misteri Piring Terbang.

Sejak itu, Muhammad Isa Dawud menjalankan pelbagai kajian , temubual dan pergi ke lokasi tertentu bagi mendapatkan bahan dan mengesahkan fakta-fakta yang diperolehinya. Buku dengan tajuk asal Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-'Alam Min Mutsallats Barmuda ini menjadi terkenal di seluruh dunia dan telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa.

Buku ini mengemukakan secara terperinci mengenai hubungan Dajjal dengan segitiga Bermuda dan Piring Terbang. Ia juga membongkar pelbagai strategi dan fitnah yang digunakan oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya bagi menakluki dunia. Dajjal Muncul Dari Segitiga Bermuda bukan buku bacaan santai yang sekadar dibaca bagi mendapatkan pengetahuan am tentang Dajjal. Sebaliknya, buku ini harus dijadikan persediaan dalam menghadapi zaman-zaman kegelapan menjelang kemunculannya.

Semoga Allah terus memelihara semua Muslim agar kekal dalam hidayah dan tali iman sekaligus menyelamatkan kita daripada fitnah besar yang amat dahsyat ini.

Era Perubahan Eropah dari Zaman Gelap Renaissance: Kelahiran Semula ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM36.90 > RM32.50

Kegemilangan Islam yang menyuluh Eropah Sekitar 600 Masihi itulah yang cuba di sorok oleh sejarah ukiran Barat. Telahan mereka, kemajuan yang di kecapi adalah bersendirian dan langsung tiada kaitan dengan Tamadun Islam.

Kerajaan Khalifah Islam: Kegemilangan Pemerintahan Abbasiyah dan Kemunculan Kerajaan Umaiyah di Andalus ~ Raffar Mat

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Selepas kegagalan kerajaan Umaiyah meneruskan kekhilafahannya, bani Abbasiyah bangkit sebagai kerajaan baru yang memimpin islam di tanah Arab dengan pelbagai pergelutan dan konflik. Bahkan tidak terhitung banyak pertumpahan darah bagi mempertahankan setiap kerajaan dan wilayah jajahan. Menariknya, sewaktu pemerintahan di Baghdad diambil alih oleh bani Abbasiyah (132-656H/750-1258M), berlangsung sebuah lagi kerajaan Islam bani Umaiyah yang gah berkembang di Sepanyol.

Sehingga beberapa abad itu, sejarah Islam telah memperlihat dua tamadun Islam ini bergerak seiringan. Namun, antara mereka tetap dicelahi dengan pertempuran lantaran ingin mengatasi satu sama lain. Lantas ketika itulah berlakunya peperangan saudara yang pertama di dunia.

Sejarah perkembangan Islam sendiri melihat deretan khalifah yang pelbagai sifatnya. Kebanyakannya tidak menjalankan amanah sebagai muslim sejati. Padahal kewibawaan dan bakat para khalifah sangat berperanan dalam meluaskan, menguatkan mahupun menjatuhkan sesuatu kerajaan itu.

Sejarah Islam juga terlalu luas untuk diterokai, sehinggakan ada juga sisi gelap yang langsung tidak diketahui. Tidak mustahil dalam buku ini terdapat banyaka catatan baru yang selama ini belum pernah dipelajari.

Thursday, November 23, 2017

Istiqamah ~ Hafizzuddin Afif

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

Setiap manusia pasti melalui fasa fitrah kembali kepada Tuhan. Menangis memohon taubat dan berjanji untuk taat kepada perintah-Nya.

Namun dalam proses penghijrahan, kita akan diuji dengan ujian sebagai tiket untuk meraih syurga. Hanya mereka yang istiqamah yang layak mendapatkannya, dan mereka yang cepat berputus asa akan jatuh kembali ke lembah dosa.

Bagaimana ingin istiqamah dalam perubahan?
Jawapannya ada pada buku ini.

Jangan takut untuk menyahut seruan 'fastaqim' (segera istiqamah) kerana janji Allah benar.

Solat Mukmin VS Solat Muslim ~ Ustaz Muhammad Nasib Zawawi

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku SOLAT MUKMIN vs SOLAT MUSLIM dikarang oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bertitik tolak daripada keadaan semasa umat Islam di seluruh dunia terutamanya penderitaan umat Islam di Palestin, Syiria dan umat Islam Rohingya. Kenapa semua ini terjadi sedangkan akidah mereka sama dengan akidah kita. Sama-sama menyembah Allah. Adakah Allah tidak lagi menyayangi kita?

Berhenti menyalahkan Allah tetapi salahkan diri kita sendiri, umat Islam yang telah lama tidak menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita juga tidak bersungguh-sungguh mengabdikan diri kita kepada-Nya dan telah banyak pula larangan Allah yang kita kerjakan.

Melalui solatlah kita dapat memperbaiki hubungan rasmi kita dengan Allah SWT. Kita tingkatkan solat kita daripada solat Muslim kepada solat orang Mukmin. Daripada solat yang hanya mementingkan kuantiti kepada kualiti. Solat yang mengharapkan upah semata-mata kepada solat yang memberikan ketaatan dan cinta. Moga dengannya Allah pasti membantu kita umat Islam seluruh dunia untuk kemuliaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Insya-Allah.

Tuesday, November 21, 2017

Nasihat Buat Diri ~ Habib Ali Zaenal Abidin

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Buku kedua Habib Ali Zaenal Abidin yang mengumpulkan 40 nasihat. Kesinambungan judul bestseller Nasihat Buat Hati.

Friday, November 17, 2017

Muslim Sunni: Memahami Isu Agama Melalui Manhaj Sederhana ~ Dr. Mohammad Nidzam Abd. Kadir

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Tulisan ini adalah tentang Ahli Sunah wal Jamaah atau juga dikenali sebagai Sunni. Sesungguhnya umat Islam terbahagi kepada pelbagai kumpulan dan puak. Antara kumpulan uang mempunyai kaitan dengan dasar agama ialah Ahli Sunah wal Jamaah atau Sunni. Maka, disebut Muslim Sunni. Hali ini bermaksud kita ialah Muslim yang mengikut manhaj Ahli Sunah wal Jamaah. Banyak golongan mendakwa bahawa kumpulan mereka adalah Ahli Sunah wal Jamah. Bagi masyarakat awam, kemungkinan wujud kekeliruan dalam memahami istilah ini. 

Justeru itu, tulisan ini berhasrat ingin membicarakan Ahli Sunah wal Jamaah kepada masyarakat awam agar kita dapat memahaminya dengan baik.

Masalah Remaja Autisme ~ Fariza Md Sham, Manisah Mohd Ali, Zuliza Mohd Kusrin, Siti Nurlina Muhammad, Rosmawati Mohd Rasit, Salmihah Che Mud

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Autisme adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat. Kajian membuktikan bahawa dewasa ini berlaku peningkatan jumlah anak yang dilahirkan mengalami autisme. Anak- anak ialah insan istimewa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada ibu bapanya. Namun sejak kebelakangan ini, isu yang menjadi persoalan dalam kalangan ibu bapa dan guru adalah berkenaan perihal seksualiti yang di alami oleh anak autisme, terutamanya apabila mereka melangkah ke usia remaja.

Thursday, November 16, 2017

Bila Abah Sakit ~ Dr Hayati Yasmin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

19 Mei 2011

1. Losartan potassium (cozaar) 100 mg OD
2. Folic acid 10 mg OD
3. Prazosin (minipres) 5 mg TDS
4. Amlodipine 10 mg OD
5. Vit B Co II OD
6. Ca Carbonate III TDS (1 tablet 500 mg)
7. Ferrous fumarate II OD (1 tablet 200 mg)
8. Minoxidil (loniten) 2.5 mg OD
9. Methyldopa 250 mg TdS
10. Enalapril (invoril) 20 mg BD

Ini bukan senarai ubat pesakit yang aku tengok di jabatan kecemasan. Senarai ubat abah yang aku simpan di iPad2. Untuk peringatan agar aku tahu jenis ubat yang abah ambil. Kini ianya menjadi memori. Pemilik senarai ubat ini sudah tiada. Dan aku sentiasa merinduinya. Cuma boleh menatap kenangan. Yang tinggal pada senarai ubat.

Suri Rumah Profesional: Jutawan Di Rumah ~ Hajah Siti Nadzrah Sheh Omar

(SEM & SS) RM37.00 > RM32.60

Buku ini nukilan Hjh. Siti Nadzrah Sheh Omar, Mom No. 1 di Malaysia. Beliau telah menulis buku BESTSELLER “Membina Keluarga Profazz” dan “Membina Keluarga Profazz 2”.

Hjh. Siti Nadzrah Sheh Omar atau lebih dikenali sebagai Ummi Profazz telah berjaya mendidik 5 orang anak lelaki menjadi Huffaz Al-Quran dan pada masa yang sama mereka bekerjaya dalam pelbagai bidang profesional seperti peguam, doktor, pengurus syarikat dan jurulatih motivasi.

Fokus dalam buku ini ialah pendedahan pengalaman, tip dan strategi untuk melahirkan ibu suri rumah yang hebat, ibu bekerjaya di rumah yang mantap, pilihan kerjaya dari rumah yang tepat, bagaimana mengurus kewangan dan masa dengan cekap sehingga akhirnya terhasil lebih ramai Suri Rumah Profesional : Jutawan Di Rumah.

Monday, November 13, 2017

Never Give Up! Allah Kan Ada ~ Ustaz Hanafiah Abd. Malek

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Kadang berada di atas kadang berada di bawah. Hidup ini juga seperti laut. Adakalanya tenang, dan adakalanya bergelombang di hantam badai.

Itulah kehidupan. ..

Ujian dan musibah? Setiap orang akan lalui semua itu, sesuai dengan kadar kemampuannya. Itu janji Allah. Jangan pernah sekalipun berkeluh kesah dan berasa seperti dibebani. Jangan membiasakan diri selalu berfikiran negatif, kerana jika kita terus menerus dirundung rasa khuatir, maka sampai bilapun kita tidak akan boleh meraih apa yang kita mahukan. Yang ada hanyalah kegelisahan yang akan mendampingi kita, sedangkan kita perlu ingat bahawa kegelisahan itu adalah milik mereka yang selalu berputus asa. Dan Allah sangat tidak menyukai orang-orang yang cepat give-up.

Buku Never Give-up! Allah kan Ada ini banyak memberikan motivasi dan semangat dalam diri kita untuk tidak cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan menimpa kita. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati. Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.

Jangan putus asa hanya kerana Manusia. Jangan menyerah hanya kerana urusan dunia.
Ingat, ada Allah. Dia Maha Segalanya

Matla' Al-Badrain: Panduan Sempurna Ibadah Seorang Muslim Jilid 1,2,3 ~ Susunan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

(SEM & SS) RM100 > RM88.00

Ketebalan:
Jilid 1 – 368 halaman
Jilid 2 – 328 halaman
Jilid 3 – 440 halaman

Matla’ al-Badrain merupakan kitab fiqh yang terkenal di Tanah Melayu. Walaupun usia kitab ini sudah menjangkau lebih daripada 130 tahun, namun isi kandungannya tetap relevan untuk dijadikan rujukan utama generasi kini dalam beribadah. Naskhah ini telah disusun semula dalam tiga jilid dan dikemaskini oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca terhadap istilah-istilah yang digunakan.


Riyadhus Solihin: Taman Orang-orang Soleh ~ Imam Al-Nawawi

(SEM & SS) RM95.00 > RM83.60

Riyadus Solihin adalah sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis daripada Kutubus Sittah iaitu enam kitab hadis yang paling utama dalam Islam. Kitab ini telah dijadikan pegangan selama ratusan tahun bagi para ulama dan penuntut ilmu kerana kedudukan ilmiah yang dimiliki oleh pengarang sendiri dan pemahamannya yang tinggi terhadap sunnah Rasulullah.

Isi kandungannya meliputi bimbingan yang dapat membina jiwa dan kekuatan untuk menghiasi kehidupan dengan amal kebaikan. Selain itu, naskhah ini menyentuh keperluan setiap aspek peribadi seorang Muslim dan hubungan dalam masyarakat. Tidak dinafikan kitab ini menjadi panduan dalam persediaan kita menuju Akhirat yang kekal abadi.

Antara kandungan menarik:
- Menguruskan masalah hati dan kekotoran jiwa.
- Motivasi dan dorongan untuk melakukan amal ibadah.
- Menjaga hubungan manusia dalam kehidupan bermasyarakat.
- Aspek moral dan adab dari mulai bangun tidur sampai kembali tidur.
- Perbahasan hukum-hukum syarak terutamanya dalam Mazhab Syafie.

Friday, November 10, 2017

Fiqh Al-Hijrah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Buku Fiqh al-Hijrah dikemukakan kepada khalayak dan umat Islam bersempena dengan sambutan Maal Hijrah bagi memahami dan mengambil pengajaran serta iktibar daripada peristiwa Hijrah Baginda. Sekalipun ia bersifat kecil tetapi dirasakan telah memadai berdasarkan pengajaran dan iktibar yang dikemukakan. Ia bermula dengan mukaddimah hijrah Rasul hingga sampainya Baginda ke kota suci Madinah al-Munawwarah.

Thursday, November 9, 2017

Biografi Agung Fathi Yakan: Idealog Dakwah Dari Lubnan ~ Mohd Rumaizuddin Ghazali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Fathi Yakan (1933- 2009) adalah seorang tokoh gerakan Islam di Lubnan. Beliau telah menghasilkan lebih dari 40 buah buku yang meliputi dakwah dan sifat-sifat pendakwah yang berjaya serta isu-isu semasa umat Islam. Pemikiran dakwah amat baik dikaji dan diambil sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang amat berharga kepada generasi kini dan juga organisasi yang berteraskan dakwah. Buku ini mengkaji beberapa aspek pemikiran Fathi Yakan terutama mengenai ciri-ciri pendakwah dan gerakan Islam serta kupasannya dalam membina keperibadian para pendakwah yang berjaya di samping memaparkan latar belakang Fathi sebagai seorang pendakwah dan ahli politik. 

Perjuangan dakwahnya mengalami pasang surut dalam masyarakat Lubnan yang pelbagai ideologi dan kumpulan. Kedudukan masyarakat Islam dan bukan Islam di Lubnan adalah sama rr banyak, 50:50%. Keadaan ini menyebabkan kerja-kerja dakwah dan gerakan Islam di Lubnan perlu mengambil kira segala aspek agar Islam dan dakwah terus subur. Oleh itu, pendekatan dan pemikirannya dalam menghadapi situasi kepelbagaian ini menarik untuk dikaji dalam konteks dakwah kita di Malaysia. Beliau sentiasa menyarankan agar aspek kepelbagaian dan realiti masyarakat diambil sebagai faktor utama dalam melaksanakan aktiviti dakwah.

Kapsul Iman: Satu Ubat Seribu Rawat ~ Ustaz Mohd Fadli Yusof

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Pernah suatu ketika, seorang pesakit datang kepada seorang arif, Sofyan r.m. Pesakit itu bertanya kepadanya, “Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh daripada Allah Taala. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan.”

Sofyan r.m, ulama yang arif itu lalu berkata kepadanya, “Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa buah akar KEIKHLASAN, daun-daunan KESABARAN, dan perahan KERENDAHAN HATI. Letakkan semua dalam wadah KETAKWAAN, lalu tuangkan ke dalam cairan RASA TAKUT, kemudian adun dengan api KESEDIHAN.

Saringlah dengan saringan KEWASPADAAN dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan KEJUJURAN, lalu minumlah dari gelas ISTIGHFAR yang telah dicampurkan dengan air KESOLEHAN.

Sesudah itu jauhkanlah dirimu daripada RAKUS dan SERAKAH, insya-Allah, dengan izin Allah Taala, engkau akan SEMBUH daripada penyakitmu itu.”

PENULIS
Lahir pada 4 April 1967 di Lumut, Perak. Mendapat pendidikan di Qismu Dakwah Wal Qiadah Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman berdakwah di Asia Tenggara dan Jepun. Beliau juga menyumbang kepakaran sebagai konsultan untuk program di beberapa agensi kerajaan dan swasta serta menjadi pembimbing umrah bersama Nexus Holidays Sdn. Bhd.

Amalan Penghapus Dosa ~ Imam Ibn Al-Dayba'

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Harapan tertinggi seorang Muslim adalah meninggalkan dunia ini dengan senyuman yang terukir di wajah. Puas selepas mempersembahkan yang terbaik sepanjang hidupnya. Hari kematian menjadi saat yang paling dinanti-nantikan. Kedatangan malaikat maut akan disambut dengan gembira. Roh keluar ibarat seseorang yang hendak bercuti selepas penat bekerja. Buku ini menghimpukan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, kalam ulama serta syair-syair berkenaan amalan menghapuskan dosa. 

Kami melihat kitab ini amat wajar diterjemahkan sebagai pendorong kepada kita, umat manusia yang sering terpalit dengan dosa. Boleh dikatakan setiap hari kita melakukan dosa. Sama ada dosa dengan Allah atau yang bersangkutan dengan manusia. Tambahan pula, teknologi dan media yang tidak terbatas membuatkan umat masa kini lebih mudah terdedah kepada dosa.

Paradigma Baharu Guru Pendidikan Jasmani & Sains Sukan (Edisi Pertama) ~ Junaidy Mohamad Hashim

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Penulis menerapkan teori konstruktivisme sebagai asas penulisan bagi mengenal pasti paradigma baharu yang perlu di miliki oleh setiap bakal guru serta guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Model standard Guru Malaysia (2009) yang dibentuk berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (1982) dijadikan sebagai panduan dalam penulisan bagi menjelaskan profesionalisme keguruan bakal guru serta guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 

Penulis mengupas mengenai saranan untuk meningkatkan tahap kesediaan, kesedaran dan profesionalisme bakal guru dan guru. Terdapat juga kajian-kajian berasaskan ukur lilit WHR, Amalan 7 Persepsi Corbin & Lindsey (1978) dan Bateri Ujian Prudential Fitnessgram®.

Raikan Cinta ~ Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Selamat Pengantin Baharu: RAIKAN CINTA – Pesanan Buat Semua merupakan anekdot pemikiran yang dicatatkan penulis tentang urusan perkahwinan, menantu, mentua, anak dan kaum keluarga melalui satu detik penting kehidupan manusia.

Ia berupa panduan dan pesanan-pesanan yang boleh dimanfaatkan khalayak. Salah satunya, bagaimana mengatur majlis perkahwinan yang patuh syariah.

Amat sesuai untuk bacaan bakal pengantin dan bakal mentua. Malah, sesuai dijadikan cenderamata untuk jemputan yang hadir pada majlis perkahwinan.
-----
Dengarlah pesanan ini duhai anak …

Jika hati sudah dimiliki, segera khabarkan kepada mama dan ayah. Biar keluarga berurusan dengan keluarga. Usah berkawan berlama-lama.

Dia Bukan Malaikat ~ Muhd Iqbal Samsudin

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

“The world is a book and those who do not travel read only one page.” (St. Augustine)

SINOPSIS:
Buku DIA BUKAN MALAIKAT, garapan oleh penulis Muhd Iqbal Samsudin. Beliau telah memilih genre cerpen untuk buku PURIS kali ini.

"Di sana, saya ditempatkan dengan seorang Melayu. Dia nampak selekeh sangat. Muka comot penuh dengan tampok hitam-hitam, gigi kuning pekat, rambut kusut masai, kasar bersikat tepi dan berkuku panjang. Tapi ada satu sahaja yang saya hairan, dia sungguh wangi. Bau wanginya semacam dengan minyak atar yang selalu ustaz-ustaz guna untuk ke masjid. Saya jadi pelik. Tersangat pelik ... .”

Geng Masjid ~ Hisham AR

(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Musuh utama kita adalah kejahilan, Maka jihad kita adalah keluar daripada kepompong kejahilan ini dengan menuntut ilmu dan rajin hadir ke majlis ilmu.

Seronok Belajar Scratch 2.0 ~ Hafizah Husain

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Kemahiran menulis aturcara memerlukan kemahiran komputasi, berfikir secara logik dan kemahiran untuk mencari penyelesaian kepada masalah. Scratch tidak hanya terhad kepada kanak-kanak. Para remaja boleh menggunakan Scratch untuk menghasilkan atur cara yang lebih kompleks. Ia juga boleh digunakan untuk berantara muka dengan papan pembangunan beasaskan mikropengawal.

Marugoto: Japanese Language And Culture Starter A1 Coursebook For Communicative Language Competences (Malaysia Edition) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM41.00 > RM36.00

MARUGOTO - Starter (A1) terdiri daripada dua buku: Katsudou (buku teks untuk aktiviti bahasa komunikatif) dan Rikai (Coursebook untuk kompetensi bahasa komunikatif). Di Katsudoo tujuannya adalah untuk membangunkan kemampuan berkomunikasi praktikal melalui mendengar pelbagai bahasa Jepun dan melalui amalan bercakap. Di Rikai, anda dapat secara sistematik mempelajari sistem bahasa yang diperlukan untuk komunikasi. 

Kedua-dua Katsudoo dan Rikai boleh menjadi bahan pengajaran utama, dan topik yang sama. Dengan belajar menggunakan kedua-duanya, anda boleh memperoleh keupayaan keseluruhan dalam bahasa Jepun.

Marugoto: Japanese Language And Culture Starter A1 Coursebook For Communicative Language Activities (Malaysia Edition) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM41.00 > RM36.00

MARUGOTO - Starter (A1) terdiri daripada dua buku: Katsudou (buku teks untuk aktiviti bahasa komunikatif) dan Rikai (Coursebook untuk kompetensi bahasa komunikatif). Di Katsudoo tujuannya adalah untuk membangunkan kemampuan berkomunikasi praktikal melalui mendengar pelbagai bahasa Jepun dan melalui amalan bercakap. Di Rikai, anda dapat secara sistematik mempelajari sistem bahasa yang diperlukan untuk komunikasi.

Kedua-dua Katsudoo dan Rikai boleh menjadi bahan pengajaran utama, dan topik yang sama. Dengan belajar menggunakan kedua-duanya, anda boleh memperoleh keupayaan keseluruhan dalam bahasa Jepun.

Wednesday, November 1, 2017

Lagenda Budak Usrah ~ Muharikah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Budak usrah bukanlah orang yang berburuk sangka dan suka judge orang lain.

Budak usrah adalah orang yang akan selalu melihat orang lain penuh optimis dan penuh harapan.

Dia tidak melihat orang lain yang berbeza dan kurang tarbiah sebagai orang yang lebih rendah daripada dirinya. Dia akan berusaha menarik semua orang di sekelilingnya ke syurga. Dia tidak mendabik dada, walaupun cara dan tindakannya lebih benar daripada orang lain.

Budak usrah bukanlah juga orang yang bercakap kasar dan melemparkan kata-kata mengguris hati atas nama dakwah.

Budak dakwah tidak takbur dengan kumpulan dan grup usrahnya. Paling penting, tidak memandang rendah pada orang lain

Jika usrah membawa kebahagiaan dan jalan benar bagi hidupmu, kenapa hatimu bersangka buruk pada orang lain. Jika usrah memberi kesan pada jiwamu, namun kenapa akhlakmu tidak menggambarkan kesolehanan dirimu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...