Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, May 27, 2013

Taubat Seorang Pelacur ~ Alang-alang Timur

“Sesungguhnya, aku telah tertawan dan tergia-gila oleh kecantikanmu! Segala usaha telah aku lakukan utuk menidurimu. Tetapi aku benar-benar tidak mampu. Aku merasakan Allah melihat perbuatanku. Aku benar-benar amat takut kepada-Nya.”

Luar biasa, wanita itu tersentak mendengar kata-kata si pemuda itu. Selama melalui pekerjaannya, baru kali pertama si pelacur kelas pertama itu mendapati tetamu aneh yang tiba-tiba mengurungkan niatnya untuk menidurinya dan menikmati kenikmatan duniawi bersamanya. Dia pun berfikir, jika belum berbuat apa-apa pun pemuda itu sudah takut kepada Allah, bagaimana dengan dirinya yang telah bertahun-tahun menjual kehormatan diri tanpa rasa takut kepada Allah?

"Sesungguhnya, dosaku telah bertimbun banyaknya!' keluhnya perlahan.

Sejak saat itu, wanita itu meninggalkan segalanya. Harta yang melimpah dan kenikmatan dunia, dia tanggalkan semuanya demi mencari redha dan keampunan daripada-Nya.

Secebis kisah luar biasa ini yang begitu sarat dengan makna dan sinar pencerahan.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Sunday, May 19, 2013

Diari CELIK Saya ~ Prof Dr Muhaya Mohamad

Diari CELIK Saya

  • CELIK merupakan akronim untuk (Creative, Efficient, Loving, Innovative, Knowledgeable) dan dalam bahasa Malaysia (Kreatif, Efisyen, Penyayang, Inovatif, Berilmu) 
  • Diari ini menggalakkan pengguna/pembaca mensyukuri nikmat dari Allah SWT dengan menyatakan secara spesifik nikmat apa yang disyukuri pada setiap hari 
  • Diari ini khusus bagi kanak-kanak muslim dan menitikberatkan kepentingan solat 5 waktu. Pengguna diari ini perlu mencatit solat setiap hari dan tandakan samaada solat berjemaah dan tepat pada waktunya. 
  • Pelbagai lagi ruangan mearik yang dapat diisi oleh kanak-kanak CELIK. 
Semoga pengguna diari ini dapat membina jiwa yang bertaqwa, bersyukur dan berfikiran positif serta berjaya di dunia dan akhirat

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Thursday, May 9, 2013

101 Hadis Pengubatan Rasulullah ~ Ahmad Adnan Bin Fadzil

Banyak hadis yang diriwayatkan telah menceritakan betapa Rasulullah SAW ialah seorang individu yang menitikberatkan soal kesihatan dan cara memeliharanya. Bagaimanakah kaedah pengubatan yang Baginda lakukan? Adakah tatacara pemakanan yang sekian lama kita lakukan bertepatan dengan kaedah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW? Apakah fadilat dan kelebihan di sebalik pengubatan dan nutrisi Baginda?

Maka buku yang menjadi tatapan pembaca ini menjadi pilihan yang tepat bagi menghuraikan persoalan-persoalan sekitar pengubatan dan pemakanan Rasulullah SAW. Hal ini kerana buku ini menyajikan hadis-hadis pilihan yang menggambarkan pemakanan Nabi SAW secara sempurna. Maklumat-maklumat saintifik berkaitan yang ringan dan mudah untuk difahami. Memudahkan pemahaman pembaca dengan gambar rajah, carta dan tip berguna. 

Oleh itu, buku ini sesuai menjadi panduan yang terbaik bagi umat dalam mengatur pemakanan dan pengubatan bertepatan dengan gaya Rasulullah SAW agar menjadi teladan untuk diikuti oleh umatnya. Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat dan pedoman buat kita bersama.

*****

(SEM & S/S) RM23.00 - RM20.20

Wednesday, May 8, 2013

Angguk Geleng ~ Pahrol Mohamad Juoi, Husna Hassan

Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya “diundang” ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan. 

Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa dipersalahkan. Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda; paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk–mengiyakan kebenaran; paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng – mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

*****

(SEM & S//S) RM22.00 - RM19.40

Aku Bersyukur Anakku Autisme ~ Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Hisham Ahmad

Bagi mereka yang mempunyai anak, adik-beradik, saudara-mara, sahabat atau anak murid yang menghidap autisme, maka memiliki ilmu dan kefahaman yang baik tentangnya adalah suatu yang penting dan perlu. Terdapat banyak kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melayani dan mendidik kanak-kanak autisme yang perlu dijadikan satu modul pendidikan komprehensif. 

Semua kaedah pendidikan semasa yang diamalkan sekarang berkaitan kanak-kanak autisme, mempunyai asas rujukan dalam al-Quran dan as-Sunnah atau tidak menyalahi kedua-duanya, kecuali mungkin pada sebahagian kecil dan sedikit yang memerlukan penelitian dan semakan.

*****

(SEM & S/S) RM17.00 - RM15.00

Mudahnya Mengemas Rumah! ~ Dahlia Syahrani Md Yusof

Buku “Mudahnya Mengemas Rumah! ” ini diterbitkan sebagai usaha untuk membantu para pembaca menjalankan aktiviti mengemas rumah. Semua idea, teknik dan tip yang disediakan dalam buku ini segar-segar belaka dan mampu membantu para pembaca dalam aspek penjagaan kebersihan rumah. Aspek kebersihan juga tidak hanya bertumpu kepada aktiviti mencuci, menyapu dan mengelap tetapi juga teknik dan tip membersihkan segala perkakasan di dalam rumah.

Buku ini harus dimiliki kerana ia memberikan panduan mengemas berwarna bagi memudahkan rujukan anda; menyediakan panduan mengemas secara langkah demi langkah bagi memudahkan anda mengikutinya; memberi idea baharu dalam teknik menyusun atur perkakasan di dalam rumah anda, dan memberi tip-tip menarik dalam setiap aspek penjagaan kebersihan di dalam rumah.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran ~ Mohd Solleh Ab. Razak

Buku ini digarap khusus buat pembaca dalam usaha mencorakkan masa depan anak-anak yang berteraskan al-Quran. Pembelajaran dan pendidikan berteraskan al-Quran yang bermula sejak kecil mampu menjamin akidah anak-anak daripada goyah, terseleweng atau terpedaya dengan pelbagai diayah masa kini. Selain itu, didikan supaya mencintai al-Quran sejak kecil juga mampu menghindar anak-anak daripada tergelincir dari landasan Islam yang sewajarnya. 

Buku ini membawa seribu satu manfaat kepada pembaca kerana dengan lahirnya generasi pencinta al-Quran, maka akan lahirlah umat yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Buku ini perlu dimiliki kerana ia memaparkan kaedah dan pendekatan untuk mendidik anak mencintai al-Quran. Memberi motivasi dan keyakinan kepada pembaca dalam mendidik anak pencinta al-Quran. Buku ini juga padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat pembaca untuk melahirkan anak yang mencintai al-Quran.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Kumpulan Cerpen Rahsia Cintaku ~ A. Ubaidillah Alias

Kumpulan Cerpen Rahsia Cintaku menghimpunkan 14 cerpen yang dilatari keindahan berlandaskan cinta kerana Allah SWT. Himpunan cerpen yang mampu menjentik jiwa pembaca ini merupakan hasil garapan seorang penulis berbakat besar, A. Ubaidillah Alias. Penyampaian mesej yang jelas namun padat dan penuh dengan penghayatan ini bakal mendidik dan menyedarkan pembaca tentang betapa indahnya berkasih sayang kerana Tuhan Pencipta cinta. 

Rahsia Cintaku mengungkap erti perhubungan yang didasari kesucian yang penuh hikmah. Selain itu, kisah bagaimana cinta yang didasari cinta kerana Allah itu mampu membawa semula manusia ke jalan yang benar dan diredhai-Nya. Semoga kisah-kisah penuh tauladan dan pengajaran ini bakal menjadi wadah membentuk jiwa masyarakat dan memberi sinar baharu buat mereka yang sedang mencari jalan menuju Kekasih-Nya Yang Maha Esa.

*****

(SEM & S/S) RM12.00 - RM10.60

Friday, May 3, 2013

Hebatnya Kuasa Hafazan ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kata pujangga, "Tidak dinamakan manusia kecuali kerana lupanya."

Hafazan adalah kaedah pembelajaran dan penyebaran ilmu sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan menjadi tradisi dalam kalangan salafussoleh.

Buku ini meneroka fungsi otak sebagai organ yang bertanggungjawab dalam proses hafazan dan ingatan manusia. Antara topik-topik yang dibincangkan dalam buku ini merangkumi:
  • Kelebihan hafazan
  • Kehebatan hafazan ulama terdahulu
  • Tip-tip memelihara ingatan 
  • Waktu dan tempat paling ideal bagi menghafaz
  • Isu lupa dan cara yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat, dan para tabiin dalam menghafaz.
*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/) RM13.00 - RM11.40

Demi Masa ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Imam Al-Fakhr Al-Razi berkata, "Allah bersumpah dengan masa kerana ia mempunyai pelbagai keajaiban. Ini juga kerana dalam tempoh masa itu, umat Islam dapat merasai kegembiraan ataupun kesempitan, kesihatan ataupun kesakitan, dan kekayaan ataupun kemiskinan. Selain itu, masa tidak dapat dinilai dengan sesuatu yang mahal dan berharga.

Justeru, buku Demi Masa digarap oleh penulis supaya menjadi motivasi bagi merujuk tingkah laku dan sikap orang yang berjaya menggunakan dan menguruskan masa.

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Fiqh Jihad ~ Yusuf Al-Qaradhawi

Buku ini khusus untuk:
  • Cendekiawan
  • Pengamal undang-undang
  • Sejarawan
  • Politikus
  • Aktivis
  • Pasukan keselamatan
  • Angkatan tentera
  • Pemikir
  • Orientalis
  • Pejuang agama
  • dan siapa sahaja yang ingin menyelami hakikat keindahan Islam.
Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti:

Hakikat jihad dalam Islam
Hukum perang antara negara Islam
Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain
Hukum memerangi rakyat di negara musuh
Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab)
Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini
Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim
Syariat jihad dalam Islam dan agama lain
Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan

*****

(SEM) RM260.00 - RM228.80
(S/S) RM263.00 - RM231.40

The Power Of Al-Quran ~ Dr. Danial Zainal Abidin

Buku ini adalah penambahan dan pengkhususan perihal tafsir Al-Quran berdasarkan buku Quran saintifik. Dr. Danial melihat ayat-ayat Al-Quran melalui kaca mata sains dalam mengetegahkan keajaibannya.

Kandungan:
Al-Quran menggegar Barat
Al-Quran Mengubah Dunia, Mencipta sejarah

Umat Al-Quran, Umat Luar Biasa
-Umat Al-Quran Mengubah Barat

Kitab-Kitab Allah seperti Peta
-Maksud Al-Quran, Tujuh Huruf serta Qiraat
-Dari Lohmahfuz Ke Baitul Izzah Kepada Nabi
-Ayat Pertama dan Ayat Terakhir

Keaslian Al-Quran Terpelihara

Proses Penulisan dan Pembukuan Al-Quran
-Perbezaan Antara Hadith Qudsi dan Al-Quran
-Ciri-ciri Khusus Al-Quran
-Fungsi Khusus Al-Quran
-Sikap Terhadap Al-Quran
-Ilmu Ulum Al-Quran

Tafsir dan Takwil
-ciri-ciri pentafsir al-Quran
-Tokoh-tokoh pentafsir al-quran
-Metodologi Tafsir Al-Quran
-Sains dan Al-Quran

Hadith Israiliyat dalam Kitab kitab Tafsir
-Al-Quran kitab Mukjizat
-Mukjizat-kebenaran kisah-kisah silam
-Mukjizat-Ramalan Menjadi Kenyataan
-Mukjizat-Kenyataan Saintifik Menjadi Kenyataan

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Wednesday, May 1, 2013

Kaedah Merawat Santau ~ Dato' Dr. Haron Din, Tuan Hj. Mokhtar Kassan

Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat.

Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Tuhan, Aku Kembali ~ Sham Kamikaze, Ainuddin Kamaruddin

Fitrah manusia, mereka akan sentiasa mahu kembali kepada Tuhan.

Inilah kisah penuh inspirasi, penghijrahan Sham Kamikaze, yang kembali menemui fitrahnya.

Persoalan bila, bagaimana, dan mengapa penghijrahan itu berlaku, diceritakan kisah demi kisah. Sehingga akhirnya, beliau hidup sejahtera dalam dunia dakwah.

Kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai titik mula, kepada sebuah penghijrahan.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...