Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, February 25, 2014

Al-Quran Al-Karim Amazing ~ Karangkraf

Al-Quran Amazing Karya Bestari mempunyai tujuh pembahagian utama berdasarkan keperluan praktikal masyarakat terhadap amalan seharian iaitu Ibadah, Muamalah, Akidah, Sirah Nabawi, Kisah Nabi dan Rasul, Asmaul Husna dan Terapi Qurani.

Terdapat 33 perkara dan keistimewaan yang boleh didapati dalam Al-Quran Amazing .

Antaranya ialah terjemahan tafsiriyah (per kata), penunjukan ayat perbahasan, tajwid berwarna, panduan hukum tajwid, kaedah-kaedah tajwid dan Mu’jam (kamus).

Selain itu terdapat Tafsir Jalalain, Tafsir At-Tabari, Tafsir Ibnu Kathir, Riyadus Salihin, Hadith Al-Arbain, Syamail Muhammadiyyah, Hadis Qudsi, Sirah Nabawi, Doa- Doa Asmaul Husna dan Asbabun Nuzul.

Tambahan istimewa Al-Quran Amazing ialah Kajian Arkeologi dan Sejarah Islam, Nasihat dan Pengajaran, Zikir Al-Mathurat, Tutorial Ibadah Seharian, Tutorial Praktis Umrah dan Haji serta lain-lain lagi.

Penulisan Al-Quran Amazing mengikut resam Uthmani dan juga terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Ukuran: 21.3cm x 30.3cm
Halaman: 1264

*****

(SEM) RM135.00 - RM118.80
(S/S) RM138.00 - RM121.40

Thursday, February 20, 2014

Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir ~ Imam As-Suyuthi

Buku Tafsir Ibnu Katsir merupakan tafsir yang besar dan kaya dengan manfaatnya. Tafsir ini menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w iaitu merujuk pada al-Quran, As-sunnah serta pandangan para sahabat Nabi s.a.w. Oleh kerananya, tafsir ini menjadi rujukan utama umat Islam dari zaman dahulu hingga kini. Buku ini memudahkan pembaca untuk mempelajari dan memahami Al-Quran dan ditambah dengan penjelasan sebab-sebab turun ayat (Asbabun Nuzul).

"Tidak ada orang yang (lebih baik) menulis tafsir dengan kaedah seperti yang ditulis oleh Ibnu Katsir."
(Imam As-Suyuthi, penulis kitab Tafsir Jalalain)

*****

(SEM & S/S) RM120.00 - RM105.60

Kenali Rasul Kita Muhammad s.a.w: Menyingkap Keperibadian & Cara Hidup Insan Mulia ~ Imam At-Tirmizi, Ahmad Adnan Fadzil

Buku Kenali Rasul Kita Muhammad merupakan hasil terjemahan daripada Matan asy-Syamail al-Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmizi. Buku ini bukan hanya menghimpunkan hadis tentang akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad SAW, tetapi disertakan juga hadis tentang sifat-sifat fizikal, pakaian, makanan, minuman, ibadah, pergaulan dan sebagainya yang berkait dengan kehidupan Baginda secara menyeluruh.

Kelebihan buku ini:
• Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh sebagaimana tujuan Imam at-Tirmizi menulis kitab asy-Syamail.
• Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik.
• Mempunyai taujihat nabawiyyah yang boleh dijadikan teladan di setiap bab yang pastinya menjadi nilai tambah bagi buku ini.
• Disertakan foto, gambar rajah dan diagram yang memudahkan pemahaman pembaca.
• Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna.
• Ekstra! Profil para perawi dan CD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed.

*****

(SEM & S/S) RM89.00 - RM78.30

Step-by-step Solat ~ Fauzi Abdul Hamid

Siapa wajib memiliki buku ini?
• Umat Islam yang mula belajar solat dan ibadat berkaitan dengannya.
• Rujukan dan panduan ibu bapa yang mendidik anak tentang solat di rumah.
• Guru-guru yang mendidik asas solat dan memperkenalkan solat kepada anak muridnya.
• Saya!

Mengapa membeli buku ini?
• Memberikan panduan dan tip bagaimana mendirikan solat secara teratur dan sempurna.
• Penyampaian yang mudah dan jelas berserta sisipan fotografi dan ilustrasi yang menarik.
• Penjelasan teori serta praktikal panduan mengerjakan ibadat khusus.
• Praktikal untuk dipelajari di rumah dan sekolah. Sesuai menjadi bahan bantuan pengajaran.
• Info dan cara beribadat yang diterangkan jelas dan terperinci

*****

(SEM & S/S) RM25.00 - RM22.00

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Bersuci (Taharah) Tapi Anda Malu Bertanya ~ Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid, Azhar Mohamed

Buku ini memberi jawapan kepada pelbagai persoalan remeh-temeh berkaitan bersuci (Taharah) yang kadang-kala anda malu untuk bertanya. Persoalan boleh dibahagikan kepada 4 skop:
  1.  Perkara kontroversi dalam masyarakat seperti najis, anjing, khinzir, alkohol dan arak. 
  2. Perkara berkaitan ibadah seperti jenis air, cara beristinjak, wuduk dan cara mandi, khususnya mandi wajib. 
  3. Perkara yang jarang-jarang didengar seperti Khuf, tayamum dan bersuci bagi orang sakit. 
  4. Perkara yang memalukan seperti air mani, air mazi, air wadi, haid, nifas, wiladah dan berkhatan.
Kadang-kadang anda tidak terfikir bahawa perkara remeh-temeh ini boleh membelenggu amal ibadah anda. Sahkah amal ibadah yang anda lakukan? Mengapa orang memberi jawapan yang berlainan setiap kali anda bertanya? Dapatkan jawapan sebenar dengan memiliki buku ini di kedai-kedai berhampiran anda!

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Fiqh Hiburan dan Rekreasi ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Berhibur dan berekreasi adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan dan rekreasi ini diperlukan bagi menenangkan fikiran, mendamaikan jiwa, merehatkan rohani, dan sekaligus memberikan kesihatan kepada jasmani.

Persoalannya, bagaimanakah gaya berhibur dan berekreasi yang selari dengan syariat Islam? Adakah hiburan dan rekreasi yang dilakukan, benar-benar dapat memberikan kesan positif kepada manusia?

Ataupun mendatangkan kemudaratan yang disulami dengan unsur maksiat?

Fiqh Hiburan dan Rekreasi adalah satu lagi buku siri pemikiran karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini membincangkan dengan lebih terperinci perkara berkaitan hiburan dan rekreasi seperti:
  • Batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka 
  • Hukum berhibur dengan tarian dan tepukan
  • Hukum berhibur dengan drama dan filem 
  • Jenis sukan yang dilarang dalam Islam
  • Pendirian Islam berkenaan aktiviti bersukan
  • Hukum senaman yoga
  • Hukum sukan berisiko tinggi seperti mendaki gunung, perlumbaan kereta, pertunjukan sarkas, gusti, dan tinju.
  • Hukum permainan minda seperti daun terup
  • Hukum pertandingan melalui telefon, kupon, dan tiket peraduan
*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Tuesday, February 18, 2014

Berfikir Gaya Al-Fateh ~ Muhammad Syaari Abdul Rahman

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubi (Pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (Pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai:
“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”
(Direkodkan oleh Ahmad)

Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera salib mengagumkan bukan sahaja kawan, malah lawan. Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilanBerfikir Gaya Al-Fateh.

Antara input penting yang dikaji oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman menjawab persoalan berikut:
Apakah strategi kemenangan Islam dalam Peristiwa 1453? dan strategi kemenangan Islam
Bagaimanakah hebatnya karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad II?
Apakah 'kuasa mental' dan 'kekuatan minda' sebenar Al-Fateh?
Benarkah Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sejak baginda akil baligh?
Benarkah pembukaan Konstantinopel hanya akan berlaku pada akhir zaman?
Bagaimanakah Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua-dua ibu dan bapanya?

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Saturday, February 15, 2014

Iqra' At-Taisir ~ Mohd Rizal Abdul Ghani

Buku ini adalah buku siri bacaan Iqra' untuk membimbing anak-anak belajar membaca Al-Quran. Ia mengandungi huruf-huruf bacaan beserta gambar yang menarik bagi mengambarkan huruf tersebut.

Buku ini dapat menarik minat anak-anak untuk belajar Al-Quran kerana kaedah dan gambar-gambar yang terdapat dalam buku ini menarik dan berwarna warni.

Di samping itu, anak-anak juga dapat mempelajari hukum-hukum berkaitan Al-Quran seperti tanwin, tanda sukun, hukum nun sakinah, hukum mad, cara waqaf dan sebagainya.

Antara Kandungan:
Bab 1:
Huruf hijaiyah tunggal berbaris di atas
Baris atas(bacaan panjang)
Penilaian

Bab 2:
Baris bawah (bacaan pendek)
Baris bawah (bacaan panjang)
Baris bawah ya bertanda sukun

Bab 3:
Baris depan(bacaan pendek)
Baris depan (bacaan panjang)
Baris depan(waw bertanda sukun)
Penilaian

Bab 4:
Tanwin di atas
Tanwin di bawah
Pengukuhan tanwin

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Misteri Bahtera Nabi Nuh: Fenomena Banjir Besar Dalam Sejarah ~ Ahmad Iqram Mohamad Noor

Siapakah Nabi Nuh yang sebenar?
Apakah kisah di sebalik bahtera dan banjir dahsyat yang melanda pada zaman antediluvian?
Benarkah bahtera baginda sudah dijumpai?
Dimanakah lokasi sebenar Bukit Judi yang disebutkan dalam Al-Quran?

Kisah Nabi Nuh dan banjir besar banyak diceritakan dalam kitab Taurat, Injil, dan Al-Quran. Kisah baginda juga banyak terdapat dalam agama dan budaya lain sehingga terdapat 72 versi adaptasi daripada Al-Quran dan Bible yang menceritakan kisah yang sama dengan penerapan unsur-unsur khayalan, seperti mitos Yunani dan India yang mengenali baginda sebagai Deucalion dan Manu.

Misteri Nabi Nuh membongkor kisah agung seorang rasul yang menjadi sebutan pelbagai agama, sejarah, dan sains berpandukan Al-Quran, hadith, Bible, dan Veda. Buku ini membuktikan kebenaran Al-Quran terhadap fenomena banjir dahsyat yang pernah melanda suatu ketika dahulu.

Antara Kandungan:
-Pengenalan Sumber
- Pengenalan Al-Quran dan Tafsir
- Pengenalan Bible dan versinya
- Pengenalan Israiliyat
Bab 1:
- Siapakah Nuh?
- Keturunan Adam
- Siapakah ahli keluarga Nabi Nuh?
- Nabi dan orang soleh pada zaman Antedulivian
- Bermulanya sejarah berhala di dunia
- Adakah Nabi Nuh rasul yang pertama?

Bab 2:
- Hujah Nuh Menjangkau Zaman
- Seruan Nuh yang mengkhabarkan azab Allah
- Nabi Nuh dihina
- Pesanan Allah kepada kekasihnya supaya tidak bersedih

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Cerita Dari Hati: Hidup Penuh Erti ~ Hilal Asyraf, Aiman Azlan

Buku motivasi yang bertajuk Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati adalah sebuah buku gabungan Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Mereka berdua berkongsi pelbagai isu yang mencuit daripada pelbagai topik yang menjalar dalam kehidupan kita, dengan harapan supaya di celah-celah penyampaian buku ini, dapat kita mengenali diri sendiri. Identiti kita yang sebenar adalah kita merupakan hamba Allah s.w.t. Itu identiti kita. Segala pergantungan kita adalah kepada-Nya, segala tindak-tanduk, dan perlakuan kita adalah kerana-Nya.

Semoga cerita-cerita hidup kita nanti, kala ditayangkan di akhirat kelak, merupakan cerita-cerita yang indah, dan menjadi punca untuk Dia merahmati kita, seterusnya memberikan kita tempat di syurga-Nya. Semoga Allah s.w.t. meredhai kita semua. Insya Allah.

Antara Kandungan:
Tujuan Kehidupan
Ukhuwah dengan Allah
Mudahnya Kita Hilang Identiti
Mahasiswa dan Ilmu
Mahasiswa dan Masa Hadapan
Mahasiswa dan Masa Lapang
Mahasiswa, Cinta, dan Masa Lapang
Negara dan Tanggungjawab Kita
Jangan Mempertuhankan Kelemahan
Lihatlah kepada Nabi Yunus a.s.
Mengucup Ujian Allah s.w.t 

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Dua Syurga Dalam Hatiku ~ Noorfadzillah Omar

Kepulangan isteri tercinta, Nur Wardah ke pangkuan Ilahi membuatkan Engku Ashraf hilang arah. Pada ketika cinta mereka mula bersemi, Nur Wardah pergi tidak kembali lagi.

Ketiadaan Nur Wardah membuatkan Engku Ashraf mula sedar, hidupnya cinta bukan kerana harta. Harta dunia sama sekali tidak membawa bahagia, malah derita berpanjangan buat diri Engku Ashraf. Dek kerana harta, dirinya diracun hingga hampir meragut nyawanya.

Hidupnya cinta bukan kerana kepercayaan. Pada ketika hati Engku Ashraf terbuka bagi mencari pengganti Nur Wardah, dirinya dikhianati. Wanita yang paling dipercayainya rupa-rupanya menikamnya dari belakang.

Pada saat Engku Ashraf rebah dan tersungkur, kemunculan Ameesha menjadi penyelamat segala-galanya. Wanita seiras Wardah itu mengisi kekosongan hati Engku Ashraf yang sekian lama tidak berpenghuni. Saat mereka hampir disatukan, Suraya kembali hadir dan membuat onar demi melunaskan amarah yang sekian lama dipendam. Mampukah cinta Ameesha dan Engku Ashraf bersatu akhirnya?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Hantaran Kasih Tuhan ~ Noorfadzillah Imar

Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.

Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.

Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.

Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untuk kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak ~ HB. Akhyar

Ensiklomini ibadah menghimpunkan pelbagai onfo tentang perkara asas dalam Islam. Kanak-kanak dapat memahami penerangan info tentang perkara asas ini dengan mudah. Penggunaan kosa kata ringkas dan ilustrasi menarik membantu kanak-kanak meningkatkan ilmu pengetahuan dalam Islam.

Selain itu, ensiklomini ini diperkaya dengan kosa kota dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat mempelajari bahasa ketiga. Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini juga memaparkan nilai-nilai murni yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak.

Kelebihan yang terkandung dalam buku ini menjadikan ia hadiah terbaik untuk anak-anak.

Antara Kandungan:
Azan
Iktikaf
Istighfar
Baligh
Tayamum
Tahajud
Salji
Jumaat
Jenazah
Haji
Hadas

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Atlas Rasulullah s.a.w ~ Sami bin Abdullah Al-Mughluts

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat. Sirah perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada
para pembaca.

Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:
  • Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. 
  • Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul. 
  • Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah 
  • Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah 
  • Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi 
  • Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.
  • Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi
  • Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin 
  • Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain
  • Piagam Madinah yang Tersohor 
  • Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq 
  • Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam 
  • Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat  
  • Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin 
  • Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy
*****

(SEM) RM85.00 - RM74.80
(S/S) RM88.00 - RM77.40

Ayah & Ibu Izinkan Aku Ke Syurga ~ Siti Sujinah Sarnap

Anak-anak sama ada tua atau muda, miskin atau kaya buku ini berupaya memberi panduan mentaati kepada ayah dan ibu. Sayangi dan hormati mereka selagi hayat dikandung badan. Segala penat lelah ayah dan ibu membesarkan kita adalah perjuangan yang sungguh perit.

Tatkala kita kesunyian dia di sisi, semasa kita membesar dia menemani, saat kita ketakutan dia menenangkan, saat kita mula kenal hidup dia membimbing sebaiknya.

Allah SWT menerangkan melalui Surah An-Nisa` ayat 36

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyukutukannya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."

*****

(SEM) RM24.90 - RM21.90
(S/S) RM27.90 - RM24.60

Hijrah Champion Gaya Rasulullah s.a.w ~ Web Sutera

  • Perbanyakkan tasbih dan tahmid kepada Allah SWT.
  • Yang baik dan buruk itu datangnya daripada Allah SWT.
  • Sematkan sikap mahu dalam diri untuk mencari jalan penyelesaian masalah.
  • Nyahkan elemen-elemen kegagalan yang menjadi kambing hitam sebagai penghalang.
  • Saling bermaafan dan menerima pandangan masing-masing.
  • Ikut kata nurani atau akal, jangan ikut nafsu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) berada di atas akhlak yang agung.”
(Surah al-Qalam 68: ayat 4)

Para champion tidak akan pernah jemu mencontohi Rasulullah SAW. Padanya ada petunjuk jalan keselamatan, sari pati khazanah peradaban akhlak dan kunci segala penyelesaian. Marilah hidupkan semula nafas zaman ketika akhlak berada di puncaknya. Sebarkan ia kepada seluruh umat supaya mereka beroleh nikmat. Buku ini menawarkan 42 kisah penghijrahan yang mendorong ke arah perubahan positif!

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Nota Perkahwinan Buat Anakanda ~ Khairi Ismail

Ikatan suci perkahwinan seharusnya dijaga dan dilindungi daripada segala anasir yang tidak elok yang dapat merosakkan keharmoniannya. Perkahwinan yang didirikan di atas dasar kasih dan sayang seharusnya menatijahkan kemakmuran dalam kehidupan dan bukannya kepincangan.

Kadangkala ikatan yang suci ini terkikis nilai kasih dan sayangnya kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan mengenai hakikat sebenar yang terdapat di sebalik ikatan ini. Kegagalan mendapatkan pendedahan dan pengetahuan berkaitan dengannya dan akhirnya ikatan ini dirobek hancur oleh hawa nafsu dan kedangkalan iman.

Buku ini bukanlah kitab agama yang membentangkan semua poin penting berkaitan pernikahan, buku ini hanyalah pendedahan ringkas dan perkongsian santai yang seharusnya diketahui oleh semua pasangan baik yang bakal berumah tangga ataupun tidak.

*****

(SEM) RM12.90 - RM11.30
(S/S) RM15.90 - RM14.00

Kitab "Ar-Risalah At-Tauhidiyyah dan Bekalan Haji" ~ As-Syeikh Abu Fakhruddin Hj. Muhammad Daud bun Hj. Yusuf

Kitab SOAL JAWAB RINGKAS ini menyentuh bab Ma"rifatullah Mengenal Allah Ta'ala, dan juga bab Haji dan Umrah. Di camping itu. terdapat juga soal jawab ringkas berkenaan Rukun Agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan di bahagian awal kitab. 

Didapati kitab ini sangat menarik untuk dibaca kerana susunan soal jawabnya yang padat dan ringkas dan insya Allah mudah untuk dihadam untuk semua peringkat. 

Kitab ini telah disusun oleh Asy-Syeikh Abu Fakhruddin Rahimahullahu Ta'ala pada seawal tahun 50-an yang merupakan anak murid kepada salah seorang ulama Nusantara abad ke-20 yang hanyak mengajar di Makkah Al-Mukarrramah yang juga terkenal dengan ke'alimannya dan kewarakannya iaitu Asy-Syeikh Abdul Qadir Rahimahullahu Ta’ala. 

Setakat yang diketahui, menariknya, Masya Allah Tabarakallah, kitab Ar-Risalah At-Tabarakallah ini telah dicetak sebanyak ribuan naskhah pada zamannya, menunjukkan betapa besar penerimaan masyarakat pada ketika itu (lahun 50-an) tetapi hanya hanyak tertumpu di Selatan Thailand sahaja. Sebelum kitab ini diterbitkan semula, didapati ia tiada dijual di pasaran. Wallahu Ta’ala (Mudah-mudahan usaha menerbitkan kitab ini dapat menyambung dan memelihara mutiara-mutiara ilmu yang ada padanya, Insya Allah). Semoga kitab ini akan terus menerus dibaca dan dimanfaatkan dalam halagah-halaqah pengajian di masjid-masjid surau-surau dan lain-lain serta menjadi Hasanah (kebaikan) yang berterusan. Insya Allah.

*****

(SEM) RM6.00 - RM5.30
(S/S) RM8.00 - RM7.00

Melakukan Amalan Kecil, Dapatkan Pahala Besar ~ Fahrudin Ghozy

Allah s.w.t. telah memberikan untuk manusia banyak cara untuk meraih reda-Nya. Ibarat berada di sebuah taman yang indah dan segar tidak perlu risau untuk menghirup udara nyaman dan suasana yang menyegarkan. Oleh sebab itu kita perlu menghakiskan pemikiran yang menganggap remeh terhadap amalan kecil dan hanya menunggu peluang untuk melakukan amalan besar yang mungkin jarang dilakukan atau hanya pada tempoh tertentu sahaja. 

Ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa amalan kebaikan kecil yang sering dilakukan setiap hari itu, besar pahalanya jika dilakukan secara istiqamah atau berterusan. Apakah amalan-amalan tersebut? 

Dapat jawapan untuk persoalan itu di dalam buku ini. Dikupas secara terperinci dan mudah untuk difahami. Di antara amalan berkenaan adalah zikir, bersilaturrahim, senyum, memberi salam, berjabat tangan, memuliakan tetamu, memberi pinjaman, menziarahi orang sakit, mendoakan orang lain, sentiasa bermanis muka, membuang benda-benda yang menghalang jalan dan banyak lagi amalan yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian kita.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Mengapa Kita Perlu Beribadah?: Inilah Jawapan-jawapan yang Logik ~ Agus Susanto

Sebagai Pencipta, Allah S.W.T sangat memahami sifat dan fitrah manusia. Kita adalah makhluk-Nya yang lemah dan sangat memerlukan sandaran dan pertolongan daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu disediakan cara atau medium untuk manusia berkomunikasi, meluah, mengadu dan meminta pertolongan kepada Yang Maha Pencipta. Medium itu adalah dengan mengerjakan ibadah kepada-Nya. Apakah ibadah yang kita mesti lakukan? Dan bagaimana cara mengerjakannya? 

Buku ini menjawab persoalan-persoalan tentang ibadah, bukan sahaja menjurus kepada ibadah solat semata-mata. Ia merangkumi ibadah seperti bersiwak, wuduk, solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain yang dituntut di dalam Islam. Semoga dengan kefahaman tentang ibadah ini memberikan kita peluang untuk merasa kenikmatan ibadah yang diniatkan ikhlas untuk meraih reda Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Panduan Melamar dan Berkahwin Mengikut Islam Bagi Lelaki dan Wanita ~ M. Sanusi

Proses mencari jodoh atau pasangan hidup bukanlah seperti binatang peliharaan atau barang keperluan sebagaimana anggapan sesetengah orang. Proses ini merangkumi pelbagai peringkat dan penuh adab. Islam sebagai sebuah agama yang syumul telah memberikan contoh dan teladan bagaimanakah caranya dalam mendirikan sebuah institusi keluarga ini.

Dalam Islam prosesnya lengkap bermula daripada cara mencari atau memilih jodoh. Apakah kriteria-kriteria yang perlu diambil perhatian ketika seseorang mencari jodoh? Kemudian bagaimanakh cara untuk melamar dan seterusnya melangsungkan penikahan atau perkahwinan. Tuntutan ini bukan hanya berlaku kepada sebelah pihak sahaja, malah is meliputi pihak lelaki dan wanita serta keluarga mereka.

Dengan alasan itulah buku ini dihasilkan, untuk menjadi rujukan dan panduan kepada semua dalam memahami dan mengamalkan proses melamar dan berkahwin mengikut ajaran Islam.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Kitab "Puncak Kebahagiaan Dan Keberuntungan yang Cemerlang" ~ Al-Abdu Al-Fani Muhammad bin Isma'il Daud

Kitab hasil karangan Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin isma’il Daud Al-Fathani mengulas tentang rukun iman dan Islam. juga menghuraikan beberapa hadith yang memberi amaran kepada mereka yang meninggalkan sembahyang dan melalaikan segala hukum bersuci, istinjak, berwudu', mandi junub, mandi haid dan nifas. Menerangkan tentang mandi yang sunat dan hukum tayammum dan menyatakan haid dan nifas dan istihadah. Dan menjelaskan berkenaan menghilangkan najis.

Menyatakan juga segala syarat sembahyang dan segala rukunnya dan segala perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi dan menyatakan segala sembahyang sunat dan sembahyang berjemaah dan sembahyang qasar dan jama' dan sembahyang Jumaat dan segala sahnya dan sembahyang hari raya dan sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan dan sembahyang mayat dan menyatakan segala doa kemudian daripada sembahyang dan lainnya yang warid daripada Nabi Sallallahu `alaihi wasallam dan sahabatnya dan orang yang soleh-soleh yang dahulu-dahulu dan doa Hifzi Al-Iman dan beberapa faedah yang amat besar kelebihannya. 

Dijadi oleh Allah akan kitab ini semata-mata khalis bagi zatNya yang Maha Mulia. Kitab ini telah dialih tulisan daripada Jawi ke Rumi oleh Ustazah Noraine Abu. Tujuannya ialah agar kesinambungan ilmu yang disampaikan oleh para alim ulama terdahulu terus berkembang seining dengan peredaran waktu. Semoga dengan usaha ini kita sama-sama mendapat manfaat ilmu serta keredhaan Allah S. W. T.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Kitab "Memadai Bagi Orang Yang Berhajat" ~ Al-Syeikh Daud bin Ibnu Abdullah Al-Fathani

Kitab ini adalah salah sebuah kitab turath yang sangat popular dalam kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama khususnya di pondok-pondok, surau, masjid dan juga di dalam majlis pengajian ilmu di pejabat-pejabat. Teks asalnya adalah dalam tulisan Jawi, namun bagi mengimarahkan lagi yang disampaikan oleh para ulama terdahulu, ia telah dialih tulisan kepada Rumi. Usaha ini adalah bagi memudahkan pencinta ilmu yang kurang mahir dalam tulisan jawi dapat mengikuti pengajian ilmu berkenaan. Pengalihan tulisannya dilakukan tanpa membuat sebarang pindaan daripada teks asalnya. 

Kitab ini membicarakan persoalan berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Terkandung banyak pengajaran daripada peristiwa di dalam lsrak dan Mikraj yang dapat kita ikhtibar dan teladan daripadanya. Semoga dengan perkongsian ilmu ini memberikan ruang yang luas untuk kita meraih keredhaan daripada Allah Sublianahu wa Ta'ala.

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM11.00 - RM9.70

Koleksi Doa Harian ~ Dzul 'Ain Abdullah

Doa adalah satu ibadat, sesungguhnya Allah s.wt. murka kepada sesiapa yang tidak berdoa kepada-Nya. Doa boleh dipantkan kepada Allah pada setiap waktu dan keadaan. Tiada batasan kepada orang hamba untuk berdaoa kepada Tuhannya. Apabila tersua sebarang masalah atau menemui sebarang hajat, berdoalah kepada Allah s.w.t. dengan keyakinan kemakbulan doa tersebut. 

Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak melayan doa yang dilakukan dengan hall yang lalai atau dalam ertikata lain tidak bersungguh-sungguh. Doa-doa juga meliputi segala aspek kehidupan dan perbuatan yang dilakukan oleh para hamba. Dari bangun tidur hinggalah tidur kembali, setiap perbuatan yang dilakukan dalam tempoh tersebut jika dilakukan dengan didahului doa-doa khusus untuknya. la akan diganjari dan seterusnya perbuatan itu dianggap sebagai ibadat. Justeru itu, buku ini mengandungi sejumlah besar koleksi doa-doa yang amat bermanfaat diamalkan.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Thursday, February 13, 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar ~ Grup Penjejak Tamadun Dunia

Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Tuesday, February 11, 2014

Hasan Al-Banna ~ Abdul Latip Talib

Berkali­-kali Hasan Al­-Banna berkata, “Jika kau ingin mencapai
kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda­-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.”

Bermula daripada tiada, Hasan Al­-Banna membina Ikhwan Muslimin,
menjadi pergerakan Islam yang terus menjadi inspirasi kepada perjuangan Islam di seluruh dunia.

Kisah beliau bukan kisah yang biasa. Menjadi anak kepada seorang tukang kunci yang alim, mencorakkan hidupnya menjadi seorang pejuang. Yang hidupnya hanya untuk Islam, dan akhirnya beliau syahid sebagai tokoh yang pengaruhnya masih kuat sehingga sekarang.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Salju Sakinah ~ Zaid Akhtar

Menyoroti kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, yang disapa pelbagai ujian selepas tamat pengajian. Kisah cinta yang tidak kesampaian, umpatan masyarakat sekeliling hanya kerana soal jodoh, penglibatan kakak tersayang dalam ajaran sesat, satu per satu dugaan berkunjung tanpa diduga. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan, nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama srikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek ujian yang menjengah.

Di samping cabaran hidup yang mendatang, kepulangan Sumayyah dari Jordan dengan gelaran mahasiswa sebenarnya menarik perhatian ramai di kampungnya. Sumayyah, nama itu itu mula harum di mana-mana. Namun, satu insiden yang tidak diduga telah berlaku. Sumayyah terbang semula ke Yarmouk demi membersihkan nama. Kepulangan Sumayyah ke bumi Yarmouk Dalam keributan hidup yang melanda, pintu hatinya diketuk oleh dua jejaka yang bukan biasa-biasa. Antara Luqman dan Naufal, siapa yang berjaya menduduki takhta dalam hati Sumayyah? Terjawabkah istikarah Sumayyah dalam perjalanan mencari cinta sejatinya?

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Saturday, February 8, 2014

Kandil Di Kaki Gunung ~ Roza Roslan

Ada banyak doa yang terkandung dalam buku ini. Doa-doa itu dapat digunakan sesiapa sahaja yang membacanya. Berdoa tidak semestinya dalam bahasa Arab, malah bukankah doa itu menjadi lebih bermakna apabila kita berdoa dalam bahasa yang kita fahami. - Nisah Haron, penulis dan peguam

Roza menyingkap dan mentafsirkan makna kehidupan yang dilaluinya daripada sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini supaya memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi. Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul. Mungkinkah kita lebih banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi melulu dan bukan akal sihat sesuai dengan ajaran Allah. - Dr. Jeniri Amir, penulis dan pensyarah UNIMAS

Roza tidak pernah mahu menjadi jaguh mahupun seorang wirawati. Secara sedar beliau menganggap dirinya sebagai insan yang tidak mustahak dan ramakan pengalamannya adalah kisah biasa-biasa yang dilalui oleh seorang yang juga biasa-biasa. Namun, yang biasa-biasa itulah menarik dan luar biasa sehingga kita ketawa dan menitiskan air mata sambil tertanya-tanya peranan dan kehadiran diri kita di dalamnya. - Prof. Dr. Hatta Azad Khan, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Antara Kandungan:
Buku 1: Travelog Cinta Abadi
Daun Mengkudu
Ais Krim Malaysia
Pisang Emas
Sawah Padi
Ikan Puyu
Buku 2: Travelog Impian Abadi
Tawaran Universiti
Sedap hingga Menjilat Jari
Majlis Perpisahan
Bermalam di Biara
Sister Mary
Misteri Biara
Hantu Kubur
Buku 3: Travelog Kehidupan Abadi
Mulut Berasap
Suri Rumah
Kek Dundee
Kepala Ikan
Tergoda

*****

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 - RM46.60

Berjuta Hikmah Di Sebalik Larangan Dalam Islam ~ Agus Susanto

Emas dan sutera adalah haram dipakai oleh lelaki. Daging babi itu haram dimakan. Begitu juga arak atau minurnan yang memabukkan yang lain juga haram. Banyak lagi larangan yang telah ditetapkan dalam hukum Islam. Kenapa perlu adanya larangan yang sebegini? Malah ada golongan tertentu menganggap larangan seperti ini menyusahkan.

Sebenarnya semua larangan ini bukan untuk menyusahkan atau menyukarkan kehidupan manusia. Tetapi di sebalik semua larangan ini terdapat hikmah yang besar untuk manusia itu sendiri. Hikmahnya boleh dilihat dari sudut kesihatan zahir mahupun batin.

Menariknya buku ini mengupas dengan terperinci hikmah di sebalik pengharaman dan larangan yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Beberapa larangan hikmahnya dipetik terus daripada al-Quran dan hadis. Malah ada juga larangan yang telah dibuat kajian sains terhadapnya dan nyata benar kesan buruk yang akan dihadapi oleh mereka yang melanggar larangan itu.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Akibat Buruk Apabila Kamu Meremehkan Sedekah ~ Furqan Al-Azizy

Apakah perasaan kita apabila harta yang kita kumpulkan selama bertahun-tahun tiba-tiba musnah atau lenyap? Pastinya kita akan melalui pelbagai kesukaran dan kesusahan. Bukan itu sahaja, maruah diri kita pasti akan tercalar dan jatuh serendah-rendahnya di hadapan masyarakat umum. Pandangan serong dan jijik pasti terbit di mata orang lain terhadap kita yang sudah jatuh miskin.

Itu mungkin sebahagian kecil sahaja keadaan yang akan dialami semasa di dunia sekiranya kita meremehkan anjuran untuk bersedekah. Bagaimana pula di akhirat kelak? Sudah tentu akibatnya lebih mengerikan dan lebih dahsyat. Susuri dan hayati perkongsian ilmu yang dijelaskan di dalam buku ini. Ketahui tentang kehebatan sedekah dan akibat buruk jika meremehkannya.

Semoga pencerahan yang dikongsikan ini membawa sebuah harapan untuk kita meraih keredaan Allah S.W.T. sebanyak-banyaknya.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

The Power Of Rasulullah's Leadership (Edisi Bahasa Melayu) ~ Shoni Rahmatullah Amrozi

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk menjadi pemimpin yang berwawasan, kompeten dan berintegrasi tinggi. Bermula dari sinilah ramai yang mula mengagumi pelbagai tokoh pemimpin dunia. Seperti pemimpin negara, pemimpin ketenteraan, pemimpin bidang sukan dan banyak lagi. Namanama besar ini dijadikan idola. 

Namun sebut sahaja nama Nabi Muhammad S.A.W. tokoh kepimpinan yang terdapat pada Baginda S.A.W. bukan sahaja dikagumi oleh orang Islam sahaja, bahkan is juga dikagumi oleh orang bukan Islam. Banyak kajian dan hasil tulisan berkenaan topik ini telah dibukukan. Malah is juga sering dijadikan model utama dalam pengurusan individu, kekeluargaan, korporat bahkan sistem sesebuah negara. Kepimpinan Nabi S.A.W. merupakan satu institusi yang telah melahirkan ramai lagi tokoh pemimpin yang hebat dalam kalangan para sahabat dan orang Islam sehingga kini.

Apakah pola dan corak kepimpinan Rasulullah S.A.W. ini sehingga mampu mengubah wajah dunia sehingga kini. Buku ini mengupas secara terperinci mengenai berbagai teori, cara dan model kepimpinan yang bersifat fundamental, menyeluruh dan holistik. Baginda, menjalankan pemerintahan di atas empat asas utama iatu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

100 Hasutan Syaitan ~ Wiwid Prasetyo

Setelah diusir dari syurga dan ditetapkan sebagai penghuni neraka yang kekal, syaitan telah bersumpah untuk terus menggoda dan menyesatkan umat manusia sebagai penemannya di dalam neraka kelak. Apakah cara syaitan memperdaya manusia itu? Apakah tipu helah yang digunakannya untuk memperdayakan manusia? Siapakah yang akan digoda oleh syaitan ini? Dan apakah ciri-ciri mereka yang telah termasuk dalam perangkap syaitan? 

Buku menerangkan semuanya. Buku memuatkan 100 kisah yang menunjukkan teknik licik syaitan dalam menggelincirkan manusia daripada laluan yang benar. 

Selain itu buku ini juga menunjukkan betapa cerdik dan bersungguhnya syaitan dalam usaha menggoda umat manusia agar tersesat dan menjauhkan diri dalam ajaran Islam yang benar. Mereka sangat gembira dan bangga apabila berjaya menyesatkan umat manusia.
Sedikit perkongsian tentang kebijaksanaan syaitan yang licik menggoda dan menyesatkan manusia. Semoga dengan pengkongsian kisah-kisah ini dalam kita ambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Akibat Buruk Apabila Seseorang Meremehkan Solat Tahajjud ~ Abdul Waid

Benarkah seseorang yang meremehkan Solat Tahajud akan menanggung kerugian yang besar? Tetapi bukankah, Solat Tahajud Ito merupakan ibadah sunat sahaja? Sekiranya tidak dilaksanakan tidak mendapat dosa.

Ya, benar Solat Tahajud itu adalah hanya ibadah sunat. Namun, apabila kita reining daripada sudut kelebihan clan ganjaran bagi mereka yang melaksanakan ibadah sunat ini amat besar. Bukan sahaja ganjaran di akhirat malah semasa di dunia pun dianugerahkan pelbagai kelebihannya. Itulah di antara kerugian yang pasti dialami oleh mereka yang meremehkan Solat Tahajud ini.

Untuk mengetahui apakah kerugian secara terperinci, bersama-samalah kita hayati dan telaah buku yang menarik ini. Semoga dengan perkongsian yang sederhana ini akan memberikan kita inspirasi dan motivasi untuk memantapkan ibadah fardu dan menggandakan lagi dengan ibadah sunat harian kita semata-mata untuk meraih keredaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Renungan Buat Mereka Yang Meninggalkan Solat Kerana Malas ~ Rizem Aizid

Amal perbuatan yang pertama sekali yang akan dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat kelak adalah solatnya..." (Riwayat Ibnu Majah)

Solat fardu itu wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam balk lelaki mahupun perempuan. Solat fardu 5 waktu yang dilaksanakan dalam sehari semalam juga merupakan rukun Islam yang kedua.

la disyariatkan bukanlah tanpa maksud dan tujuan. Bagi mereka yang telah mengerjakan solat dengan sempurna, Allah S.W.T telah menjanjikan manfaat dan kenikmatan yang luar biasa besarnya, balk di dunia mahu pun di akhirat kelak. Namun bagi mereka yang malas ataupun sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya Allah S.W.T telah menyediakan azab dan ancaman 'yang amat pedih'.

Tahukah anda, apakah azab dan ancaman Allah S.W.T bagi mereka yang malas mengerjakan solat itu? Semua ini dirangkumkan di dalam buku ini. Semoga pencerahan ini dapat kita manfaatkan untuk diri kita sendiri dan kita kongsikan bersama mereka yang kita kenali dan sayangi. Semoga kita semua diberikan keteguhan hati untuk melaksanakan ibadah fardu dengan penuh ikhlas dan kesungguhan demi meraih keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Wanita Dambaan Syurga ~ Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, Dr. Zulkifli Al-Bakri

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

*****

(SEM & S/S) RM69.00 - RM60.70

Auratku Maruahku ~ Siti Nur Fatimah Hasan, Mohd Solleh Ab. Razak

Betulkah Menutup Aurat Itu Wajib?

Tudung Ialah Simbol Penindasan Wanita!

Tunggulah Sehingga Tua Nanti

Tunggulah...Belum Dapat Hidayah

Persoalan di atas sering menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita Muslimah berpakaian mengikut syariat Islam. Kaedah dan keperluan menutup aurat sempurna semakin dikaburi oleh arus fesyen dan gaya hidup masyarakat Islam itu sendiri. Buku“Auratku Maruahku” ini merungkai semua keraguan dan kemusykilan anda. Persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat ini. Setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis, rujukan kitab dan ilustrasi yang menarik. Teks mudah difahami, ringkas dan agak santai. Grafik menarik, berilustrasi dan berwarna penuh. Sesuai dijadikan bacaan usrah, rujukan di perpustakaan, hadiah buat teman dan ahli keluarga.

*****

(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Ibu, Kuingin Tahu... ~ Nur Khairunnisa Iskandar

Sebagai seorang ibu Muslim, mungkin ada beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya kita berkaitan ilmu aqidah atau keimanan seorang Muslim.

1. Berapakah tahap umur yang paling sesuai untuk menerangkan kepada anak tentang Allah?

2. Adakah anak mampu faham tentang perkara yang abstrak (alam ghaib) seperti alam kubur, syurga dan neraka?

3. Adakah sesuai dan tidak terlalu berat untuk mengajar anak tentang hukum syariah, halal dan haram?

4. Bagaimanakah caranya?

Buku ini adalah sebahagian himpunan pengalaman peribadi penulis dalam proses menuai benih keimanan dalam diri anak-anak, berserta beberapa perkongsian ilmu daripada pendidik lain yang istiqamah dalam menyumbang ke arah melahirkan insan-insan yang insya-Allah soleh musleh.

*****

(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Wednesday, February 5, 2014

Detik Cemas Mavi Marmara: Palestine Kami Datang ~ Fatimah Syarha Mohd Noordin, Dr. Farhan Hadi Mohd Taib

Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!

*****

(SEM & S/S) RM17.00 - RM15.00

Monday, February 3, 2014

Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha ~ Fakih Abul Faiq Al-Minangkabawi

Menyatakan betapa pentingnya solat sunat itu dalam memberi ganjaran kepada sesiapa yang mengerjakannya.

Selain berusaha secara fizikal, Islam juga menuntut umatnya untuk berusaha dengan bukan fizikal, iaitu dengan beribadat dan beramal. Salah satu ibadat yang boleh memudahkan rezeki adalah solat Dhuha. Banyak orang yang mengabaikan ibadat sunnah yang satu ini, dengan alasan sedang sibuk bekerja, dan sebagainya. Padahal, begitu banyak pahala dan fadilat yang ada di sebaliknya.

Bayangkan saja, dua rakaat solat Dhuha sahaja boleh memudahkan jalan kita untuk mendapatkan rezeki-Nya. Semakin rajin kita mengerjakannya, maka rezeki kita akan semakin terbuka. Ini bukan sekadar teori belaka, namun ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW dan kisah-kisah nyata para pelakunya.

*****

(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM18.90 - RM16.60

Formula Mudah Solat ~ Rizky Banjary, Abdullah Al-Mustofa

Formula Mudah Solat merupakan sebuah buku yang ringkas tetapi padat. Ia membincangkan hal-hal penting berkaitan solat yang semestinya diketahui oleh setiap Muslim. Solat ialah perkara asas dalam Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah, iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusan Allah.

Perbincangan dimulakan dengan pembentangan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih tentang kefarduan solat kepada setiap individu Muslim yang mukalaf. Di samping itu, buku ini membincangkan perkara asas dalam solat seperti syarat wajib, syarat sah, rukun, perkara yang membatalkan solat, dan kebaikan solat itu sendiri kepada individu Muslim, masyarakat dan ummah keseluruhannya. Tidak ketinggalan, buku ini memuatkan kisah individu-individu yang menjadikan solat sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka untuk dicontohi.

Sudah pasti apa difardukan oleh Allah SWT mempunyai kebaikan menyeluruh yang tidak terhitung kepada mereka yang melaksanakannya. Mereka yang mengabaikan solat pula wajar mendapat ancaman dan balasan yang dahsyat lagi mengerikan. Mereka memandang remeh terhadap kefarduan yang telah ditetapkan, dan mempunyai seribu alasan untuk tidak menunaikannya.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Sirah Peperangan Rasulullah s.a.w. ~ Zul Aimran Omar

  • Keimanan
  • Pengorbanan
  • Akhlak
  • Keberanian 
  • Kesetiaan
  • Kecintaan
Inilah suri teladan terpuji yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat meskipun semasa pertempuran sedang sengit. Nilai ini berjaya menambat hati musuh-musuh Islam. Nama-nama besar tokoh Musyrikin seperti Abu Sufian yang pada awalnya mengumumkan menjadi musuh nombor satu Rasulullah SAW, akhirnya menyerah, akur dan mengisytiharkan pengislamannya setelah melihat kehebatan, dan kerendahan akhlak Baginda.

Buku yang berada di tangan anda ini menyingkap kembali 27 sirah peperangan Nabi Muhammad SAW dalam usaha mempertahankan Islam apabila digugat oleh pihak musuh. Tiap-tiap satu peperangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dirancang dengan teratur. Bagindalah sebenarnya yang terlebih dahulu menggunakan strategi-strategi terbaru dan terkini, sebelum ianya dicetak rompak oleh musuh-musuh Islam dengan menggunakan nama yang berbeza untuk mengalih perhatian umat Islam. Secara langsung, ia menjadi satu bukti bahawa umat Islam mampu menggegarkan dunia! Bersama-sama kita hayati nilai-nilai murni di celah-celah 27 sirah peperangan Nabi Muhammad SAW!

*****

(SEM) RM32.00 - RM28.20
(S/S) RM35.00 - RM30.80

Akibat Buruk Apabila Meremehkan Solat Taubat ~ Rizem Aizid

Sesungguhnya kita telah benar-benar rugi menjadi seorang manusia kerana satu perkara. laitu kita meremehkan Solat Taubat. Kenapa? Ini disebabkan mungkin kita akan mengakhiri kehidupan di dunia ini dengan -keadaan Su'ul Khatimah. Pengakhiran yang buruk atau tidak menggenggam iman. Azabnya dirasai bukan sahaja di akhirat kelak malah di dunia pun sudah ditunjukkan. 

Selain itu juga masih banyak akibat buruk lain sekiranya Solat Sunat Taubat ini Rita remehkan. Untuk mengetahui lebih mendalam baca dan fahami pengisian yang terdapat di dalam buku ini. Pastinya Rita akan mengetahui apakah kelebihan Solat Sunat Taubat ini dan juga tentang akibat apabila meremehkannya. 

Semoga dengan pencerahan yang padat ini, memberikan motivasi kepada kita untuk mengerjakan Solat Sunat Taubat dengan penuh tertib dan kesempurnaan. Dan moga-moga Allah S.W.T. menerima taubat Rita serta mengampun segala dosa yang pernah kita lakukan. Amin.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM16.00 - RM14.10

Ensiklopedia Imam Al-Syafie (Jilid 4): Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Imam al-Syafie dibesarkan di Hijaz. Pada ketika itu di Hijaz ramai ulama yang menjadi rujukan dalam riwayat dan Sunnah. Mereka adalah ulama yang mampu memahami Al-Qur'an, walau bagaimanapun ramai dalam kalangan mereka yang tidak mampu berdebat dan tidak bermaya apabila berdepan dengan ahli ra'yi (menggunakan pendapat akal). 

Namun dengan kehadiran Imam al-Syafie telah mengubah senario tersebut. Kemampuan beliau berdebat dan mengutarakan pendapat telah mematahkan kepetahan dan ketaksuban ahli ra'yi. Mereka akhirnya tunduk dan menjadi pengikut Sunnah. Dengan kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada Imam al-Syafie itu telah mengubah lanskap pengajian dan penyebarab ilmu figh Islam ketika itu. 

Kitab Al-Umm adalah hasil tulisan Imam al-Syafie yang juga mencerminkan pemahaman beliau terhadap ilmu fiqh Islam. Beliau menggabung secara seimbang antara fiqh ahli ra'yi (pendapat akal) dengan fiqh ahli hadis. Beliau menyusun metodologi kajian memahami al-Qur'an dan Sunnah, menjelaskan nasikh dan mansukh, asas-asas istinbat hukum dan takhrij. Kitab ini juga memuatkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh periwayat yang thiqah dan dijadikan dalil dalam istinbat hukum. Usaha yang dilakukan oleh Imam al-Syafie ini telah menjadikan metodologi figh Islam lebih jelas dan sempurna pertumbuhan dan perkembangannya. 

Sebuah khazanah ilmu yang amat bernilai dan bermanfaat untuk seluruh umat Islam. Mempunyai kedudukan yang tinggi dalam keilmuan dan sebuah karya yang dianggap sebagai rujukan utama dalam figh Imam al-Syafie. Semoga kitab yang padat dengan ilmu-ilmu yang tidak ternilai ini akan terus menjadi rujukan dan panduan kepada seluruh umat Islam.

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 - RM55.40

Amalan Asmaul Husna Pilihan dan Fadilatnya Agar Pasangan Anda Tidak Curang ~ Sayyidah Hanan Lathifah

"ALLAH mempunyai Asmaa-UI-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaaul-husna itu." (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu sera. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik). "Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang balk)" (Surah Taha:8) 

Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga"(Hadis Riwayat Bukhari).

Buku ini disusun oleh khas oleh penterjemah bagi tujuan memelihara kerukunan rumahtangga yang menjadi kunci keluarga bahagia. Keluarga bahagia merupakan salah satu faktor pemangkin kemajuan bangsa dan negara. Salah satu kaedah membina keluarga bahagia ialah mengelakkan kecurangan dalam kalangan pasangan sama ada lelaki mahupun wanita. Walaupun buku ini lebih menumpukan kepada kecurangan dalam kalangan para suami. Justeru, fadilat yang terkandung di dalam al-Asma' al-Husna sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dan jaminan baginda Nabi SAW bahawa setiap doa yang disertakan dengan bacaan al-Asma' al-Husna pasti dikabulkan oleh Allah SWT, patut kita amalkan dalam kehidupan seharian sama ada khusus untuk memohon kebahagiaan rumah tangga atau bagi tujuan doa yang lain.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...