Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, March 24, 2015

Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki ~ Mat Rofa Ismail

Sejarah yang benar tidak semestinya sejarah yang rasmi. Sejarah yang rasmi pula tidak semestinya benar. Analisis dan kajian perlu dilakukan bagi memisahkan antara fakta yang sahih daripada catatan palsu.

Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan penulis menyelusuri lipatan sejarah hebat hubungan Kerajaan Islam Turki dan Alam Melayu, yang disembunyikan!

Hubungan Turki-Melayu bukan sahaja hubungan diplomatik tetapi hubungan iman, jihad dan persaudaraan Islam. Turki sebagai pelindung umat Islam menganggap Alam Melayu sebagai sebahagian induk wilayah Islam keseluruhannya. Sejak zaman Sultan Sulaiman Agung, bahkan lebih awal, bantuan ketenteraan telah dihantar oleh Uthmaniyyah bagi membantu umat Islam Alam Melayu menentang Portugis. Kemudian, ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, bantuan ketenteraan turut dihantar ke Alam Melayu bagi menentang Belanda dan British. Ramai tentera Uthmaniyyah yang berjuang di Tanah Melayu menentang Portugis dan Siam tidak pulang kembali ke Turki, sama ada mereka gugur syahid atau meneruskan kehidupan di sekitar wilayah Patani. Patani adalah penempatan Melayu yang terlepas ke tangan Siam akibat permainan politik British-Siam.

Membongkarkan sejarah hebat bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu, buku ini bukan hanya membuka mata terhadap penipuan sejarah perkembangan Islam oleh penjajah dan tali barut mereka. Malah memahami keagungan kita melalui sejarah ini, membantu membina jati diri dan kesedaran kepada generasi hari ini bahawa mereka adalah bangsa hebat yang pernah melakar sejarah gemilang malah diiktiraf dunia, lalu kegemilangan itu wajar diteruskan.
*****
(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Seindah Solat Rasulullah ~ Mustafar Mohd Suki

‘Seindah Solat Rasulullah’ adalah naskhah yang ringkas dan mudah dalam memahami kaedah solat Rasulullah SAW. Ia dilengkapi dengan perbincangan ringkas tentang hadith-hadith berkaitan solat oleh para ulama daripada pelbagai mazhab. Juga menghuraikan secara ringkas tentang asas seorang muslim dan ibadah-ibadah lain yang berkaitan dengan solat.
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita ~ Muhd Nasruddin Dasuki

Alangkah indahnya jika gelaran wanita muslimah itu adalah kita. Cantiknya kita kerana akhlak, moleknya kita kerana budi. Eloknya kita kerana pegangan. Tetapi sifat itu tidak hadir sendiri kecuali dengan usaha dan kemahuan. Pasti juga tidak mudah dan banyak onak yang perlu ditempuh sebelum mengecap manisnya menjadi wanita solehah.

Realitinya, Rasulullah SAW sendiri telah mengangkat martabat wanita ke darjat paling mulia sejak dahulu hingga kini. Lihatlah, bagaimana akhlak Aisyah r.a, Khadijah r.a, Fatimah r.a dan lain-lain wanita di bawah jagaan baginda. Indah bukan? Apa pula formula baginda mendidik mereka sehingga menjadi penghuni syurga abadi itu?

Rahsianya ada dalam naskhah 100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita ini. Baca dan pratikkan pesanan baginda ini yang merangkumi seluruh kehidupan kaum wanita bermula daripada peringkat anak-anak, remaja, gadis, isteri sekali gus para ibu. Pasti, ia akan merubah kita menjadi bidadari dunia yang disegani.
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Friday, March 20, 2015

Menjadi Ulul Albab: Generasi Genius Bertaqwa ~ Dr. Danial Zainal Abidin

Adakah kita tahu siapakah sebenarnya Ulul Albab? Ulul Albab adalah mereka yang mempunyai akal yang sempurna dan bersih.

Akal yang sempurna bermaksud, cara berfikir dan menilai sesuatu perkara adalah betul berpandukan kepada agama.

Pada ketika yang sama, akal itu bersih daripada idea-idea songsang dan sesat.

Imam Ibnu Kathir menyatakan perkara ini dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim.
*****
(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Adab Berdamping Dengan Al-Quran ~ Imam An-Nawawi

Melihat hurufnya, mendengar alunan bacaannya, malah membaca isi kandungannya sudah dijanjikan ganjaran yang besar. Apatah sekiranya mentadabbur dan mengamalkan segala suruhannya.

Buku Adab Berdamping dengan Al-Quran karga Imam An-Nawawi menggariskan panduan yang jelas berpandukan Al-Quran dan sunnah. Antara topik yang dibincangkan adalah:

  • Mengapa perlu membaca Al-Quran? 
  • Apakah yang membuatka 'ulat' Al-Quran begitu istimewa? 
  • Adab dan etika pendammping Al-Quran. 
  • Ayat-ayat dan surah Al-Quran yang digalakkan untuk dibaca pada waktu dan keadaan yang khusus.
*****
(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Amalan Orang Soleh ~ Ustaz Muhadir Hj. Joll

Amalan (zikir, wirid, selawat, doa) bersandarkan hadis Nabi SAW, dan amalan ulama. Disertakan nama Syeikh (Guru) yang mengijazahkan setiap amalan.

Pengijzahan kitab kepada setiap pembeli.

Antara amalan: Pemagar Diri, Selawat Ummi, Manzil, Bimillah 786, Surah pilihan, Pendinding Diri, Keluarga dan Harta Benda, serta banyak lagi. Sesuai bagi orang awam, pelajar universiti, pondok, tahfiz, Imam, pendakwah, dan yang mengikuti pengajian bersanad.
*****
(SEM & SS) RM6.00 - RM5.40

Ibadah Mukmin: Sembelihan ~ Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar

Merungkai dan menjelaskan pelbagai permasalahan secara mendalam tentang penyembelihan, perburuan, pemakanan, ibadah korban dan akikah. Sebuah kupasan berdasarkan rujukan kitab-kitab ulama muktabar dan dipersembahkan dalam bentuk yang mudah dan ringan. Istimewa berwarna penuh dan berfakta serta muatan gambar dan ilustrasi yang menarik.
*****
(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM30.00 - RM26.40

Monday, March 16, 2015

UZAR: Koleksi Status Facebook Terbaik ~ Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

"Kurangkan masa mengadap internet dan facebook. Tambahkan masa berkualiti, nescaya sakinah, mawadah, dan rahmah dalam keluarga akan bertambah."

"Jangan memperkecilkan ketaatan yang sedikit dan kecil, kerana konsistentnya membawa kebaikan dan istiqamah."

"Jangan meremehkan dosa yang sedikit dan kecil, kerana berterusannya membawa kesan buruk dan dosa"
*****
(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Ringkasan Sahih Bukhari (Jilid 2) ~ Imam Az-Zabidi

Imam Bukhari atau Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin AI-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju'fi Al-Bukhari adalah salah seorang ahli hadis yang termasyhur sejak dahulu lagi. Kitab-kitab fiqh dan hadis hasil pengumpulan dan penapisannya memiliki darjat atau tahap kualiti yang tinggi. Semuanya ini adalah kerana disiplin pengumpulan dan penapisan hadisnya adalah begitu ketat dan sistematik, demi untuk memastikan kesahihan hadis yang diriwayatkan.

Oleh sebab itu, sebahagian ilmuan lain menggelarkannya sebagai Amirul Mukminin fil Hadis (Pemimpin kaum Mukmin dalam perkara Ilmu Hadis). Kitab-kitab hasil tulisan merupakan khazanah yang sangat berharga kepada dunia Islam hingga sekarang ini. la menjadi rujukan dan bacaan oleh umat Islam di seluruh dunia. Malah is telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Kitab Sahih Bukhari merupakan salah satu daripadanya. Kitab ini merupakan rujukan utama dalam membahaskan permasalahan fiqh, ibadah dan banyak lagi isu lain.

Kitab ini telah diringkaskan oleh Imam Az-Zabidi atau Imam Zainuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Latif bin Abu Bakr al-Sharji Az-Zabidi al-Yamani. Beliau telah memilih dan menyusun semula kumpulan hadis yang terdapat di dalam Sahih Bukhari dan dikategorikan berdasarkan tema-temanya. Selain itu saringan semula dilakukan bagi hadis-hadis yang berulang dan hanya mengambil hadis yang mempunyai sanad yang muttasil (rangkaian riwayatnya bersambung dan tidak putus) kemudian dikiasifikasikan ke bab-bab yang berkenaan untuk memastikan tiada pengulangan.

Metodologi dan disiplin ilmu para ilmuan dan cendekiawan terdahulu dalam bidang ilmu telah memberikan sinar berpanjangan kepada dunia ilmu pengetahuan. Di mana ia boleh dinikmati oleh umat Islam sehingga sekarang. 
*****
(SEM) RM70.00 - RM61.60
(S/S) RM73.00 - RM64.20

Monday, March 9, 2015

Ringkasan Sahih Bukhari (Jilid 1) ~ Imam Az-Zabidi

Roh: Menelusuri Pencerahan Alam Roh H/C ~ Ibnu Qayyim Al-Jauziah

Ibnu Qayyim al-Jauziah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia keilmuan Islam. Tokoh yang dilahirkan di bumi Damsyik, Syria ini telah banyak menyumbang idea dan pemikirannya melalui buku-bukunya yang masyhur yang telah ditulis sepanjang hayatnya. Antara buku-bukunya yang telah tersebar luar seantero dunia adalah at-Tibyan fi Aqsamil Quran, Zaadul Ma'ad fi Hadyi Khaki! ?bad, Tuhfatu! Maudud bi Ahkamiil Maulud, Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musyaqqin dan banyak lagi. Antara karya beliau yang lain yang sangat ghairah untuk dibaca oleh kita semua adalah Roh.

Buku berjudul Roh ini mengungkap dengan jelas tentang hakikat roh, karakter dan sifatnya serta kaitannya dengan jiwa dan kehidupan. Antara persoalan-persoalan yang bakal terjawab di dalam judul ini adalah; adakah roh mengetahui ziarah manusia ke kubur? Adakah roh orang yang mati saling bertemu dan berkumpul? Adakah roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang sudah mati? Apakah yang mati, roh atau jasad? Adakah selepas mati, roh akan menjelma menjadi sesuatu yang lain? Bolehkah roh memasuki mimpi orang yang hidup? Di manakah roh?

Banyak lagi persoalan-persoalan di dalam benak fikiran anda akan dirungkaikan satu persatu oleh penulis di dalam buku ini. Selain itu, buku ini juga menyelitkan huraian yang padat tentang alam barzakh dan keadaannya serta hakikat di alam mimpi. Secara ringkasnya, Roh akan membawa fikiran anda terbang ke alam lain; alam yang ada tetapi anda tidak mengetahuinya. Semoga kupasan, huraian yang sarat dengan dalil dan hujah ini mampu memberi kepuasan kepada anda ketika membaca serta mampu meningkatkan iman dalam mempercayai kewujudan alam ghaib yang dicipta oleh Allah SWT.
*****
(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 - RM46.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...