Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, August 30, 2016

100 Amalan Sunnah Rasulullah ~ Muhd Nasruddin Dasuki

Naskhah 100 AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW ini memberi panduan kepada kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW tanpa mengira masa dan tempat. Andai tidak mampu mengamalkan semua, jangan pula terus meninggalkannya. Ayuh, kita jadikan sunnah Rasululullah ini sebagai sahabat sepanjang zaman!

Antara kandungan menarik:
  • Banyak bersedekah melapangkan rezeki
  • Solat Tahajud: Menguji ketaatan insan
  • Banyakkan beristighfar dan berselawat
  • Sebarkan salam tambah kemesraan
  • Berbakti kepada anak-anak yatim
  • Makan jangan sampai kenyang
  • Mengutip makanan yang jatuh
  • Berdoa ketika angin bertiup
  • Mentahnik bayi baru lahir
  • Tidak mencela makanan
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Di Atas Sayap-sayap Malaikat ~ Hana Ilhami

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung aku tak akan berganjak demi Dia Yang Maha Agung...

Madrasah Darul Uloom Al-Haniffa semakin terkenal di bumi Swiss. Ustaz Naim menggalas tanggungjawab memperluaskan syiar Islam di sana. Segalanya berjalan lancar sehinggalah penemuan nota-nota di tembok batu di hadapan madrasah, menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tanpa Ustaz Naim sedari, perkembangan Darul Uloom tidak disenangi oleh pihak tertentu. Kemunculan Miriam dan Nadine, semakin menghuru-harakan hidup Ustaz Naim. MIRIAM, seorang remaja berbangsa Yahudi sering berkunjung ke Darul Uloom kerana ingin mengetahui tentang Islam serta mempelajari seni khat dari Ustaz Naim. Meskipun ditentang keras oleh ibunya, Darul Uloom tetap dijejaki kerana Miriam sebenarnymilitangjatuh hati terhadap tenaga pengajar itu.

“Hampir setiap hari saya meneropong ustaz dari rumah saya. Sebab itulah saya dapat lukis wajah ustaz.” - Miriam.

Namun kedatangan Miriam telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Beberapa orang penghuni Darul Uloom tidak menyukai kedatangannya. Ustaz Naim mulai dipandang serong. NADINE, seorang penari kelab yang begitu agresif. Kemunculannya membuatkan ketenteraman hati Ustaz Naim sering terganggu. Wanita itu bukan sekadar menggoda, malah dia turut membuat provokasi terhadap Islam. Namun kerenah Nadine ditangani dengan penuh kesabaran meskipun adakalanya sangat menyesakkan jiwa.

Tuesday, August 23, 2016

Cara Belajar Bahasa Arab I'rab & I'lal ~ Mukhlas Asy-Syarkani

Agama Islam adalah manhajulhayah atau jalan hidup, yan merupakan pedoman untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebagai sumbenya.Rasulullah SAW telah meninggalkan dua pusaka iaitu Al: Quran dan hadith yang disampaikan dalam bahasa Arab. Sesungguhnya merupakan tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempelajari bahasa Arab supaya mudah memahami Al-Quran dan hadith tersebut.

Buku- Cara Belajar Bahasa Arab ini sangat birguna bagi memperdalamakan tatabahasa Arab, kerana kaedah-kaedah dalam buku ini disusun secara sistematik. Dimulakan dengan kalimah isim, fi'il serta bahagian-bahagian lain yang dijelaskan secara berperingkat-peringkat. Semuanya membantu setiap individu yang ingin meningkatkan pembelajaran dalam bahasa Arab, sehingga memudahkan memahami ilmu lain..
Semoga buku ini bermanfaat bagi umat Islam seluruhnya'dalam usaha untuk mendalami ilmu tatabahasa Arab yang bermanfaat dalam kehidtipan harian, insya Allah.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Cara Belajar Bahasa Arab Balaghah ~ Mukhlas Asy-Syarkani

Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW di tanah Arab dan dalam Bahasa Arab. Firman Allah SWT yang bermaksud. "Sesungguhnya telah Kami turunkan al-Quran dalam bahasa Arab, mudahmudahan kamu memikirkannya."
Al-Quran sebagai kitab suci dan pedoman hidup yang utama dan perlu untuk difahami. Justeru itu memahami al-Quran hanya akan tepat dan betul sekiranya mampu menguasai berbagai disiplin ilmu dan yang terpenting adalah Bahasa Arab. Sesungguhnya al-Quran dari aspek bahasanya adalah sangat kaya maknanya dan menyeluruh maksudnya. Ketinggian sastera dan keindahan bahasanya merupakan salah satu mukjizat dari al-Quran itu sendiri yang didatangkan oleh Allah SWT bagi mencabar kebolehan bangsa Arab yang terkenal sebagai ahli sastera yang sangat unggul pada masa itu.

Kehadiran buku ini adalah untuk membantu anda di dalam memahami sastera di dalam bahasa Arab yang sering disebut dengan istilah al-Balaghah. Sama ada dari segi al-Bayan seperti tasybih, majaz, haqiqat, kinayah, dan juga segi al-Ma'ani seperti insyak, khabar, qasr dan juga dari segi keindahan bahasanya atau al-Badi' seperti sajak, mudabalah, istibas dan lain-lain.
Buku ini sangat sesuai khasnya bagi penuntut sama ada di sekolah ataupun Pengajian Tinggi dan juga sesiapa sahaja yang ingin menikmati keindahan dan kemukjizatan bahasa al-Quran.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Tafsir Mimpi Menurut Al-Quran ~ Syeikh Abdul Sidek, Muhammad 'Azat, Muhammad 'Aris

Menjadi suatu kebiasaan bahawa ada di kalangan manusia yang begitu cenderung menjejaki persoalan alam ghaib. Di dalam buku ini mengupas tentang MIMPI salah saw daripada seribu situ persoalan alam ghaib yang ingin diketahui.

Kupasan dan hurai all tentang persoalan mimpi yang dibcarakan dalam buku ini diterangkan dalam bentuk yang ringkas namun padat.

Rangkuman perbahasan dan huraiannya adalah dilandaskan kepada al-Quran clan keterangan hadis-hadis sahih.

Dengan membaca buku ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam memahami selok-belok mimpi dari mana datangnya, hakikat mimpi, adab mimpi dan sebagainya. Tetapi yang paling bagi kita adalah berdoa kepada Allah untuk menghindarkan daripada musibah dan meminta kepada-Nya kebaikan dalam kehidupan ini. Di samping itu bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan olehNya.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Cerita Dari Hati ~ Nazali Noor, Normujaidah Osman, Amer Fadzlan, Idayu Ahmad, Umiesafa, Noordin Zakaria

Tulis daripada hati akan sampai ke hati...
Siapa pun engkau dalam cerita ini,
Baik ibu, ayah, anak, guru mahupun hamba-NYA,
Kau akan temui dirimu dalam setiap cerita...
Bacalah...
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Friday, August 19, 2016

Tasawuf Moden ~ HAMKA

Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali. Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.

Memang, sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
1. Pendapat-pendapat tentang Bahagia
Sebab Timbulnya Penyelidikan
Pendapat Budiman tentang Bahagia
Pendapat Aristoteles
Pendapat Ahli Fikir Zaman Sekarang
Golongan Kedua
Pendapat Nabi Muhammad (S.A.W)
Daripada Apakah Tersusunnya anasir bahagia?
Alasan pendapat golongan pertama
Alasan Golongan kedua
Tolstoy tentang pembahagian bahagia
Pembahagian Iman Al-Ghazali

2. Bahagia dan Agama
Bahagia dan Agama
Iktikad
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Falsafah Hidup ~ HAMKA

Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya.

"Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?"
Rahsia dan penuh rahsia.

Bila sedang berfikir hendak menyelidiki, hendak tahu apakah rahsia itu, kembalilah segala tanya yang sulit tadi kepada yang bertanya, "Mengapa saya bertanya? Siapa saya?"

Rahsia.

Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Hidup
Akal untuk Manusia
Mengatur Kerja
Akal
Alamat
Timbangan Orang Berakal
Memperhalusi Akal
Tanda Orang Berakal
Guna Akal
Ilmu dan Akal
Tujuan Akal
Akal dan Hawa
Perjuangan Akal Dan Hawa Nafsu
Jahil
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Lembaga Hidup ~ HAMKA

Tatkala masa dahulu, jatuhlah zat air kejadian kita, bercampur dari sulbi ayah dengan taraib bonda. Bermula dengan segumpal air, sehinggalah menjadi segumpal daging.

Telah cukup sejak dalam rahim bonda, garis tulisan hidup yang akan dilalui. Rezeki telah tersedia. Ajal telah tertentu. Amal usaha telah terbentang. Celaka ataupun bahagia telah mesti bertemu. Naik ataupun turun telah ada di hadapan pintu hidup.

Maka dalam kandungan ibu itulah tercipta 'Lembaga Hidup' itu. Lembaga yang akan dituangkan seketika kita telah lahir ke dunia kelak.

Janganlah lembaga tinggal lembaga, dan kita tidak berusaha menuangnya.

ANTARA ISI KANDUNGAN
1. Kewajipan
Harga kewajipan
Diri dan Masyarakat
Hak Perseorangan
Hak Hidup
Hak Kemerdekaan Diri
Hak Persamaan
Hak Politik
Hak Menceri Rezeki
Hak Atas Milik
Hak Perhubungan dan Perjanjian
Hak Atas Kepercayaan dan Keyakinan Hidup (Pandangan Hidup)
Hak Perlindungan Anak-anak
Hak Pengajaran dan Pendidikan
Hak Orang Ramai Pada Masyarakat
Hak Dirimu dan Tanganmu
Pembahagian Hak Jiwa
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Lembaga Budi ~ HAMKA

Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.

Diribut runduklah padi
Dicupak Datuk Temanggung
Hidup jikalau tidak berbudi
Duduk tegak ke mari canggung

Hidup berbudi itulah tujuan kita!

ANTARA ISI KANDUNGAN
Budi Yang Mulia
Sebab Budi Menjadi Rosak
Penyakit Budi
Tinjauan Ibnu Maskawih
Pendapat Muhyiddin Ibnu Arabi
Pendapat Ahli Falsafah Ibnu Hazm
Pendapat Imam Ghazali
Tanda-Tanda Penyakit Jiwa dan Tanda Sembuhnya
Bagaimana Mengenal Kekurangan Diri
Budi Orang Yang Memegang Pemerintahan
Budi Yang Mulia Pada Raja
Budi Orang Yang Membuka Syarikat
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Projek Seram Airport ~ Helmi Effendy, Noorfadzillah, Aida Adia, Aziah Zainal

ZON HITAM – HELMI EFFENDY
~Tiada yang lebih gelap daripada sisi gelap seorang manusia~
Lapangan Terbang Hang Nadim di Eurasia dirampas oleh kumpulan pengganas. Dalam masa yang sama, sebuah pesawat yang telah hilang lima tahun lalu muncul secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, lapangan terbang itu diselubungi gelombang hitam yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa sebenarnya yang terjadi? Misteri apakah yang sedang melanda lapangan terbang itu? Bala tidak berhenti menyapa mereka yang berada di dalamnya.

LAPANGAN TERBANG BERPUAKA – NOORFADZILLAH
~ Bila sudah daftar masuk maka keluarnya dengan tiket kematian~
Di kala Pan Borneo Agensi mengalami masalah kewangan. Muncul insan misteri bersama tawaran setengah juta dengan syarat dokumentasikan Lapangan Terbang Akarak sebelum tempat itu dimusnahkan. Dayang Erdina bersama satu team dihantar ke sebuah lapangan terbang lama di Pulau Akarak, Sabah. Ini satu peluang yang sangat mengujakan. Ini juga satu rezeki datang tidak terduga. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa inilah jalan daftar masuk dan mati dialu-alukan oleh roh-roh kejam menantikan jiwa murni.

Qarin ~ Illya Abdullah

Mangsa-mangsanya daripada kalangan penjenayah yang bebas daripada tuduhan salah laku. Cepat atau lambat dia akan memburu mereka. Maut akan menanti mereka. Pembunuhan kejam yang berlaku seperti bukan kerja seorang manusia. Tiada kesan dan jejak ditinggalkan oleh si pembunuh yang licik.

Bayang-bayang hitam yang mengekori Faris menakutkan Asmida, seorang gadis yang terbuka hijabnya melihat makhluk-makhluk halus itu. Asmida turut mendapat petanda-petanda ngeri mangsa-mangsa pembunuh kejam itu seterusnya. Faris pula buntu apabila mengetahui bayang-bayang hitam yang sentiasa berbisik di telinga itu adalah QARIN.

QARIN yang dahagakan darah manusia. Faris tidak akan mengikut telunjuk QARIN. Dia bukan seorang pembunuh! Apabila rahsia lama cuba disingkap, segalanya terdedah satu per satu. Faris, QARIN dan seorang lelaki yang sudah mati bernama Nazrin Shah saling berkaitan rapat.
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Hati Biar Lawa, Iman Biar Legend ~ Fateen Mustafa

Semua Orang Mampu Berubah
Tak Kiralah Siapa Kamu
Pada Permulaannya.

Tak Kiralah Ada Manusia Menganggap
Kamu Ini Tidak Layak Untuk Berubah.

Tak Kiralah Ada Manusia Mahu
Menghukum Kamu Begitu Dan Begini.

Lihat Ke Hadapan.

Kamu Masih Punya Iman
Selagi Kamu Tahu Tuhan Itu Ada.

Selagi Kamu Tahu
Rasulullah Itu Utusan-Nya
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM 13.20

Wednesday, August 17, 2016

Bismillah Yang Hilang ~ Dr. Mohd Shafiee Hamzah

BISMILLAH YANG HILANG. Cuba tengok solat kita. Bila kita baca al-Fatihah, kita akan sebut bismillah. Tidak sah solat kita kalau tertinggal bismillah. Tapi lepas kita bagi salam, bismillah mula hilang dari kehidupan kita. Kenapa dalam solat tadi, bismillah selalu dibaca? Tapi lepas habis solat, bismillah pun lesap. Ke mana hilangnya bismillah yang kita baca dalam solat tadi?
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Expectation ~ Thebingkisanhati

Kata mereka, aku hina dan tak layak jadi baik, masa silam aku jahat.

Aku senyum.

Aku sabar.

Aku pekakkan telinga.

Mereka tak tahu, aku punya matlamat ingin terbang ke syurga.

Kenapa perlu fikirkan expectation orang lain.

Sedangkan expectation Allah lebih penting.

Kuatlah! Kau tidak keseorangan.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Tuesday, August 16, 2016

Imaginasi ~ Ramlee Awang Murshid

Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.

Monday, August 15, 2016

Ragam Hidup Berumahtangga ~ Mohd Fadli Sulaiman

Allah SWT menciptakan manusia saling berpasang-pasangan sejak azali lagi. Sebagai contoh, Allah mencipta Nabi Adam dan Hawa. Kemudian daripada mereka berdua, manusia berkembang biak dan bertebaran di muka bumi hingga ke hari kiamat. Tujuan Allah mencipta kita semua adalah untuk kita beribadah kepada-Nya. Untuk mengembangkan lagi umat Nabi Muhammad, kita dituntut untuk berkahwin dan perkahwinan amat digalakkan dalam Islam.

Setelah diijabkabulkan, pasangan suami dan isteri akan menjalani rumah tangga bersama-sama. Susah, senang, suka, duka dan pelbagai perasaan akan ditempuh bersama. Itulah hakikat ikatan perkahwinan. Oleh itu, dalam bahtera rumah tangga pasti akan berlaku bermacam-macam ragam, cubaan dan ujian. Ini menunjukkan bahawa dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan suami isteri, perselisihan ialah satu kemestian. Perselisihan merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Fiqah Perkahwinan ~ Muhammad Fathi Yusof

Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Hubungan antara suami isteri merupakan satu rahmat yang besar daripada Allah SWT. Perkahwinan ialah satu ikatan yang suci dan murni yang Allah SWT kurniakan kepada insan yang bergelar suami dan isteri. Banyak lagi kebaikan dan manfaat yang akan diperoleh sekiranya berkahwin. Tetapi sebelum perkahwinan dibina, setiap pasangan perlulah mendalami ilmu rumah tangga sedalam-dalamnya.

Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga perlulah mendalami ilmu agama agar hubungan yang bakal dibina mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Perkara yang penting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama. Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga. Suami dan isteri perlulah menanamkan sifat syukur dengan pemberian pasangan hidup yang Allah SWT tetapkan untuk kita.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Mutiara Usrah ~ Norhafizah Musa

Sebuah rumah tangga dibina oleh sepasang suami isteri kearah kehidupan bersama yang bahagia dan membahagiakan. Ini mudah dimiliki oleh mana-mana suami isteri. Tetapi, sebuah rumah tangga yang dibina oleh sepasang suami isteri Muslim perlu menerapkan nilai-nilai Islam di dalamnya demi kebaikan kehidupan di dunia dan abadi di akhirat. Bersama-sama melunaskan sunah Rasulullah dan memburu reda Ilahi.

Untuk membina rumah tangga Muslim ini, ilmu sangat penting. Oleh itu, pasangan suami isteri perlu memiliki imu bagaimana untuk merencana dan mencorak rumah tangga menjadi ‘syurga dunia’.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Friday, August 12, 2016

Istimewanya Puasa Wanita ~ Farah Aisyah Ahmad, Abdul Hakim Othman

Bulan Ramadan menyimpan banyak limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Allah SWT amat pemurah untuk merahmati setiap amal ibadah hamba-Nya dengan pelbagai ganjaran pahala. Lantas, menjadi tugas hamba-hamba-Nya pula untuk berebut-rebut meraih sebanyak mungkin ganjaran daripada-Nya. Tidak kira sama ada lelaki, wanita, orang tua atau orang muda, semuanya berpeluang menikmati ganjaran pahala daripada-Nya.

Cuma, ada beberapa kemusykilan yang masih wujud tentang hukum-hakam dan do and dont’s dalam bulan Ramadan, terutamanya dalam kalangan wanita. Wanita juga wajib melaksanakan ibadah puasa sebaik mungkin. Oleh itu, setiap kemusykilan perlu dileraikan dengan jawapan yang pasti agar wanita juga dapat melaksanakan ibadah ini dengan hati yang yakin dan tenang.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Friday, August 5, 2016

The One: Yang Terunggul ~ Melur Jelita

“KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”

Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”

Thursday, August 4, 2016

Mau'izhah Hasanah: Malam Pertama di Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

Pengakhiran bagi setiap kehidupan adalah kematian. Kematian yang Husnul Khatimah menjadi idaman setiap orang beriman. Pun begitu, hakikat akhir kehidupan tidak terhenti di situ. Liku-liku perjalanan yang bakal kita tempuhi setelah itu adalah lebih mencabar dan masih panjang.

Buku ini membicarakan tentang kehidupan selepas kematian yang jarang manusia mahu mengambil tahu tentangnya. Sedangkan alam barzakh itu, seandainya manusia tahu realitinya yang sebenar, pasti dia akan mengabaikan dunianya. Malah menumpukan seluruh hayat untuk mempersiapkan bekalan menghadapi alam barzakh. Membacanya bukan untuk menambah takut, tetapi menambah ilmu dan takwa supaya giat menyiapkan bekalan kerana kita semua pasti akan menghadapi malam pertama di barzakh.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Q&A Hadits: Pencerahan 41 Hadits Yang Masyhur Dalam Masyarakat ~ Ustaz Mohd Khafidz Soroni

Sesuatu hadits yang tidak mencapai taraf hadits sahih, malah di kategorikan sebagai sangat dhaif (lemah) tidak wajar disebut sebagai hadits mawdhu‘ (palsu) atau rekaan dengan sewenang-wenangnya. Ulama hadits sejak dari dahulu sentiasa berhati-hati dan sangat beradab dalam menangani hadits-hadits dhaif. Sebagai suatu usaha untuk mendidik umat Islam dan memberi pencerahan yang benar, Ustaz Mohd Khafidz Soroni telah mengumpulkan beberapa hadits tidak sahih yang popular dalam masyarakat dan menyenaraikan kalam-kalam ulama berkenaan hadits tersebut.
Antaranya:
* Tuntutlah ilmu sampai ke china
* Benarkah syurga di bawah tapak kaki ibu?
* Yasin jantung al-quran?
* Rezeki murah kerana istighfar?
* Ikhtilaf umat islam itu rahmat?
* Barakah Rejab, Syaaban & Ramadan
* Hadits ‘Sayidina Ali pintu kota ilmu’ itu benar?
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Hwaiting ~ Syafiq Nasri

HWAITING! Nak berjaya kena fight. Baru jadi.

Kawan-kawan. Hidup usah fikir orang lain terlebih dahulu. Fikirkan diri kita sendiri yang jahil ini. Next, baru fikirkan tentang mereka. Ciptalah kejayaan dengan ilmu yang dimiliki. Adakah anda cari ilmu untuk mereka? Sudah semestinya tidak. Kerana kita mencari ilmu kerana Redha-Nya. Dan ingin cipta kejayaan.

Kejayaan tidak akan hadir dengan ilmu yang banyak di dada. Tetapi akan terhasil melalui ilmu yang diamal. Hwaiting!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...