Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, February 28, 2017

Anding Ayangan ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & S/S) RM34.00 > RM29.90

NYIAN ditemui hanyut di Sungai Papar 10 tahun lalu. Dia mengalami amnesia. Lupa dari mana asal-usulnya. Nyian menjadi nelayan dalam tempoh tersebut. Selepas10 tahun... dia mulai galak bercerita tentang sebuah dongeng yang dikenali sebagai Anding Ayangan. Ramai yang tidak mengetahui, tatkala Nyian bercerita... dongengnya menjadi hidup di sebuah dunia yang terhijab dengan dunia nyata. Peperangan berlaku di dunia dongeng.

Kerajaan Ayangan gagal menawan Anding sejak 200 tahun lampau. Persengketaan yang berteraskan kepercayaan dan politik berlanjutan sehingga salah satu hancur. Dalam peperangan muncul pelbagai kisah yang hidup dengan pelbagai ‘rupa’ manusia.

Dalam banyak ‘wajah’ terbit pula sebuah percintaan antara dua pihak. Percintaan yang bertambah menyemarakkan marah dan dendam. Percintaan yang bermaharkan kematian. Dalam kerancakan perkelahian... terpinggir sebuah tanah tengah di lautan. Tanah bergelar Pulau Chermin. Didiami raja tanpa jelata. Enggan mencampuri urusan peperangan namun terikat sumpah kalimah mempertahankan Anding dari arah lautan. Sumpah yang diikat seorang ulama berasal dari negara Brunei Darussalam.

Bulughul Maram ~ Ibnu Hajar Al-'Asqalani As-Syafie

(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Kitab Hadis Bulughul Maram merupakan salah satu daripada kitab-kitab peninggalan Islam hasil karya Ibnu Hajar Al ‘Asqalani yang telah diteliti keabsahannya oleh penerbit Darul ‘Aqidah. Ini memberikan kelainan dengan terjemahan lain dari kitab yang sama. Pembahasan yang disajikan di dalamnya bukan hanya terjemahan matan hadisnya sahaja, tetapi dilengkapi dengan takhrij singkat setiap hadis yang dikemukakan untuk mengetahui taraf kesahihan dan kedaifannya. Hal tersebut dilakukan untuk memenuhi tuntutan para pembaca yang kian hari makin bertambah kritis dan teliti dalam memilih bacaan buku agama yang bermutu. Semuanya itu dikemukakan dalam terjemahan ini secara terperinci dan terbuka.

Sebahagian besar dari takhrij merujuk kepada karya tulisan seorang ulama ahli hadis terkenal masa kini, iaitu ‘Allamah Syeikh Muhammad Nasiruddin Al Albani. Dan juga kepada karya-karya tulisan ulama ahli hadis lainnya seperti Syeikh Az Zaila'iy, Syeikh Ahmad Syakir, Syeikh Hamzah Az Zain dan lain-lainnya. Sekiranya masih belum ditemukan juga keterangan yang memuaskan dari mereka, maka dirujuk kepada takhrij dan komentar yang terdapat di dalam kitab “Subulus Salam Syarah Bulughul Maram” karya As-Sanani.

Let It Go ~ Reyna Ibrahim

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Hari-hari adalah pengorbanan. Melepaskan sesuatu yang amat dekat di hati adalah pengorbanan terbesar seorang insan.

"Forget your past, forgive yourself, move on!"

"Seseorang teman penah berkata,
kenapa ujian itu datang da pergi?
Dan kemudiannya datang lagi.
Seolah ujian itu hanya untuk orang yang tertentu,
dan yang selesa akan terus selesa begitu.

Ruang dan peluang itu bukan datangnya membulat dan bergolek, dan ia bukan kesempatan yang mampu dilihat dengan mata kasar.

Kita lupa bahawa ujian demi ujian itu adalah ruang.
Ujian demi ujian itu adalah kesempatan.
Ruang dan kesempatan untuk kita dekat pada-Nya.
Untuk kita mengubah diri yang khilaf menjadi insan yang mula memperbaiki dikit demi dikit.
Untuk kita belajar mensyukuri nikmat yang jarang terlihat."

Thursday, February 23, 2017

Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat ~ Mohd Zulkifli Shafie

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Buku “Wang Emas” berbeza dari buku-buku lain yang ada dipasaran. Hampir kesemua buku-buku emas dipasaran bercakap tentang “beli harga rendah jual harga tinggi”, tetapi buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi.

Buku Wang Emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.

Kaki Masjid ~ Hisham AR

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Pernah lihat ikan dilepaskan ke dalam air? Gembira ikan itu tidak terkata. Begitulah perasaannya apabila orang yang kaki masjid itu dapat berkunjung ke masjid.

Ibarat rindu kepada kekasih. Ibarat benda yang kita suka. Makin lama makin cinta. Makin dekat makin sedap, makin seronok, makin berahi. Hati sentiasa ingat, sentiasa melekat.

Jadilah kaki masjid, bukan kaki sembang atau kaki karaoke. Latih diri jadi kekasih Allah. Banyakkan pergi ke masjid daripada pergi ke supermarket. Banyakkan selawat, banyakkan sebut nama ya Allah, ya Allah, ya Allah. Bukan amal ya TV, ya TV, ya makan, ya makan, ya anak, ya bini.

Jom kita jadi kaki masjid. Masjid tempat peberet kita, insya-Allah.

Marco Polo: Penjelajahan Ke Asia ~ Al Ghazali

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Marco Polo adalah seorang pengembara yang paling terkenal kerana kisah perjalanannya ke China. Ketika Eropah sedang berada di zaman gelap, Marco Polo mencabar dirinya untuk keluar dari Venice dan menjelajah dunia.

Ketika itu, Eropah masih belum mengenali China. Marco Polo mengetepikan semua keraguan dengan mengembara sejauh kira-kira 7,000 kilometer ke timur semata-mata kerana dorongan ingin tahu.

Selepas 24 tahun berada di perantauan, akhirnya Marco Polo pulang ke Venice dengan membawa pengalaman yang dimuatkan dalam catatan kembaranya, The Travels of Marco Polo.

Catatan itu telah membuka laluan kepada dunia Eropah untuk mengenali China dan juga Asia Tengah. Kejayaan Marco Polo membangkitkan Eropah daripada tidur dan mula berlayar meneroka dunia. Catatan kembara itu bertanggungjawab mencorakkan perjalanan sejarah seperti yang dikenali pada hari ini.

Inilah kisah Marco Polo, seorang pengembara agung yang pernah muncul dalam sejarah peradaban manusia.

How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk ~ Adele Faber, Elaine Mazlish

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :

Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
Mewujudkan Kerjasama
Alternatif Selain Hukuman
Galakan Berdikari
Pujian
Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
Menggabungkan Semuanya Bersama

Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

Tafsir Al-Azhar Juzuk 5 ~ HAMKA

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Antara Kandungan:
2) Surah An-Nisaa'
- Tidak Boleh Mengahwini Isteri Orang
- Masing-Masing Sudah Ada Pembahagian
- Lelaki Adalah Pemimpin
- Nusyuz
- Syiqaq
- Tayamum
- Mungubah-Ubah Kitab
- Jangan Menyucikan Diri
- Jibti dan Thagut
- Mendustai Diri Sendiri
- Menyerahkan Amanah
- Memegang Teraju Kadilan
- Ketaatan Kepada Penguasa
- Kesimpulan
- Awas dan Waspada
- Jiwa Terbelakang
- Perang dan Tujuannya
- Taat Kepada Allah dan Rasul
- Nabi yang di Depan Sekali
- Syafaat
- Salam

Tafsir Al-Azhar Juzuk 4 ~ HAMKA

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Antara Kandungan:
2) Surah Ali-Imran
- Makanan yang Haram Bagi Bani Israel
- Mengetuk Hati Nurani Ahli Kitab
- Kepentingan Dakwah
- Peralatan untuk Dakwah
- Berpecah Sesudah Mendapat Keterangan
- Yang Sebaik-Baik Umat
- Tali Allah dan Tali Insan
- Kaum Muslimin Terlalu Jujur
- Perbandingan antara Kekalahan di Perang Uhud dan Kemenangan di Perang Badar
- Lanjutan Peristiwa Uhud
- Jangan Menyesali Ajal
- Syura Sebagai Sendi Masyarakat Islam
- Korupsi
- Hamraul Asad
- Badar yang Kedua
- Saringan Waktu atau Seleksi
- Janji Ahli-Ahli Pengetahuan
- Ingin Pujian Atas Usaha Orang Lain

3) Surah An-Nisaa' (Perempuan-Perempuan)
- Pendahuluan
- Perihal Gundik

Sunday, February 19, 2017

40 Kisah Yang Membuatkan Nabi Ketawa Berdasarkan Hadith Sahih ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00
Dalam sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w. dalam menyampaikan dakwah, walaupun terdapat pelbagai kesulitan, Baginda s.a.w. tetap ketawa dan tersenyum dalam banyak keadaan.

Ini menandakan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai naluri manusia yang fitrahnya ada sedih, marah, ketawa, menangis, dan sebagainya.

Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja.

Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku.

Ia menjadi sunnah taqririyyah (diakui oleh Nabi s.a.w. akan sesuatu hukum) ataupun sekadar menjadikan Nabi gembira sahaja tanpa ada apa-apa maksud.

#Cantik : Wanita Seindah Mutiara ~ Ustazah Norhafizah Musa

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Kecantikan adalah fitrah kurniaan Allah s.w.t. yang tidak mampu dielak ataupun dinafikan oleh sesiapa di dunia. Makna kecantikan dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecantikan lahiriah dan kecantikan rohaniah.
Kecantikan lahiriah atau luaran adalah kecantikan fizikal yang dapat dilihat terus oleh mata kasar.

Kecantikan rohaniah adalah kecantikan dalaman yang diukur dan dinilai dari hati ke hati.

Keadaan hati dan iman yang menentukan tahap dan nilai kecantikan yang ada pada diri seorang wanita.

Jangan Hilangkan Dia ~ Hazel Jay

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Tragedi tragis yang menimpa Qaireena empat tahun lalu telah ‘menghilangkan’ insan yang paling dia sayangi dalam hidupnya. Walaupun kecederaan luaran yang dialami Qaireena tidak parah, namun kecederaan dalaman yang dia alami ketika itu terlalu serius.

“Bangun sayang, dah masuk waktu subuh ni.”
“Kau siapa?”
“Saya suami awak, sayang...”

Suami? Ya, suami. Qaireena sering kali didatangi mimpi yang sama. Bermimpikan seorang lelaki yang tidak berwajah! Aneh tapi itulah yang berlaku dalam mimpi itu. Setiap kali bermimpikan lelaki tanpa wajah itu, hanya seorang yang terlintas dalam fikirannya. Dhafir!

Dhafir, ‘si tauke kain’ itu benar-benar buat hidup Qaireena huru-hara. Sejak kemunculan lelaki itu, hidup Qaireena seperti berpusing 360 darjah! Dalam rasa benci dengan sikap menjengkelkan Dhafir, Qaireena tetap menerima syarat gila lagi merepek lelaki itu yang mahu membantunya membuka butik tudungnya sendiri di Malaysia.

Namun bagi Dhafir, semua syarat itu hanyalah sebagai alasan untuk dia kembali bersama cinta hatinya.

Saturday, February 18, 2017

Tafsir Al-Azhar Juzuk 6 ~ HAMKA

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Antara Kandungan:
1) Pendahuluan
2) Surah An-Nisaa' (Perempuan-Perempuan)
- Nabi Isa Tidak Mati Disalib
- Kepercayaan Terhadap Salib
- Kepercayaan Kristian Terhadap Salib Al-Masih
- Pandangan Seorang Muslim Yang Mengerti Agamanya Tentang Kepercayaan Itu
- Ajaran Islam Tentang Pembersihan Dosa
- Dari Mana Kepercayaan Tebus Dosa Dengan Salib?
- Kesimpulan Tentang Kepercayaan Salib
- Berita-Berita Kebangkitannya Dari Kubur
- Kematian Yahuda (Yudas) Askhariyuti
- Petrus
- Kesaksian Perjanjian Lama
- Naskah Dari Gua Qamran
- Rasul Yang Dijanjikan Itu
- Beragama Jangan Melebih-Lebihi
3) Pendahuluan
4) Surah Al-Ma'idah (Hidangan)
- Jangan Mengorak Buhul
- Makanan Yang Terlarang
- Tentang Yang Halal
- Memelihara Anjing

Wednesday, February 15, 2017

Camp De Calais: Satu Ranah Seribu Kisah ~ Izzat Ibrahim

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

"Sudah bersedia untuk masuk ke dalam hutan?' tanya Encik Jamal kepada kami ketika dalam perjalanan dari stesen kereta api ke kawasan penempatan pelarian Calais.

"Oh, dalam hutan ke kawasannya?' tanya saya dalam hati.

Ketika itu fikiran saya teringat akan sekeping gambar yang tersebar di Facebook berkenaan perbezaan antara kem-kem pelarian di beberapa buah negara. Kem di Perancis adalah antara yang paling teruk.

Kem pelarian di Calais, Perancis ini digelar sebagai The Jungle. Disebut sebagai Jungle kerana dulunya kawasan ini penuh dengan pokok-pokok. Namun sekarang pokok-pokok di kawasan ini telah ditebang. Menurut Encik Jamal, dulunya kawasan ini adalah tempat pembuangan sampah sarap.

Mungkin kerana nama tempat ini adalah "Hutan", Kadang-kadang manusia tiada akal. Bukan pelarian sahaja, penguasa-penguasa di sini juga melayan manusia seperti penjaga binatang yang kejam melayan binatang dengan cara yang tidak baik.

Dan ini pula adalah kisah saya sebagai salah seorang sukarelawa di kem pelarian Calais.

Amalan Mengangkat Darjat ~ Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang bersumberkan hadits-hadits dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh alim ulama. Ia didatangkan dengan jadual lengkap seharian bagi membantu umat Islam memaksimumkan ibadah dalam setiap saat kehidupan, daripada bangun pagi hingga tidur kembali.

Coconut Shake Satu! ~ Fedtri Yahya

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Memandang sinis tanpa memahami. Mencerca tanpa mendoakan kebaikan. Menjauhi tanpa rasa belas untuk membantu. Kita alpa dan lalai dengan nikmat kesenangan.

Subuh … mengantuk
Zuhur … kekenyangan
Asar … kesesakan
Maghrib … keletihan
Isyak ... kesibukan

Buku Puris yang ketujuh ini, COCONUT SHAKE SATU! merupakan nukilan penulis yang wajahnya sering muncul dalam mengacarakan beberapa program di kaca Tv, Ahmad Fedtri Yahya.

Beliau mencoretkan beberapa buah artikel serta puisi yang sinonim dengan bahasa puitis yang digunakan olehnya semasa bersiaran, beliau mengharapkan ada yang mengutip inspirasi dari apa yang ditulis juga ada yang mengambil iktibar dari apa yang dikarangnya.

Sherlock Holmes: A Study in Scarlet & The Sign of Four (Edisi Bahasa Melayu) ~ Sherlock Holmes

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Penyiasat genius eksentrik yang ikonik, Sherlock Holmes dan sahabatnya, Dr. John H. Watson mula diperkenalkan dalam majalah Beeton's Christmas Annual pada tahun 1887. Dan hingga kini, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Sherlock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan telah muncul dalam pelbagai bahasa dan medium.

Buku ini mengandungi dua novel terawal, A Study in Scarlet, tentang misteri pembunuhan yang memeningkan dan tulisan Rache berdarah pada dinding, dan The Sign of Four, memperkenalkan watak Mary Morstan, wanita muda yang meminta bantuan Holmes dan Dr. Watson merungkai misteri mutiara yang diterimanya setiap tahun, beberapa tahun selepas kematian ayahnya.

Friday, February 10, 2017

Latihan Pengukuhan Bahasa Arab 1,2,3,4,5,6 ~ Dr. Mohd Puzhi, Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid, Marzidah Hashim, Norasmazura Muhammad, Raja Munirah Raja Sulaiman


Latihan Pengukuhan Bahasa Arab Tahap 1: (SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20
Latihan Pengukuhan Bahasa Arab Tahap 2: (SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20
Latihan Pengukuhan Bahasa Arab Tahap 3: (SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00
Latihan Pengukuhan Bahasa Arab Tahap 4: (SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00
Latihan Pengukuhan Bahasa Arab Tahap 5: (SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00
Latihan Pengukuhan Bahasa Arab Tahap 6: (SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00
(Boleh dibeli 1 set atau berasingan)

Merangkumi Sukatan KSSR-JAWI-JAIS-KAFA-J-QAF

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang terpenting di dalam komunikasi di dunia ini. Lebih-lebih lagi untuk umat Islam, kerana bahasa ini merupakan Bahasa Al-Quran. Pengajian dan pembelajaran bahasa akan mudah dan menyeronokkan dengan adanya proses latihan, pengukuhan serta lisan atau percakapan.

Buku ini merangkumkan latihan pengukuhan Bahasa Arab yang disusun secara sistematik dan bertahap. Amat sesuai digunakan oleh mereka yang ingin mengukuhkan lagi kemahiran berbahasa Arab sama ada dari segi percakapan atau penulisan. Selain itu pendekatan yang diambil di dalam penyusunan buku ini adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran KSSR, JAWI, JAIS, KAFA dan J-QAF.

Bahasa Arab Perbualan Harian: B. Malaysia - B. Inggeris - B. Arab ~ Zain Y.S

(SEM & S/S) RM9.00 > RM7.90

Buku ini memuatkan pelbagai contoh dialog di dalam tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Oleh itu, selain dari penguasaan bahasa Arab sebagai matlamat utamanya, para pembaca juga secara tidak langsung akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Semua dialog dipilih berdasarkan kesesuaian dan keperluan pembaca tempatan sama ada semasa berada di Malaysia atau di negara-negara Arab. Susunan tajuk dibuat berdasarkan urutan asas dialog yang dimaklumi. Justeru, la dapat menarik hati pembaca untuk terus membaca sehingga halaman yang terakir.
Selain itu, sebahagian dari dialognya sesuai untuk digunakan untuk urusan-urusan harian semasa berada di negara Arab seperti di Makkah dan Madinah. Antaranya dialog dengan pegawai kastam, dialog dengan pemandu bas dan teksi dialog dengan agensi perlancongan dan banyak lagi.

Umar r.a. pernah berkata:
"Pelajarilah bahasa Arab, ia dapat meningkatkan minda dan harga diri "
(Kanz Al-Ummal)

Belajar 3 Bahasa Cara Mudah ~ Mohd Basri Yusuf, Noraini Abu

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Belajar 3 bahasa dengan cara mudah iaitu Bahasa Melaysia, Inggeris dan Arab.

Wednesday, February 8, 2017

Fakta Saintifik Surah Yasin ~ Zul Hilmei, Mohamad Rohani

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Benarkah ada kehidupan selepas mati? Persoalan kebangkitan semula sesudah mati menjadi masalah besar untuk manusia mempercayainya kerana ia tergolong dalam perkara ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Mereka yang menolak kebangkitan semula akan menolak wujudnya syurga dan neraka, seterusnya menolak wujudnya Allah SWT sebagai Pencipta manusia. 

Dr. Wahbah az-Zuhaili menyatakan surah Yasin mengemukakan bukti kepada manusia agar melihat kekuasaan Allah SWT seperti meghidupkan bumu yang mati menjadi subur. Buku ini menampilkan fakta-fakta kajian yang ada dalam surah Yasin bagi membuktikan bahawa kehidupan selepas mati itu memang benar-benar wujud.

Monday, February 6, 2017

Ada Apa Dengan RM? ~ Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Ubahlah cara anda melihat wang dan cara mengurusnya!

Keadaan ekonomi akan lebih mencabar. Wang atau pendapatan yang kita bakal raih mungkin akan naik atau turun. Namun, ia tidak begitu penting berbanding CARA PENGURUSAN KEWANGAN kita. Jika cara kita menguruskannya tidak berubah, hasilnya sama sahaja.

Muhasabahlah cara pengurusan kewangan kita dengan setelus-telusnya. Janjilah pada diri dan keluarga untuk berubah ke arah yang lebih bernilai, berhemah dan bertanggungjawab.

Buku ini akan memberi panduan bagi anda yang mahukan petunjuk mencapai kehidupan kewangan yang lebih teratur dan selesa. Ia satu rujukan mudah untuk menyelesaikan isu kewangan yang anda sedang hadapi.

Anda perlu miliki buku ini jika anda mahu:
■ Bebas daripada masalah kewangan
■ Bebas daripada belenggu hutang
■ Menambah pendapatan keluarga
■ Belajar mengawal perbelanjaan
■ Merancang kewangan keluarga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...