Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, April 16, 2018

Tak Perlu Sentap-Sentap ~ Tintaakbar

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

“Buku TAK PERLU SENTAP-SENTAP ini ialah contoh buku yang mampu menyentuh hati. Buku yang sangat dekat dengan remaja ini berjaya memberi jawapan yang tuntas kepada banyak persoalan yang berlegar- legar dalam kehidupan remaja. Rentak tulisannya yang cepat dan ligat mampu mengikut aliran fikiran remaja yang laju melayan arah fikiran yang sering berubah-ubah. Bentuk mengikut fungsi, maka beginilah bentuk buku yang sesuai untuk di dekati dan meresapi hati remaja.”

Detik Aku Berpaling ~ Farah Shahirah

(SEM & SS) RM19.00 > RM16.70

Cerita yang diadaptasi daripada kisah benar. Buku ini mengisahkan fasa kejatuhan yang membangkitkan diri Nur Wardani yang telah kehilangan cinta sejatinya, Muhammad Hafiz. Wardani sedar bahawa suatu pengharapan itu perlu diletakkan pada Tuhan, bukan pada manusia. Sehebat apa pun perancangan mereka untuk berkahwin tetap tidak akan mampu mengubah ketetapan Yang Maha Esa. Dilalui setiap detik kejatuhannya dengan penuh ketabahan dan penyerahan kepada Allah S.W.T. 

Pada Awalnya, dia menyangka bahawa kehilangan seseorang yang dicintai itu membuatkan dia kehilangan dirinya jua. Namun tidak sama sekali. Dia mula menemui dirinya yang berbakat dalam bidang penulisan. Fasa berlalu fasa, dia kian menempah nama sebagai "doktor hati" yang menyediakan ubat-ubatan serta preskripsi melalui penulisan! Setiap bab daripada buku ini mempunyai pengisian dan ayat Al-Quran yang perlu dihayati. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakanmu.

Listen ~ Nurul Amirah Abdul Rahim

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Menarik di dalam:
- Sang Guruh yang Hero
- Walaupun seberat Biji Sawi
- Memori Indah Gua Bersama Rasulullah
- Aiskrim: Manisnya fitrah
- Pemadam; Analogi u-turn sebuah kehidupan
- Daun yang Gugur Tidak Pernah Membenci Angin
- Milik Siapakah Cincin Itu?
- Akar Wira yang tidak didendang
- 5 jari dengan keunikan tersendiri

Cinta High Class ~ Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

CINTA HIGH CLASS bukan eksklusif milik sesiapa. CINTA HIGH CLASS berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara 'high class'. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara 'high class' juga. Bagaimana?? Bila cintamu kenal Ilahi, jadilah cintamu berstatus tinggi!! CINTAKU KERANA AGAMAMU. 

Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang TERBAIK. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang jadi prioriti. Inilah namanya meraikan fiqh al-awlawiyat.

Friday, April 13, 2018

Projek Mega Dalam Rumah ~ Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Dunia tahfiz hari ini makin diminati. Yalah, apabila persoalan WHY semakin difahami. Siapa tak nak kan segala kemuliaan dunia akhirat yang Allah janjikan? Persoalannya: Ada yang tak mampu hantar ke tahfiz sebab mahal, macam mana? Ada yang mampu hantar anak ke tahfiz tapi balik balik anak tu tak hidup dengan gaya hidup hafiz/hafizah, sekejap je lupa semuanya, macam mana ni? Solusinya:

#adakanmasa. Wujudkan projek mega tahfiz sendiri dalam rumah kita. Bukan dengan angan kosong tapi dengan perancangan bersistematik. Semakin besar WHY yang kita faham, semakin besarlah semangat kita berkobar kobar.

Buku Projek Mega Dalam Rumah hadir sebagai satu bentuk buku Parenting yang memahami niat suci anda itu...InsyaAllah. Dengan buku ini, apa yang kita belajar?

1. 5 Sebab Why kena jemput bahagia bersama Quran ni dalam rumah kita.
2. Kisah-kisah keluarga hafiz/hafizah.
3. Cara buat matlamat dan perancangan dalam keluarga.
4. Inspirasi demi inspirasi.

Cerita Bilik Guru ~ Fadli Salleh, Shahidan Shuib, Reyna Ibrahim, Firdauz Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dlm beg nak tunjuk dekat kawan-kawan! ini bukan gurauan, ini kejadian benar."-Fadli Salleh

"Kesilapan kita mendidik juga mungkin akan mengakibatkan satu generasi 'tersilap' dalam didikan asuhan. Ramai berkata pekerjaan guru seolah-olah berada dalam ladang pahala namun mungkin sahaja dosa mengajar terhasil akibat hal-hal yang tidak sedari."-Shahidan Shuib

"Mengajar ABC dan 123 kelihatannya kerja mudah. Tapi bagaimana jika yang datang kepada kita adalah anak kecil yang langsung tidak tahu apa-apa? Hatta memegang pensel sekalipun umpama mencengkam batang kayu di telapak tangannya."-Reyna Ibrahim

"Cuma sampai hari ini, aku tetap tak boleh jawab apabila di tanya kenapa boleh di lantik sebagai GB pada usia yang sangat muda? Maklumlah, ketika menerima surat pelantikan dahulu, usia aku baru 32 tahun. Baru cukup 10 tahun dalam bidang pendidikan."-Firdauz Abdullah

Kalau-Lah ~ Ahmad Affzan Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kau tahu, ketika kau GAGAL, macam-macam persoalan yang akan berlegar-legar dalam fikiran.

“Apa yang aku buat salah?”
“Kalau aku pilih cara lain, mungkin boleh berjaya.”
“Kalau aku tak buat begini, mungkin tak teruk sangat.”

Macam aku, sembilan tahun aku menyeksa diri memikirkan jawapan kepada persoalan-persoalan tadi, hidup aku jadi serabut. Aku kerap jatuh sakit, demam.

Walaupun banyak benda aku cuba dalam hidup, aku tetap tak puas hati. Kenapa aku sangkut dalam perjalanan menuju kejayaan.

Benda sudah jadi. Kau fikir lapan juta kali pun. Ia takkan berubah.
Apa yang kau boleh ubah ialah masa depan kau, hidup kau yang sekarang.

Filosofi Mak Singa ~ Anie-Alja

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini sesuai buat mak yang keletihan. Mak yang percaya mereka akan pergi suatu hari nanti dan anak yang harus dilengkapi dengan ilmu kemahiran hidup. Mak yang tidak mahu anaknya menyusahkan orang sekeliling apabila dia sudah pergi bertemu Tuhan. Tapi mengapa ‘singa’? 

Ya, kita garang bukan dengan niat menbunuh anak-anak. Sakit kot beranak, ingat senang ke? Niat kita hanya mahu menasihati dan mengingatkan anak-anak supaya mereka kenal adab dan disiplin. Menghormati dan berbudi bahasa kepada mak ayah dan orang sekeliling. Kuat daya tahan, bercita-cita tinggi dan jangan mengharap duit KWSP mak ayah. 

“Filosofi Mak Singa adalah ilmu keibubapaan yang tidak akan jumpa dalam mana-mana buku keibubapaan zaman moden. Ia berkisar ilmu keibubapaan mak bapak kita dulu-dulu yang tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Inilah buku yang memberi jawapan kepada mereka yang hendak tahu mengapa mak bapak moden hari ini melahirkan’TUAN’.” -KHAIRUL ABDULLAH- (Penulis buku MENTALITI JAMBAN & UNTUNGLAH MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, April 12, 2018

Jangan Takut, Kita Punya Allah ~ D. A. Akhyar

(SEM & SS) RM19.00 > RM16.70

Semua permasalahan itu akan ada jalan keluarnya, jangan pernah takut dengan apa yang sedang dijalani sekarang ini. Kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi, tetapi kita juga tidak boleh takut dengan apa yang akan terjadi.

Sejatinya masalah dalam hidup ini akan menjadikan kita lebih kuat. Layaknya pepatah Arab, “Pukulan yang tidak membunuhmu, akan menjadikanmu lebih kuat.” Masalah hidup pun begitu, masalah yang tidak membunuhmu, akan menjadikanmu lebih kuat. Maka, jangan takut, kita punya Allah.
Buku ini menawarkan solusi dari ketakutan-ketakutan yang sering kali dialami manusia. Mulai dari dihantui masa lalu, tatkala diri dikuasai rasa kekhawatiran, kesulitan menghimpit, pesimis dalam menghadapi jalannya kehidupan ini dan merasa diri dipermainkan oleh keadaan dunia. Buku ini memberi motivasi luar biasa bagi menghadapi ujian hidup dengan yakin dan akhirnya menemukan sebuah kebahagiaan dan keindahan dalam kehidupan.

Tuesday, April 10, 2018

Diari Akhirat ~ Azura Ramli

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Dunia ini bukan tempat kita sebab manusia diciptakan untuk akhirat, Kawan pulanglah ke pangkuan tuhan,
Jadi hamba tuhan bukan bersekufu dengan syaitan.
Cukuplah kisah lalu dah buatkan syaitan bertepuk tangan.
Mulai hari ini, jangan..

Monday, April 9, 2018

50 Agama Di Dunia: Antara Risalah Wahyu & Akal ~ Muhammad Takashi Maeno

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Definisi ‘agama’ difahami sebagai kepercayaan, kumpulan hukum, panduan serta pandangan hidup yang menghubungkan kemanusiaan dengan konsep ketuhanan keberadaan kehidupan.
Hampir setiap agama dalam dunia mempunyai sejarah, kepercayaan dan saranan tertentu bagi menjelaskan erti kehidupan atau asal kejadian alam semesta. Bahkan setiap agama itu mengajak para penganutnya mengamalkan moraliti dan gaya hidup yang beretika serta bermakna.

Bukan hanya 50 agama di dunia yang hanya diketahui, bahkan terdapat sekitar 4,200 agama yang ketika ini sedang berkembang di seluruh dunia. Dan di celahan itu, banyak fahaman ciptaan yang mengajar penganutnya dengan budaya aneh dan unik.
Bahkan pelbagai agama ‘pelik’ itu masih dianuti sehingga hari ini. Dengan buku ini diharapkan para pembaca lebih jelas bahawa agama terbaik datangnya hanya dari Tuhan jua, dan Allah juga telah berfirman, "Sesungguhnya agama yang diredai Allah ialah Islam…” ‘Imran :191

Membela Syiar Kesultanan Aceh ~ Radzi Sapiee

(SEM & SS) RM36.90 > RM32.50

Asal buku ini adalah dari siri buku "Berpetualang ke Aceh" iaitu buku ketiga dari sisi pengembaraan Merah Silu.

Dalam buku ini Rasyid terus membawa pembaca mengembara ke negeri serambi Mekah yang ketika itu diishtiharkan darurat kerana peperangan antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan tentera Nasional Indonesia.

Pencarian penuh cabaran dan ujian itu tetap ditelusuri demi melangsaikan susur galur keturunan yang dicari pemuda itu.

Merah Silu juga memimpin pembaca meneroka pemikiran Rasyid dan segala peristiwa yang dialaminya, termasuklah mimpi dan petunjuk tentang keadaan alam Melayu dan sejarah asal kerajaan-kerajaan lama seperti Samuera-Pasai, Melaka serta Aceh pada dahulu kala.

Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga ~ Mohd Khairul Nizam, Mardiana Mat Ishak

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Kita bukan sahaja layak masuk syurga, bahkan kita mampu memiliki mahligai sendiri di sana!

Tentulah ini terjadi apabila kena caranya.

Antara Kandungan:
BAB 1: MAHLIGAI PINTU FAHAM.
FAHAM 1: KURNIA ALLAH KEPADA UMAT NABI S.A.W.
FAHAM 2: UMAT YANG DIBERI KEUTAMAAN UNTUK MASUK SYURGA.
FAHAM 3: UMAT YANG UMURNYA PENDEK.
FAHAM 4: KEBERKATAN PADA AMALAN DAN DIGANDAKAN PAHALA.
FAHAM 5: AMBIL IKTIBAR DARIPADA MOTIVASI PERTAMA RASUL S.A.W. DI MADINAH.

BAB 2: MAHLIGAI PINTU SEJARAH.
PINTU 1: DIUJI TERUSLAH BERJALAN BIARKAN ALLAH MERENCANA.
PINTU 2: AL-QURAN MENCATAT PERMINTAAN MAHLIGAI ASIAH BT MAZAHIM.
PINTU 3: YAKIN KITA DICIPTA UNTUK SYURGA.

BAB 3: MAHLIGAI PINTU AMALAN.
10 AMALAN YANG MEMBAWA TERBINANYA MAHLIGAI DI DALAM SYURGA.
AMALAN 1: MENJAGA SOLAT-SOLAT SUNNAH RAWATIB DUA BELAS

Alibaba's World (Edisi Bahasa Melayu) ~ Porter Erisman

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Sekarang, Alibaba mempunyai 600 juta pelanggan berdaftar, berbanding Amazon yang ada lebih kurang 200 juta pelanggan. Alibaba mengendalikan 80% daripada semua transaksi e-commerce di China. Lebih kurang 70% bungkusan yang dihantar dalam negara China adalah urus niaga yang berpunca daripada laman web Alibaba. Dan semasa promosi satu hari “Single Day”; percutian beli-belah yang dicipta Alibaba, laman web beli-belah TMall Alibaba mengendalikan USD5.7 bilion transaksi, dan hanya pada satu hari itu sahaja melebihi seluruh jumlah gabungan jualan online di Amerika pada hari Black Friday dan Cyber Monday.

Antara Kandungan:
1. Pendahuluan
2. Orang yang Betul@di tempat yang betul@pada masa yang tepat
3. Boom!
4. Hancur Berkecai
5. Pakar Asing
6. Gua Alibaba
7. Mengelilingi Dunia Bersama Jack
8. Permaidani Alibaba Jatuh
9. Kembali ke China
10. Orang Terakhir yang Masih Berdiri
11. Perjalanan yang Panjang
12. Terkurung
13. Perang Melawan eBay

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

"Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Ya Allah, aku mohon kerahmatan-Mu. Ya Allah, aku mohon taufik dan hidayah-Mu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, izinkanlah aku bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardu haji. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, menyombong diri, apatah lagi untuk bersikap angkuh."

"Aku mohon izin-Mu semata-mata kerana aku ingin khabarkan tentang keagungan-Mu, keesaan-Mu dan kehebatan-Mu kepada sanak-saudaraku, rakan-rakanku dan masyarakat umum. Ya Allah, berikanlah aku ilham, permudahkan dan berikanlah kekuatan untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan buku ini."

Itulah doa sebelum meninggalkan Masjidilharam. Doa yang dibaca bersama linangan air mata. Doa yang dilafazkan ketika mengadap Multazam. Ia adalah doa sebelum bersembahyang subuh, sebelum melakukan Tawaf Widak dan sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Masjidilharam. Di kala inilah bibir dan hati bertutur sepenuh perasaan, melahirkan keinginan ‘luar biasa’ kerana terpegun dengan kehebatan Pencipta sehingga meleburkan sekeping hati setelah 35 hari berada di Masjidilharam.

Friday, April 6, 2018

Syarah Matan: Tuhfah Al-Athfal (Bingkisan Buat Anak-anak) ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku ini menjelaskan hukum hakam ilmu Tajwid melalui bait-bait syair indah yang disusun oleh Syeikh Sulaiman al-Jamzuri. Syair yang mengandungi 61 bait ini mengumpulkan hukum hakam ilmu Tajwid bermula dengan hukum Nun Mati dan Tanwin, hukum Nun dan Mim yang Bersabdu, hukum Mim Sakinah, hukum Lam Ta’rif dan Lam Fi’il, hukum Idgham Mislain, Mutaqaribain dan Mutajanisain serta pembahagian Mad.

Diakah Jodohku? ~ Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri … bait lagu yang biasa kita dengar. Ya itulah gambaran yang sebenar mengenai suami isteri. Namun, dalam masalah rumah tangga, bukan silap suami dan bukan isteri yang betul. Kedua-dua pihak ada khilaf dan salah. Bukanlah namanya perkahwinan jika rumah tangga sentiasa aman. Tetapi, kitalah sebagai insan yang diberi akal, berfikirlah secara tenang. Daripada sini, tercetus idea untuk penulis menghasilkan sebuah karya berkaitan kehidupan rumah tangga. 

Sebahagian daripada kisah di dalam buku ini adalah pengalaman penulis sendiri dan pengalaman orang di sekelilingnya yang berhadapan dengan dilema wanita yang bergelar isteri. Selain itu, dalam buku ini juga, penulis memberi sedikit suntikan kata-kata motivasi sebagai vitamin dalam mengharungi gelombang dalam kehidupan berumah tangga. Semoga buku ini menjadi panduan dan rujukan kepada pembaca seisi keluarga.

Calon Wanita Neraka ~ Fathur Rasyid

(SEM & SS) RM16.00 > RM14.00

Dalam Islam, Wanita diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Malah wanita juga memegang tugas yang sangat besar dan berat iaitu sebagai madrasah pertama yang sangat besar dan berat iaitu sebagai madrasah pertama dalam membina sebuah masyarakat soleh dan solehah. Malah di dalam Al-Quran juga dinyatakan tentang betapa pentingnya peranan seorang wanita, baik sebagai isteri kepada suaminya, ibu kepada anak-anaknya ataupun anak kepada ibu bapanya.

Namun kenapakah buku ini membicarakan tentang begitu mudahnya wanita untuk terjerumus ke dalam neraka? Adakah begitu sukar bagi wanita untuk melakukan kebaikan? Atau adakah begitu susah bagi wanita untuk meraih pahala? Sedangkan di dalam Al-Quran dan Hadis banyak dinyatakan tentang bagaimana Islam sangat memuliakan kaum hawa ini. Buku ini memberikan kita pencerahan tentang dosa-dosa yang sering diremehkan oleh wanita. Dan dosa-dosa inilah yang akan mencampakkan mereka ke dalam neraka?

Thursday, April 5, 2018

Keris Long Leh ~ Syauqie MK

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.00

Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel. Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa. Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. 

Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.

Al-Quran Al-Karim Al-Hafiz ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM38.00 > RM33.40

Anda yang tercari-cari cara cepat dan mudah menghafal al-Quran, al-Quran al-Hafiz adalah jawapannya. Al-Quran terbaharu terbitan Karya Bestari, disusun berdasarkan pengalaman para penghafal al-Quran. Tampil menggunakan tiga blok warna di dalam setiap halaman, setiap blok mampu dihafal selama satu jam. Hanya tiga jam masa diperlukan menghafal satu halaman al-Quran kerana setiap ayat yang dihafal dibantu dengan panduan kotak muraja’ah (diulang-ulang).

Spesifikasi:
- Khat Resam Uthmani.
- Saiz : A5 (Sedang), Ukuran : 15X21CM
- Disemak dan diluluskan oleh ahli Lajnah Tasheh al-Quran Kementerian Dalam Negeri KDN


Kelebihan:
- Pembahagian tiga blok berwarna pada setiap halaman.
- Dilengkapi tajwid berwarna.
- Tema ayat yang ringkas dan padat.
- Jadual semakan hafalan.
- Bimbingan & motivasi daripada pakar bidang hafazan al-Quran.
- Kata kunci awal dan akhir ayat bagi memudahkan hafalan.
- Panduan penggunaan kaedah hafalan yang mudah dan ringkas.

The Productive Muslim ~ Mohammed Faris

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Kita mahu jadi Muslim yang produktif, yang tidak buang masa dengan sia-sia, yang pasti, ada sumbangan untuk ummah. Tapi masalahnya, kesibukan kita menyebabkan masa berkualiti dengan keluarga, kerjaya dan masyarakat jadi tak seimbang dan kurang sempurna. Apa yang tak kena? Cara pengurusan masa kitakah? Atau ada perkara lain? Buku ini ada jawapannya. Jadi, buku ini untuk siapa? Untuk kita yang terasa kecewa kerana gagal mencapai banyak perkara dalam hidup, atau mungkin merasakan hidup kita kurang arah. Untuk kita yang tahu yang kita berpotensi besar namun kekurangan produktiviti yang menghalang kita daripada mencapainya. Untuk kita yang berada dalam ‘pergelutan’ untuk seimbangkan antara kerjaya, pelajaran, keluarga, kehidupan sosial, dan paling penting, kewajipan agama.

Kerana buku ini akan memberikan cara:
- Bagaimana spiritualiti mampu melonjakkan produktiviti
- Cara mengurus masa tidur, nutrisi dan kesihatan
- Cara untuk bersosial dan bermasyarakat
- Cara mengurus daya fokus ketika terganggu
- Cara membina rutin yang produktif Cara mengurus masa dan melabur untuk akhirat

Aplikasikan semua tip hebat ini supaya kita menjadi Muslim yang produktif!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...