Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, July 24, 2017

Don't Be Sad ~ Thebingkisanhati

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Kalau dalam ujian ada butang delete, sudah pasti ramai dalam kalangan kita akan pilih button itu. Kerana dalam hidup ini, tiada manusia yang ingin menjalani hidup dalam keadaan duka dan derita. Hidup dalam keresahan hati dan jiwa kerana khuatir memikirkan ujian dunia.

Tetapi sayangnya dalam hidup ini, kita tiada pilihan untuk mendelete ujian tersebut. Kita suka atau tidak, kita mahu atau tidak kita tiada pilihan. Kita harus jalaninya juga. Kita harus melaluinya juga. Walau seberat apa pun ujian tersebut, ingatlah satu perkara bahawa
DIA selalu ada.

"Wahai hati, kuatlah seperti selalu
Walau terkadang kau rasa tak mampu"

Tafsir Al-Azhar Juzuk 3 ~ HAMKA

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

1. Pengantar Juzuk 3
2. Surah Al-Baqarah
- Mengorbankan harta benda
- Ayat Kursi
- Tidak ada paksaan dalam agama
- Satu contoh dari thagut
- Mengorbankan harta
- Hikmah
- Riba (I)
- Riba (II)
- Surat-surat perjanjian
3. Pendahuluan
4. Surah Ali 'Imran
- Ayat muhkam dan mutasyabih
- Hakikat Islam
- Taqiyah
- Cintakan Allah
- Keturunan-keturunan mulia
- Permohonan Zakaria
- Maryam melahirkan Al-Masih
- Kaum Isa tidak mahu percaya
- Mubahalah
- Surat Rasulullah kepada Heracluis
- Harga janji dan sumpah
- Seorang Rasul tidaklah curang
- Ikrar Nabi-nabi

Friday, July 21, 2017

Ratib, Wirid & Hizib Termasyhur (Edisi Poket) ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & S/S) RM5.00 > RM4.40

RATIB, WIRID & HIZIB TERMASYHUR menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis.

At-Tibyan: Panduan Berinteraksi Dengan Al-Quran ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Al-Quran merupakan Kitab Allah yang wajib diimani dan dipercayai. Kelebihan dan keistimewaan al-Quran dirakam kemas dalam banyak hadits. Manakala pembaca dan penghafal al-Quran pula diangkat darjat dan dikurniakan pahala yang banyak. Justeru, Kitab suci ini mesti dimuliakan dan dihormati oleh setiap yang berinteraksi dengannya. Buku ini menjelaskan beberapa adab berinteraksi dengan al-Quran dan sifat-sifat penghafal dan murid al-Quran. Antara lainnya:
  • Keutamaan pembaca dan penghafalnya
  • Keutamaan Qiraat dan ahli Qiraat
  • Keharusan memuliakan Ahli al-Quran
  • Adab untuk pengajar, pelajar, dan huffaz al-Quran
  • Adab membaca al-Quran
  • Adab khatam al-Quran
  • Anjuran membaca ayat dan surah pada waktu serta keadaan tertentu
  • Adab menulis dan memuliakan mashaf

Tuesday, July 18, 2017

Ke Arah Keperibadian Unggul: Pembudayaan Kerja Cemerlang ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Kejayaan sesebuah organisasi bermula dari diri individu di dalamnya. Kesedaran untuk membentuk budaya kerja organisasi yang tersusun dan sistematik penting bagi menangkis segala perancangan jahat musuh. Penyusunan budaya kerja yang cemerlang ini harus dilakukan secara menyeluruh meliputi segala aspek duniawi dan ukhrawi.

Justeru itu, SKIP perlu disemai di dalam diri setiap ahli organisasi agar misi untuk membawa organisasi ke arah kecemerlangan akan dapat direalisasikan dengan baik.

Sunday, July 9, 2017

Elak ICU Kewangan ~ Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Apakah maksud kekayaan yang sebenar? Berapa banyak wang yang kita perlukan untuk bahagia? Kenapa kita sentiasa merasa tidak cukup?

Kebiasaannya, berapa banyak pun wang yang kita miliki, pasti kita masih belum puas dengan apa yang kita ada. Itu yang menyebabkan selalu terjadi, setiap kali gaji kita hanya dapat memegangnya sekejap. Duit gaji akan diagihkan untuk membayar hutang dan pada hujung bulan kita kembali menghitung hari untuk menerima gaji semula. Jangan biarkan rutin ini berterusan!

Buku ini membantu kita menguruskan wang dengan bijak dan merancang kewangan untuk mengelakkan pokai hujung bulan. Sesuai untuk rujukan mereka yang baru memulakan kerjaya dan peringatan bagi golongan yang telah berusia.

Keajaiban Bahasa Al-Quran ~ Mohamad Zulkifli Abd Rahman

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Buku ini menampilkan beberapa keajaiban bahasa al-Quran buat pembaca dalam bahasa Melayu agar dapat turut sama menikmati sebahagian kehalusan dan keindahan bentuk serta susunan perkataan wahyu Ilahi ini. Ia amat perlu dibaca oleh semua pencinta al-Quran dalam proses untuk mentaddabbur, yang sangat dituntut ke atas setiap yang bergelar Muslim. 

Mudah-mudahan buku ini dapat membantu agar al-Quran bukan sekadar dibaca, malah dapat difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.


Sekalipun Benar Dia Pendosa ~ Muhammad Luqman Makhtar

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Menerusi 37 coretan dengan lebih 300 cuitan buku Sekalipun Benar Dia Pendosa pasti mendidik jiwa pembaca. Betapa empat anggota utama manusia; iaitu mata, mulut, telinga dan hati boleh menghantar tuannya ke syurga atau terhumban ke neraka. 

Tidak kurang juga buku ini akan menjentik minda pembaca sehingga dapat dan membetulkan yang biasanya salah dan membiasakan yang betul.


Syarah Hadis 40 Imam Ibn Al-'Aththar: Murid Kanan Imam Al-Nawawi ~ Mohd Solleh bin Abdul Razak

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Istimewanya Syarah Hadis 40 ini adalah kerana ia dihuraikan oleh murid kanan Imam al-Nawawi sendiri, iaitu Imam Ibn Al-‘Aththar. Beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi pernah berazam untuk mensyarahkan Hadis 40 yang dihimpun oleh beliau, namun belum sempat hajatnya tercapai, ajal menjemput beliau. Maka Imam Ibn al-‘Aththar meneruskan azam gurunya dengan mensyarahkannya berdasarkan ilmu-ilmu yang beliau pelajari daripada Imam al-Nawawi. 

Imam Ibn al-‘Aththar berusaha menukilkan sebanyak mungkin kata-kata Imam al-Nawawi dalam syarahannya. Sudah tentu ia menjadi lebih istimewa kerana hurainnya lebih dekat dengan jiwa penulis asal.


Maaf Cakap 3 ~ Norden Mohamed

(SEM & S/S) RM33.00 > RM29.00

Buku ini adalah kritikan penulis terhadap kesilapan berfikir masyarakat tentang sesuatu isu yang menular sama ada dalam media sosial mahupun kehidupan harian. Bacaan yang santai namun meliputi pelbagai aspek seperti motivasi, politik, sosial, bisnes, dunia akhbar dan sumber manusia. Disampaikan secara berlapik namun menusuk ke dalam jiwa.

Di antara topik yang dikupas:
  • Maafkanlah untuk kesekian kali
  • Pintas tidak semestinya pantas
  • Menjadi otai yang berbisa
  • Beza fikiran tua dan minda muda
  • Apabila pemimpin lembab dan lembik
  • Cerita sedih umat akhir zaman
  • Telefon dan kita, siapa lebih pintar?
  • Dari sekolah menengah Mr. Google
  • Pabila bulan melingkari Kaabah
  • Badut-badut di sekeliling kita

Wednesday, July 5, 2017

Touch Your Heart ~ Hafizzuddin Afif

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Wahai jiwa-jiwa remaja yang dahagakan kasih sayang Allah, tiada siapa yang dapat mengubah diri melainkan diri sendiri.

Kita berhak memilih perjalanan kita untuk menuju ke akhirat.

Hanya dua jalan sahaja dan tiada di pertengahan, sama ada syurga atau neraka.

Mana satu pilihan kita?

Cikgu Kampung ~ Shahidan Shuib

(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

"Tulisan yang ditulis dengan cermat tentang kehidupan seorang guru. Catatan pengalaman bersama murid yang menarik dan memberi inspirasi kepada pembaca. Kisah sebegini perlu dibaca oleh semua golongan masyarakat. Kisah yang selama ini hanya guru sejati yang megalaminya, kini dikongsikan untuk semua. Dan benarlah seperti kata penulis, seorang guru banyak belajar daripada muridnya sendiri," - Cikgu Fadli Salleh, penulis buku Cikgu Kelas Sebelah.

" Buku ini mungkin tidak setinggi maqam La Tahzan, namun insyaAllah ia boleh merawat hati kita yang kesepian. Sepi, daripada sebarang perjuangan...Buku ini mugkin tidak setebal dan sepadat Laskar Pelangi Andrea Hirata. Namun, jika ia dibaca saat hati terluka, insya-Allah, muncul satu kekuatan baru... Buku ini mungkin tidak semewah Chicken Soup for Soul, yang bersiaran beri motivasi ke suluruh dunia, namun bagi sebuah dunia kecil murid-murid di sekolah dan perkampungan hulu, buku inilah segalanya."

40 Hadis Tentang Alam Barzakh ~ Zulkarnain Dollah

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Buku ini menghimpunkan 40 buah hadis yang menceritakan tentang alam barzakh, kepastian, serta kewujudannya sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...