Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, April 30, 2014

Misteri 3 Masjid: Masjidil Haram, masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa ~ Mohd Ali Hasan Zaidany

Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti:

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: `Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali( pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang betikut) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjid an-Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin." (Hadis Riwayat Al-Bukhari.)

Nabi SAW menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah ini. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan solat sebanyak-banyaknya di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda. Tidak semua kita mendapat peluang untuk menziarahi tempat-tempat ini, malah yang mengunjunginya pula tidak semua tahu akan sejarah dan kelebihan yang ada padanya. 

Justeru, buku ini amat bermanfaat yang padat dengan penerangan daripada ayat Al-Quran, Hadis, sejarah silam dan moden, pelbagai bacaan doa-doa yang berkaitan, amalan serta fadilat yang ada pada tempat-tempat di sekitarnya, serta dilengkapi dengan gambar dan rajah. Membaca buku ini akan membawa pembaca merasai kemanisan mengunjungi 3 tempat suci Islam dan meningkatkan rasa rindu untuk menziarahinya. Buku ini umpama ensiklopedia yang padat dengan maklumat tetapi santai untuk bacaan semua golongan dan usia.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Mahu Menguasai Sains Tulen? Berpuasalah! ~ Zian Farodis

Sains Tulen adalah salah satu cabang disiplin ilmu sains moden. Ia merangkumi perbahasan dan kajian berkaitan dengan Ilmu Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi. Berpuasa pula adalah satu daripada amalan kesihatan dan keagamaan yang diamalkan dan disyorkan oleh beberapa agama seperti Islam, Kristian, Hindu, Budha dan Iain-Iainnya. Cuma cara bagaimana dilakukan berbeza antara agama-agama berkenaan. Ia juga disyorkan oleh para pengamal perubatan sebagai satu kaedah rawatan dan penyembuhan kepada para pesakit.

Buku kecil ini mengajak mereka yang bercita-cita dan mempunyai idaman untuk menguasai ilmu sains tulen untuk memperbanyakkan amalan berpuasa, kerana kajian buku ini menjelaskan dan memaparkan amalan berpuasa mampi menjana otak dan akal manusia untuk mudah menguasai ilmu-ilmu sains tulen. Ramai pelajar menganggap ilmu sains tulen sukar untuk dikuasai, tidak ramai saintis yang lahir berbanding bidang-bidang yang lain kerana is dianggap sukar dan membosankan, segelintir pelajar meninggalkan bidang sains tulen kerana kesukarannya.

Para pembaca sekalian , buku kecil ini menjelaskan misteri akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat pastinya memerlukan keseimbangan dalam tubuh itu sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang misteri itu, bacalah buku ini. 

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM13.00 - RM11.40

9 Rahsia Mudah dan Segera Mendapat Pertolongan Allah swt ~ El-Salman Ayashi RZ

Allah s.w.t. adalah Yang Maha ,Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa memberikan pertolongan kepada harnbanya ,dalam segala urusan. Tanpa pertolongan Allah s.w.t. pastinya kita tidak mampu meneruskan kehidupan ini, apatah lagi untuk hidup. 

Di dalam buku ini, penulisnya telah menggariskan beberapa cars dan panduan yang mudah dan segera untuk mendapat pertolongan Allah s.w.t. Sebagai hamba-Nya yang kerdil, yakinlah bahawa setiap ujian yang dihadapi terdapat kasih sayang dan cinta Allah s.w.t. kepada kita. Suatu cinta yang besar dan nyata, serta suatu bukti kebesaran-Nya untuk para hamba-Nya.

Cepat atau lambatnya pertolongan Allah s.w.t. mengandungi hikmah yang sangat hebat, yang tidak kita ketahui. Hanya dengan ilmu agama, kita akan berada pada jalan Allah s.w.t. dan akan sentiasa recta dengan ujian daripada-Nya. Pastikan buku ini menjadi pilihan anda kerana huraiannya yang terperinci akan menjadikan kita hamba Allah s.w.t. yang mengakui kebesaran dan kekuasan-Nya.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Wednesday, April 23, 2014

Misteri Kaabah ~ Fathi Fawzi Abd. Al-Mu'thi

Bagaikan matahari yang dikitari planet-planet, setiap saat Kaabah diziarahi para penziarah dan ahli ibadah. Tidak pernah ada yang tahu mengapa Kaabah iaitu berbentuk kubus, tanpa ukiran ataupun kubah. Kesederhanaan bangunan tua itu tidak menghalangi jutaan manusia untuk mengunjunginya dan memuliakannya.

Ke arah sana menghadapnya semua hasrat dan kerinduan umat. Ke sanalah ketundukan dan kekhusyukan ditunjukkan oleh setiap muslin di dalam sembahyang. Ia tetap kukuh berdiri meskipun banyak nafsu serakah manusia yang mencuba untuk meruntuhkan dan merobohkannya. Ia tetap tegak berdiri meskipun dilanda bencana dan malapetaka di sekitarnya. Allah SWT sendiri yang menjaganya ketika Abrahah menyerbu dengan pasukan gajahnya.

Pada beberapa lintasan sejarah, darah manusia pernah tertumpah di sana. Kesesatan dan penyimpangan pernah bersemayam di dalamnya. Namun berkali-kali ia dikotori dan dinistakan, berkali-kali juga melindungi dan menyucikannya kembali.

Empat puluh abad telah berlalu sejak Nabi Ibrahim meninggikan asasnya. Hingga kini, ia tetap menjadi kiblat hati semua umat Islam di seluruh penjuru dunia.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Cahaya Hati ~ Al-Habib Umar Bin Hafidz

Buku ini menghidangkan kepentingan tugasan dakwah sebenarnya bukan hanya tugas para ulama, namun dakwah adalah tugas dan kewajipan setiap muslim baik secara individu mahupun kolektif.

Siri ceramah al-Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang diterbitkan dalam bentuk buku ini jelas membuktikan tokoh ikutan umat ini mampu menyampaikan risalah Allah dan Rasul-Nya dengan bijak, unik, dan menarik sehingga dakwahnya dapat diterima oleh pelbagai pihak baik di Malaysia ataupun di beberapa negara lain.

Beliau banyak menyarankan supaya menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW selalu berada di dalam hati dan jiwa setiap umatnya. Peri pentingnya supaya sentiasa mendidik anak-anak dengan ajaran Islam dan melarang menukar atau memilih kaedah ajaran Rasulullah SAW dengan ajaran yang ternyata sesat dan gagal di dunia dan akhirat.

Di dalamnya juga kami sertakan serba ringkas latar belakang al-Habib Umar bin Hafidz. Tujuannya adalah agar kita semakin kenal dengan watak yang menjadi rujukan umat dunia saat ini. Buku ini juga kami lengkapkan dengan gambar-gambar tentang al-Habib Umar bin Hafidz. Harapan kami, dengan terbitnya buku ini akan dapat memberikan sedikit pengetahuan dan informasi kepada masyarakat sehingga kita dapat memetik manfaat dari isi buku ini.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Indahnya Hubungan Suami Isteri Menurut Syarak ~ Dr. Karim El-Shazly

Membina dan mengharungi bahtera rumah tangga tidaklah semudah memusingkan jarum jam, namun tidak pula sesukar yang kita bayangkan. Asalkan kita dapat menyingkapinya dengan berhemah dan bijaksana dalam setiap lunas-lunasnya, insya Allah semua akan berjalan dengan baik.“Rumahku Syurgaku”, demikian sabda Rasulullah yang sangat masyhur itu. 

Tentu sahaja tidak mudah membina rumah yang menjadi syurga itu, namun mesti diupayakan dengan sungguh-sungguh secara spritual. Pelbagai masalah yang menimpa sesebuah rumah tangga perlu di atasisegerasebelum merebak menjadi lebih parah.Mutakhir ini kita sering kali mendengar perceraian di antara pasangan sama ada yang baru membina rumah tangga mahupun yang sudah lama menikah. Malah perceraian turut berlaku kepada pasangan yang berusia senja.

Salah satu terjadinya perceraian adalah ketidakpuasan atau ketikdakmampuan salah satu pihak untuk memenuhi hasrat pasangannya. Dengan alasan demikian Dr. Karim El-Shazly mengajak anda untuk berlatih teknik membangkitkan hasrat pasangan anda secara fizikal, dan menjaga hasrat tersebut secara psikologis, sampai kepada usia senja anda. Dalam buku ini juga dilampirkan aneka makanan pembangkit ghairah dan penyembuh keluhan seksual.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Ramadhan al-Mubarak: Fadilat dan Hukum Puasa ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sebuah buku yang menerangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan puasa. Penulis juga turut berkongsi tentang cara-cara untuk menjejak Malam Lailatul Qadar.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti Yang Kukenali ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini mengisahkan tentang seorang tokoh ulama yang paling menonjol dan terbilang di Syria. Beliau sangat dihormati dan disegani. Namun, kehidupannya berakhir dengan kematian yang tragis. Adakah beliau terbunuh?

Antara keistimewaan syeikh ialah bahasanya yang indah dan mudah difahami di samping ketinggian adab sasteranya yang begitu menyerlah.. Biasanya, dalam ceramah yang disertai oleh ramai ulama khususnya Ihtifal Maulidur Rasul maka Syeikh al-Buti akan menjadi penceramah terakhir dan menggulung perbincangan bahkan menambahkan fakta ilmiah yang baru berdasarkan pengamatannya yang mendalam.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Fiqh Al-Hijrah ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini menceritakan mukaddimah hijrah Rasulullah SAW sehinggalah Baginda SAW sampai ke kota suci Madinah Al-Munawwarah. Sekalipun ia bersifat kecil, tetapi ianya penuh dengan iktibar dan pengajaran.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Tuesday, April 22, 2014

Krisis Syria dan Mauqif Ulama ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Krisis Syria dan Mauqif Ulama merupakan sebuah buku berkenaan pergolakan sebenar yang berlaku di bumi Syria. Buku ini membongkar kezaliman rejim Basyar Asad terhadap rakyatnya sendiri dengan pembunuhan, penjara, penyiksaan dan terpaksa menjadi pelarian.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.70

Wasiat Untuk Anakku ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini sarat dengan nasihat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran. Ia persis buku Ayyuhal Walad karya Imam Ghazali yang menasihati kepada muridnya. 

Isi kandungan buku ini berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi dengan sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru. Ia diperkukuhkan lagi dengan tambahan suri teladan dan mutiara kata dari pujangga dan cendekiawan berkenaan dengan erti kehidupan.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Baiti Jannati: Rumahku Syurgaku ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Islam mensyariatkan perkahwinan dan menetapkan peraturan yang sempurna berdasarkan prinsip yang kukuh dan menjamin kestabilan masyarakat, kebahagiaan keluarga, tersebarnya kebaikan, pemeliharaan budi pekerti dan mengekalkan generasi manusia. Antaranya:
1. memenuhi keperluan fitrah manusia
2. mewujudkan ketenangan jiwa dan rohani.
3. memelihara generasi manusia yang sejahtera

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Warkah Buat Cikgu ~ Dato' Haji Azam Haji Md. Atan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sebuah kisah benar dan pengalaman indah seorang guru. Pengamatan dan olahan dari kacamata seorang ulama. Digabungkan menjadi satu kolaborasi yang mantap.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Makrifah Rasulullah s.a.w. ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini dikemukakan kepada khalayak dalam memahami secebis sirah kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW untuk kita menambahkan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda SAW.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Hafazan al-Quran ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Keistemewaan buku ini adalah memberi motivasi kepada penghafal al-Quran, mengemukakan teknik hafazan al-Quran, menyelesaikan pelbagai hukum dan memberi kesedaaran betapa perlunya hafazan al-Quran.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Kalimah Allah: Isu dan Penyelesaiannya ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Rashidy Jamil al-Rashid, Mohd Aizam Mas'od

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Usul al -Iman wa al-Islam berkata: Allah bermaksud bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala makluk-Nya dan bahawa dia tidak berlaku kecuali mengikut kehendak-Nya. Dan bahawa Dia Maha Menguasai dan Maha Perkasa yang tidak boleh dikalahkan dan bahawa Dia Maha Berkuasa yang tidak boleh dilawan dan di atasi dan tidak sah taklif kecuali daripadanya.

*****

(SEM & S/S) RM10.00 - RM8.80

Halal & Haram Dalam Islam ~ Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Antara keistimewaan yang terdapat pada buku ini ialah:
• Menjawab dan menghurai permasalahan ummah pada masa kini
• Memperkenalkan masyarakat kepada dalil-dalil sama ada secara naqli atau aqli.
• Memimpin pembaca untuk makrifah dan mengenali cara istinbat hukum.
• Menjelaskan bagaimana penggunaan kaedah usul fiqh dan kaedah fiqh.
• Mengemukakan fatwa ulama dan pendapat mereka.
• Mendahulukan maslahah dan juga menolak mafsadah dalam mengemukakan hukum ijtihad.
• Tidak terikat dengan hanya satu-satu mazhab.
• Menjawab isu-isu kontemporari dan moden dengan menghubungkan illah dan qias.
Penulis mengakhiri pujian terhadap kitab ini seperti yang dinyatakan oleh al-‘Allamah Syeikh Mustafa al-Zarqa’: “Sesungguhnya memelihara dan memiliki kitab ini menjadi kewajipan dan kemestian bagi setiap keluarga Islam.”

*****

(SEM) RM70.00 - RM61.60
(S/S) RM75.00 - RM66.00

Imam Al-Syafie ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Al-Rabi' berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar kisah orang yang pemurah dalam kalangan kami terdapat sekumpulan mereka, tetapi kami tidak pernah melihat seumpama Imam al-Syafie.

Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam al-Syafie Siri:1)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Abu Hanifah ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Antara Nasihat Imam Abu Hanifah:
  • Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai tersebut adalah memalukan.
  • Pakailah pakaian yang putih setiap masa.
  • Ingatlah selalu kepada kematian.
Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Abu Hanifah Siri: 2)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Malik ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mutiara Kata Imam Malik:
  • Ilmu itu cahaya dan ia tidak akan lembut melainkan hati yang bertakwa dan khusyuk. 
  • Apabila seseorang memuji diri, maka hilanglah kebijaksanaannya.
Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Malik Siri: 3)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Ahmad Bin Hanbal ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Pujian Ulama Terhadap Imam Ahmad bin Hanbal.

Abu Ubaid berkata: "Ilmu berakhir dari empat ulama:
Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau adalah sebijak-bijak manusia dalam bidangnya.
Ali bin al-Madini. Beliau adalah orang yang lebih mengetahui dengannya.

Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Ahmad bin Hanbal Siri: 4)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

26 Mutiara Habaib Nusantara ~ Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Keberadaan mereka merupakan berkat bagi kaum muslimin. Mereka memiliki jasa yang amat besar dalam menanamkan nilai-nilai keislaman di tanah air ini. Mereka meninggalkan banyak perubahan dan pencerahan bagi umat hari ini. Semua ini merupakan bukti kejayaan mereka dalam berdakwah dan semua itu telah dicatat oleh sejarah dengan tinta emas.

Walaupun mereka telah tiada, namun jasa-jasa dan pengabdiannya akan sentiasa dikenang sepanjang masa, warisan jejak karamah serta ilmunya tetap abadi dan akan berkembang sepanjang masa, bahkan peribadi akan selalu dikenang orang sepanjang zaman. Dalam berdakwah, mereka mengutamakan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Mereka sangat menjunjung tinggi persatuan dan kesatuan umat. Mereka telah menyebarkan Islam dengan kesantunan, kedamaian dan lemah lembut, sehingga masyarakat dengan mudah dan berlapang dada menerima apa-apa yang telah mereka sampaikan.

Buku ini menjadi unik, menarik dan berbeza dengan buku lain kerana di dalamnya dilengkapi bersama gambar-gambar eksklusif. Dengan membacanya akan memberikan kesejukan hati dan jiwa, kerana di dalamnya terdapat kisah dan tauladan kaum solehin. Dengan ketakwaan kepada Allah SWT, mereka mampu mencapai darjat yang begitu agung di sisi-Nya.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM42.00 - RM37.00

Tuesday, April 15, 2014

Aku Ingin Kembara Lagi ~ Prof. Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

“Aku Ingin Kembara Lagi" merupakan himpunan tulisan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semasa bertugas sebagai fellow di OCIS, Oxford. Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu yang paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat jatuh kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya. OCIS juga amat bermakna bagi diari hidup saya. “Saya coretkan sebahagian daripada apa yang saya tengok dan rasa semasa berada di Oxford. Lantas saya simpulkan itu semua dengan apa yang saya faham. Saya berharap setiap pembaca dapat mendoakan agar ALLAH memberikan peluang kepada saya untuk terus mengembara mencari hembusan pengalaman baru yang mendidik jiwa sehingga benar-benar memahami rahsia alam dan terasa amat kebesaran TUHAN.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM20.00 - RM17.60

Saya Sayang Nabi: Kisah Hidup 25 Rasul Allah s.w.t ~ PTS

Kisah-kisah nabi bermula daripada Nabi Adam, iaitu manusia pertama yang dijadikan oleh Allah s.w.t. hinggalah ke junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., iaitu utusan yang terakhir.

Sebagai seorang Muslim yang mempercayai rukun iman, keyakinan kepada nabi dan rasul adalah antara yang wajib diikuti. Bagaimana mahu mencontohi jika kita tidak tahu tentang perjalanan hidup mereka?

Insya Allah, buku ini membantu kita mengenali siapa 25 rasul pilihan Allah s.w.t. dan mengetahui sejarah hidup mereka. Ni pasti menjadi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna-warni. Semoga sejarah hidup dan akhlak mulia para rasul ini dapat dijadikan iktibar serta teladan kepada kita.

*****

(SEM) RM29.90 - RM26.30
(S/S) RM32.90 - RM29.00

24 Jam Dipayungi Syariat ~ Imam Abu Syuja' Ahmad bin Al-Hussain bin Ahmad Al-Asfahani

24 Jam Dipayungi Syariat mengupas fikah Islam dalam kehidupan seharian Muslim secara lengkap dan komprehensif. 24 Jam Dipayungi Syariat mengandungi 16 bab, bermula daripada bab versuci sehingga bab jenayah dan muamalat. Buku ini juga dilengkapi dengan dwibahasa Arab-Melayu, warna yang menarik, serta bergambar bagi memudahkan lagi pemahaman. Semoga dengan kehadiran buku ini di pasaran, syariat memayungi hidup kita semua, dan memandu kita ke jalan-nya. Insya Allah.

Antara kandungan:
Bab 1: Bersuci
Bab 2: Solat
Bab 3: Zakat
Bab 4: Puasa
Bab 5: Haji
Bab 6: Jual Beli
Bab 7: Faraid dan Wasiat
Bab 8: Nikah
Bab 9: Jenayah
Bab 10: Hudud
Bab 11: Jihad
Bab 12: Buruan dan Sembelihan

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Runtuhnya Islam Andalusia ~ Abdul Latip Talib

Keadaan umat Islam di Andalusia menjadi semakin lemah apabila Khalifah Hisyam Al-Muaiyad memerintah. Beliau diangap tidak berwibawa sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, termasuk kalangan kaum keluarganya sendiri.

Akibatnya, pemerintahan Khalifah Umaiyah Andalusia mula berpecah apabila ramai pembesar di seluruh wilayah Andalusia mahu memerintah sendiri. Pemerintah Kristian pula mengambil kesempatan ini dengan memburukkan lagi keadaan. Mereka menghasut para pembesar agar memberontak.

Walapun Islam masih mampu bertahan untuk beberapa ratus tahun lagi, tetapi ia sudah lemah. Musuh cuma menunggu seseorang yang dapat memukul mundur, kerajaan Islam. Sehinggalah tibanya Ratu Isabella dan Raja Ferdinand, Islam diAndalusia akhirnya runtuh.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Thursday, April 10, 2014

Creative Parenting Today ~ Andi Yudha Asfandiyar

Creative Parenting Today adalah kaedah mengasuh dan mendidik anak-anak secara kreatif yang menjadikan anak-anak selangkah lebih maju daripada zamannya.
Anak-anak lebih berani mencerap idea malah inovatif dan melakukan perubahan positif.
Asuhan ibu bapa yang kreatif menjadikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih menarik, tidak bosan, malah wujud suasana yang membahagiakan.

"Imaginasi kreatif lebih penting daripada menghimpunkan banyak pengetahuan."
-Albert Einstein

Antara kandungan:
Bab 1: Apakah Itu Kreatif?
Maksud Kreatif
Mengapakah Kreativiti Penting?
Bilakah Kreativiti Berkembang?
Penghalang Kreativiti Anak-Anak
Bab 2: Mengapakah Ibu Bapa Perlu Kreatif?
Perubahan dalam Pelbagai Aspek Kehidupan
Kreativiti sebagai Modal Hidup
Creative Parenting TodayPentingnya Semangat Terus Belajar dan Berubah
Anak-Anak Memerlukan Ibu Bapa yang Kreatif
Bab 3: Dasar-Dasar Mendidik Anak
Anak adalah Pelaburan Masa Hadapan
Pendidikan Bermula sewaktu Pemilihan Pasangan

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Soalan Maut Untuk Ustaz ~ Ahmad Fedtri Yahya, Shahrizan Daud At-Turabi

"Rajin bertanya, membuka pintu ilmu. Malu bertanya, berkemungkinan sesat jalan."

Buku inspirasi membakar jiwa ini yang bertajuk Soalan Maut untuk Ustaz adalah sebuah buku gabungan Shahrizan Daud At-Turabi dan Ahmad Fedtri Yahya (TV3). Mereka berdua berkongsi pelbagai isu bagi menjawab soalan-soalan yang pedas lagi panas. Antaranya:
  • "Ustaz, kubur masing-masing. Jangan suka menyibuk hal orang lain."
  • "Saya bukan tidak mahu bertudung, cuma belum bersedia lagi. Buat apa bertudung sekiranya tidak ikhlas."
  • "Buat apa solat sekiranya mulut jahat, ustaz. Solat pun kuat bergosip. Solat pun kuat menfitnah."
  • "Ustaz, saya tidak solat pun kaya juga. Ustaz ada kekayaan macam saya?"
  • "Saya baru dua kali ponteng solat Jumaat, ustaz. Minggu hadapan saya pergilah."
  • "Anak dia cacat sebab kesalahan ibu bapa dia. Mesti ada sesuatu yang ibu bapa dia buat sehingga dia menjadi cacat."
*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Bukalah Pintu Rezeki ~ Muhammad Shayim

Pelbagai cubaan dan dugaan yang dihadapi oleh setiap orang. Ada yang susah ada pula yang senang. Ada yang bahagia ada pula yang menderita. Ada juga yang sempurna sebaliknya ada juga yang tidak sempurna, sama ada dari segi zahir atau batinnya. Ini semua adalah ujian yang ditimpakan kepada manusia. 

Di sinilah fungsinya keimanan dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian ini. Dengan keimanan dan kepercayaan yang utuh terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah, itu semua merupakan elemen yang akan mendekatkan manusia dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T. Semuanya berada di dalam penguasaan Allah S.W.T semata-mata.

Begitu jugalah dengan rezeki setiap orang, adalah ditentukan oleh Allah S.W.T. Buku ini memberikan penjelasan yang mudah dan padat tentang rezeki dengan menjaga hubungan dengan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Menenangkan Hati dan Membuang Kesedihan ~ Muhammad Shayim

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila enkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja kerns (untuk urusan lain). Dan hanya kepada Tuhan engkaulah tempat berharap."
(Al-Syarh, 94: 5-8)

Usah risau atau bimbang, setiap kesulitan itu pasti akan ada jalan keluarnya. Kita pula mesti yakin bahawa setiap dugaan yang kita hadapi itu sebenarnya akan meningkatkan lagi darjat keimanan dan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah.

Salah satu kunci untuk membuka pintu ketenangan dan kebahagiaan adalah Al-Quran. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sentiasa mengingati-Nya.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90

Para Pakar Matematik: Dari Yunani Hingga Ke Parsi ~ Wahyu Murtiningsih

Pasti sesiapa saja akur pentingnya matematik dalam kehidupan seharian. Tambah, tolak, darab dan bahagi, ini sering digunakan dalam kehidupan seharian. Malah angka nombor itu juga dianggap penting di mana sahaja. Di sebalik istilah matematik ini wujud tokoh-tokoh hebat yang mengasaskan teori matematik hebat pada suatu ketika dahulu.

Nama mereka terpahat dalam lipatan sejarah. Jasa dan sumbangan mereka terhadap tamadun dunia khusus bidang ilmiah amat dikagumi. Sehingga kini teori dan pemikiran mereka menjadi asas sesuatu bidang ilmu matematik mahupun sains.

Kehebatan mereka merungkai permasalahan dalam bidang matematik ini membawa kepada kepesatan pembangunan dalam bidang-bidang lain seperti sains, kejuruteraan, pertanian, astronomi dan sebagainya.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Tuesday, April 1, 2014

Di Sebalik Israk Mikraj ~ Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Peristiwa Israk dan Mikraj mengajar kita erti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti ibadah solat, menunaikan zakat, bersedekah dan melakukan muamalat sesama manusia dengan baik kerana setiap manusia akan menerima balasan mengikut amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia.

Ia juga memberi peringatan kepada manusia suapaya menjauhkan diri daripada pelbagai perkara yang dilarang Allah SWT seperti makan riba, menabur fitnah, tidak menunaikan amanah, tidak mengeluarkan zakat dan perkara mungkar yang lain.

Mengupas dengan lebih jelas hikmah-hikmah di sebalik berlaku peristiwa Israk dan Mikraj ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Ketika baginda masih lagi bersedih atas pemergian dua orang insan yang amat disayanginya.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Nikmatnya Rezeki Yang Berkat ~ Mohamad Razif Mohamad Fuad

Persoalan berkenaan rezeki dibicarakan secara meluas di dalam al-Quran. Lebih daripada 100 ayat dalam pelbagai surah yang membahaskan topik rezeki. Hal ini menunjukkan soal rezeki bukan perkara remeh dan wajar dititikberatkan oleh umat Islam. Rezeki membawa pelbagai maksud menurut al-Quran. Antaranya ialah:

1. Pemberian - Surah al-Baqarah ayat 254
2. Makanan - Surah al-Baqarah ayat 25
3. Hujan - Surah az-Zariyat ayat 22
4. Ganjaran - Surah Ali Imran ayat 169
5. Syurga - Surah al-Ahzab ayat 31
6. Buah-Buahan - Surah Ali Imran ayat 37

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Fiqh Keutamaan ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Perkara mana yang lebih utama?
  • Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang?
  • Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap?
  • Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman?
  • Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan?
  • Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar?
  • Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan?
  • Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari?
  • Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan?
Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul.

Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Padanya Ada Bahagia ~ Dr. Robiah H. Hamzah, Bahruddin Bekri

Padanya Ada Bahagia adalah sebuah karya yang istimewa.

Ini kisah tentang anak-anak kita, juga kisah tentang kita sebagai ibu bapa. Dalam mengharungi dunia kekeluargaan, terkadang kita lupa anak-anak kita adalah manusia biasa, sama seperti kita. Yang akan berbuat salah, yang punyai emosi mereka sendiri, punyai keinginan, dan sikap yang berbeza-beza.

Bagaimana kita menghadapi anak-anak dengan segala cabaran dunia hari ini? Buku ini tampil mengusulkan cadangan, memberikan tip-tip, supaya kita sebagai ibu bapa, mampu memberikan anak-anak kita bukan sekada kata-kata nasihat yang terbaik, tetapi contoh terbaik yang mereka akan ikuti apabila menjadi ibu bapa.

1- Bahagianya Berkasih Sayang
2- Bahagianya Memahami
3- bahagianya Berakhlak Mulia
4- Bahagianya Bersangka Baik
5- Bahagianya Kejujuran
6- Bahagianya Bersyukur
7- Bahagianya Berusaha
8- Bahagianya Menghormati
9- Bahagianya Beradab Sopan
10- Bahagianya Berlemah Lembut

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...