Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, December 30, 2013

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah s.a.w ~ Dr Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki diterjemah oleh Ustaz Muhadir Haji Joll

KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW yang
diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik bagi mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW. Pembaca akan dapat 'melihat' kehidupan sebenar Baginda sejak awal kelahiran sehingga kewafatannya. Buku ini penting agar setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menamba rasa cinta terhadapnya.

*****

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM52.00 - RM45.80

Hidayatus Salikin ~ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

Hidayatus Salikin adalah kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara. Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. 

Terjemaahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah. Antara fokus utama dalam buku ini:

•Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Ibadah.
•Adab.
•Akhlak Muslim.
•Penyucian Jiwa.
•Zikir-zikir
•Nasihat ulama.

*****

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM52.00 - RM45.80

Teristimewa Untukmu ~ Hasmah Hitam

Anak-anak istimewa, mereka tidak semestinya cacat anggota. Ada yang nampak normal pada pandangan orang biasa, namun hakikatnya mereka tidak begitu. Hanya mereka yang benar-benar memahami mampu memberi kasih sayang kepada anak-anak ini. 'Teristimewa Untukmu' menelusuri suka duka seorang Guru Pendidikan Khas dalam merealisasikan pendidikan untuk anak-anak istimewa. Bukan sedikit cabaran ditempuhi, namun sebuah kesabaran akhirnya menjadi hadiah kehidupan yang paling indah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Mudahnya Membuat Ban ~ Chef Faizal Ng Abdullah, Jalilah Abdullah

Rupa-rupanya tidak susah membuat ban sendiri. Sebut sahaja ban kegemaran keluarga: Sausage Roll, Mexican Ban, Ban Piza atau apa-apa ban yang popular di pasaran, hampir kesemua resipinya ada di dalam buku ini.

Hanya daripada satu adunan, pelbagai jenis ban boleh dihasilkan. Dengan mencuba dan berlatih membuat ban sendiri, anda akan mahir dengan sendirinya. Malah, berpandukan buku ini, tidak mustahil anda boleh membuka bisnes bakeri sendiri.

Tidak lengkap dengan sekadar resipi dan teknik, penulis juga menyelitkan tip-tip dan amalan doa yang seharusnya dipraktikkan dalam menyediakan juadah keluarga mahupun jika mahu berniaga. Dengan amalan-amalan ini, insya-Allah, makanan yang disediakan mendapat berkat daripada-Nya.

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Saya Tunggu Awak ~ Bonda Nor

Novel ini berkenaan seorang ustazah yang menjadikan kitab Bidayatul Hidayah sebagai bahan pengajarannya. Bidayatul Hidayah bermaksud Permulaan Taqwa. Ia diambil bersempena nama sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali. Menerusi novel ini, kisah mujahadah menepis cinta ini bermula gara-gara penglibatan kedua-dua watak utama dalam penganjuran satu seminar yang dipanggil SEMINAR BIDAYATUL HIDAYAH.

Kitab Bidayatul Hidayah umpama satu manual harian seorang mukmin yang menyentuh aspek-aspek utama kehidupan mereka. Begitu juga dengan kaedah penulisan novel ini yang cuba menyentuh beberapa permasalahan utama yang sering timbul dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu dan kekuatan mujahadah, manusia mampu merentas bidayatul hidayah atau permulaan taqwa.

*****

(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Thursday, December 19, 2013

Revolusi ~ Pahrol Mohamad Juoi

Antologi cerpen Revolusi ini ditulis dengan misi ‘memanusiakan’ manusia. Apakah ada manusia yang bukan manusia? Ya, ada. Bukan pada rupa, tetapi pada jiwa.

Apabila buta mata hati (kerana meminggirkan agama), manusia akan menjadi lebih hina daripada haiwan. Kerakusannya, bukan sahaja menghancurkan orang lain tetapi turut menghancurkan dirinya sendiri. Ketika itu kebijaksanaan akal akan didominasi oleh kerakusan hawa nafsu. Maka berlakulah keruntuhan spiritual di tengah pembangunan material. Inilah zaman jahiliah kedua yang mengekalkan ciri-ciri dalaman persis jahiliah yang pertama.

Tidak kira setinggi mana ilmu, sebanyak mana harta atau sebesar mana kuasa ... tanpa berpegang kepada prinsip Islam yang syumul, umat Islam sendiri akan menjadi hamba kepada fahaman sekular. Inilah fahaman yang ‘diperangi’ oleh cerpen-cerpen dalam antologi ini. Ia memaparkan bagaimana ulama berfikiran sekular rela menjahanamkan agama atas nama agama. Mereka gadaikan prinsip teras dan nilai asas Islam atas alasan toleransi dan bersifat sederhana.

Buku ini juga membuka tembelang umara berfikiran sekular, yang tega merosakkan masyarakat dengan muslihat untuk membela bangsa dan negara. Ironinya, mereka membaham isi, orang lain hanya mengutip sisanya. Manakala si jahil yang sekular pula akan terus jadi Pak Turut yang rela diperkuda oleh umpan hedonisme untuk terus bersuka ria dengan menggadaikan agama.

Namun, kita tidak rela umat terus dijajah minda dan jiwanya. Sudah sampai masanya kita bangun dengan penuh kesedaran untuk mencantas belenggu jahiliah dalam jiwa dan fikrah masyarakat. Walaupun kebangkitan Islam ini pasti ada hambatan dan halangannya, kebenaran tidak akan dapat selamanya disekat. Ia umpama akar pokok yang mampu menembusi tanah dengan gerakannya yang lemah lembut penuh istiqamah. Atau ia umpama aliran air yang mampu melekukkan batu kerana sifatnya yang tegar dan sabar.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Jana Duit Dengan Membayar Hutang ~ Anuar Haniff, Dr. Mohd Nizal Haniff

Life Is Too Short. Oleh itu, bebaskan diri anda daripada fenomena ‘Kaya Hutang’ sambil menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit! Pelaksanaan ilmu pengurusan hutang ini amat penting lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi serta kewangan yang kian mencabar yang boleh digambarkan dengan kos kehidupan yang kian meruncing, budaya konsumerisme dan sudah semestinya, fenomena ‘KAYA HUTANG’ yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia (terutamanya belia negara kita serta kesan negatifnya kepada kedudukan kewangan sebenar golongan muda yang menjadi aset penting negara masa hadapan).

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU ‘JANA DUIT DENGAN MEMBAYAR HUTANG’?
Antara pengajaran penting yang anda bakal pelajari daripada membaca buku ini adalah:-
• Mengenali fenomena hutang/riba yang akan menentukan keberkatan serta ketenangan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.
• Tahu membezakan antara hutang baik dengan hutang tidak baik.
• Kelebihan-kelebihan mempunyai bebanan hutang yang minimal.
• Perancangan Hutang Hayat (PHH) yang merangkumi teknik-teknik penjimatan ribuan ringgit berkaitan pinjaman pendidikan/PTPTN, kenderaan, perkahwinan serta perumahan.
• Langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan bebanan hutang.
• Langkah-langkah membebaskan diri daripada ‘Kaya Hutang’.
• Langkah-langkah kewangan untuk menyuburkan serta memberkatkan harta/aset anda.

*****

(SEM & S/S) RM14.00 - RM12.30

Bidadari di Ujana Perjuangan ~ Norfaradina Ab. Ghafar

“Aku pulang untuk meneruskan perjuangan. Perjuanganku masih panjang di tanah airku.”

“Aku tahu akan sampai masanya kami boleh dapat apa yang dihajati. Akan tiba masanya kami beroleh apa yang dihajati.”

“Sujud yang pertama selepas 16 tahun ini sangat indah. Sangat indah dan insya-Allah akan sentiasa indah.”

“Fatma, panggil aku Fatma. Fatma az-Zahra, seperti anakanda kekasih kita, Muhammad.”

Perjuangan srikandi muda dalam mengharungi suka duka di bumi asing. Mampukah mereka menempuhi setiap dugaan dengan tabah? Adakah impian mereka bakal tertunai? Berbaloikah setiap pengorbanan yang mereka lakukan untuk mengecapi nikmat yang kekal abadi? Selamilah dan hayati perjuangan mujahidah di ujana kehidupan mereka yang penuh pancaroba dalam mencari cinta Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM16.00 - RM14.10

Monday, December 16, 2013

Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu': Jilid 2 (H.C) ~ Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris

Mengandungi 1676 hadis yang haram digunakan untuk semua tujuan dan haram diriwayatkan atau disebarkan tanpa menyebutkan kecacatannya atau rutbahnya.

*****

(SEM) RM65.00 - RM57.20
(S/S) RM68.00 - RM59.80

Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu': Jilid 1 (H.C) ~ Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris

Mengandungi 1002 hadis yang haram digunakan untuk semua tujuan dan haram diriwayatkan atau disebarkan tanpa menyebut kecacatan atau rutbahnya.

*****

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 -RM46.60

Himpunan Hadith-hadith Shahih: Jilid 3 (H.C) ~ Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Adris

Himpunan hadis-hadis Shahih untuk rujukan anda.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80

Himpunan Hadith-hadith Shahih: Jilid 2 (H.C) ~ Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris

Himpunan hadis-hadis shahih untuk rujukan anda.

*****

(SEM) RM69.00 - RM60.70
(S/S) RM72.00 - RM63.40

Himpunan Hadith-hadith Shahih: Jilid 1 (H.C) ~ Drs. Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Himpunan hadis-hadis shahih untuk rujukan anda.

*****

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 - RM46.60

Kerana Dia, Ratu Sehari ~ Pelbagai Penulis, Noor Suraya

Dari mana datangnya cinta?

Kerana Dia, Ratu Sehari – ceritanya seindah judulnya. Cinta itu bagai kupu-kupu, kan? Kalau dikejar ia terbang lari menjauh. Namun kalau tak dihiraukan, ia senang-senang saja bertenggek di atas bahu. Begitulah cinta! Kadang-kadang kalau sudah dalam hati sukar pula untuk diusir pergi. Cinta sejati, adalah cinta yang kukuh tersimpan sepanjang zaman. Kisah cinta tidak pernah serupa, tapi bermulanya tetap sama – dari mata turun ke hati.



Kait-berkait akar beringin,
Di situlah banyak ular melata;
Nak kupesan pada angin,
Sayangnya angin tak tahu berkata.


Ada yang berkata untuk apa rindu ini, jika sayapnya tidak dapat terbang jauh. Jadi marilah terbang jauh dengan ‘mendengar’ 40 cerpen yang manis, oleh penulisnya yang manis-manis tentunya.

‘Saksilah’ bagaimana 37 penulis Antologi Cerpen Adiwarna mengungkap fasal cinta dan kasih sayang; fasal bahagia dan duka lara; fasal indahnya menyimpan rasa! Banyak yang lucu-lucu, banyak yang indah-indah – sehingga yang membacanya jadi iri dan cemburu pada kisah cinta mereka. Dan... ramai pula yang bertanya, “Begitukah jadinya kalau hati sudah dicuri?” Jawapan saya: “Tanyalah pada penulisnya!”

Kerana Dia, Ratu Sehari hanyalah kisah orang-orang kecil tetapi di dalamnya terakam ‘petua hati’ sebagai teladan. ~ Noor Suraya.

*****

(SEM) RM38.00 - RM33.40
(S/S) RM41.00 - RM36.10

Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a.w ~ Syihab Al-Badri Yasin

Seiring dengan kemajuan ekonomi sesebuah negara, pelbagai makanan dan minuman tersedia untuk dikonsumi oleh rakyat negara berkenaan. Tanpa disedari pelbagai aneka makanan dna minuman tersebut akan menyisakan toksid beracun yang bertimbun di dalam tubuh, apatah lagi mereka yang tidak mengikuti cara pemakanan yang sihat. Timbunan toksid ini jika dibiarkan tanpa wujud sebarang kawalan akan mendatangkan pelbagai penyakit yang memberi kesan ke atas kesihatan fizikal, mental, kejiwaan dan emosi.

Namun amat disayangkan, langkah rawatan yang biasa diambil oleh pesakit bagi mengurangi toksid tersebut justeru kadang kala memperburukkan lagi keadaan dengan cara mengkonsumi ubat-ubat berkimia. Ini tentu bukanlah cara penyelesaian. Di sini Islam menawarkan satu perubatan yang berkesan bagi mengatasi masalah ini dengan cara berbekam. Meskipun selama ini kurang diambil berat, namun ia diyakini dapat mengatasi komplikasi penyakit di samping ia merupakan cara berubat mengikut Rasulullah s.a.w

Buku ini membincangkan antara lain topik-topik berikut:
1. Mengetahui berbekam mengikut cara Rasulullah s.a.w dan tinjauan perubatan masa kini.
2. Mengenal pasti waktu dan cara berbekam yang paling berkesan berdasarkan kajian saintifik.
3. Mengetahui jenis-jenis penyakit yang dapat disembuhkan menerusi berbekam.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Dia Bukan Shah Rukh Khan ~ Kamalia

Kekasih 3 Tunang.
Nama penuh: Wafa Syahmina binti Ahmad Azizi.
Nama manja:Wafa. (Zaid kata nama ini sesuai dengan tuan punya badan).
Adik-beradik: Bongsu daripada enam orang adik-beradik.
Hobi: Ambil gambar muka sendiri, kongsi video dan kata-kata motivasi di Facebook.
Karakter: Manja, suka berfesyen tapi masih sopan, bertudung, putih kemerah-merahan, tidak pernah ada teman lelaki sebelum ini, setia.
Kenangan dengan Zaid: Semua kenangan dengan lelaki itu indah-indah dirasakannya. Kenangan paling bermakna ialah Zaid tidak pernah buat dia menangis sedih.
Pandangan Zaid padanya: Bijak, rajin, cantik, manja, pandai bawa diri.
Moto hidup: Cinta yang ditunggu lama akan tersimpan lama.

Apabila Farhan menerima beberapa keping nota misteri yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya, dia tidak menyangka nota-nota tersebut membawanya kepada satu rahsia. Rahsia tersebut hanya diketahui oleh Selamat, jirannya yang aneh dan mengalami sejenis penyakit misteri. Pada masa yang sama, Syakila yang bekerja di Kafe Cinta Mumbai menjadi pemuja Farhan dalam diam-diam. Perasaannya pada Farhan itu telah mendorongnya melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa dia sendiri pun menyedarinya! Bagi Ana pula, mencintai bermakna kita paling mudah untuk dibohongi.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Masuk Syurga Berbekalkan Doa Anak Yatim ~ Muhammad Syukron Maksum

Rasulullah s.a.w. sangat mencintai dan mengasihi anak-anak, lebih-lebih lagi anak yatim. Siapakah anak-anak yatim ini? Mereka adalah anak-anak yang telah kehilangan ayah ketika mereka masih belum baligh. Ketika ini mereka amat bergantung harap kepada bapanya.

Bayangkanlah bagaimana perasaan anak-anak ini ketika rakan-rakan sebaya mereka begitu riang kerana mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. amat menyayangi anak-anak yatim ini. Malah kelebihan yang besar terdapat pada anak-anak yatim ini adalah doa mereka sangat makbul. Sebagai insan yang waras pasti kita tidak mahu melihat anak-anak kecil ini diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

Semoga dengan pencerahan yang diberikan di dalam buku ini memberikan kita keazaman untuk mengikuti sunnah Nabi s.a.w. dalam mencintai dan mengasihani golongan anak-anak yatim.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Kesalahan-kesalahan Solat Hajat Yang Menyebabkan Tidak Terkabul Cita-citamu ~ Rizem Aizid

Solat Hajat merupakan solat khusus yang didirikan apabila seseorang berhajat atau berkeinginan untuk mencapai sesuatu. Ini adalah satu usaha yang boleh lakukan untuk meminta dan memohon kepada Allah s.w.t. 

Namun Solat Hajat sahaja tidaklah memadai untuk kita mencapai hajat yang kita impikan. Tanpa usaha yang bersungguh dan ketekunan, kejayaan tidak akan datang bergolek. Malah kesalahan dalam melakukan solat hajat juga boleh menjadi penghalang untuk termakbulnya hajat yang kita inginkan.

Di antaranya, kesalahan-kesalahan tersebut adalah; niat solat hajat, mendirikan solat hajat dalam waktu dilarang solat, wuduk tidak sempurna, mengabaikan tatacara solat hajat, mendirikan solat hajat tanpa niat yang ikhlas, tidak khusyuk dalam solat serta tidak menjaga aurat semasa solat hajat. 

Pastinya kesempurnaan solat itu sangat penting agar permintaan dan doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t. dimakbulkan.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM 18.00 - RM15.80

Manhaj Hidup Orang Beriman ~ Prof. Madya Dr Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Dalam mengharungi gaya dan suasana hidup yang semakin mencabar ini, setiap individu perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang sesuai dan secukupnya. Ini amat penting agar kita tidak hanyut dan lemas dalam kederasan arus kemajuan dan kemodenan yang semakin ganas dan liar. Ilmu pengetahuan duniawi sahaja tidak mencukupi untuk mengharungi kehidupan ini. Tanpa asas yang kuat dalam keimanan serta petunjuk tauhid yang benar pasti amat sukar untuk menjadi orang yang beriman.

Buku ini merupakan ringkasan dan ulasan daripada buku hasil karya salah seorang imam besar Islam iaitu Imam Al-Ghazali. Pengarang mengambil suatu inisiatif yang begitu besar untuk meringkas dua buah karya basil tulisan imam besar ini, iaitu Ihya' Ulum al-Din dan Mukhtasar Minhaj al-Qasidin agar mudah pengisian dihadam oleh minda pembaca. Inisiatif ini merupakan suatu sumbangan yang begitu besar untuk umat Islam masa kini dalam memahami pencerahan ilmu yang disampaikan oleh Imam Al-Ghazali di dalam karya-karya beliau. Mudah-mudahan dengan hasil usaha pengarang ini boleh kita jadikan bacaan dan rujukan untuk mempersiapkan diri dalam mengharungi gaya hidup dan kehidupan yang semakin mencabar dan pantas ini.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan dan majlis perkongsian ilmu serta boleh dijadikan salah satu koleksi utama di dalam perpustakaan awam atau individu. Semoga dengan usaha pengarang ini dapat menyebarluaskan lagi cahaya ilmu Islam serta menyiapkan generasi kini dengan ilmu untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang semakin hebat masa kini.

*****

(SEM) RM38.00 - RM33.40
(S/S) RM41.00 - RM36.10

Sunday, December 15, 2013

Rahsia Sujud Sebagai Terapi Kesihatan ~ Masykur Arif

Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa sujud itu boleh dijadikan terapi kesihatan? Tahukah anda bahawa sujud juga dapat menjadi salah satu terapi terbaik untuk janin dalam kandungan? 

Saraf-saraf tertentu di dalam otak manusia hanya sesekali dimasuki darah. Bila tidak dimasuki oleh darah sama sekali pasti akibatnya amat buruk untuk kesihatan. Oleh sebab itu, amat diperlukan aktiviti rutin untuk memastikan darah sentiasa masuk ke dalam saraf-saraf tersebut. Aktiviti rutin berkenaan adalah dengan bersujud. Dalam sehari kita bersujud sebanyak 34 kali iaitu dalam solat fardu yang lima. Sekiranya ditambah lagi dengan solat sunat maka kita akan lebih banyak bersujud. Ketika kita dalam posisi bersujud, pembuluh darah di dalam otak juga terlatih untuk menerima banyak bekalan oksigen. 

Buku ini membongkar rahsia keistimewaan sujud yang sangat bermanfaat kepada kesihatan. Di antara manfaat sujud ialah is boleh menghindarkan stroke, menguatkan otot, memberikan ketenangan jiwa, memberikan lebih keyakinan, melatih kita agar lebih focus. Malah sujud juga adalah tempoh waktu yang paling hampir bagi seorang hamba dengan Penciptanya. Di sini kita boleh mencurah segala isi hati dan permintaan kita kepada Allah s.w.t.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Wasiat-wasiat Emas Rasulullah s.a.w. ~ Didik Indra

Meluahkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. bukan hanya dengan unkapan di bibir sahaja. Atau dengan memakai baju yang tercetak tulisan "Saya Cinta Rasulullah S.A.W." sahaja. Makna kecintaan yang sebenarnya adalah lebih mendalam. Menunjukkan kecintaan kepada Baginda S.A.W. ialah dengan cara mengikut cara atau sunnah yang telah ditunjukkan oleh Baginda S.A.W. 

Bagaimanakah caranya untuk mengikut dan patuh kepada petunjuk dan arahan Baginda S.A.W? Pastinya dengan membaca, mentelaah serta memahami terlebih dahulu wasiat-wasiat yang telah Baginda S.A.W. tinggalkan. 

Buku ini menyajikan himpunan wasiat-wasiat yang telah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W. Selain itu juga disertakan dengan kisah-kisah inspirasi yang pasti mampu menyuntik semangat baru kepada kita. Semoga dengan perkongsian yang menarik ini, kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. akan lebih bermakna dengan patuh kepada perintah Allah S.W.T. dan mengikut sunnah Nabi S.A.W.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Beginikah Cara Menjawab Enam Pertanyaan Malaikat di Alam Kubur ~ Zen Abdurrahman

Hampir semua orang pasti sudah biasa mendengar soalan-soalan yang akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur kelak. Mungkin di dunia ini tidak ada masalah untuk menjawabnya. Rujukannya banyak ataupun kalau terlupa boleh sahaja di 'Google' di Internet. Pasti jawapannya akan keluar satu per satu. Boleh dihafal dengan mudah.

Namun itu semua bukanlah suatu jaminan untuk memudahkan kita menjawab di dalam kubur kelak. Semuanya jawapan dan pembalasan yang akan kita hadapi semasa di dalam kubur nanti adalah tergantung kepada setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini. Niat dan keikhlasannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Ketika itu nanti segalanya adalah berdasarkan segala amal kebaikan yang kita lakukan semasa di dunia ini.

Semoga dengan kehadiran buku yang ringkas ini, memberikan kita inspirasi dan motivasi untuk menggandakan lagi amal kebajikan yang diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

A-Quran Bertajwid ~ Al-Hidayah

Al-Quran Bertajwid.
Mempunyai 6 warna untuk cover

*****

(SEM) RM90.00 - RM79.20
(S/S) RM93.00 - RM81.80

Sabar dan Syukur ~ Imam Al-Ghazali

Kesabaran dan Kesyukuran adalah dua bahagian yang saling melengkapkan iman. Kedua-duanya amat penting di dalam kehidupan kita sebagai seorang mukmin. 

Sifat sabar diperlukan ketika diri sedang menghadapi satu situasi yang membimbangkan atau yang memudaratkan. Manakala sifat syukur pula diperlukan apabila kita diberikan nikmat atau kenikmatan di dalam kehidupan. Di sini menunjukkan bagaimana tahap keimanan kita kepada Allah Azza wa Jalla. Menidakkan atau tidak memahami sifat sabar dan syukur adalah satu kebodohan terhadap dua bahagian iman ini. 

Buku ini mengupas dengan lebih mendalam makna sabar dan syukur. Semoga dengan pemahaman yang lebih kukuh akan kualiti ibadah kita khasnya rukun Islam yang lima lebih mantap. Malah dengan itu menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan kita kepada rukun iman yang enam.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Selamatkan Diri Daripada Azab Kubur ~ Muhammad Shayim

"Kubur diberikan lisan, sehingga is dapat berkata-kata. Kubur berkata, "Wahai anak Adam, bagaimana kamu dapat melupakan aku? Tidakkah kamu mengetahui bahawa aku adalah rumah yang dapat menjadikan kamu sebagai mangsa, tempat bersarangnya ulat yang akan melumatkan dagingmu, tempat bersendirian dan juga rumah yang amat menakutkan." - Ubaid bin Amir.

Ajal dan mati itu pasti. Alam kubur itu juga benar, begitu jugalah dengan nikmat dan seksaan di dalamnya juga adalah benar. Kita sudah dikhabarkan tentang kebenarannya. Namun adakah kita sudah bersedia untuk itu semua. Memilih untuk menikmati kenikmatan atau azabnya seksaan di alam kubur itu nanti.
Buku ini memberikan kita sedikit pencerahan yang boleh kita manfaatkan. Semoga dengan amalan yang kita amalkan dengan istiqamah dan berterusan disertai dengan keikhlasan dan pengabdian kepada Allah mampu menjadi bekalan untuk kita melalui alam kubur kelak.

Semoga ilmu ini dapat kita manfaatkan dan sampaikan kepada orang lain, yang akan menjadi amalan yang bermanfaat buat mereka dan kita juga mendapat ganjaran dan balasan yang baik daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Anak-anak Ajaib Penghafal Al-Quran Dalam 3 Tahun ~ Muhammad Yusuf Abdul Rahman

Al-Quran bukan hanyalah bacaan yang istimewa semata-mata, namun ia juga adalah kunci kebahagiaan dunia dan akhirat seseorang.

Ayat-ayat 'ajaib' al-Quran mampu menggetarkan jiwa-jiwa dan hati orang yang `sakit'. Ayat-ayatnya mampu menjernihkan fikiran, hati dan jiwa manusia. Hafalannya pula mampu mencerdaskan otak dan menyembuhkan pelbagai penyakit fizikal mahupun kejiwaan yang dideritai oleh manusia. Disebabkan itu, mereka yang mencintai, membaca serta menghafal al-Quran bukan hanya mempunyai otak atau daya fikiran yang cemerlang, namun juga mempunyai hati yang mantap, tabah, kuat dan tidak pernah merasakan kesedihan. 

Sebabnya, kesedihan tidak akan mampu menyentuh hati seorang yang mana di dalamnya terdapat ayat al-Quran yang menyala-nyala.
Buku ini menghidang kisah-kisah menarik berkenaan kanakkanak yang masih kecil usianya namun 30 juzuk al-Quran sudah terpahat di dalam ingatan mereka malah sentiasa segar terlafaz di bibir-bibir mereka. lbu bapa mana yang tidak sejuk hatinya apabila melihat anak-anak mereka walaupun masih muda usianya sudah menghafal 30 juzuk al-Quran. Pastinya kebahagiaan itu adalah suatu kebahagiaan yang paling indah sebagai ibu bapa. Semoga kisah yang terkandung di dalam buku ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk semua pembaca.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Melawan Fikiran Negatif ~ Muhammad Muhydin

Ya Tuhan, mengapa hidupku ini terus susah sebegini ?
Ya Tuhan, bilakah agaknya aku akan bahagia dan selesa seperti orang lain itu?

Ya Tuhan, mengapa Engkau menjadikanku susah sebegini, tidak sebahagia mereka, apakah Engkau tidak menyayangiku?
Hidup tidak punya masa hadapan! Tanpa harapan! Tidak optimis, peluang untuk berjaya dan bahagia!

Saudara-saudaraku, ingatlah:"Anda adalah apa yang anda fikirkan!" Anda akan menjadi seperti yang anda fikirkan dan itulah rahsia kekuatan fikiran manusia. Jika kita berfikir secara positif, maka perkara-perkara positif yang akan kita temui. Sebaliknya jika kita sering dihantui fikiran negatif, maka berbagai perkara negatif yang akan mengelilingi kita. Maka berhentilah berfikir secara negatif! la amat buruk untuk dibiarkan bertapak di dalam fikiran kita. Kerana is hanya akan menerbitkan masalah, konflik dan kesuraman hidup!
Tapi bagaimana caranya menghentikan kebiasaan berfikir tentang perkara negatif ini? Maka inilah buku yang mampu mengetuk pintu jiwa yang anda perlukan.

Buku hasil karya penulis bestseller 'Bibir tersenyum Hati Menangis' ini mengupas secara tepat impak menggerikan fikiran negatif terhadap hidup kita. Dengan gaya bahasa yang halus tetapi amat tajam bersedia untuk membangunkan anda dari hanyut dalam lena yang penuhi fikiran negatif. Yang amat menggerikan.
Selain itu jugs dijelaskan betapa dahsyatnya kerosakan hidup a ki bat fikiran negatif ini, ditambah lagi dengan tip-tip agar anda mampu dan berjaya mengatasi serangan fikiran negatif. Seperti yang dikenali sebagai "Pengurusan Berdasarkan Su'uzhan”.

Selamat menikmati manisnya madu-madu fikiran positif.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia ~ Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Saudariku!
Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah

Saudariku!
Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macaw kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran. 

Saudariku!
Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kits kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya.

Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini.

*****

(SEM) RM33.00 - RM29.00
(S/S) RM36.00 - RM31.70

Qiyamullail & Doa Amalan Rasulullah s.a.w. ~ Zaharin Hj. Abd. Latip

Menghidupkan malam dengan berzikir dan berdoa serta bersolat sunat adalah di antara amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. ltulah jalannya untuk seseorang hamba itu mendapat pimpinan dan pertolongan Allah s.w.t. di dalam segala usaha dan perjuangan lebihlebih lagi kalau hamba Allah s.w.t. itu seorang pemimpin.
Sesungguhnya terdapat fadilah di samping rahsia yang boleh diperolehi sekiranya seseorang itu menghidupkan hari-hari malamnya dengan amalan Rasulullah s.a.w.

Di waktu malam yang menjelang ke waktu subuhnya diliputi dengan rahmat dan ampunan Tuhan. Mudah-mudahan di saat itu kita hadir dan dapat menghidupkan dengan amal sunnah. Kita juga akan tergolong di kalangan hamba Allah s.w.t. mendapat keampunan dan rahmatNya.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Tuesday, December 10, 2013

7 Golongan Dinaungi Arasy ~ Mohd Kamel Mat Salleh, Mohd Hariri Hj. Mohamad Daud

7 Golongan Dinaungi Arasy
Yang Adil
Yang Tekun Beribadah
Yang Terpaut kepada Masjid
Yang Bersahabat kerana Allah SWT
Yang Berzikir Penuh Keinsafan
Yang Takut Melakukan Maksiat
Yang Bersedekah dengan Ikhlas

Antara Kandungan:
GOLONGAN 1: IMAM YANG ADIL
Siapa Itu Imam?
Islam dan Kepimpinan
Pemerintah dan Ketua Adalah Seorang Imam
Apa Itu Adil?
Bagaimana Menjadi Pemimpin Yang Adil?
Kesan Daripada Perbuatan Pemimpin/ Imam Yang Adil dan Zalim
Kisah Renungan

GOLONGAN 2: PEMUDA / REMAJA YANG TEKUN BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT
Pandangan Islam Terhadap Remaja
Apa Itu Ibadah?
Syarat-Syarat Bagi Sesuatu Amalan (Adat) Menjadi Ibadah

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Monday, December 9, 2013

Bangau oh Bangau! ~ Mohd Fakhruddin

Nikmat kehidupan yang dikecapi perlu dihargai dan disyukuri. Bukannya sekadar untuk dinikmati kerana nikmat ini bukan kekal abadi. Suatu hari nanti ia akan pergi bersama jasad yang dikandung tanah. Nikmat yang kekal abadi akan menyusuli berdasarkan amal yang dibekali.

Buat mereka yang sering lupa dan lalai, hargailah hidup ini!

Garapan santai himpunan kisah kehidupan yang penuh teladan.

Antara Kandungan:
Kagum Dengan Manusia
Rasa Bersalah
Nikmat Paling Berharga
Jati Diri
Takut Tua?
Hadiah... Ikhlas Atau Tidak?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta ~ Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail

Manusia ditakdirkan Ilahi berada di atas muka bumi untuk diuji dengan jawatan pentingnya sebagai pentadbir seluruh ekosistemnya. Kepimpinan ini bukan hanya bertanggungjawab di dunia, akan tetapi akan turut dipersoalkan di Akhirat. Manusia di atas muka bumi yang luas ini hakikatnya, seolah-olah pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan akhir. Yang berbeza hanyalah manusia di dunia ini diuji dalam dewan peperiksaan yang terbuka luas, dan masanya pun terbuka sejak mukalaf hingga ke akhir hayat. Setiap perbuatan manusia secara fitrahnya, akan dinilai dengan gred syariah: wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Manusia bebas memilih apa jua pekerjaan atau perbuatan yang disukainya, tetapi pemilihan itu disertai dengan tanggungjawab terhadap akibat perbuatannya.

Manusia dikurniakan pendengaran, penglihatan, indera, akal dan kalbu. Setiap kurniaan ini akan menjadi saksi terhadap diri manusia itu sendiri nanti. Kalbu alat pemikiran yang dibantu oleh akal. Ilmuwan Islam menekankan betapa kalbu merupakan raja yang bertakhta dalam diri manusia, merancang dan berfikir. Kebaikan kalbu akan diikuti oleh seluruh anggotanya yang lain. Kejahatan kalbu maka akan diikuti oleh seluruh anggotanya yang lain. Itulah keajaiban kalbu yang bersifat abstrak. Kalbu yang abstrak berpusat pada jantung yang berbentuk fizikal. Hakikat jantung yang memerihalkan sifat kalbu yang berfikir dibincangkan dalam bab buku ini.

Antara Kandungan:
Bab 1 Di Sini Kita Bermula ...
Bab 2 ULUL-ALBAB: Mereka yang Melihat dengan mata hati
Bab 3 Alam Kosmos yang Menakjubkan
Bab 4 Bertasbihlah Segala yang di Langit dan di Bumi ...
Bab 5 Rahsia Arah Pusingan Tawaf
Bab 6 Apabila Matahari Padam…
Bab 7 Sains Tidak dapat Menjawab banyak Persoalan Tabii
Bab 8 Organ Untuk Berfikir: Otak atau Jantung?
Bab 9 Adakah Semut, Lebah dan Burung Bercakap?
Bab 10 Keluarga Labah-labah: Simbol Keluarga yang Menderita

*****

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 - RM46.60

101 Soal Jawab Akidah ~ Syeikh Tahir Bin Muhammad Al-Jazairi

Penulisan ini mengandungi perbincangan-perbincangan penting berkenaan ilmu Tauhid yang mudah untuk difahami. Soal dan jawab dalam penulisan ini berbentuk dwi bahasa Arab-Melayu.

Antara Topik Menarik dalam buku ini:
  • Penjelasan tentang sifat-sifat wajib dan mustahil untuk Allah, serta ayat-ayat mutasyabihat
  • Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. berbanding dengan nabi yang lain
  • Balasan kepada Mukmin yang taat dan Mukmin yang berdosa, serta balasan kepada orang munafik dan kafir
  • Persoalan membincangkan tentang zat Allah dengan menggunakan akal
  • Bolehkah kita melihat Allah?
  • Sampaikah pahala amalan kepada orang yang sudah meninggal dunia?
  • Apakah keyakinan kita kepada kitab Injil yang kini berada pada tangan Ahli Kitab (Kristian)?
Sekiranya sifat derhaka itu mustahil untuk para nabi, bagaimanakah pula dengan tindakan Nabi Adam a.s. yang memakan buah daripada pohon terlarang?
Mengapakah dikatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi terakhir, padahal Nabi Isa a.s. akan turun pada akhir zaman?

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Oh, Senangnya Sains Kimia ~ Shin Jae Hwan, Ya Young

Songyi risau apabila haiwan peliharaannya, Jacky diculik. Penculik itu memberi syarat, sekiranya Songyi mahu menyelamatkan Jacky, dia perlu menyelesaikan 33 soalan sains kimia yang mudah. Oleh itu, dia meminta bantuan Dao dan Bazzi, dua robot dari Pusat Ekspedisi Saintifik supaya menolongnya. Ikuti kisah menarik, lucu dan eksperimen menghiburkan bersama Songyi dan dua sekawan ini.

Antara Kandungan:
01 MOLEKUL – Mari mengaktifkan pergerakan molekul!
02 PEPEJAL – Mari mengkaji jenis pepejal dan sifatnya!
03 CECAIR – Fahami sifat-sifat cecair!
04 GAS - Mari menghasilkan gas!
05 SUHU DAN ISIPADU – Mari belajar Hukum Boyle!
06 TEKANAN DAN ISIPADU – Mari belajar Hukum Charles!

*****

(SEM) RM25.90 - RM22.80
(S/S) RM28.90 - RM25.40

Fatwa Untuk Wanita ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Buku ini menghimpunkan beberapa fatwa yang menjawab persoalan penting berkenaan wanita. Dengan berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah, fatwa ini dikeluarkan bagi menjaga maqasid syariah demi kemaslahatan ummah.

Buku ini menjawab persoalan-persoalan berikut:
Adakah suara wanita itu dikira sebagai aurat?
Apakah hukum wanita melihat lelaki dan lelaki melihat wanita?
Apakah hukum pergaulan antara lelaki dan wanita?
Apakah hukum lelaki memberi salam kepada wanita?
Apakah hukum wanita menziarahi lelaki dan hukum lelaki menziarahi wanita yang bukan mahram ketika sakit?
Apakah hukum bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram?
Apakah hukum dan syarat-syarat sekiranya wanita bekerja di luar rumah?

Antara Kandungan:
Bab 1: Fitnah Wanita dan Hukum Suara Wanita
Islam Memuliakan Wanita
Adakah Suara Wanita Aurat?
Bilakah Suara Wanita Menjadi Aurat?
Fitnah Wanita

Bab 2: Hukum Lelaki Melihat Wanita dan Wanita Melihat Lelaki
Hakikat Penciptaan Lelaki dan Wanita
Hukum Lelaki Melihat Wanita
Hukum Wanita Melihat Lelaki

Bab 3: Hukum Memberi Salam kepada Wanita

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Halalkah Makanan Kita?: Bagaimana Mencarinya Di Pasaran ~ Dr. Saadan Man, Zainal Abidin Yahya

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. (Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Apakah makanan yang terbaik? Mengapakah agama Islam mewajibkan umatnya supaya mencari yang halal? Apakah konsep halal dan haram menurut perspektif Islam?

Buku Halalkah Makanan Kita? mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan, dan undang-undang. Halalkah Makanan Kita? juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul. Halalan Toyyiban adalah pilihan kita semua.

Antara Kandungan:
Bab 1: Makanan Menurut Islam
Bab 2: Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Bab 3: Kategori Makanan
Bab 4: Halalan Toyyiban dalam Makanan
Bab 5: Aplikasi Halalan Toyyiban dalam Pasaran

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Friday, December 6, 2013

Jurnal Kesedaran 21 Hari: Mengenal, Membaiki, Menyayangi & Mendidik ~ Prof Dr Muhaya

Sebuah formula kesedaran yang telah dirumus khas oleh Prof.Dr. Muhaya ini bagi masyarakat yang masih tidak memahami tahap kesedaran mereka daripada reaktif kepada responsif.

Berdasarkan rumus 6 aspek yang dimuatkan ke dalam jurnal ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan impak ke dalam diri bagi mengubah diri individu agar lebih memahami konsep kesedaran dalam kehidupan. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Jom audit diri kita!

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...