Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, March 31, 2014

Caj Penghantaran

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pelanggan /Pengunjung Belidiskaun,

Jadual pembayaran caj penghantaran:
1. 1-3 buku = (SEM)RM8.00 ; (S/S) RM13.00
2. 4-6 buku = (SEM) RM11.00 ; (S/S) RM19.00
3. 7 buku dan lebih = Bergantung kepada berat buku dengan pihak kurier
4. Ensiklopedia Solat / Al-quran (kulit tebal, saiz A4), kitab agama, buku hardcover = bergantung pada berat dengan pihak kurier.

Terima kasih
BOOKSVILLE ENTERPRISE

Wednesday, March 26, 2014

Ikon Syabab ~ Umar Muhammad Noor

Golongan pemuda bukanlah golongan yang calang-calang. Gelegak darah muda mereka mampu menggerakkan dunia. Siapa pemuda kita pada hari ini, menentukan bangsa kita di hari esok. Ingatlah, masa muda akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. 

Ikon syabab menceritakan tokoh-tokoh pemuda Islam zaman dahulu yang pandai menetapkan matlamat dan mengatur strategi untuk mencapainya. Tokoh-tokoh ini layak menjadi ikutan remaja Islam. Terutama dalam menjalani masa-masa muda yang penuh dengan rayuan hawa nafsu dan bujukan syaitan. Jom kenali pemuda Islam berjiwa besar, seperti Yahya bin Yahya, Imam Malik bin Anas, Imam al-Bukhari, Arthaah bin Munzir dan ramai lagi. Kisah-kisah mereka yang dipaparkan dalam buku ini pastinya bakal memberi inspirasi.

*****

(SEM & S/S) RM16.00 - RM14.10

Duhai Yang Tersayang ~ Pahrol Mohd Juoi

Khas untukmu, suami/isteri tersayang. Kesudianmu menjadi teman hidupku, amat aku syukuri. Buat isteri, terima kasih kerana menerimaku sebagai perwiramu. Buat suami, terima kasih kerana memilihku antara sejuta. Apatah lagi kaulah yang paling sempurna di hatiku. Kesatuan hati mudah dibina dengan sama-sama meletakkan Allah sebagai kuasa Pencatur dan Pengatur dalam apa jua program, aktiviti dan perancangan dalam rumah tangga. Mungkin jarang sekali kututurkan kata cinta, mengucap kasih. Sayangku, aku sebutkan seluruh isi hatiku, tersirat di bait-bait puisi “Duhai yang Tersayang”. Inilah hadiah daripada insan yang paling kau sayangi. Bertemu kita di Syurga Ilahi. Insya-Allah.

*****

(SEM & S/S) RM8.00 - RM7.00

Ringkasan Fiqh Jihad: Keamanan Bukan Peperangan ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Rejab Abu Meleh, Fauwaz Fadzil Noor

Sesungguhnya saat umat Islam berada pada tahap kelemahan dan kealpaan, maka jihad adalah pencetus kebangkitan umat yang mampu mengembalikan mereka kepada pentasnya yang asal. Tanpa jihad, umat Islam akan dipandang hina dan rendah. Justeru, buku ini adalah salah satu pencetus kepada perubahan yang dinanti-nantikan oleh dunia. Buku ini juga sebagai wadah dalam menerangkan hakikat sebenar jihad yang luas, tidak terbatas kepada peperangan tetapi kepada semua aspek kehidupan manusia, ekonomi, sosial, kesihatan, ilmu dan dakwah. 

Peperangan bukanlah matlamat asal Islam tetapi itulah jalan terakhir untuk mempertahankan agama dan negara. Kedamaian adalah nikmat yang diperjuangkan oleh al-Quran dan sunah seperti yang diterangkan dalam Ringkasan Fiqh Jihad ini. Semoga buku ini mampu menerangi jalan ilmu umat Islam yang sentiasa dahagakan cahaya ilmu yang luas, insya-Allah.

*****

(SEM & S/S) RM24.00 - RM21.10

Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat ~ Imam Al-Qurtubi

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Kematian adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul"RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT DAN KIAMAT" telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya. 

Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian. Semoga usaha kecil kami menerbitkan buku yang amat bermakna ini mendapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.

*****

(SEM) RM98.00 - RM86.20
(S/S) RM101.00 - RM88.90

Perhubungan Awam Ala Nabi Muhammad s.a.w. ~ Iqra' Al-Firdaus

Perhubungan awam adalah perkara yang subjektif yang boleh juga didefinisikan sebagai komunikasi dan interaksi daripada satu pihak kepada pihak yang lain untuk mencapai tahap perkhidmatan dan martabat diri yang terbaik. Demi mendapat kerjasama, nama baik, kepercayaan serta perhargaan daripada orang awam. Perhubungan awam ini amat diperlukan oleh individu mahupun sesebuah syarikat, organisasi dan masyarakat.

Buku ini menghuraikan berkenaan perhubungan awam berdasarkan apa yang telah diinspirasikan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang kehidupan baginda. Nabi s.a.w. telah memberikan contoh terbaik untuk diikuti dalam setiap urusan sama ada urusan dunia mahupun akhirat. Idea-idea yang diterjemahkan oleh penulis buku ini memberikan kita pencerahan ilmu yang menarik dan berharga untuk semua lapisan masyarakat.

Semoga dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan ilmunya untuk meneruskan contoh-contoh terbaik yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seterusnya menaikkan lagi martabat serta kualiti diri hasil daripada duplikasi Perhubungan Awam ala Nabi Muhammad s.a.w. untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Kajian Ilmiah Membuktikan Keajaiban dan Kebenaran Al-Quran ~ As'adi Muhammad

Al-Quran adalah kitab mukjizat sepanjang zaman, kehebatannya tidak akan lenyap hinggalah hari kiamat. Buku kecil ini membicarakan tentang sejarah Al-Quran dan pengisian al-Quran, penurunannya secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun, keindahan bahasanya memikat para pendengarnya hingga ia berjaya membina bangsa Arab yang hidup di tanah padang pasir yang gersang dengan budaya kehidupan yang jahiliyah dan mundur menjadi bangsa yang memcrinrah dunia ini .

Selepas 23 tahun Al-Quran diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad S.A.W. ia telah mengubah landskap Semenanjung Arab menjadi pusat pemerintahan dunia, dua empayar gergasi dunia ketika itu Rom dan Parsi turut tersungkur dan tunduk kepada generasi al- Quran yang unik (memetik kata-kata sasterawan agung moden dunia Islam—As-Syahid Sayid Qutb- Para Sahabat Rasulullah S.A.W. adalah generasi Al-Quran yang unik). 

Bukan sekadar itu, aI-Quran juga telah membongkar sejarah alam sebelum penurunannya serta menyingkap rahsia-rahsia alam pada masa yang akan datang. Para tokoh-tokoh ilmuan Islam dan barat telah melakukan kajian dan membuat perbandingan antara sains ilmiah dan al-Quran. Antaranya ialah Al-Quran dan Astronomi, Al- Qurran dan Fizik, AI-Quran dan Biologi, rahsia besi, gunung, bukit, lautan dan pelbagai perkara lain lagi. Malah sebahagian pengkaji-pengkaji barat yang bukan Islam turun mengisytiharkan dirinya menjadi muslim bila ia mendapari bahawa kajian Ilmiah yang dilakukan selama ini memang benar-benar membukrikan keajaiban yang dicari-cari selama ini. Cuma yang ironis al-Quran telah menjelaskan kehebatan ini lebih 1400 tahun yang lalu dan Sains Ilmiah baru mcngctahui akan hakikat ini beberapa dekad yang lalu.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.10

50 Soal Jawab Mengapa Syiah Sesat? ~ Ku Muhammas Asmadi Ku Mohd Saad

Akidah adalah tunjang keyakinan umat Islam, hanya dengan akidah yang bersih daripada sifat munafik akan diterima Allah SWT. Akidah yang benar-benar membenarkan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya melalui akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah. 

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis baginda SAW:
"Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73firqah (kumpulan), hanya satu yang masuk syurga dan yang lain masuk neraka." Bertanya para Sahabat: "Siapakah (yang tidak masuk neraka) itu Ya Rasulullah?" Nabi menjawab: "Al-Jamaah”.
(Diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani)

Buku ini akan menjadi benteng akidah Ahlu Sunnah Wa al Jamaah dengan diberi gambaran yang sebenar tcntang fitnah yang dilemparkan oleh Syiah terhadap Islam, sahabat Nabi S.A.W dan terhadap isteri baginda S.A.W iaitu Sayidatina Aisyah RA. Buku ini bertujuan untuk membongkar serta mendedahkan fakta penyelewengan fahaman Syiah serta menjernihkan segala tuduhan palsu Syiah terhadap Islam.

Justeru itu maka akidah selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak dan tidak diterima olch Allah S.W.T dan juga RasulNya seperti Syiah. Jauhi Syiah umat Islam bahagia dunia akhirat, jauhi Syiah umat Islam selamat dunia akhirat.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Tuesday, March 18, 2014

Nasihat & Wirid Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Pada ketika Baghdad masyhur sebagai sebuah kota ilmu, di situlah membuak-buaknya semangat seorang anak muda untuk mendatangi kota peradaban ilmu terkenal ini. Anak muda yang dimaksudkan adalah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani yang ketika itu menetap di Jailan dalam wilayah Iran. Beliau bertekad untuk berhijrah dan menetap di kota Baghdad untuk menimba ilmu yang beliau idamkan. Dengan semangat yang jitu, maka bermulalah sebuah perjalanan ilmu oleh seorang alim yang begitu dikenali sehingga kini.

Beliau telah menetap dan menimba ilmu di kota itu iaitu di Madrasah Syeikh Abu Said Al-Mukharramy. Di sinilah peribadi seorang ilmuan yang banyak mewariskan ilmu kepada banyak generasi dibangunkan. Banyak nasihat dan panduan yang dikongsikan oleh beliau disebarkan menjadi panduan kehidupan umat Islam sehingga kini.

Buku ini menghimpunkan nasihat dan wirid yang telah diamal dan diajarkan oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Sudah pastinya, ia bukan calang-calang nasihat dan wirid kerana ia datang daripada seorang yang diakui kealiman, kewalian dan karamahnya oleh seluruh penduduk Islam sedunia. Moga-moga dengan pencerahan ilmu yang dikongsikan di dalam buku menjadi salah satu asas untuk kita meraih keredhaan Ilahi. Malah menambahkan lagi rasa patut dan taat kepada Allah Azza wa Jalla serta rasa cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 - RM55.40

Sifat Wanita Yang Menjadikan Pasangannya Berjaya dan Hebat ~ Agus Susanto

Peranan wanita bukan sahaja di dapur; menjaga anak atau tinggal di rumah sepertimana yang digambarkan dalam masyarakat umumnya. Sebenarnya wanita boleh menjadi individu yang berperanan besar di dalam kehidupan seorang lelaki. Bahkan di sebalik tokoh-tokoh besar dunia berdiri di belakangnya seorang wanita yang tabah dan besar peranannya.

Oleh itu, apakah sifat yang seorang wanita perlukan untuk menjadikan pasangannya berjaya dan hebat?
Buku ini memberikan jawapan untuk pertanyaan tersebut. Dengan terperincinya buku ini menjelaskan satu per satu sifat yang perlu oleh wanita agar pasangan mereka menjadi orang berjaya. Di antara sifat-sifat tersebut adalah seperti sifat kasih sayang, sabar, jujur dan saling mempercayai. Selain itu juga isteri juga harus peka terhadap suami, menjadi motivator bagi suaminya, bijak dalam komunikasi dan bersyukur dengan rezeki yang diperoleh. Praktikkan, insya Allah andalah wanita yang membawa kepada kejayaan dan kehebatan suami anda.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Panduan Memandikan dan Mengebumikan Jenazah ~ Abdul Hamid

Masih ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak mengetahui tentang pelaksanaan jenazah. Ada juga yang tahu namun masih kurang jelas tentangnya. Malah lebih parah lagi jika masukkan unsur bidaah atau unsur yang bertentangan dengan sunah Nabi S.A.W. dalam pengurusan jenazah ini.

Pengurusan jenazah atau kematian orang Islam amat berbeza jika dibandingkan dengan orang bukan Islam. Buku hadir sebagai panduan untuk kita menambah ilmu tentang pengurusan jenazah. la memuatkan secara komprehensif tentang pengurusan jenazah bermula daripada perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara-perkara yang besar.
Disajikan secara sistematik dan penjelasan yang mudah untuk difahami oleh semua golongan pembaca. Begitu juga ulasannya yang berlandaskan dalil Al-Quran dan Hadis serta penjelasan oleh ulama salaf dan kontemporari. Semoga perkongsian ilmu yang terdapat di dalam buku ini dapat Rita manfaat sebaiknya dalam meraih keredaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Kesan-kesan Mengabaikan Solat Sunat Dhuha ~ Khalidi Elyas Bahar

Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Begitu istimewanya Solat Dhuha hingga Allah S.W.T. berfirman kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. melalui sebuah Hadis Qudsi,"Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat rakaat solat pada awal slang (waktu duha) kerana itu (Allah) akan mencukupkan kamu pada akhir slang." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ad-Darimi)
Jika kita ingin mendapatkan kelebihan dan keberkatan daripada solat sunat, iaitu solat pembuka pintu rezeki, kita perlu istiqamah dalam mendirikannya setiap waktu dhuha. Usah meremehkannya, kerana banyak akibat negatif sekiranya kita meremehkan solat sunat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kelebihan dan keberkatan Solat Dhuha bukalah setiap helaian buku ini. Semoga dengan pencerahan yang dikongsikan memberikan kita kekuatan untuk mendirikan Solat Dhuha dan istiqamah melaksanakannya.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Tip Berniaga Nabi Muhammad s.a.w Untuk Para Usahawan Masa Kini ~ Najamuddin Muhammad

Apabila kita rujuk semula sirah dan riwayat hidup Rasulullah S.A.W, dalam bab pengurusan baginda tidak melakukan suatu perkara dan keputusan secara melulu. Semua disusun secara teratur dan berhemah. Begitu juga dalam urusan perniagaan. 

Seperti yang kita ketahui Nabi S.A.W. juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Baginda S.A.W. memberikan contoh cara berniaga yang terbaik sehingga menghasilkan keuntungan yang besar dan halal. Bagaimanakah cara Rasulullah S.A.W. berniaga sehingga mampu menghasilkan pulangan yang menguntungkan dan halal? Apakah tip-tip utama yang baginda S.A.W. pegang?
Temui jawapannya di dalam buku ini. Penjelasannya dikupas dengan tajam dan padat tentang kepelbagaian strategi perdagangan dan bisnes Rasulullah S.A.W. Semua ini dipaparkan secara padat di dalam buku ini. 

Sebagai nilai tambah, buku ini juga dilengkapi dengan tip-tip yang berguna untuk pengusaha dalam perkara-perkara yang perlu dijauhi semasa menjalankan urusan perniagaan. Ingin menjadi pengusaha yang berjaya jadikan buku ini salah satu panduannya.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Fadilat Solat Sunat Rawatib ~ Fadhilah Tayyib

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardu. Sunat Rawatib terdiri daripada dua bahagian iaitu yang ditekankan pelaksanaannya (muakkad) dan yang tidak ditekankan pelaksanaannya (ghaira muakkad). Bagi solat sunat yang dikerjakan sebelum solat fardu dikenali sebagai Qobliyah manakala bagi solat sesudah solat fardu dikenali sebagai Ba'diyah. Hikmah solat Qobliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui kesibukan aktiviti kehidupan seharian hingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu khusyuk. 

Manakala hikmah solat sunat Ba'diyah bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melakukan solat fardu.Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah r.a menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat sunat rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Daripada lbnu Umar (r.a) beliau berkata: "Saya sentiasa memelihara sepuluh rakaat yang pernah saya terima daripada Nabi (s.a.w), iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, dua rakaat lagi sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrib di dalam rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di dalam rumahnya, dua rakaat lagi sebelum Subuh.

Buku ini menghuraikan tentang kelebihan mengerjakan solat sunat Rawatib yang banyak sekali seperti murah rezeki, menghapuskan dosa, mengangkat darjat seseorang dan lain-lain lagi. Semoga kita dapat mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu di dalam buku ini dan bersama-sama kita istiqamah dengan amalan solat Rawatib yang mengiringi solat fardu dalam kehidupan seharian demi meraih keredhaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Friday, March 14, 2014

Harta Dunia Saham Akhirat ~ Hamizul Abdul Hamid


Membongkar rahsia jadi jutawan akhirat melalui sedekah, infak, derma atau zakat. Segalanya, demi menyubur iman, mencambah rezeki!

Semua manusia mahu kaya. Bahkan, tiada siapa yang menolak apabila dihulur wang, emas, rumah atau kenderaan. Semuanya ada nilai tersendiri waima kecil atau besar. Hakikatnya, manusia dan harta merupakan magnet yang cukup kuat. Kerana harta, manusia menjadi maju walau ada waktunya menjadi jahat. Dengan harta juga, manusia tidak pernah berasa puas.

Tahukah anda, hari ini ramai yang lalai dengan tawaran ALLAH SWT untuk menjadi kaya. Kebanyakannya melihat harta sebagai simbol kemewahan. Lantas, bagaimana dengan sedekah, infak, jariah, zakat atau derma? Tidakkah mereka tahu bahawa perkara itu juga menjadi sumber menjemput rezeki untuk kekayaan berlipat kali ganda?

HARTA DUNIA SAHAM AKHIRAT, berkongsi rahsia bisnes akhirat yang menguntungkan. Usah khuatir kerana semua tip yang diberi bukan rekaan. Sudah terbukti, ia berhasil! Jadikan buku ini sebagai bantuan untuk mengaut kemewahan. Pasti anda menjadi insan terkaya di akhirat kelak. Percayalah!

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Pimpin Aku Ke Syurga ~ Afdholul Rahman


Secara umumnya, naskhahPIMPIN AKU KE SYURGA ini mengumpulkan 64 buah artikel yang bertemakan anak muda dan perubahan.

Isu anak muda yang sering kali dikaitkan dengan perubahan. Ini disebabkan anak muda semangat yang membara dan tenaga yang kuat untuk merealisasikan cita-cita. Bahkan, kita semua pasti melalui fasa-fasa hidup sebagai seorang anak muda. Kita ini akan, sedang dan telah melaluinya.

Anak muda yang sedang berada di fasa ini merupakan tulang belakang kepada corak masyarakat pada masa hadapan. Jika tulang belakang ini dijaga sebaiknya, maka masyarakat yang lahir pastilah baik juga. Jika patah tulang ini, maka rosaklah masyarakat yang akan datang. Maka itu, anak muda hari ini perlu dijaga dan dididik dengan sewajarnya bagi membentuk peribadi yang diingini Sang Pencipta.

Kita mahukan anak muda yang ada padanya iman, yang, mampu mencetuskan perubahan kepada dunia. Ramai sudah orang yang melalui masa muda, tetapi mensia-siakannya begitu sahaja. Ada yang dihabiskan pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sedangkan semua itu telah memperkecilkan potensi yang ada pada diri. Justeru, isu anak muda dan perubahan tidak mungkin dipisahkan.

Itulah yang cuba disampaikan melalui buku ini bahawa anak muda sangat berkait rapat dengan perubahan. Tetapi, biarlah perubahan itu digerakkan di atas paksi iman.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Thursday, March 13, 2014

Muhammad Al-Ghazali: Menjawab Soalan Islam Yang Paling Penting ~ Syeikh Muhammad Al-Ghazali

Sesungguhnya ilmu itu adalah khazanah. manakala kuncinya puta adalah pertayaan. Tanpa kuncinya pasti sukar untuk membuka dan mendapatkan khazanah arm berkenaan. tnilah konsep yang diketengahkan di dalam buku ini. Di mana setiap tajuk dibahaskan berdasarkan soalan atau kemusykilan tentang Islam yang ditimbulkan. Penulis mengambil inisiatif untuk menjawab dengan terperinci himpunan soalan tentang Islam di dalam buku ini. Menariknya penulis memasukkan data terkini yang ringkas dan mudah untuk difahami. Dikukuhkan lagi dengan dalil-dalil daripada M-Quran dan As-Sunnah yang dipaparkan secara berurutan. Ini memberikan peluang untuk semua peringkat usia dalam memahami tentang Islam dengan Iebih mudah dan santai. Hasil tulisan ini juga menambahkan lagi khazanah ilmu dalam peradaban Islam di samping memberikan pencerahan di dalam kekeliruan dan keraguan berkenaan sesuatu isu dalam Islam.

Semoga dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh penulis ini memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat Islam dalam meraih keredaan Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi ketika ini kita sedang berada di dalam era yang penuh dengan cabaran dan dugaan sama ada dari sudut sosial. ekonomi dan apatah lagi dengan kejatuhan akhiak dan moral dalam masyarakat moden sekarang yang mudah hanyut dalam anus hiburan dan keseronokan dunia yang sementara.

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 - RM55.40

Apabila Doa Sudah Dibaca, Rezekimu Menjadi Murah ~ Sayyid Ahmad Reza, Wiwi Alawiyah Daud

Ingin berjaya dan kaya, maka berusahalah. Jika mahu rnenjadi kaya dan diberkati, maka berusaha dan berdoalah! Ini adalah formula untuk kaya yang tidak dapat disangkal lagi. Tetapi usaha yang disertakan dengan doa lebih besar manfaatnya, bukan sahaja mendapat harta yang berlimpah, malah is juga membawa keberkatan. Buku ini mengungkapkan kepada kita semua rahsia untuk mengaut harta kekayaan dan juga meraih keberkatan dan keredaan Allah.

Tip utamanya ialah berdoa. Bagaimana untuk mendapatkan doa yang makbul dan usaha yang berjaya, yang amat penting adalah keseimbangan antara usaha dan doa. Doa ini akan menghantar kita ke pintu kejayaan dan kekayaan.

Sebagai nilai tambahnya, buku ini juga disertakan dengan kisah-kisah inspirasi mereka yang berjaya di dalam usaha mereka dengan paduan usaha dan doa yang dijadikan senjata ampuh untuk mengaut kekayaan dan meraih keberkatan. Mulakan langkah anda untuk hidup kaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 -  RM14.10

Aqidah Ahli Sunah Wal-Jamaah: Ringkasan Tauhid ~ Hj. Manshuruddin Batu Bara

Tauhid adalah tercermin dalam kesaksian tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan syariat Rasulullah SAW yang diterima dari Allah SWT. Insan yang bertaqwa memulai hidupnya dengan tauhid hidup tenteram. 

Di dalam ringkasan tauhid ini tersimpan segala aspek kehidupan manusia. Tauhid menjadikan keperibadian seseorang penuh dengan hiasan sumber kekuatan. ketenteraman serta mengukuhkan aqidah yang benar dan tidak mudah terpesong dari landasan tauhid d.an aqidah sebenar. Apabila dibaca dan dipelajari, difahami dengan betul. Didalam buku ringkasan Tauhid ini mengandungi dalil Nagli dan Agli laitu mengikut Al-Quran dan Hadis serta aqli (logika) mengikut akal.Br> Ringkasan Tauhid ini mengikut Ayidah Ahlus sunnah Wal Jamaah. Makrifatullah lebih besar dari sinaran matahari kerana matahari hanya bersinar seketika, apabila malam sinarannya pun hilang. Sedangkan makrifatullah itu tetap bersinar slang dan malam malah ketika mal.am cahayanya semakin berkilauan.

Semoga buku ini dapat memberikan sedikit bimbingan tentang sifat-sifat yang wajib, mustahil dan yang harus bagi Allah dan Rasul Nya untuk kita mendekatkan din dengan Ilahi Rabbi. InsyaAllah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...