Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Alaf21. Show all posts
Showing posts with label Alaf21. Show all posts

Tuesday, October 18, 2022

Al-Quran Al-Karim Amazing Eksklusif ~ Alaf21

(SEM & SS) RM250 > RM235.00

AL-QURAN AMAZING - TAGGING

Tags no: 210 tags
Saiz: A4
Format: Hardcover
Ukuran: A4
Halaman: 1264
Cetakan: Berwarna Penuh
Tali penanda: 2 Helai

​Warna: Pilihan warna adalah random mengikut stok semasa

5 Tema Berwarna : Doa, Kisah Nabi, Hukum, Motivasi, Ibadah

 


Thursday, December 14, 2017

Macam-macam Petua ~ Alaf21

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini mengandungi pelbagai petua merangkumi petua kecantikan, kesihatan, kebersihan dan penyimpanan makanan. Semua petua yang dirangkum di dalam buku ini menggunakan bahan-bahan semula jadi dan lebih selamat untuk digunakan. Petua-petua ini juga tidak menfokuskan hanya pada orang dewasa malah ada yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

KENAPA BUKU INI HARUS DIMILIKI:
- Sesuai untuk semua golongan pembaca.
- Mengandungi pelbagai ilmu petua yang boleh diamalkan untuk kesihatan dan kebersihan.
- Bagi yang suka amalan tradisional dan tidak suka menggunakan bahan-bahan campuran kimia boleh dapatkan buku untuk rujukan.
- Menggunakan bahan-bahan semulajadi.
- Sesuai juga untuk jimatkan kos perbelanjaan.

Sunday, July 9, 2017

Maaf Cakap 3 ~ Norden Mohamed

(SEM & S/S) RM33.00 > RM29.00

Buku ini adalah kritikan penulis terhadap kesilapan berfikir masyarakat tentang sesuatu isu yang menular sama ada dalam media sosial mahupun kehidupan harian. Bacaan yang santai namun meliputi pelbagai aspek seperti motivasi, politik, sosial, bisnes, dunia akhbar dan sumber manusia. Disampaikan secara berlapik namun menusuk ke dalam jiwa.

Di antara topik yang dikupas:
  • Maafkanlah untuk kesekian kali
  • Pintas tidak semestinya pantas
  • Menjadi otai yang berbisa
  • Beza fikiran tua dan minda muda
  • Apabila pemimpin lembab dan lembik
  • Cerita sedih umat akhir zaman
  • Telefon dan kita, siapa lebih pintar?
  • Dari sekolah menengah Mr. Google
  • Pabila bulan melingkari Kaabah
  • Badut-badut di sekeliling kita

Tuesday, December 20, 2016

Oh! Mudahnya Jahit Telekung ~ Zai Amaludin

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Buku ini mengandungi langkah demi langkah untuk menjahit telekung. Dilengkapi dengan pola yang mudah difahami. Bagi sesiapa yang ingin menghasilkan telekung sendiri boleh jadikan buku ini sebagai rujukan. Selamat mencuba.

Friday, October 14, 2016

Oh My Jep! Kucing Pun Kacak ~ Ummi Jep

Hye gurlz! Yomciked!

Ada tiga kriteria bini yang Jep cari:
Misi
Misi
Misi

Walaupun Jep suka misi, tapi Jep boleh pertimbangkan acik-acik yang baik hati. Maklumlah Jep kan mudah tertawan orangnya.

Angkel-angkel? Yang hensem saja boleh selfie dengan Jep, okey! Bukan apa, nak bergambar faktor sekufu tu mesti diambil kira.

p/s: Jangan risau, yang tak hensem boleh bergambar dengan angkel Tan Sri Nazrey, okey!

- Koleksi komik Oh My Jep ini pasti membuatkan anda tak kering gusi menahan ketawa. Keletah yang selamba bila digabungkan dengan gambar-gambar yang mencuit hati membuatkan kucing bernama Jep ini mempunyai 400 ribu pengikut di Facebook.
***
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Tuesday, August 23, 2016

Cerita Dari Hati ~ Nazali Noor, Normujaidah Osman, Amer Fadzlan, Idayu Ahmad, Umiesafa, Noordin Zakaria

Tulis daripada hati akan sampai ke hati...
Siapa pun engkau dalam cerita ini,
Baik ibu, ayah, anak, guru mahupun hamba-NYA,
Kau akan temui dirimu dalam setiap cerita...
Bacalah...
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Tuesday, August 16, 2016

Imaginasi ~ Ramlee Awang Murshid

Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.

Thursday, November 12, 2015

Sunan Cinta Nan Sakti ~ Ramlee Awang Murshid

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.”
Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.
Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...
Di sinilah... lahirnya seorang legenda.
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.

Antologi Jiwa Kacau: Gaun Berdarah ~ Ramlee Awang Murshid, Maria Kajiwa, dan pelbagai penulis

Jiwa kacau seiring dengan perasaan berbaur misteri, trauma, takut dan seram. Himpunan kisah emosi ini hadir daripada karya-karya yang dihasilkan dalam portal ilham Karangkraf. Terdapat 27 buah cerpen yang dimuatkan dalam antologi ini.

Penulis-penulis yang terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, Maria Kajiwa dan ramai lagi menampilkan karya yang hebat dan bakal 'mengacau' jiwa anda selama-lamanya. Gaya bahasa dan penceritaan yang unik, pastui pembaca berimaginasi dengan dunia aneh. Mengikat emosi anda dengan dialog-dialog yang membuatkan tidak tidur malam. Tentunya anda teruja bukan?

Antologi ini mengupas beberapa cerita pembunuhan kejam yang tidak terjangkau dalam minda kita.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 - RM18.50

Sunan ~ Ramlee Awang Murshid

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk.

Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Meniti usia remaja, Saifudin terjebak cinta tiga segi. Engku Aminah dari kerajaan Pagar Ruyong tertarik dengan akhlak terpuji lelaki itu. Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menjadi penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
*****
(SEM & S/S) RM35.00 - RM30.80

Thursday, November 5, 2015

Anak-Anak Abah ~ Nazali Noor

“Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Anak kita bagaimana?” – NAZALI NOOR
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Friday, October 2, 2015

Syurga, Aku Datang ~ Rubiah Abu Bakar

Anakku, saat kau dikafankan, kutatap lama wajah bersihmu, tidak kusangka sekejap ini kau akan pergi meninggalkanku. Andaiku tahu sesingkat ini hayatmu, akanku temanimu tanpa sesaat pun berlalu.

Tika doktor ingin menanggalkan penyambung hayatmu, ketahuilah anakku betapa hibanya aku ingin melepaskanmu.

Air mataku turun bagaikan hujan. Duniaku gelap gelita dan terasa kosong. Jika diberi pilihan aku sanggup menjadi galang ganti bagi menanggung deritamu. Namun, apakan daya. Itulah janji TUHAN. Setiap yang datang pasti akan pulang.

Kau pergi kerana esofagusmu tidak sempurna seperti insan biasa. Tujuh bulan menanggung derita, aku redha kau diambil-NYA. Aku tahu kau pasti bahagia bersama TUHAN di sana. Sampai masanya nanti, kita akan bertemu semula...
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Friday, July 3, 2015

Asam Pedas Sirap Bandung ~ Abd. Jalil Ali

Sebuah catatan ikhlas daripada Datuk Jalil Ali khas untuk kaum wanita. Hasil pengalamannya sejak dari bujang hingga berusia 60 tahun sekarang, bekerjasama dengan wanita di dalam dan luar negara dalam pelbagai tugas memberinya peluang untuk mencatat seribu satu perangai mereka. Ternyata, wanita Malaysia paling unik!
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM20.00 > RM17.60

Tuesday, March 24, 2015

Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki ~ Mat Rofa Ismail

Sejarah yang benar tidak semestinya sejarah yang rasmi. Sejarah yang rasmi pula tidak semestinya benar. Analisis dan kajian perlu dilakukan bagi memisahkan antara fakta yang sahih daripada catatan palsu.

Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan penulis menyelusuri lipatan sejarah hebat hubungan Kerajaan Islam Turki dan Alam Melayu, yang disembunyikan!

Hubungan Turki-Melayu bukan sahaja hubungan diplomatik tetapi hubungan iman, jihad dan persaudaraan Islam. Turki sebagai pelindung umat Islam menganggap Alam Melayu sebagai sebahagian induk wilayah Islam keseluruhannya. Sejak zaman Sultan Sulaiman Agung, bahkan lebih awal, bantuan ketenteraan telah dihantar oleh Uthmaniyyah bagi membantu umat Islam Alam Melayu menentang Portugis. Kemudian, ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, bantuan ketenteraan turut dihantar ke Alam Melayu bagi menentang Belanda dan British. Ramai tentera Uthmaniyyah yang berjuang di Tanah Melayu menentang Portugis dan Siam tidak pulang kembali ke Turki, sama ada mereka gugur syahid atau meneruskan kehidupan di sekitar wilayah Patani. Patani adalah penempatan Melayu yang terlepas ke tangan Siam akibat permainan politik British-Siam.

Membongkarkan sejarah hebat bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu, buku ini bukan hanya membuka mata terhadap penipuan sejarah perkembangan Islam oleh penjajah dan tali barut mereka. Malah memahami keagungan kita melalui sejarah ini, membantu membina jati diri dan kesedaran kepada generasi hari ini bahawa mereka adalah bangsa hebat yang pernah melakar sejarah gemilang malah diiktiraf dunia, lalu kegemilangan itu wajar diteruskan.
*****
(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Seindah Solat Rasulullah ~ Mustafar Mohd Suki

‘Seindah Solat Rasulullah’ adalah naskhah yang ringkas dan mudah dalam memahami kaedah solat Rasulullah SAW. Ia dilengkapi dengan perbincangan ringkas tentang hadith-hadith berkaitan solat oleh para ulama daripada pelbagai mazhab. Juga menghuraikan secara ringkas tentang asas seorang muslim dan ibadah-ibadah lain yang berkaitan dengan solat.
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita ~ Muhd Nasruddin Dasuki

Alangkah indahnya jika gelaran wanita muslimah itu adalah kita. Cantiknya kita kerana akhlak, moleknya kita kerana budi. Eloknya kita kerana pegangan. Tetapi sifat itu tidak hadir sendiri kecuali dengan usaha dan kemahuan. Pasti juga tidak mudah dan banyak onak yang perlu ditempuh sebelum mengecap manisnya menjadi wanita solehah.

Realitinya, Rasulullah SAW sendiri telah mengangkat martabat wanita ke darjat paling mulia sejak dahulu hingga kini. Lihatlah, bagaimana akhlak Aisyah r.a, Khadijah r.a, Fatimah r.a dan lain-lain wanita di bawah jagaan baginda. Indah bukan? Apa pula formula baginda mendidik mereka sehingga menjadi penghuni syurga abadi itu?

Rahsianya ada dalam naskhah 100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita ini. Baca dan pratikkan pesanan baginda ini yang merangkumi seluruh kehidupan kaum wanita bermula daripada peringkat anak-anak, remaja, gadis, isteri sekali gus para ibu. Pasti, ia akan merubah kita menjadi bidadari dunia yang disegani.
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Monday, January 5, 2015

Berdamai Dengan Ketentuan Ilahi ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

Buku ini berkisah tentang tentang takdir qadak dan Qadar Allah yang dikenakan ke atas manusia dan semua makhluk-NYA. Buku ini menekankan betapa kita perlu redha dan berusaha menghadapinya dengan ilmu serta amal. Ia juga mengandungi perbahasan perbandingan pendapat antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan kelompok Jabariyah dan Qadiriyah.

*****
(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Dakwah Biar Santai Tapi Sampai ~ Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat

Dakwah merupakan seruan mengajak manusia ke jalan ILAHI yang menjadi semulia-mulia tugas para rasul dan nabi. Setiap muslim adalah dai’e tanpa perlu perlantikan khas dalam meneruskan legasi dakwah demi menolong agama ALLAH SWT. Seiring dengan peredaran zaman, pelbagai medium teknologi boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti dakwah selagi ia menepati piawaian syarak.

Dakwah Biar Santai Tapi Sampai membawa mesej betapa seruan itu sangat mementingkan matlamat amar ma’ruf nahi mungkar agar tercapai. Namun, turut menitikberatkan kaedah yang efektif mengikut kesesuaian mad’uw (sasaran). Biarlah dakwah kita santai metodologinya, tetapi mesti sampai objektifnya!

Antara kandungan menarik:
Dai’e Selebriti
Etika Bicara Dai’e
Kualiti Dai’e Terunggul
Ibu-Guru vs Anak-Murid
Pendidikan Ala Rasulullah
e-Learning: Dakwah Online
Dakwah Dalam Persahabatan
Didik Anak Cara Imam Ghazali

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Israfil Alaihissalam & Peristiwa Kiamat ~ Mansur Abdul Hakim

Buku ini akan merungkaikan asal-usul Malaikat Israfil dan persoalan penting berkenaan dengan Hari Kiamat. Antaranya ialah siapa yang ditugaskan untuk menghancurkan bumi ini? Konsep kematian, kehancuran bumi, syafaat Nabi SAW, syurga dan neraka dan lain-lain.

*****
(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Tuesday, November 25, 2014

Cuit-cuit Ustaz Kay's ~ Haji Kamil Sidek

Cuit-Cuit Ustaz Kau's ini menggunakan pendekatan dakwah yang lebih santai walaupun agak ilmiah sebenarnya. CCUK ini lebih kepada himpunan dan catatan pendakwah atau travelog yang menjadi trend masa kini. Fresh, ringan dan tidak memeningkan, tulus dan tidak memaksakan. Justeru, dalam pemilihan tajuk-tajuk CCUK, dibuat dengan berhati-hati, isu yang dekat dengan mad'u (golongan sasaran dakwah), malar segar, catchy, trendy dan terkini, selain cadangan yang datang dari rakan-rakan pembaca.

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...