Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, March 22, 2016

Halal & Haram Dalam Islam ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.

Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini:
Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas.

Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini.

Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah:
Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin.
Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak.
Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi dan lain-lain...
*****
(SEM & S/S) RM100 > RM88

Tolong! Saya Hanya Ada 60 Minit ~ Chef Azian

Dalam masa 60 minit, apa yang mampu disiapkan? Kopek bawang, basuh ayam, potong sayur, masak nasi, potong cili... eh banyaknya. Tetapi saya hanya ada 60 minit sahaja untuk siapkan makanan untuk keluarga saya.

Inilah buku yang dapat membantu penyediaan hidangan kita di dapur. Bukan hanya lauk, buku ini juga mengajar kita menyediakan pencuci mulut dalam masa 60 minit. Sukar hendak percaya? Ya, percayalah.

Mengapa perlu memiliki buku ini? Buku ini memberi idea penyediaan hidangan untuk 20 hari. 5 hari bekerja untuk sebulan. Baki lagi 2 hari? Hari Sabtu dan Ahad kita makan di kedailah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Minggu Pertama
Hari 1
- Udang Masak Lada Hitam
- Tom Kha Ghai
- Mango Sago

Hari 2
- Gerang Asam
- Kacang Panjang Kerinting Tumis Belacan
- Nachos Pisang Karamel dan Ais Krim

Hari 3
- Ayam Rangup Bermadu
- Sup Telur
- Melon Bersama Madu dan Yogurt

Hari 4
- Nasi Seafood Berkuah
- Puding Roti Bersos
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Genghis Khan: Penakluk Dunia ~ Al Ghazali

Kisah hidup Temujin, yang akhirnya digelar Genghis Khan. Pahlawan Mongol yang berjaya menyatukan kaum-kaum Mongol, dan seterusnya menjadi pemilik empayar yang terbesar di dunia.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Thursday, March 10, 2016

Khasiat Za'faran Dalam Perubatan Islam ~ Dr. Raden Supardi Raden Budiyono

Pepatah mengatakan,“kita adalah apa yang kita makan.” Oleh sebab itu Allah memerintahkan kepada umat manusia supaya memilih dan menikmati makanan yang halal dan thayyib serta tidak berlebihan dalam pengambilannya sehingga membawa kepada pembaziran. 

Risalah ini hadir untuk mengupas khasiat za‘faran secara terperinci berdasarkan tiga prinsip dalam perubatan iaitu penjagaan kesihatan, pencegahan dan detoksifikasi.
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Kaedah Asy Syafi'i: Cara Praktis Ilmu Tajwid ~ Abu Ya'la Kurnaedi, Nizar Sa'ad Jabal

Membaca al-Quran merupakan satu tugas dan kemuliaan kepada kita sebagai seorang Muslim. Sejak kecil kita diajar sedikit demi sedikit cara membaca al-Quran bermula daripada muqaddam terlebih dahulu. Dari situ kita mula mengenal huruf, mengenal baris, mengenal perkataan dan kalimah- kalimah pendek. Sehinggalah kita mampu membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik. 

Pengalaman ini lebih manis lagi jika memori itu diterjemahkan kembali dengan watak kita sebagai pelajar dan guru mengaji kita sebagai mentornya. Buku tajwid ini mengetengahkan kaedah praktis membaca al- Quran. Disusun secara ringkas dan mudah agar dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mempelajari al-Quran.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Monday, March 7, 2016

Sejarah Umat Islam ~ HAMKA

Sejarah Umat Islam - Edisi 2016 adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam.

Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia, dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya. Antaranya adalah:

- TAMADDUN ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
DUNIA SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
- PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
- KHALlFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN) [200]
- KERAJAAN BANI UMAIYAH (UMAWIYAH)
- KERAJAAN BANI ABBAS
- KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIA
- KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI AFRlKA
- KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIMESIR, SYAM, DAN SEMENANJUNG ARAB
- PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI IRAN (PARSI), KERAJAAN MONGOL ISLAM, DAN DAULAT SAFAWIYAH
- PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI INDIA DAN AFGHANISTAN
- KERAJAAN TURKI UTHMANIAH
- PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA (ACEH, RIAU, SAMUDRA-PASAI, JAWA, MELAKA, DAN JOHOR)

"..Anda akan lihat perjuangan yang tidak habis-habisnya dan anda akan dapat mengambil kesimpulan,"Telah banyak cubaan menimpa Islam. Kerapkali dia jatuh! Tetapi dia bangun kembali, dan tegak lagi, dan berjalan lagi! Islam tidak akan mati!" - HAMKA

Rebel Dengan Tuhan ~ Muhd Iqbal Samsudin

KAU INGAT ALLAH TU MACAM MANUSIA?

BILA KAU REBEL, AKAN DAPAT PERHATIAN?

BILA KAU BUAT KECOH,

AKAN DAPAT APA

YANG KAU INGINKAN?

Apabila kita peroleh kejayaan, kita sangka kejayaan itu daripada hasil usaha kita. Kita begitu bangga atas kejayaan kita. Namun apabila Tuhan tarik kejayaan itu, kita marah kepada Tuhan. Begitulah manusia. Dia hanya ingat dirinya sahaja, dan begitu senang melupakan Si Pemberi Nikmat.

REBEL DENGAN TUHAN bunyinya agak canggung. Contohnya, jika dahulu dirinya selalu solat berjemaah, kini dia tidak lagi mahu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Dia rebel dengan Tuhan. Dia seolah-olah ingin menunjukkan rajuknya kepada Tuhan. Dia benar-benar tenggelam dalam kefahaman dan keyakinan akidah yang tidak kena.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Himpunan Doa Allahumma ~ Mohd Hariri

Himpunan doa 'Allahumma' yang bermaksud "Ya Allah", merupakan doa yang mudah dihafal dan diingati. Sesungguhnya Allah SWT amat merindukan rintihan hamba-Nya. Islam meletakkan doa sebagai jalan penghubung antara hamba dan Pencipta, setelah manusia berusaha menyelesaikan sesuatu urusan, malah doa adalah senjata bagi umat Islam. 
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Thursday, March 3, 2016

Jentik Sikit! ~ Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar

Dalam Menjentik, Ada Mendidik

Buku ini menampilkan cerita dan seloka. Ia disampaikan berdasarkan rekaan juga realiti. Terdapat pelbagai jenis penceritaana seperti cerita sejarah, lucu, sedih, cinta dan sebagainya. Apa yang penting, ada mesej yang hendak disampaikan. Antara mesejnya adalah untuk menghibur, memberi peringatan, menyampaikan pengajaran, menarik simpati, memberi dorongan, menyegarkan minda, mengimbas kenangan, menenangkan fikiran dan menimbulkan kesedaran. 

Kebanyakan cerita dan seloka dalam buku ini, diolah dengan tujuan untuk menyampaikan mesej keagamaan kepada khalayak pembaca. Tema yang saya pilih dalam cerita-cerita yang disampaikan ialah feqah dan akhlak. Idea mengolah cerita adalah hasil penglibatan secara langsung dalam masyarakat.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...