Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, June 26, 2015

Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight ~ Adam Corrie

"Saya masih baru dalam Islam, setiap orang ada khilaf masing-masing dalam bab kehidupan dan agama. Kalau saya silap tegurlah saya dengan cara yang berhikmah." Adam Corrie

Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight
*****
(SEM) RM20.00 > RM17.60
(S/S) RM23.00 > RM20.20

Thursday, June 25, 2015

Fatwa-fatwa Berkaitan Fiqh Semasa di Malaysia ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Dr.Engku Ahmad Tajuddin bin Engku Alwi (Ph.D Syariah), Ustaz Zulkifli Bin Mohd (MA Syariah), Ustaz Ahmad Faizol bin Ismail (MA Syariah)

DALAM zaman yang serba moden ini, banyak masalah-masalah yang perlu di ijtihadkan hukum yang sesuai baginya sejurus dengan peredaran zaman yang begitu pantas. Masalah-masalah ini mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini dan tiada hukum yang khusus baginya. Di samping itu, tiada dalil-dalil yang khusus ditujukan kepada masalah tersebut. Oleh itu, para alim ulama, mufti-mufti dan para fuqaha' perlu mengeluarkan fatwa berkaitan dengan fiqh semasa. Namun, mengeluarkan fatwa ini bukanlah perkara yang mudah dan memikul amanah yang besar sebagaimana sabda baginda SAW, yang bermaksud: "Sesiapa yang diminta mengeluarkan fatwa tidak berdasarkan ilmu, dosa akibat fatwa tersebut ditanggung oleh orang yang mengeluarkan .fatwa itu sendiri."

Dalam ayat di atas, Allah SWT meletakkan perbuatan memperkatakan tentang agama Allah SWT tanpa berdasarkan ilmu sebaris dengan melakukan syirik kepada Allah SWT dan ia sekaligus menunjukkan bahawa mengeluarkan fatwa sama sekali tidak wajar dilakukan melainkan oleh ahli-ahlinya sahaja. Pengeluaran fatwa yang bukan daripada ahlinya mengundang dosa yang besar di sisi Allah SWT. Apalagi tidak semua orang yang belajar agama dan mampu menyampaikan ceramah kepada umum, boleh mengeluarkan fatwa, sebaliknya mereka yang memahami bidang fatwa dan semua selok-beloknya sahaja yang layak berbuat demikian.

Buku ini diketengahkan oleh penulis dengan hasrat untuk memudahkan kefahaman umat Islam tentang selok-belok dan isu-isu fatwa yang telah pun dijawab oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang melibatkan pelbagai isu serta bagi memudahkan perjalanan kehidupan seharian mereka. la melibatkan keseluruhan persoalan daripada isu akidah sehingga kepada fiqh makanan. Semoga dengan mengkaji dengan lebih mendalam dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, atas perbuatan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
*****
(SEM) RM40.00 > RM35.20
(S/S) RM43.00 > RM37.80

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 9: Perbahasan Kitab Al-Umm ~ Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid kesembilan buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan hukum-hukum fiqah berkaitan hukum-hukum serta persoalan-persoalan berkaitan mahar, nikah syighar dan bab nafkah. Bab-bab ini merupakan bab yang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci kerana ia merupakan bab-bab yang sangat berkait dengan proses kehidupan kita dalam seharian. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.
*****
(SEM) RM65.00 > RM57.20
(S/S) RM68.00 > RM59.80

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 8: Perbahasan Kitab Al-Umm ~ Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid kelapan buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan hukum-hukum fiqah berkaitan hukum-hukum serta persoalan-persoalan berkaitan jizyah (cukai), memerangi pemberontak dan murtad, perlumbaan dan pertandingan, hukum memerangi kafir harbi, hukum berkaitan pernikahan seperti pernikahan kanak-kanak, orang gila, orang musyrik, ahli zimmah dan orang murtad. Bab-bab ini merupakan bab yang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci kerana ia merupakan bab-bab yang sangat berkait dengan proses kehidupan kita dalam seharian. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.
*****
(SEM) RM65.00 > RM57.20
(S/S) RM68.00 > RM59.80

Menghayati Erti Zuhud: Dan Kehidupan Tokoh-tokoh Zuhud Generasi Awal ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Ustaz Aiman sufyan bin Haji Aezman al-Urduni

ZUHUD bermaksud tidak mementingkan hal-hal yang bersifat keduniaan dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Zuhud termasuk salah satu ajaran agama Islam yang sangat penting dalam rangka mengendalikan diri daripada pengaruh negatif kehidupan dunia.

Firman Allah SWT: "Dan tidakkah (dinamakan) kehidupan dunia, melainkan dari bermain-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?"
(Surah Al-An'am 6:32)

Zuhud dapat memberikan pemahaman sepenuhnya bahawa dunia adalah perkara yang tidak ada maknanya dan akan cepat bosan jika dibandingkan dengan yang ada di sisi Allah SWT. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kehidupan di dunia sifatnya hanya sementara, sehingga dalam kehidupan sehari-hari seseorang akan menganggap ganaah (cukup) terhadap rezeki dan ketentuan Allah SWT. Zuhud melahirkan sikap warak (menjaga diri agar tidak terjatuh kepada yang syubhat), tawakal, sabar dan syukur.

Ramai tokoh-tokoh besar yang mempunyai sifat zuhud kepada Allah SWT. Sebagai contoh Abu Sakar As-Siddiq r.a, seorang yang kaya namun sedikit pun tidak menghalang dirinya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sifat zuhud ini penting kerana dapat membuat manusia memikirkan dan merenungi akhirat. Zuhud juga dapat mengalahkan hawa nafsu manusia. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kenikmatan duniawi tidak boleh memalingkan hati dan zikir kepada Allah SWT.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sifat zuhud yang terdapat pada tokoh-tokoh yang terdiri daripada sahabat-sahabat nabi serta kelebihan dan keburukan sifat zuhud, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan bersifat zuhud terhadap Allah SWT dan manusia.
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Sesat? ~ Syeikh Abd. Rahman Dimasyqiyyah

SEORANG ulama yang bertaraf mujaddid (pembaharu) ialah Syeikhul Islam Taqiyyuddin Abul 'Abbas Ibnu Taimiyyah Al-Harrani Ad-Dimasyqi Al-Hambali. Syeikhul Islam lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga mulia yang diberkati, yang sarat dengan ilmu dan keutamaan.Seiring dengan kemasyhuran beliau dalam ilmu dan fiqh, Allah SWT, menganugerahkan pula kepada beliau pelbagai sifat terpuji, sehingga beliau dikenali bahkan disaksikan oleh manusia tentang keadaan ini.

Ketika mana beliau sukar untuk memahami sesuatu ayat, beliau terus sujud dan memohon pertolongan dari Allah SWT. Beliau seorang yang sangat tunduk dan tawaduk mentaati perintah Allah SWT, dan sering merendahkan dirinya di hadapan Allah SWT.

Beliau adalah seorang tokoh ulama yang telah muncul pada abad ke-13 dan ke-14. Beliau merupakan seorang pakar dalam perincian fiqh, ijma' dan ikhtilaf dengan pelbagai hujahnya sehingga orang ramai rasa takjub ketika beliau menyebut tentang masalah-masalah khilaf.

Namun, segelintir masyarakat berasa dengki dan tidak puas hati dengan beliau lalu membuat tuduhan terhadap beliau. Mereka mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah telah menjisimkan Allah SWT. Pelbagai ujian yang beliau tempuhi sehingga digelar seorang yang sesat. Oleh itu bagi mengetahui dengan lebih dekat siapa dia Ibnu Taimiyyah, mari kita baca dengan fikiran yang lebih terbuka. Semoga kita terhindar daripada segala fitnah terhadap pewaris para nabi.
*****
(SEM) RM22.00 > RM19.40
(S/S) RM24.00 > RM21.10

Nawaitu Sauma Ghadin ~Ustaz Muhadir Haji Joll

Menjawab 142 Kemusykilan berkenaan puasa, antaranya:
1. Keadaan yang tidak membatalkan puasa.
2. Berniat pada setiap malam atau berniat puasa sebulan?
3. Mengorek hidung atau telinga ketika berpuasa.
4. Puasa orang yang sakit buasir.
5. Ganti fidyah puasa dengan duit.
6. Berpuasa tetapi melakukan maksiat.
7. Menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat.

Disertakan BONUS amalan sebelum dan semasa menyambut puasa yang diijazahkan oleh Penulis.
*****
(SEM) RM17.00 > RM15.00 
(S/S) RM19.00 > RM16.70

Monday, June 22, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 2: Siri 2 (Ibadah, Wanita & Keluarga) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."

Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan ibadah, wanita, dan keluarga.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Dua, Siri Dua ini adalah:
  • Adakah Islam membenarkan isu politik dibicarakan di dalam masjid? 
  • Apakah hukum penggunaan wang zakat bagi mendirikan masjid? 
  • Apakah hukum membelanjakan wang derma untuk urusan pentadbiran? 
  • Adakah petroleum perlu dizakatkan? 
  • Apakah hukum lelaki berjabat tangan dengan wanita? 
  • Apakah pemakaian purdah itu wajib? 
  • Adakah cucu-cucu berhak mendapat harta peninggalan datuknya? 
  • Perbincangan fatwa tentang pengharaman hak berpolitik untuk golongan wanita
*****
(SEM) RM31.00 > RM27.30
(S/S) RM34.00 > RM29.90

Fatwa Kontemporari Jilid 2: Siri 1 (Al-Quran, Hadith & Akidah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden , khususnya berkaitan Al-Quran, hadith, dan akidah.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 1 adalah:
  • Temapat berhenti dalam Al-Quran yang merosakkan makna. 
  • Benarkah terdapat hadith palsu dalam buku hadith Shahih Al-Bukhari? 
  • Benarkah terdapat hadith yang mengatakan, “Kebanyakan penghuni syurga adalah orang-orang yang bodoh”? 
  • Apakah kita boleh mengamalkan pandangan selain daripada pandangan empat mazhab? 
  • Benarkah dakwaan yang menyatakan bahawa hari kiamat akan berlaku pada 2280 Masihi bersamaan 1710 Hijrah? 
  • Membaharui usul fiqh: Antara pandangan yang menyokong dan yang menolak. 
  • Hukum mempercayai ramalan horoskop.
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Suami Gay Isteri Mak Nyah: Nafsu Songsang Terlaknat ~ Mohd Khairul Anwar Ismail

Buku ini mengisahkan tentang LGBT, iaitu kumpulan hak asasi manusia yang memperjuangkan kebebasan gender dan seksualiti dan membongkar agenda-agenda mereka, bahaya dan implikasi tuntutan mereka, dan cara penyelesaian konflik menurut perspektif Islam dan perundangan.
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM20.00 > RM17.60

Friday, June 19, 2015

Ramadan Terbaik!: Pecutan Ibadah Maksimum ~ N. Hasanah

Buku ini wajar dimiliki kerana :
*Menjelaskan keutamaan dan prioriti ibadah pada bulan Ramadan,yang mana lebih patut diutamakan pada masa yang sama tidak mengabaikan tugas dan keperluan harian.
*Menerangkan serba sedikit saranan supaya ibadah pada bulan Ramadan didasari dengan keilmuan dan penghayataan bukan semata-mata sebagai budaya dan adat.
*Menekankan muhasabah ibadah pada bulan Ramadan.Semoga amalan soleh kita dijauhi daripada perkara yang menjejaskan kemurniannya dan mudah-mudahan diterima di sisiNya.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Ketuk Hati: Sentapnya tuh di sini! ~ Nurul Farhana Zakaria

Sentapnya tuh di sini...

"Hidup cuma sekali, jadi kita enjoy!"

Alangkah lucunya manusia, tahu pula hidup hanya sekali, tetapi masih diisi dengan perkara yang sia-sia. Berbaloikah enjoy di dunia, tetapi sengsara di alam abadi? Berbaloikah kaya di dunia, tetapi papa kedana memohon mengemis di akhirat nanti?

Kawan, masih muda tidak bermakna akan hidup lama, masih muda tidak bermakna kematian masih malu-malu mahu menjemput.

Justeru,28 coretan dalam buku ini mampu mengetuk pintu hatimu untuk berjalan di lorong yang Dia redhai di sepanjang hidupmu.
*****
(SEM) RM21.00 > RM18.50
(S/S) RM24.00 > RM21.10

Kalau... Aku Kaya ~ Aldzham Kamil

Topik Menarik dalam buku ini:
Langkah praktikal mengejar kebebasan kewangan
Langkah berkesan meminta hutang
Strategi kewangan Nabi Yusuf AS
Ciri-ciri Mukmin yang kaya
Kaya harta VS Kaya akhlak
Bekerja Kerana Bosvs Bekerja Kerana Allah swt
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM21.00 > RM18.50

Perang-Perang 4 Khalifah ~ Zul Aimran Omar

Siri peperangan yang berlaku di zaman Khulafa ar-Rassyidin. Iaitu Sayidina Abu Bakar RA. Sayidina Umar RA. Sayidina Utsman RA dan Sayidina Ali RA.

Antara Menarik:
Mengapa kaki pihak tentera musuh dirantai semasa mereka berperang dengan tentera Islam? m.s 65
Mengapa tentera berkuda Islam diarahkan bersembunyi di belakang lereng bukit? m.s 71
Mengapa Khalid alWalid RA membernarkan tentera musuh menyeberangi sungai terlebih dahulu? m.s 107
Apa helah tentera Islam menghias unta-unta yang dibawa berperang? m.s 166
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Nikah Mut'ah ~ Fitriah Wardi

Fatullah Al-Kasyani mendakwa Rasulullah s.a.w. menyatakan,

“Sesiapa yang melakukan satu kali nikah mut'ah, maka darjatnya sama dengan darjat Husain.
Sesiapa yang melakukan nikah mut'ah sebanyak dua kali, maka darjatnya sama dengan darjat Hasan.
Sesiapa yang melakukan nikah mut'ah sebanyak tiga kali, maka darjatnya sama dengan darjat Ali bin Talib.
Sesiapa yang melakukan nikah mut'ah sebanyak empat kali, maka darjatnya sama denganku (Nabi Muhammad s.a.w.).”

Benarkah begitu?
*****
(SEM) RM12.00 > RM10.60
(S/S) RM14.00 > RM12.30

Tazkirah Senafas ~ Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Halim Hafidz

Himpunan tazkirah ringkas dan santai daripada Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Halim Hafidz.

Lafaz-lafaz tazkirah yang mudah dilafaz, mudah diingat, dan mudah diamalkan tanpa batasan waktu.
*****
(SEM) RM15.00 > RM13.20
(S/S) RM17.00 > RM15.00

Monday, June 15, 2015

Kenduri Kahwin Gaya Nabi ~ Emran Ahmad

Bagaimana mengikut Nabi? Adakah dengan menghidangkan kambing, kita sudah benar-benar mengikut Nabi? Ataupun apabila kita makan kurma dan memanggil saudara-mara?
Buku ini ada jawapannya.
*****
(SEM) RM16.00 > RM14.00
(S/S) RM17.00 > RM15.00

Dracula: Bermulanya Sebuah Lagenda ~ Al-Ghazali

Novel ini mengisahkan hidup Vlad III Dracula, pemerintah Wallachia sejak dari kecil sampai beliau dewasa.

Kisah bagaimana dia menjadi tahanan politik di istana Empayar Turki, dan kemudiannya dengan dendam membara, dia menjadi seorang yang kejam, terutamanya kepada orang Turki.

Dia hauskan darah, dan kekejaman itu menjadikan inspirasi kepada kisah-kisah budaya popular Dracula.
*****
(SEM) RM23.00 > RM20.20
(S/S) RM26.00 > RM22.90

Di Bawah Lindungan Ka'bah ~ HAMKA

Inilah sebuah kisah cinta yang tidak terucap oleh lidah. Masing-masing menyimpan dalam hati kerana takut pada halangan darjat. Pada akhirnya, apa yang dipendam menjadi bisa dan akhirnya, hanya di bawah lindungan Ka'bah, bisa cinta itu berakhir.
*****
(SEM) RM12.00 > RM10.60
(S/S) RM13.00 > RM11.40

Friday, June 12, 2015

Anak Zina: Menurut Hukum Syarak & Undang-undang Sivil ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Ustazah Mashitoh Binti Mohamed Hashim

ANAK zina adalah anak yang lahir dari hubungan ibu bapa tanpa ikatan pernikahan yang sah dan segi syariat Islam. Anak tersebut bukan anak haram, bukan najis dan kotor, bahkan sebenamya anak itu adalah sempuma dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa. Finnan Allah SWT, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (Surah at-Tin 95:4)

Janganlah kita menghina anak tersebut dan meminggirkannya sehingga dirinya merasa hina disebabkan kesalahan ibu bapanya. Berdosa besar bagi orang yang menaburkan fitnah dan mengaibkan orang di atas segala dosa yang telah dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dosa ibu bapanya yang lalu biarlah mereka dengan Allah SWT, kita sebagai umat Islam berdoa kepada Allah SWT, mudah-mudahan Allah SWT, mengampunkan segala dosa keterlanjuran mereka dahulu. Sesungguhnya Allah SWT, menerima ampun bagi sesiapa yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan status anak zina, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih menyayangi anakanak yang tidak berdosa ini.
*****
(SEM) RM9.00 > RM7.90
(S/S) RM10.00 > RM8.80

Cara Pantas Mengatasi Orang Yang Sukar Diurus ~ Herman Susanto

Interaksi dan komunikasi yang balk dan berkesan sesama insan sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Tidak dapat tidak, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan corak sikap dan personaliti orang di sekeliling kita.

Kita mungkin akan berjumpa dengan orang yang keras kepala, sukar menerima pendapat orang lain, mudah berputus asa, suka membantah cakap orang lain atau terlalu sensitif. Pastinya, orang-orang yang mempunyai sikap sebegini akan mengganggu sedikit sebanyak proses perjalanan kehidupan kita dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Anda tidak perlu gusar dan runsing dalam berhadapan dengan orang-orang seperti ini kerana semuanya boleh diselesaikan apabila anda ada persamaan berkaitan dengan sistem nilai, persepsi, sikap dan cara mereka berfikir. Buku ini tampil mengupas dengan terperinci peribadi-peribadi manusia yang sukar diurus serta teknik-teknik pantas untuk menangani dan berhadapan dengan mereka.
*****
(SEM) RM12.00 > RM10.60
(S/S) RM13.00 > RM11.40

Amalan Ringan Dengan Fadilat Hebat ~ Syaiful Bahri S.I.

Amalan-amalan ringan yang disusun di dalam buku ini termasuk solat fardu, solat-solat sunat, bacaan ayat-ayat Al-Quran, Asmaul Husna, bersedekah, berbuat ihsan serta menjalinkan hubungarL silaturrahim yang sememangnya mengandungi fadilat hebat yang tersendiri.

Sembahyang fardu 5 waktu merupakan salah satu dari rukun Islam yang dituntut bagi semua Muslimin dan Muslimat. Jika seorang Muslim meninggalkan amalan wajib ini, maka robohlah salah satu tiang rukun Islam daripadanya. Manakala solat sunat pula sangat baik diamalkan serta amat dituntut sebagai ibadah tambahan yang boleh menampung kekurangan yang ada pada solat fardu kita. Solat¬solat sunat yang disusun di dalam buku ini adalah antara solat-solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya sepanjang hayat mereka bahkan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya mengamalkan solat-solat sunat tersebut. 'Hukum serta fadilat solat fardu serta solat-solat sunat dikupas dengan penerangan yang jelas dan terperinci oleh penulis untuk manfaat pembaca.

Tidak kurang juga dengan bacaan selawat, Asmaul Husna, surah¬surah Al-Quran, berbuat ihsan serta bersedekah yang disusun kemas di dalam buku ini juga mempunyai kehebatan dan fadilat hebat yang tersendiri. Umum mengetahui, amalan-amalan yang disebutkan di atas mempunyai keistimewaan, fadilat serta dapat memberi ganjaran kepada pengamal atau pelakunya. Namun, keistimewaan dan ganjaran yang bagaimana?
*****
(SEM) RM15.00 > RM13.20
(S/S) RM16.00 > RM14.00

Saturday, June 6, 2015

Agungnya Kerajaan Allah ~ Dr. Hj. Zahazan Mohamed

Buku “AGUNGNYA KERAJAAN ALLAH ” ini merupakan tafsir surah al-Mulk yang ditulis oleh seorang tokoh tafsir tanah air yang tidak asing lagi, iaitu Dr. Zahazan Mohamed.

Buku ini berusaha memudahkan interaksi antara pembaca dengan al-Quran dalam memahami makna yang terkandung dalam surah yang sangat agung ini. Kombinasi antara kaedah al-Tafsir bi al-Ma’thur dan al- Tafsir bi al-Ra’yi al-Mahmud, serta berpandukan rujukan daripada ulama tafsir daripada kalangan salaf dan khalaf, pastinya akan membawa minda pembaca merasai kedekatan Allah dan menginsafi keagungan kerajaan-Nya.

“Buku yang ditulis oleh tokoh besar ini sangat penting dimiliki oleh semua pencinta al-Quran kerana tulisannya adalah hasil daripada gabungan ilmu dan pengalaman tokoh besar ini.” “Buku tafsir ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk menghayati kekuasaan Allah dengan pendekatan yang mudah dan berkesan.”

“Setelah saya membacanya, saya mendapati buku tafsir tulisan sahabat saya ini sangat sesuai untuk dimiliki oleh masyarakat awam bagi mendalami sedikit demi sedikit ilmu tafsir. Pembelian buku tafsir ini merupakan satu pelaburan akhirat yang sangat menguntungkan. Semoga usaha murni sahabat saya ini dapat diteruskan sehingga terhasilnya sebuah tafsiran al-Quran 30 juzuk versi Dr. Zahazan Mohamed sepertimana yang telah ditinggalkan oleh Pak Hamka. Wallahua’lam.”
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Tuesday, June 2, 2015

Kisah-kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula oleh Para Penceramah ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

ZAMAN ini kita dapat lihat di masjid-masjid dan di surau-surau dipenuhi dengan kelas pengajian agama. Alhamdulillah, satu perubahan terhadap sikap masyarakat kita terhadap kesedaran menuntut ilmu itu. Ceramah agama juga merupakan sebahagian daripada peringatan kepada umat Islam. Firman Allah SWT: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

Ramai penceramah yang hebat-hebat telah mewarnai masjid-masjid dengan ceramah yang berbagai bentuk. Salah satu daripada cara menyampaikan ceramah yang berkesan dan mendalam terhadap masyarakat ialah dengan cara mengemukakan kisah baik daripada al¬Quran, as-Sunnah, kisah para nabi, kisah para ulama dan kisah daripada apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat seharian. Kerana itu amat jarang penceramah agama yang tidak mengemukakan kisah-kisah berikut. Bahkan al-Quran sendiri juga menggunakan uslub pengkisahan dalam menarik manusia untuk menerima akidah yang benar dalam kehidupan mereka.

Tafsir Ayat-ayat Hukum: Jilid 2 ~ Muhammad Ali Al-Sabuni

Di antara cara dalam memelihara dan memudahkan pengajaran Al-Quran adalah usaha para ulama, sama ada yang klasik mahupun moden, dalam mentafsirkan Al-Quran dan menjelaskan makna-maknanya yang samar, menerangkan ayat-ayatnya yang muhkam dam mutasyabihat, menyingkapkan rahsia-rahsianya, mendedahkan keajaiban-keajaibannya dan menyimpulkan ayat-ayat hukumnya untuk mengetahui yang halal dan yang haram, memerhatikan perintah dan larangannya serta merangkumkan pelbagai hikmah pensyariatan hukum yang ada di dalamnya.

Ini adalah kitab tafsir Al-Quran yang khusus membahas ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum; yang kami beri judul dengan TAFSIR AYAT-AYAT HUKUM DALAM AL-QUR'AN AL-KARIM. Diterjemahkan daripada kitab Rawa'i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min Al-Quran, yang disusun oleh Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni, salah seorang pensyarah di jurusan Syariah dan Dirasat Islamiyah di Mekah.
*****
(SEM) RM70.00 > RM61.60
(S/S) RM73.00 > RM64.20

Tarikat Sufi: Antara Yang Berjuang Dengan Menjadi Dalang ~ Muhammad bin Abdullah Al-Maqdi

DALAM perjuangan untuk menyebarkan agama Islam, berdakwah dalam kalangan masyarakat dan berjuang bemati-matian untuk mempertahan dan memerdekakan negara Islam yang dijajah oleh pihak musuh, melibatkan berbagai-bagai golongan dalam kalangan umat Islam. Di antaranya ialah golongan ahli-ahli sufi, yang terlibat dengan berbagai-bagai tarikat. Ahli-ahli sufi yang terlibat dalam gerakan al-Sanusiyyah di Libya berjuang dengan gigih menentang penjajahan 'tali ke atas negara tersebut dalam tempoh belasan tahun.

Namun terdapat juga golongan ahli-ahli sufi yang melibatkan tarikat-tarikat tertentu seperti Tarikat Al-Tijaniyah di Afrika Utara terutama sekali di Maghribi yang telah menconteng arang di muka umat Islam, kerana bekerjasama dengan pihak penjajah Perancis bagi mengekang perjuangan untuk memerdekakan negara tersebut daripada penjajah, malah yang menyedihkan sanggup membekalkan anggota tentera kepada pasukan penjajah tersebut demi melihat keberterusan penjajahan kuasa tersebut ke atas Afrika Utara.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarikat sufi, di antara yang benar-benar berjuang untuk kepentingan Islam dengan yang menjadi dalang kepada musuh bagi memerangi umat Islam, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih mengetahui dan membezakan golongan sufi yang benar dan yang salah.
*****
(SEM) RM11.00 > RM9.70
(S/S) RM12.00 > RM10.60

Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Perbahasan Kitab Al-Umm Jilid 7 ~ Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm(Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid ketujuh buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan hukum-hukum fiqah berkaitan hukum-hukum serta persoalan-persoalan berkaitan muflis, syuf’ah, ihya’ul mawat, wakaf, luqatah, faraid, wasiat serta fai’ dan ghanimah. Bab-bab ini merupakan bab yang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci kerana ia merupakan bab-bab yang sangat berkait dengan proses kehidupan kita dalam seharian.Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.
*****
(SEM) RM70.00 > RM66.00

Tafsir Ayat-ayat Hukum: Jilid 1 ~ Muhammad Ali Al-Sabuni

Syeikh Muhammad All Al-Sabuni telah diisytiharkan sebagai Tokoh Muslim Dunia 2007 dan nama besar beliau begitu terkenal pada masa kini. Beliau merupakan seorang ulama dan ahli tafsir yang terkenal dengan keluasan dan kedalaman ilmu serta sifat waraknya. Nama penuh beliau adalah Muhammad All Ibn Ali Ibn Jamil Al-Sabuni. Beliau dilahirkan di Madinah Munawwarah pada tahun 1347 H/1928 M dan merupakan lepasan Al-Thanawiyah Al-Syari'ah. Syeikh Al-Sabuni dibesarkan di tengah-tengah keluarga yang terpelajar. Bapanya, Syeikh Jamil, merupakan salah seorang ulama senior di Aleppo, Syria. Beliau memperoleh pendidikan dasar dan formal mengenai bahasa Arab, ilmu waris, dan ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan langsung ayahandanya. Sejak usia kanak-kanak, beliau sudah memperlihatkan bakat dan kecerdasan dalam menyerap berbagai ilmu agama. Di usianya yang masih belia, Syeikh Al-Sabuni sudah menghafal Al-Quran. Maka tidak hairanlah apabila kemampuannya ini menjadikan ramai ulama di tempatnya belajar sangat menyukai keperibadian beliau.

Kitab Tafsir Ayat-Ayat Hukum (Tafsir Ayat al-Ahkam) yang dikarang oleh Al-Imam Muhammad All Al-Sabuni ini merupakan sebuah kitab tafsir Al-Quran berkaitan dengan Ayat-Ayat Hukum yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim yang bermula dengan Surah Al-Fatihah sebagai pembuka bicara kitab tafsir ini.

Siapakah Sebenarnya Muhammad Bin Abd Wahhab & Apakah Perjuangan Beliau? ~ Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili

SYEIKH Muhammad bin Abd Wahhab merupakan seorang ulama yang berjaya melakukan islah di Semenanjung Tanah Arab dalam bentuk membanteras segala kepercayaan syirik dan amalan yang tidak berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Beliau juga berjaya membuat perjanjian dengan pemerintah Dar' iyyah untuk menjaga sunnah Rasulullah SAW. Agak jarang ulama yang berjaya bekerjasama dengan seorang pemerintah pada zaman moden ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang berteraskan kepada al-Quran dan juga as-Sunnah.

Malah ada yang terkeliru sehingga ada yang menyamakan mereka dengan golongan Khawarij yang telah difatwakan oleh ulama pada masa itu sebagai sesat. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan Wahabiyyah. Ketakutan kepada golongan Wahabi ini kadang-kadang telah mendorong sesetengah ustaz dan golongan agama di negara kita melabelkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka dalam beberapa isu agama sebagai Wahabi.

Bagi mengenali dengan lebih mendalam siapakah sebenarnya Muhammad bin Abd Wahhab dan menyelami perjuangannya, buku ini tampil memberikan pendedahan secara terperinci dan mudah untuk difahami. Seinoga dengan mengkaji dengan mendalam, kita akan terhindar daripada fitnah dan tohmahan terhadap ulama' yang merupakan pewaris para Nabi.
*****
(SEM & S/S) RM9.00 > RM7.90

Pembersihan Jiwa: Antara Ahli Sunnah Dengan Ahli-ahli Sufi ~ Syeikh Ahmad Farid

IMPIAN setiap manusia adalah inginkan hati yang bersih daripada segala kekotoran. Ini adalah kerana. hati adalah merupakan ibu kepada segala amalan yang kita lakukan. Jika putih hati kita maka mudahlah kita untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Malangnya, jika hati seseorang itu gelap, maka segala kebaikan yang hadir kepadanya semuanya terhijab.

Pelbagai cara dapat kita lakukan bagi memperoleh diri yang bersih seperti banyak melakukan ibadat kepada Allah SWT, seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. la dikuatkan lagi dengan firman Allah SWT: "Apakah kaput tidak memerhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Allah SWT,sebenarnya membersihkan siapa yang dikehendakiNva dan mereka tidak dianiaya sedikitpun."

Namun, terdapat perbezaan di antara manhaj (cara) ahli sunnah dan ahli sufi dari sudut pelaksanaannya. Ahli sunnah ialah merealisasikan 'ubudiyah kepada Allah SWT. Sebaliknya ahli-ahli sufi membersihkan jiwa mereka dengan melakukan berbagai-bagai amalan bidaah, khurafat dan juga ibadah-ibadah yang memberatkan diri yang tidak pernah disyariatkan Allah SWT. Persoalannya, adakah golongan sufi ini keseluruhannya bercanggah dengan ajaran Islam?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan perbezaan manhaj mereka dalam membersihkan jiwa, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga jiwa kita akan menjadi bersih dan tenang sentiasa dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.
*****
(SEM & S/S) RM9.00 > RM7.90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...