Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, December 19, 2013

Jana Duit Dengan Membayar Hutang ~ Anuar Haniff, Dr. Mohd Nizal Haniff

Life Is Too Short. Oleh itu, bebaskan diri anda daripada fenomena ‘Kaya Hutang’ sambil menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit! Pelaksanaan ilmu pengurusan hutang ini amat penting lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi serta kewangan yang kian mencabar yang boleh digambarkan dengan kos kehidupan yang kian meruncing, budaya konsumerisme dan sudah semestinya, fenomena ‘KAYA HUTANG’ yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia (terutamanya belia negara kita serta kesan negatifnya kepada kedudukan kewangan sebenar golongan muda yang menjadi aset penting negara masa hadapan).

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU ‘JANA DUIT DENGAN MEMBAYAR HUTANG’?
Antara pengajaran penting yang anda bakal pelajari daripada membaca buku ini adalah:-
• Mengenali fenomena hutang/riba yang akan menentukan keberkatan serta ketenangan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.
• Tahu membezakan antara hutang baik dengan hutang tidak baik.
• Kelebihan-kelebihan mempunyai bebanan hutang yang minimal.
• Perancangan Hutang Hayat (PHH) yang merangkumi teknik-teknik penjimatan ribuan ringgit berkaitan pinjaman pendidikan/PTPTN, kenderaan, perkahwinan serta perumahan.
• Langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan bebanan hutang.
• Langkah-langkah membebaskan diri daripada ‘Kaya Hutang’.
• Langkah-langkah kewangan untuk menyuburkan serta memberkatkan harta/aset anda.

*****

(SEM & S/S) RM14.00 - RM12.30

Monday, December 16, 2013

Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu': Jilid 2 (H.C) ~ Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris

Mengandungi 1676 hadis yang haram digunakan untuk semua tujuan dan haram diriwayatkan atau disebarkan tanpa menyebutkan kecacatannya atau rutbahnya.

*****

(SEM) RM65.00 - RM57.20
(S/S) RM68.00 - RM59.80

Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu': Jilid 1 (H.C) ~ Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris

Mengandungi 1002 hadis yang haram digunakan untuk semua tujuan dan haram diriwayatkan atau disebarkan tanpa menyebut kecacatan atau rutbahnya.

*****

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 -RM46.60

Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a.w ~ Syihab Al-Badri Yasin

Seiring dengan kemajuan ekonomi sesebuah negara, pelbagai makanan dan minuman tersedia untuk dikonsumi oleh rakyat negara berkenaan. Tanpa disedari pelbagai aneka makanan dna minuman tersebut akan menyisakan toksid beracun yang bertimbun di dalam tubuh, apatah lagi mereka yang tidak mengikuti cara pemakanan yang sihat. Timbunan toksid ini jika dibiarkan tanpa wujud sebarang kawalan akan mendatangkan pelbagai penyakit yang memberi kesan ke atas kesihatan fizikal, mental, kejiwaan dan emosi.

Namun amat disayangkan, langkah rawatan yang biasa diambil oleh pesakit bagi mengurangi toksid tersebut justeru kadang kala memperburukkan lagi keadaan dengan cara mengkonsumi ubat-ubat berkimia. Ini tentu bukanlah cara penyelesaian. Di sini Islam menawarkan satu perubatan yang berkesan bagi mengatasi masalah ini dengan cara berbekam. Meskipun selama ini kurang diambil berat, namun ia diyakini dapat mengatasi komplikasi penyakit di samping ia merupakan cara berubat mengikut Rasulullah s.a.w

Buku ini membincangkan antara lain topik-topik berikut:
1. Mengetahui berbekam mengikut cara Rasulullah s.a.w dan tinjauan perubatan masa kini.
2. Mengenal pasti waktu dan cara berbekam yang paling berkesan berdasarkan kajian saintifik.
3. Mengetahui jenis-jenis penyakit yang dapat disembuhkan menerusi berbekam.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Masuk Syurga Berbekalkan Doa Anak Yatim ~ Muhammad Syukron Maksum

Rasulullah s.a.w. sangat mencintai dan mengasihi anak-anak, lebih-lebih lagi anak yatim. Siapakah anak-anak yatim ini? Mereka adalah anak-anak yang telah kehilangan ayah ketika mereka masih belum baligh. Ketika ini mereka amat bergantung harap kepada bapanya.

Bayangkanlah bagaimana perasaan anak-anak ini ketika rakan-rakan sebaya mereka begitu riang kerana mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. amat menyayangi anak-anak yatim ini. Malah kelebihan yang besar terdapat pada anak-anak yatim ini adalah doa mereka sangat makbul. Sebagai insan yang waras pasti kita tidak mahu melihat anak-anak kecil ini diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

Semoga dengan pencerahan yang diberikan di dalam buku ini memberikan kita keazaman untuk mengikuti sunnah Nabi s.a.w. dalam mencintai dan mengasihani golongan anak-anak yatim.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Kesalahan-kesalahan Solat Hajat Yang Menyebabkan Tidak Terkabul Cita-citamu ~ Rizem Aizid

Solat Hajat merupakan solat khusus yang didirikan apabila seseorang berhajat atau berkeinginan untuk mencapai sesuatu. Ini adalah satu usaha yang boleh lakukan untuk meminta dan memohon kepada Allah s.w.t. 

Namun Solat Hajat sahaja tidaklah memadai untuk kita mencapai hajat yang kita impikan. Tanpa usaha yang bersungguh dan ketekunan, kejayaan tidak akan datang bergolek. Malah kesalahan dalam melakukan solat hajat juga boleh menjadi penghalang untuk termakbulnya hajat yang kita inginkan.

Di antaranya, kesalahan-kesalahan tersebut adalah; niat solat hajat, mendirikan solat hajat dalam waktu dilarang solat, wuduk tidak sempurna, mengabaikan tatacara solat hajat, mendirikan solat hajat tanpa niat yang ikhlas, tidak khusyuk dalam solat serta tidak menjaga aurat semasa solat hajat. 

Pastinya kesempurnaan solat itu sangat penting agar permintaan dan doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t. dimakbulkan.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM 18.00 - RM15.80

Manhaj Hidup Orang Beriman ~ Prof. Madya Dr Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Dalam mengharungi gaya dan suasana hidup yang semakin mencabar ini, setiap individu perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang sesuai dan secukupnya. Ini amat penting agar kita tidak hanyut dan lemas dalam kederasan arus kemajuan dan kemodenan yang semakin ganas dan liar. Ilmu pengetahuan duniawi sahaja tidak mencukupi untuk mengharungi kehidupan ini. Tanpa asas yang kuat dalam keimanan serta petunjuk tauhid yang benar pasti amat sukar untuk menjadi orang yang beriman.

Buku ini merupakan ringkasan dan ulasan daripada buku hasil karya salah seorang imam besar Islam iaitu Imam Al-Ghazali. Pengarang mengambil suatu inisiatif yang begitu besar untuk meringkas dua buah karya basil tulisan imam besar ini, iaitu Ihya' Ulum al-Din dan Mukhtasar Minhaj al-Qasidin agar mudah pengisian dihadam oleh minda pembaca. Inisiatif ini merupakan suatu sumbangan yang begitu besar untuk umat Islam masa kini dalam memahami pencerahan ilmu yang disampaikan oleh Imam Al-Ghazali di dalam karya-karya beliau. Mudah-mudahan dengan hasil usaha pengarang ini boleh kita jadikan bacaan dan rujukan untuk mempersiapkan diri dalam mengharungi gaya hidup dan kehidupan yang semakin mencabar dan pantas ini.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan dan majlis perkongsian ilmu serta boleh dijadikan salah satu koleksi utama di dalam perpustakaan awam atau individu. Semoga dengan usaha pengarang ini dapat menyebarluaskan lagi cahaya ilmu Islam serta menyiapkan generasi kini dengan ilmu untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang semakin hebat masa kini.

*****

(SEM) RM38.00 - RM33.40
(S/S) RM41.00 - RM36.10

Sunday, December 15, 2013

Rahsia Sujud Sebagai Terapi Kesihatan ~ Masykur Arif

Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa sujud itu boleh dijadikan terapi kesihatan? Tahukah anda bahawa sujud juga dapat menjadi salah satu terapi terbaik untuk janin dalam kandungan? 

Saraf-saraf tertentu di dalam otak manusia hanya sesekali dimasuki darah. Bila tidak dimasuki oleh darah sama sekali pasti akibatnya amat buruk untuk kesihatan. Oleh sebab itu, amat diperlukan aktiviti rutin untuk memastikan darah sentiasa masuk ke dalam saraf-saraf tersebut. Aktiviti rutin berkenaan adalah dengan bersujud. Dalam sehari kita bersujud sebanyak 34 kali iaitu dalam solat fardu yang lima. Sekiranya ditambah lagi dengan solat sunat maka kita akan lebih banyak bersujud. Ketika kita dalam posisi bersujud, pembuluh darah di dalam otak juga terlatih untuk menerima banyak bekalan oksigen. 

Buku ini membongkar rahsia keistimewaan sujud yang sangat bermanfaat kepada kesihatan. Di antara manfaat sujud ialah is boleh menghindarkan stroke, menguatkan otot, memberikan ketenangan jiwa, memberikan lebih keyakinan, melatih kita agar lebih focus. Malah sujud juga adalah tempoh waktu yang paling hampir bagi seorang hamba dengan Penciptanya. Di sini kita boleh mencurah segala isi hati dan permintaan kita kepada Allah s.w.t.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Wasiat-wasiat Emas Rasulullah s.a.w. ~ Didik Indra

Meluahkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. bukan hanya dengan unkapan di bibir sahaja. Atau dengan memakai baju yang tercetak tulisan "Saya Cinta Rasulullah S.A.W." sahaja. Makna kecintaan yang sebenarnya adalah lebih mendalam. Menunjukkan kecintaan kepada Baginda S.A.W. ialah dengan cara mengikut cara atau sunnah yang telah ditunjukkan oleh Baginda S.A.W. 

Bagaimanakah caranya untuk mengikut dan patuh kepada petunjuk dan arahan Baginda S.A.W? Pastinya dengan membaca, mentelaah serta memahami terlebih dahulu wasiat-wasiat yang telah Baginda S.A.W. tinggalkan. 

Buku ini menyajikan himpunan wasiat-wasiat yang telah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W. Selain itu juga disertakan dengan kisah-kisah inspirasi yang pasti mampu menyuntik semangat baru kepada kita. Semoga dengan perkongsian yang menarik ini, kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. akan lebih bermakna dengan patuh kepada perintah Allah S.W.T. dan mengikut sunnah Nabi S.A.W.

*****

(SEM) RM16.00 - RM15.00

Beginikah Cara Menjawab Enam Pertanyaan Malaikat di Alam Kubur ~ Zen Abdurrahman

Hampir semua orang pasti sudah biasa mendengar soalan-soalan yang akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur kelak. Mungkin di dunia ini tidak ada masalah untuk menjawabnya. Rujukannya banyak ataupun kalau terlupa boleh sahaja di 'Google' di Internet. Pasti jawapannya akan keluar satu per satu. Boleh dihafal dengan mudah.

Namun itu semua bukanlah suatu jaminan untuk memudahkan kita menjawab di dalam kubur kelak. Semuanya jawapan dan pembalasan yang akan kita hadapi semasa di dalam kubur nanti adalah tergantung kepada setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini. Niat dan keikhlasannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Ketika itu nanti segalanya adalah berdasarkan segala amal kebaikan yang kita lakukan semasa di dunia ini.

Semoga dengan kehadiran buku yang ringkas ini, memberikan kita inspirasi dan motivasi untuk menggandakan lagi amal kebajikan yang diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

A-Quran Bertajwid ~ Al-Hidayah

Al-Quran Bertajwid.
Mempunyai 6 warna untuk cover

*****

(SEM) RM90.00 - RM79.20
(S/S) RM93.00 - RM81.80

Sabar dan Syukur ~ Imam Al-Ghazali

Kesabaran dan Kesyukuran adalah dua bahagian yang saling melengkapkan iman. Kedua-duanya amat penting di dalam kehidupan kita sebagai seorang mukmin. 

Sifat sabar diperlukan ketika diri sedang menghadapi satu situasi yang membimbangkan atau yang memudaratkan. Manakala sifat syukur pula diperlukan apabila kita diberikan nikmat atau kenikmatan di dalam kehidupan. Di sini menunjukkan bagaimana tahap keimanan kita kepada Allah Azza wa Jalla. Menidakkan atau tidak memahami sifat sabar dan syukur adalah satu kebodohan terhadap dua bahagian iman ini. 

Buku ini mengupas dengan lebih mendalam makna sabar dan syukur. Semoga dengan pemahaman yang lebih kukuh akan kualiti ibadah kita khasnya rukun Islam yang lima lebih mantap. Malah dengan itu menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan kita kepada rukun iman yang enam.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Selamatkan Diri Daripada Azab Kubur ~ Muhammad Shayim

"Kubur diberikan lisan, sehingga is dapat berkata-kata. Kubur berkata, "Wahai anak Adam, bagaimana kamu dapat melupakan aku? Tidakkah kamu mengetahui bahawa aku adalah rumah yang dapat menjadikan kamu sebagai mangsa, tempat bersarangnya ulat yang akan melumatkan dagingmu, tempat bersendirian dan juga rumah yang amat menakutkan." - Ubaid bin Amir.

Ajal dan mati itu pasti. Alam kubur itu juga benar, begitu jugalah dengan nikmat dan seksaan di dalamnya juga adalah benar. Kita sudah dikhabarkan tentang kebenarannya. Namun adakah kita sudah bersedia untuk itu semua. Memilih untuk menikmati kenikmatan atau azabnya seksaan di alam kubur itu nanti.
Buku ini memberikan kita sedikit pencerahan yang boleh kita manfaatkan. Semoga dengan amalan yang kita amalkan dengan istiqamah dan berterusan disertai dengan keikhlasan dan pengabdian kepada Allah mampu menjadi bekalan untuk kita melalui alam kubur kelak.

Semoga ilmu ini dapat kita manfaatkan dan sampaikan kepada orang lain, yang akan menjadi amalan yang bermanfaat buat mereka dan kita juga mendapat ganjaran dan balasan yang baik daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Anak-anak Ajaib Penghafal Al-Quran Dalam 3 Tahun ~ Muhammad Yusuf Abdul Rahman

Al-Quran bukan hanyalah bacaan yang istimewa semata-mata, namun ia juga adalah kunci kebahagiaan dunia dan akhirat seseorang.

Ayat-ayat 'ajaib' al-Quran mampu menggetarkan jiwa-jiwa dan hati orang yang `sakit'. Ayat-ayatnya mampu menjernihkan fikiran, hati dan jiwa manusia. Hafalannya pula mampu mencerdaskan otak dan menyembuhkan pelbagai penyakit fizikal mahupun kejiwaan yang dideritai oleh manusia. Disebabkan itu, mereka yang mencintai, membaca serta menghafal al-Quran bukan hanya mempunyai otak atau daya fikiran yang cemerlang, namun juga mempunyai hati yang mantap, tabah, kuat dan tidak pernah merasakan kesedihan. 

Sebabnya, kesedihan tidak akan mampu menyentuh hati seorang yang mana di dalamnya terdapat ayat al-Quran yang menyala-nyala.
Buku ini menghidang kisah-kisah menarik berkenaan kanakkanak yang masih kecil usianya namun 30 juzuk al-Quran sudah terpahat di dalam ingatan mereka malah sentiasa segar terlafaz di bibir-bibir mereka. lbu bapa mana yang tidak sejuk hatinya apabila melihat anak-anak mereka walaupun masih muda usianya sudah menghafal 30 juzuk al-Quran. Pastinya kebahagiaan itu adalah suatu kebahagiaan yang paling indah sebagai ibu bapa. Semoga kisah yang terkandung di dalam buku ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk semua pembaca.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Melawan Fikiran Negatif ~ Muhammad Muhydin

Ya Tuhan, mengapa hidupku ini terus susah sebegini ?
Ya Tuhan, bilakah agaknya aku akan bahagia dan selesa seperti orang lain itu?

Ya Tuhan, mengapa Engkau menjadikanku susah sebegini, tidak sebahagia mereka, apakah Engkau tidak menyayangiku?
Hidup tidak punya masa hadapan! Tanpa harapan! Tidak optimis, peluang untuk berjaya dan bahagia!

Saudara-saudaraku, ingatlah:"Anda adalah apa yang anda fikirkan!" Anda akan menjadi seperti yang anda fikirkan dan itulah rahsia kekuatan fikiran manusia. Jika kita berfikir secara positif, maka perkara-perkara positif yang akan kita temui. Sebaliknya jika kita sering dihantui fikiran negatif, maka berbagai perkara negatif yang akan mengelilingi kita. Maka berhentilah berfikir secara negatif! la amat buruk untuk dibiarkan bertapak di dalam fikiran kita. Kerana is hanya akan menerbitkan masalah, konflik dan kesuraman hidup!
Tapi bagaimana caranya menghentikan kebiasaan berfikir tentang perkara negatif ini? Maka inilah buku yang mampu mengetuk pintu jiwa yang anda perlukan.

Buku hasil karya penulis bestseller 'Bibir tersenyum Hati Menangis' ini mengupas secara tepat impak menggerikan fikiran negatif terhadap hidup kita. Dengan gaya bahasa yang halus tetapi amat tajam bersedia untuk membangunkan anda dari hanyut dalam lena yang penuhi fikiran negatif. Yang amat menggerikan.
Selain itu jugs dijelaskan betapa dahsyatnya kerosakan hidup a ki bat fikiran negatif ini, ditambah lagi dengan tip-tip agar anda mampu dan berjaya mengatasi serangan fikiran negatif. Seperti yang dikenali sebagai "Pengurusan Berdasarkan Su'uzhan”.

Selamat menikmati manisnya madu-madu fikiran positif.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia ~ Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Saudariku!
Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah

Saudariku!
Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macaw kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran. 

Saudariku!
Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kits kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya.

Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini.

*****

(SEM) RM33.00 - RM29.00
(S/S) RM36.00 - RM31.70

Qiyamullail & Doa Amalan Rasulullah s.a.w. ~ Zaharin Hj. Abd. Latip

Menghidupkan malam dengan berzikir dan berdoa serta bersolat sunat adalah di antara amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. ltulah jalannya untuk seseorang hamba itu mendapat pimpinan dan pertolongan Allah s.w.t. di dalam segala usaha dan perjuangan lebihlebih lagi kalau hamba Allah s.w.t. itu seorang pemimpin.
Sesungguhnya terdapat fadilah di samping rahsia yang boleh diperolehi sekiranya seseorang itu menghidupkan hari-hari malamnya dengan amalan Rasulullah s.a.w.

Di waktu malam yang menjelang ke waktu subuhnya diliputi dengan rahmat dan ampunan Tuhan. Mudah-mudahan di saat itu kita hadir dan dapat menghidupkan dengan amal sunnah. Kita juga akan tergolong di kalangan hamba Allah s.w.t. mendapat keampunan dan rahmatNya.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Friday, November 22, 2013

Halalkah Makanan Kita? ~ Dr Saadan Man, Zainal Abidin Yahya

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.
(Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Apakah makanan yang terbaik? Mengapakah agama Islam mewajibkan umatnya supaya mencari yang halal? Apakah konsep halal dan haram menurut perspektif Islam?

Buku Halalkah Makanan Kita? mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan, dan undang-undang. Halalkah Makanan Kita? juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul. Halalan Toyyiban adalah pilihan kita semua.

Antara Kandungan: 
Bab 1: Makanan Menurut Islam
Bab 2: Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Bab 3: Kategori Makanan
Bab 4: Halalan Toyyiban dalam Makanan
Bab 5: Aplikasi Halalan Toyyiban dalam Pasaran
Bab 6: Halalan Toyyiban dalam Undang-Undang Kawalan Makanan

*****

(SEM) RMR20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Non-Muslim Menurut Kaca Mata Rasulullah s.a.w ~ Mohd Hafiz Daud

Dunia mengagumi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni dengan kepelbagaian kaum dalam masyarakat. Hubungan antara masyarakat Islam dengan masyarakat non-Muslim di Malaysia juga tiada perbalahan besar tercetus antara kedua-duanya. Sangat nyata sekali, perlu ada “sesuatu” yang dapat mengharmonikan masyarakat Islam dan non-Muslim. 

Justeru, masyarakat Islam perlu sentiasa merujuk tanggapan Rasulullah SAW tentang masyarakat non-Muslim ketika zaman Baginda. Bagaimana Baginda melayan non-Muslim? Bagaimana tanggapan Baginda terhadap non-Muslim? Bagaimana pemerintahan Islam boleh harmoni walau adanya masyarakat non-Muslim? Rungkaikan persoalan global ini dengan memiliki buku ini. Insya-Allah, kita akan dapat menerapkan seni interaksi Rasulullah SAW bersama masyarakat non-Muslim dalam kehidupan seharian.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Sembang-sembang Politik Islam ~ Muhammad Zuhaili Saiman

Sesungguhnya politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru politik adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Panduan terbaik yang seharusnya ditekankan dalam berpolitik adalah prinsip berpolitik yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya, sistem berpolitik di negara ini dahagakan penerangan dan ilmu yang benar bagi meningkatkan kefahaman pemimpin dan rakyat dalam berpolitik. 

Kelebihan buku ini ialah ia memberikan panduan dan tip bagaimana cara berpolitik mengikut panduan yang digariskan dalam Islam, menyediakan kisah-kisah dan strategi berpolitik Rasulullah dan para sahabat semasa zaman kebangkitan Islam, padat dengan sorotan persoalan-persoalan penting bagi mematangkan minda politik Muslim, dan sarat dengan info berguna sebagai panduan berpolitik berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

*****

(SEM & S/S) RM12.00 - RM10.60

Travelog Dua Tanah Suci ~ Hamirdi Ithnin

Batu itu hidup. Batu itu bernadi. Bernadi seperti nadi manusia ... dup, dup, dup, dup ... pada ketika itu, air mata saya jatuh berderai tanpa henti, dan secara spontan saya mengakui akan keagungan dan kekuasaan Allah. Lalu saya mengadu dan merintih pada-Nya, betapa kerdilnya saya dan betapa banyaknya dosa yang telah dibuat. Saya terus melekap pada batu Kaabah itu sambil menangis dan berdoa, namun batu itu terus-terusan...dup, dup, dup, dup....Saya biarkan keadaan itu berterusan, lama rasanya. Lebih dari 5 minit. Setelah berasa puas, saya lepaskan semula lekapan itu. Kemudian, saya lekapkan dada sekali lagi ke batu Kaabah, tetapi kali ini batu itu tidak punyai apa-apa reaksi. Cuma sekadar batu. 

Bagi menyemarakkan lagi keinginan dan menyebarkan ilmu tentang ibadah haji dan menyingkap hikmah Kaabah, buku ini amat wajar dimiliki oleh hamba Allah yang mencintai syiar-syiar Islam dan merindukan bumi Makkah Al-Mukarramah.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Friday, October 25, 2013

Kesalahan Dalam Berniaga Yang Membuatkan Usaha Anda Tidak Berkat ~ Yanuar Arifin

Pelbagai cara dan usaha sudah dilakukan. Tip dan petua untuk berjaya dalam bisnes juga telah dipraktikkan. Namun hasilnya tidak juga menampakkan bibit-bibit kejayaan dalam berbisnes. Untung pun tidak tetapi rugi yang lebih.

Hati-hati, mungkin tidak ada keberkatan di dalam rezeki tersebut.

Terdapat banyak faktor atau kesalahan dalam berbisnes yang membuat rezeki tidak berkat. Semua itu perlu dihindari agar tidak menjadi penghalang keberkatan dalam bisnes kita.

Apakah kesalahan-kesalahan tersebut? Bagaimana cara untuk menghindarinya?

Selami dan selusuri penjelasan berkenaan kesalahan dan langkah menghindarkannya di dalam buku ini. Barangkali kita menganggap sering perkara itu enteng, namun sebenar member impak dan kesan besar terhadap usaha kita untuk berjaya. Buku ini hadir sebagai rujukan agar kita boleh membetulkan kesalahan yang sering kita lakukan dan menghindari kesalahan lain yang membuatkan usaha kita tidak mendapat keberkatan Allah.

Bersedialah untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya di dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

La Tahzan Buat Muslimah Yang Berkerjaya ~ Dr Aidh Al-Qarni

Menjadi wanita solehah adalah idaman setiap muslimah kerana wanita solehah adalah sebaik-baik dan secantik-cantik perhiasan dunia, mengalahkan pergunungan emas, intan dan permata serta perhiasan dunia yang lain. Hanya wanita solehah yang mampu melahirkan generasi yang Rabbani yang akan memikul risalah Islamiah menuju puncak kejayaan.

Buat Muslimah berkerjaya usah bersedih, ikhlas segala amal ibadah kerana Allah, tunaikan dan ikhlaskanlah segala tanggungjawab yang dipikul kerana Allah. Sekiranya ada aral yang melintang di tengah perjalanan. Bermohonlah kepada Allah, mengadulah kepada-Nya kerana Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Thursday, October 24, 2013

Jurnal Haji Pengubat Rindu ~ Intan Yaacob

“Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci. Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka duka dan pahit manis diceritakan agar menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut. 

“Benarlah kata orang, pekerjaan haji ialah kemuncak seorang Islam menghambakan diri kepada Penciptanya. Pekerjaan haji merupakan pengorbanan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Andainya pekerjaan haji ini boleh dikategorikan sebagai satu percutian, maka percutianku ini bukan setakat lima bintang sahaja. Sebaliknya ingin kukatakan kepada dunia bahawa percutianku ini bernilai berjuta-juta bintang. Subhanallah....”

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Anakku Seorang Hafiz ~ Mohd Solleh Ab. Razak

Bagaimanakah cara memotivasikan anak untuk menghafaz al-Quran? Bagaimanakah untuk merancang? Apakah formula dan kaedah yang sesuai untuk anak-anak menghafaz al-Quran? Bagaimanakah cara berhadapan dengan permasalahan anak ketika menghafaz al-Quran?

Setiap persoalan ini diperjelaskan dalam buku “Anakku Seorang Hafiz” ini agar dapat membantu dan menyuluh jalan dalam mendidik dan mentarbiah, seterusnya merealisasikan impian kita untuk melihat anak kita berjaya menghafaz al-Quran. Buku “ANAKKU SEORANG HA FIZ” ini sesuai untuk dijadikan salah satu bahan panduan dalam mendidik anak-anak kita menghafaz al-Quran sama ada di rumah atau di sekolah. Panduan yang dibariskan oleh penulis begitu jelas mampu membantu dan memudahkan usaha yang murni ini. 

Panduan yang dibentangkan juga, bukan sekadar melalui pengalaman sahaja, malah dikuatkan oleh pengalaman-pengalaman para ulama dan diteguhkan lagi oleh fakta serta formula yang diyakini kemampuannya.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Solat Emergency ~ Fauzi Abdul Hamid

Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya. 

Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku “Solat Emergency” sesuai sebagai bahan rujukan masyarakat. Buku ini wajib dimiliki kerana ia menyuntik kesedaran kepada pesakit agar mendirikan solat. Menjelaskan secara teori dan praktikal panduan ibadah pesakit. 

Dilengkapi dengan gambar kaedah pelaksanaan ibadah pesakit serta menjelaskan tatacara wuduk dan tayamum mengikut pelbagai situasi dan keadaan pesakit.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Amanat Cinta Seorang Hamba ~ Thoyba Mursyidah

"Aku tidak mahu jatuh lagi. Perjuanganku masih belum selesai. Biarlah Allah SWT menentukan segalanya.” Fidae’i Al Humaidi

“Perhatian yang awak berikan telah meyakinkan saya bahawa wujud satu perasaan lain antara kita.” Iffah Amani

“Kerja Islam masih banyak menunggu. Aku tidak mahu perkara lain membantutkan semuanya.” Yusof Bahij

Perjuangan anak-anak muda. Iman diduga, persahabatan diuji, amanah dicabar. Mampukah mereka mendepani setiap badai yang melanda? Berjayakah mereka menyempurnakan amanah yang terpikul?

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Thursday, September 26, 2013

Buku Rujukan Haji & Umrah Untuk Wanita ~ Dr. 'Ablah Muhammad Al-Kahlawi

Ibadah Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Manakala Umrah pula ibadah sunnah yang dikenali sebagai ibadah Haji Kecil, yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilatnya. Kedua-dua ibadah ini memerlukan persediaan fizikal, mental dan rohani yang sempurna untuk mendapat ibadah yang mabrur.

Buku ini merupakan sebuah rujukan yang amat sesuai untuk kaum Hawa dalam menyiapkan diri untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Berbeza daripada kebanyakan buku persediaan atau rujukan ibadah Haji dan Umrah yang sedia ada, buku ini memasukkan bab-bab pengkhususan untuk bakal jemaah Haji dan Umrah wanita. Disampaikan apa yang dibolehkan dan dilarang bagi jemaah wanita khususnya, selain itu juga ditambahkan dengan kedudukan mereka yang dimuliakan di sisi Allah.

Semoga dengan usaha penulis yang menyediakan sebuah rujukan khusus untuk bakal Haji dan Umrah wanita dapat dimanfaat sebaiknya. Lebih besar lagi harapannya untuk memberikan lebih keyakinan kepada kaum Hawa yang akan menunaikan ibadah Haji dan Umrah dengan persediaan ilmu dan pengetahuan yang mantap, selain persediaan fizikal dan material.

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM48.00 - RM42.20

Menjadi Isteri Yang Dapat Mengajak Suami Masuk Syurga Bersama ~ Fathan Mubina

Sebagai isteri, apa yang kita impikan dari sebuah rumah tangga? Pasti terlintas di dalam hati, apa yang kita inginkan adalah kemewahan, kelengkapan, perhiasan dan sebagainya dalam bentuk kepuasan material. Namun itu semua adalah hanya keperluan material yang bersifat sementara sahaja. Ia tidak bermakna sekiranya tiada kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumah tangga.

Kehidupan berkeluarga yang harmonis, bahagia dan tenang bersama suami tersayang dan anak tercinta adalah impian sebenar seorang isteri dan setiap wanita. Malah lebih jauh lagi kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Pasti isteri impikan ke syurga bersama suami tersayangnya. Lalu bagaimana mewujudkan impian ini?

Inilah yang dikupas di dalam buku ini. Apakah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang wanita bergelar isteri. Malah itulah juga kunci untuk menuju syurga bersama suami. Lebih menarik lagi pengisiannya diperkuatkan lagi dengan nas-nas yang dipetik daripada al-Quran dan hadis.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Menjadi Suami Yang Membawa Isteri Masuk Syurga ~ Fathan Mubina

Seorang suami sudah semesti mengimpikan untuk dapat hidup bersama isteri dan anak-anaknya baik di dunia mahupun di akhirat. Namun jalan untuk mencapai semua itu bukanlah mudah tetapi tidak juga sukar. Banyak perkara yang mesti dipersiapkan dan dilakukan. Patuh kepada perintah dan larangan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W merupakan salah satu daripada tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan oleh seorang lelaki bergelar suami. Bukan sahaja diri sendiri sahaja patuh dan taat kepada perintah dan larangan Allah tetapi seluruh ahli keluarga untuk melakukannya.

Tanggungjawab seorang suami adalah melindungi dan menjaga isteri dan anak-anak sama ada di dunia ataupun daripada mendapat balasan di akhirat kelak. Tanpa persiapan dan ilmu kekeluargaan yang lengkap adalah sukar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Untuk itu, buku memberikan panduan dan tip berguna untuk para suami menyiapkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan mewujudkan impian ke syurga bersama isteri.

Semoga setiap perkongsian dan pencerahan yang terdapat di dalam buku ini, boleh kita jadi panduan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Di samping itu akan terus memberikan motivasi kepada diri sendiri serta keluarga untuk meraih cinta dan redha daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Sikap Suami Yang Boleh Merosakkan Keharmonian Rumahtangga ~ Nur Rokhim

Kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga tidak akan dapat dicapai tanpa kesefahaman dan tolak ansur di antara pasangan suami isteri. Kedua belah pihak memainkan peranan masing-masing yang besar untuk mencapai sebuah mahligai yang diidam-idamkan. Selain daripada motivasi diri yang menyentuh tentang sikap-sikap positif yang penting dalam berumah tangga, juga amat penting untuk kita mengetahui dan menghindari sikap-sikap negatifnya.

Huraian yang disentuh di dalam buku ini adalah tentang sikap-sikap suami atau lelaki yang boleh merosakkan keharmonian rumah tangga. Kenapa perlu tahu tentang sikap buruk ini? Pasti ia adalah sebagai peringatan untuk kita agar tidak melakukan dan meninggalkan sikap buruk tersebut. Hal ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan jiwa dan emosi isteri atau wanita. Walaupun ia nampak remeh namun impaknya mungkin akan merosakkan keharmonian kehidupan berkeluarga.

Semoga dengan pencerahan ini dapat kita ambil ikhtibar dan manfaatnya untuk mencapai sebuah perkahwinan yang bahagia dan dirahmati Allah.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Sikap Isteri Yang Boleh Merosakkan Keharmonian Rumahtangga ~ Zulian Al-Farizzi

Dalam menjaga dan mengekalkan keharmonian rumah tangga, salah satu aspek amat penting untuk diperhatikan adalah sikap. Sama ada bagi pihak suami ataupun isteri. Rumah tangga yang bahagia dan harmoni sering tergugat oleh sikap-sikap negatif yang tidak diambil perhatian oleh setiap pasangan. Seringkali ia diambil mudah oleh salah satu pasangan sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga.

Buku ini menjuruskan secara khusus berkenaan sikap isteri yang boleh merosakkan keharmonian rumah tangga. Kadang-kadang sikap ini dirasakan kecil atau remeh, tetapi sebenarnya ia umpama bom jangka yang mungkin akan meruntuhkan sebuah keharmonian rumah tangga. Sangat penting untuk setiap kita mengetahui sikap-sikap yang mesti dihindari dalam membina dan mengekalkan hubungan serta suasana bahagia dan harmoni dalam rumah tangga.

Semoga dengan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini memberikan kita banyak manfaat dan membantu kita dalam mendiri dan mengekalkan rumah tangga yang bahagia, harmoni dan mendapat keredhaan Allah.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Menggapai Rezeki Berlimpah Asalkan Tahu Kuncinya ~ Shiva Awamy

Siapa yang tidak mahu menjadi kaya dan mendapat rezeki yang melimpah ruah. Walaupun kata orang, harta kekayaan dan wang ringgit itu tidak menjanjikan kebahagiaan, namun Islam tidak menghalang umatnya untuk menjadi kaya-raya. Tetapi yang penting kaya yang pemurah, sentiasa membantu orang lain dan membelanjakan harta untuk kebaikan dan jalan Allah. Tetapi bagaimanakah caranya untuk meraih rezeki yang berlimpah dan penuh berkat ini?

Caranya mudah sahaja!

Selain bertungkus lumus mencari rezeki dengan tulang empat kerat sendiri, kita juga boleh mendapatkan rezeki dengan banyak bersilaturrahim, bersedekah dan bersyukur.

Kenapa? Tidak percaya?

Buktinya, baca dan hayatilah buku ini. Dengan huraian yang santai dan mudah, buku ini mengetengahkan kelebihan silaturrahim yang dapat meluaskan rezeki ; betapa ajaibnya sedekah dalam menjemput rezeki ke pintu rumah ; serta betapa dahsyatnya kuasa syukur dalam membawa masuk rezeki ke dalam rumah. Malah untuk menjentik motivasi diri, diceritakan kisah seorang hamba Allah yang mampu menunaikan haji kerana rajin bersedekah.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Banjir Harta Dengan Ajaibnya Solat Hajat, Duha & Tahajjud ~ Iqra' Al-Firdaus, Aep S. Hamidin

Semua orang mahu menjadi kaya dengan harta yang melimpah-ruah dan juga kaya jiwa dengan penuh kesyukuran kepada Ilahi dan sifat pemurah serta sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Namun tidak semuanya mendapat meraih semua itu. Ada yang kaya hartanya tetapi begitu fakir sekali jiwanya dan ada juga yang kaya harta dan kaya jiwanya. Pasti kita bercita-cita menjadi mereka yang kaya harta dan jiwanya.

Kekayaan tidak hanya dapat diraih dengan kesungguhan dan kerja keras dari sudut fizikal sahaja. Kesungguhan dan kerja keras dari sudut spiritual juga memainkan peranan yang amat besar dan senjata ampuh untuk meraih kekayaan. Amalan Solat Hajat, Duha dan Tahajjud merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi S.A.W. Ibadah sunat yang begitu banyak sekali kelebihan dan manfaatnya dalam usaha meraih kekayaan dan kejayaan. Buku ini menghuraikan tentang keajaiban ketiga-tiga solat sunat ini. Namun dalam menunaikan ibadah, perkara yang paling asas adalah ikhlas diniatkan melakukan ibadah itu kerana Allah.

Semoga dengan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini dapat kita manfaatkan untuk meraih keredhaan Allah serta meraih kejayaan dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Tuesday, September 24, 2013

100 Keistimewaan Malam & Hari Jumaat ~ Al-Imam Jalaluddin As-Suyuthi

Buku ini adalah terjemahan daripada dua buah karya asal Bahasa Arab oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman as-Sayuti dan ulasannya oleh al-Ustaz Muhammad Riyadh al-Malih, bertajuk Khushushiyyat Yaum Al-Jumuah.

Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu bagi segala hari dan mempunyai banyak keistimewaan. Sebanyak 100 keistimewaan malam dan hari Jumaat telah berjaya dihimpunkan oleh Imam as-Sayuti di dalam kitab ini.

Antara lain buku ini menjelaskan bahawa Jumaat adalah Hari Raya mingguan bagi umat Islam, Neraka Jahannam tidak menggelegak dan pelupusan dosa pada hari Jumaat, orang yang mati pada malam atau siang hari Jumaat selamat daripada seksa kubur, segala roh berkumpul pada hari Jumaat, ia adalah hari pengampunan, hari pembebasan dan juga mempunyai ketika yang mustajab.

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah keistimewaan-keistimewaan lain dalam buku ini yang mencapai sehingga 100 kelebihan, teruskan membaca dan meraih ilmu melaluinya agar kita dapat meningkatkan amal ibadat kita setiap masa lebih-lebih lagi pada malam dan siang hari Jumaat.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah: Berdasarkan Al-Quran & Al-Sunnah ~ Syeikh Taqiy Al-Din Al-Hilali Al-Husaini, Syeikh Ibrahim Al-Qattan, Syeikh Abd. Rahman bin Yusuf Al-Ifriqi

Ilmu Tasawwuf merupakan antara ilmu yang perlu dituntut oleh setiap muslim yang mukallaf. Tumpuan utama yang ditekankan di dalam ilmu tasawwuf adalah tentang pembaikan jiwa terutamanya hati, kerana hati merupakan raja kepada dalam kerajaan tubuh badan. Sekiranya rajanya baik maka seluruh rakyat jelatanya akan baik, namun sekiranya hatinya atau rajanya rosak maka seluruh rakyat jelatanya akan mengalami kerosakan.

Persoalan utama yang menjadi tumpuan tasawwuf adalah berkenaan ihsan dan menggalakkan manusia untuk beribadah kepada Allah dengan lengkap dan sempurna. Ini akan membersihkan hati daripada kerosakan dan bencana yang memusnahkan seterus membenihkan perasaan kasih sayang, belas kasih dan rahmat sesama makhluk. Ini kerana orang yang paling bermanfaat dalam kalangan manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Iaitu orang yang tidak sombong, membangga diri, menyeleweng dan melakukan maksiat.

Namun yang menjadi kebimbangan dalam kalangan umat Islam adalah penyusupan masuk para penyamar atau mereka yang mahu mengambil kesempatan, berusaha untuk memburukkan ilmu tasawwuf. Inilah sering terjadi mutakhir ini. Malah ini sebenarnya mencacatkan lagi keindahan dan kesempurnaan Islam itu sendiri.

Buku ini membawakan penilaian terhadap Tarikat Al-Tijaniyah berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Semoga apa yang diketengahkan oleh penulis dan penterjemah di dalam buku ini dapatkan kita fahami dan nilai serta memberikan ilmu dan panduan yang berguna bagi kita untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Monday, September 23, 2013

Solat Menurut Fiqh Al-Syafie ~ Dr. Basri Ibrahim, Mariam Mohammad

Seperti yang kita sudah ketahui, solat terdiri daripada niat, pergerakan dan bacaan ayat Al-Quran, doa dan zikir. Di dalam solat, setiap pergerakan telah ditetapkan berdasarkan cara solat Nabi S.A.W. Ini adalah pergerakan yang wajib kita lakukan kecualilah kita berada dalam keadaan darurat atau tidak berkemampuan. Namun keadaan dan situasi tersebut tidak akan menghalang kita daripada menunaikan solat yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu terdapat juga pergerakan-pergerakan yang diharuskan di dalam solat menurut Fiqh Al-Syafie. Pergerakan-pergerakan ini boleh dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Sekiranya dilakukan dengan syarat yang telah ditetapkan, ia tidak akan mencacat atau membatalkan ibadah solat itu.

Buku ini amat menarik buat semua pembaca dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang ibadah khususnya solat. Dengan memantapkan ilmu-ilmu ibadah di dalam diri kita, insya Allah akan menjadikan kita lebih yakin dan khusyuk di dalam setiap ibadah yang kita tunaikan. Semoga perkongsian ilmu ini memberikan manfaat dan ganjaran yang besar kepada kita sebagai hamba Allah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Syarah Al-Hikam 2 ~ Dr. Zuklifli Al-Bakri

Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf.

Al-Hikam mengandungi inti sari Tasawuf ialah ilmu yang mengupas bagaimana menyucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub.Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). Terdapat 259 hikmah yang terkandung dalam kitab al-Hikam yang membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus dan membimbing mereka menuju kepada Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM50.00 - RM44.00

Hadis-hadis Peringatan Buat Umur Insan ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan 4 perkara pokok iaitu:
Membentuk peribadi dan sahsiah insan
Ibadah
Perhubungan di antara insan
Bidang kerjaya dan ekonomi

Ia ditulis untuk masyarakat umum. Sangat sesuai dijadikan modul kursus, usrah dan tazkirah serta bahan rujukan pensyarah dan pelajar di universiti.

*****

(SEM & S/S) RM30.00 - RM26.40

Friday, September 20, 2013

Ensiklopedia Tumbuhan Ubatan Malaysia ~ Siti Fuziah Yusof

Bumi Malaysia bukan sahaja kaya dan unik dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan kesenian. Malah kedudukannya yang terletak di kawasan beriklim khatulistiwa yang juga dikenali sebagai iklim hutan hujan tropika sememangnya menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna ciptaan Allah. Dengan kesuburan tanahnya tumbuh subur di atas pelbagai khazanah bumi yang begitu berharga sekali iaitu tumbuh-tumbuhan. Tidak kira kecil mahupun besar semuanya adalah khazanah bumi yang amat berharga.

Seperti yang kita ketahui, hutan hujan tropika ini menyimpan pelbagai misteri, keajaiban dan keunikannya yang tersendiri . Begitu juga tumbuh-tumbuhan yang tumbuh subur di atasnya. Sejak turun temurun lagi hubungan di antara manusia dan alam sekitar itu sangat akrab. Tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar manusia menyimpan khasiat dan keajaibannya yang tersendiri khususnya dalam bidang perubatan tradisional ataupun perubatan alternatif. Berdasarkan pengalaman nenek moyang terdahulu, tumbuhan-tumbuhan yang digunakan untuk tujuan perubatan diperolehi dari kawasan hutan, persekitaran ataupun ditanam khas. Tanpa kita sedari, tanaman-tanaman yang biasanya menghiasi persekitaran kita seperti pokok bunga, pokok hiasan dan tanaman lain nyata mempunyai khasiat perubatan bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Marilah kita terokai khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita ini untuk dijadikan sebagai alternatif dalam merawat penyakit dan penyembuhan. Namun, kita harus berhati-hati dalam menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini kerana tanpa pengetahuan yang betul dan tepat agar ia tidak memudaratkan atau mendatangkan kesan buruk.

Semoga dengan maklumat dan ilmu yang dinukilkan di dalam buku ini akan memberikan kita pencerahan dan pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah dan menambahkan lagi keyakinan kita kepada kekuasaan dan kehebatan Yang Maha Menciptakan Alam ini.

*****

(SEM) RM69.00 - RM60.70
(S/S) RM72.00 - RM63.40

Tokoh Islam Banyak Berjasa Pada Dunia ~ Imam Ahmad Ibnu Nizar

Kenali dan kagumilah para penakluk dan pahlawan Islam sepanjang zaman yang telah mewarnai landskap peradaban dunia melalui buku ini. 

Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Mungkin ramai dalam kalangan generasi sekarang yang tidak mengenali tokoh-tokoh ini, apatah lagi sejarah mereka. Mungkin kerana dunia hari ini yang arah tuju tokoh pujaan dan idola semakin hedonis sifatnya. Anak muda lebih mengagumi artis, ahli sukan dan tokoh-tokoh semasa yang hebat bagi mereka. Ini bukanlah suatu yang ganjil, kerana ia adalah trend kalangan anak muda agar kelihatan tidak ketinggalan dalam kalangan mereka. 

Namun sebenarnya tidak salah untuk mengenali sesiapa pun, yang penting dari sudut manakah perspektif akan difokus dan dihalakan. Sekiranya ia bersifat hanya untuk keseronokan dan ketaksuban, maka impak negatifnya akan lebih terserlah dan mungkin mengundang gejala sosial yang membarah. Oleh itu jangan kita lupa bahawa mengenali dan mengagumi jejak langkah tokoh-tokoh Islam yang besar adalah penting. Ia memberikan kita inspirasi tentang semangat juang dan kesungguhan mereka dalam menegakkan syariat, ilmu dan dakwah Islam walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. 

Meneladani prinsip, strategi dan semangat para tokoh Islam yang dimuatkan di dalam buku ini memberikan banyak pelajaran hidup, motivasi dan semangat ke dalam diri anda.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Thursday, September 12, 2013

Indahnya Kenegaraan Islam: Bagaimanakah Memahaminya ~ Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Buku “INDAHNYA kenegaraan Islam” ini adalah berkenaan dengan hukum dan akhlak. Buku ini mengupas beberapa perkara berkaitan isu politik, pentadbiran dan sistem negara. Maka penulis cuba mengolah semula pendapat dan pemikiran ulama dalam buku ini. Buku ini menjadi kemestian kepada masyarakat untuk memilikinya kerana mengupas secara ilmiah berkaitan tunjang asas dalam sesebuah negara. 

Menyingkap pendekatan Islam dalam pemerintahan dan kenegaraan. Memberikan garis panduan kepada rakyat dan pemerintah dalam etika bernegara dan mengharmonikan sistem yang sedia ada agar selari dengan panduan Islam. Diharapkan dengan memiliki buku ini, masyarakat bijak berpolitik dengan matang tanpa meruntuhkan asas keharmonian, persaudaraan dan kenegaraan.

*****

(SEM & S/S) RM22.00 - RM19.40

Sabil Al-Muhtadin: Solat-solat Sunat ~ Mohammad Haidzir Hussin

Solat merupakan salah satu ibadat amali yang disyariatkan kepada umat islam dalam mendekatkan diri dan mengingati Allah AST.Solat Fardu merupakan tanggungjawab yang diwajibkan oleh Allah kepada Umat Muhammad SAW untuk dilaksanakan sebagai hamba kepada-nya.Manakala solat sunat pula merupakan ibadah tambahan dan pelengkap kepada ibadat fardu jika terdapat kekurangan atau kecacatan dalam perlaksanaanya. Hal ini telah diungkapkan oleh Rasullullah SAW melalui sabda Baginda melalui Tamim Ad-Dari r.a” 

Perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya dia menyermpurnakan solatnya ditulis (amalan) untuknya sempurna. Sekiranya dia tidak menyempurnakan solatnya, Allah berfirman kepada malaikat-Nya,” Perhatikan, adakah kamu dapati solat-solat sunat bagi hambaku? (Sekiranya ada) maka kamu sempurnakan solat fardunya dengannya (solat-solat sunat).”

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Bertajwid ~ Prof Madya Dr Hj. Abdul Raof Tan Sri Hassan

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan). 

Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang. 

Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

*****

(SEM & S/S) RM95.00 - RM83.60

Wednesday, September 11, 2013

Al-Quran Al-Karim Muslimah ~ Alaf21

Didatangkan dalam 7 warna, produk Al-Quran khas untuk Muslimah ini disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.

Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.

Warna: Merah, Merah Jambu, Ungu, Hijau, Biru, Oren, Kuning

*****

(SEM) RM75.00 - RM66.00
(S/S) RM78.00 - RM68.60

Al-Quran Al-Karim: Terjemahan & Tajwid Berwarna ~ Alaf21

Didatangkan dalam 4 warna, al-Quran al-Karim ini sistematik mengikut tema, daripada sumber yang sahih merujuk metode penafsira para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma’sur). Diharapkan menjadi solusi terbaik memahami tata cara ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Lebih istimewa, mushaf ini dilengkapi panduan ilmu tajwid berwarna penuh. Mushaf Resam Uthmani terjemahan bahasa Melayu secara sistematik ini pilhan terbaik dijadikan panduan hidup.

Warna: Merah, Hitam, Hijau, Biru

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Pintar Al-Quran ~ Muhammad Nazir Mohammed Khalid

Hari ini, banyak teknik yang diperkenalkan untuk menjadikan al-Quran sebagai perkara yang seronok untuk didalami. Buku tajwid misalnya, menjadi nilai tambah untuk mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna dan betul. Namun, sejauh mana kaedah tersebut dapat mengajak masyarakat untuk memahami bahasa al-Quran?

PINTAR AL-QURAN dihasilkan untuk mencapai tujuan tersebut melalui kedah berkesan. Di mana, beberapa perkataan di dalam al-Quran dipilih daripada mana-mana surah dan diterjemahkan ke dalam bentuk permainan. Objektif buku ini ialah untuk merangsang masyarakat agar lebih mendekati al-Quran.

Modul ini juga diolah dalam bentuk fleksibel dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan, selain dapat meningkatkan kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab dan menyelesaikan masalah.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Magis ~ Ramlee Awang Murshid

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Hujan Di Hati ~ Fateen Najwa

"Dengarkan kata-kata ini, Suraya..."
Serunya dengan suara parau dari jarak yang amat dekat. Suraya menahan nafas apabila dapat menangkap bau nafasnya yang busuk.

"Suatu hari nanti kau akan berkahwin dengan orang yang kaya berpangkat, hidup mewah...Tapi kau hanya mampu membawa malang kepada mereka. Ingat Suraya! Jangan sombong bila kau sudah jadi kaya dan terkenal."

Tubuh Suraya lemah dan dia jatuh terjelepok di atas tanah. Matanya terpejam rapat, terlalu takut untuk membuka mata. Namun, suara pawang itu masih didengarinya dengan jelas, terakam dalam relung otaknya.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Lenakan Tidurnya ~ Norhayati Berahim

Awak yang paling saya benci!
Awak...
Jangan terperanjat menerima pasu bunga ini. Saya tak letak bom di dalamnya.
Hana, awak tahu tak saya sangat bencikan awak! Bukan saja tingkah laku awak menyebabkan saya tak suka, tapi melihat awak saja sudah boleh menyebabkan mata saya sangat menderita...
Awak fikir saya cintakan awak? Awak fikir saya sangat teruja dengan awak?
Saya sangat bencikan awak, Hana. Awak seorang wanita sombong. Yang membuat saya tertanya-tanya, apa kurangnya saya? Sedangkan dalam sejarah kehidupan saya sejak bergelar pemuda selepas masuk jawi, saya sentiasa digilai wanita yang sangat tertawan dengan ketampanan saya.
Awak, saya terseksa dengan tingkah laku awak. Saya bencikan awak namun awak harus tahu, betapa banyaknya kebencian saya pada awak tidak mengurangkan rasa sayang dan cinta saya pada awak!!!

Awak yang semanis cup-cake...
Cinta saya tidak pernah berubah untuk awak...

*****

(SEM) RM31.00 - RM27.30
(S/S) RM34.00 - RM29.90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...