Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, May 27, 2020

Tuhan, Tunggu Sekejap Lagi... ~ Muhammad Syafi'ie

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

"Maaf encik, sepuluh minit lagi akan masuk waktu solat Zuhur. Saya minta izin hendak berhenti di masjid untuk solat Zuhur berjemaah." Ujar pemandu

"Eh tak boleh, saya sedang nak cepat dan kejar waktu. Ada urusan perniagaan yang penting. Nanti je saya solat Zuhur." Kata penumpang kereta itu.


Sering kali ketika panggilan azan berkumandang, kita tetap sibuk dengan pekerjaan, mesyuarat, perniagaan atau asyik bersembang dengan rakan. Seolah-olah kita ingin mengatakan: "Maaf Tuhan, kami sedang sibuk. Tunggu 30 minit lagi." Setelah berlalu 30 minit, sekali lagi kita berkata: "Maaf sangat-sangat Tuhan, belum sempat lagi, satu jam lagi ya." Begitulah yang sering berlaku sehingga luput waktu.

Buku ini hadir sebagai satu peringatan dan tamparan bagi kita yang sering lalai lagi alpa dalam menunaikan hak dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.

Hijrah Untuk Muslimah ~ Arif Rahman

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Pada mutakhir ini, golongan wanita mudah terpengaruh oleh arus kemodenan dan keseronokan duniawi. Sedangkan, mereka yang dahulunya digelar makhluk yang lemah sebenarnya amat berpotensi menggoncang dunia dan masuk ke dalam syurga dengan mudah. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang wanita telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya maka akan dikatakan kepadanya, 'Masuklah dari pintu syurga mana sahaja yang kamu kehendaki."' (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)

Justeru, amat penting didikan yang sempurna kepada wanita dalam usaha mereka menjadi Muslimah Sejati. Buku berjudul Hijrah Untuk Muslimah karya Arif Rahman ini khas buat isteri, anak perempuan, ibu dan semua wanita agar keistimewaan dan peranan mereka diangkat oleh masyrakat sepanjang zaman.

Jangan Penat Berdoa! (Doa heals all negativity) ~ Nasrudin Abdul Rahim

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Sesungguhnya Doa adalah senjata orang Mukmin. Namun sebagai insan biasa, kadang kala kita alpa dan berasa letih untuk memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Ini kerana, sifat manusia yang berbolak balik hatinya seperti sabda Nabi muhammad SAW:

"Sesungguhnya iman di hati salah seorang daripada kamu semua boleh lusuh, sebagaimana lusuhnya pakaian. Disebabkan itu, mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman di hati kamu semua". (HR. At-Tabrani)

Oleh yang demikian, sebagai orang yang beriman mari kita meyakini bahawa doa adalah ibadah yang pasti diberi pahala oleh Allah SWT sama ada cepat atau lambat dimakbulkan.

Melalui buku berjudul Jangan Penat Berdoa karya Nasrudin Abdul Rahim ini, anda pasti tidak dapat menolak hakikat & keperluan doa dalam kehidupan. Hal ini kerana, ianya membincangkan perihal doa secara terperinci, sahih dan mudah difahami oleh peringkat umur pembaca.

Maqasidul Ibadah: Memahami Intisari Makna dan Tujuan ~ Imam Izzuddin bin Abdus Salam

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.70

Kitab Maqasidul Ibadah ini merupakan karangan ulama yang sangat masyhur iaitu Sultanul Ulama, Imam Izzuddin Bin Abdus Salam.

Kitab ini membincangkan mengenai Ibadat Solat, Puasa dan Haji serta menerangkan rahsia-rahsia dan Maqasid atau tujuan pensyariatan ibadat-ibadat tersebut. Malalui buku ini, kita diajak untuk menyelami dan mendalami makna Ibadat Solat, Puasa dan Haji agar nyata dalam kita bahawa segala ibadat yang disyariatkan adalah merupakan hadiah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada hamba-Nya yang beriman.

Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asy'ari ~ As-Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdul Mutthalib

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.70

Ustaz Abu Bakar Al-Asy'ari atau nama sebenarnya Abu Abu Bakar bin Shaari merupakan seorang tokoh agama yang masyhur di utara Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Namun, di sebalik kemasyhuran beliau dalam gerakan islah atau lebih dikenali kaum muda, beliau mendapat tentangan dan kritikan daripada alim ulama alam melayu ketika itu lantaran fatwa-fatwanya yang mengundang kontroversi.

Justeru, Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili, salah seorang ulama tersohor Tanah Melayu telah mengarang dan menyusun risalah ini bagi menjawab kekeliruan yang berlaku hasil fatwa-fatwa kontroversi Ustaz Abu Bakar Al-Asy'ari yang didapati daripada buku karangannya, 'Ibadah Rasulullah SAW'.

Hidayah Al-Mutafakkirin Fi Tahqiqi Ma'rifati Rabbil 'Alamin ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Hidayatul Mutafakkirin (Hidayah Bagi Orang-Orang Yang Berfikir) merupakan sebuah kitab karangan As-Syeikh Hussain Nasir Bin Muhammad Tayyib Al-Mas'udi Al-Banjari yang membincangkan mengenai ilmu usuluddin.

Sesuai sebagai kitab Usuluddin atau Ilmu Kalam, kitab ini menerangkan perbahasan berkaitan yang terdiri daripada Hakikat Makrifat, Hukum Akal, Sifat Kamalat (kesempurnaan) bagi Allah Ta'ala, serta beberapa perbahasan lain yang berkaitan akidah. Juga didatangkan perbahasan dalil bagi perbincangan yang dibahaskan bagi mengukuhkan kefahaman para penuntut ilmu.

Jangan Biarkan Solat Anda Sia-Sia! ~ Mahmud Al-Misri

(SEM & SS) RM38.00 > RM34.20

Solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak. Solat fardu lima waktu adalah salah satu rukun islam yang lima. Ini merupakan satu asas kepada Islam yang paling utama. Sekiranya nilai atau kualiti solat kita tidak mencapai tahap sepatutnya, ia mungkin akan jadi sia-sia sahaja.

Jadi bagaimana caranya untuk menjaga kualiti solat kita? Buku Ini adalah jawapannya.

Selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan melalui pengajian atau kelas fardu 'ain, membaca juga merupakan cara menambahkan ilmu. Di dalam buku ini dihuraikan tentang 400 kesalahan yang berlaku di dalam menunaikan solat. Kadang-kadang kita merasakan solat kita sudah betul dan sempurna namun tanpa kita sedari terdapat kesalahan yang kita lakukan. Inilah yang perlu kita hindarkan. Semoga apa yang kita amalkan mendapat ganjaran yang setimpalnya bukan hanya sia-sia atau mendapat dosa.

Al-Quran Al-Karim Mushaf Taisir

(SEM & SS) RM49.00 > RM44.00

Khat baru Rasm Uthmani
Waqaf & Ibtida'
Tajwid Berwarna
Kaedah Al-Mizan
Kaedah Az-Zikr
------
Saiz: 135mm X 192mm
Hardcover


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...