Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, June 30, 2014

Izrail a.s. Malaikat Maut: Pemisah Kelazatan Dunia ~ Mansur Abdul Hakim

Izrail adalah malaikat yang ditugaskan oleh ALLAH SWT untuk mencabut nyawa setiap makhluk yang hidup. Kematian yang pastinya tidak ditangguh atau dipecepat akan dirasai apabila ajal menjelma. Sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi malaikat maut ini?

Buku ini akan merungkaikan segala persoalan berkenaan malaikat pencabut nyawa dan peristiwa kematian bersumberkan Al-Quran dan hadith Nabi SAW. Di samping menceritakan mengenai kisah-kisah para nabi, orang-orang soleh dan para sahabat menjelang kematian mereka.

Sebagai pegetahuan tambahan, naskhah ini juga menerangkan dalam perspektif Taurat, Injil dan Syi'ah Imamiyyah mengenai kematian dan sakaratul maut. Ia sebagai satu bentuk ilmu perbandingan (komparatif) terhadap perbezaan pendapat, kepercayaan dan agama.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

PROMOSI RAMADHAN 15% DISKAUN

PROMOSI RAMADHAN buat anda.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami di Booksville Ent. menawarkan buku-buku bercorak Islamik, Al-Quran pelbagai jenis dan terbitan serta buku-buku resipi dengan DISKAUN 15% dari 1 - 25 Ramadhan ini.

Dan, buat pertama kalinya, kami menawarkan CAJ PENGHANTARAN pada kadar yang MINIMUM buat anda yang membeli LEBIH 3 naskhah Al-Quran iaitu RM10 (SEM) & RM40 (S/S).

Kami juga turut menawarkan CAJ POS PERCUMA untuk belian RM80 KE ATAS untuk genre buku islamik seperti novel, buku agama atau motivasi & buku resipi.

Sebarang pertanyaan atau tempahan buku yang diingini, boleh emel kami di diskaunbukuislamik@gmail.com atau layariFB Belidiskaun untuk info lanjut.

Terima kasih

Booksville Ent.
Books For All.

Tuesday, June 24, 2014

Sifat Orang Kaya Yang Diberkati ~ John Afifi

Setiap orang pasti ingin menjadi kaya. Bagaimana hendak menjadi kaya? Itulah persoalan besar yang sering ditimbulkan. Ikhtiar dan kebijaksanaan masing-masing serta limpahan kurnia daripada Allah s.w.t. akan menjadi penentu datangnya kekayaan itu. Anugerah bakat dan potensi diri yang luar biasa yang dikembangkan dengan positif adalah pemangkin ke arah kekayaan. Oleh itu ketahui potensi diri dan bakat yang ada di dalam diri kita adalah kunci untuk menjadi kaya. 

Melalui buku ini, dapat kita peroleh tip untuk mengetahui tentang potensi dan bakat kita, yang kita kembangkan untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Memetik kata-kata seorang jutawan, "...bukan kesalahan kita jika dilahirkan miskin tetapi adalah menjadi kesalahan kita jika mati dalam kemiskinan." Lebih teruk sekali adalah apabila di akhirat kelak seseorang itu pun dalam keadaan miskin. Mudah-mudahan dengan pengisian yang dikongsikan di dalam buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menjadi kaya. Bukan sahaja kaya di dunia tetapi lebih kaya di akhirat kelak.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Budak Ajaib Mengislamkan Ribuan Orang Serta Golongan Cemerlang ~ Tri Maya Yulianingsih, M. Yusuf Abdul Rahmah

Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita apabila telah kembali ke alam barzakh nanti. Namun bukan semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan jika tidak dimulakan dari sekarang. Buku ini menceritakan tentang beberapa orang kanak-kanak yang dikurniakan keistimewaan daripada Allah Taala kerana mereka coleh menghafaz Al-Quran dalam usia yang sangat muda seawal 3 - 5 tahun. 

Maha Suci Allah s.w.t yang sentiasa memelihara Al-Quran dari sebarang perubahan. Bagaimana cara menghafaz Al-Quran? Buku ini ada jawapanya. Dikongsikan tip bagaimana menghafaz Al-Quran serta doa¬doa yang boleh dijadikan sebagai amalan untuk memudahkan kita menyebut kalimah-kalimah suci Allah s.w.t. Semoga dengan pembacaan ini menjadikan seorang mukmin yang sentiasa konsisten dan istiqamah dalam mencari keberkatan dan keredaan Allah s.w.t.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Mukjizat Asmaul Husna: Atasi Segala Masalah Harianmu ~ Haikal H. Habibillah Al-Jabaly

Asmaul Husna adalah nama-nama terbaik yang dihubungkan dengan sifat-sifat Allah s.w.t. Seseorang yang sentiasa menghayati atau menerapkan sifat Allah s.w.t. dalam kehidupan sehariannya akan memancarkan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam setiap perilakunya. Sebagai hamba-Nya, kita akan sentiasa diuji untuk meningkatkan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sesiapa yang berjaya melalui ujian ini, maka dialah pemenang balk di dunia mahupun di akhirat. 

Buku ini memaparkan cara-cara yang boleh kita lakukan dengan mengamalkan Asma Allah. Dengan cara amalan ini, kita memperoleh perlindungan dan pertolongan Allah s.w.t. dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Buku ini menghuraikan secara terperinci mengenai setiap kalimah Asma Allah yang boleh dijadikan amalan zikir harian setiap kali selepas menunaikan solar fardu atau solat sunat.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Monday, June 23, 2014

Perang Salib Ketiga: Tumpasnya Richard The Lionheart ~ Abdul Latip Talib

Selepas Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Salahudin Al-Ayubi, kerajaan Kristian Eropah gempar. Bantuan segera dihantar. Raja-raja Eropah berarak dengan ratusan ribu tentera, dan antara raja yang paling digeruni adalah raja England, Richard The Lionheart. Kepintaran strategi dan kehandalan medan tempur, menyebabkan tentera Islam tewas beberapa pentempuran. Namun perang belum berakhir kerana Salahudin Al-Ayubi masih kekal bersemangat dan tidak pernah kenal erti putus-asa.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah ~ Fahrur Muis, Muhammad Suhadi

Solat adalah topik yang tidak pernah habis ditulis dan dibincangkan. Setiap kali kita membaca berkenaannya, pasti hadir rasa kekurangan dalam solat yang dikerjakan selama ini. Walaupun sejak kecil kita sudah belajar dan hafal semua bacaan dan gerakannya, perasaan kurang yakin itu tetap ada dalam hati. Ada waktunya kita tidak khusyuk mengerjakan solat. Kita tidak fokus dan kurang faham maksud semua bacaan, malah gerakan solat kita juga tidak sempurna, sehingga secara umumnya kita berasa seluruh aspek perlaksanaannya kurang sempurna. Ini alasan utama mengapa ilmu solat perlu sentiasa dicari, dipelajari, dan dihayati oleh setiap orang Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi.

Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku panduan solat yang ringkas namun padat, mudah, praktikal, serta lengkap dengan rajah, ilustrasi, serta gambar langkah demi langkah. Kandungannya ringkas kerana buku ini hanya membincangkan perkara-perkara yang penting sahaja. Ini menjadi mudah kerana bahasanya ringkas dan juga praktikal kerana disampaikan langkah demi langkah bermula daripada membasuh kedua tangan ketika berwuduk sehingga memberi salam.

Buku ini lengkap kerana merangkumi semua isu dalam solat, iaitu tata cara, makna, kelebihan, kesalahan umum, tip-tip, perbezaan antara imam, makmum, dan individu yang solat bersendirian serta hal-hal yang lain. Selain itu, turut dimuatkan imej, gambar rajah, serta ilustrasi bagi menyokong kandungan buku. Semua hadith dalam buku ini kami pilih dengan teliti, iaitu hanya hadith yang sahih dan benar disahkan oleh pakar-pakar hadith.Semoga buku ini dapat memudahkan umat Islam dalam mempelajari dan mendirikan solat yang sempurna seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semoga tulisan ini berfaedah untuk kita semua serta usaha penulis ini diterima oleh Allah s.w.t. Akhir kata dan sekali lagi, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Sunday, June 15, 2014

Mukjizat Surah Yusuf dan Surah Maryam ~ Nurul Qomariyah

Al-Quran scbagai mukjizat terbesar yang dikumiakan Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. mengandungi berhagai manfaat dan kehebatan yang tidak teijangkau dengan akal likiran manusia. di dalam huku ini cliningkaikan mengenai kelebillan dan ketitantaan yang akin diperoleh apabila inembaca Surah Yusuf clan Small Maryam. Dila insan mulia ciptaan Allah s.w.t. yang dikurniakan berbagai kelebillan dalam mengliarungi kehidupan mereka di Awn dunia ini. 

Penulis buku ini, berkeyakinan bahawa terdapat nilai keberkatan yang dapat diperoleh apabila mengamalkan kedua-dua sunlit ini. Betapa kacak, soleli dan cekalnya sosok Nabi Yusuf a.s. yang diduga dengan pelbagai cabaran dan tintangan di dalam Surah Yusuf. Manakala peribadi Mamun yang cantik, solehab dan tabah menghadapi cemuhan dan cacian kaumnya dengan kelahiran Nabi Isa a.s tanpa proses biologi sepertiniana pasangan suami isteri biasa. Terkandung banyak doa dan zikir mustajab yang boleti diatnalkan oleh pasangan yang ingin segera meunnang cahaya mata. Selain itu juga tip amalan untuk ibu mengandung serta persediaan bagi menyambut orang barn dalam keluarga. Sebuah buku yang sangat sesuiu dimiliki dan dijadikan rujukan oleli setiap keluarga.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Rahsia Dajjal ~ Dr. Athif Lamadhah

"Dajjal itu yang buta mata kirinya, rambutnya lebat, mempunyai syurga dan neraka, nerakanya adalah syurga sedangkan syurganya adalah neraka." ( Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud) Seringkali kita mendengar perkataan atau gelaran "Dajjal" itu ditujukan kepada mereka yang jahat perangai dan akhlaknya. Tentang kemunculan Dajjal ini sudah diberikan peringatan oleh Rasulullah S.A.W. lagi dalam hadis hadis baginda. la adalah sebagai peringatan kepada umat Islam tentang betapa dahsyatnya kehancuran yang akan dilakukan oleh Dajjal kelak. 

Buku kecil ini menghuraikan kita berkenaan Dajjal yang didasarkan kepada hadis-hadis sahih. Malah dihuraikan juga tentang sifat, dari mana dan ke mana serta berapa lama is akan berada di dunia ini. Juga dihuraikan juga berkenaan fitnah-fitnah Dajjal yang perlu dihindari. Semoga dengan pencerahan ini dapat kita ambil pengajaran dan ikhtibar sebaiknya untuk ndapat keredhaan dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90

Selamat! Anda Sampai di Syurga ~ Abdullah Nasih Ulwan

Apakah pelan tindakan atau perancangan kita untuk mencapai kejayaan di dunia. Pastinya usaha gigih, fokus dan strategi yang betul. Begitu juga untuk mencapai kejayaan di akhirat, sudah pastinya punya cara dan jalannya. Yang paling utama ialah lakukan setiap suruhan Allah dan tinggalkan atau jauhi setiap larangannya. Ini adalah resepi utama untuk kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat. 

Buku yang sedang anda pegang ini mengajak kita semua untuk meletakkan syurga itu sebagai matlamat utama. Selain itu memberikan inspirasi kepada kita semua bagaimana caranya untuk mencapai syurga yang menjadi idaman setiap orang yang beriman. Bacaan yang penuh inspirasi dan gagasan yang menggerakkan jiwa dan raga kita untuk menuju dan mencapai syurga. Berusahalah dengan gigih, berdoalah dengan ikhlas dan patuhlah kepada suruhan dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Pasti cahaya dan bau syurga itu semakin kita dekat kepada kita. Semoga dengan kehadiran buku ini langkah kita ke arah syurga lebih bersemangat. Selamat datang ke syurga...

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Pedoman Suluk & Tawassul Menggapai Wajah Ilahi ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Adakah kita memerlukan Allah S.W.T dalam kehidupan ini? Masihkah kita meyakini dan mengimani kekuasaan-Nya, kasih-sayang-Nya, segala anugerah-Nya dan balasan-balasan yang akan kita peroleh di akhirat kelak? Pasti semua yang mengaku Islam akan menjawab, "Ya, kami beriman kepada Allah S. WT" Tetapi realitinya, manusia yang membuat pengakuan tadi sering mengabaikan-Nya, melupakan-Nya dan hanya mengingati-Nya bila hidup mula gundah, susah dan dirundung gelisah.

Kenapa ini sering terjadi kepada makhluk bernama manusia? Pasti ada kepincangan di dalam hati kita. Kita masih belum mampu menghadirkan `Wajah Ilahi' ke dalam jiwa dan hati kita. Luahan cinta kita kepada Ilahi hanya terukir di bibir sahaja tanpa mekar subur di dalam hati.
Buku hasil warisan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini membicarakan peringatan kepada kita agar kembali ke jalan-Nya. Suluk (jalan) dan tawassul (panduan) yang membawa kita untuk menghadirkan (Wajah Ilahi' dalam setiap langkah kehidupan kita. Ingatan kita sentiasa kepadaNya agar mampu meraih reda dan kasih-Nya yang dapat menjadikan kita sebagai kekasih Allah. Kita dambakan seruan cinta-Nya : "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Surah Al-Fajr : 27-30)

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Friday, June 6, 2014

Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi ~ Al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi

Sepanjang hayat Imam Nawawi, beliau sentiasa sibuk dengan menuntut dan menyebarkan ilmu, menulis kitab, beribadah seperti puasa, wirid, dan zikir. Perwatakan beliau begitu sederhana, warak dan zuhud. Manakala pakaiannya adalah daripada kain kasar, berserban berwarna hitam dan kecil. Pengorbanan dan sumbangannya terhadap peradaban dan tamadun Islam amatlah besar. Karya-karya beliau menjadi rujukan dan sumber ilmu bagi umat Islam sehingga kini.
Al-Azkar merupakan salah satu hasil karya beliau yang begitu bermakna untuk semua umat Islam. Bicaranya dalam karya ini adalah tentang zikir serta amalan dalam kehidupan seharian kita. Susunan hadis-hadis sahih yang berkaitan tentang amalan serta zikir mampu memberi sinaran bagi menyuluh kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
(Al-Dzariyat:56)

"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan Wgat (pula) kepadarnu."
(al-Baqarah:152)

Hasil karva Imam Nawawi ini diolah secara ringkas dan mudah. Fokus utamanya adalah untuk memberi pengetahuan tentang amalan-amalan, zikir dan juga bila masa untuk mengamalkannya. Rujukan ini memudahkan lagi kita dalam memahami serta beramal dengan zikir-zikir yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Kajian dan usaha yang disumbangkan oleh Imam Nawawi ini amat bermakna untuk seluruh umat Islam hari ini dan akan datang dalam menjalankan ibadah seharian. Ilmu yang dinukilkan oleh Imam Nawawi ini mampu menjadi panduan bagi kita.

"...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian aku dipertintahkan , dan aku termasuk di kalangan orang muslim (berserah diri)."

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 -RM55.40

Lelaki-lelaki Hebat di Sekeliling Rasulullah s.a.w. ~ Mahmud Al-Misri

Sebaik-baik ikutan dan teladan dalam hidup ini adalah para rasul dan mursalin terutamanya junjungan besar Muhammad S.A.W. Setiap para nabi dan Rasul ini mempunyai pengikut dan penolongnya. Adapun pengikut dan pembantu Nabi Besar Muhammad S.A.W. yang setia dalam memperjuangkan keunggulan dan keindahan Islam adalah "Lelaki-Lelaki Yang Hebat Di Sekeliling Rasulullah S.A.W."

Dua jilid buku ini memaparkan kecintaan tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman kepada Islam yang menjadi sebutan bukan sekadar penduduk bumi malah juga mendapat pujian daripada penduduk langit. Telusuri perjalanan kisah para sahabat Nabi S.A.W. yang hebat ini, bayangkan seolah-olah kita hidup bersama mereka walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita. Contohi teladan mereka , kecintaan mereka kepada Islam, perjuangan mereka mendaulatkan Islam hingga ke seluruh pelosok dunia. Bermula dakwah mereka di bumi Mekah yang gersang dan berkembang luas hingga meruntuhkan dua empayar besar pada zamannya iaitu Rom dan Parsi dan hinggalah ke hari ini Islam diterima di setiap pelusuk dunia. 

Tokoh-tokoh besar seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi dinyatakan kehidupan dan kecintaan mereka kepada Islam. Bukti-bukti kecintaan dirakamkan dalam buku ini bersandarkan daripada penulisan ulama-ulama Islam sepanjang zaman. Kita akan melalui pengalaman kerohanian yang realistik bagaimana lelaki-lelaki hebat ini menjual diri-diri mereka untuk mencapai keredaan Allah yang Maha Kuasa. Peribadi-peribadi yang wajar menjadi ikutan dan suri teladan bagi umat sepanjang zaman.

*****

(SEM) RM79.00 - RM69.50
(S/S) RM82.00 - RM72.20

Lelaki-lelaki Hebat di Sekeliling Rasulullah s.a.w. (Jilid 1) HC ~ Mahmud Al-Misri

Sebaik-baik ikutan dan teladan dalam hidup ini adalah para rasul dan mursalin terutamanya junjungan besar Muhammad S.A.W. Setiap para nabi dan Rasul ini mempunyai pengikut dan penolongnya. Adapun pengikut dan pembantu Nabi Besar Muhammad S.A.W. yang setia dalam memperjuangkan keunggulan dan keindahan Islam adalah "Lelaki-Lelaki Yang Hebat Di Sekeliling Rasulullah S.A.W."

Dua jilid buku ini memaparkan kecintaan tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman kepada Islam yang menjadi sebutan bukan sekadar penduduk bumi malah juga mendapat pujian daripada penduduk langit. Telusuri perjalanan kisah para sahabat Nabi S.A.W. yang hebat ini, bayangkan seolah-olah kita hidup bersama mereka walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita. Contohi teladan mereka , kecintaan mereka kepada Islam, perjuangan mereka mendaulatkan Islam hingga ke seluruh pelosok dunia. Bermula dakwah mereka di bumi Mekah yang gersang dan berkembang luas hingga meruntuhkan dua empayar besar pada zamannya iaitu Rom dan Parsi dan hinggalah ke hari ini Islam diterima di setiap pelusuk dunia. 

Tokoh-tokoh besar seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi dinyatakan kehidupan dan kecintaan mereka kepada Islam. Bukti-bukti kecintaan dirakamkan dalam buku ini bersandarkan daripada penulisan ulama-ulama Islam sepanjang zaman. Kita akan melalui pengalaman kerohanian yang realistik bagaimana lelaki-lelaki hebat ini menjual diri-diri mereka untuk mencapai keredaan Allah yang Maha Kuasa. Peribadi-peribadi yang wajar menjadi ikutan dan suri teladan bagi umat sepanjang zaman.


*****

(SEM) RM89.00 - RM78.30
(S/S) RM92.00 - RM81.00

Membimbing Hamba Allah Menuju Jalan Hidayah ~ Irsyad Al-Ila Sabil Al-Rasyad

Ini adalah suatu risalah pada menyatakan Iqtiqad bagi Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah yakni ahli yang mengikut akan jalan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan Khulafa' Al-Rasyidin yang kemudian daripada Nabi.

Hai saudaraku! Hendaklah bersungguh-sungguh oleh kamu pada merneliharakan iman kamu dan agama kamu daripada hap-hap yang membinasakan keduanya dan hendaklah kamu sahkan kamu dengan barang yang dii'tiqadkan dia oleh Ahli Al-Sunnah wa AI -Jama'ah yang tiada syubhah dan bid'ah padanya sekali-kali dan hendaklah kamu berlajar akan ilmu yang sebenar daripada guru yang benar lagi masyhur ilmunya dan nya antara manusia, lagi guru terpelihara ia daripada tamak akan harta dunia dan tiada dengki dan tiada takabbur kerana tiada berhimpun sekali-kali ilmu yang sebenar pada hati yang ada padanya suatu sifat daripada sifat yang tiga itu. 

Dan telah banyak pada zaman ini beberapa manusia yang mendakwa akan dirinya alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang salah dan beberapa dan rahsia yang menyesatkan hamba Allah dan setengah mereka itu yang berpegang dengan zahir ayat Al-Qur'an yang mutasyabihah atau sunnah yang mutasyabihah pada hal tiada dilintangkan dengan dan yang muhkamat tetapi berpegang oleh mereka itu dengan zahir ayat yang mutasyabihah, maka jatuh mereka itu di dalam laut kufur, maka sesat mereka itu dan menyesat oleh mereka itu akan manusia yang awam. Maka adalah mereka itu seperti Dajjal atau terlebih jahat daripada Dajjal dan qasad oleh mereka itu dengan demikian itu hendak menipu daya akan harta manusia supaya hendak memenuhkan perutnya dengan harta yang haram, maka lagi akan dipenuhkan perutnya dengan api nesaka Jahannam seperti berfirman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Erti: Kata olehmu, ya Muhammad! Bahawasa segala mereka yang mengada-ada oleh mereka itu alas Allah Ta'ala akan dusta itu, tiada beroleh kemenangan mereka itu kerana berkehendak akan mata benda dunia yang sedikit kemudian kepada Kami kembali mereka itu, kemudian Komi rasakan mereka itu akan azab yang amot keras dengan sebab barang yang telah ada mereka itu kufur.

Semoga kitab yang kecil ini membawa faedah yang besar bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan yang diredhai Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas pengarang kitab ini yang telah bertungkus lumus dalam menyampaikan ilmu Allah yang telah diamanahkan ke atasnya.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90

Tafsir Ibnu 'Abbas ~ Abu Thahir Muhammad bin Ya'kub Fairuzabadi

Al-Quran dihidangkan dengan penuh hikmah oleh Allah S.W.T. Hikmah yang hanya akan dinikmati oleh mereka yang memahami pengisian, meyakini keimanan kepada Allah S.W.T serta mengamalkannya sebai panduan kehidupan seharian. Sesungguhnya diturunkan Al-Quran merupakan rahmat dan nikmat yang paling besar bagi seluruh umat manusia terutama umat Islam. 

Dalam memahami dan menghalusi susur-susur ayat yang indah yang diwahyukan Allah itu, rujukan dan sumber yang paling lengkap serta dihasilkan oleh individu yang berkaliber amat ditagih dan diperlukan. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah S.A.W sendiri.

Seperti yang kita telah ketahui, Ibnu Abbas merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat dikagumi daripada segi ilmu Al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan antara ahli tafsir yang terawal mentafsirkan Al-Quran. Hasil tafsirannya telah dibukukan dan menjadi rujukan serta panduan bagi generasi seterusnya sehingga kini. Ibnu Abbas ini yang nama sebenarnya Abdullah ibnu Abbas yang juga merupakan sepupu kepada Rasulullah S.A.W. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah S.A.W agar dikurnikan Allah kefahaman tentang Al-Quran. Beliau merupakan seorang ulama serta penghafal Al Quran yang memiliki ilmu yang amat luas dalam penafsiran al-Quran dan perawi hadis.

Kehadiran Tafsir Ibnu Abbas yang terbahagi kepada 3 jilid ini merupakan kesinambugan yang amat diperlukan oleh seluruh umat Islam sekarang dalam memahami dan mendalami ilmu Al-Quran. Lebih-lebih saat-saat ini umat Islam semakin jauh daripada Al-Quran dek kesibukan dan kemajuan yang kian menghakis setiap saat dalam kehidupan seharian mereka. Semoga dengan kehadiran buku akan menjadi dengan asas dan panduan untuk setiap umat Islam dalam mendalami dan menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran. Sunnah Nabi dan Syariat Allah.

*****

(SEM) RM299.00 - RM263.00
(S/S) RM302.00 - RM265.80

Wednesday, June 4, 2014

Jika Anda Ingin Bahagia, Inilah Cara Berhubung Dengan Allah s.w.t. ~ Muhammad Makhdlori

Cuba nilaikan keuntungan yang anda dapat daripada bisnes yang anda usahakan setiap bulan? Berapakah lebihan keuntungan yang anda dapat setiap akhir tahun? Satu juta, dua juta, sepuluh juta ataupun seratus juta. Pastinya anda akan merasa seronok apabila keuntungan anda berganda dan sentiasa bertambah setiap bulan. Malah anda sentiasa mengharapkan agar terus untung dan untung.
Namun itu semua adalah nilaian daripada segi nilaian harta materialistik. Lain pula kebahagiaan yang dinilaikan dari sudut keuntungan apabila bertransaksi dengan Allah s.w.t. 

Kebahagiaannya bukan sahaja di dunia malah juga kebahagiaan di akhirat yang hakiki dan sebenar. Lalu bagaimanakah caranya untuk meraih kebahagiaan itu?

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Penghapus Dosa Anda Dengan Ayat Al-Quran ~ Muhammad Shayim

"Dan bersegeralah kamu untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya, seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa. (laitu) orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah dan orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
(Surah Ali-lmran: 133-135)

Manusia merupakan makhluk ciptaan yang lemah dan banyak melakukan kesalahan, baik yang dipengaruhi hawa nafsunya, ketamakan jiwanya, mahupun kerana tipu daya syaitan. Namun, seorang mukmin sejati akan segera memohon keampunan dan bertaubat yang disertai penyesalan pada apa yang telah dia lakukan, serta bertekad agar tidak mengulangi perbuatannya kembali.

Semoga dengan percerahan dan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini dapat kita manfaatkan sebaiknya. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Al-Quran yang juga panduan dan manual rujukan untuk seluruh umat Islam sehingga hari kiamat kelak.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...