Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, September 29, 2015

Menggapai Husnul Khatimah ~ Muhammad Widus Sempo

Mengakhiri usia dengan husnul khatimah bukan satu perkara yang susah seperti yang difikirkan oleh majoriti masyarakat awam, bahkan juga dalam kalangan intelektual. Apa yang susah adalah sekiranya persepsi ini dibiarkan berlarutan. Ini sehingga menggigit daya pemikiran dan hati, tanpa sebarang usaha bagi menjelaskan sejauh mana peluang dan persiapan setiap insan dalam meraih husnul khatimah.

Husnul khatimah adalah jalan keemasan yang memimpin kita bagi meraih darjat kehambaan. Ini tidak dapat dinilai walaupun dengan emas. Darjat kehambaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mendapatkan keredhaan dan maghfirah (keampunan) Allah s.w.t. Ini memungkinkan kita menemui dan melihat zat-Nya tanpa hijab di akhirat nanti.

ISI KANDUNGAN
Bab 1: Damba dan Impikan Husnul Khatimah
Bab 2: Syurgamu di Bawah Telapak Kaki Ibu
Bab 3: Sentiasa Berada dalam Naungan Kalimah Tauhid
Bab 4: Lazimi Diri dengan Zikir Pagi dan Petang
Bab 5: Merperbanyakkan Istighfar
Bab 6: Memperbanyakkan Selawat
Bab 7: Menggalakkan Budaya Mengaji pada Setiap Hari
Bab 8: Sudah Halalkah Makanan dan Minuman Kita?
Bab 9: Adakah Kita Sudah Memiliki Mata Kalis Api Neraka
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Monday, September 28, 2015

Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti Dalam Kenangan ~ Tim Akademi Intelektual Muda (AIMs)

Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam kenangan adalah himpunan kertas kerja yang ringkas dan padat berkenaan seorang ulama kontenporari yang tiada tandingannya pada zaman ini. Di samping kisah hidup dan latar belakang beliau, buku ini juga cuba mengetengahkan aspek pemikiran beliau yang dilihat kontroversi dan mengundang pelbagai kritikan, sehingga akhirnyadikurniakan syahid kerana dibom ketika sedang mengajar. Semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau.

"Penguasaan dalam bahasa Arab yang baik, pidato yang mengesankan jiwa, hujah yang mantap, wajah istidlal daripada dalil dan juga kekuatan Usul Al-Fiqh menjadikan beliau cukup terkenal di bumi Syam. Beliau mampu mengajar ilmu tasawuf melalui Syarah Hikam yang cukup terkenal. Kajian sirah nabawiyah melalui kitabnya Fiqh As-Sirah melonjokkan namanya ke persada tokoh ulama dunia mutahkhir ini."
S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri
Mufti Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Dance In The Rain ~ Rabiatul Faazra

Kenapa mujahadah itu pahit?
Kerana syurga itu manis.
Ceritanya bermula begini...

Ini kisah seorang gadis yang mahu mengenal Tuhan. Ibarat diari, dia mencoret tentang percintaan, persahabatan, perubahan diri dan segala macam rasa yang dia lalui.

Ada suka dan duka. Ada masam dan manis. Ada masam dan tawar. Ehhh...macam-macam ada.

Bercampur perasaannya. Selayaknya menari di dalam hujan. Dance in the rain. Dia ingin sekali berkongsi hakikat perjalanan seorang hamba, sebelum kembali bertemu-Nya.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50


Tuesday, September 15, 2015

Maryam Anak Syurga ~ Ruqayyah Farhani, Abdullah Mubarak

Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian, sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan, sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan.

Sebaik sahaja aku masuk ke bilik itu, kelihatan dari jauh tiga orang doktor di katil Maryam. Aku segera mendekati, dan hancur luluh hatiku. Muka maryam sudah berubah, tersangat lain. Berlaku pendarahan sangat banyak. Darah keluar dari mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada.

Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar. "Maryam, Mama datang, sayang...."

ISI KANDUNGAN
Penantian 29 Minggu
Maryam Farihah Anak Syurga
Allah Pinjamkan Maryam 14 Hari
Detik-detik Indah bersama Maryam Farihah
Perkongsian daripada Aku yang Lemah
Daripada Hati Baba Maryam
Seribu Satu Hikmah
*****
(SEM & S/S) RM13.00 > RM11.40

Thursday, September 10, 2015

Check-In Iman ~ Khadijah Khalilah

Tak boleh cepat tak boleh lambat....

Adakala kita rasa macam tak sempat sahaja nak kejar urusan dunia dan tugasan kerja serta belajar. Macam masa 24 jam itu memang tak cukup-cukup. Kenapa itu berlaku?

Sebab itu, kita perlu check-in iman kita.

Masa 24 jam sehari aku, banyak dibazirkan untuk apa?

Sepanjang hidup aku, apa bekalan yang aku dah cari untuk dibawa ke akhirat nanti?

Apa kebaikan yang aku lakukan dalam sehari?

Apa ilmu yang aku dapat hari ini?
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50 

Wednesday, September 2, 2015

Panduan Haji, Umrah, Ziarah (4 warna) ~ Hj. Abu Mazaya Al-Hafiz

Sebelum ibadah haji,umrah juga merupakan salah satu ibadah sunat. Disamping mendapat pahala, kita dapat menziarahi tempat-tempat bersejarah yang penuh dengan pengajaran.

Oleh itu,buku ini disusun dengan sistematik dan mengikut tertib dalam menunaikan ibadah haji, umrah serta ziarah.

Usaha ini memudahkan bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah haji, umrah dan ziarah. Dalarn risalah ini juga penyusun berusaha menjauhkan dari berbagai amalan yang menjadi ikhtilaf iaitu perbezaan furu` yang tidak akan mencacatkan ibadah anda.

Oleh itu risalah ini amat sesuai dijadikan panduan bagi rnencapai kesempurnaan ibadah haji.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Tuesday, September 1, 2015

Trust No One ~ Jerry D. Gray

Misteri kehilangan MH370 Malaysia Airlines masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, motif kehilangan pesawat itu masih belum terungkap walaupun banyak pihak sudah menyatakan pelbagai spekulasi dan andaian.

Begitu halnya kepada pelbagai bencana yang berlaku di seluruh dunia seperti gempa bumi di jepun, tsunami di Acheh, banjir di Pakistan, pemanasan global, program kawalan populasi, penipuan vaksin dan pengkhianatan dalam industri perubatan dunia. Aneh.

Buku ini membincangkan konspirasi terancang yang dilakukan pihak tertentu bagi menguasai umat manusia di seluruh dunia.

Agenda keji dengan kolaborasi pihak media menjadikan perancangan yang dilakukan cukup licik sehinggakan ramai di antara kita sudah tertipu dan percaya kepada fitnah.

Jangan biarkan kita menjadi mangsa penipuan dalam senyap.
Kita bukan tuli untuk bersuara, bukan buta untuk menilai.
Oleh itu, jangan percaya sesiapa, persoal segalanya, selidik dengan mata hati, dan iman yang benar.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Rasulullah Is My Doctor: Edisi Bahasa Malaysia ~ Jerry D. Gray

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Kedoktoran Rasulullah s.a.w
Bab 1: Menyedari dan Mempercayai
Bab 2: Doa, Ubat yang Diperlukan
Bab 3: Habbatussauda (Biji Jintan Hitam)
Bab 4: Bekam

Bahagian 2: Manfaat Ramuan Semula Jadi
Bab 5: Tajamkan Pandangan Mata
Bab 6: Ramuan dari Pasar

Bahagian 3: Ancaman Terhadap Kesihatan Manusia
Bab 7: Kakacauan Perubatan
Bab 8: Kebenaran yang Menakutkan Mengenai Vaksin
*****
(SEM & S/S) RM25.00 - RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...