Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Must Read. Show all posts
Showing posts with label Must Read. Show all posts

Wednesday, August 23, 2023

Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat ~ Ustaz Ghazali Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Ilmu Faraid adalah kunci untuk kita mengurus, membahagi dan merancang harta pusaka. Namun, ramai umat Islam hari ini mengabaikan ilmu tersebut. Akibatnya, berlaku perebutan harta dalam kalangan ahli keluarga. Banyak kes pembahagian harta pusaka yang masih tidak selesai walaupun pemiliknya sudah lama meninggal dunia. Realiti hari ini benar-benar membuktikan bahawa ilmu faraid adalah ilmu yang dilupakan dan mula-mula dicabut daripada umat Nabi Muhammad SAW. 

Maka, marilah kita sama-sama mempelajari ilmu faraid agar kita tahu hak dan bahagian sebenar setiap waris. Jangan sampai kita terambil atau merampas bahagian yang bukan hak kita! Apa yang lebih penting, harta yang ditinggalkan sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang si mati terlebih dahulu.

Saturday, February 18, 2023

Jejak Rasulullah s.a.w di Syurga Baqi' ~ Ahmad Farkhan Daie

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Setelah penghijrahan Nabi SAW ke bumi Madinah. Satu persatu perubahan telah berlaku ke atas bumi bertuah ini. Bumi Madinah yang dahulunya merupakan tanah yang biasa berubah menjadi istimewa asbab daripada penghijrahan Rasulullah SAW. Di sana bermula segalanya, di sana juga terdapat lima tanda syurga. Antaranya adalah Jannatul Baqi'. Kawasan yang menyemadikan kebanyakan para sahabat, para tabiin, dan orang orang yang berjuang untuk agama. . Sehingga sekarang Jannatul Baqi' merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah sejak 1400 tahun yang lepas. 

Sesiapa sahaja yang meninggal di Kota Madinah dalam kalangan umat Islam akan disemadikan di Baqi', termasuklah jemaah haji dan umrah yang datang sebagai penziarah ke Kota Madinah. Kenapa dipanggil Jannatul baqi ? Kenapa tanah Baqi yang dipilih ? Apa bezanya Baqi' daripada tanah perkuburan yang lain ? Di manakah letaknya pusara sahabat sahabat dan keluarga Nabi SAW? . Selamilah seribu satu cerita mengenai Jannatul Baqi' dalam buku ini yang pastinya membuat para pembaca berasa ingin menjejak kaki ke bumi Madinah dan menziarahi Baqi'. Mudah - mudahan hasil bacaan akan menjadi asbab hidayah kepada seluruh umat untuk mencintai ahli Baqi'

Panduan Lengkap Bimbingan Solat ~ Dr. Rohaily Al-Jawhary

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00 

"Solat pada waktunya, barang siapa yang meninggalkan solat, maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama."
(Riwayat al-Baihaqi)

Buku ini sebagai panduan bagi umat lslam dalam menunaikan ibadah utama, iaitu solat. Buku panduan sebegini amat perlu dimiliki oleh setiap Muslimin dan Muslimat kerana wajib bagi kita melaksanakan solat dengan betul dan sempurna agar solat kita diterima.K etahuilah jika solat kita tidak diterima, maka dikhuatiris eluruh amalan kita juga tidak akan diterima kelak. Betapa ruginya jika itu terjadi sedangkan peluang untuk melaksanakan ibadah solat dengan sempurna telah terbentang di depan mata, antaranya melalui buku ini. Oleh itu, dapatkan buku ini demi akhirat yang abadi. Satu rumah satu buku Panduan Lengkap Bimbingan Solat!

Antara yang menarik dalam buku ini:
- Panduan cara melaksanakan solat denganbetul -mengikut langkah demi langkah.
- Reka bentuk dan gambar yang menarik.

Bonus!
. QR code audio bacaan-bacaan dalamsolat oleh imam masjid.
. Zikir-zikir dan doa-doa selepas solat.
. Panduan solat qasar dan jamak.
. Panduan solat Jumaat.
. Soal jawab berkaitan solat danhukum-hukum berkaitannya.

Khusyuk Solat: belum Sampaikah Masanya? ~ Dr. Rohaily Al-Jawhary

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

"Apabila kamu bangun untuk mengerjakan solat, solatlah dengan bayangan solat perpisahan (kali terakhir)."
(Riwayat ibnu Majah)


Pentingkah khusyuk dalam solat? Jawapannya amat penting untuk mendapatkan khusyuk dalam solat sebagai tanda kita benar-benar ikhlas melaksanakan tuntutan utama dalam agama dan tanda patuh kepada Allah SWT. Selain itu, khusyuk dalam solat amat dituntut sebagai bukti kita seorang hamba Allah SWT yang sentiasa mematuhi suruhan dan larangan-Nya, sekali gus menjadikan kita hamba yang disayangi oleh Allah SWT. Bukankah tanda kita menyayangi dan mengingati Allah SWT adalah dengan cara melaksanakan solat dengan khusyuk dan sempurna? Bagaimanakah cara melaksanakan solat yang sempurna? Salah satunya dengan khusyuk dalam solat, insyaAllah moga pahal aamalan solat kita diterima oleh Allah SWT dan mencegah kitamelakukan kemungkaran di bumi Allah SWT ini.

Antara yang menarik dalam buku ini:
- Panduan membaca setiap bacaan dalam solat yang betul dan tepat bagi mendapatkan khusyuk dalam solat.
- Reka bentuk dan gambar yang menarik.
- Bonus kisah-kisah menarik sahabat Nabi SAW dahulu melaksanakan solat walaupun dalam keadaan terseksa dan cedera.
- Bonus doa-doa pilihan dalam solat dan al-Quran.

LOST: Nota Refleksi Diri ~ Nadia Bakar

(SEM & SS) RM69.00 > RM65.00

Sungguh ketika kita diuji, semuanya terasa menekan emosi, mental dan fizikal. Lost! Akal yang waras turut tercabar. namun, ketahuilah kita tidak pernah bersendirian. Setiap ujian didatangi "teman". Teman yang dipanggil ibrah, dengan ibrah inilah kita sedang dibimbing oleh Tuhan untuk menjadi mukmin sejati.

Bukankah ujian mendekatkan kita dengan Tuhan? Dengan mendekati Tuhan hati menjadi tenang, hidup menjadi lapang, masa depan menjadi gemilang.

Namun, proses melalui ujian bukannya mudah. Sering kali ramai yang goyah. Sampai terlupa Tuhan itu ada, hanya menunggu kita datang kepada-Nya dengan sepenuh jiwa.

LOST digarap buat peneman hati yang hilang arah. diisi dengan tadabbur ayat surah-surah terpilih, jurnal al-Quran yang berkisar tentang amalan-amalan dan sikap-sikap yang memandu kita ke arah kebaikan, pengajaran dan hikmah di sebalik asmaul husna serta panduan yang boleh diikuti ketika ditimpa ujian.

Apatah lagi buku ini lebih terasa soulnya kerana penulis sendiri menulis ketika beliau sedang berkuat melalui fasa LOST. Moga ibrah yang telah dirasakan oleh penulis dapat pula meresapi ke jiwa bakal pembacanya nanti insyaAllah.

Thursday, July 7, 2022

Ensiklopedia Keluarga Bahagia ~ Dr. Wan Nor Adibah Wan Ahmad, Dr. Norsaleha Mohd Salleh, Ustazah Asma' Harun

(SEM & SS) RM140.00 > RM135.00

Tajuk ‘Ensiklopedia’ dipilih kerana buku ini adalah sebuah naskah panduan lengkap tentang bagaimana hendak melayari kehidupan berumahtangga yang bahagia, mengikut syariat Islam.

Setiap topik disusun mengikut semua fasa dalam kehidupan berumahtangga iaitu daripada alam sebelum berkahwin sehingga sudah berumahtangga, mempunyai anak, juga jika berlaku perpisahan (perceraian) diulas secara terperinci dan mendalam. Byline ‘Cinta Sampai Syurga’- Kerana matlamat sebuah keluarga seharusnya untuk mencapai kebahagiaan dan ahli keluarganya saling sayang menyayangi antara satu sama lain, dan dibentuk berlandaskan syariat Islam bagi menggapai reda Allah SWT yang seterusnya bersama-sama dapat mencapai syurga.

 

Perubatan Al-Quran Rawatan Penyakit Kronik ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM60.00 > RM57.00

Siri buku Perubatan AL Quran membuktikan betapa mujarabnya ayat-ayat Al Quran dalam merawat penyakit. Jika siri pertama berkisarkan penyakit kanser, siri kedua pula tampil dengan isu berkenaan 16 penyakit kronik yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung koronari dan strok.

Punca simptom dan langkah pencegahan dirungkai satu per satu dengan garapan gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan umum. Isu buku ini padat dengan kupasan bagaimana Al-Quran memiliki kuasa penyembuh yang tidak mampu dinafikan meskipun proses rawatan tersebut tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Inilah anugerah bagi insan oleh Allah SWT. Selain kaedah perubatan Al_Quran, buku ini turut memaparkan kaedah perubatan moden dalam merawat penyakit kronik.

Percayalah, tiada yang mustahil dengan izin Allah SWT.
Siapa yang perlu memiliki buku ini.
  • Mereka yang sedang menghidapi penyakit kronik.
  • Mereka yang telah mencuba rawatan perubatan moden, namun tidak menemui kesembuhan.
  • Mereka yang tidak kenal erti putus asa dalam ikhtiar untuk kembali sihat.

Monday, January 24, 2022

Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM70.00 > RM68.00

Dengki, hasad dan dendam ialah barah yang yang wujud sejak ada kehidupan alam ini. Apabila dendam dan iri hati melanda, tiada jalan lain yang dipilih melainkan perbuatan mensyirikkan Allah ini. Terkena buatan orang, terkena santau, disihir sehingga bercerai dan dipukau sampai kehilangan semua duit. Semua ini ialah realiti yang berlaku dalam masyarakat sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini.

Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ini ialah buku ketiga dalam siri Perubatan Al-Quran. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian.
Bahagian 1: Memahami Alam Jin
Bahagian 2: Memahami Gangguan Sihir dan Saka Keturunan
Bahagian 3: Kaedah Rawatan dengan Al-Quran
Bahagian 4: Jurnal Pesakit

Setiap bahagian disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan. Ia padat dengan maklumat yang sukar diperoleh dan jarang dibincangkan. Buku ini juga dapat membantu pembaca spaya lebih memahami simptom terkena sihir serta perbezaannya dengan penyakit biasa. Benarkah tekanan darah naik, jantung berdebar, sakit di sendi-sendi, sesak nafas, pening atau sakit kepala, penyakit kulit seperti ekzema dan lain-lain mempunyai kaitan dengan sihir?

Mengapa kita sering kali mendengar kisah pihak perubatan moden tidak dapat mengenal pasti punca tanda-tanda penyakit di atas? Bahkan setelah berkali-kali menjalani rawatan dan berhabis ribuan ringgit, penyakit tidak juga hilang. Mengapa? Adakah ayat-ayat al-Quran hanya sebagai penawar kepada saka? Atau ia mampu mengubati segala penyakit di atas? Buku ini mendedahkan "the power of quranic medicine".

Kaedah rawatan yang dinyatakan dalam buku ini ialah dengan amalan bacaan ayat-ayat al-Quran dan juga ibadah-ibadah lain yang boleh dibuat sendiri oleh mangsa sihir atau ahli keluarganya.

Monday, August 2, 2021

Why So Serious, Parents? ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM39.00 > RM37.00

Anak tertumpahkan air,marah.
Anak conteng dinding, marah.
Anak lambat membaca, marah.
Semua benda pun nak marah.
Cuba tarik nafas, hembusss….

Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.

Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?

Why so serious, parents?
Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.

Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.
Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.
Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya.
Dan sementara semuanya masih belum terlambat.

Why so serious, parents?
Let’s try to put a smile on our face everyday, and be the funniest, the happiest and the proudest parents to our children.

How's Your Day So Far? ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Mengandungi 123 quotes oleh Adlil Rajiah.
Mempunyai 127 halaman berwarna-warni.

Sinopsis:
Kita stress bukan sebab hidup kita tak terurus,
tapi sebab kita lupa,
yang menguruskan hidup ini bukan kita,
tapi Tuhan.

Dan betapa kita pasti ada Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang.

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM50.00 > RM48.00

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.

Saturday, November 14, 2020

Menunggu Dalam Sabar


Bagaimana reaksi kita bila tiba-tiba tersentap?Bagaimana kita berusaha menahan sabar?
Untuk didik akhlak yang baik ketika marah, ia bukan mudah. Kena belajar.

Buku: Najmi Nawawi. 2015. Head With Serban. Komrad buku. Selangor.

Friday, November 13, 2020

Muhammad Rasul Terakhir (hard cover) ~ Dr. Rohaily Al-Jawhary

(SEM & SS) RM80.00 > RM75.00

MUHAMMAD SAW RASUL TERKAHIR : Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahin a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi

Toolkit Ahli Politik Junior ~ Mohd Hafiz Mahaiyadin

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Buku ini memperkenalkan politik Islam sebagai toolkit panduan kepada para pembaca amatur yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Kefahaman ini amat penting kepada semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya bakal pemimpin dan ahli politik junior yang menjejak langkah ke dalam kancah kepimpinan masyarakat. Tidak kira apa sahaja organisasi, pertubuhan dan parti politik yang disertai, kita mesti menjadikan Nabi Muhammad dan Khulafa al-Rasyidin sebagai ikon politik kita. Melalui kesedaran politik yang tinggi, kita semua akan sedar kepimpinan merupakan amanah yang akan dipersoalkan Allah pada hari akhirat kelak. Politik Islam juga mendidik ahlinya tidak menjadikan jawatan sebagai peluang untuk mengumpul kekayaan dan pangkat sehingga mengabaikan kepentingan rakyat jelata.

Melalui pembacaan beberapa isu politik kontemporari yang termuat dalam buku ini juga, pembaca akan memahami Islam menyediakan ruang yang anjal kepada umat Islam untuk mencari teknik dan pendekatan terbaik bagi melaksanakan sistem politik Islam. Penyokong gerakan Islam pula akan menyedari kaedah pemerintahan Islam klasik bukan bermaksud bagi menggambarkan sistem politik

Monday, November 2, 2020

Tanda Allah Sayang


How was your day?Jika ok, Alhamdulillah.
Jika tak ok, takpe. Allah kan ada untuk mengadu.

Buku: Head With Serban

Wednesday, October 21, 2020

Ketentuan Allah ajar kita bersyukur


Apa yang berlaku semuanya telah ditentukan oleh Allah.Bagaimana kita belajar bersyukur meskipun ia cuba rezeki yang nampak kecil.

Buku: Siti Nordiana. 2019. Life goes on. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Monday, October 19, 2020

Lana Living As An Autistic ~ Syahirah Omar, Lana Darwisya

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Suatu hari, lepas selesai solat Subuh,
Lana mula bersuara.
Kata Lana hidung dia selsema.
Apabila dihembus, keluar darah sikit.
Aku cakap,”Tak apa. Nanti minum plain water banyak-banyak.”
Lepas tu, dia cakap dia tak berasa sihat nak ke sekolah.
“Ada yang kacau awak kat sekolah?”Aku menyoal.
“I don’t know mama.”
“Cuba sayang cerita. Mama cuma nak tahu. Nanti mama minta tolong teacher okey?”

“HOW TO EXPLAIN MY FEELINGS WHEN I CAN’T FIND THE WORDS, MAMA?”
……………………………………………………………….

“Begitulah Lana. Tak mahu mengadu siapa yang usik atau buli dia. Semuanya aku perlu tanya Luqman. Kata Luqman, junior suka usik dan tengok Lana menangis. Menangis Lana bukan menangis biasa. Menangis dia meraung macam kekasih dirampas orang ketiga. Haih.

Sebab itu ramai anak Asperger kemurungan apabila bercampur dengan orang lain. Emosi mereka berbeza. Cara faham, lihat, bau, rasa dan dengar semuanya berbeza.”

Lana, Living As An Autistic, bukan sebuah buku yang biasa-biasa. Ia adalah sebuah perkongsian seorang ibu yang struggle membesarkan seorang anak autistik, dan juga bagaimana beliau berjaya mengharunginya. Selain perkongsian pengalaman bersama Lana, beliau juga banyak kongsikan tip berguna buat panduan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak seperti Lana, iaitu seorang asperger.

Wednesday, April 1, 2020

Hebatnya Cara Rasulullah s.a.w Mendidik ~ Razali Saaran

(SEM & SS) RM19.90 > RM17.90

Dari Timur hingga ke Barat, segala falsafah dan teori diterapkan dalam proses mendidik para pelajar. Namun begitu, kadangkala para guru terlepas pandang cara mengajar dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru terulung kita, Nabi Muhammad SAW yang sudah terbukti keberkesanannya.

Naskhah ini mengupas peranan guru dalam mendidik anak bangsa yang sebenarnya bukan hanya sekadar mengaja, bahkan menjadi contoh tauladan kepada mereka dari segi akhlak dan rohani. Buku ini memberikan pencerahan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Diselitkan juga cara Baginda bersoal jawab, bergurau senda dan meraikan para pelajar Baginda.

Kaedah-kaedah yang diketengahkan dalam buku ini bukan sahaja khusus buat para guru. Namun ia juga boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak di rumah.

Thursday, January 23, 2020

Andai Kau Kenal Tuhanmu ~ Angah Sunan

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

“Susahnya hidup ini, besarnya ujian ini, aku tak mampu, aku lemah, aku penat…”

Selama kita berada di dunia ini, jangan hairan dan mengeluh akan terjadinya sesuatu yang menyulitkan kerana itu sudah sifatnya dunia. Bersifat sementara, sakitnya cuma sementara, namun bahagianya juga sementara. Dunia hanyalah sebuah filem berskripkan dugaan. Kita pula sebagai pelakonnya dan akhirat sebagai pentas anugerah. Di sana kita dinilai, di sana kita dihitung. Apakah semuanya baik-baik sahaja? Sudah cukupkah amalan di bahu kanan? Atau bahu kiri lebih mendahului?

Semuanya bergantung pada amalan kita di dunia…

Monday, January 20, 2020

Aku Mahu Pulang ~ Deanna Chee

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Masa semakin suntuk. Padahal sudah berjanji berjumpa Allah dengan baik-baik saja. Namun apabila direnung semula langkah ini masih tersasar kasar. Jalan menuju-Nya masih atas jalan mungkar!

Aduh. Bagaimana ini?

Wahai Rabbi. Wahai Ilahi. Wahai ar-Rahman.

Suluhkan lorong ini kembali ke jalan yang jelas menuju-Mu. Aku benar-benar mahu pulang ke pangkuan-Mu dengan cerita indah dan baik-baik saja. Pandu aku ke arah jalan pulang yang baik dan mulia.

Tuhan, aku mahu pulang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...