Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, April 27, 2015

Al-Quran Al-Karim Mushaf Yusuf ~ Karya Bestari

Al-Quran Al-Karim YUSUF - Al-Quran Tafsir Bil Hadis
Beg tangan eksklusif sesuai untuk lelaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi berpegang teguh pada kedua-duanya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnahku (hadis).” (Hadis Riwayat Muslim).

Menyajikan hadis-hadis sahih yang berkaitan langsung dengan ayat-ayat yang dipilih, membantu menjelaskan ayat tersebut secara ringkas. Sungguh tidak ada penafsiran terbaik berkaitan ayat al-Quran, melainkan hadis-hadis baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Quran terjemahan dan tajwid berwarna ini turut dilengkapi Asbabun Nuzul, Riyadus Salihin, Asya-syamaa il Muhammadiyyah dan doa Asmaul Husna.

Turut memaparkan nota terjemahan ayat-ayat pilihan, memuatkan Mu’jam (kosa kata), Indeks al-Quran mengikut tema serta memuatkan panduan tajwid ringkas.

SPESIFIKASI
- Cover: Beg Eksklusif dengan zip
- Saiz: 14.8 X 21 Cm (A5).
- Halaman: 640 Muka Surat berwarna penuh.
- Jenis Kertas: Kertas Khusus al-Quran.
- Kategori: Terjemahan dan Tajwid Berwarna.
- Resam Uthmani terjemahan Bahasa Melayu.
- Bonus: Tali pembatas dan kertas dengan panduan waqaf dan tanda baca.
- Diluluskan oleh Lembaga Tasheh al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
*****
(SEM) RM70.00 > RM61.60

Tuesday, April 21, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 1 Siri 2 (Ibadah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden khususnya berkaitan ibadah termasuk permasalahan dalam bab solat, puasa, zakat, haji, dan umrah.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 adalah:
  • Apakah yang dimaksudkan dengan solat khauf? 
  • Adakah haram berkahwin pada bulan Muharam? 
  • Adakah haram menggantikan puasa pada bulan Syaaban? 
  • Adakah melakukan suntikan membatalkan puasa? 
  • Apakah yang dimaksudkan dengan sumpah yang terikat? 
  • Apakah hukum mengambil pil penahan haid?
*****
(SEM) RM30.00 > RM26.40
(S/S) RM33.00 > RM29.00

Fatwa Kontemporari Jilid 1 Siri 1 (Al-Quran, Hadith & Akidah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."

Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan Al-Quran, hadith, dan akidah.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Satu, Siri Satu ini adalah:
1) Di manakah neraka? Benarkah neraka itu wujud?
2) Benarkah ada hadith yang mengatakan mayat akan diseksa sekiranya keluarga menangis kerana kematiannya?
3) Mengapakah surah At-Taubah diturunkan tanpa basmalah?
4) Benarkah Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t?
5) Bagaimanakah keadaan Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w?
6) Hukum menyembelih binatang sempena mendiami rumah baru.
7) Hukum menyebarkan surat berantai.
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Malaikat Malik Penjaga Neraka ~ Mansur Abdul Hakim

Membicarakn tentang malaikat yang  ditugaskan untuk menjaga neraka dengan dalil dan bukti yang jelas. Juga dibahaskan tentang golongan yang menghuni neraka akibat perbuatan yang dilakukan sewaktu di dunia. 
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

Tuesday, April 14, 2015

Saat Aku Tergelincir Lagi... ~ Mohd Hafizul Faiz

Buku ini adalah himpunan kisah, artikel, suara hati, catatan-catatan peribadi daripada penulis mengenai ranjau hidup yang ditempuh. Penulis bercerita tentang kehidupan yang ranjaunya penuh berliku, sukar, dan kesusahan demi kesusahan yang seakan bertali-tali menyambung. Segalanya ditimbulkan, dikongsi bersama, dikerah untuk saling bantu-membantu. Akhirnya, ia menjadi sesuatu yang inspiratif dan ke arah mencapai redha ALLAH SWT. Nukilan daripada seorang remaja menerusi Saat Aku Tergelincir Lagi....
*****
(SEM) RM23.00 > RM20.20
(S/S) RM26.00 > RM22.90

Monday, April 13, 2015

Perjalananku Bersama Al-Quran ~ Dr. Mohd Shafie Md Amin

“Bagaimana untuk mengingati 30 juzuk?”

Tanpa saya sedari, Allah mengajar saya perlahan-lahan. Allah mahu saya melalui onak dan duri ketika menghafaz agar saya dapat menghargai kurniaan-Nya itu. Semangat saya untuk meneruskan perjuangan (menghabiskan
30 juzuk) semakin kuat. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya sewaktu di universiti dahulu, kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tidak?
*****
(SEM) RM40.00 > RM35.20
(S/S) RM42.00 > RM37.00

Friday, April 10, 2015

Hadiah Buat Anak ~ Muhd Kamil Ibrahim

"Jika akademik tanda aras kejayaan, Azrai mahu ke MRSM. Azrai mahu mengikuti jejak Ayah, Azrai mahu banggakan Ayah dan Mama. Akhirnya, impian ini menjadi kenyataan.

Benarlah kata Mama, Allah S.W.T mendengar lintasan hati hamba-Nya walaupun bukan di atas tikar sejadah."

Buku Hadiah Buat Anak (HBA) merupakan catatan perjalanan menakjubkan. Ia menceritakan kisah kehidupan dialami Ayah sekitar tahun 1970an sehingga kini. Plot berkisahkan tentang kehidupan, pelajaran, percintaan, luar negara dan keluarga. HBA sangat tinggi nilainya. Tieha membaca catatan Ayah ini dengan perasaan mendalam. HBA memberi kesedaran kepada Tieha betapa pentingnya peranan doa dalam kehidupan. Kita mengejar akhirat untuk dunia. Buat rakan-rakan seusia Tieha bacalah buku ini. Buku ini sangat bermotivasi dalam proses mengejar apa yang diidamkan. Kita mhau berada dalam sebuah keluarga sakinah.
-Tieha, anak, Pelajar Tingkatan tiga Sekolah Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah.

Hadiah Buat Anak (HBA) merupakan flashback kehidupan. Lebih 23 tahun sepatutnya Azrai mengenali Ayah dan Mama. Minus masa awal kehidupan, ingatan bersama keduanya sangat singat tetapi menempuh pelbagai fasa. Setiap satu tahap berbeza-beza. Membaca HBA mengembalikan ingatan kepada banyak perkara. Bab TAWARAN membuat air mata berderai. Hadiah seorang anak, tidak lain dari menggembirakan hati ibu bapa. pada usia remaja, tanda aras membanggakan Ayah dan Mama sentiasa melalui pencapaian akademik. Bilangan A dan mengejar kerjaya baik menjadi keutamaan.
-Ahmad Haris Azrai Muhd Kamil, Anak, Alumni MRSM.
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Hadiah Buat Sahabat ~ Darma Mohamed, Muhd Kamil Ibrahim

Buku ini mengajak dan berbicara dengan minda. Lalu ia perlu diselak dengan laku berbeza, juga dengan minda berbeza, juga dengan minda dan mata hati.

Minda saya bertemu dengan pelbagai analogi secara nakal mengusik bersahaja, ada ketika bernada sinis, sungguh tajam dan berbisa tetapi penuh pengajaran berisi

peringatan untuk dibuat keputusan. Saya tersentak malah ada kala tersentap."
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

Hadiah Buat Suami ~ Roza Roslan

Pandanglah... rambut beruban, mata semakin kabur, kudrat berkurangan, cucu-cucu berlarian dan anak-anak beredar pergi. Hadiah Buat Suami mengingatkan khalayak betapa pusingan kehidupan berkeluarga kembali ketika usia awal perkahwinan. Hanya berdua. Lalu Roza melalui kisah-kisahnya bertanya, "Masih ada cinta tersisa? Bukankah kita mahu bahagia di dunia & akhirat? Tidak mahukan kembali bertemu di Firdaus?"
(Prof. Dr. Sulaiman Sijilan, Dekan Unikl Business School)

"Hadiah Buat Suami merupakan rasa hati wanita. Lalu pada kebanyakan isteri, kejujuran suami sering diukur pada kesetiaan memberi kasih hanya kepada dirinya. Ia tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. Ia benar & tidak salah. Namun kebenaran ini perlu dipadankan dengan hukum syariat Islam.
(Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaacob, Uitm)
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Tuesday, April 7, 2015

Kembali Bertuhan ~ Ibnu Rijal

Rasa kembali bertuhan akan hadir apabila kita terus merasakan diri kita hamba kepada pencipta kita, iaitu Allah SWT.
Rasa kasih sayang dan rahmat Tuhan akan hadir dan mekar dengan membaca buku Kembali Bertuhan ini.

Moga rasa akhirnya kita akan sedar dan insaf untuk kembali bertuhan bukan sekadar beragama.

"Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudia engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi."
(Riwayat at-Tirmizi)
*****
(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Tuhan, Izinkan Aku Merintih ~ Tengku Nurhusni Tengku Abdul Razak

Kisah keluh kesah dalam kehidupan dan kehebatan.

Kuasa doa sebagai penawar kepada kesulitan.

Kesusahan dan rasa beban, di kala itu kita kalut mencari Tuhan. Walau seberat mana ujian mendatang kita ada doa sebagai senjata.

Mintalah dengan banyak daripada Allah dan merintihlah kepada Dia. Hanya Dia yang layak mendengar rintihan keluh-kesah dan rayuan hamba-Nya.

Kembali bertuhan jalan menuju cinta abadi....
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Kit Ibadat Zakat: Konsep, Praktikal & Kaedah Pengiraan ~ Abdul Razak Abdul Talib, Mohamad Noor Sahidi Johari

Zakat hanya untuk bulan Ramadan dan Syawal sahaja. Kerana hanya ingat akan zakat fitrah.
Banyak lagi zakat yang kita perlu bayar dan pelajari.

Kelebihan buku ini:
  • Mengandungi huraian jenis zakat beserta kaedah pengiraannya yang ringkas, mudah dan prktik berdasarkan contoh semasa.
  • Turut memerihalkan hukum zakat semasa, golongan yang berhak menerima zakat & isu-isu zakat di Malaysia.
Antara isu menarik yang dibincangkan:
- Emas yang dipakai melebihi kadar kebiasaan wajib dikenakan zakat
- Wang simpanan yang disimpan di dalam bank tidak terkecuali daripada zakat.
- Orang yang memberi hutang wajib mengeluarkan zakat ke atas hutang.
- Hukum mengagihkan zakat sendiri tanpa dibayar kepada amil yang dilantik pemerintah.
*****
(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Tip Menjadi Wanita Yang Sentiasa Dibantu oleh Allah s.w.t ~ Abdul Syukur

Apabila membicarakan tentang wanita solehah, is bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan seseorang Muslimah itu semata-mata. Tetapi Muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Wanita juga tidak diukur daripada betapa cantiknya bentuk tubuh seseorang itu, tetapi bagaimana dia menutup, melindungi dan memelihara tubuhnya itu. Muslimah sejati juga akan sentiasa menjauhkan dirinya dari perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengejar reda dari kekasihnya, Allah SWT.

Tetapi dalam era globalisasi ini, terlalu ramai wanita yang terjerumus dalam lembah kejahilan dan kelalaian seiiring dengan arcs pembangunan moden yang tidak terbatas. Fenomena ini jelas menggambarkan nilai agung Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW semakin jauh tersisih. Oleh itu, kehadiran buku ini adalah untuk memberi pemahaman dan peringatan yang jelas bagi kaum Muslimah tentang amalan yang boleh mengumpul pahala serta tip dan panduan untuk menjadi kekasih Allah yang sentiasa dibantu-Nya. Allah mengasihi hamba-hamba-Nya yang sentiasa mendekatkan diri mereka kepada-Nya dan ini akan memudahkan pertolongan dari Allah SWT sekali gus memperoleh kebahagiaan, keberkatan dan kemuliaan di sisi-Nya. Insya-Allah.
*****
(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.00

Monday, April 6, 2015

Beduk Diketuk Lagi: Vol 2 ~ Pahrol Mohd Juoi, Kartunis Nik Wafdi

Buku ini merupakan susulan buku Beduk Diketuk yang telah empat tahun berada di pasaran. Walaupun konsep dikemukakan masih sama namum mesej dan persoalan yang dikemukakan lebih luas dan menyeluruh.

Cerita-cerita dan huraian dalam buku ini disampaikan secara penuh hikmah: berkisah dalam tarbiah, mengejutkan bersulam kiasan dan membuat teguran bersalut gurauan. Agar segala yang berat mudah difahami dan diaplikasi serta mesej-mesej sarat tarbiah mampu dihadam secara santai oleh pembaca.

Beduk perlu diketuk untuk meneydarkan dan memberi peringatan kepada umat manusia. Beduk Diketuk Lagi pastinya bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk menyedarkan. Semoga buku ini mampu memberi peringatan selaras firman Allah

"Berilah peringatan kerana orang Mukmin akan mendapat manfaat dari peringatan"

Mudah-mudahan beduk diketuk akan mampu untuk didengar oleh hati, akal dan perasaan kita agar kita mampu berubah ke arah lebih baik.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Memahami Diabetes ~ Wan Hassan Wan Ismail

"Buku Memahami Diabetis ini sangat istimewa kerana memberi panduan yang baik dan menyeluruh dalam memahami diabetis serta cara pemantauan, lengkap dengna aspek pemakanan, kepentingan senaman, ubat-ubatan serta tip penjagaan kaki dan pemantauan klinikal" Wan Adnan Wan Ismail - Pengerusi Diabetis Malaysia Cawangan Terengganu

Tak kenal maka tak cinta. Diabetis tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia dan sering dikaitkan dengan amputasi. Fahami penyakit ini dalam konteks yang lebih luas. Fahami penyebab penyakit diabetis. Siapakah yang berpotensi mendapat diabetis? Atau sedarkah bahawa anda pradiabetis? Persoalan paling penting yang diterangkan secara terperinci dalam buku Memahami Diabetis ini ialah BAGAIMANA MENJALANI HIDUP BERKUALITI SEBAGAI PESAKIT DIABETIS?

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI:
  • Sebagai panduan dan rujukan untuk pesakit diabetes, pra diabetes dan ahli keluarga
  • Sesuai untuk dijadikan bahan rujukan pelajar, perpustakaan dan hospital
  • Padat dengan tip menjaga diet sihat, senarai makanan yang sesuai dimakan atau sebaliknya, amalan gaya hidup sihat daripada pakar dan lain-lain
  • Panduan memantau aktiviti dan amalan pemakanan dengan berpandukan jadual pemakanan serta tip lain yang diberikan
  • Menjawab segala persoalan anda berkaitan diabetes
*****
(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ~ Dr. Wan Noorina, Dr. Nik Salida Suhaila, Dr. Wan Abdul Fattah

Dengan rasa syukur kepada Allah, buku Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ini kami dapat sempurnakan serta terbitkan buat bacaan para pembaca yang dikasihi. Buku ini sudah tentu sangat bernilai bagi mereka yang sedang mencari-cari informasi berkaitan penjagaan kesihatan gigi. Tidak terhenti setakat itu, buku ini turut disertakan amalan sunah serta saranan Rasulullah SAW dalam menjaga kebersihan gigi, seterusnya dilengkapkan dengan beberapa hukum hakam berkenaan rawatan moden yang menjadi persoalan ramai.

Para penulis cuba menyentuh soal merancang rawatan pergigian, seterusnya diakhiri dengan soal jawab fiqh pergigian yang diselitkan dengan sunah Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan gigi. Justeru, para pembaca bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri semata-mata bahkan dapat memelihara kebersihan diri mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan supaya bersih diri dan iman.

Buku ini sudah tentu sesuai dijadikan antara bahan bacaan utama, bukan sahaja disebabkan ditulis oleh golongan profesional yang berpengetahuan dalam bidang berkaitan, bahkan penulisan berkaitan kesihatan gigi ini sangat jarang beredar dalam bacaan masyarakat kita, biarpun tidak dinafikan kepentingannya dalam tradisi ilmu Islam

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI
  • Dilengkapkan dengan beberapa hukum-hakam berkenaan kaedah rawatan moden yang menjadi persoalan ramai 
  • Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami meskipun kadang kala diselitkan dengan istilah sains dan fiqah 
  • Kompilasi lebih 50 soal jawab persoalan pergigian yang sering menjadi tanda tanya
*****
(SEM & S/S) RM20.40 > RM18.00

Nahu Mudah 2 ~ Mohd Haidzir Hussin

Buku Nahu Mudah 2 merupakan lanjutan kepada buku Nahu Mudah 1 yang telah berada di pasaran. Buku ini sangat sesuai dimiliki oleh golongan yang mahu belajar dan menguasai bahasa Arab.

Selain ringkas dan mudah difahami, buku ini juga digarap oleh penulis secara berkesan untuk memenuhi permintaan masayarakat masa kini

Kelebihan buku Nahu Mudah 2 :
1. Mengandungi kaedah-kaedah asas nahu bahasa Arab yang dihuraikan dalam Bahasa Melayu
2. Menyediakan nota di setiap permulaan bab untuk memudahkan pemahaman
3. Latihan-latihan yang disediakan dapat mengukuhkan penguasaan Bahasa Arab pembaca
4. Skema jawapan yang disediakan pada akhir bab memberi garis panduan berguna kepada pembaca
5. Dipersembahkan dalam bentuk yang menarik dan mudah difahami
*****
(SEM & S/S) RM28.90 - RM25.40

Friday, April 3, 2015

Seolah-olah Melihat Rasulullah di Depan Mata ~ Al-Imam Abu 'Isa Al-Tirmizi

Kitab al-Shama’il al-Muhammadiyyah adalah buku terulung dalam membicarakan bentuk fizikal, sifat dan akhlak Nabi SAW.

“Seolah-Olah Melihat Rasulullah SAW Di Depan Mata” merupakan ringkasan yang menghimpunkan sejumlah 335 buah hadith berbanding kitab asalnya iaitu 417 buah hadith.

Juga disertakan huraian-huraian ringkas untuk pemahaman yang lebih terperinci.
*****
(SEM) RM45.00 > RM39.60
(S/S) RM48.00 > RM42.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...