Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, January 24, 2014

Menu Sihat Inspirasi Rasulullah ~ Chef Sabri

Pengalaman saya menjadi chef selama hampir 25 tahun, membawa saya menjelajah ke banyak negara di seluruh dunia. Pelbagai ragam dunia masakan yang saya lalui, memberi banyak pengajaran dan membuatkan saya lebih mengenal hubungan antara makanan dalam pembentukan peribadi manusia. Benar, makanan memberi banyak pengaruh dalam pertumbuhan akal dan naluri setiap manusia. 

Atas kesedaran betapa penting makanan sihat dan baik dalam kehidupan, saya membulat tekad menghasilkan buku berkenaan makanan sunnah ini. Dengan menggabungkan bahan-bahan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ke dalam bentuk resepi makanan moden citarasa Malaysia ini, semoga ia dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat bagi mempelbagaikan menu sihat dalam diet seharian.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1: Khasiat Makanan Rasulullah Menurut Al-Quran dan Hadith 9
BAHAGIAN 2: Etika Makan dan Minum
BAHAGIAN 3: Etika di Dapur
BAHAGIAN 4: Petua di Dapur

*****

(SEM) RM 29.00 - RM25.50
(S.S) RM32.00 - RM28.20

Tertubuhnya Negara Haram Israel ~ Zaini Rejab

Perjuangan rakyat Palestin sehingga ke titik akhir bagi menidakkan kewujudan negara haram Israel. Perjuangan bagi sebuah negara Palestin merdeka, namun akhirnya kerana kecurangan pemimpin-pemimpin negara Arab, dan kerana rapimya perancangan Israel, akhirnya negara haram tertubuh juga.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Masa Depan Masa Kita! ~ Nurul Izzah Anwar

GARAPAN idea yang diselang-selikan dengan kritikan pedas terhadap isu kenegaraan oleh penulis merupakan antara elemen menarik untuk dibaca. Melihat dunia dari kaca mata dan komposisi yang berbeza mampu membuka mata semua pihak terhadap pengabaian sesuatu yang dirasakan remeh namun mungkin tinggi nilainya bagi pihak yang lain.

Penulis membayangkan masa hadapan adalah masa untuk rakyat kembali berkuasa, di mana tiada lagi penyelewengan atas sebab kepentingan individu berlaku. Minda dan jiwa masyarakat ketika itu turut berubah menjadi lebih segar dan positif. Ekonomi dinaikkan bersama-sama tanpa ada berat sebelah atau kelebihan ‘kroni’ dalam mendapatkan projek. Sistem demokrasi pula dipulihkan dengan membuat penambahbaikan. Melalui beberapa perubahan ini, agenda nasional akan terlaksana dengan lebih berkesan pasa masa depan.

Antara tajuk-tajuk menarik:
Tiga Jenis Defisit Rugikan Rakyat
PR & BN: Sama Tapi Tak Serupa
Ke Mana Kelas Menengah Melayu?
Apabila Demokrasi Songsang
Melayu Dulu Dan Hari Ini
Kembalikan Jiwa Merdeka Kita

*****

(SEM) RM12.90 - RM11.30
(S/S) RM15.90 - RM14.00

55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy ~ Dr. Mohd Azreen Ezairy Mohamad Salih

Semua orang pastinya mempunyai pengalaman menghadapi cabaran menghidap sesuatu penyakit dalam kehidupan mereka seharian. Begitu juga anda. Yang membezakannya ialah sama ada ia merupakan penyakit kronik ataupun tidak. Namun begitu setiap penyakit pasti ada jalan penyelesaiannya atau kaedah penyembuhannya tersendiri.

55 SOAL JAWAB PENYAKIT BERSAMA DR. EZAIRY merupakan masterpiece dalam memberi pencerahan terhadap ilmu kesihatan kepada orang ramai. Mengambil penyakit-penyakit yang peratusannya tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri, Dr. Ezairy menjawab satu per satu soalan dengan lengkap berserta jalan terbaik untuk mencegahnya.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00 
(S/S) RM20.00 - RM17.60

Bikin Sama Dia ~ Dr. H. M. Tuah Iskandar

Manusia jangan sesekali rasa bongkak dengan apa yang ada pada diri sama ada kekayaan, pengaruh, darjat atau pangkat kerana semua itu tidak menjamin kehidupan yang lebih baik di alam akhirat nanti. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada walaupun di mata orang lain kita tidak sempurna. Yang penting, sejauh mana kita berusaha untuk membina kehidupan yang lebih baik. Apakah hidup kita lebih bermakna dengan kekayaan harta sekalipun terpaksa berhutang keliling pinggang?

Sama-samalah kita bermuhasabah diri, bersyukur dengan segala yang dikurniakan di samping berusaha meningkatkan taraf hidup yang lebih baik tanpa alpa akan suruhan dan perintah-NYA

*****

(SEM) RM12.90 - RM11.30
(S/S) RM15.90 - RM14.00

Cegah Penyakit Hati dan Jantung dengan Puasa Daud ~ Masykur Arif

Apa itu puasa Daud? Puasa Daud ialah amalan puasa sunat yang pernah diamalkan oleh Nabi Daud A.S. iaitu sehari berpuasa sehari lagi tidak berpuasa. Tahukah anda amalan puasa ini boleh mencegah penyakit hati & jantung? 

Bagaimanakah puasa ini boleh mencegah penyakit ini?
Penyakit jantung dan hati tidak menyerang secara tiba-tiba, tetapi ia disebabkan oleh pola pemakanan, diet dan cara hidup yang tidak sihat. Usah risau puasa Daud ini sekiranya diamalkan dapat mengubah pola pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat kepada yang Iebih menyihatkan.

Apa hubungan puasa Daud ini dengan jantung & hati?
Buku ini merungkaikan persoalan tersebut secara terperinci. Juga menghuraikan tentang fungsi puasa Daud terhadap kesihatan tubuh badan baik dari pandangan Islam mahupun penelitian ilmiah dan sains.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Terasa Berat Ketika Menunaikan Solat ~ Angga Dian Permana Putra

Terasa begitu berat sekali apabila hendak menunaikan solat. Mengapa ya? Sedangkan kita tidaklah terlalu sibuk atau penat. Malah kita mempunyai masa terluang yang begitu banyak sekali. Tetapi kenapa kita sering dikuasai oleh rasa malas? Lebih malang, apabila kita sudah meninggalkan solat, kita mula dihantui perasaan bersalah dan kekesalan. Kita sudah faham dan jelas bahawa solat itu fardu, banyak manfaat kenapa ia diperintahkan dan juga betapa dahsyat bagi orang melalaikannya. 

Untuk urusan dunia, pasti kita akan cemas atau khuatir apabila gagal memenuhi janji dengan orang yang penting atau berpangkat. Sudah pasti kita merasa kekesalan dan kerugian yang amat besar. Kita sering merasa bersalah dalam urusan dunia yang terlihat di mata kasar. Namun untuk urusan akhirat begitu mudah untuk kita melalaikannya. Malah rasa kekesalan cuma sekelumit dan sebentar.
Persoalan yang timbul adalah kenapa kita begitu mudah meringankan masalah solat tetapi lebih mengutamakan masalah duniawi? 

Segudang penjelasan yang dikongsikan di dalam buku Dikupas dengan tuntas dan tajam. Semoga perkongsian ini besar manfaatnya untuk kita dalam meraih keredaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Agar Barakah di Tempat Kerja ~ H. M. Amrin Rauf

Berapa ramai yang sudah sekian lama bekerja dan mengumpulkan banyak harta dan wang ringgit, namun itu semua tidak mampu membuatkan kehidupan mereka tenteram dan bahagia.
Mungkin di sini terdapat di dalam harta mereka, unsur-unsur yang tidak berkat. Mungkin juga proses kerja atau cara kerja mereka telah menyebabkan keberkatan di dalam harta itu terhakis.

Buku ini menghuraikan perkongsian yang menarik berkenaan 7 kunci yang boleh kita praktikkan untuk mencapai keberkatan di tempat kita bekerja. Di antaranya ialah disiplin bekerja, kegigihan, komitmen, tanggungjawab, kejujuran, etika kerja dan menjaga amanah dengan baik. Semua ini diperjelaskan secara mudah dan menarik.

Apalah gunanya harta yang bertimbun, sekiranya ia tidak membuatkan kehidupan kita tidak tenteram dan bahagia? Maka untuk mulakan sekarang raihlah kekayaan yang penuh keberkatan agar hidup kita lebih tenteram, bahagia dan diberkati Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM17.00 - RM15.00

100 Tokoh Islam Terhebat ~ Teguh Pramono M. Pd. I

Menyingkap semula helaian sejarah tokoh-tokoh Islam yang terdahulu pasti memberikan inspirasi dan menerbitkan kekaguman terhadap mereka di atas sumbangan serta keperibadian unggul mereka sehingga dikagumi oleh masyarakat kini bukan sahaja kalangan orang Islam malah bukan Islam. 

Bukan itu sahaja, kita juga dapat membayangkan betapa hebat madrasah atau institusi pendidikan Rasulullah yang begitu unggul sekali dalam membina keperibadian seorang mukmin dan mukminah sejati. Keperibadian yang telah mencorakkan warna istimewa kepada peradaban dunia. 

Ketika zaman perkembangan dan kemajuan tamadun Islam itu, banyak nama-nama besar yang boleh kita jadikan contoh dalam bidang dan kemahiran masing-masing. Malah jika kita baca dan selidiki kebanyakan ilmu-ilmu seperti sains, perubatan, matematik, fizik, alam semesta, pensejarahan dan sebagainya telah dipelopori oleh cendiakawan Islam. Penemuan dan penguasaan tentang ilmu-ilmu ini telah dikaji dan dikuasai oleh orang Islam.

Buku ini menghidangkan biografi 100 orang tokoh Islam yang berperanan dalam bidang masing-masing dalam meninggikan lagi martabat agama Islam yang syumul ini. Moga¬moga dengan perkongsian yang padat ini, dapat memberikan sesuatu inspirasi kepada kita untuk istiqamah dan bersungguh¬sungguh dalam meraih keredaan Ilahi.rnah susut. Lebih-lebih lagi di era informasi dan ilmu di hujung jari dan dunia tanpa sempadan ini.

*****

(SEM) RM58.00 - RM51.00
(S/S) RM61.00 - RM53.70

Kitab Fiqh; Mendidik Anak Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah ~ Syeikh Khalid Abdul Rahman

Mendidik anak merupakan amanah besar yang wajib dipikulkan oleh setiap ibu bapa dan para penjaga. Tanpa pendidikan dan latihan kehidupan yang benar pasti akan mencacatkan pembangunan sebuah tamadun agama dan bangsa. Bukan itu sahaja, is juga akan melemahkan sebuah institusi negara yang berdaulat. Lebih-lebih lagi di zaman yang semakin mencabar ini dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi dan sistem maklumat. Semua maklumat boleh dipetik dengan hujung jari tanpa sempadan. Sama ada ia betul atau tidak, positif atau negatif, semuanya amat mudah untuk dicapai dalam bentuk visual, audio mahupun teks. Oleh sebab itu, Islam amat menitikberatkan coal pendidikan anak ini. Panduan dan petunjuknya telah terdapat di dalam dua rujukan utama Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah lebih 1400 tahun yang lalu. 

Buku ini amat penting sekali dari sudut pengisiannya. la menjelaskan pendekatan atau kaedah yang menyeluruh dan tepat tentang asas-asas pendidikan anak daripada perspektif Al-Quran dan Sunnah. Panduan yang telah disediakan Islam sebenarnya telah mendahului peradaban moden dalam pendidikan anak ini. Namun malangnya masyarakat kini lebih menyakini dan mengagungkan pendekatan barat yang dianggap lebih terkini dan maju. Malah ada dalam kalangan masyarakat moden menganggap pendekatan Al-Quran dan Sunnah ini tidak menepati piawai zaman moden. Sebenarnya ini adalah suatu pandangan yang terkebelakang dan salah. 

Buku ini disusun secara sistematik dengan memerhatikan fasa-fasa kehidupan dan pertumbuhan manusia sejak dari alam rahim, dunia dan fasa pendewasaan manusia. la merupakan sebuah rujukan yang sangat bernilai untuk semua

*****

(SEM) RM55.00 - RM48.40
(S/S) RM58.00 - RM51.00

Kesalahan-kesalahan Semasa Berwuduk Dan Mandi Junub ~ Masykur Arif Rahman

Kunci solat adalah taharah atau bersuci. Berwuduk dan mandi junub atau mandi hadas merupakan cara untuk bersuci. Maka adalah wajib untuk setiap muslim dan muslimah untuk mengetahui tatacara dan syarat sah bersuci ini. Inilah yang dinamakan sebagai ilmu Fardu 'Ain.
Ada juga yang mengetahui hanya secara asas sahaja ilmu berkenaan bersuci ini. Ini tidak memadai kerana ilmu ini perlu difahami secara lebih terperinci. Disebabkan kurang kefahaman tentang bersuci ini, terdapat banyak kesalahan yang dilakukan walaupun tanpa disengajakan. 

Buku ini menjelaskan secara terperinci berkenaan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan semasa berwuduk atau mandi junub. Kesalahan-kesalahan ini mencacatkan kesempurnaan wuduk dan mandi junub. Kadang-kadang ada kesalahan fatal yang membatalkan sahnya wuduk atau mandi junub. Sekiranya kunci solat ini tidak disempurnakan bagaimanakah dengan kesempurnaan solat kita.

Oleh sebab itu buku ini harus dibaca oleh setiap muslim dan muslimah untuk menghindarkan kesalahan-kesalahan dalam wuduk dan mandi junub. Semoga dengan kesempurnaan taharah itu menjadikan ibadah kita lebih khusyuk dan sempurna.

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Saturday, January 18, 2014

Beberapa Kepercayaan & Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam: Dilihat Daripada Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah ~ Prof. Madya Dr Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr Jamaluddin Hashim Al-Madani, Dr Razali Musa Al-Azhari

Sesiapa yang berpegang teguh dengan Al-Our'an dan Sunnah tidak akan sesat selama-lamanya, itulah jaminan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W kepada umat Islam. Pemahaman terhadap Al-Our'an dan Sunnah adalah sangat penting kerana ia merupakan panduan yang digunakan oleh umat Islam untuk menilai kepercayaan dan amalan yang mereka amalkan selama ini sama ada benar ataupun tidak. Tanpa pemahaman ini adalah amat sukar untuk seseorang untuk memastikan kepercayaan atau amalan yang dilakukannya tetap di atas landasannya atau tidak.

Oleh itu setiap amalan dan ibadah yang dilakukan oleh umat Islam tidak boleh dilakukan - mengikut suka hati, mimpi, kasyaf, ilham, ilmu ladunni, budaya dan lain-lainnya. Seperti apa yang sering terjadi akhir-akhir ini sehingga ia mampu membawa pengamalnya menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Sebaliknya setiap amalan dan kepercayaan kita wajib dilakukan selaras dengan dua sumber muktabar iaitu Al-Qur'an dan Sunnah Nabi S.A.W.

Buku ini menghuraikan secara lebih terperinci mengenai kepercayaan dan amalan kontroversi dalam masyarakat Islam. Semoga dengan contoh, huraian dan penjelasan yang dikemukakan oleh para penulis di dalam buku ini, boleh kita jadikan pedoman dan panduan, khususnya dalam melakukan ibadah dan meraih keredaan dan ganjaran Ilahi. Semoga setiap amalan yang kita lakukan, diterima dan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah Azza wa Jalla.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80

Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi ~ Dr Mustafa Al-Bughah, Muhyiddin Misto

Hadith Arba'in adalah kumpulan hadith yang sudah tidak asing lagi di kalangan kaum muslimin, bahkan banyak dari mereka yang sudah menghafalnya. Ia merupakan kumpulan hadith yang di susun oleh Imam An-Nawawi. 

Kesemua hadith yang terdapat di dalam kitab ini adalah merupakan hadith-hadith yang merangkumi asas-asas penting dari asas agama, yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahawa ia merupakan pokok-pokok ajaran Islam atau merupakan separuh agama atau sepertiganya dan seumpamanya.

Kesemua hadith-hadith ini adalah merupakan hadith-hadith shahih dan sebahagian besar daripadanya diambil daripada Kitab Shahih Bukhari dan Muslim.
Salah satu keunggulan hadith-hadith yang dicantumkan di dalamnya adalah merupakan hadith yang ringkas tetapi mengandungi makna yang sangat luas.

Memang secara umum Rasulullah s.a.w. memiliki kelebihan-kelebihan dalam menyampaikan pesanan dengan ungkapan Jawami'ul Kalim (kalimat ringkas tapi padat).

Atas dasar itu, maka banyak dari para ulama' yang berusaha untuk menyelami kedalaman maknanya. lalu mengeluarkan mutiaranya untuk dipersembahkan kepada generasi Islam yang di antaranya adalah kitab "Al-Wafi" yang ada dihadapan para pembaca sekarang ini. Adapun kelebihan darl kitab ini adalah perbahasannya yang sistematik dan tersusun, dimana setiap hadith dikupas dari segi bahasa, sebab-sebab muncunlnya hadith, pemahaman dan pelajaran yang dikandungnya, juga tentang biogrifi ringkas dari setiap perawinya.

*****

(SEM) RM58.00 - RM51.00
(S/S) RM61.00 - RM53.70

57 Penyakit Berbahaya & Rawatannya Secara Kedoktoran & Islam ~ Dr. Muhammad Dhani

Islam amat menekankan tentang kesihatan dan kehidupan yang sihat. Penekanan ini bukan sahaja berkisar tentang kesihatan luaran dan dalaman semata-mata, malah merangkumi kesihatan minda, emosi dan rohani. Kesihatan tubuh badan fizikal dan mental ini bermula daripada penjagaan dari apa yang memasuki tubuh badan kita. Contohnya makanan, minuman, udara dan sebagainya. Dalam Islam bersih dan berkhasiat sahaja tidak mencukupi, malah amat ditekan dari unsur mana kita dapatkan hasil makanan tersebut sama ada punca yang halal atau haram. Maknanya jika tidak terdapat unsur syubahat atau raguragu di dalamnya maka ia adalah bersih, suci dan berkhasiat. Ini amat penting kerana mencegah sesuatu penyakit adalah lebih utama daripada mengubatnya. Dan pengawalan daripada awal merupakan satu pencegahan yang paling efektif dan berkesan.

Walau bagaimanapun setiap penyakit yang diturunkan Allah kepada hambanya bukanlah satu penyeksaan tetapi ia merupakan cubaan untuk hambanya. Bagaimana tahap keimanan dan kesabarannya dalam menghadapi dugaan yang menimpanya. Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya kecuali mati. Pelbagai penawar telah Allah sediakan kepada manusia bagi setiap penyakitnya. Terpulang kepada kita untuk berusaha serta berdoa untuk mendapat kesembuhan tersebut.

Buku "57 Penyakit Bahaya & Rawatannya" ini merupakan sebuah naskhah yang boleh kita jadikan rujukan dan panduan dalam usaha kita untuk mendapat kesembuhan dan sihat semula dengan izin Allah. Untuk mendapatkan nasihat dan penerangan yang lebih luas seeloknya kita merujuk kepada mereka yang pakar dan terlatih dalam bidang perubatan. Khidmat dan nasihat mereka merupakan salah satu ikhtiar kita untuk mendapatkan kesembuhan dengan keizinan dan kekuasaan Allah Yang Berkuasa.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Air Zam Zam Untuk Apa Ia Diminum ~ Dato Paduka Dr. Hj Muhammaf Nur Lubis

Kejadian air Zam-zam yang menurut perkiraaan sejarah telah menjaukau umur sekitar 5000 tahun atau 50 abad adalah salah satu tanda kebesaran Allah yang Maha Agung. 

Menurut ulama, air Zamzam adalah salah satu daripada mata air yang berasal dari syurga. Ia juga merupakan limpah kurnia pertama daripada Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim Alaihissalam yang menjadi penghumi pertama kota Makkah yang memancar pada saat genting kehidupan Hajar dan anakandanya Nabi Ismail Alhaihissalam. 

Meminum air Zamzam bermakna memimim air dari syurga dan air yang pada mulanya sebagai lumpah kurnia Allah pertama kepada Nabi Ibrahim Allaihissalam.

Apakah yang dapat dikatakan dalam mernyelaskan Zamzam sebagai sebaik-baik air di muka bumi dan kedudukannya yang mulia di sisi Allah? Yang pasti air ini mengandungi berbaik khasiat, keistimewaan dan kelebihan yang tidak terkira banyaknya sesuai dengan maksud hadits yang menyatakan “Air Zamzam ialah untuk apa ia diminum.”
Untuk mengetahui khasiat dan keajaiban air Zamzam, teruskan membaca buku ini sehingg tersingkap rahsia dan keistimewaan air ini.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Atasi Sakit Anda Dengan 63 Penyembuhan Sampingan ~ 'Abdullah Al-Qari Hj. Salleh

Setiap penyakit atau kesakitan yang menimpa seseorang tidak akan wujud melainkan dengan pengetahuan dan keizinan Allah S.W.T. Ditimpakan dugaan dan cubaan dalam bentuk penyakit ini adalah untuk menguji seseorang hamba Allah itu. Sama ada hendak meninggikan atau menurunkan darjatnya serta memberikan pahala kepadanya. lni terserah kepada kita untuk menghadapinya, sama ada dengan rasa penuh ketakwaan dan kesabaran kepada Allah atau sebaliknya. Sekiranya kita menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketakwaan maka amat besarlah ganjarannya. Jika sebaliknya amat rendah darjat dan martabat seseorang manusia itu.

Setiap penyakit pasti ada ubat dan penyembuhnya kecuali mati. Dan kesembuhan itu pula adalah dengan keizinan Allah S.W.T. Ubat adalah usaha kita untuk mendapatkan kesembuhan dengan izin Allah S.W.T. Semoga dengan usaha yang kita lakukan dan doa yang kita panjatkan kepada Allah, insyaAllah akan diberikan kesembuhan kepada kita. Dan dengan nikmat kesembuhan itu kita akan lebih bersyukur, tunduk dan patut kepada Allah S.W.T.

Buku ini amat bernilai kerana memberikan kita panduan penyembuhan menggunakan bahan-bahan di sekeliling kita dan amalan seharian yang sering kita lakukan. Di samping dapat mengamalkan kehidupan yang sihat dan selesa, is juga mengajak kita untuk beribadah agar lebih dekat kepada Allah. Semoga dalam setiap apa yang kita lakukan dan niatkan kerana Allah akan mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Friday, January 10, 2014

Meraih Berkat Tanpa Riba ~ Fdirdaus Shahidin Et Al.

Amaran Allah SWT pada orang yang masih bergelumang dengan aktiviti riba. Ancaman perang ini bukan mainan atau gurauan. Ia adalah ancaman daripada Allah SWT. Ancaman yang cukup besar ini tidak disebut ke atas dosa lain selain dosa riba.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. “
(Surah al-Baqarah ayat 278-279)

*****

(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM18.90 - RM16.60

Mutiara Al-Quran ~ Khairi Ismail

Hakikatnya, buku ini cenderung kepada pengkajian dan pendedahan tentang kelebihan al-Quran dari sudut pandang ilmu bahasa Arab. Sehubungan itu, diharapkan semoga hasil penulisan ini mampu menanamkan kembali rasa cinta kita kepada bahasa syurga dan bahasa kekasih kita Nabi Muhammad SAW, iaitu bahasa Arab yang mulia.

Dewasa ini, bahasa Arab semakin hari semakin dipinggirkan oleh masyarakat, khususnya dalam negara kita sendiri. Menurut Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mohd Teh di dalam buku beliau yang bertajuk “Tatabahasa Arab dan Pembinaan Hukum daripada Al-Quran”:

“…bahasa Arab mula dilupakan oleh masyarakat Islam. Bahkan telah kedengaran suara-suara yang menyatakan bahawa pembelajaran al-Quran secara mendalam adalah langkah yang merugikan. Mereka beranggapan pengetahuan bahasa Arab yang meluas tidak akan membentuk seseorang itu menjadi tokoh ilmuwan dalam disiplin ilmu agama. Mereka seolah-olah lupa bahawa para fukaha (ahli-ahli fikah iaitu ahli-ahli agamawan yang hebat dari sudut perincian hukum-hukum berkaitan ibadah) silam seperti Imam al-Shafi’e, Imam Sayuti dan lain-lain adalah ulama bahasa Arab sebelum mereka tersohor sebagai ulama fikah.”

*****

(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM18.90 - RM16.60

Agar Hati Tidak Mati ~ Tengku Nurhusni Tengku Ab. Razak

Memperkatakan apakah yang manusia hamba inginkan dalam setiap kehidupannya. Benarkah hidup hanya sekali, jawapannya tidak. Sesetengah orang ada bicara. Hidup ini hanya sekali. Inilah masanya untuk berhibur menghabiskan usia. Ketahuilah, hidup setiap hamba ada lima kali. Sekali di alam rahim, sekali di alam dunia, sekali di alam kubur, sekali di alam akhirat dan terakhir sekali hidup di alam syurga. Namun hati dan roh kita hidup hanya sekali. Setiap roh akan melalui lima kehidupan, setiap hati juga akan melalui lima alam yang berbeza. Betapa susahnya memujuk sekeping darah merah yang lembut ini, mengurut dada meredakan hati yang sedang marah dan geram.

Apabila mata dipejamkan, kedua-dua bibir terkatup rapat, telinga dikunci erat, tapi hati masih mendengar, hati masih melihat, hati masih berkata-kata. Berbicara, melihat, mendengar untuk mencari erti. Kerana itu, pandangan hati lebih bermakna, mata hati lebih berharga. Walau si buta bertongkat, si bisu tiada suara, si pekak tiada pendengaran, namun mereka punya hati yang cerah melihat, peka mendengar dan petah berkata-kata.

Mengapa hati menjadi persoalan? Mengapa hati yang kita bicarakan? mengapa hati yang kita mahu dendangkan? Kerana hati adalah diri kita, diri kita adalah hamba.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM21.90 - RM18.40

Thursday, January 9, 2014

Keajaiban Sains Dalam Hadis ~ Dr Zaghlul Al-Najjar

Kelahiran Rasulullah s.a.w yang membawa rahmat dan sinar cahaya ke seluruh alam bukan sahaja untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, bahkan lebih dari itu. Nabi Muhammad s.a.w juga memberi penekanan serius kepada ilmu pengetahuan yang merangkumi imu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu-ilmu ukhrawi menjurus aspek-aspek aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan perundangan Islam. Manakala ilmu-ilmu dunia meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan lain-lain lagi.

Buku "Keajaiban Sains Dalam Hadis" ini menyelusuri aspek-aspek perubatan dan sains yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. Buku ini perlu dibaca oleh seluruh umat Islam kerana ia akan membekalkan kepada mereka pelbagai maklumat berkaitan, yang bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan, bahkan mampu meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w, kekasih Allah.

*****

(SEM) RM58.00 - RM51.00
(S/S) RM61.00 - RM53.70

Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah ~ Yusuf Al-Hajj Ahmad

Buku ini adalah sebuah Ensiklopedia yang sangat mengagumkan. Merupakan sebuah karya berasal dalam Bahasa Arab, oleh Yusuf al-Hajj Ahmad, dan diterjemahkan oleh Hj Abu Maulana MA, Hj ABu Hana Lc dan Hj. Agus Irawan Lc. Ia menghimpunkan kemukjizatan Sains dalam al-Qur'an dan As-Sunnah. 

Antaranya:
1) Kemukjizatan Ilmu Ghaib
2) Kemukjizatan Sejarah
3) Kemukjizatan Syariat
4) Kemukjizatan Numeral
5) Kemukjizatan Artistik
6) Kemukjizatan Sains
dan banyak lagi..
Subhaanallah...

*****

(SEM) RM79.00 - RM69.50
(S/S) RM82.00 - RM72.20

Tanda-tanda kiamat: Tanda Kecil & Tanda Besar ~ Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil

Hari Kiamat sudah dekat, manusia semakin ramai dan bumi sudah semakin sempit. Ekonomi semakin meningkat dan pembangunan semakin pesat. Manusia berlumba-lumba membuat bangunan mewah dan tinggi, hutan ditebang dan alam sudah tidak seimbang lagi. Di samping itu, rasa kasih sayang sesama manusia semakin hilang. Dimana-mana terjadi pembunuhan sehingga ada orang yang tergamak membunuh anaknya, begitu juga membunuh ayah atau ibunya. Sekarang, sifat cemburu dan dengki semakin banyak bersarang di hati manusia, begitu juga sifat munafik dan ketidakjujuran. Itu semua merupakan tanda kiamat.

Benarkah keadaan dunia sekarang sudah semakin sedemikian rupa? Memang begitulah keadaanya sekarang ini. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, benarkah hari kiamat sudah dekat? Dari dahulu lagi yakin zaman Rasulullah s.a.w dikatakan hari kiamat sudah dekat ternyata sampai sekarang dunia belum kiamat. Kalau begitu, apakah janji Rasulullah s.a.w tidak tepat atau kita yang salah dalam memahami kiamat yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w itu?

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM49.00 - RM43.10

Ramalan-ramalan Rasulullah s.a.w. Yang Terbukti Menurut Sains ~ Yanuar Arifin

Lebih 1400 tahun yang lalu, tanpa peralatan moden dan makmal yang lengkap dan canggih, Rasulullah S.A.W telah meramalkan pelbagai perkara yang akan dilalui dan terjadi kepada umat manusia yang akan datang. Kesemua ramalan ini dicatatkan dalam hadis-hadis baginda S.A.W. Lebih-lebih lagi kini dengan kelengkapan penyelidikan yang serba canggih dan moden telah membuktikan setiap ramalan dan kenyataan Rasulullah S.A.W itu benar. Ini disahkan sendiri untuk pakar sains sama ada Islam dan bukan Islam.

Apa yang dihuraikan di dalam buku ini disertakan dengan data-data yang tepat dan sandaran nas-nas yang benar, membentangkan fakta-fakta yang menakjubkan yang disahkan dan terbukti oleh sains dan para pakar di dalam bidang tersebut. Ramalan dan kenyataan baginda S.A.W tentang manfaat berbekam, bahayanya air liur anjing, bahayanya seks bebas, bahayanya minuman beralkohol, hinggalah kepada ramalan berkenaan akan datangnya kaum yang gemar melakukan bidaah dan berpecahnya umat Islam kepada 73 golongan ternyata terbukti secara ilmiah dan kajian sains.

Dengan apa yang dihidangkan di dalam buku ini, akan memberikan ilmu dan manfaat yang besar kepada kita. Semoga dengan kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Wednesday, January 8, 2014

Bacalah Surah Yasin Agar Hidupmu Lebih Kaya dan Penuh Berkat ~ Lutfi Kirom Az-Zumaro

Berapa ramai yang sudah sekian lama bekerja dan mengumpulkan banyak harta dan wang ringgit, namun itu semua tidak mampu membuatkan kehidupan mereka tenteram dan bahagia.
Mungkin di sini terdapat di dalam harta mereka, unsur-unsur yang tidak berkat. Mungkin juga proses kerja atau cara kerja mereka telah menyebabkan keberkatan di dalam harta itu terhakis.

Buku ini menghuraikan perkongsian yang menarik berkenaan 7 kunci yang boleh kita praktikkan untuk mencapai keberkatan di tempat kita bekerja. Di antaranya ialah disiplin bekerja, kegigihan, komitmen, tanggungjawab, kejujuran, etika kerja dan menjaga amanah dengan baik. Semua ini diperjelaskan secara mudah dan menarik.

Apalah gunanya harta yang bertimbun, sekiranya ia tidak membuatkan kehidupan kita tidak tenteram dan bahagia? Maka untuk mulakan sekarang raihlah kekayaan yang penuh keberkatan agar hidup kita lebih tenteram, bahagia dan diberkati Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

50 Amalan Menempah Tiket Ke Syurga ~ Saiful Hadi El-Sutha

Kata-kata dan bahasa tidak mampu untuk melukiskan betapa gemilangnya kenikmatan mahupun keindahan syurga dan isinya. Inilah juga yang menyebabkan semua orang menginginkan syurga sebagai tempat kembali dan rumah abadi mereka di akhirat kelak. Persoalan yang timbul ialah sudahkah kita mengumpul kebajikan untuk menempah tiket ke syurga? 

Sekiranya belum ataupun dana kebajikannya masih kurang, bacalah buku ini. Dikongsikan di dalamnya berkenaan 5o tiket sangat mudah untuk menuju syurga Allah S.W.T. dan tip bagaimana untuk mendapatkannya. Ditambah lagi dengan peringatan kepada kita, sekiranya tidak menyediakan diri secukupnya menuju kehidupan yang abadi akan sering tergoda dengan godaan syaitan yang menjerumuskan manusia ke neraka yang dahsyat dengan seksaannya.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Basmi Gejala Kanser Dengan Solat Tahajjud ~ Yanuar Arifin

Seperti yang sering kita dengar, kelebihan solat tahajjud mampu mengangkat martabat seorang manusia di sisi Allah S.W.T. Selain itu pengamal solat tahajjud juga akan memperlihatkan disiplin diri yang tinggi serta berkeyakinan teguh. Namun amat jarang sekali kita mendengar kelebihan solat tahajjud ini dari sudut kesihatan.

Buku membongkar kelebihan solat tahajjud yang mampu memberikan kesan positif terhadap badan manusia untuk melawan pelbagai penyakit salah satunya adalah kanser. Terbukti solat tahajjud mampu meningkatkan ketahanan tubuh serta melawan sel-sel penyakit kanser dalam tubuh manusia. 

Mungkin kita masih tertanya-tanya bagaimanakah ia mampu membasmi kanser? Atau apakah jenis kanser yang boleh dibasmi dengan solat tahajjud ini? 

Untuk pencerahan yang lebih terperinci, temukan jawapannya di dalam buku ini. Sungguh menarik dan informatif dalam mengupas persoalan manfaat dan kelebihan solat tahajjud dalam menyembuhkan penyakit kanser. Semoga dengan perkongsian ini memberikan sebuah motivasi baru untuk kehidupan yang lebih bermakna.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Tuesday, January 7, 2014

Al-Masih Al- Dajjal: Manusia Yang Dimurkai Allah ~ Azmi Haji Abdullah @ Zahedy

Kitab Al-Masih Al-Dajjal ini adalah sebuah buku yang menarik yang harus dimiliki yang dan dibaca oleh setiap individu dalam mendalami pengetahuan yang berkaitan dengan peritiwa dan fitnah yang bakal berlaku di akhir zaman sebelum tercetusnya Hari Kegoncangan yang amat dahsyat.

Kitab ini membicarakan ketibaan Al-Masih AI-Dajjal sebelum berlakunya Hari Kiamat dari perspektif dan sudut yang amat menarik dan mendalam, bukan berdasarkan takrifan yang biasa didengari daripada ceramah-ceramah agama, ataupun kefahaman yang agak terbatas. Penulis buku ini, menghuraikan sifat dan peribadi Al-Masih Al-Dajjal serta tanda-tanda yang akan timbul sebelum kedatangannya secara yang tersurat dan tersirat, berdasarkan nas dan dalil yang sahih daripada al-Quran dan Al-Sunnah. Di samping menggunakan fakta-fakta lain yang berkaitan seperti fakta sejarah, analisa peristiwa yang telah berlaku dan sebagainya. 

Secara umumnya, tanda-tanda kedatangan Al-Masih Al-Dajjal yang, berasal daripada keturunan Yahudi yang akan dimusnahkan oleh Nabi Isa alaihissalam. Ia telah pun berlaku sejak sekian lama dan ia akan berterusan hingga sekarang yang menandakan bahawa dengan turunnya Al-Masih Al-Dajjal sebagai salah satu tanda besar Kiamat sudah semakin hampir dan amat pasti sekali.

Dengan membaca buku ini, para pembaca akan dapat berwaspada dan mengelak dirl daripada terjebak menjadi pengikut Al-Masih Al-Dajjal di akhir zaman ini.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Untaian Hikmah Penyuci Rohani ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Tanpa jiwa yang bersih sukar amok mencapai ketenangan dalam hidup. Kecukupan dari sudut kehendaan dan zahir sahaja tidak mampu menyediakan ketenangan kepada jiwa. Ketenangan hanya mampu diraih apabila had terdidik dengan sifat sabar, redha dan syukur. Hubungan dengan Allah dijaga dengan baik maka hubungan dengan manusia akan pasti menjadi lebih mesra dan menenangkan.

Kitab Jala' al-Khatir merupakan himpunan kajian yang disampaikan oleh Syeikh Abdul Qadir untuk khalayak umum dan khusus. Ini merupakan kajian yang membahaskan bahaya jiwa dan akhlak yang menghalang hubungan balk antara manusia dengan Tuhannya. Di dalam kitab ini dijelaskan tentang bahaya-bahaya tersebut clengan huraian yang mampu menembus celah-celah had dan membuatkan anda mampu melihat segala sesuatu, kecuali Allah S.W.T. Selain itu, kitab ini juga menggambarkan "terapi Ilahi" yang dijelaskan di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Dengki, kemunafikan, pertikaian, lemahnya keimanan, akhlak yang buruk, kezaliman, serta masih banyak lagi perbuatan yang buruk dihuraikan dalam kitab ini berserta cara-cara mengubati penyakit hati tersebut.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini, menjadi satu inspirasi untuk kita mencapai sehuah kehidupan yang tenang lagi diberkati Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80

Panduan Lengkap dan Mudah untuk Pembahagian Hara Pusaka ~ M. Sanusi

ILMU FARAID ialah ilmu yang menghuraikan cara pembahagian harta peninggalan seseorang kepada ahli waris yang berhak menerimanya. Hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Tujuan ilmu faraaid adalah agar pembahagian warisan dilakukan secara adil, tidak ada ahli waris yang dirugikan sehingga tidak ada perselisihan atau perpecahan antara ahli waris kerana pembahagian harta pusaka. 

Pembahagian harta pusaka pada zaman Arab Jahiliyah (sebelum kedatangan Islam) menampakkan ketidakadilan di antara anak-anak yang belum dewasa (anak yatim) dan isteri yang tidak berhak atas harta pusaka, bahkan isteri pula dianggap sebagai satu harta pusaka untuk diwarisi oleh saudara lelaki daripada pihak suami. Ilmu ini menjadi ilmu yang semakin terpinggir masa kini walaupun ilmu-ilmu lain semakin berkembang dan tersebar luas. 

Pengurusan harta pusaka dalam Islam sangat penting terutama dalam zaman moden ini di mana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran barn. Antara cabarannya ialah kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan sehingga boleh mencetuskan pertikaian, perbalahan, pergaduhan serta permusuhan di antara suami isteri, ibu bapa, anak beranak. saudara mara atau sebagainya.Apabila kebendaan dijadikan kayu ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku dan rumah tangga mudah menjadi porak peranda. Krisis keluarga akibat kepentingan kebendaan bertambah parah dengan tiadanya kefahaman masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka atau apa yang disebut sebagai ilmu faraaid. 

Ilmu faraidh juga merupakan ilmu yang mula-mula diangkat dari dunia ini. Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda. "Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraaid adalah suruhan dari agama kamu dan hahawasanya ilmu faraaid adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku ." (Riwayat Ahmad)

Seorang orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS). University of London menyatakan, : "Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa sekalipun, boleh ditentukan." 

Moga buku ini dapat menyedarkan para pembaca terhadap hikmah pensyariatan ilmu faraaid ini terhadap umat manusia keseluruhannya.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Karamah Para Sahabat Nabi s.a.w (Hard cover) ~ Ustaz Rachmat Ramadan Al-Banjari

Sekiranya mukjizat itu dikurniakan secara khusus kepada para nabi dan rasul untuk menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T, maka karamah pula dianugerahkan kepada orang pilihan yang hampir, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T. 

Ada berbagai bentuk karamah yang dianugerahkan Allah kepada mereka "teristimewa" itu. Abu Bakar, sebagai contohnya, ketika ada tetamu, sedangkan makanan di rumah sangat sedikit, tiba-tiba makanan yang dihidangkan kepada tetamunya menjadi banyak dan semua orang mendapatkan bahagiannya. Beliau juga diberikan karamah mengetahui kematian dan jantina anaknya yang bakal di lahirkan. 

Manakala seorang lagi sahabat iaitu Umar bin Khattab dianugerahkan karamah berupa kemampuan berbicara dengan orang mati. Selain itu, karamah terbesar Umar adalah syaitan takut kepadanya. Sebuah keajaiban yang Allah anugerahkan hanya kepada mereka yang menjadi kekasih-Nya. 

Buku ini merupakan kitab himpunan karamah amat dahsyat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Sudah pasti, moralnya agar kita mengambil pelajaran yang sangat berharga, bahawa Allah S.W.T. benar-benar Maha Kuasa. Selamat membaca dan ambillah hikmah sebesar-besarnya dari buku ini.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80

Thursday, January 2, 2014

Wanita-wanita Syurga ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Nafisah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Perkara apakah yang menghalang kamu berumahtangga?"
Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa pun."
Nafisah bertanya lagi, "Apa pendapat kamu, sekiranya kamu dicukupkan dengan seorang wanita yang cantik, kaya, dan serasi?"
"Siapa?" soal Nabi Muhammad s.a.w.
"Khajidah," jawab Nafisah.

Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidatina Khadijah r.a. dinaungi kebahagiaan yang berpanjangan. Jasa Saidatina Khadijah begitu besar bukan sahaja dalam kehidupan peribadi Rasulullah,

malah kepada perkembangan Islam seluruhnya. Cinta hati Rasulullah itu banyak berkorban harta dan air mata, menjadi sayap kiri perjuangan Baginda, dan pendamping setia ketika gembira mahupun derita.

Imam Al-Bukhari merekodkan daripada Abu Hurairah. Beliau menceritakan Malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Wahai Muhammad, Khadijah sedang menuju ke arahmu dengan membawa seberkas makanan.

Apabila beliau sampai, sila sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku. Khabarkan berita gembira kepada beliau tentang sebuah mahligai pertama untuknya di syurga. Di sana tidak ada lagi kesengsaraan dan kesakitan."

Kisah-Kisah Srikandi Agung yang terdapat dalam buku ini:
Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.
Fatimah Binti Muhammad, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.
Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang
Rumaisa' Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal
Nusaibah Bintiu Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM18.00 - RM15.70

Doa-doa Mustajab Untuk Wanita ~ PTS

Buku Doa-Doa Untuk Wanita ini adalah buku Poket Khas untuk para wanita.

Ia mengandungi doa-doa umum yang berkait dengan wanita,para serikandi,doa khas untuk ibu mengandung dan lain-lain.

Buku ini ekslusif untuk dijadikan amalan harian para wanita dan ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah.

*****

(SEM) RM4.00 - RM3.50
(S/S) RM5.00 - RM4.40

Pengurusan Bilik Darjah ~ James Ang Jit Eng

Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Berkesan merupakan satu buku panduan yang mudah, lengkap dan komprehensif dalam bidang pengurusan bilik darjah. Dalam buku ini, para pembaca disajikan dengan pelbagai teori, model, saranan, amalan, dan himpunan pengalaman para pendidik dan tokoh-tokoh pengurusan bilik darjah dari seluruh dunia untuk membolehkan perancangan, pelaksanaan dan pengendalian bilik darjah dibuat dengan lebih cekap, terancang, dan berkesan.

Antara kandungan:
Bab 1: Konsep Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengenalan
Pengertian Konsep Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Hubungan Pengurusan Bilik Darjah dengan
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Kepentingan Melindungi Masa Instruksional
Tanggungjawab Disiplin Pihak Sekolah
Tanggungjawab Disiplin Para Guru
Konsep Disiplin dalam Bilik Darjah

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Surah & Doa Pilihan Untuk Ibu Mengandung ~ Sobri Ismail

Buku ini mengandungi surah dan doa-doa pilihan untuk para ibu mengandung dan bakal ibu.

Ia ini sesuai untuk dijadikan panduan amalan ketika hamil kerana ia lengkap dan mudah untuk dirujuk.

Antara surah-surah yang tedapat dalam buku ini adalah surah Luqman, surah yusuf, surah Maryam,

surah Yasin, surah Al-Hujurat, surah Yaasin dan surah At-Taubah. Di samping itu, buku ini juga mengandungi banyk doa-doa

amalan khusus untuk ibu mengandung.

Kandungan:
Doa Sebelum Membaca Al-Quran
Surah Al-Fatihah
Surah Yusuff
Surah Maryam
Surah Taha
Surah Yaasin
Surah Luqman
Doa-Doa Khusus Untuk Ibu Mengandung

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...