Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, August 29, 2014

Doa-doa Para Nabi & Wali ~ Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki

Konsep sebenar doa bukanlah semata-mata memohon pertolongan Allah. Tempi hakikat utama doa adalah satu ibadah yang meletakkan kita, manusia ini sebagai hamba di sisi Allah. Solat itu sendiri juga merupakan doa kerana di dalam solat terdapat ayat-ayat dan zikir yang kita bacakan setiap kali waktu solat adalah doa dan permintaan kita kepada Allah.

Dengan berdoa kita akan lebih dekat dan sentiasa mengingati Allah swt. Doa merupakan satu ibadah yang agung dan amat disukai Allah swt. Dengan berdoa kita akan sentiasa ingatkan Allah dan mematuhi apa yang disuruh dan dilarang oleh Nya.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kapadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (al-Bayarah : 186)

Tidak ada suatu pun yang lebih mulia di hadapan Allah selain doa dan is adalah sebaikbaik ibadah. Semoga doa-doa yang di wariskan oleh para Nabi dan wall boleh kita amalkan dan mendekatkan lagi kita kepada Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

*****
(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Menjadi Kekasih Allah (HC) ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir yang lebih dikenali dengan nama Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah salah seorang daripada keturunan Rasullah S.A.W melalui puteri baginda Siti Fatimah Az-Zahra. Salasilah beliau ialah Abu Muhammad Abdul Qadir bin Abi Shalih Musa bin Abdillah Al-Jiliy bin Yahya Al-Zahid bin Muhammad bin Daud bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau merupakan seorang ahli tasawuf yang tidak, asing lagi dalam dunia Islam. Hasil tulisan dan buah fikiran beliau tentang ketuhanan dan tasawuf mendapat perhatian dan menjadi kajian dan rujukan cendiakiawan timur mahupun barat.

Buku ini menghimpunkan beberapa pengajaran. fatwa, wasiat dan nasihat beliau berkenaan dengan sikap kerohanian, khususnya kepada murid-murid beliau dan umumnya kepada seluruh kaum muslimin.

Walaupun fatwa dan nasihat ini telah beliau sampaikan lebih kurang 900 tahun yang lalu, namun pengisian don kandunganya tetap relevan dan sesuai dengan masa kita sekarang ini. Tidak ada istilah ketinggalan zaman atau tamat tempoh untuk pengisian yang penuh dan padat dengan ilmu serta nasihat yang amat berguna ini. la amat berguna untuk dijadikan panduan oleh semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan tugas dan tangungjawab mereka selaku pembawa amanah dan hamba Allah di permukaan bumi Ini. Terutama sekali dalam menundukkan pengaruh nafsu dan syaitan terhadap diri manusia dan dalam usaha kita mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

*****
(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 - RM55.40

Thursday, August 21, 2014

18 Sahabat di Hati Rasulullah ~ Mohd Harun Rashid, Ishrat J. Rumi

18 Sahabat Di Hati Rasulullah Merupakan Pilihan Terbaik bagi setiap kanak-kanak yang rindu untuk mendengar cerita sebelum tidur yang berkualiti. Buku ini memuatkan lapan belas kisah terpilih yang sangat menarik daripada kehidupan para sahabat Rasulullah SAW. Semua kisah digarap dalam bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pembaca muda supaya mudah difahami. 

Teks yang ringkas dan ilustrasi berwarna yang menarik, yang membawa kisah-kisah itu dekat dengan kehidupan pembaca, menjadikan mesej daripada Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda lebih bermakna kepada kanak-kanak. Buku ini menawarkan dimensi yang istimewa kepada cerita-cerita sebelum tidur dan bertindak sebagai teras untuk membina pertumbuhan pengetahuan Islam.

*****
(SEM) RM49.90 - RM43.90
(S/S) RM52.90 - RM46.60

Saya Anak Soleh ~ Abu Nadifa

‘Saya Anak Soleh’ adalah buku yang menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menyentuh tentang akhlak. Isi kandungan buku ini sangat dekat dengan kehidupan seharian anak-anak.

Nilai-nilai positif ini adalah pelengkap kepada ibadah dan keimanan anak-anak. Tanpa akhlak yang mulia, seseorang itu tidak akan menjadi Muslim yang lengkap.

*****
(SEM) RM14.90 - RM13.10
(S/S) RM16.90 - RM14.90

25 Rasul Pembawa Rahmat ~ Ummi As-Syiqah

Buku ini menghimpunkan 25 kisah rasul yang wajib diketahui sebagai teladan kepada anak-anak. Bentuk penceritaan yang mudah di samping penerapan nilai-nilai murni perjuangan dan keperibadian diharapkan dapat dihayati oleh mereka. Buku ini sesuai dijadikan asas dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

*****
(SEM & SS) RM34.90 - RM30.70

Kemusykilan Terjawab: 366 Q&A Daripada Al-Quran ~ Moulvi Al-Hafiz S.A. Seyed Ibrahim Al-Bukhari

"366 Q&A daripada al-Quran" direka dengan pelbagai gambar yang berwarna-warni, sangat bermaklumat serta jawapan yang diperolehi daripada al-Quran yang banyak menerapkan kepentingan nilai-nilai murni. Kanak-kanak juga dapat memperoleh pengetahuan yang menarik di dalamnya. Buku ini juga disarankan kepada guru-guru dan ibu bapa untuk mendidik pelajar-pelajar dan anak-anak mereka sewaktu mengendalikan pertandingan kuiz dan sesi soal jawab. Mudah-mudahan, kanak-kanak akan mendapat manfaat yang banyak melalui buku ini.

*****
(SEM) RM39.90 - RM35.10
(S/S) RM42.90 - RM37.80

366 Cerita Dari Al-Quran dan Hadis ~ Moulvi Al-Hafiz S.A Seyed Ibrahim Al-Bukhari

Setiap rumah haruslah memiliki buku ini dalam mengubah masa depan anak-anak ke arah jalan yang diredai Allah. Dengan usaha murni ini, moga Allah memberikan kita kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kelak. Insya-Allah, kita dapat membentuk anak-anak kita mempunyai:

Kekuatan Iman seperti Ibrahim a.s.
Kesabaran Tinggi seperti Ayub a.s.
Ketulusan Hati seperti Yusuf a.s.
Keindahan Akhlak seperti Muhammad SAW

*****
(SEM) RM39.90 - RM35.10
(S/S) RM42.90 - RM37.80

Wednesday, August 13, 2014

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Kisah dan Kehidupan ~ Salih Ahmad Al-Syami

Semangat dan azam kuat ternyata mampu mengalahkan segala-galanya, kekuatan sehebat apa jua sekali pun apabila berhadapan dengan azam, niat dan semangat kuat pasti akan terpatahkan. Kekentalan semangat seumpama inilah yang dimiliki oleh seorang tokoh sufi agung, pada abad keenam Hijrah, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. 

Beliau mampu merubah wajah dunia yang ketika itu hampir tenggelam dipedaya dan dibuai oleh sifat tamak terhadap dunia dan mengalami kehancuran moral yang melalida masyarakat Baghdad, ibu kota pemerintahan Islam pada masa itu. Apa tidaknya, beliau yang ketika itu masih lagi berusia 18 tahun sudi meninggalkan kampung halamannya, Jailani menuju Baghdad hanya untuk menuntut ilmu. Dengan berbekalkan wang sebesar 40 dinar, ibunya reda berpisah dengan anaknya itu yang mungkin ini adalah perpisahan untuk selama-lamanya.

Bersifat jujur dan berkeperibadian mulia satu lagi sifat yang menjadikan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menjadi tokoh sufi agung pada zamannya. Dengan sifat ini, beliau mampu membuat segerombolan perompak dan lanun yang amat digeruni ketika itu bertaubat dan meninggalkan perbuatan keji mereka. Ternyata untuk menjadi orang besar seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jailani seperti yang akan dipaparkan dengan terperitici dalam buku tidak perlukan modal kewangan yang besar. Semangat kuat dan keperibadian mulia sudah memadai untuk menjadikan dunia tunduk dan hormat kepadanya. Namun, sejauh mana kita mampu mentarbiah jiwa kita untuk memiliki sifat-sifat mulia seperti yang ada dalam jiwa Syeikh Abdul Qadir al-Jailani?

Buku ini tentu sangat berbeza dengan buku-buku lain yang sama sebelum ini. Kajian mengenai ketokohan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani di sini dikupas dengan gaya bahasa yang mudah difahami, sistematik dan ilmiah. Antara keistimewaan buku ini adalah:
1. Mengukap rahsia keperibadian Syeik Abdul Qadir al-Jailani hingga menjadi tokoh sufi agung dan pemburu paling disegani hingga kini.
2. Mengkaji sejarah kelahiran ilmu tasawwuf atau lebih dikenali dengan ilmu penyucian jiwa, sejauh mana kepentingannya terhadap masyarakat serta sumbangan terhadap Islam.
3. Membalas ilmu tasawwuf menurut perspektif Syeikh Abdul al-Qadir al-Jailani dan prinsip-prinsip Tarekat al-Qadiriah hingga menjadikannya tarekat paling berpengaruh hingga kini.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

10 Gangguan Utama Syaitan Di Dalam Solat ~ Abdul Waid

Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pun pernah digoda syaitan di dalam solat baginda. Apatah lagi kita manusia biasa ini. Oleh sebab itu, sangat perlu bagi kita untuk sentiasa waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu daya dan pujuk rayu musuh utama manusia ini. Terutamanya ketika menunaikan solat. Agar solat kita tidak sia-sia oleh sebab godaan hebat daripada syaitan ini. Justeru itu apakah gangguan syaitan itu? Dan apakah modus operandi musuh manusia yang licik ini? 

Temukan jawapan untuk persoalan-persoalan tersebut di dalam buku ini. Dengan jelas, buku ini menghuraikan sepuluh taktik utama yang dilakukan oleh syaitan untuk melalaikan seorang muslim di dalam solatnya. Sepuluh taktik ini telah menjadi jurus utama untuk syaitan dan kerap kali berjaya membuatkan solat seseorang itu menjadi sia-sia. 

Fahamilah dan berwaspadalah dengan sepuluh taktik syaitan itu agar kita dapat meraih solat yang khusyuk dan pahala yang melimpah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Majmu'Syarif: Jalan Menuju Bahagia Dunia & Akhirat ~ Muhammad Baihaqi

Setiap kali selesai solat, kita akan duduk berzikir dan kemudian menadahkan kedua-dua belah tangan memohon ke hadrat ilahi agar dikurniakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Persoalannya: Bagaimanakan cara untuk memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat? 

Buku ini disusun oleh penyusun dengan begitu teliti agar mudah bagi pembaca untuk mengamalkan amalan yang boleh diamalkan untuk meraih reda Allah S.W.T. Kebanyakan amalan yang terdapat di dalam buku ini adalah berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan daripada hadis-hadis Nabi S.A.W. Buku ini juga memperincikan berkenaan beberapa surah pilihan daripada Al-Quran seperti Surah Yasin, Surah As-Sajadah, Surah Al-Mulk dan banyak lagi surah lain yang memiliki fadilat dan kelebihannya yang tersendiri. 

Semoga ia boleh kita jadi panduan untuk kita amalkan dalam mendapatkan keberkatan hidup dan mencapai keredaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Mudahnya Berbahasa Arab Di Dua Tanah Suci ~ Dr. Hj. Mohd Puzhi Usop, Dr. Hj. Azlan Shaiful Baharum, Dr. Nurkhamimi Zanuddin

Setiap orang Islam pasti bercita-cita untuk sampai ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah. Sekarang perjalanan untuk menunaikan ibadah ini tidak lagi seperti dahulu. Sebuah perjalanan yang memakan masa berbulan-bulan. Kini dengan adanya kapal terbang, perjalanan menjadi lebih singkat dan mudah. 

Walaupun begitu, persediaan untuk melaksanakan ibadah ini mengkehendaki komitmen yang tinggi daripada para bakal tetamu Allah. Persediaan bukan sahaja daripada segi material, mental malah persediaan daripada segi kemahiran berbahasa juga penting. Buku ini memberikan kita panduan berkenaan cara berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Ini penting untuk bakal tetamu Allah kerana dengan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab memberikan kita lebih keyakinan semasa berada di Tanah Suci kelak. Malah mungkin dengan kemahiran itu kita dapat membantu mereka yang memerlukan atau kita mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dengan kesukaran semasa di Tanah Suci kelak. 

Semoga buku ini dapat memberikan sinar keyakinan dalam menunaikan ibadah suci ini. Insya Allah.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Minhaj Al-Salam Jalan Keselamatan ~ Al-Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Al-Badawi Al-Sambawi

Ketahuilah wahai para pembaca sekalian! Sesungguhnya diwajibkan ke atas setiap mukallaf, yakni yang diberati oleh syarak ke atas setiap lelaki dan perempuan yang merdeka dan sahaya orang bahawa mengetahui akan sekalian rukun Islam dan rukun Iman. Oleh kerana itu, kitab yang berada di hadapan para pembaca sekalian ini adalah sebuah kitab kecil yang menghuraikan secara tafsil perkara yang berkaitan dengan Iman dan Islam hasil karangan Al-‘Amil Al-‘Amil Al-Fadhil Al-Kamil Al-Syeikh Muhammad Zainuddin Bin Muhammad Al-Badawi Al-Sambawi yang bertajuk Minhaj Al-Salam (Jalan Keselamatan). 

Islam dan Iman itu adalah dua perkara yang berlainan di antara keduanya kerana makna 'man itu semata-mata percaya, iaitu yang berkaitan dengan hati dan makna Islam itu pula adalah semata-mata junjung seruan Allah Ta'ala dengan segala anggota yang zahir tetapi tiada sah Islam itu melainkan dengan ada iman dan tiada lepas daripada seksa orang yang beriman itu melainkan dengan Islam. Dan terhimpun sekalian rukun Iman yang enam itu ke dalam rukun yang pertama daripada segala rukun Islam yang lima dari kerana bagi segala rukun Iman yang tersebut itu ada baginya beberapa simpulan. Maka jumlah sekaliannya adalah sebanyak 50 simpulan iaitu 41 simpulan termasuk di dalam kalimah: iaitu 20 yang wajib, 20 yang istihalah dan satu yang harus, manakala 9 simpulan daripadanya termasuk di dalam kalimah: iaitu 4 yang wajib, yang istihalah dan satu yang harus. 

Maka wajib ke atas setiap mukallaf bahawa mengetahui akan segala simpulan iman yang tersebut itu secara tafsil. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan rukun Iman dan rukun Islam tersebut, maka para pembaca disarankan agar mempelajari dan mentadabbur isi kandungan kitab ini secara bertalaqqi yakni berguru supaya para pembaca dapat memahami isi kandungan kitab ini dengan lebih baik dan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari para guru yang berkenaan. Kepada Allah kita memohon hidayah dan taufiqNya.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

4 Khalifah Agung Zaman Rasulullah s.a.w (H/C) ~ Hj. Mohd Rashad Shamsuddin M.D.

Naskah ini begitu ringkas penyusunannya, namun seringkas manapun penyusunannya diharap dapat dimanfaatkan oleh para pembaca, sebagai bacaan tambahan, sekira-kira boleh menimbulkan minat mendalam untuk mengenal dan menghayati Islam ketika meninjau dan menyikap tirai sejarah pemerintahan Islam yang terpengaruhi dengan "berbagai peristiwa untuk menjadi peringatan, renungan dan menyingkap tirai sejarah pemerintahan Islam yang terpenuhi dengan berbagai peristiwa untuk menjadi peringatan, renungan, kesedaran, pertimbangan dan penjanaan minds yang lebih terbuka dan kreatif dalam meniti era kebangkitan semula Islam dialaf baru. Insya Allah!

*****

(SEM) RM46.00 - RM40.50
(S/S) RM49.00 - RM43.10

Friday, August 8, 2014

Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyubi: Penakluk Tentera Salib ~ Syed Alwi Alatas

Salahuddin al-Ayyubi bukan nama asing kepada orang Islam, malah sosok hebat ini disanjung orang bukan Islam. Sejarah keperwiraan tokoh Muslim ini menjadi bahan tulisan sama ada buku atau tesis di seluruh dunia. Ia juga mendapat perhatian karyawan seni untuk difilemkan.Dalam lambakan bahan-bahan mengenai Salahuddin menyebabkan pembaca keliru antara fakta dan fiksyen mengenai perwira ini.Begitu juga sebahagian menilainya daripada sejarah gemilang yang diciptanya tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

Sebaliknya buku ini tidak membahaskan fakta sejarah semata-mata. Lebih penting ia mengkaji masalah dan cabaran yang ada pada zaman itu yang memiliki banyak persamaan dengan yang dihadapi oleh kaum Muslimin pada zaman sekarang. Kaum Muslimin pada masa Nuruddin dan Salahuddin telah melewati masalah itu dan mereka mampu merespons cabaran dengan sangat baik.Ini adalah pelajaran yang berharga bagi kita yang hidup pada hari ini. Jika kita memahami dengan baik apa yang telah terjadi pada masa itu – kemunduran kaum Muslimin, penguasaan al-Quds oleh musuh, serta konflik Sunni-Syi’ah – dan kita dapat menggunakan contoh-contoh sebagai model untuk diterapkan pada masa sekarang ini, maka ia dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah umat yang ada pada hari ini sebagaimana kejayaan yang dicapai oleh Salahuddin pada masa itu.

*****

(SEM) RM32.50 - RM28.60
(S/S) RM35.50 - RM31.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...