Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, July 27, 2023

Hijrah Kerana Allah Hidup Berkah Rezeki Berlimpah ~ Muhammad Makholori

(SEM & SS) RM18.00 > RM17.00

Cuba nilaikan keuntungan yang anda dapat daripada bisnes yang anda usahakan setiap bulan? Berapakah lebihan keuntungan yang anda dapat setiap akhir tahun? Satu juta, dua juta, sepuluh juta ataupun seratus juta. Pastinya anda akan merasa seronok apabila keuntungan anda berganda dan sentiasa bertambah setiap bulan. Malah anda sentiasa mengharapkan agar terus untung dan untung.

Namun itu semua adalah nilaian daripada segi nilaian harta materialistik. Lain pula kebahagiaan yang dinilaikan dari sudut keuntungan apabila bertransaksi dengan Allah s.w.t. Kebahagiaannya bukan sahaja di dunia malah juga kebahagiaan di akhirat yang hakiki dan sebenar.

Lalu bagaimanakah caranya untuk meraih kebahagiaan itu? Semua ini dicatatkan di dalam buku yang ringkas dan padat ini.

Solat Subuh Itu Awesome ~ Samir Al-Qarni Muhammad Riziq

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

“…Marilah menunaikan solat. Marilah menuju kejayaan. Solat itu lebih baik daripada tidur…”

Inilah maksud azan yang sayup-sayup kedengaran ketika masuk waktu subuh setiap hari. Ketika ini ramai yang masih lena dibuai mimpi. Ada yang sibuk bersiap untuk bergegas ke tempat kerja, bagi anak-anak pula sibuk bersiap untuk ke sekolah. Leka dengan lena yang dibuai mimpi indah, sibuk dengan keperluan dan kehendak harian yang padat, subuh berlalu begitu sahaja. Berlalu dengan hikmah, keberkatan dan ganjaran yang tidak ternilai banyaknya. Setiap hari ia berlalu dan terlepas walaupun ia sudah berada di hadapan pintu rumah, yang hanya menunggu kita untuk membuka dan menjemputnya masuk dan menyinari kehidupan kita.

Manfaat subuh bukan hanya dari sudut ibadah dan spiritual sahaja. Malah kesannya terhadap kesihatan fizikal dan mental serta disiplin begitu besar. Dari sudut psikologinya juga amat mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Solat subuh mempunyai zat-zat yang amat diperlukan oleh ruh, minda serta akal manusia yang mana mampu memancarkan cahaya kecemerlangan dan mengindahkan karisma dan penampilan seseorang. Dari sudut kesihatan juga banyak memperkatakan tentang keutamaan dan khasiat yang terdapat dalam waktu subuh yang baik untuk tubuh dan emosi.

Dengan kehadiran buku ini akan memberi semangat dan azam kepada kita untuk meraih dan mencapai hikmah, ganjaran dan keberkatan solat subuh.

Jangan menunggu matahari terbit dan jangan menunggu sehingga matahari terbenam.

Isi Piringku: A Guide to healthy food choices ~ Luqman Hakim

(SEM & SS) RM17.00 > RM16.00

Kesihatan amat penting bagi setiap manusia. Dengan kesihatan yang baik kita dapat meneruskan hidup, beribadah, bekerja, belajar dan lain-lain. Malah perjalanan hidup dan pemikiran seseorang dapat bergerak aktif dan lebih lancar lagi.

Bagaimana untuk mendapatkan kesihatan yang baik? Jawapannya pastilah dengan penjagaan kesihatan dan pemakanan atau menu yang seimbang. Pemakanan dikaitkan dengan kesihatan kerana daripadanya zat-zat seperti protein, vitamin, kalsium, karbohidrat dan lain-lain dihasilkan. Semua zat ini amat diperlukan manusia.

Sebaiknya kita memakan makanan berzat atau bergizi untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Bahkan mengikut menu yang ditetapkan di samping tidak mengambilnya secara berlebihan merupakan jalan terbaik.

 

Ajaklah Dia... Sepatah Biarpun Sukar... ~ Khairul Anuar Basri, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Mengajak kepada kebaikan merupakan amal ibadat. Di sana sini, peluang ini terbuka luas. Ironinya, ramai yang memilih berdiam diri dan membiarkan ia berlalu. Mereka merasakan ia tidak perlu. Lalu kami bersepakat, buku ini menjawab pertanyaan, “Kenapa ia perlu dilakukan?” Kami bercerita tentang sasaran dan bahan ajakan untuk menjadi pertimbangan khalayak pembaca.

Dulu-dulu, hanya mereka yang alim agama bertugas dalam tugas mengajak. Lahirlah istilah pendakwah. Usaha mereka menjurus kepada hukum-hakam syariah. Lalu berdakwah – menyampai walau sepotong ayat – menjadi sukar. Batasan ilmu di dada menjadi penghalang. Terasa-rasa tidak layak dan ia bukan tugas kita.

Dunia kini berbeza.

Sempadan dunia mengecil. Jarak menjadi terlalu dekat. Teknologi memudahkan. Mad‘u yang datang dari pelbagai watak dan disiplin kelihatan lebih pintar dan mudah menyerap kreativiti dakwah. Benarlah ... saranan betapa setiap orang boleh menjadi pendakwah kian jelas dan mula menjadi kenyataan.

Syurga: Keindahan & Kenikmatannya ~ Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

Allah SWT telah menyediakan syurga yang akan menjadi tempat tinggal abadi mereka yang beriman dan beramal soleh.

Meski syurga tidak dapat dilihat dan tidak mampu dibayangkan, banyak ayat Al-Qur’an dan hadis yang menceritakan dan menggambarkan nikmat-nikmat dan keindahan yang tersedia di syurga seperti bidadari dan pelayan, sungai-sungai, makanan dan minuman serta binaan dan bangunan yang tidak terjangkau hebatnya.

Semuanya dijelaskan dalam buku ini termasuk juga nama-nama syurga, pintu-pintu syurga dan nikmat yang lebih besar daripada nikmat syurga.

Semoga dengan membaca naskhah ini akan menaikkan semangat kita untuk terus bersungguh-sungguh dalam beramal agar dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

Ujian Kita: Usah Berdukacita ~ Muhd Kamil Ibrahim dan rakan-rakan

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Kisah ujian kehidupan yang ditempuh oleh seseorang dan bagaimana ujian itu dihadapi, boleh menjadi 'healing' (penawar) buat orang lain. Inilah yang akan dirasai apabila membaca buku ini.

Malah sebahagian pembaca mungkin akan menemui kisah serupa dengan apa yang mereka pernah atau sedang hadapi. Setidak-tidaknya ia memberi inspirasi. Dalam cerita, ada ilmu yang pembaca dapat.

Ada panduan dan motivasi daripada 40 kisah ujian yang pelbagai daripada 20 orang penulis dari bermacam-macam latar belakang ini - ahli perniagaan berjaya, jutawan, golongan profesional, pakar saham, guru, suri rumah sepenuh masa, al-hafiz, penulis, bekas banduan, dll.

Perkongsian paling berharga adalah bagaimana mereka ini menghadapi ujian dan - dalam beberapa kisah - bagaimana ujian itu menjadi 'turning point' ke arah kehidupan yang lebih baik.

Buku ini sebenarnya menghimpun 'success stories' (kisah-kisah kejayaan) dalam menempuh ujian hidup. Ia diceritakan sendiri oleh insan-insan yang kebanyakannya berjaya dalam bidang masing-masing. Apa yang ditekankan adalah kejayaan melepasi satu fasa getir dalam kehidupan yang Allah uji pada mereka.

Dari satu kisah ke satu kisah, ia memaparkan didikan Allah dalam rentetan ujian yang menjadikan seseorang itu lebih baik dan lebih dekat dengan-Nya, daripada sebelum itu.

Allah pasti kabulkan doa hambaNya


Kita merancang, Allah juga merancang & belajar untuk terima rancangan Allah itu. Kerana dia sebaik-baik perancangan.Husnuzon. 😊
Buku: Misiah Bayani. 2017. Tadabbur. Mustread Sdn. Bhd. Selangor.

Syukuri yang sedikit, Allah akan tambahi lagi


Syukuri nikmat yang ada.Buat kerja sebaik mungkin.Walaupun kita lihat sedikit kejayaan, Allah tetap berikan juga 🥰

InsyaAllah, DIA akan bantu kita di satu ketika yang kita amat perlukan dia.

Buku: Sukur Ibrahim. 2017. Inspirasi Sukur. PTS Publishing. Selangor.

Membongkar Misteri Tamadun Awal Dunia Lembah Indus: Harappa dan Mohenjo-Daro ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Pabila kita menelusuri penseiarahan tamadun awal, tua dunia, maka akan terbayanglah nama-nama seperti Mesopotamia, Mesir Kuno/ Purba, Huang He, Yunani/ Greek, Rom rentas hingga Nusantara. Kebanyakan tamadun-tamadun tua awal ini berkisar di tengah Benua Asia, Timur Asia, serta Eropah jua belahan tenggara Asia. Walau bagaimanapun, jika ditelusuri pentarikhan tamadun -tamadun tersebut muncul sekitar 4000SM. Jika dihitung anggaran usianya adalah lebih kurang 6000 tahun. Adakah tamadun tertua di dunia dipegang oleh Tamadun Mesopotamia yang usianya sudah menjangkau 6000 tahun?

Atau terdapat tamadun lain yang lebih tua usianya? Di sinilah bermula pencarian permata di lembah sungai di sebuah benua kecil yang jauh daripada kemasyhuran ketamadunan manusia yang diwarwarkan dunia moden. Benua Kecil India, di lembangan Sungai Indus, lahirnya Tamadun Lembah Indus vang berusia lebih 7000 tahun. 1000 tahun lebih tua berbanding Mesopotamia yang selama in memegang rekod tamadun tertua dunia. Sisa-sisa tinggalan di tapak galicari arkeologi Harappa dan Mohenjado serta puluhan bandar lain sekitar lembah Sungai Indus telah memberi makna baru kepada pensejarahan tamadun tua dunia.

Tamadun ini bertunas di celahan aliran air Sungai Indus yang membawa pelbagai unsur alam dalamnya. Tamadun ini muncul dan meniadi tamadu terawal yang dirakamkan melalui tinggalan kekal mereka iaitu pembinaan pembandaran terancang yang seragam antara bandarnya walaupun terpisah jarakya melebihi ribuan kilometer. Warkah ini cuba menyelongkar dari sudut pandang yang pelbagai termasuklah kronologi perkembangan tamadun tersebut. Penulis juga cuba memaparkan pensejarahan Tamadun Indus melalui sudut bukti monumen dan karya ulung yang mash tersisa dan dapat dilihat serta dirujuk pada hari ini.

Kegemilangan tamadun tersebut juga merentasi sempadan benua dengan kehebatan tokohnya yang mash diulang sebut sehingga ke hari ini. Malah sejarah kenabian juga sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada Tamadun Awal di Benua Kecil India. Seterusya ditelusuri juga perkembangan pasca Tamadun Indus dan perkembangan Islam yang yang membentuk Dinasti Moghul.

Membongkar Konspirasi Dajjal Illuminati Terbesar Akhir Zaman ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Bukankah mereka sudah mati ribuan tahun yang lalu? Frasa ini adalah hakikat untuk menyatakan bahawa segala perancangan Firaun dan Namrud sudahpun suburmekar dalam kehidupan sekarang kerana dikembangbiakkan oleh anak cucu mereka. Setiap aspek kehidupan kita sekarang sudahpun dikuasai oleh Firaun dan Namrud. Sebenarnya Firaun dan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agenda mereka telah diteruskan ole cucu-cicit keturnan mereka yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati. Keturunan Namrud dan
Firaun sebenarnya mash berterusan sehingga sekarang.

Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturnan Rothschild (Rothschild Bloodline). Keturnan-keturnan lain laitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturnan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia in di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

Manusia pertama di muka bum in yang murtad dan musyrik, kemudian mengaku sebagai Than pula ialah Namrud. Lepas itu Firaun pula berbuat demikian. Manakala kerajaan pertama yang tertubuh di

Misteri Ilmu Batin Melayu Nusantara ~ Abdullah Sidek

(SEM & SS) RM38.90 > RM37.00

Alam nusantara begitu kaya dengan ilmu kebatinan bahkan mungkin paling kaya berbanding dengan kawasan, lainnya di dunia ini. Pada waktu sukar, ilmu kebatinan telah dicipta, diamalkan dan disebarkan dalam kalangan masyarakat yang kemudiannya telah diperturunkan dari generasi ke genérasi sehinggalah hari ini. Walaupun dunia semakin moden dengan pelbagai teknologi yang berjaya dicipta namun ada sebahagian daripada orang nusantara ini mencari ilmu kebatinan untuk diamalkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dijelaskan.

Secara ringkasnya, ilmu kebatinan ini boleh dikelaskan kepada 2
'kelompok utama iaitu ilmu putih dan ilmu hitam. Ilmu putih bermaksud ilmu yang digunakan untuk kebaikan manakala ilmu hitam pula merupakan ilmu yang digunakan untuk tujuan jahat dan menyakiti orang lain.

Buku ini pula dihasilkan hanyalah sebagai maklumat dan tambahan ilmu semata-mata bukannya dengan tujuan untuk diamalkan ole masyarakat awam. Oleh itu, budi bicara pembaca amatlah diperlukan.

Friday, July 14, 2023

Siri Klasik Pak Sako: Budak Beca ~ Ishak Hj. Muhammad

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Pak Sako bukanlah nama asing dalam dunia kesusasteraan Melayu. Dalam setiap tulisannya, nasionalisme yang menjadi jati beliau jelas terpancar. Kecintaan Pak Sako terhadap tanah air dan semangat antipenjajahnya diterapkan secara sinikal dalam banyak karya beliau. Pak Sako mengkritik dalam sendanya. Walaupun kadang-kadang teknik penceritaan yang digunakan oleh Pak Sako agak ‘berkhutbah’, namun estetika sebagai suatu karya masih lagi utuh terpelihara.

Dalam Budak Beca, Pak Sako mengkritik sikap bangsawan Melayu yang lupa akan peranan masing-masing. Pak Sako juga menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu hanya sekadar menjerit Merdeka! tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi tidak tahu cara untuk mengisi kemerdekaan itu nanti. Beliau juga menyuarakan betapa orang Melayu semakin terhimpit di bumi sendiri dek sikap mereka. Keadaan ini diparahkan lagi dengan berlakunya perubahan sosioekonomi Tanah Melayu akibat dasar yang dibuat oleh penjajah Inggeris. Ini semua menyesakkan dada Pak Sako. Lantaran itu, lahirlah Budak Beca bagi mengingatkan dan menyedarkan orang-orang Melayu agar tidak berdagang di tanah sendiri.

Siri Klasik Pak Sako: Putera Gunung Tahan ~ Ishak Hj. Muhammad

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Belulang harimau putih
lapik membuka pekung
cenuai pengasih
membodohkan modennya manusia serakah

sakai, Robert, Tahan, William + mem
beringin bercakap, teropong terus
burung laju berlauk emas bersayur perak
orang bunyian, Ratu Bongsu, perempuan tua

Wacana pascakolonial era kolonial
Wacana Melayu
Wacana realisme magis
jiwa merdeka, jiwa bebas tak terjajah

Siri Klasik Pak Sako: Anak Mat Lela Gila ~ Ishak Hj. Muhammad

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) pertama kali diterbitkan pada tahun 1960. Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung - suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya.

Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat. Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.

Walaupun novel ini dihasilkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako seperti sudah tahu penyakit yang akan dihadapi oleh generasi akan datang. Kebanyakan isu-isu masyarakat yang diketengahkannya adalah malar segar dan masih berlaku sehingga ke hari ini lalu dapat kita rasakan pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.

 

Nasihat Buat Pemerintah ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Nasihat Buat Pemerintah yang berada di tangan pembaca ini merupakan terjemahan karya Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali dengan judul asal, al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk. Risalah ini dikarang untuk ditujukan khusus kepada Sultan Muhammad bin Malik Shah, seorang pemerintah Empayar Seljuq pada waktu itu.

Dalam karya ini, susun atur kandungannya terbahagi kepada tujuh bab – didahului oleh satu bahagian awal yang diasingkan. Pada bahagian pendahuluan, Imam al-Ghazali menekankan asas-asas usul bagi iman, cabang-cabang iman yang melibatkan dasar-dasar keadilan dan kesaksamaan, serta hakikat dunia dan kematian yang mesti direnungkan dengan mendalam oleh para pemimpin.

Imam al-Ghazali kemudiannya membicarakan secara komprehensif perihal keadilan dan siasah, kementerian, kesetiausahaan, sahsiah seorang pemerintah, kata-kata hikmah para hukama’, kemuliaan akal serta perihal wanita. Banyak kisah pemimpin unggul terdahulu turut disertakan untuk dijadikan contoh teladan. Ternyata kandungan karya ini kekal relevan sebagai panduan bermakna untuk para pemerintah seluruh dunia.

Sesiapa pun mampu berubah


Sesiapapun boleh mengubah dirinya. Jadikanlah mereka yang hebat, berjaya, kuat semangat sebagai idola untuk perbaiki diri.
We can do it 💪💪
We can make a different 💪💪
Slowly but surely 🥰🥰

Buku: Charles Saputra. 2021. Seni Mengubah Nasib. Puteh Press. Kuala Lumpur.

Jangan membazirkan masa dengan orang yang salah


Lakukan aje kerja baik anda setiap hari. Jangan fikirkan sangat orang yang tak berapa 'ngam' dengan anda.

Buku: Tere Liye. 2015. #aboutlove . PTS. Selangor.

Menelusuri 1000 Tahu Fiqh Syafi'i Alam Melayu ~ Hj. Azhar Hj. Yahya Al-Batawi

(SEM & SS) RM190.00 > RM185.00

Buku ini membawa pembaca menelusuri bukan sahaja 1,000 tahun lakaran kanvas Mazhab Syafie di Alam Melayu, bahkan seawal kejadian manusia. Mencerakini DNA bangsa melayu, sejarah keturunan dan kegemilangan serta yang penting ketauhidan Alam Melayu ini perlu disingkap dan bukannya dihikayatkan dengan palitan agama keberhalaan.

Mutiara kata RUMI ~ Biblio Press

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Sebuah karya pengenalan kepada hikmah-hikmah Rumi supaya lebih ramai lagi yang akan mula menghayati karya Jalaluddin Rumi.

Rumi menari dengan kata-katanya yang magis dan membekas pada jiwa-jiwa yang mencari-Nya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...