Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, November 25, 2014

Tafsir Wanita Dalam Al-Quran ~ Syeikh Imad Zaki Al-Barudi

Setelah Al-Quran turun, seluruh bentuk kekejaman seperti itu ditentang dan dikecam dengan sekeras-kerasnya oleh Islam. Pandangan negatif manusia terhadap wanita menjadi pandangan positif. Pandangan meremahkan mereka menjadi pandangan dihormati. Lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling bantu-membantu dan saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain.

Islam memberikan kebebasan namun tetap dalam batasan dan peraturan yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah sehingga tindakan dan arah kaum wanita tetap berapa dalam garis panduan yang benar. Pada masa yang sama, Islam sangat menentang pemikiran yang menjadikan wanita hanya sebagai makhluk pelengkap sehingga tidak lahir sebarang manfaat dari kaum wanita, kerana mereka telah dikongkong dan segala bentuk idea kreatif atau usaha yang lahir dari mereka tidak akan dipandang oleh masyarakat. Kedua-dua pandangan ekstrim ini tidak dipersetujui oleh Islam. Hal ini kerana jika pandangan ini terus wujud, maka keistimewaan agama Islam dalam memartabatkan kaum wanita akan hilang dan pudar sekaligus akan menghancurkan sesebuah masyarakat itu sendiri.
Buku terjemahan ini diberi tajuk Tafsir Wanita Dalam Al-Quran, ianya banyak menyentuh tentang hak dan kewajipan wanita dari sudut hukum, moral dan sosial. Buku ini akan menjadi panduan bagi kaum wanita untuk meniti kehidupan dengan cara yang benar dan sesuai dengan aturan Al-Quran. Hukum-hukum yang terkandung dalam buku ini akan membuat kaum wanita mampu menikmati hidayah Al-Quran. Buku ini akan memberikan makna lebih mendalam tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita.


(SEM) RM48.00 - RM42.20
(S/S) RM51.00 - RM44.90

Cuit-cuit Ustaz Kay's ~ Haji Kamil Sidek

Cuit-Cuit Ustaz Kau's ini menggunakan pendekatan dakwah yang lebih santai walaupun agak ilmiah sebenarnya. CCUK ini lebih kepada himpunan dan catatan pendakwah atau travelog yang menjadi trend masa kini. Fresh, ringan dan tidak memeningkan, tulus dan tidak memaksakan. Justeru, dalam pemilihan tajuk-tajuk CCUK, dibuat dengan berhati-hati, isu yang dekat dengan mad'u (golongan sasaran dakwah), malar segar, catchy, trendy dan terkini, selain cadangan yang datang dari rakan-rakan pembaca.

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Sunday, November 23, 2014

Kaedah Merawat Saka ~ Dato' Dr. Haron Din, Tuan Hj. Mokhtar Kassan

Saka adalah makhluk halus yang diwarisi daripada leluhur seperti ayah,
nenek, atau datuk dalam keadaan sedar ataupun tidak. Saka atau jin yang diwarisi kebiasaannya memerlukan waris bagi memberi makanan atau persembahan kepadanya. Makhluk ini kemudiannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya apabila waris mengabaikannya. Ini mungkin terjadi kerana leka atau waris tidak mengetahui kewujudannya.

Dalam syariat Islam, bergantung kepada jin dan syaitan adalah dilarang dan boleh membawa kepada syirik. Seperti yang disebut dalam surah Al-Jin ayat 6:
"Dan sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga, dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

Kaedah-kaedah rawatan dalam buku ini adalah panduan berdasarkan pembelajaran dan pegalaman penulis. Dinasihatkan para pesakit supaya mendapatkan perhatian daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini pegangan syariatnya.

*****
(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Thursday, November 20, 2014

Hafal Asmaul Husna ~ Rachmat Ramadhan Al-Banjari

Pasti ada dalam kalangan kita yang tidak tahu akan kelebihan dan keistimewaan Asmaul Husna, sekiranya diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Penerapan dan istiqamah dalam pengamalan Asmaul Husna ini, insya Allah akan memberikan impak positif kepada kesihatan fizikal, terbukanya pintu rezeki serta memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

Yang penting adalah kita percaya dan yakin dengan sepenuh hati serta tawaduk dalam mengamalkannya untuk mencapai keberkesanan dan kejayaan. Oleh itu, di dalam buku ini akan diberikan panduan serta cara pengalaman dan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam mencapai sesuatu matlamat yang kita inginkan.

Semoga dengan pencerahan yang terdapat di dalam buku ini, dapat menuntun dan membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan bahagia. Lebih manis lagi adalah mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Amin.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Kesalahan-kesalahan Dalam Solat ~ Syeikh Salahuddin As-Sa'id

Solat merupakan tiang agama Islam. la juga adalah amalan yang mula-mula dihisab di hadapan Allah S.W.T. Solat yang berkualiti adalah solat yang dilaksanakan mengikut apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dan diamalkan oleh para sahabat serta pengikutnya. Namun dalam melakukan ibadah solat yang agung ini, banyak perkara yang telah dilakukan tanpa berlandaskan dalil yang sahih. Secara tidak langsung perbuatan sedemikian dikira kesalahan yang mungkin menyebabkan pelakunya berdosa dan mencacatkan ataupun membatalkan ibadah solat itu sendiri.

Buku ini menghuraikan kepada kita antara perkara dan perlakuan serta tanggapan yang salah perihal pelaksanaan solat. Untuk menguatkan lagi hujah dan ilmu untuk diketengahkan di dalam buku ini. Penulis telah menyertakan bersama daripada Al-Quran dan Hadis yang sahih. Amat penting bagi kita umat Islam untuk mendapatkan ilmu berkenaan solat kerana solat adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan setiap hari. Begitu juga dalam persoalan menjaga kualiti solat, is adalah satu kewajipan kepada setiap individu muslim.

Oleh yang demikian, carilah ilmu dan panduan tentang solat. Semoga solat kita sempurna dan diterima oleh Allah S.W.T. Buku ini di antara buku yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam meningkat ilmu kita tentang solat.

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

15 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Bagi Kesihatan dan Kecantikan ~ Yusef N. Jatmika

Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai kecantikan. Tumbuh-tumbuhan adalah termasuk dalam makhluk ciptaan Allah SWT. Ia dijadikan dengan tujuan-tujuan tertentu untuk manfaat manusia dalam kehidupan mereka. Ada yang dijadikan makanan dan ada pula perubatan serta hiasan.

Kebanyakan manusia terutamanya kaum wanita hanya mementingkan hiasan halaman rumah mereka. Maka kita dapati halaman rumah atau garaj kereta biasanya dipenuhi dengan bunga-bungaan mahupun tanaman lain yang menyerikan suasana halaman rumah mereka. Tidal( ramai yang menitik beratkan hiasan dalaman rumah mungkin kerana faktor kebersihan mahupun penyelenggaraan.

Hakikatnya, buku "15 TANAMAN HIASAN DALAM RUMAH BAGI KESIHATAN & KECANTIKAN" akan mengubah persepsi dan tanggapan kaum wanita. Mereka mungkin mengubah persepsi sebagaimana suasana dalaman rumah mereka juga berubah. Sesungguhnya kewujudan tanaman di dalam rumah akan menambah keindahan serta keceriaan. Selain itu oksigen yang segar yang dihasilkan oleh tanaman tersebut juga turut menghasilkan udara segar seolah-olah anda berada di dalam taman.

*****
(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM18.90 - RM16.60

Selami Sifat-sifat Rasulullah s.a.w ~ Dr.Abdul Azhim bin Badawi Al-Khalafi,Abu Abdillah bin Luqman Al-Atsari, Abu Ezzat AL-Mubarak, Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas,Syeikh Abullah bin Abdul Rahman al-Jibrin

Islam adalah agama `Rahmatan lil `Aalamin' mengatur secara terperinci tentang hukum-hukum dan kaedah peradaban manusia dengan penuh kesempurnaan. Melalui keteladanan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai perutusan membimbing umat manusia agar sentias. a di landasan Allah S.W.T. Baginda S.A.W. sebagai peneraju umat akhir zaman ini, sudah pasti telah dilengkapi dengan sifat-sifat terpuji dari segala aspek kehidupan.

Buku ini menghuraikan tentang contoh teladan Rasulullah dalam hal-hal rumah tangga, tidur, wuduk, solat dan banyak lagi sifat-sifat Rasulullah yang dapat kita cungkil daripada buku ini.

Semoga dengan perkongsian ini dapatlah kita menerapkan dalam kehidupan kita sehari-hari serta mengamalkannya dengan istiqamah agar is dapat membimbing terus ke jalan yang diredai Allah S.W.T. serta mendapat syafaat daripada Nabi kita Muhammad SAW. di akhirat kelak. Insya-Allah.

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Panggilan Terakhir Dari Allah s.w.t ~ Jamal Ma'mur Asmani

Siapa tidak kenal neraka, suatu tempat yang mengerikan ; dan tidak dapat dibayangkan kengeriannya. Tempat penyeksaan dan pembalasan bagi mereka yang menentang dan mengingkari perintah Allah. Digambarkan penuh dengan seksaan dan penderitaan yang tiada tolok bandingannya. Jangankan terasa, membayangkannya pun sudah cukup menggetarkan jiwa dengan kengeriannya.

Sebenarnya, khabar tentang neraka hanya Allah sajalah Yang Maha Mengetahui. Namun demikian Allah telah mengutuskan malaikat untuk menyampaikan khabarnya kepada rasul-Nya, untuk kemudiannya disampaikan kepada umatnya. Sudah pasti, agar umatnya benar-benar berhati-hati dan berusaha untuk tidak terjerumus ke dalamnya.

Apakah khabar buruk yang dibawakan malaikat kepada Rasulullah S.A.W.? Siapakah gerangannya Malaikat Malik? Siapakah calon penghuni neraka? Bagaimana keadaan para penghuni neraka? Bagaimana pedihnya seksaan dan penderitaan di dalam .neraka? Dan apakah yang boleh kita lakukan untuk menghindari dahsyatnya seksaan api neraka? Apakah doa dan amalan yang dapat menjauhkan seseorang daripada masuk neraka?

Buku insya Allah akan menjawab persoalan itu berdasarkan apa yang dibawakan oleh Al-Qur'an dan Hadis dan diperkuatkan lagi oleh penjelasan para ulama yang alim dan soleh.

*****
(SEM) RM14.00 - RM13.20
(S/S) RM16.00 - RM14.10

Doa & Amalan Untuk Menjadi Pemimpin Berkarisma ~ Zainul Ridha

Karisma itu bukan suatu yang boleh dipelajari atau berada di dalam matapelajaran persekolahan atau universiti. Setiap orang mempunyai karismanya yang tersendiri, yang mungkin akan tersedah atau terpendam. Maka inilah perlu dicungkil dan dilatih. Oleh kerana karisma ini sifatnya terpendam di dalam did seseorang maka banyak cara untuk mencungkil dan mengeluarkannya. Salah saw cara adalah dengan doa dan zikir.

Mungkin jika dilihat secara zahirnya ia adalah mustahil atau tidak logik. Namun itulah kekuasaan Allah. Hanya kepada-Nya kita berserah dan memohon. Lebih-lebih lagi apabila amanah kepimpinan diberikan, maka ia mesti dijalankan berlandaskan pedoman dan garis panduan yang telah disediakan oleh Allah iaitu Al-Qur'an dan Hadis. Dan dengan amanah itu juga kita mampu membawa mereka yang di bawah kita ke jalan yang diredai Allah.

*****
(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

Tip dan Doa Mustajab Agar Segera Dikurniakan Cahaya Mata ~ A. Sudirman

Ujian Allah adalah dalam berbagai bentuk, di antara adalah tidak dikurniakan cahaya mata. Bersabarlah, itu langkah pertama, seterusnya berusahalah dengan gigih pula adalah langkah kedua.

Buku yang sedang anda belek ini secara khusus memberikan panduan yang amat praktikal untuk anda agar dikurniakan segera cahaya mata. Dengan teratur dan lengkap, buku ini menyajikan segala apa yang anda perlu lakukan untuk memudahkan anda mendapat cahaya mata, secara medikal dan psikologi.

Ditambahkan lagi dengan bimbingan secara spiritual berupa amalan-amalan praktikal dan doa-doa khusus bagi anda untuk menimang cahaya mata impian yang anda impikan.

Sangat lengkap secara medical-psikologi dan sekaligus spiritual. Sehingga buku ini sangat sesuai untuk dibaca dan diamalkan oleh pasangan suami-isteri yang hingga saat ini belum memiliki cahaya mata ataupun mereka yang hendak mendirikan rumahtangga.
InsyaAllah, usaha anda itu dipermudah dan diperkenankan oleh Allah.

*****
(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.10

Wednesday, November 19, 2014

68 Doa Paling Indah Dari Al-Quran ~ Sayyid Qutb

Al-Qur'an diturunkan penuh dengan hikmat dan ilmu terkandung di dalamnya. Selain itu juga ia menyimpan pelbagai doa yang boleh kita amalkan setiap hari di dalam kehidupan seharian kita. Malah setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita berdoa dengan menggunakan ayat al-Qur'an agar diberikan petunjuk dan pertolongan serta dirahmati oleh Allah S.W.T. Doa tersebut terkandung di dalam Surah Al-Fatihah. Apatahlagi sekiranya menambahkan lagi bacaan surah ini di dalam wirid dan zikir kica dengan disertai bacaan surah¬surah lain. Maka semakin banyak doa yang kita pohon. Seperti mana yang kita ketahui berdoa juga merupakan suatu ibadah yang disukai Allah.

Himpunan doa daripada Al-Qur'an hasil karya Sayyid Qutb ini merupakan sedikit panduan untuk kita tentang ayat-ayat Al-Qur'an yang boleh kita amalkan menjadi doa. Dalam masa yang sama lidah kita akan sentiasa dilunak dan dilembutkan oleh ayat-ayat suci Al-Qur'an tanpa mengira waktu dan masa. Berdoalah dan memohonlah hanya kepada Allah S.W.T.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...