Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, February 28, 2016

Saya Cuma Posmen ~ Ebit Lew

"Kadangkala kita hanya fikirkan apa yang kita hendak, sampai kita lupa apa yang ALLAH mahu dari kita." - Saya Cuma Posmen

Ribuan pengalaman Ustaz Ebit Lew sepanjang perjalanan dakwahnya sejak berusia 13 tahun. Pelbagai jenis manusia yang telah ditemuinya.

Masing-masing mengeluh dan menangis ingin keluar dari kegelapan dan kesempitan hidup. Ada yang mahu mengambil nyawa sendiri kerana sudah berputus asa.

Kita lupakan jutaan nikmat yang Allah beri sedangkan setiap detik waktu ini adalah amanah dari-Nya.

"ALLAH telah selamatkan saya dari longkang!" - Ebit Lew
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Biografi 99 Ulama Dunia ~ Mustafar Mohd Suki

BIOGRAFI 99 ULAMA DUNIA menyajikan latar belakang para ilmuan yang meliputi pendidikan, keperibadian, karya penulisan, sumbangan dan kepakaran-kepakaran mereka dalam ilmu agama. Mereka dikategorikan mengikut bidang ilmu masing-masing seperti ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh dan Bahasa Arab.

Di samping memberi manfaat kepada masyarakat awam, naskhah ini boleh dijadikan rujukan khususnya kepada penuntut-penuntut ilmu dalam bidang agama. Buku ini dapat membantu dalam pengetahuan tentang kitab-kitab rujukan yang penting dan ulama-ulama moden yang hebat untuk diambil manfaat daripada mereka.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Hadis Palsu & Daif Popular Dalam Masyarakat Melayu ~ Dr. Rozaimi Ramle

Buku ini menyajikan pelbagai hadis yang sering kali dikongsi serta berlegar dalam masyarakat kita. Perbincangan ini merangkumi status hadis, kritikan ke atas perawi yang meriwayatkannya, hujah dan dalil yang menyokong serta apa yang perlu dilakukan oleh kita selaku orang awam berkaitan hadis-hadis ini. Apabila kita memahami permasalahan ini dengan lebih jelas, maka kita akan berhati-hati untuk beramal atau menyebarkannya.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Untuk Buat Anda Terkesan ~ Sofuan Saadon

Ini bukan buku kuliah perubatan
bukan juga kitab tabib handalan
tapi sejenis ubat jiwa buat para manusia.

Manusia ni macam-macam
Manusia ni macam-macam ragam, mereka suka tanya soalan pelik-pelik, namakan anak dengan nama yang peli-pelik, buat perkara pelik-pelik. "Wei, aku nak jadi macam hanglah!" Ada ke patut nak jadi macam aku, dasar tak bersyukur langsung! Kadang jenuh aku nak jawab satu-satu soalan diaorang. Hidup ni taklah sesusah mana, asal kita set dalam kepala apa yang kita nak, sudah. Kadang ada perkara yang bagi kita tak penting, tapi tidak bagi dia. Berapa orang like status Facebook pun, boleh jadi perkara yang penting baginya. Haih, macam-macam ragam manusia ni. Mungkin manusia perlukan UBAT untuk tidak bertindak pelik-pelik.

Apabila demam, kita akan mencari Panadol sebagai ubat. Sebetulnya ubat bukanlah menyembuhkan, tetapi sekadar melegakan. Hanya Allah SWT yang berupaya untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.Begitu juga dengan kisah-kisah dalam buku UBAT ini.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Thursday, February 25, 2016

Jadilah Seperti PU Faiz ~ Syed Faiz Al-Idrus

Apabila remaja bertanya soalan kepada PU Faiz, pelbagai isu yang diutarakan meliputi setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar ibadah, malah persoalan mengenai perhiasan, hubungan antara lelaki dan wanita, perkahwinan, adab, hiburan dan lain-lain. Antara pertanyaan yang dijawab PU Faiz dalam buku ini:

> Apakah hukum menahan kentut semasa solat?
> Apa hukum lelaki tangkap curi gambar wanita?
> Apakah hukum memakai contact lens?
> Apakah hukum asyik teringat kekasih lama?
> Wajarkah berkahwin muda ketika masih belajar?
> Apakah hukum kita sambut April Fool?
> Apa hukum tengok cerita hantu?
> Adakah orang muda wajib mengeluarkan zakat?
> Apakah hukum berdoa di Facebook?
> Apa hukum tidak membayar tol?
> Apa hukum melanggar lampu isyarat?
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Friday, February 19, 2016

Imam Mahdi: Menyingkap Rahsia Penyelamat Yang Dinanti-nanti ~ Dr. Kamaluddin Nurdin

"Andai dunia tersisa satu hari sahaja, pasti Allah akan memanjangkan hari itu, sampai Dia (Allah) mengutus seorang lelaki daripadaku ataupun daripada keluargaku yang namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Dia memenuhi bumi dengan pengawasan dan keadilan, sebagaimana ia (bumi) sudah dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman sebelum itu.” 
(Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud)

ANTARA ISI KANDUNGAN
BAB 1: Mengenal Imam Mahdi Ahli Sunnah wal Jamaah
Definisi Imam Mahdi
Gelaran-Gelaran Imam Mahdi
Peringkat Hidayah
Bentuk Fizikal Imam Mahdi
Keperibadian Imam Mahdi
Waktu dan Masa Kepemimpinan Imam Mahdi
Tempat Kemunculan Imam Mahdi
Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi
Tujuan Kemunculan Imam Mahdi

BAB 2: Dalil-Dalil Imam Mahdi Sunni dan Syiah
Dalil-Dalil Imam Mahdi Sunni
1) Laporan Ummu Salamah
2) Laporan Saidina Ali r.a.
3) Laporan Abdullah bin Mas’ud
4) Laporan Abu Sa’id Al-Khudri
5) Laporan Thauban
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

99 Stress Free Mummy ~ Zatika Izati Puade

Resume seseorang yang bergelar ibu, jika dizahirkan di atas kertas, pasti panjang berjela.

Bertugas tanpa mengira masa, si ibu juga tiang seri sesebuah keluarga. Seribu satu kerenah dan ragam anak-anak yang sedang membesar pastinhya mengundang stress jika tidak diurus dengan betul. Bukan mudah sebenarnya mendapat gelaran syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.

Buku ini mengumpulkan 99 kisah ibu dan anak yang ditulis secara santai. segala insiden mencuit hati antara penulis dan anak-anak beliau dihimpun dan ditampilkan sebagai anekdot. Bagi penulis, segala yang terbit dari bibir seseorang anak kecil itu jujur, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada ketikanya tersentap dibuatnya.

"LIFE IS WORTH LIVING AS LONG AS THERE'S A LAUGH IN IT"
-L.M MONTGOMERY-
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Mencintai Nabi s.a.w Menerusi Pemurnian Sejarah Awal Islam ~ Al-Qadi Abu Bakar Ibnu 'Arabi

Keistimewaan para Sahabat Nabi SAW sudah jelas termaktub di dalam Al-Quran mahupun di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW bersabda yang bermaksud "Berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah para Khalifah Ar-Rasyidin;pegang eratlah sunnah itu dengan gigi geraham kamu semua."(HR Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan selain mereka).

Di sini menunjukkan betapa Nabi Muhammad SAW telah memuji para sahabatnya kerana mereka merupakan generasi yang paling mulia dan menjadi contoh ikutan kepada manusia. Mereka merupakan suri teladan serta pejuang Islam yang tidak ada tolok bandingnya.Oleh kerana itu, wajib bagi umat hari ini untuk menghormati sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan menjadikan mereka sebagai idola dan ikutan dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran masa kini. 

Namun mutakhir ini, kredibiliti dan maruah mereka tercalar dengan pelbagai bentuk fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa berselindung sama ada dari dalam mahupun dari luar Islam.Oleh itu tampilnya buku ini bagi membersihkan segala fitnah yang telah merosakkan nama baik mereka dan memperbetul kembali persepsi negatif masyarakat terhadap golongan sahabat yang sentiasa dimuliakan Allah SWT.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Tuesday, February 16, 2016

Tercipta Untukku ~ Marissa

Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan.

Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia.

“Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.”
“Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?”
“Lupa…”
“Ngeee, muda-muda dah lupa.”
“Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?”
“Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.”

Habis!
Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terima hakikat ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka untuk ke fasa seterusnya. Tapi orang kata, kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang.

Jadikan Aku Yang Kedua ~ Siti Khadijah

“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.

Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.
Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua. Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!

Mana Pelamin Qausar ~ Hananee Amir

Bertahun sudah berlalu, namun peristiwa pahit antara Qausar dan Raihana tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Kalau aku jadi Raihana… aku tampar kau balik macam mana kau tampar dia dulu.”

Akibat daripada sikapnya yang kurang waras ketika itu menyebabkan Qausar kehilangan Raihana. Gadis itu akhirnya memilih orang lain.


Lama selepas itu, Mejar Qausar bertemu kembali dengan Raihana dalam pertemuan yang tidak disangka. Kasihnya pada Raihana tidak pernah mati. Qausar kembali menagih cinta daripada Raihana walaupun beberapa kali cintanya ditolak. Namun saat Raihana mula membuka hatinya buat Qausar, lelaki itu tiba-tiba berubah fikiran. Dia mahu Raihana pergi jauh-jauh daripada dirinya.
Mengapakah Qausar berubah hati secara mendadak? Dapatkah cinta mereka bersatu semula?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Thursday, February 11, 2016

Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf ~ Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Hakikat kehidupan ini ialah pendakian dari tanah yang mendatar menuju ke satu puncak yang kita namakan sebagai kemuncak hubungan antara seorang hamba dengan Penciptanya. Ketika di puncak itu, setiap yang lahir dari nafas serta gerak sendi seseorang semuanya ditujukan hanya semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Buku ini diterbitkan agar kita semua melangkah dalam pencarian dan penyucian diri dengan bimbingan ilmu yang diolah hasil kefahaman para ilmuwan mengenainya. Coretan buku ini juga sekurang-kurangnya pembaca dapat mengelakkan diri daripada tertipu dengan aliran-aliran yang mendakwa bertujuan menyucikan hati, namun sebenarnya jauh tersasar daripada prinsip-prinsip umum yang telah digariskan dalam sumber syariat Islam.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Kaedah Asy Syafi'i: Cara Praktis Membaca Al-Quran ~ Abu Ya'la Kurnaedi

Buku ini memperkenalkan kaedah praktis pembacaan al-Quran. Ia disusun secara ringkas dan mudah agar dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mempelajari al-Quran. Buku ini dimulakan dengan hal yang paling asas seperti pengenalan huruf dan harakat. Insyaallah dengan keseragaman tertib ini mampu membantu masyarakat Malaysia yang belum baik bacaannya terhadap huruf-huruf hija’iyyah serta cara-cara membacanya.

Kaedah Asy syafi’I ini juga sesuai digunakan sebagai silibus dalam mana-mana kuliah pembelajaran al-Quran. Buku ini juga sesuai untuk digunakan oleh para guru sebagai panduan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Kuintai Cinta di Teratak Cita-cita ~ Abdul Hadi Hj Mohamad

Cinta dan cita-cita adalah alasan terkuat untuk manusia meneruskan hidup dengan penuh matlamat dan wawasan. Anehnya, dasawarsa ini kita dapat melihat segelintir remaja dan belia yang gagal menggerakkan kedua aspek ini dengan bijak. Akibatnya, muncul pelbagai kebejatan sosial dan runtuhnya akhlak muda-mudi yang lebih mengagungkan cinta bersifat dunia berbanding menggapai cita-cita yang bermatlamatkan akhirat. 

Cinta yang bermatlamatkan hawa nafsu bakal meranapkan segala cita-cita yang telah dibina dengan segenap jiwa. Sedangkan cinta yang hadir dengan cita-cita positif bakal membuahkan kejayaan bukan sahaja di dunia malahan lebih indah di akhirat sana.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

20 Checklist Akhlak ~ Syed Mohd Norhisham Tuan Padang

Kejahilan dan kedegilan mesti diperangi oleh senjata. Senjata itu ialah kasih sayang. Kasih sayang itulah inti pati akhlak yang menjadikan perjuangan Rasulullah dan para sahabat diterima dengan baik oleh manusia tanpa mengira warna kulit, masa dan tempat. Insyaallah kejayaan ini boleh diteladani dan diulang lagi pada masa kini jika kita berjaya menegakkan akhlak islamiah dalam diri,keluarga dan masyarakat.

Karya ini juga merupakan sebahagian usaha meneruskan legasi ulama dalam menyampaikan hadis Nabi dalam bacaan yang padat dan sesuai dengan keadaan semasa masyarakat moden hari ini. Penulis menyentuh pelbagai isu penting dan sangat wajar diambil perhatian oleh setiap individu serta warga masyarakat. 

Antaranya isu rasuah, aurat, etika berinteraksi, tatacara dalam organisasi, menjadi VVIP di Mahsyar, persediaan sebelum menuju akhirat, akhlak sebagai tanda aras tahap keimanan dan banyak lagi yang amat menarik untuk ditekuni dengan insaf.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Wednesday, February 10, 2016

Tour De Jannah ~ Ahmad Dusuki

Renung diri, tingkatkan prestasi. Insya-Allah Syurga itu Pasti!

Buku ini merupakan himpunan kata-kata, cerita, kisah dan rangkaian doa-doa amalan yang sesuai dijadikan bahan bacaan santai dan makan dalam bagi mereka yang mencari pedoman dan panduan untuk mengejar Syurga Allah. Ia akan membawa anda mengembara dari pelbagai sisi baik dan buruk, cinta Allah dan rasul, pasangan hidup dan pelbagai lagi rencah kehidupana hingga kepada pengakhiran kita iaitu kematian.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Wednesday, February 3, 2016

Tanda-tanda Orang Munafik dalam Al-Quran ~ Dr. Muhammad Yusuf' Abdu

Orang munafik boleh dianggap sebagai musuh di dalam selimut atau api di dalam sekam. Kewujudan mereka ini boleh meruntuhkan sesebuah organisasi atau kumpulan masyarakat. Sekiranya terdapat ancaman musuh sebenar, kita boleh kenali dan berwaspada sepenuhnya.Tetapi golongan munafik ini amat sukar dikenal pasti kerana mereka juga sama seperti kita. Namun kehadiran mereka amat berbahaya. Oleh sebab itu di dalam AI-Quran dinyatakan tentang tanda tanda golongan munafik ini sebagai peringatan untuk seluruh umat Islam agar sentiasa bersiap sedia menghadapi tipu helah mereka.

Buku hasil tulisan Dr. Muhammad Yusuf'Abdu ini adalah satu rujukan yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap Muslim dalam mengenali golongan munafik ini. Disampaikan dengan susunan dan persembahan yang mudah. Memberi ingatan kepada semua pembaca berkenaan tanda-tanda orang munafik dan kenapa golongan ini begitu mengancam dan berbahaya. Seperti yang telah terdapat di dalam AI-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W, agar kita tidak terpedaya dan leka oleh tipu daya dan strategi mereka yang akan memusnahkan Islam.
Semoga dengan kehadiran buku yang berada di tangan anda dan sedang anda belek ini akan memberikan kita semua satu panduan dan ingatan agar kita tidak terjebak oleh tipu helah dan kelicikan golongan ini. Dan kita juga tidak terjerumus dan tergolong di kalangan mereka.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Legasi Cinta Murabbi ~ Muhadir Haji Joll

Siri kedua daripada Kisah Orang Soleh ini menghimpunkan lebih 200 kisah-kisah benar tentang ulama daripada zaman awal Islam sehingga zaman moden. Kesungguhan mereka menuntut ilmu, menyebarkan ilmu melalui pengajian dan penulisan serta akhlak-akhlak mulia mereka mampu memberi inspirasi kepada umat Islam akhir zaman kini agar lebih bersemangat dan kuat berusaha untuk menuntut ilmu serta menyebarkan agama Islam sama ada dengan ilmu mahupun akhlak yang mulia. Buku ini memuatkan pelbagai kisah seperti:

* Imam Abu Hanifah tidak pernah melunjur kaki ke arah rumah gurunya
* Masruq bermusafir hanya untuk mendapatkan satu huruf
* Hafalannya sebanyak 13 buah almari kitab
* Membaca kitab untuk menghilangkan letih
* Menulis 110 buah kitab sepanjang umur 39 tahun
* Imam al-Alusi mengajar 24 pelajaran sehari
* Hatim mengalahkan seorang Yahudi
* Memulangkan keuntungan kerana riba
* Tiang itu adalah Manshur
* Pengsan kerana takutkan Allah
* Gabenor yang miskin
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Pesona Ahli Syurga ~ Muhadir Haji Joll

Ustaz Muhadir Haji Joll menghimpunkan 170 kisah orang-orang soleh daripada zaman Rasulullah saw sehingga abad ke-20 dalam buku ini sebagai suatu bentuk hiburan jiwa yang bukan sekadar menghiburkan, malah mampu memberi motivasi dan momentum untuk anda. Kisah-kisah benar ini berkisarkan mukjizat Baginda saw, karamah orang-orang soleh, kehebatan mereka dalam beribadah dan mencintai Rasulullah saw. Antara kisah yang dimuatkan dalam siri pertama ini:

* Makanan bertasbih dan air memancar daripada jari-jemari Nabi
* Harimah Makkah
* Solat malamnya 300 rakaat
* Ulama yang dipanggil Habib Neon
* Ibu kepada syuhada’
* Meninggal dengan membaca hadis tentang kalimah la ilaha illallah
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...